Categories
NASIONAL PENDIDIKAN

SMK St Mary cipta sejarah, pertama tubuhkan Pusat Seni dan Kulinari

OLEH AFIX REDZUAN

KEPONG, 10 SEPT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary mencipta sejarah menjadi sekolah menengah pertama yang menubuhkan Saleha Hospitality dan Culinary Arts Center di Malaysia.

Kejayaan itu cukup membanggakan isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selaku ‘Mother Of St Mary’.

“Perasmian satu pojek yang sangat mulia. Saya cukup bangga apabila ia digelarkan sebagai yang pertama di dalam negara kita, syabas,” katanya.

Ucapan itu disambut dengan tepukan gemuruh hadirin ketika Siti Hasmah menyampaikan ucaptama perasmian.

Menyingkap penubuhan Saleha Hospitality dan Culinary Arts Center, ia diinspirasikan daripada Allahyarhamah Tan Sri Datuk Paduka Dr Siti Saleha Mohd Ali.

Impian penubuhan dua pusat kemahiran untuk kelancaran subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan diilhamkan Alumni SMK St Mary pada pertemuan ulangtahun ke-100, pada 2012.

Siti Hasmah dalam ucapannya berkata, industri kulinari dan hospitaliti akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan ditambah dengan kerancakan pembangunan.

rasmi“Ambil peluang untuk meningkatkan kemahiran. Saya nak ingatkan, jangan fikir menjadi chef tidak ada potensi, jadi fikir sebaiknya kerana kitalah yang menyediakannya untuk masa hadapan,” katanya.

Siti Hasmah adalah antara bekas pelajar SMK St Mary yang pernah menerima pendidikan, pada 1932 hingga 1941.

Siti Hasmah antara tiga pelajar Melayu SMK St Mary yang pernah menerima pendidikan awal di sekolah itu bersama dua kakaknya, pada 1932 hingga 1941.

Pengetua SMK St MAry, Chee Poh Kiem berkata, beliau mewakili sekolah berterima kasih kepada alumni dan badan korporat yang sudi menyumbang hampir RM1 juta.

Sunway Group menyumbang RM500,000 diwakili Ahli Exco, Puan Sri Dr Susan Cheah bagi pihak Tan Sri Dr Jaffery Cheah.

Lee Foundation States of Malaya pula menyumbangkan RM100,000 yang diwakili Datuk Lee Seng Chuan, sementara Alumni SMK St Mary menyumbang RM84,000.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA PENDIDIKAN SELANGOR

Exco: Cari resolusi terbaik, tindakan segera elak pelajar terlibat DAESH

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 OGOS: Kerajaan Negeri akan mengambil langkah segera bagi mengelakkan pelajar daripada terjebak dengan kegiatan militan DAESH.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kerajaan Negeri memandang serius perkara terbabit dan mengambil pendekatan berkesan menangani masalah itu.

“Kita memandang serius perkara yang membabitkan pelajar. Kita tidak mahu mereka terbabit dengan sebarang gejala yang merosakkan diri-sendiri,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.

Nik Nazmi berkata, Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bagi mencari solusi terbaik dalam hal itu.

NIK-NAZMi“Kita mahukan kerjasama semua pihak membantu mencari jalan penyelesaian terbaik dan Kerajaan Negeri akan berbincang dengan JAIS, UNISEL dan KUIS dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sebelum ini, universiti awam mengambil pelbagai langkah bagi mengelak penuntut daripada terjebak dengan kegiatan militan DAESH termasuk melakukan pemantauan terhadap akaun media sosial mereka.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, terdapat sebilangan kecil mahasiswa mempunyai kecenderungan menyokong ideologi DAESH.

Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara dalam usaha bendung pengaruh militan DAESH dalam kalangan mahasiswa.

Noor Rashid berkata, kumpulan militan itu menyasarkan golongan muda untuk direkrut kerana mereka mudah terpengaruh.

Beliau berkata, kumpulan militan DAESH merekrut pelajar yang berdepan masalah seperti konflik keluarga dan masalah sosial hasil daripada risikan.

Noor Rashid berkata, kerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri juga dipertingkatkan kerana kumpulan DAESH turut menggunakan isu agama untuk mendapatkan pengikut.

-NFN-

Categories
PENDIDIKAN

KUIS jadi lokasi uji bakat Pencetus Ummah 27 dan 28 Ogos

OLEH HAFIZAN TAIB

BANGI, 25 OGOS: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mempelawa bakat baru menyertai uji bakat Pencetus Ummah yang dilangsungkan di perkarangan kolej berkenaan, Sabtu dan Ahad ini.

UjibakatPUAcara Jom Sertai! Ujibakat Pencetus Ummah bagi zon tengah bermula jam 9 pagi bertempat di Auditorium Dr Zainuddin Jaafar, KUIS, di sini.

Program realiti Islamik popular terbitan stesen televisyen swasta menarik minat golongan muda untuk turut serta mencuba bakat dalam menyampaikan ceramah agama secara ‘versatile’.

Ia akan dikendalikan juara Pencetus Ummah tahun lalu, PU Syed Mohd Bakri Syed Ishak (Syed) bersama naib juara, PU Taha Mohd Omar (Taha) serta PU Mohd Amirul Amin Maula Lokman Hakim (Amin).

10 peserta terbaik akan dipilih bagi menyertai pertandingan akhir Pencetus Ummah tahun ini untuk merebut gelaran juara.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA PENDIDIKAN SELANGOR

Tiga wakil MPP UNISEL sertai simposium di Hanoi

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JULAI: Seramai tiga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (UNISEL) akan menyertai ‘7th University Scholars Leadership Symposium (USLS)’ yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam, bermula 1 Ogos sehingga 7 Ogos ini.

Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan, berkata itu adalah penyertaan kali kedua UNISEL dalam USLS dan kali pertama ketika simposium kali ke-6 di Hong Kong.

“USLS adalah satu simposium yang menghimpunkan lebih 1000 siswa dan siswi dari institusi pendidikan seluruh dunia bagi membincangkan hal berkaitan kemanusiaan.

