Categories
BERITA UTAMA RENCANA

Rentetan setahun suka duka Malaysia

OLEH HAFIZAN TAIB

Pelbagai peristiwa menarik dan tidak kurang menghadirkan kedukaan dalam kalangan rakyat dapat dirakamkan berlaku di Malaysia sepanjang tahun ini. Antaranya ialah:

JANUARI
1 Januari – Tahun Melawat ASEAN 2017 bermula secara rasmi.

9 Januari – Pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri, memenangi Anugerah Puskas untuk gol terbaik di Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland.

FEBRUARI
13 Februari – Pembunuhan Kim Jong-nam:
Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia oleh dua wanita tidak dikenali, spekulasi untuk menjadi ejen Korea Utara, ketika perjalanan
pulang ke Macau di terminal penerbangan tambang murah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pada 14 Februari, polis Malaysia menahan seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Doan Thi Huong, 28, yang memiliki dokumen perjalanan Vietnam dan dua
hari kemudian, warga Indonesia, Siti Aishah, 25, serta rakyat Malaysia, Muhammad Farid Jalaluddin, 26, bagi membantu siasatan.
Seorang rakyat Korea Utara, Ri Jong Chol, 46, turut ditahan bagi tujuan sama, beberapa hari berselang.

18 Februari – Jamilah Anu, balu kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, memenangi Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu dengan majoriti 6443.

MAC
8 Mac – Ulang tahun ketiga nahas penerbangan MH370 Penerbangan Malaysia.

22 Mac – Google Doodle memberi penghargaan kepada seniman agung, Tan Sri P Ramlee, di laman utama Malaysia untuk meraikan ulang tahun kelahirannya ke-88.

APRIL
13 April – Pelumba trek Malaysia, Azizulhasni Awang membawa pulang pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Dunia 2017 di Hong Kong. Beliau menjadi pemenang pingat Asia kedua memenangi pingat emas.

24 April – Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

MEI
24 Mei – Proton dan Geely menandatangani perjanjian yang menyaksikan Geely mengambil pegangan 49.9 peratus dalam Proton dan kepentingan mengawal dalam Lotus, pengeluar kereta sport British daripada Proton.

JUN
19 Jun – Hari Al-Quran Dunia diadakan di seluruh negara.
26 Jun – Pembukaan Movie Animation Park Studios di Ipoh, Perak. Ia menjadi taman tema animasi pertama, di Asia.

JULAI
10 Julai – Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, pelajar tahfiz meninggal dunia pada 26 April kerana disyaki dipukul warden hingga mencetuskan kemarahan orang awam. Beliau disahkan mati akibat penyakit bukan dipukul.

OGOS
31 Ogos – Malaysia meraikan ulang tahun ke-60 (Jubli Perak) Hari Kemerdekaan Negara bertema Negaraku Sehati Sejiwa.

SEPTEMBER
4 September – Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

14 September – 23 pelajar dan dua guru terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah agama, Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Ia adalah tragedi terburuk sejak kebakaran Madrasah Kedah 1989.

OKTOBER
1 Oktober – Pelumba Belgium dari Red Bull Racing, Max Verstappen, memenangi Grand Prix Malaysia terakhir di Sepang, Selangor, iaitu perlumbaan Formula Satu terakhir negara.

17 Oktober – Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew meletak jawatan dan kembali ke Ryanair sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

27 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membentangkan Bajet 2018.

NOVEMBER
5 November – Pulau Pinang dilanda banjir besar akibat hujan lebat sehari sebelumnya. Kejadian berlaku beberapa hari itu mengorbankan tujuh nyawa dan hampir 70,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

19 November – Perodua Myvi generasi ketiga dilancarkan secara rasmi.

DISEMBER
6 Disember – Pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, mendapat bantahan antarabangsa termasuk Malaysia yang menolak sekeras-kerasnya cadangan AS itu.

