Categories
SELANGOR

Produk carboncor atasi jalan berlubang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 8 DIS: Kerajaan Negeri mempraktikkan penggunaan produk carboncor bagi penyelenggaraan jalan raya di Selangor bagi mengatasi masalah jalan berlubang yang kerap berlaku.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata bahan terbabit adalah alternatif kepada penggunaan bahan sebelumnya apabila ia lebih mesra alam dan berkualiti.

carboncor1
Gambar Hiasan

“Keselamatan jalan raya adalah isu penting memerlukan perhatian dan kerjasama semua pihak terutama agensi berkaitan bagi menanganinya apabila statistik kemalangan semakin meningkat antara punca utama ialah jalan berlubang.

“Atas kesedaran itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri menjalankan kajian penyelenggaraan jalan menggunakan produk carboncor dan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) seterusnya diluluskan,” katanya berucap dalam majlis pelancaran Program Membasmi Jalan Berlubang (Potholes) di JKD Daerah Gombak di sini, hari ini.

Beliau berkata, kaedah penggunaannya memberi kebaikan dengan penyelenggaraan murah, tahan terhadap cuaca sedia dilalui kenderaan selepas dipasang.

Katanya, peningkatan peruntukan kepada JKR negeri sebanyak RM337 juta bagi membiayai pembangunan projek infrastruktur dan kemudahan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negeri.

“Kerajaan Negeri menyasarkan sifar jalan berlubang pada tahun hadapan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Peruntukan RM337 juta ke arah ‘Smart Infra’

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 8 DIS: Kerajaan Negeri berusaha meningkatkan kualiti dan jangka hayat jalan raya ke arah menjadikan Selangor sebagai negeri peneraju dalam penyelenggaraan jalan serta penggunaan teknologi terkini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata bersesuaian dengan hasrat Kerajaan Negeri iaitu ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ ke arah ‘SMART Selangor’ maka usaha penambahbaikan mengenainya harus dijalankan.

Zaidy“Untuk mencapai ‘SMART infra’ tahun hadapan, Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri kepada RM337 juta iaitu meningkat RM53 juta berbanding tahun ini.

“Daripada jumlah itu sebanyak 52 peratus iaitu RM196 juta disediakan bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sebelum itu, Zaidy menghadiri taklimat program membasmi jalan berlubang (potholes) di JKR daerah Gombak di sini.

Beliau berkata, tender konsesi penyelenggaraan membabitkan sebuah syarikat selama ini juga diperluaskan kepada tiga syarikat bermula tahun hadapan.

Katanya, langkah itu diambil demi kesungguhan Kerajaan Negeri menambah baik dan meningkatkan kualiti penyelenggaraan jalan di Selangor.

“Kita ingin memastikan jalan berlubang ini dapat kita tangani dengan sasaran kita jalan raya tanpa berlubang,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menjalankan projek perintis pada akhir Jun lalu apabila memilih lokasi di Jalan Sungai Jati bermula dari Seksyen 1.80 hingga 2.61 arah ke persimpangan Jalan Raja Nong, Klang.

“Bahan tar digunakan mampu bertahan lama dan tidak sensitif kepada cuaca sejuk, panas serta tropika dan ia juga berdasarkan ‘water based’ menggantikan ‘track coat’ yang biasa digunapakai pada jalan.

“Ia menggunakan jentera sedia ada dengan kos optimum,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Jaringan niaga diwujud promosi madu kelulut

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 DIS: Jaringan perniagaan khas diwujudkan Kerajaan Negeri bagi mempromosi hasil madu lebah kelulut Selangor.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan berbincang dengan wakil pengusaha madu lebah kelulut berhubung cadangan berkenaan.

lebahKatanya, ia akan melibatkan penggunaan media sosial seperti Facebook bagi mencapai sasaran lebih besar meliputi dalam dan luar negara.

“Selain dianggotai penternak sedia ada, ia juga boleh disertai masyarakat luar Selangor.

“Kita mahu laman terbabit mempromosi kebaikan madu lebah kelulut Selangor seterusnya menarik minat orang ramai untuk mengusahakannya,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Program Bersama Pengusaha Lebah Madu Kelulut Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, petang semalam.

Hadir sama Pembantu Exco Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Mohd Haslin Hassan dan Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Mohamad Idrus Ab Hamid.

Zaidy berkata, perusahaan madu lebah kelulut juga mampu memberikan pendapatan lumayan seperti mana tanaman komersial lain.

“Jabatan Pertanian Selangor sendiri memulakan projek terbabit di Sabak Bernam bagi meningkatkan pendapatan pengusaha ladang kelapa.