IMG_4822“Program ini dibentuk bagi melahirkan pemimpin muda yang berupaya dan mempunyai ketahanan terhadap cabaran terkehadapan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Hasril berkata, antara MPP yang terpilih adalah Muhd Fakhrul Amiruddin Hamdan (Yang Dipertua), Qurratu ‘Anini bt Ali Mohamed (Naib Yang Dipertua) serta Nurul Aqilah bt Mahmud (Setiausaha).

Penyertaan pelajar ditaja Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri melalui peruntukan dana pengantarabangsaan yang turut dibiayai UNISEL.

“Keperihatinan universiti dalam memberi peluang kepada pelajar adalah demi mendedahkan mereka kepada program antarabangsa serta membina jaringan antarabangsa dengan peserta negara lain.

“Diharap dengan peluang ini, ia mampu membakar semangat pemimpin muda untuk melakukan sesuatu sebagai respon kepada isu kemanusiaan supaya mereka menyedari potensi diri sebagai ejen perubahan selain menaikkan nama UNISEL ke persada antarabangsa,” katanya.

Simbolik pelepasan pelajar dilaksanakan Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Datuk Dr Muhammad Redzuan Othman serta Timbalan Presiden yang juga Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti, Prof Dr Shahrudin Badaruddin di Kampus UNISEL, di sini.

-NFN-

Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Pengambilan program asasi, KUIS tawar laluan pantas 3 semester

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JULAI: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menawarkan sesi pembelajaran peringkat asasi tiga semester bagi lanjutan pengajian Sarjana Muda.

Proses pengajian itu memberi peluang kepada lepasan SPM mengikuti pengajian singkat menerusi beberapa kursus tawaran pendidikan di institusi pengajian milik Lembaga Zakat Selangor itu.

imageAntara program pengajian ditawarkan adalah Kursus Asas Pengajian Islam, Pengajian Asas Pengurusan, Pengajian Asas Teknolgo Maklumat, Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian Asas Komunikasi.

Pengambilan pelajar baru dibuka 18 Julai ini dengan syarat minima lima kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian di www.kuis.edu.my atau membuat pendaftaran terus pada hari pendaftaran.

KUIS antara institusi pendidikan tinggi terus konsisten mewujudkan pelan jangka panjang ke arah mengukuhkan peranannya sebagai pusat pendidikan terulung di negeri ini.

Antara usaha lain termasuk usahasama serta memorandum pendidikan KUIS dan IPT dari negara luar bertujuan mempelebarkan jaringan pendidikannya.

-NFN-

Categories
NASIONAL PENDIDIKAN

TPPA: 250,000 graduan menganggur, apa nasib mereka?

Oleh : Ermizi Muhamad

SHAH ALAM 16 FEB : Saranan Kerajaan Persekutuan supaya golongan muda bersedia menerima pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dibidas Ahli Parlimen Kapar, Manivannan Gowind.

Menurutnya, golongan muda terpaksa bergelut dengan tekanan ekonomi yang menyebabkan golongan itu sukar mendapatkan pekerjaan, walaupun mempunyai kemahiran dan pendidikan.

TPPA“Perjanjian yang membuka ruang kepada bangsa Amerika ini menyukarkan golongan muda mendapatkan pekerjaan sekaligus menjadikan kehidupan mereka semakin terbeban kerana wujudnya persaingan daripada pihak luar.

“Keadaan ini meningkatkan lagi ruang pengangguran dan saranan agar golongan ini menerima TPPA sememangnya tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, hari ini.

Beliau mengulas saranan Ahli Jawatankuasa Kaukus TPP, Datuk Irmohizam Ibrahim yang menjelaskan golongan muda perlu membuat persediaan menerima TPPA kononnya sebagai asas kepada golongan ini untuk lebih berdaya saing.

Bagaimanapun kata Manivannan, Kerajaan Persekutuan gagal memberi penumpuan terhadap kesan jangka panjang yang perlu ditanggung golongan muda selepas perjanjian tersebut dimeterai, awal Februari lalu.

“Sekarang ini pun ada lebih kurang 250,000 graduan yang masih menganggur dan kerajaan semudahnya menyarankan golongan ini menerima TPPA.

“Bagaimana nasib mereka selepas ini? Persaingan ini sebenarnya penganiayaan bagi rakyat sendiri,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL PENDIDIKAN

Kurangkan bergantung pekerja asing, utamakan pekerja tempatan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 FEB: Kerajaan Persekutuan perlu mengurangkan kebergantungan tinggi kepada pengunaan tenaga buruh asing di negara ini.

Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, berkata usaha perlu ditumpukan kepada melahirkan pekerja berkemahiran dengan tangga gaji tinggi seterusnya meningkatkan produktiviti.

Katanya, ia harus meliputi kesemua sektor terutama pembinaan, perladangan dan agrikultur.

Foreign workers stand in line to take a bus that will transport them to where they live at the end of their shift at a construction site in Dubai on April 16, 2008. Emarati officials warned during a two-day conference on National Identity held in Abu Dhabi of the dangers of social instability created by large foreign minorities. AFP PHOTO/KARIM SAHIB (Photo credit should read KARIM SAHIB/AFP/Getty Images)

“Untuk pembinaan, kita ada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang ditubuhkan pada 1994 untuk mempromosikan penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

“Jika semua pembinaan menggunakan IBS, kita tidak memerlukan pekerja tidak mahir, maka permintaan pekerja asing akan berkurangan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong tindakan membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh bagi memenuhi sektor pekerjaan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi turut mencabar golongan belia melakukan pekerjaan 3D iaitu ‘Dirty, Difficult and Dangerous’ (Kotor, Sukar dan Berbahaya) jika membantah tindakan itu.

Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang berkata, kenyataan Khairy menunjukkan Ketua Pemuda Umno itu berfikiran cetek.

“Untuk pengetahuan Khairy, Pangsapuri Pekeliling (kini dirobohkan) dan Rifle Range dibina menerusi kaedah IBS pada tahun 60-an.