31 Disember – Tahun Melawat ASEAN 2017 secara rasmi berakhir.

 

SUKAN 2017
1. 20 Januari – 21 Oktober – Liga Perdana dan Liga Super Malaysia 2017 (Bola sepak)
2. 5 Februari – 20 Mei – Piala FA Malaysia 2017 (Bola sepak)
3. 4 Julai – 20 Oktober – Piala Malaysia 2017 (Bola sepak)
4. 22 Februari – 1 Mac – Tour de Langkawi 2017 (lumba basikal)
5. 19 – 30 Ogos – Sukan Asia Tenggara 2017
6. 17 – 23 September – Sukan Para ASEAN 2017
7. 29 September – 1 Oktober – Petronas Grand Prix Malaysia 2017 (Formula 1)
8. 27 – 29 Oktober – Shell Grand Prix Motosikal Malaysia 2017 (MotoGP)

BELASUNGKAWA
Sepanjang tahun menyaksikan beberapa kematian membabitkan kerabat diraja, tokoh dan orang kenamaan yang menimbulkan situasi sedih di Malaysia. Antara mendapat tumpuan:
11 Januari — Tan Sri Adenan Satem – Ketua Menteri Sarawak ke-5
18 Januari — Abdul Manan Othman – Ahli politik UMNO
1 Mac — Tan Sri Jins Shamsuddin – Pelakon veteran
24 Mac — Johan Nawawi – Komposer dan penerbit muzik; suami kepada penyanyi Nora
2 Mei — Datuk Seri A Rahman Rosly – Bekas Pengulas Sukan dan Menteri Sukan Terengganu
3 Jun — Rehman Rashid – penulis dan wartawan

Categories
BERITA UTAMA RENCANA

Mengintai tabir 2018, apa sedang menanti kita

OLEH NAZLI IBRAHIM

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2018. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sudah pasti tahun 2018 turut menjanjikan warna-warni suka dan duka bermacam cabaran yang sedang menanti.

Sempena melangkah ke tahun baru, pembaca akan dibawa untuk mengintai beberapa peristiwa penting yang akan berlaku, pada tahun 2018.

Politik: Debaran PRU-14

Tahun 2018 dianggap sebagai tahun yang amat penting bagi menentukan masa depan Malaysia. Selepas 2017 berlalu tanpa pembubaran Parlimen, maka tidak syak lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan diadakan tahun depan.

Ketika ini, khabar angin semakin bertiup kencang PRU-14 bakal diadakan antara Mac hingga Mei 2018. Malah, ada juga yang meramalkan tarikh lebih spesifik lagi iaitu antara 16 Mac hingga 24 Mac ekoran cuti sekolah pertengahan penggal pertama berlangsung, sekali gus masa paling sesuai pilihan raya diadakan.

Jangkaan ini juga berdasarkan beberapa faktor lain seperti faktor mandat Parlimen ke-13 yang ada pada hari ini bakal berakhir 24 Jun 2018. Jika tidak dibubarkan, maka Parlimen akan terbubar secara automatik bagi memberi laluan untuk PRU-14 diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran berkenaan.

Faktor lain yang mungkin menjadi perkiraan bagi menentukan tarikh PRU-14 adalah bulan Ramadhan yang jatuh, pada 16 Mei nanti. SPR dikatakan hampir pasti cuba mengelakkan PRU berlangsung, pada bulan puasa.

Pembebasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti turut dianggap sebagai faktor mempengaruhi tarikh pembubaran Parlimen.

Sesetengah pihak percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengadakan pilihan raya ketika Anwar masih di dalam penjara bagi menghalangnya menyertai kempen menentang Barisan Nasional (BN) apabila gelanggang dibuka nanti.

Aura yang ada pada Anwar bukan sahaja mampu memberi impak kepada kempen Pakatan Harapan sekiranya PRU-14 diadakan selepas pembebasan beliau, malahan mampu menyatukan kem-kem dalam Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, SPR perlu menyelesaikan bantahan Kerajaan Negeri Selangor di mahkamah terlebih dahulu bagi memastikan mereka memiliki kelebihan ke atas persempadanan baru ketika gelanggang PRU-14 dibuka nanti.

