Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Krisis politik Terengganu perlu PRN – Azmin

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 OGOS: Persekitaran politik di Terengganu kini berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan pentadbiran baru mengikut proses demokrasi, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali.

Bagaimanapun katanya, proses tersebut bergantung kepada pendirian yang bakal diambil bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said samada terus kekal dengan pendiriannya bersama Umno atau sebaliknya.

“Apabila sesebuah kerajaan tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat, ia mesti diadakan semula pilihanraya supaya adanya mandat baru dan keadaan di Terengganu itu adatu keadaan yang amat kritikal.

“Apa jua keadaan yang diambil oleh Ahmad Said itu akan menentukan langkah seterusnya, jadi Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pilihan melainkan memberi pilihan mandat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri bersama penjawat awam, di sini.

Sebelum ini, Ahmad menyuarakan bahawa beliau tidak kisah dipecat dari Umno ekoran kelantangannya mengkritik pentadbiran Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Kerajaan Negeri itu.

Beliau menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan kedudukan dalam parti ketuan melayu itu selepas wujudnya desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat.

Pada masa ini, BN menguasai 17 kerusi dalam dewan undangan negeri (DUN) Terengganu manakala PAS mempunyai 14 kerusi tersebut dan PKR pula hanya diwakili seorang ADUN.

Jika Ahmad dipecat dari Umno dan beliau mengadakan sekutu dengan pembangkang, DUN Terengganu bakal menyaksikan bilangan kerusi setara (16-16) antara kerajaan dan pembangkang yang boleh menjurus kepada pilihan raya mengejut.

AZMINSekirannya pilihan raya mengejut itu berlaku, Mohamed Azmin mengingatkan pemimpin Pakatan mengambil pengajaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

“Kita wajar mendengar kemahuan rakyat.

“Jika kita mengenepikan semua sentimen yang berlaku sebelum ini, saya percaya kita boleh terus maju dengan misi kita,” kata Menteri Besar Selangor itu.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

KEADILAN sambut baik ‘genjatan senjata’, fokus misi selamatkan Malaysia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 JUL : Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali komited memastikan komponen pembangkang bersatu dalam misi menyelamatkan Malaysia daripada terus ditadbir Umno Barisan Nasional.

Menyambut baik saranan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man agar ‘genjatan senjata’ membabitkan komponen pembangkang dibuat, Mohamed Azmin berkata Umno merupakan parti yang perlu ditumbangkan demi kesejahteraan rakyat.

AZMIN“Kenyataan ini merminkan ketokohan Timbalan Presiden PAS sebagai pemimpin politik matang dan berpegalaman serta memiliki visi yang jauh dengan meletakkan kepentingan negara dan rakyat melebihi kepentingan kepartian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kecurangan pengurusan ekonomi negara dan budaya politik durjana Umno-BN, Mohamed Azmin yakin pembangkang menyedari bahawa rakyat menuntut satu sistem telus dan mengharapkan kepimpinan untuk merealisasikan hasrat rakyat.

“Kita perlu bersetuju untuk kembali ke meja rundingan dengan merangka sekurang-kurangnya satu pakatan kerjasama pilihan raya. Sekiranya gagal, kita akan mengkhianati harapan rakyat untuk memperjuangkan kepentingan mereka.

“KEADILAN bersedia menyediakan ruang perbincangan meja bulat semua parti pembangkang, NGO dan individu yang komited kepada agenda perubahan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, sejarah membuktikan perpaduan utuh membabitkan komponen pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berjaya mempengaruhi sokongan besar rakyat terhadap gabungan pembangkang.

Namun katanya, sebarang pertikaian antara gabungan tersebut memberikan kelebihan kepada Umno-BN untuk terus kekal berkuasa.

“KEADILAN tuntas dalam membawa politik nilai secara inklusif dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan parti pembangkang.

“KEADILAN tidak pernah berganjak daripada memperjuangkan agenda reforasmi dengan menjamin prinsip keadilan, tatakelola yang baik dan menentang sebarang bentuk ketidakadilan dan rasuah,” kata Menteri Besar Selangor itu.

Beliau mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang menuntut agar pertegalahan antara komponen pembangkang ditamatkan demi masa depan negara dan manfaat rakyat.

Pada masa sama, saranan tersebut juga dikeluarkan sebagai jaminan toleransi politik lebih baik sebagai tekad menumbangkan Umno-BN.

-nR-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Azmin: Keputusan PRK penting, tolak calon sokong GST

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA KANGSAR, 16 JUN: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar penting untuk negara dalam menterjemah kuasa rakyat sepenuhnya dalam melakukan perubahan.