“Saya dimaklumkan beberapa pengusaha mencatat pendapatan hasil madu lebah kelulut melebihi jualan kelapa atau tanaman lain,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Pelan induk pertanian tingkat hasil bantu petani

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 NOV: Kerajaan Negeri sedang merangka pelan induk pertanian secara menyeluruh bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negeri.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata pelan terbabit bakal dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok) yang bertanyakan pelan pertanian supaya Kerajaan Negeri tidak bergantung hasil pertanian dari luar.

Selangor Fruit Valley“Kita meningkatkan hasil pertanian supaya hasil pertanian itu dapat dinikmati dalam negeri dan tidak terlalu bergantung hasil luar dari luar,” katanya.

Zaidy (PAS-Taman Templer) berkata, hasil pertanian melalui projek Fruit Valley yang dilaksanakan di Kuala Selangor dapat dinikmati bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun depan.

“Hasil itu ditingkatkan selepas Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengambil langkah memulihara kawasan itu.

“Antaranya memulihara kesuburan tanah, penggunaan baja perosak, mengemaskini sistem saliran, menaik taraf jalan pertanian, mengadakan program latihan dan mengadakan tanaman rempah ratus,” katanya.

Katanya, antara tanaman yang sedia ada di kawasan itu ialah jambu batu, belimbing, kelapa pandan, tembikai, pulasan dan lain-lain.

“Projek pembangunan usahawan tani dimulakan. Sejumlah 156 hektar tanah digunakan untuk menanam beberapa jenis tanaman dan hasil mula kelihatan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Exco: 556 nelayan terima bantuan RM1.3 juta sejak 2012

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 24 OGOS: Kerajaan Negeri sentiasa memastikan hasil diperolehinya dikongsikan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan nelayan pantai di negeri itu.

Exco Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sehingga kini Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM1.3 juta bagi membantu golongan itu meningkatkan pendapatan mereka.

“Bagi bantuan nelayan pantai atau nelayan tradisional, Kerajaan Selangor menyediakan program bantuan nelayan apabila nelayan yang layak dan diluluskan menerima bantuan sampan, enjin bot, jala serta peralatan-pertalatan menangkap ikan.

Pelepasan benih ikan dan pertandingan memancing YB Zaidy (ASRI)“Sejak 2012, seramai 556 nelayan pantai menerima bantuan berbentuk sampan, enjin dan peralatan menangkap ikan melibatkan peruntukan sejumlah lebih kurang RM1.3 juta,” kata Zaidy.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Memancing Ikan Tradisional, Jamuan Rakyat dan Pelepasan Benih Ikan di Parit 12, Sungai Panjang, di sini, semalam.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri terus komited membantu golongan nelayan pantai dan nelayan sungai dengan pelbagai bantuan berdasarkan keperluan semasa golongan itu.

Bagi membantu nelayan sungai pula, Kerajaan Negeri berusaha memastikan spesis ikan yang menjadikan sungai di Selangor sebagai habitat terus terpelihara daripada kepupusan.

EZY

Categories
SELANGOR

Program usahawan agro muda bendung trend tanah dipajak

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 JUL: Program Usahawan Agro Generasi Muda diadakan bagi memastikan setiap tanah pertanian diusahakan generasi sebelumnya diteruskan sendiri waris mereka dan bukannya dipajakkan untuk diusahakan pihak ketiga.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata usaha itu bagi mengurangkan kebergantungan sumber makanan dari import.

YB Zaidy menyampaikan geran projek pertanian di Kuala Selangor (12)“Kita dapati ada perkembangan kurang menarik apabila petani generasi lama kebanyakan sudah tua dan ada diantara mereka memajakkan tanah mereka kepada pihak ketiga termasuk orang luar Selangor untuk mengusahakannya.

“Penglibatan generasi muda ini kami anggap penting bagi memastikan golongan ini dapat mewarisi usaha pertanian dijalankan ibu bapa mereka sebelumnya sekaligus menjadikan pertanian sebagai kerjaya yang mampu memberi pulangan menarik,” kata Zaidy ketika dihubungi Selangor Kini.

Jelas beliau antara langkah sudah diambil dalam program terbabit termasuk mengadakan Seminar Usahawan Agro Generasi Muda Selangor di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam pada 31 Mei lalu.

Katanya lagi, antara isi kandungan seminar yang dihadiri 186 perserta itu, pendedahan testimoni kejayaan usahawan agro lain, pembentangan kertas kerja daripada jabatan-jabatan pertanian dan perikanan, pendedahan mengenai pinjaman yang boleh diperolehi dan lain-lain.