Dalam aspek lain, berbeza dengan lima PRU iaitu PRU-9 hingga ke PRU-13 lalu, PRU kali ini bakal menampilkan senario berbeza membabitkan pertarungan tiga penjuru dikatakan mampu melemahkan sokongan kepada pembangkang.

Namun, benarkah senario politik hari ini bakal memecahkan undi pembangkang? Atau adakah ini cuma satu ‘master plan’ yang sedang direncanakan dengan cermat?

Walaupun pertandingan tiga penjuru banyak kali berlaku sebelum Anwar dipecat daripada Umno lagi yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri antara PAS, DAP dan PSRM di pihak pembangkang dan BN di pihak kerajaan, namun banyak pihak terlepas pandang perbezaan tiga penjuru kali ini.

Pembaca tidak perlu menjadi pakar penganalisis politik untuk melihat perbezaan tersembunyi ini.

Selain itu, rakyat tentunya ternanti-nanti tindakan-tindakan susulan yang bakal diambil Pakatan Harapan sekiranya mereka menang PRU-14.

Misalnya, langkah menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada 10 tahun, memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan lain-lain yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya nanti.

Selain itu, paling menarik untuk disaksikan, bagaimanakah nasib riwayat politik Najib sekiranya BN tewas dalam PRU-14 nanti?

Adakah beliau mampu mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Umno atau adakah beliau dihumban dan dikecam oleh ahlinya sendiri akibat tindak tanduknya yang banyak melemahkan Umno, hari ini.

Paling utama, adakah Najib terselamat daripada diheret ke mahkamah di atas banyak tuduhan skandal yang dilemparkan kepada beliau ketika ini.

Anwar dibebaskan

Selepas tiga tahun empat bulan merengkok dalam Penjara Sungai Buloh, Anwar bakal dibebaskan, pada 10 Jun nanti.

Anwar mula dipenjarakan pada 10 Febuari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes fitnah II.

Pemilihan parti

Pemilihan barisan kepimpinan baru beberapa parti juga bakal berlangsung pada 2018. Antaranya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan parti Umno.

Apa yang menarik untuk disaksikan nanti, adakah pemilihan kali ini adalah pemilihan julung kalinya diadakan selepas Umno memegang status sebagai parti pembangkang.

Jika ini berlaku, pemilihan kali sudah tentu tidak lagi sama seperti tahun sebelumnya apabila tiadanya kuasa, dana kerajaan yang mengalir masuk dan kontrak kerajaan untuk ditawarkan kepada perwakilan yang mengundi.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, keadaan ini sudah pastinya menyebabkan kedudukan Najib bagaikan telur di hujung tanduk.

Sebelum ini bukanlah satu rahsia lagi, elemen kuasa dan wang adalah faktor penting membolehkan pucuk pimpinan Umno mengawal tindak tanduk pemimpin mereka, sekali gus memberi persepsi adanya kesatuan di dalam Umno.

Realitinya, tanpa kedua-dua elemen itu, Umno bakal berhadapan kesukaran untuk menyatukan partinya, lebih-lebih lagi kebanyakan pemimpin mereka sekian lama dibiasakan dengan sogokkan wang ringgit dan kedudukan bagi memastikan ‘kesatuan’ palsu ini berkekalan.

Selain pemilihan Umno, turut menarik untuk disaksikan nanti adalah pemilihan KEADILAN. Persoalannya, adakah pemilihan kali ini diadakan dalam suasana mereka sebagai salah sebuah parti yang berkuasa di Putrajaya.

Ekonomi 2018

Seperti yang diperakui oleh mana-mana pakar ekonomi, kestabilan politik turut memberi kesan terhadap kestabilanekonomi sesebuah negara.

Seperti dinyatakan pada awal rencana tadi, kemungkinan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran di Putrajaya dijangka mampu mempengaruhi ekonomi negara.

Bagaimanapun, hanya dengan barisan kepimpinan negara yang betul dengan tindakan yang betul sahaja mampu membawa negara ini ke landasan yang diinginkan.

