Stadium Shah Alam sedia diguna untuk Piala Sultan Selangor

Piala Sultan Selangor 2016 perlawanan pertama yang bakal dilangsungkan di Stadium Shah Alam selepas dibaik pulih.

Categories
SELANGOR

MB: Stadium Shah Alam sedia diguna aksi Piala Sultan Selangor

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 APR: Pertembungan Piala Sultan Selangor 2016 bakal menjadi perlawanan pertama yang bakal dilangsungkan di Stadium Shah Alam, pada 7 Mei hadapan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang membuat lawatan menyifatkan pembangunan Stadium Shah Alam penting bukan sahaja untuk Selangor bahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

stadium 2“Insya-Allah, itulah harapan saya dan sebab itu saya turun petang ini untuk memastikan semuanya siap sepenuhnya penghujung April ini.

“Kita perlukan seminggu sebelum Piala Sultan Selangor berlangsung pada 7 Mei untuk beroperasi sepenuhnya.

“Saya dapat jaminan MBSA kita dapat gunakannya pada 7 Mei ini,” katanya.

Setakat ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM12 juta untuk menaiktaraf padang utama yang dijangka siap penghujung April dan boleh digunakan awal Mei 2016.

Mohamed Azmin berkata, selain padang antara kemudahan yang dibaikpulih adalah bumbung, kerusi ruang petugas media, papan jaringan digital dan lampu limpah.

Katanya, lampu limpah dinaiktaraf kepada 1,200 lux sesuai dengan keperluan FAM dan dijangka akan ditingkatkan kepada 2,000 lux pada masa akan datang.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Sebelum ini, RM2.1 juta sudah diperuntukkan bagi pemasangan 80 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar stadium bagi menjamin keselamatan penonton.

EZY

Categories
SELANGOR

Stadium Shah Alam jadi venue perlawanan akhir Piala FA

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 APR: Stadium Shah Alam menjadi pilihan utama venue Perlawanan Akhir Superbest Power Piala FA 2016 yang dijadualkan pada 14 Mei nanti.

Football Malaysia LLP (FMLLP) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan pihaknya yakin pengurusan Stadium Shah Alam mampu menyediakan padang dan kemudahan baik meskipun ia bakal digunakan untuk Piala Sultan Selangor seminggu sebelum perlawanan akhir berlangsung.

Stadium Shah Alam“Kami juga difahamkan bahawa Piala Sultan Selangor 2016 bakal dilangsungkan seminggu sebelum Perlawanan Akhir Piala FA di stadium tersebut.

“Oleh itu, FMLLP berasa amat yakin pengurusan Stadium Shah Alam dapat menyediakan padang dan fasiliti terbaik untuk perlawanan ini,” katanya.

Bagaimanapun, FMLLP berkata pihaknya sentiasa bersedia dengan pilihan alternatif jika Stadium Shah Alam tidak dapat digunakan antaranya Stadium Hang Jebat, Melaka dan Stadium Darul Makmur.

Saingan Superbest Power Piala FA 2016 sudah masuk ke peringkat separuh akhir melibatkan pertembungan Johor Daruk Takzim (JDT) menentang Kedah sementara Selangor PKNS FC bertemu Perak.

Perlawanan separuh akhir pertama berlangsung pada 15 dan 16 April sementara perlawanan timbal balik pada 30 April 2016.

EZY

RM9.15 juta peruntukan tambahan untuk Stadium Shah Alam

RM9.15 juta peruntukan tambahan diluluskan pada 29 Februari lalu bagi menaik taraf dan membaik pulih kemudahan di Stadium Shah Alam

Categories
SELANGOR

Stadium Shah Alam terima peruntukan tambahan RM9.15 juta

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 APRIL: Sejumlah RM9.15 juta peruntukan tambahan diluluskan pada 29 Februari lalu bagi menaik taraf dan membaik pulih kemudahan di Stadium Shah Alam.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata antara cadangannya adalah menaik taraf pintu utama tetamu kehormat (VIP), ruang menunggu, ruang makan dan ruang menonton diraja dengan penggantian kerusi tetamu terhormat (VVIP), penaja dan media.

Amirudin1Katanya, cadangan kerja lain termasuk menaik taraf lampu limpah daripada 1,200 flux kepada 2,000 flux.

“Selain itu, pada 20 Januari lalu, peruntukan RM2 juta turut diluluskan bagi cadangan baik pulih dan naik taraf sistem pintu masuk penonton.

“Semua kerja ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai April tahun ini, lebih tepat selepas kerja penggantian rumput yang kini 90 peratus kadar kerjanya, selesai sepenuhnya,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Panjang, Budiman Zohdi berkenaan cadangan menaik taraf dan jumlah pendapatan hasil sewaan Stadium Shah Alam.

YB Amiruddin melawat Stadium Shah Alam (ASRI) (1)Pada masa sama, Amirudin berkata, bermula Januari hingga November 2015, hasil sewaan diperoleh hampir mencecah RM700,000.

“Stadium utama sewajarnya kita mampu membuat kutipan RM99,482 bersekali Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kita berjaya kutip RM99,317, iaitu bersamaan 99.83 peratus.

