Selangor bertemu Kedah di pentas akhir Piala Malaysia

Selangor bertemu Kedah di pentas akhir Piala Malaysia. Misi 33 Selangor semakin menjadi kenyataan.

Categories
SELANGOR

Sistem pengurusan Stadium Shah Alam terus diperbaiki

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 NOV: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan memperbaiki sistem pengurusan stadium pada masa hadapan, kata Pengurus Pasukan Liga Super Selangor, Amirudin Shari.

Beliau berkata, pihak pengurusan stadium akan membuka dua hingga tiga pintu selepas separuh masa kedua sehingga tamat perlawanan.

Katanya, ia bagi memberikan keselesaan dan fleksibiliti kepada penyokong dan penonton.

stadium“Bagaimanapun kita hanya membenarkan pemegang tiket masuk dengan bantuan kawalan polis.

“Untuk makluman, pihak pengurusan stadium sentiasa memastikan sistem terbaik bagi menjamin kelesaan dan keselamatan penyokong,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada 28 November lalu, sebahagian penyokong tidak dibenarkan masuk ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan antara Selangor dan Sarawak kerana terlewat.

Sebelum ini, pintu pagar ditutup sebaik jualan tiket berakhir iaitu pada minit ke 60 permainan (15 minit selepas separuh masa kedua bermula).

Kemudian, pada minit ke 80 permainan (10 minit sebelum masa perlawanan tamat) pintu pagar akan dibuka semula dan membenarkan penyokong masuk secara percuma.

Amirudin berkata, praktis itu digubal atas nasihat polis untuk keselamatan apabila pintu pagar ditutup pada minit ke 60 permainan sebaik jualan tiket tamat dan dibuka semula sepuluh minit selepas permainan tamat.

Katanya, langkah itu bagi mengelak bahan terlarang dibawa masuk terutamanya yang berpotensi mencetuskan kebakaran.

“Bagi FAS dan pengurusan pasukan saya lahirkan dukacita atas salah faham berkenaan dan harap ianya tidak menjejaskan penyokong hadir pada perlawanan separuh akhir Selangor menentang Pahang pada 6 Disember 2015 ini.

“Sekali lagi saya pohon maaf atas sebarang kesukaran. Kami tetap berpendirian penyokong setia adalah sumber kekuatan kami,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Tambahan CCTV pantau Stadium Shah Alam siap Oktober

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 SEP: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Shah Alam dijadual siap sepenuhnya pada Oktober ini, iaitu sebelum Piala Sultan Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulakan kerja pemasangan lebih awal daripada insiden kekecohan sebelum ini.

Katanya, tindakan itu diambil sebagai salah satu langkah keselamatan di dalam kawasan stadium terutama melibatkan aksi penonton.

Stadium Shah Alam“Sebanyak 80 CCTV dipasang sebelum insiden itu lagi, menunjukkan bahawa kita memang mengambil berat hal melibatkan isu keselamatan.

“Kita jangka Oktober kesemuanya siap dipasang dan dapat membantu sekiranya insiden tidak diingini berlaku lagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui sejurus selesai Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Wanita dan Kanak-kanak DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Bandar, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata sejumlah RM2.2 juta diperuntuk bagi memasang 80 CCTV berkenaan.

Pada 8 September lalu, perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 antara Malaysia dan Arab Saudi dicemari tindakan penyokong membakar suar, bom asap dan mercun.

EZY

Categories
SELANGOR

RM2.5 juta pasang 80 CCTV pantau Stadium Shah Alam

SHAH ALAM 13 SEP: Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan untuk memasang kira-kira 80 unit kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Shah Alam bagi menjadi mata tambahan yang membantu pihak berkuasa mengawasi salah laku penonton.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, CCTV memancarkan terus identiti mereka yang melakukan kesalahan di papan mata untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

ultras-malaya-stadium-selayang“Pemasangan sedang dilakukan dan operasinya dijangka bermula secara rasmi pada hujung bulan Oktober nanti.

“Saya dah pergi ke stadium untuk melihat progres pemasangan dan CCTV dijadualkan beroperasi secara rasmi menjelang kejohanan Piala Sultan Selangor pada 24 Oktober nanti,” katanya dipetik Sinar Harian.