Paling tidak, barisan kepimpinan baru ini haruslah berkeupayaan mengurangkan tekanan kos sara dihadapi rakyat dan meyakinkan masyarakat perdagangan antarabangsa negara ini adalah sebuah destinasi yang stabil dan selamat dalam semua aspek.

Antara paling utama adalah bagaimana kerajaan baru itu menguruskan hutang negara tinggalan Umno-BN yang dianggarkan mencecah RM1 trilion.

Tidak boleh tidak, kerajaan masa hadapan itu wajar mengambil langkah drastik dengan merancakkan lagi sumber pendapatan negara, menghentikan pembaziran dan mengurangkan kebergantungan negara kepada kuasa ekonomi dunia seperti China misalnya.

Pada masa ini, Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dilihat sebagai model terbaik dalam menguruskan ekonomi negara.

Manakala dalam sektor hartanah pula, pakar ekonomi meramalkan harga pasaran hartanah berharga sederhana dan mewah pada 2018 akan merosot akibat lebihan hartanah berada di pasaran yang tidak terjual.

Kesannya akan lebih dirasai bagi hartanah kategori komersial apabila lebih banyak unit kategori terbabit siap pada tahun 2018 nanti.

Pemaju juga akan kehilangan pembiayaan untuk memulakan projek baru jika tidak banyak rumah yang boleh dijual.

Selain pemaju, keadaan ini turut menyukarkan pemilik hartanah menjual kembali hartanah masing-masing.

Acara sukan dinantikan 2018

Sementara itu dalam arena sukan pula, pasti menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan pada 2018 nanti adalah Piala Asian Football Confederation atau AFC B-23 di China pada 9 hingga 27 Januari dengan menyaksikan buat kali pertama di bawah Presiden FAM yang baru, pasukan bawah 23 tahun negara layak ke pusingan akhir pada kejohanan ini.

Malah, lebih membanggakan apabila pasukan bawah 19 tahun negara turut layak ke pusingan akhir Kejuaraan Piala Asia AFC B-19 2018 di Indonesia pada 18 Oktober hingga 4 November, manakala pasukan bawah 16 tahun pula bakal beraksi di pusingan akhir Piala Asia AFC B16 2018 pada September di Malaysia selaku tuan rumah.

Kejayaan pasukan bawah 23, bawah 19 dan bawah 16 ini dicapai ketika pasukan senior Harimau Malaya bukan sahaja gagal layak ke Piala Asia, malahan masih bergelut memperbaiki ranking FIFA.

Sementara itu tahun 2018 juga menyaksikan Juara Liga Super Malaysia empat kali berturut, kelab Johor Darul Takzim sekali lagi mencuba nasib untuk menjadi kelab tempatan pertama berjaya melayakkan diri pusingan akhir kejuaraan tertinggi Asia, Kejuaraan Liga Juara-juara AFC (ACL).

Pasukan Harimau Selatan yang pernah menjuarai Piala AFC pada 2015 itu bakal menentang pasukan gergasi Thailand, Muangthong United pada 23 Januari nanti pada perlawanan Kelayakan Pusingan Kedua ACL 2018.

Selain kejohanan bola sepak yang membabitkan pasukan negara, turut dinantikan rakyat Malaysia nanti, Piala Thomas 2018 di Bangkok, Thailand, pada 20 hingga 27 Mei.

Selepas kempunan bergelar juara pada kejohanan 2016, rakyat Malaysia sekali lagi meletakkan harapan tinggi ke atas skuad negara untuk menjuarainya buat kali keenam.

Kali terakhir Malaysia bergelar juara pada Kejohanan Piala Thomas adalah pada 1992 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kejohanan itu.

Bagaimanapun, persoalan yang berlegar di fikiran peminat badminton tanah air, adakah jaguh perseorang negara, Datuk Lee Chong Wei masih berada dalam skuad itu nanti.

Sementara itu, acara temasya sukan kedua terbesar dunia selepas Sukan Olimpik iaitu temasya Sukan Komanwel pula akan membuka tirainya, pada 4 April dan berakhir 15 April.