“Mengapa kita ada lambakan pekerja asing dan CIDB gagal? Kerana kroni membuat duit dengan kemasukan warga asing ke negara ini.

“Kita semua maklum tahap intelektual Zahid tetapi melihat Khairy kini sama dengannya adalah menyedihkan,” katanya.

EZY

Categories
PENDIDIKAN

Perpaduan Nasional: Mitos atau realiti

Oleh Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir

Apabila Malaya dibentuk pada 1957, isu perpaduan menjadi agenda besar negara ketika itu. Pada kala itu, bangsa yang dituntut bersatu-padu untuk membangunkan Malaya hanya Melayu, Cina dan India.

Bangsa lain, Asli, Sikh, Arab, India Muslim, Cina Muslim, Baba-Nyonya dan Serani tidak dibebankan.

Ini kerana sejak Semenanjung Tanah Melayu dijajah Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula, mereka membawa masuk banyak penghijrah untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang dikatakan orang Melayu tidak mampu melakukannya – melombong bijih timah, menoreh getah dan berniaga.

Entah siapa membuat keputusan itu, tiada siapa tahu. Melayu telah lama tahu melombong berbagai-bagai galian dan tidaklah susah untuk belajar menoreh getah.

4-antique_map_valentijn_malacca

Melayu terkenal sebagai peniaga dan pedagang terbaik. Jika tidak, Melaka takkan digelar Venice Timur. Penghijrah India dibawa sebagai penoreh getah di ladang yang diusahakan Inggeris.

Penghijrah China dibawa sebagai pelombong bijih timah di lombong yang dikembang penggaliannya oleh Inggeris. Juga sebagai peniaga di bandar besar.

Melayu dikekalkan sebagai petani di kampung. Kesannya, bandar seperti Kuala Lumpur, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, berkembang sebagai pusat ekonomi Semenanjung Tanah Melayu.

Namun, keterlibatan Melayu dan India minimum. Hanya Cina dan Inggeris yang menikmati kenaikan ekonomi tinggi kerana mereka mengusahakan komoditi yang tinggi harganya.

Melayu dibiar melaksanakan kerja harian sebagai petani, penternak, nelayan dan peniaga kecil-kecilan di pasar minggu. Penjajah Inggeris berasa ia keadaan stabil untuk terus memerintah tanpa gangguan. Sekaligus mencapai matlamat penjajahan iaitu menyedut sumber asas ekonomi.

Perlu difahami, tanah jajahan bukan tempat berfungsinya Revolusi Industri Eropah tetapi sebagai penyediaan sumber mentah untuk menjayakannya.

Apabila Semenanjung Tanah Melayu (Malaya) merdeka, tugas paling kritikal pemerintah ialah mengusahakan perpaduan antara tiga kaum – yang sebelumnya dipisah dan jarang bersemuka.

Budaya, agama, adat resam, bahasa, sejarah dan segala hal antara mereka saling berbeza. Ini tugas getir. Kajian perlu untuk menjengah apakah program perpaduan yang diusahakan Jabatan Perpaduan Malaya sejak 1957-1963?

Sewaktu Malaysia dibentuk pada 1963, isu perpaduan yang belum selesai menjadi makin rumit apabila lebih banyak rumpun Melayu Sarawak dan Sabah – kemudian dipanggil Bumiputera – diterima sebagai rakyat.

Keluarnya Singapura dari Malaya tidak memudahkan penyelesaian isu perpaduan. Dan, enggannya Brunei menyertai Malaysia bukan disebabkan isu perpaduan.

Perbincangan tidak mempertimbang pendatang asing, pemastautin dan kelas penduduk yang bukan rakyat Malaysia.

Persoalan paling pokok ialah bagaimanakah menganalisis apakah Malaya/Malaysia memiliki teras untuk membentuk perpaduan?

Atlas-Majapahit

Kita bergantung kepada fakta sejarah rumpun Melayu yang secara linguistik dikelas sebagai Austronesia dan hubungan dalaman antara suku yang membentuk rumpun itu.

Kemudian, hubungan luaran suku rumpun Melayu dengan bangsa lainnya, sekitarnya atau yang jauh/penjajahnya, seperti China, India, Viet, Jepun, Inggeris dan Perancis.

Fakta digali secara umum daripada teks bertulis seperti batu bersurat (prasasti) dan manuskrip Melayu (palawa dan jawi) berusia sekitar 200-1800M, manuskrip China 300-800M, manuskrip Arab-Parsi-Turki 600-1500M, prasasti dan manuskrip India 400-1200M dan manuskrip Eropah 1300-1900M.

Apakah fakta yang mahu dibincang? Tentunya fakta yang mampu menjelaskan maksud perpaduan dalam Rumpun Bangsa Melayu dan perpaduan luar Rumpun Bangsa Melayu.

Perpaduan Dalaman bermaksud perpaduan yang dibangunkan antara suku-suku yang membentuk rumpun Melayu seperti antara Aceh-Minangkabau, Jawa-Riau, Campa-Bugis, Sulu-Patani, Kadazan-Iban.

Perpaduan Luaran merujuk kepada perpaduan yang dibangunkan antara suku-suku rumpun Melayu dengan bangsa lain seperti Campa-Viet, Taiwan-Cina, Kyushu-Jepun, Patani-Thai, Madagaskar-Afrika, Minangkabau-Belanda, Jawa-Belanda, Magindanao-Sepanyol, Melayu-Cina, Melayu-India.

Malaya/Malaysia memerlukan kedua-dua bentuk perpaduan dalam program melibatkan rakyat, bukan dilaksanakan tanpa strategi tertentu.

Bagaimanakah untuk mengetahui perpaduan dicapai?

Ini susah. Sebab faktor embawa kepada perpaduan banyak,
Umpamanya ikatan darah raja/ sultan/ pemerintah, kerjasama ekonomi, kerjasama pertahanan, perkongsian wilayah dan ufti, kesamaan agama, kesamaan bahasa, kesamaan budaya, kesamaan sejarah, pendidikan dan pelancungan.