Beliau berkata, walaupun tidak dapat merubah pentadbiran Kerajaan Persekutuan, namun ia mampu memberikan isyarat jelas rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

AZMIN KUALA KANGSAR“Walaupun tidak boleh ubah Kerajaan Persekutuan yang ada tetapi PRK ini penting bagi memberikan mesej jelas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat hari kini sudah tidak menerima kepimpinannya kerana beliaulah negara hari ini bertambah rosak, ekonomi musnah dan rakyat berpecah belah

“Pakatan Harapan muncul untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Bercakap dalam Majlis Iftar Perdana bersama penduduk Kampung Lempur Tengah beliau berkata pengundi berhak bertanya kepada calon bertanding mengenai sokongan mereka terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ini kerana GST yang dilaksanakan kerajaan hari ini menekan rakyat termasuk penduduk luar bandar hingga mengakibatkan kenaikan harga barang.

“Kalau ada calon Barisan Nasional (BN) datang ke kampung ini mahu mendapat undi dan meraih sokongan, tanya mereka dahulu adakah mereka bersedia menolak GST.

“Kalau mereka (calon) tidak bersedia menolak GST, kita tolak mereka pada 18 Jun ini dan berikan sokongan kepada Parti Amanah Negara,” katanya.

MB KUALA KANGSARDalam majlis sama, Mohamed Azmin bersama pimpinan Pakatan Harapan menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan harian kepada 100 orang penduduk.

Sebelum itu meluangkan masa bertemu peniaga bazar Ramadan di Taman Chandan Putri dalam aktiviti kempen PRK Kuala Kangsar.

Proses pembuangan undi yang bakal berlangsung Sabtu ini menyaksikan pertembunagn empat penjuru antara calon BN, PAS, Amanah dan Bebas.

Kerusi Parlimen berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

-nR-

MB Azmin dihalang masuk Sarawak

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dihalang memasuki Sarawak sehingga tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 10.10 pagi tadi ditahan di kaunter Pemeriksaan Imigresen dan diarahkan pulang serta merta ditemani pengawal keselamatannya dengan penerbangan ke KLIA jam 10.50 pagi.

Categories
NASIONAL

Masyarakat Dayak sambut baik calon KEADILAN

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 30 APR : Sambutan masyarakat Dayak di kawasan pedalaman terhadap KEADILAN cukup meyakinkan, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Gambaran itu diperoleh ketika sesi Walkabout bersama calon DUN Tupong, Nurhanim Mokhsen dan calon DUN Satok, Mohd Salleh Shawkatali hari ini.

AZMIN WALKABOUT 2“Sambutan orang Dayak di kawasan pedalaman terhadap KEADILAN cukup meyakinkan. Berani bawa perubahan demi rakyat Sarawak,” katanya menerusi Twitter.

Katanya, sambutan sama turut dirasai ketika sesi walkabout di Pasar Kubah Ria, DUN Tupong dan menyifatkan rakyat di bumi kenyalang sudah bersedia melakukan perubahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 nanti.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor itu sempat meluang masa menghadiri majlis perkahwinan di Bandar Kuching sebelum terus ke Siburan, Mambong bagi membantu calon KEADILAN, Willie Mogin bertemu pengundi.

-nR-

Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: KEADILAN sah bertanding 42 kerusi

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 22 APR : KEADILAN mengumumkan bertanding di 42 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 yang akan berlangsung pada 7 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian yang turut mengesahkan 37 kerusi bertanding satu lawan satu.

Sementara itu, Baru Bian berkata, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memberi mandat penuh kepada Majlis Pimpinan Negeri untuk mengenalpasti lima kerusi iaitu Murum, Mulu, Simmanggang, Mambong dan Ngemah yang belum diputuskan calon bakal mewakili Pakatan.

WATIKAH PRN SARAWAK KEADILAN“Lima kerusi itu masih dalam perbincangan dan akan diputuskan sebelum diagihkan antara parti komponen Pakatan dalam tempoh dua hari.

“Perkara itu pasti akan diperhalusi sebelum ia diputuskan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Calon PRN Sarawak di Hotel Grand Continental, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

ADUN Ba’kelalan itu menambah, pihaknya juga akan memberi tumpuan penuh terhadap kerusi yang menjadi kubu kuat lawan selain berusaha mengekalkan kerusi sedia ada.

-nR-

Categories
NASIONAL

Isu culik PM tidak mustahil hanya sandiwara Umno – Azmin

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 MAC: Isu cubaan menculik pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mustahil ‘sengaja diadakan’ bagi menutup kontroversi pengganti Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tanggapan isu itu ‘sengaja diadakan’ ada asasnya kerana sandiwara Umno sering berlaku dalam pelbagai perkara.

Malah, beliau mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk memperjelaskan di Parlimen langkah-langkah keselamatan diambil dalam menangani masalah keganasan itu sekiranya benar-benar wujud.