EZY

Categories
SELANGOR

Pesta Global India kumpul peniaga tempatan, antarabangsa

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 MEI: Pesta Global India anjuran Dewan Perdagangan Malaysia-India (Maicom) memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli-belah pelbagai barangan kebudayaan India yang didatangkan khas daripada serata pelusuk negara yang berlangsung di Stadium Shah Alam, pada 23 Mei hingga 1 Jun ini.

Festival yang menyediakan lebih 150 unit ruang kedai kepada pedagang, peniaga tempatan dan antarabangsa itu akan mempamerkan pelbagai barangan moden juga tradisional seperti kraftangan, tekstil, aksesori perkahwinan, alat solekan, barangan hiasan rumah serta manisan mulut.

10176024_652150621499657_1318625009_nTimbalan Presiden Maicom, DP Ganaa, berkata acara itu mampu menarik minat orang bukan India seperti kaum Cina, Melayu dan pelancong asing supaya mereka boleh mengenali, memahami serta menghargai budaya masyarakat India secara lebih dekat.

Katanya, pesta itu tidak hanya mengkhususkan kepada budaya membeli sahaja, bahkan pengunjung juga berpeluang menikmati persembahan menarik yang akan berlangsung di situ.

“Objektif kami adalah untuk memastikan pembeli berasa seronok bersama keluarga apabila berkunjung ke sini dan berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami pasti festival ini akan mendapat sambutan.

1898108_633128813401838_768391695_n“Selain membeli belah, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan fesyen, acara permainan dan persembahan pentas,” katanya pada Majlis Perasmian Global Indian Fiesta di Tapak Bazarena, dekat sini, semalam.

Majlis perasmian itu disempurnakan Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau.

Festival itu akan mengadakan program jelajah mereka ke negeri lain iaitu Pulau Pinang pada 27 Jun hingga 6 Julai ini, Perak (25 Julai hingga 3 Ogos) dan Village Mall Sungai Petani, Kedah (28 hingga 31 Ogos).

-NFN-

Categories
SELANGOR

Naik taraf Stadium Shah Alam, langkah terbaik untuk prestasi antarabangsa

Oleh : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 MAC: Anak Selangor Football Club (ASFC) menyokong langkah Kerajaan Negeri menaik taraf Stadium Shah Alam supaya setanding stadium antarabangsa kerana ia bakal meningkatkan kualiti permainan yang dilangsungkan di situ.

Presidennya, Mohd Faizal Wahid, 33, berkata, penambahbaikan itu juga tepat pada masanya kerana stadium dibuka pada 1994 itu adalah antara stadium utama di negara ini.

“Apa dilakukan Kerajaan Negeri itu satu usaha yang baik bukan setakat untuk Selangor tetapi juga untuk negara.

bola selangor“Saya selaku Presiden ASFC menyokong perancangan Kerajaan Negeri ini. Dengan segala kemudahan di stadium dalam keadaan sempurna termasuk padang yang baik, ia pasti memberi semangat kepada pemain terutama Selangor untuk beraksi cemerlang di stadium kebanggaan ini,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Mohd Faizal berkata, perlawanan Liga Super antara Selangor dan Kelantan di stadium itu Sabtu ini selepas enam bulan ditutup pasti ditunggu penyokong tuan rumah dengan semangat berkobar.

Beliau berkata, penggunaan semula stadium juga sesuai kerana ia menemukan dua pasukan terkuat dalam liga tempatan.

07Katanya, bagi menghindar perkara tidak diingini, penyokong perlu mengawal tingkah laku dan bersama menjaga kemudahan disediakan demi kepentingan semua pihak.

“Bila barangan dan kemudahan di stadium jadi pecah, masalah akan dipikul Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tetapi saya yakin penyokong Selangor tidak membuat perkara dilarang. Kalah dan menang adalah resam dalam sukan.

“Saya sudah tekankan kepada ahli kelab supaya menjaga tingkah laku,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM140 juta bagi menaik taraf stadium itu supaya setanding stadium antarabangsa.