“Sementara itu, bagi tempat letak kereta bagi tujuan program dan acara, sasaran kutipan adalah RM606,572 dan hasil kutipan pula RM598,000 iaitu bersamaan 98.71 peratus,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Tunggu masa sesuai ambil alih Stadium Shah Alam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 MAC: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tiada perancangan mengambil alih pengurusan Stadium Shah Alam pada jangka masa terdekat ekoran keputusan itu melibatkan kesan kewangan yang tinggi.

Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari bagaimanapun tidak menolak perancangan itu sekiranya sumber kewangan FAS menjadi lebih kukuh pada masa akan datang.

stadium“Dalam kedudukan kewangan sekarang masih belum mampu. Tunggu dalam masa tertentu mungkin kita sedang rangkakan.

“Saya rasa belum ada pasukan yang mampu mengambilalih stadium kecuali pasukan Johor Darul Takzim (JDT) disebabkan mereka mempunyai sumber kewangan besar. Tahniah saya ucapkan,” kata Amirudin.

Amirudin yang juga Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, berkata demikian selepas meninjau kemajuan kerja mengganti rumput baru di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Terdahulu, Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC) menyarankan FAS supaya membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri bagi mengambil alih pengurusan Stadium Shah Alam daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Saranan itu dibuat bagi mengelakkan stadium keramat pasukan gergasi merah itu dikongsi bersama pasukan lain yang sekaligus menyebabkan kehilangan hak ekslusif dan permukaan padang cepat rosak.

EZY

Red Giants dijangka beraksi di Stadium Shah Alam, 5 April ini

Baik pulih : Stadium Shah Alam dijangka boleh mula digunakan pada aksi Liga Super, Selangor menentang Kedah pada 5 April nanti.

Categories
SELANGOR

Stadium Shah Alam dijangka boleh diguna 5 April

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 MAC: Stadium Shah Alam dijangka boleh mula digunakan pada aksi Liga Super, Selangor menentang Kedah pada 5 April nanti apabila kerja mengganti rumput baru dijangka siap sepenuhnya pada 18 atau 19 Mac ini.

Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari, kerja menanam rumput jenis ‘cow grass’ menelan kos RM200,000 itu mengambil masa kira-kira tiga hari selepas ditanam sebelum akarnya menjadi kuat untuk digunakan pada perlawanan akan datang.

YB Amiruddin melawat Stadium Shah Alam (ASRI) (1)Katanya, rumput jenis ‘cow grass’ iaitu sejenis rumput paling tahan dan digunakan di beberapa stadium termasuk di Stadium Larkin, Johor Baharu juga menggunakan rumput jenis ini.

“Kerja ini menelan kos sebanyak RM200,000 dan kerja bermula selepas berakhir Piala Malaysia. Bukan tanam rumput sahaja, di bahagian bawah tanah juga ditanam bahan tertentu untuk mengukuhkan lagi akar bila rumput ini ditanam.

“Ini sesuai dengan keadaan Stadium Shah Alam yang terpaksa menjadi tuan rumah kepada perlawanan Antarabangsa,” kata Amirudin kepada media selepas meninjau kemajuan kerja menggantikan rumput di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Katanya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menjalankan kerja menggantikan rumput ini pada sebelah malam ekoran keadaan cuaca panas pada masa ini.

Amirudin juga berharap, tumpuan pemain ketika perlawanan dapat ditingkatkan apabila bermain di Stadium Shah Alam nanti.

“Bermain sebagai tuan rumah memang mempunyai kelebihan tersendiri tetapi bukan jaminan sebab kita dapat lihat pada musim lalu, kita tewas dengan Kelantan 0-3 di laman sendiri dan begitu juga dengan Tampines Rovers.

“Cuma saya ingin sebutkan bila bermain di laman sendiri dengan padang yang baik, fokus pemain boleh ditingkatkan,” katanya.

EZY

Piala Sultan Selangor 2016 terima tajaan RM900,000

Piala Sultan Selangor 2016 terima penajaan berjumlah RM900,000. Perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 7 Mei ini.

Categories
SELANGOR

Stadium Shah Alam dibaik pulih siap April

OLEH: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 JAN: Stadium Shah Alam yang ditutup sementara dijangka akan beroperasi semula pada April ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata stadium itu ditutup mulai Januari ini
bagi melaksanakan kerja pengantian rumput.

Katanya, kerja penggantian rumput di stadium terbabit dijangka siap akhir bulan Mac.

Stadium Shah Alam“Bagaimanapun, ia dijangka akan dibuka semua pada April 2016,” katanya kepada SelangorKini.

Stadium Shah Alam mempunyai kapasiti penonton sebanyak 69,372.
Sekiranya perlu, terdapat ruang untuk 11,000 orang lagi untuk berdiri menjadikan kapasitinya 80,372.

Stadium terbabit terletak di bahagian timur Shah Alam. Dengan enam tingkat, ia merupakan stadium terbesar di Selangor.

Struktur rangkanya merupakan gerbang berdiri bebas terpanjang di dunia. Ia menjadi salah satu tanda tempat utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan.

Dibina dengan teknologi terbaru, stadium ini popular dalam penganjuran acara sukan bertaraf dunia.

EZY

Piala Malaysia : Mehmet yakin menang, Ramon terus mencabar


Piala Malaysia 2015 esok bakal menyaksikan pertembungan Selangor dan Kedah dalam merebut peluang menjuarai Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

RM10 juta diperuntukkan, atasi banjir di Sek.13 dan U1


RM10 juta diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi perlaksanaan projek mitigasi banjir di Seksyen 13 dan Seksyen U1.