Ini terlalu rencam untuk ditunjukkan bagaimanakah perpaduan beroperasi.

Contoh, bagaimanakah Kerajaan Jawa Lama boleh bekerjasama dengan Kerajaan Sriwijaya dalam menepis serangan Mongol? Yang dicerita sebagai strategi memasang jamung di sepanjang pantai untuk menunjukkan banyaknya tentera Jawa.

Contoh lain, bagaimanakah Kerajaan Melaka boleh bekerjasama dengan 80 pedagang/ kerajaan dunia yang berdagang di Melaka?
Apakah Melaka memiliki 80 balai tetamu, 80 penterjemah, sistem pertukaran 80 mata wang?

Inilah kerencaman tadi. Namun, beberapa hal tertentu mesti diusahakan walaupun sukar.

Contohnya beberapa bentuk perpaduan/ kerjasama luaran antara Melayu, Cina dan India. Apakah faktor yang membuatkan pedagang Cina dan India boleh bekerjasama dengan pedagang rumpun Melayu?

Perpaduan dan Peperangan

Mengelakkan kerencaman itu, kita melihat sebaliknya iaitu apakah petandanya apabila perpaduan tidak dicapai?

Kalau berlaku peperangan atau rusuhan antara A dan B, maka tiada perpaduan antara A dan B, contohnya Peperangan Campa-Viet 900M-1862M, Serangan Raja Cola ke Palembang pada kurun ke0-11M, Peperangan Melaka-Portugis 1511, Peperangan Paderi Ulama-Adat Minangkabau awal kurun ke-19M, Peperangan Minangkabau-Belanda 1830-an, Rusuhan Kaum Melayu-Cina 1969, Penerobosan Tentera Sulu Terhadap Sabah 2014.

Sebenarnya semua peristiwa peperangan itu patut menjadi kajian kepada penyelidik tamadun Melayu tetapi hingga kini mereka segan melakukannya.

Namun, perbincangan mengenai terlalu banyak dan memakan masa penyelidikan yang panjang.

Jika dikaji beberapa sahaja daripada peristiwa peperangan, pasti timbul bahawa perpaduan belum tentu dicapai walaupun dalam kalangan manusia sesuku. Contohnya, Peperangan Golongan Ulama dengan Golongan Adat Minangkabau pada kurun ke-18M.

Juga perpaduan sukar dicapai antara dua suku walaupun serumpun, seumpama Peperangan Jawa-Melayu (merujuk Kerajaan Melayu Palembang) pada kurun ke-7M.

Sememangnya perpaduan sukar dicapai antara dua bangsa berlainan. Contohnya, Peperangan Seribu Tahun Campa-Viet. Walaupun maklumat itu menafikan perpaduan tetapi kajian terhadap peperangan berkenaan boleh merungkai maklumat yang menunjukkan mengapakah peperangan itu berlaku?

Kenapakah perpaduan/perdamaian antara suku atau dua suku/ bangsa yang sebelumnya wujud tidak boleh dikekal? Berlebih-lebihlah kepentingan kajiannya jika bangsa yang terlibat berperang adalah Melayu, China dan India.

Contohnya, kisah Raja Chola menyerang Kerajaan Melayu Palembang (dalam Silalatus Salatin), kependudukan bangsa China di Tanah Melayu Taiwan dan sebagainya.

Model perpaduan politik Majapahit

Sebenarnya, jika diteliti dengan jitu maklumat yang terpahat pada batu bersurat di alam Melayu, jelas terdapat bagaimanakah perpaduan beberapa Rumpun Bangsa Melayu sewaktu Kerajaan Funan, Kerajaan Sriwijaya dan lain-lain.

Namun, tiada masa menyemaknya. Ini yang diberikan iaitu model perpaduan Majapahit seperti yang dilapor Prapanca, cendekiawan Buddha yang bertugas di Majapahit. Beliau menulis Nagaraktagama pada 1365M dan menyenaraikan sejumlah 103 Kerajaan Rumpun Bangsa Melayu yang bernaung di bawah Kerajaan Majapahit.

Antaranya, Pulau Sumatera: Malayu, Jambi, Palembang, Karitang, Teba, Dharmasraya, Kandis, Kahwas, Manangkabwa, Siyak, Rekan, Kampar, Pane, Kampe, Haru, Mandahiling, Tumohang, Parlak, Barat, Lwas, Samudra, Lamuri, Batan, Lampung & Barus.

Pulau Borneo: Tanjung Nagara/Tanjung Puri, Kapuhas, Katingan, Sampit, Kuta Lingga, Kuta Waringin, Sambas, Lawai, Kadangdangan, Landa, Samedang, Tirem, Sedu, Buruneng, Kalka, Saludung, Solot, Pasir, Baritu, Sawaku, Tabalung, Tanjung Kute, Malano & Tanjung Pura.

Semenanjung Tanah Melayu: Pahang, Hujung Medini, Lengkasuka, Saimwang, Kalantan, Tringgano, Nashor, Pakamuwar, Dungun, Tumasik, Sanghyang Hujung, Kelang, Keda, Jere, Kanjap & Niran.

Pulau Jawa (Timur): Bali, Badahulu, Lwa-Gajah, Gurun, Sukun, Taliwang, Dompo, Sapi, Sanghyang Api, Bhima, Sheran, Hutan Kedali, Gurun, Lombok Mirah, Saksak, Bantayan, Luwuk, Uda, Makasar, Butun, Banggawi, Kunir, Galiyao, Salaya, Sumba, Solot, Mukar, Wandan, Ambwan, Maloko, Wwanin, Seran & Timur.

Indo-Cina: Dharmanagari, Rajapura & Campa.

Model perpaduan politik Melaka

Model seterusnya ialah perpaduan dalaman Melaka seperti yang dinyatakan Tom Pires yang menulis pada 1512-1515M bertajuk Suma Oriental untuk Kerajaan Portugis di Melaka.