-NFN-

JURNAL BERITA- MB: MH370 hilang, jangan buat spekulasi

1. MB: Jangan buat spekulasi anak kapal, penumpang MH370

2. MB jumpa menteri untuk bincang penguatkuasaan WSIA

3. MB : Stadium Shah Alam bakal setaraf standard antarabangsa

4. Isteri polis mati ditembak warga asing sebak terima sumbangan Kerajaan Selangor RM20,000

5. PRK Kajang: 4 bekas tokoh Umno kongsi pentas tolak BN

6. PR: Kerajaan Pusat khianati MOU air, desak guna WSIA

7. Wan Azizah : “Saya bukan boneka ganti Anwar”

8. Anwar: Belajar hidup susah sebelum perlekeh Wan Azizah

9. Adun: Konsesi Lebuh Raya Kidex patut beri maklumat terperinci

10. Guan Eng : Rakyat Kajang perlu bangkit tolak politik perkauman

11. Ibu bapa di Selangor perlu main peranan galak anak sertai PTRS

12. PKNS anjur seminar pengurusan nilai dan kejuruteraan 17 Mac ini

Categories
SELANGOR

MB : Stadium Shah Alam bakal setaraf standard antarabangsa

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM140 juta bagi menaikkan taraf Stadium Shah Alam supaya setanding dengan stadium antarbangsa.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata RM70 juta daripada peruntukan terbabit akan disalurkan melalui fasa pertama dan bakinya untuk fasa kedua.

“Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan fasa pertama RM70 juta dan bakinya bagi fas kedua dalam usaha menjadikan Stadium Shah Alam sebagai stadium yang mempunyai kelengkapan setaraf dengan stadium terkenal di dunia.

10“Kita berharap akan dapat menjadikan stadium ini tempat pertandingan membabitkan pasukan antarabangsa seperti Piala Asia dan pertandingan yang setaraf dengannya,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan perkembangan kerja menaiktaraf Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau berkata, fasa pertama kerja menaik taraf itu membabitkan isu keselamatan stadium seperti semakan ke atas sistem paip, sistem wayar, paip bomba dan kamera litar tertutup, manakala fasa kedua terdiri daripada kerja mencantikkan antaranya menggantikan kerusi, warna serta reka bentuk bilik.

Abdul Khalid berkata, kerja menaik taraf itu juga membabitkan kerja melengkapkan padang stadium itu dengan sistem yang mampu menyerap kelembaban padang hanya dalam masa kurang satu jam jika berlaku hujan lebat dan membaiki bumbung stadium.

“Kita sudah membelanjakan lebih RM650 ribu untuk mengemaskini dan memperbaiki bilik persalinan pemain dan tandas awam. Kita juga sudah membetulkan bumbung stadium yang tidak lagi tahan sebab sudah terlalu lama,” katanya.

09“Fasa pertama kerja menaik taraf itu dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini sebelum fasa kedua boleh dimulakan.

“Bagaimanapun, Stadium Shah Alam boleh mula digunakan pada hujung bulan ini dengan perlawanan pertama kita menjadi tuan rumah kepada pasukan Kelantan, pada 22 Mac ini,” katanya.

-NFN-

Pesta Agrofest Selangor 2013

Pesta Agrofest Selangor 2013 buat kali ketiga sejak diperkenalkan pada 2011 terus mensasarkan jumlah jualan sebanyak RM1 juta yang berlangsung di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Categories
SELANGOR

Stadium Shah Alam dinaik taraf demi keselesaan semua

Oleh : Mohd Ezli Mashut,

Gambar : Asri Sapfie,

stadium shah alam di naik taraf 1

SHAH ALAM 21 NOV : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaiktaraf Stadium Shah Alam untuk melaksanakan penambahbaikan dan meningkatkan taraf kemudahan awam untuk keselesaan penonton dan pemain.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata Stadium Shah Alam akan ditutup sementara daripada sebarang aktiviti untuk tujuan berkenaan selama tiga bulan, bermula 1 Disember ini sehingga 1 Mac 2014.

stadium shah alam di naik taraf 2

Katanya, kos untuk kerja pembaikan dan naik taraf stadium itu akan menelan kos RM2.4 juta yang juga fasa kedua selepas kerja fasa pertama siap dengan kos RM3.4 juta sebelum ini.