Pihak beliau turut menemuduga peserta bagi mengenalpasti mereka yang mempunyai potensi sebagai usahawan muda agro yang boleh dibantu.

“Setakat ini kami sudah kenalpasti 40 usahawan agro muda dan dijangkakan hujung bulan ini selesai proses turun padang, menemuduga dan mengenalpasti bentuk bantuan diperlukan usahawan muda yang dipilih.

“Antara keutamaan kami, pertanian diusahakan di atas tanah sendiri dan sudahberkecimpungan dalam bidang pertanian,” kata Zaidy lagi.

Tambah Zaidy, 40 usahawan agro muda yang dipilih kebanyakkan melibatkan diri dalam bidang pertanian mitigasi, penternakan lembu dan kambing dan tanaman kontan lain.

EZY

Categories
SELANGOR

Hadapi musim kering, usaha tingkat bekalan air dipertingkat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 JUN: Kerajaan Negeri meneruskan operasi pembenihan awan dan beberapa langkah mitigasi lain sebagai persediaan menghadapi musim kering mulai Jun ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata ia perlu dilakukan dalam memastikan kesinambungan bekalan air dan sumber air berterusan.

projek air 4“Operasi pembenihan awan bermula pada 21 Februari lalu di beberapa kawasan tadahan dan lembangan sungai dengan cuaca sesuai meneruskannya dan kos sehingga kini RM2 juta.

“Kita menguruskan operasi pengepaman air dari kolam takungan di sekitar Bestari Jaya tanpa mengabaikan soal kualiti sumber air yang terdapat 10 kolam dengan kapasiti takungan sebanyak 84 juta meter padu dan keupayaan pengeluaran sehingga 800 JLH,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Antara tindakan lain, katanya, mengawal pelepasan air empangan bagi memastikan pelepasan dilaksanakan secara optimum dengan mengambil kira sumber air yang ada.

Usaha memindahkan air dari terowong Langat 2 ke Sungai Langat juga dilakukan bertujuan memberdayakan ketahanan sungai untuk loji Rawatan Air Sungai Langat, Bukit Tampoi dan Cheras Batu 11.

“Kerjasama erat antara agensi Kerajaan Negeri dilaksanakan bagi memantau dan mengawal demi mengelak berlakunya pencemaran sumber air.

“Penguatkuasaan tegas juga dilakukan melalui pemantauan berterusan di sepanjang sungai terbabit dalam pembekalan air mentah iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Semenyih termasuk ketika waktu cuti dan musim perayaan,” katanya.

Zaidy berkata, Kerajaan Negeri yakin dengan keupayaan takungan empangan untuk menyediakan sumber air mentah mencukupi di sepanjang musim kering dengan kapasiti empangan terkini pada paras lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sebagai contoh, katanya, empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan sebanyak 79.41 peratus.

“Empangan Sungai Selangor dan empangan Sungai Tinggi adalah empangan utama dalam pembekalan air di Selangor iaitu meliputi 60 peratus daripada jumlah pembekalan air di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Selangor sedia pelan mitigasi hadapi musim kering Jun

Oleh: Tuan Haji Zaidy Abdul Talib

Kerajaan Negeri Selangor bersedia dengan beberapa langkah mitigasi untuk menghadapi musim kering yang telah pun bermula.

Beberapa inisiatif telah dan akan terus dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan bekalan air serta kesediaan sumber air seperti berikut :

1. Menerusi operasi pembenihan awan (cloud seeding) yang telah bermula pada 21 Februari 2015 di beberapa kawasan tadahan dan lembangan sungai bagai meningkatkan kuantiti sumber air.

Buat masa ini cuaca masih sesuai untuk operasi dijalankan dan sebanyak 160 kali operasi telah dijalankan setakat ini sehingga bulan Mei 2015. Anggaran kos yang terlibat sehingga kini adalah RM 2 juta.

2. Meneruskan dan menguruskan operasi pengepaman air dari kolam takungan di sekitar Bestari Jaya tanpa mengabaikan soal kualiti sumber air tersebut.

empangan selangor sept 3Terdapat 10 kolam yang digunakan dengan kapasiti takungan terkini sebanyak 84 juta meter padu dan keupayaan pengeluaran sehingga 800 JLH.

Berdasarkan perkiraan dengan jumlah pengeluaran tersebut, kesemua kolam-kolam alternatif berkenaan dapat membekalkan air selama 105 hari sebelum ianya kering.

3. Mengawal pelepasan air empangan bagi memastikan pelepasan dilaksanakan secara optimum dengan mengambil kira sumber air sedia ada.