Small SB 8 003

Mengikut pengiraan, Tom Pires menyenaraikan 76 Kerajaan Rumpun Bangsa Melayu yang berdagang dengan Melaka iaitu:

i) Pulau Sumatera: Lambrij, Achem, Biar, Pedir, Lide, Pirada, Pacem, Bara, Daru, Arcat, Ircan, Rupat, Purij, Ciaca, Campar, Capocam, Andraguerij, Jambij, Palimbam, Tana Malayo, Sacampam, Tulumbauam, Andaloz, Piriaman, Tico, Barros, Quinchel, Mancopa, Menancabo,
ii) Borneo
iii) Malaka
iv) Pulau Jawa: Cumda, Cherimon, Japura, Losari, Tegal, Samarang, Demak, Tidunan, Japara, Rembang, Tuban, Sidayu, Grisee, Surabaya, Gamda, Blambangan, Pajarakan, Camta, Panarukan, Chamdy & Madura.

Pepulau Tenggara: Bali, Lombok, Sumbawa, Byma, Sangeang, Solor, Alor, Kambing, Citor, Batojmbey, Banda, Ceram & Amboina
Pulau Maluku : Ternate, Tidore, Motir, Makyan, Bachian & Gillolo.

Pulau Tengah: Tanjompura, Laue, Quedondoam, Samper, Biliton, Cate, Pamuca, Adema, Macassar, & Madura,

v) Campa & Filipina

Model perpaduan rumpun bahasa Melayu

Jika kita tidak menyekat geografi Rumpun Bangsa Melayu hanya kepada Malaya/Malaysia, maka geografi sebenarnya memenuhi satu perlima keluasan dunia. Seutaranya Pulau Kyushu, seselatannya New Zealand, sebaratnya Madagaskar dan setimurnya Pulau Hawaii.

Keluasan itu memuatkan sejumlah 1200 rumpun Melayu yang bertutur sejumlah 1,200 dialek bahasa Melayu-Polinesia atau linguistiknya, Austronesia. Mungkin sekitar 13-15 dialek ada di Semenanjung Tanah Melayu dan sekitar 20 dialek di Sarawak, Sabah dan Labuan.

Dialek itu sebenarnya tidak pernah menjadi mata pelajaran di sekolah dan universiti, kecuali mungkin tatkala kursus khas memperkenal suku kaum dan dialeknya beberapa kali.
Sepatutnya, semua dialek berkenaan mesti menjadi kursus bahasa atau dialek pilihan untuk dipelajari mahasiswa sekurang-kurangnya, kalau belum mahu membuat rombakan pelajaran bahasa Melayu di sekolah.

Hal ini akan menyuburkan perpaduan dalaman kalangan rumpun Melayu.

Model perpaduan pendidikan

Agak lama mengkaji perhubungan keilmuan antara Tamadun Rumpun Melayu dengan Tamadun India dan Tamadun Cina menerusi penyelongkaran teks kuno.

Kajian menunjukkan ada perhubungan keilmuan dan pendidikan antara tiga tamadun besar itu. Sehingga kini, buktinya masih ada di Tibet, Cina dan Jepun.
Teks itu berbentuk buku keilmuan Hindu-Buddha yang dipelajari sarjana India, Melayu dan Cina. Buku itu boleh didapati dalam bentuk terjemahan di Tibet, Jepun dan China.

Ini menunjukkan ketiga-tiga bangsa itu pernah bersatu padu menerusi keilmuan dan pendidikan sekitar 400-1200M. Malah, bukti menunjukkan ketiga-tiga bangsa itu pernah menuntut di Universiti Nalanda, India, sekitar kurun ke-8M.

Tatkala itu, ribuan pelajar Melayu Sriwijaya/ Suvarnabhumi menuntut di Nalanda hinggakan pihak pengurusan membina asrama Suvarnabhumi. I-Tsing juga menuntut di sini pada awal kurun ke-8M. Persoalannya, bolehkah mengulangi kaedah perpaduan sebegini menerusi pendidikan?

Model perpaduan perdagangan Melaka

Tom Pires 1512-1515 juga melaporkan banyak pedagang melakukan aktiviti di Melaka. Semuanya berasa Kerajaan Melaka mesra pedagang. Maklumat tempat asal pedagang seperti berikut:

Cairo, Mecca, Aden, Abyssinian, Kilwa, Malindi, Ormuz, Parsee, Rume, Turk, Turkoman, Christian, Armenian, Gujaratee, Chaul, Dabhol, Goa, Deccan, Malabar, Kling, Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siam, Cambodia, Cochin/Viet, China, Lequeo, Lucoe, Laue, Maldive.

Model perpaduan kajian kebudayaan

Kalau serius mahu membuat rombakan sistem pendidikan sekolah dan universiti, kita patut memperkenal kajian kebudayaan terhadap Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India.

Bukan hanya pembelajaran bahasa seperti yang dilaksanakan sekarang. Hanyalah menerusi kajian kebudayaan berusia ribuan tahun sahaja, ketiga-tiga tamadun itu akan saling kenal mengenal.

Malah, kajian yang akan memungkinkan kita memajukan pelbagai unsur kebudayaan untuk bersaing dalam pelbagai tema globalisasi sekarang, seumpama pendidikan, perniagaan, teknologi, ilmu dan sebagainya.

Bukankah Melayu yang membangun kapal besar sebelum tahun 1000M? Bukankah Cina yang membangun bahan letupan dan kertas?
Bukankah India yang membangun sistem persepuluhan dan angka sunya/ kosong/ sifar=0?

Semua ini tidak terdengar di Malaysia terutama di universiti, adanya perbincangan berkaitan perpaduan yang menjurus kepada persoalan tadi.

Ataupun kesungguhan melakukan sebahagian daripadanya, ketelitian program perpaduan di Malaysia hanyalah program yang tiada isi. Kini, rumpun Melayu di Sarawak dan Sabahpun berasa mereka bukan rumpun Melayu walaupun bahasa pertuturan seharian mereka adalah Austronesia=Melayu-Polinesia.