Temasya kali ke-21 atau Gold Coast 2018 XXI Commonwelath Games itu akan dilangsungkan di Queensland, Australia dengan membabitkan penyertaan 70 negara bekas jajahan British termasuk Malaysia.

Selain pertandingan membabitkan pasukan Malaysia, paling ditunggu-tunggu sudah semestinya Piala Dunia FIFA di Rusia yang bermula, pada 14 Jun nanti.

Sepak mula kejohanan kali ini diadakan ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, di penghujung bulan Ramadan.

Kali terakhir Piala Dunia dijalankan pada bulan puasa adalah 31 tahun lalu iaitu Piala Dunia 1986 di Mexico.

Pada kejohanan kali ini, juara bertahan, Jerman ditempatkan dalam kumpulan A bersama Arab Saudi, Mesir dan Uruguay.

Jerman akan memulakan kempen menentang wakil Asia iaitu Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan.

Selain Arab Saudi, wakil Asia lain pada kejohanan kali ini adalah Australia, Arab Saudi, Korea Selatan, Iran dan Jepun.

Demikianlah serba sedikit ringkasan peristiwa bakal kita hadapi sepanjang 2018 nanti. Apapun cabarannya, tidak kira politik, ekonomi, sukan dan apa jua, sebenarnya apa yang paling penting adalah bagaimana kita laluinya.

Justeru, rakyat perlu bersatu kerana hanya dengan perpaduan dan pilihan yang betul sahaja kunci utama kejayaan negara ini, pada 2018 nanti.

# Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi SelangorKini

Categories
RENCANA SELANGOR

Tengku Amir Shah inspirasi belia

OLEH AFIX REDZUAN

DULI Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah dimahsyurkan sebagai Raja Muda Selangor dalam sebuah Istiadat Pemasyhuran Gelaran yang penuh tradisi, di Balairung Seri, Istana Alam Shah, pada 8 Oktober 2016.

Baginda mengangkat sumpah gelaran Raja Muda Selangor di hadapan ayahanda baginda, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tengku Amir Shah yang kini berusia 27 tahun diputerakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat, adalah anak bongsu dari tiga beradik hasil perkahwinan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Puan Nur Lisa Idris Abdullah.

Baginda mendapat pendidikan awal sekolah rendah dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran di Wellington College, United Kingdom (UK) dari 2004 hingga peringkat A-Level, pada 2009.

Kemudiannya baginda melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekologi dan Biologi Alam Sekitar di Leeds University, UK, pada 2014.

Tengku Amir Shah menjalani kursus persediaan ketenteraan yang rapi di Akademi Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan dari 23 September sehingga 5 Disember 2014.

Selepas itu, baginda meneruskan latihan ketenteraan Commissioning Course Intake 152 sebelum mendaftar diri di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, UK, dari 3 Mei 2015 hingga 15 April lalu.

Rentetan daripada kejayaan itu, baginda ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda di Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam satu upacara di Kem Terendak, Melaka, pada 19 Julai lalu.

Pada 15 Mac lalu, Tengku Amir Shah dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Anugerah ini diberikan berdasarkan komitmen, keazaman, ketabahan serta keyakinan dan sifat kepimpinan yang ditunjukkan baginda sepanjang mengikuti kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) siri 2/2016.

Baginda turut terkenal dengan sifat berjiwa rakyat apabila sering meluangkan masa memenuhi undangan dan majlis keraian serta menjadi Penaung Diraja bagi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai objektif membantu rakyat bagi meningkatkan taraf kehidupan.

Antara NGO yang dinaungi baginda ialah Yayasan Raja Muda Selangor, Pertubuhan Kebajikan Selangor Cheshire Home, Make a Wish Malaysia dan Selangor Youth Community (SAY).

Baginda turut menggemari sukan lasak seperti menunggang kenderaan pelbagai bentuk muka bumi (ATV), berbasikal dan bola sepak.

Tengku Amir Shah turut mengasaskan Selangor Champions League pada tahun 2016 untuk menaikkan standard bola sepak peringkat amatur di Selangor dan memperagakan bakat bola sepak, di peringkat komuniti.