MOHAMED AZMIN“Isunya sekarang soal keyakinan masyarakat terhadap Kerajaan Pusat kerana berulang kali insiden-insiden berlaku atas pertimbangan tertentu dan tujuan lain bagi politik Umno.

“Sekiranya Timbalan Perdana Menteri mendakwa ada percubaan itu, saya kira beliau bertanggungjawab memperjelaskan di dalam parlimen tentang langkah-langkah keselamatan, sedang dan akan diambil kerajaan,” katanya kepada SelangorKini.

Mohamed Azmin berkata, penjelasan itu juga penting kerana soal keselamatan milik semua pihak termasuk rakyat dan bukan hanya Perdana Menteri dan tokoh tertentu sahaja.

“Rakyat ingin tahu apakah langkah diambil dan jika Zahid gagal kemukakan satu hujah yang kuat dan menyakinan dalam parlimen, maka tidak mustahil tanggapan itu berlaku kerana sandiwara Umno ini memang sering terjadi,” katanya.

Sebelum ini, PAS turut menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkembangan lantikan gabenor BNM bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat perkhidmatan bulan depan.

Dalam masa yang sama, parti Islam itu berharap tiada cubaan dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting itu.

Zahid semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.

Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang “dengan elemen IS” merancang menculik Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

-nR-

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB: Masa gembleng tenaga bawa perubahan Malaysia

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 MAC: Sekarang adalah masa terbaik untuk semua rakyat menggembleng tenaga tanpa mengira latar belakang politik membawa perubahan ke arah Malaysia lebih baik.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata walaupun sejarah tidak akan dilupakan, namun ia perlu dijadikan iktibar untuk terus ke hadapan.

“Sekarang masanya untuk kita bergerak ke hadapan. Kami di sana sebagai rakyat Malaysia mewakili pelbagai parti, ideologi dan orang awam.

MB Azmin“Saya rasa sekarang semua daripada kita seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kita sebagai rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang politik untuk bergerak ke hadapan melakukan perubahan efektif demi Malaysia.

“Itulah objektif utama yang perlu kita lakukan dan melihat masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas reaksinya yang dilihat selesa duduk bersebelahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media Deklarasi Malaysia tempoh hari.

Mengulas lanjut serangan pimpinan Umno terhadap Tun Mahathir, Mohamed Azmin berkata, ia perkara biasa ekoran mereka tidak boleh menerima hakikat sekarang masanya untuk seluruh rakyat bersatu membawa perubahan besar kepada negara dan sistem.

Katanya, pertemuan pelbagai pihak dengan Tun Mahathir bukan sahaja mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, malah terus memastikan reformasi sistem dilakukan.

92a63c91-94cb-4f8f-8e1b-ceb79b5c54bdBeliau berkata, selaku pemimpin mereka akan menjelaskan kepada rakyat berkenaan tindakan mereka kerana ia bukan soal Tun Mahathir atau individu lain tetapi, berkait dengan soal menyelamatkan negara.

“Saya bukan daripada Umno, tetapi berkhidmat bersama pimpinan senior Umno hampir 13 tahun jadi sudah tentu saya mempunyai hubungan rapat peribadi bersama Tun Mahathir sejak beberapa tahun.

“Saya sudah katakan pada kali pertama perbicaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Tun Mahathir yang memperkenalkan saya kepada dia (Anwar).

“Ia bukan soal pilihan individu tetapi pada saya ini soal prinsip, apa yang berlaku pada tahun 1998 saya tidak dapat lupakan tetapi kita perlu bergerak ke hadapan,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

KEADILAN bukan milik saya – Azmin

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 FEB: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menganggap isu perbezaan pendapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu menamatkan perkhidmatan dua Ahli Dewan Negeri (ADN) KEADILAN negeri itu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan berlarutan.

Menyifatkan ia bukan isu besar, Mohamed Azmin menjelaskan persoalannya berhubung isu itu adalah pendirian parti.

MB Azmin“Saya bukan cakap atas kapasiti diri sendiri tapi ia membabitkan biro politik. KEADILAN bukan milik Azmin tapi parti. Jadi saya tidak melihat ia sebagai isu untuk dicakap.

“Saya, Guan Eng dan DAP sudah bekerjasama bertahun lama, kita gembira dengan kerjasama itu dan kami tidak pernah ada masalah besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penjenamaan Semula Taman Sains Selangor (2) Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor, di sini.

Semalam, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu isu terbabit diselesaikan dengan cara baik.

November lalu, ADN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng adalah antara lima wakil rakyat KEADILAN Pulau Pinang mengambil sikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan Negeri itu melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan.