 

Categories
PENDIDIKAN

Derita malim gunung dan kelibat delegasi Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM
(yang mengikuti delegasi Selangor ke Sabah)

Matanya bergenang. Barangkali wajah rakan seperjuangan terlayah di kotak fikiran.

Hanya 30 saat tempoh gegaran gempa bumi itu. Sekejap tetapi memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada warga Sabah tetapi seluruh dunia.

Lebih menyayat hati, ia mengorbankan nyawa empat rakan Ridzuan Kauhinin dan 14 pendaki lain.

‘Donkey ear’- mercu tanda Gunung Kinabalu ranap sekelip mata, melontar bongkahan, juga serpihannya berterbangan mencari mangsa.

Tiada lebih penting bagi juruarah, malim gunung dan ahli radio amatur kecuali mengeluarkan pendaki ke tempat selamat. Namun, misi itu bukan mudah.

Bentuk muka bumi dan gegaran susulan cukup mencemaskan. Tambah menjerihkan, Ehing Sakumbang mendukung pelajar Singapura berusia 12 tahun yang cedera. Langkahnya longlai dek letih dan lapar.

Tidak jauh dari kaki gunung, Ridzuan Kauhinin mundar-mandir dan resah. Beliau bernasib baik kerana tiada kejadian tak diingini berlaku ke atas 15 pendaki bersamanya.

Beliau diarah berpatah balik selepas gegaran kuat gempa bumi. Kini, hatinya cemas. Setiba di rumah, tiada seorangpun kelibat rakan malimnya.

Beberapa kali menghubungi rakannya. Tidak berjawab. Entah selamat, entah tidak. Akhirnya Ridzuan membulatkan tekad, bingkas mencapai peralatan mendaki.

Selepas dua setengah jam, beliau tiba di kilometer 8.8 pada paras ketinggian hampir 3,000 meter di Willosa.

Lega bukan kepalang menyaksikan Ehing walau tidak bermaya tetapi selamat. Selepas Ehing mengalas perut dengan bekalan makanan dibawanya, mereka menuruni gunung.

Ridzuan mengambil alih tugas memikul kanak-kanak itu hingga ke Layang-Layang Hut. Selepas itu, pasukan Ridzuan dan Ehing mendapat pertolongan beberapa teman dari Laban Rata.

Hari menghibakan 

Hari kedua, Ridzuan, Ehing dan lebih 100 malim lain membantu pasukan keselamatan mencari dan menyelamat pendaki yang masih hilang.

Di Pin 4 atau 5, Ridzuan jadi lemah longlai. Mayat bergelimpangan di sana sini. Air mata tidak dapat ditahan-tahan. Tambah hiba, satu daripadanya jasad itu ialah rakan baiknya, Robbie Sapinggi.

Ceritanya terhenti. Ridzuan kehilangan kata-kata. Kami cuba berkongsi hiba. Tidak dapat dibayangkan tiap detik cemas yang dilalui mereka.

Sabah 2

Sebenarnya, kami delegasi Kerajaan Selangor bertandang untuk menghulur sedikit bantuan seadanya.

Dan kami sedar, bantuan RM150,000 tidak sesekali akan mengembalikan mereka yang sudah tiada, jauh sekali. Yang berlaku, sudah berlaku. Tidak boleh diubah lagi.

Pemberian sumbangan juga tidak akan mengembalikan senyuman anak kehilangan bapa, ibu kehilangan anak, isteri kehilangan suami dan mereka yang kehilangan adik beradik dan teman bergurau.

Kami anggap kehadiran kami beserta sumbangan itu tiada ada apa-apa erti berbanding mereka yang kehilangan serba serbi termasuk kehilangan jiwa.

Akan tetapi, kami silap. Termalu sendiri.

Sabah 1

Rupa-rupanya, walau bantuan itu diterima penuh syukur tetapi paling mereka hargai ialah kehadiran orang luar seperti kami yang menjengah saat-saat mereka dirundung malang.

Pada mereka, kehadiran kami cukup bermakna. Apatah lagi bersama seorang pemimpin Kerajaan Selangor. Ia melangkaui wang ringgit yang kami dibawa sebagai bantuan.

Kecekapan Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) bertemu keluarga mangsa tambah mengukuhkan ikatan persaudaraan antara kami. Juga rakyat Sabah dan Selangor.

Benarlah, kesempatan bertemu Ridzuan, Ehing, Jessica Sikta (tunang Valerian Joannes), Sahiah Boliking (ibu mendiang Ricky Masirin), Biker Sapanggi (adik Robbie Sapanggi) benar-benar membangkitkan keinsafan.

Perkenalan singkat itu benar-benar mengajar peri pentingnya semangat kemanusiaan yang akhirnya pasti menanggalkan segala perbezaan – warna kulit, agama, mahupun idealogi politik.

Categories
PENDIDIKAN

Di Nepal, sebutir nasi bagaikan sejongkong emas

Daripada AFEEQA AFEERA di Nepal

TIBA-TIBA bumi Nepal yang tenang diterpa gempa bumi nan garang.

Sebahagian besar negara di Banjaran Himalaya itu musnah sekelip mata. Yang tinggal terpinga-pinga cuma.

Pemandangan dari kapal terbang cukup menunjukkan Nepal separa cacat akibat runtuhan bangunan serata tempat.

Lapangan terbang yang suram mengiakan telahan betapa mereka masih berkabung dengan kejadian gempa April lalu.

Sepanjang jalan di Kathmandu, deretan khemah menjadi ‘kediaman rasmi’ penduduk Nepal terbentang depan mata.

Ada memilih jalanan sebagai rumah baharu, barangkali menyerahkan takdir mereka di tangan Tuhan.

Mereka hilang tempat berteduh. Segalanya diragut dalam gempa bumi berskala 7.9 skala Richter yang mengorbankan ribuan nyawa.