“Naik taraf stadium ini akan membabitkan kerja pembaikan bumbung, penggantian rumput padang, tandas dan bilik persalinan pemain, baik pulih sistem siar raya serta genset,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas turun padang melihat kemudahan Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.

Mohd Jaafar berkata, MBSA akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik bagi mempertingkatkan tahap keselamatan stadium itu untuk fasa ketiga.

stadium shah alam di naik taraf

Stadium Shah Alam mempunyai keluasan 155,000 kaki persegi dengan kapasiti penonton 80,000 dan dirasmikan pada 16 Julai 1994.

“MBSA juga akan mempertingkatkan kemudahan sukan di Stadium Tertutup Melawati, Pusat Akuatik Darul Ehsan dan Taman Sukan Lasak Shah Alam,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Penganjur Malaysia-Barcelona FC beri cek tendang, MBSA rugi RM322,471

MALAYSIA BARCELONASHAH ALAM 25 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM322,471 berikutan penganjur perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dengan FC Barcelona menggunakan cek tendang.

Cek itu adalah bayaran penyewaan Stadium Shah Alam daripada penganjur BSC Soccer (M) Sdn Bhd pada perlawanan 10 Ogos lalu.

Hal itu disedari 20 Ogos lalu apabila bank memaklumkan cek yang dideposit MBSA tidak boleh ditunaikan kerana memerlukan tandatangan pihak kedua dari penganjur.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata MBSA sudah membuat laporan polis selain membawa perkara itu kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MBSA hari ini, beliau berkata, penganjur juga boleh disenarai hitam dari menganjurkan sebarang acara khususnya membabitkan sukan bola sepak di Selangor.

“Penganjur dikenakan bayaran sewaan penggunaan Stadium Shah Alam RM300,000 untuk perlawanan sebenar dan RM42,471 untuk latihan pasukan Barcelona.

“Penganjur hanya bayar RM20,000 untuk penyewaan stadium untuk latihan dan cek tendang bernilai RM300,000 pula diberi kepada MBSA sebaik sahaja perlawanan persahabatan berakhir,” katanya

Selain kerugian hasil sewaan, Mohd Jaafar berkata, MBSA juga terpaksa menanggung kos kerja pembersihan dan lampu sorot stadium.

– FZL

Categories
NASIONAL SELANGOR

MBSA tingkatkan Stadium Shah Alam jadi ‘venue’ terbaik

stadium

SHAH ALAM 19 OGOS : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sentiasa meningkatkan kualiti Stadium Shah Alam agar menjadi stadium terbaik di Malaysia.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, MBSA mengambil berat kemudahan stadium berkenaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik apabila diperlukan.

“MBSA sentiasa bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak jika diperlukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui melawat stadium berkenaan.

Katanya, MBSA tiada halangan jika stadium berkenaan dipilih menjadi ‘venue’ utama perlawanan bola sepak domestik dan antarabangsa berikutan penutupan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

“Stadium Shah Alam kini menjadi tumpuan kepada persatuan sukan dan juga pihak pengurusan acara untuk menganjurkan pertandingan bola sepak bertaraf antarabangsa,” ujarnya.

Turut hadir, Jamsari Khamin, Pengurus Bahagian Pengurusan Stadium, Pengarah-pengarah jabatan serta ahli-ahli Majlis MBSA.

Stadium yang berusia 19 tahun itu bakal menjadi tuan rumah kepada perlawanan akhir Piala Malaysia, Piala Asian (AFC) serta Piala Sultan Selangor.

Ini berikutan arahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menutup SNBJ serta merta bagi kerja-kerja baik pulih padang stadium berkenaan yang dijangka bermula selewat-lewatnya awal November ini.

Berkeluasan 155,000 kaki persegi, stadium berkenaan boleh memuatkan seramai 80,000 penonton dalam satu-satu masa.

Mengulas lanjut, Mohd Jaafar berkata, MBSA bersedia membantu daripada aspek kepakaran penjagaan padang jika diperlukan pihak SNBJ.

– HM