Berdasarkan perkiraan sumber air sedia ada dan jumlah pelepasan semasa 200 JLH tanpa hujan, anggaran jangka hayat takungan empangan sehingga ke tahap simpanan kritikal adalah 114 hari bagi Empangan Klang Gates, 266 hari bagi Empangan Langat, 262 hari bagi Empangan Tasik Subang, 170 hari bagi Empangan Batu, dan 230 hari bagi Empangan Semenyih.

Manakala dengan pelepasan maksimum 1200 JLH, Empangan Sg. Selangor dapat bertahan sehingga 91 hari dan Empangan Sg. Tinggi selama 51 hari dengan pelepasan maksimum 1000 JLH.

4. Memindahkan air dari terowong Langat 2 ke Sungai Langat yang bertujuan untuk memberdaya ketahanan Sungai Langat untuk Loji Rawatan Air Sungai Langat, Bukit Tampoi dan Cheras Batu 11.
5. Mengadakan kerjasama erat antara agensi Kerajaan Negeri Selangor untuk memantau dan mengawal bagi mengelakkan berlakunya pencemaran sumber air.

6. Penguatkuasaan yang tegas melalui pemantauan yang berterusan di sepanjang sungai yang terlibat dalam pembekalan air mentah iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Semenyih termasuk semasa waktu cuti dan musim perayaan.

Sehingga hari ini (15 Jun 2015), kapasiti takungan semua empangan Negeri Selangor berada di dalam keadaan baik melebihi paras 70%. Berikut adalah status semasa kapasiti ketujuh-tujuh empangan Negeri sehingga 15 Jun 2015;

i. Empangan Sg. Selangor : 79.41%
ii. Empangan Sg. Tinggi : 77.06%
iii. Empangan Sg. Semenyih : 100.06%
iv. Empangan Sg. Langat : 70.55%
v. Empangan Batu : 72.04%
vi. Empangan Klang Gates : 81.16%
vii. Empangan Tasik Subang : 100%

Kerajaan Negeri Selangor yakin dengan keupayaan takungan empangan untuk menyediakan sumber air mentah yang mencukupi sepanjang musim kering yang bermula pada bulan Jun ini.

Kapasiti empangan terkinimenunjukkan paras yang lebih tinggi berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas.

Contohnya pada 15Jun 2014, paras Empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan pada 43.71% berbanding pada tarikh yang sama tahun ini iaitu sebanyak 79.41%.

Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi adalah merupakan empangan utama dalam pembekalan air di Negeri Selangor iaitu meliputi 60% daripada jumlah pembekalan air di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Berdasarkan rekod, penggunaan air per kapita bagi rakyat di Negeri Selangor adalah pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak 235 liter sehari.

Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pengguna supaya mengurangkan per kapita penggunaan air setiap isi rumah, lebih-lebih lagi di musim kering dan perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ini adalah juga salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan bekalan air di pihak pengguna.

Dengan langkah-langkah yang dilaksanakan seperti di atas, Kerajaan Negeri Selangor yakin bahawa bekalan air di Negeri Selangor dapat dibekalkan kepada pengguna secara berterusan.
* Tuan Haji Zaidy Abdul Talib adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

Categories
SELANGOR

Jual kulit lembu RM2/kg, tambah nilai untung 400%

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 JUN: Golongan penternak perlu memberi tambah nilai produk dihasilkan sebagai langkah meningkatkan keuntungan agat tidak bergantung kepada hasil jualan haiwan ternakan semata-mata.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata kulit haiwan merupakan antara contoh dalam memberikan nilai tambah keuntungan memandangkan ia turut digunakan dalam industri pembuatan barangan.

VETMAT2“Sebagai contoh jika penternak menjual belulang atau kulit lembu mentah semata-mata, harganya hanyalah dalam lingkungan RM2 sekilogram.

“Namun jika penternak sama memproses kulit tersebut misalnya menjadi jangat, harga jualan boleh meningkat sehingga RM10 sekilogram.

“Ini menunjukkan pertambahan nilai sebanyak lebih 400 peratus hanya dengan melakukan pemprosesan yang mudah,” katanya di Sungai Nibong, Sabak Bernam pada 30 Mei.

Menurutnya, unjuran aliran tunai terkini menunjukkan penternak lembu pedaging secara ibu-anak (bukan fidlot) hanya membawa pulangan sekitar 16 hingga 18 peratus setahun.

VetmaTDengan usaha kreatif itu katanya ia mampu meningkatkan hasil keuntungan ladang.

Jelasnya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veterinar menyediakan skim bantuan dibawah Skim Peningkatan Pengeluaran Usahawan IAT.

Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah peralatan pemprosesan, mesin dan bahan binaan untuk menaik taraf premis.