IMG_20150602_171842

Di Kathmandu, keadaan boleh dikatakan ‘ok’. Aliran trafik masih sibuk kerana kerosakannya minimal. Namun, senario bandar di pedalaman dan pergunungan, sungguh berbeza.

Ketika menyusuri Bhaktapur, daerah yang dingin dan suram memberi gambaran keadaan belum pulih biarpun sebulan sudah berlalu.

Ia terjejas teruk dalam kejadian itu. Hingga memusnahkan tapak warisan dunia, Bhaktapur Durbar Square yang diiktiraf UNESCO.

Bahagian depan kuil tradisi masyarakat Hindu musnah manakala bahagian dalamnya cacat akibat runtuhan.

Dan dalam ralit memerhati sekeliling, seorang lelaki tua yang duduk berhampiran mengekori tanpa sebarang bicara.

Memperkenal diri sebagai Durba, beliau hanya bersuara apabila disapa Syamsul Haq, jurubahasa kami.

Durba tidak meminta-minta tetapi hanya menceritakan kisahnya yang terpaksa bertahan demi mencari rezeki setelah hilang segala-galanya.

Matanya berkaca tatkala ada menghulurkan bantuan dan sedikit makanan sebagai alas perutnya.

Terkesan betapa berat hatinya untuk menerima tetapi barangkali mengenangkan laparnya perut, perlahan-lahan, malah terketar-ketar tangan uzur itu menerima pemberian kami.

Itu kisah malang si Durba.

Lain pula kisahnya di perkampungan Kaleswor dan Lalitpur.

ne[alIMG_20150602_172605

Perjalanan tiga jam dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan mental.

Hanya kalimah syahadah yang dititip sewaktu kenderaan melalui laluan ‘off-road’ dan berliku simpang siurnya.

Dengan jurang di kiri dan kanan, tumpuan kami sengaja dialih kepada panorama indah di sepanjang perjalanan bagi menghilangkan kerisauan.

Berada di puncak dingin dan nyaman, pasukan misi bantuan kemanusiaan disapa penduduk setempat yang merai kehadiran kami bagaikan raja.

Di sebalik senyuman, penduduk di situ punya keluh.

Mereka menceritakan bagaimana ketakutan, kengerian berdepan suasana gempa bumi. Ramai bertempiaran lari, ada yang selamat. Ramai juga terkorban.

Sempat berbual dengan Ram, 33, yang fasih berbahasa Melayu meskipun memiliki kewarganegaraan Nepal – mengeluh hilang tempat tinggal, ditambah anak dan isterinya yang sakit tanpa rawatan.

Lebih malang, sebilangan ahli keluarganya terkoban menyebabkan Ram berasa hidupnya kian kosong.

Sebenarnya, ramai antara mereka tidak boleh bertutur bahasa Inggeris kerana tidak bersekolah. Faktor kewangan dan tiada kemudahan baik antara punca tidak mendapat pendidikan sempurna.

nepalIMG_20150602_173152

Muslim Care Malaysia Society dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) terbang untuk mengedar bantuan makanan dan bahan asas lain kepada mangsa.

Seorang demi seorang menyambutnya dengan senyuman ikhlas.

Meskipun kecil nilainya tetapi ia memberi kegembiraan bukan kepalang kepada mereka.

Paling terkesan, ada antara mereka yang ‘menyembah’ kami dan berulang kali mengucapkan terima kasih – mungkin kerana terharu.

Timbul keinsafan di hati mengenangkan sikap membazir makanan tetapi mereka sangat menghargai – sebutir nasi bagaikan sejongkong emas.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Rumah boleh diganti tetapi nyawa insan tersayang, di manatah gantinya?

Himalaya kini sepi.

Buat mereka, moga ada sinar menanti esok.

Categories
PENDIDIKAN

Awang Sariyan: Pengangkatan sebagai bahasa tamadun

Bahasa Melayu pada abad ke-21 perlu dimartabatkan bagi memastikan kedudukan dan peranannya sebagai wahana pemikiran dan rasionaliti. Biarpun, kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perlembagaan tetapi kondisi itu belum menjamin kekuatannya jika belum menjadi wahana kepada ilmu dan pemikiran tinggi. Lantaran itu, strategi memperkaya bahasa Melayu agar ia menjadi bahasa pencerahan dan budaya tinggi diumumkan. Wartawan SelangorKini, Naeem Raffi menemu bual Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan mengenai usaha berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah memurnikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan memastikan penggunaannya mengikut tata bahasa dan diluluskan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Komen?

Arahan itu menepati peraturan bahawa semua iklan dan nama khas yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah mendapat pengesahan DBP lebih dahulu. Pada 2013, DBP menyemak dan mengesahkan lebih 37,000 draf iklan dan nama khas di tempat awam. Namun, DBP yakin peraturan itu belum dilaksanakan sepenuhnya oleh kebanyakan PBT. Maka arahan itu amat dialu-alukan.

Mesyuarat Negara bagi PBT yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 4 Mac 2014 juga meluluskan ketetapan agar PBT mewajibkan pengiklan dan semua agensi termasuk agensi kerajaan mendapat sijil kelulus-an bahasa DBP sebelum permit diberi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAUntuk memperkasa dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Selangor, apakah yang perlu diberi perhatian?

Pertama, kerajaan negeri perlu mewajibkan semua institusi pendidikan di bawah kawalan kerajaan negeri melaksanakan dasar bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama.  Kedua, karya ilmu dalam bahasa Melayu, baik makalah untuk jurnal mahupun buku hendaklah diiktiraf untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain kepada kakitangan akademik.

Ketiga, perlu disediakan geran penyelidikan tentang pelbagai aspek kearifan setempat di Selangor seperti sejarah, tokoh, seni budaya, teknologi, flora dan fauna dan bidang lain untuk diterbitkan, khususnya dalam bahasa Melayu, sebagai sumbangan kepada negeri dan ne-gara dalam mengimarah ilmu.

Dalam Belanjawan Selangor 2015, kegiatan penterjemahan karya antarabangsa dipergiat dengan insentif diberi. Pandangan?