Ong sebelum ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Island Golf Properties Bhd (IGP) iaitu anak syarikat perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) manakala Cheah, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

-nR-

Categories
NASIONAL

KEADILAN pertahan 2 Adun dipecat GLC, patut rai perbezaan pandangan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SRI DAMANSARA, 21 FEB:  KEADILAN membantah tindakan memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Pulau Pinang daripada memegang jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata KEADILAN tetap dengan pendirian mempertahankan Adun yang menggunakan platform Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberikan pandangan dan maklum balas.

logo-pkr (1)“Biro Politik KEADILAN buat keputusan, kita membantah sebarang tindakan terhadap Adun dan kita akan mempertahankan mereka.

“Yang kita tolak ini budaya fitnah dan tohmahan tetapi apabila ada cadangan untuk memecat mereka daripada GLC, Biro Politik KEADILAN ada membuat keputusan untuk menghantar surat kepada Kerajaan Pulau Pinang supaya perkara ini dibincangkan secara baik dan harmoni,” katanya.

Mohamed Azmin berkata perbezaan pandangan berkenaan perkara itu perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu pemecatan dua Adun PKR Pulau Pinang sewaktu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina DUN Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng tidak mengundi usul berkaitan penambakan tanah yang dibentangkan Umno, November lalu dengan ditamatkan khidmat dalam syarikat GLC berkenaan.

Masing-masing Chin Wen dipecat daripada jawatan pengarahnya di Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), manakala Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

EZY

Categories
NASIONAL

Media digesa sebar maklumat tepat kepada rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 NOV: Pengamal media di negara ini perlu bertanggungjawab menyalurkan maklumat betul dan tepat kepada rakyat, bukannya mendukung pemimpin dan kerajaan korup.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan sesetengah media yang memberi laporan salah akan mengelirukan pembaca sekaligus gagal membuat pilihan tepat pada pilihan raya umum (PRU).

“Saya tahu rakan wartawan semuanya baik dan profesional, tetapi ada wahyu di atas mereka.

mbkongres web 3“Kalau media beri laporan betul dan setiap berita jam 8.00 malam dilaporkan dengan tepat dalam kongres, saya yakin rakyat akan lihat inilah parti politik yang layak menerajui negara.

“Media mainkan peranan membawa perubahan, jangan sesekali mendukung perasuah dan perompak,” katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan Ke-11 2015 di IDCC di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, keadaan di kongres itu berbeza daripada UMNO yang menghadkan liputan media dalam Persidangan Agungnya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Pada kongres ini semua media boleh masuk, lihat penuh.

“Dahulu tidak ada orang hendak lapor kongres KEADILAN, tetapi sekarang penuh sampai tak cukup tempat perwakilan nak duduk sebab beri peluang kepada rakan media.

“Tetapi lapor yang betul, berikan fakta,” katanya.

Mengulas mutu perbahasan perwakilan, Mohamed Azmin berpendapat kualitinya semakin meningkat apabila pembahas berjaya membawakan isu penting negara dan bukannya isu picisan.

-AA-

Categories
NASIONAL

Pakatan sedia jalin kerjasama dengan parti Sabah Sarawak

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 NOV: Pakatan Harapan (Pakatan) bersedia bekerjasama dengan parti politik di Sabah dan Sarawak bagi membentuk gagasan politik baharu demi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri itu pada masa depan.

Ini kerana Pakatan berpandangan suara rakyat dua negeri itu dipinggirkan Barisan Nasional (BN) biarpun sumbangan mereka untuk pembangunan dan kemajuan negara adalah besar.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata Pakatan Harapan (Pakatan) bersedia mengadakan perbincangan dengan negeri terbabit bagi tujuan itu.

WAWI“Itu cadangan kita kerana apa dilihat mereka mempunyai wakil melakukan perubahan dan ia boleh dilakukan sama ada melalui Pakatan atau BN kerana mereka kata mereka bebas.

“Tetapi sekarang ini kita lihat bila bersama BN, ia tidak memenuhi janji,” katanya dalam sidang media ketika Kongres Nasional Tahunan Ke-11 2015 KEADILAN di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pakatan yakin gabungan pemimpin dan Ahli Parlimen dari blok Sabah dan Sarawak mampu memberikan satu kelainan dalam pentadbiran negara.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, berkata cadangan dibuat KEADILAN itu ekoran Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sering menzahirkan ketidakpuasan terhadap layanan diterima daripada Kerajaan Persekutuan.

IMG_2624aKatanya, apabila gabungan itu berlaku maka suara pemimpin dari dua negeri terbabit menjadi kuat demi pembelaan kepada rakyat dan negeri mereka.

“Mereka juga penyumbang besar kepada ekonomi negara menerusi hasil minyak dan gas tetapi pulangannya terlalu kecil untuk pembangunan negeri berkenaan.

“Mereka boleh membawa suara ini dengan BN atau Pakatan dan gabungan parti politik pembangkang lain supaya kepentingan negeri dapat dijaga,” katanya.

-nR-