“Syarat utama untuk emreka yang memohon adalah sudah memulakan aktiviti pemprosesan mereka terlebih dahulu dengan saiz projek munasabah dan bukannya yang baru bercadang hendak memulakannya.

“Itu sebagai bukti keseriusan dalam melaksanakan projek industri asas tani,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Zaidy terima Anugerah Presiden ILHAM

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 MEI: Exco Kerajaan Selangor, Zaidy Abdul Talib menerima Anugerah Presiden Sempena Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) semalam.

Beliau yang juga Adun Taman Templer dianugerahkan penghargaan tertinggi itu berikutan pencapaian kecemerlangan dalam akademik, sumbangan kepada masyarakat, keterlibatan aktif dalam politik dan kecemerlangan keluarga.

“Ilmu adalah sangat penting dalam melunsuri perjuangan, perjuangan tanpa ilmulah menyebabkan terjadinya tindakan ekstrim dan melampaui batasan seperti IS dan  seumpamanya.

IMG-20150510-WA0002“Diharap ini juga memberikan suntikan semangat kepada semua masyarakat untuk terus belajar dan menuntut ilmu walaupun kita sudah berusia dan dalam kekangan masa,” katanya kepada Selangor Kini.

Majlis yang diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perasmi majlis.

Zaidy bersama 293 orang yang lain menerima Ijazah Diploma Tasawwur Islam.

Beliau kini melanjutkan pelajaran dalam Fakulti Syariah di Universiti Islam Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru, Riau, Indonesia dan sedang menyiapkan tesis  bagi fasa terakhir.

Categories
SELANGOR

Laporan banjir lumpur Kg Cempedak siap, tindakan susulan diambil

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 APR: Jawatankuasa Tebatan Banjir Selangor sudah membuat tinjauan kawasan di Rumah Asam Ladang Baru, Kampung Cempedak yang dilanda banjir lumpur awal minggu ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata punca kejadian itu disebabkan kolam takungan air pemaju perumahan berhampiran pecah ketika hujan lebat.

banjir lumpurMenurutnya, laporan diserahkan kepada jawatankuasa dan tindakan susulan diputuskan tehadap pemaju terbabit.

“Kita sudah turun bersama semua agensi termasuk pemaju terlibat meninjau keadaan kawasan berkenaan.

“Tinjauan susulan dan perbincangan juga akan bagi memastikan pemaju diambil tindakan.

“Kita tidak mahu kejadian ini berulang,” katanya kepada Selangor Kini.

Dalam kejadian tersebut, bebarapa rumah dan premis perniagaan rosak akibat banjir lumpur.

Hujan lebat pada sebelah petang mengakibatkan menyebabkan air dari kolam takungan melimpah.

EZY

Categories
SELANGOR

Exco turun padang pastikan paip pecah dibaiki segera

SHAH ALAM 30 MAC: Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib turun padang melihat sendiri tapak paip air yang pecah menyebabkan berlaku gangguan bekalan air.

Kejadian itu mengakibatkan masalah tekanan air rendah kepada kolam Sime UEP dan Kolam Bandar Puteri yang menerima air dari Line 2 LRA Semenyih.

“Pihak SYABAS sedang cuba sedaya upaya bagi menstabilkan dan memulihkan kembali bekalan dapat sampai kepada rakyat yang khususnya tinggal di kawasan Puchong dan USJ,” kata Zaidy hari ini.

11040937_1646298095602185_8114621154314926687_nKatanya beliau berharap SYABAS dapat membaiki secepat mungkin untuk keselesaan rakyat.

Turut sama dalam lawatan itu ADUN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail.

Beberapa kawasan di Wilayah Petaling (36 kawasan) dan Hulu Langat (23 kawasan) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah sejak awal pagi hari ini, disebabkan kejadian paip pecah di jajaran paip yang menyalurkan bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ke kolam simpanan air Bandar Puteri Puchong.

Paip tersebut adalah dari jenis Mild Steel (MS) dengan garis pusat bersaiz 600mm.

11081236_992521314100199_8973362292193235430_nSituasi ini menyebabkan berlakunya penurunan kadar aliran kemasukan air dari Sungai Semenyih Kolam Air Bandar Puteri Puchong dan ke Kolam Air Sime-UEP di Wilayah Petaling dan juga menjejaskan tekanan air ke Kolam Air Terminal Bandar Baru Bangi di Wilayah Hulu Langat.

Dengan penggunaan air berterusan oleh pengguna, ianya menyebabkan penurunan deras paras kolam tersebut dan menyebabkan gangguan bekalan air dan sesetengahnya pula menyebabkan tekanan rendah.

EZY