Cinta baginda terhadap sukan bola sepak khususnya skuad Red Giants tidak dapat dinafikan menerusi satu kenyataan berhubung tujuh cara untuk menaikkan semula martabat bola sepak Selangor.

Categories
RENCANA SELANGOR

Tengku Permaisuri Norashikin penyeri hati rakyat

OLEH NORHAYATI UMOR

KARISMA dan keayuan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sering mendapat perhatian ramai.

Kelibatnya di majlis rasmi atau aktiviti santai keluarga diraja sering mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melihat baginda.

Malah, karakter baginda yang sangat merendah diri serta tidak lokek dengan senyuman disifatkan penyeri hati rakyat Selangor.

Mereka turut memuji kecantikan baginda yang disifatkan sebagai ‘natural beauty’ selain kesederhanaan dalam berpakaian yang menyerlahkan lagi kejelitaan Tengku Permaisuri Norashikin selaku kesayangan rakyat Selangor.

Mereka berpandangan, pesona dimiliki menyerlahkan lagi keluhuran hati dan keikhlasan baginda sebagai permata hati istana Selangor.

Menerusi laman Instagram Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial) yang memuat naik foto rasmi kerabat diraja Selangor, netizen selalu memberikan pujian terhadap baginda.

Keayuan wajah dan kesederhaan imej dibawa baginda bukan sahaja memukau setiap mata, malahan semua yang memandang pasti terpegun.

Sering tampil menggayakan busana menarik di setiap majlis, netizen memuji cara Tengku Permaisuri Norashikin berfesyen yang kelihatan ringkas dan elegan.

Begitu juga dengan kemesraan antara DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin turut mencuri tumpuan netizen.

Pasangan diraja itu disifatkan sebagai manis bersama dan didoakan supaya terus dilimpahi rahmat serta kekal bahagia juga terus memayungi rakyat negeri itu.

Pada 31 Ogos 2016, Sultan Sharafuddin selamat diijabkabulkan dengan Tengku Permaisuri Norashikin yang juga bekas personaliti televisyen, di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Tengku Permaisuri Norashikin pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik, di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

Baginda berasal dari Kuala Lumpur dan anak bongsu daripada tiga beradik.

Sebelum bergelar pembaca berita di RTM, Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai pramugari di syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

 

Categories
RENCANA SELANGOR

Alat kebesaran simbol kedaulatan raja dan negeri

OLEH NAZLI IBRAHIM

Bagi sebuah negeri yang bebas dan merdeka, kedaulatan raja serta negeri adalah satu elemen penting yang perlu dipelihara.

Kedaulatan ini bukan sahaja perlu dihormati, malahan harus dilindungi oleh semua golongan baik istana hingga rakyat jelata tanpa mengira kaum dan agama.

Di Selangor, istana adalah institusi yang sangat penting supaya kedaulatan raja dan negerinya terus terpelihara.

Selain kemakmurannya, kedaulatannya juga boleh dilihat melalui alat-alat kebesaran diraja yang penuh keunikan dan terjaga rapi sejak berzaman hingga hari ini.

Alat kebesaran yang dijaga dengan penuh tertib sejak berzaman lagi ini adalah sebahagian daripada simbol kedaulatan raja dan negeri Selangor Darul Ehsan bumi bertuah.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-72, SelangorKini akan mengongsikan alat-alat kebesaran diraja Selangor untuk tatapan pembaca.

Singgahsana lambang kebesaran kerajaan

Singgahsana adalah lambang kedaulatan dan kebesaran kerajaan sesebuah negeri, raja serta permaisuri dengan sultan akan bersemayam di atas singgahsana yang terletak di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Singgahsana yang digunakan bagi upacara rasmi seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan ini diperbuat daripada kayu cengal diukir dengan motif bunga tanjung pecah sembilan yang melambangkan sembilan daerah, di Selangor.

Singgahsana ini turut dilengkapi dengan sebuah mahkota yang diperbuat daripada kayu, sementara lapik bahagian atas diperbuat daripada baldu kuning diraja.