Usaha itu menepati agenda peningkatan tamadun setempat kerana karya besar daripada tamadun lain dalam bidang ilmu dan susastera dapat memberi nilai tambah yang penting.
Perlu ada pemetaan atau pe-rancangan kategori ilmu dan sastera yang mewakili karya besar beberapa tamadun sedunia untuk diusahakan terjemahannya ke dalam bahasa Melayu.

Usaha terjemahan karya besar kita perlu juga dilakukan agar unsur kearifan setempat dalam beberapa bidang dapat diketengahkan ke persada antarabangsa sebagai sumbangan tamadun kita kepada tamadun dunia. Hal ini dapat juga mengimbangi proses globalisasi yang selama ini condong dari Barat ke Timur dan sangat kurang dari Timur ke Barat.

prof_Awang.1202117Apa usaha lain yang boleh dilaksanakan Kerajaan Selangor untuk mempertingkat penggunaan bahasa Melayu?

Antaranya termasuklah meluaskan penggunaan bahasa Me-layu dalam sektor kritikal seperi bidang ekonomi. Usaha dapat dilakukan melalui perbadanan dan syarikat di bawah kerajaan negeri agar bahasa Melayu memperoleh nilai ekonomi.

Usaha lain ialah meningkatkan kegiatan pemasyarakatan bahasa dan persuratan kebangsaan dalam pelbagai lapisan masyarakat dan golongan agar bahasa Melayu merentas seluruh etnik dan golongan dengan lebih berkesan sebagai bahasa perpaduan dan wahana komunikasi tamadun.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sering menggunakan bahasa Melayu baku ketika berucap dan penguasaan bahasa beliau menjadikan ucapannya lebih jelas. Komen?

Ketrampilan komunikasi memang menjadi salah satu prasyarat bagi pemimpin yang berkesan. Idea yang baik perlu dibantu oleh kekuatan komunikasi, khususnya melalui bahasa. Keupayaan menyesuaikan bahasa dengan pelbagai khalayak amat penting, selaras dengan tuntutan agama agar seseorang bercakap selaras dengan kemampuan khalayak khususnya.

Categories
PENDIDIKAN

Penduduk kampung pedalaman nikmati lampu solar

Oleh Nazli Ibrahim

MEMBIMBANGKAN, juga menyeramkan.

Itulah gambaran perasaan penduduk Kampung Ijok setiap kali melalui Jalan Pusara. Namun, perasaan itu terhapus apabila jalan sekitar Kampung Ijok kini sudah diterangi lampu berkuasa solar.

Malah, lampu seumpama itu dipercayai pertama kali dipasang di kawasan pendalaman di negeri ini, mungkin juga di negara ini.

Lampu Diod Pemancar Cahaya (LED) itu jauh lebih efisyen dan menjimatkan kerana tidak melibatkan kos pemasangan yang tinggi ekoran tidak melibatkan kerja penanaman kabel.

1557476_10152134902598901_1497340616_nIa juga lebih menjimatkan dari segi kos operasi dan penyelengaraan ekoran penggunaan kuasa semula jadi berbanding penggunaan kuasa elektrik yang melibatkan caj dari pembekal elektrik.

Teknologi LED memberi kecerahan lebih tinggi dengan penggunaan tenaga sekurang-kurangnya 50 peratus lebih rendah berbanding lampu jalan konvensional.

Selain tidak menggunakan sumber mencemarkan, teknologi LED juga tidak memerlukan masa pemanasan sekaligus membenarkan penggunaan pengesan gerakan untuk kecekapan tambahan.

Seperti lampu jalan berkuasa elektrik, lampu LED  juga mempunyai pemasa automatik sekaligus membolehkannya menyala dan padam secara automatik.

Bergantung kepada model, ia mampu kekal menyala lebih semalaman tanpa cahaya matahari selama beberapa hari. Ini berikutan bateri lampu menyimpan elektrik dari panel suria pada siang hari dan membekal tenaga untuk penyalaan pada malam hari.

Lampu LED solar dilengkapi panel solar, breket panel solar dan bateri asid plumbum yang tidak memerlukan penyelengaraan manakala tiangnya pula diperbuat dari bahan tahan lasak.

d64e5389-b0b8-4488-b465-71302d5b3778

Pada masa ini, Ecolite Technologies Sdn Bhd sudah memasang lampu berkenaan di 20 lokasi strategik atas dasar tanggungjawab korporat dengan Kampung Ijok dan Kampung Halmwood sebagai pilihan.

Ecolites Technologies ialah salah sebuah cawangan RuiGuang Electronic Co Ltd berpangkalan di China yang memiliki kepakaran dalam bidang lampu jalan LED berkuasa solar sejak 2003.

Penggunaan lampu LED itu semakin meluas di China, malah kian berkembang pesat di seluruh dunia.

Tinjauan Selangor Kini di Kampung Ijok mendapati penggunaan lampu LED memberi kesan pencahayaan lebih baik berbanding okasi yang menggunakan lampu jalan konvesional.

idrisAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad pada program perasmian penggunaan lampu itu baru-baru ini berharap faktor kecerahan cahaya membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dan kes ragut.

“Dahulu, susah nampak orang berjalan pada waktu malam tetapi sekarang ada yang berjogging sebab sudah terang. Suasana malam tampak lebih ceria berbanding sebelumnya.

“Dahulu gelap, bimbang ada peragut dan jalannya pula berliku. Ini berbahaya,” katanya ketika menyampaikan taklimat yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, banyak kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan terbabas ke gaung dan belukar berhampiran akibat suasana jalan yang gelap.

1522020_10152134902593901_898738893_nTidak hairanlah, penduduk di beberapa kampung lain turut menyatakan harapan mereka supaya lampu jalan solar itu dipasang kampung mereka pula.

Lebih-lebih lagi, Abdul Khalid sendiri menunjukkan minat dan sedia mengkaji keperluan untuk memperluas penggunaan lampu LED itu di kampung lain.

– FZL