Singgahsana ini kali pertama digunakan pada istiadat Kemahkotaan dan Pertabalan Duli Yang Maha Mulia (DYMM)Sultan Sir Ala’eddin Suleiman Shah, pada 24 Oktober 1903.

Mahkota Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor 

Mahkota yang digunakan oleh DYMM Sultan Selangor hari ini menggantikan mahkota lama bernama ‘Mahkota Leleng’ yang keseluruhannya diperbuat daripada emas dan berasal dari tanah Bugis, di Sulawesi.

Mahkota Lelang ini diganti dan diubah suai atas nasihat seorang ulama, Tuan Sheikh Abdul Ghani ketika pemerintahan Sultan Muhammad (1826-1857).

Mahkota DYMM Sultan Selangor ini bertatah permata intan dan berlian dari Pontianak, Indonesia, serta delima asli yang diikat dengan emas sepuluh iaitu emas asli, dari Pahang.

Mahkota ini dipakai ketika Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan DYMM Sultan Selangor, Istiadat Pertabalan Tengku Ampuan Selangor, Istiadat Pertabalan Raja Muda, perayaan jubli perak dan jubli emas pemerintahan.

Mahkota DYMM Tengku Ampuan Selangor 

Mahkota bertatah berlian, batu delima merah dan diikat dengan emas tulen dipakai oleh DYMM Tengku Ampuan Selangor ketika Istiadat Kemahkotaan baginda dan juga istiadat pertabalan DYTM Raja Muda.

Keris Panjang Beruk Berayun 

Keris ini adalah keris panjang dan mempunyai Hulu Bali, sampir Madura dan matanya tidak berlok. Keris ini diperturunkan dari sultan ke sultan. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah sultan yang pertama mengucup keris ini ketika istiadat permahsyuran baginda.

Keris Gading Diraja 

Keris Gading Diraja juga dikenali sebagai keris Gading Putih. Ia digunakan DYMM Sultan Selangor dalam beberapa upacaya rasmi kerajaan. Mata keris berlok lima ini diperbuat daripada besi purba.

Hulu keris diperbuat daripada gading diberi nama ‘Hulu Anak Ayam Teleng’ dalam kategori ‘Hulu Jawa Demam’. Sampirnya diperbuat daripada gading putih tertera lima bintang berbucu lima, manakala lambang peribadi DYMM Sultan Selangor tertera pada sarung keris. Hujung sarung keris dikenali sebagai ‘Bujur Sanggar’.

Keris Terapang Gabus 

Keris Terapang Gabus juga dikenali sebagai Keris Tetali Emas atau Keris Emas Pendek. Ia salah satu daripada alat kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan yang dipakai sultan ketika Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan.

Mata keris ini diperbuat daripada besi ‘Lela Pestaka’ yang dipercayai mempunyai tuah dan keistimewaannya tersendiri. Oleh kerana sarung keris ini diperbuat daripada gabus, maka ianya dipanggil sebagai ‘Keris Terapang Gabus’.

Manakala, gelaran ‘Keris Tetali Emas’ diberi kerana keris ini mempunyai tali bersalut emas dan hulunya ditatahkan dengan permata. Keris berlok tujuh ini mempunyai hujung sarungnya berbentuk mata kapak.

Tengkolok DYMM Sultan Selangor

Tenggkolok kuning bertatah tiara berlian ini digunakan DYMM Sultan Selangor ketika menghadiri Isitiadat Pertabalan dan Kemahkotaan, Istiadat Hari Keputeraan, Upacara Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, istiadat dalam Negeri Selangor dan istiadat-istiadat rasmi diraja di luar Negeri Selangor. Warna rasmi tengkolok bagi seorang Sultan ialah warna kuning.

Pending Emas Bertatah Berlian

Pending Emas Bertatah Berlian adalah satu peralatan yang diperlukan bagi melengkapkan sesuatu pakaian istiadat.

Pending ini dipakai buat pertama kalinya oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ketika Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan baginda dan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah sultan yang kedua memakai pending ini, pada istiadat sama.

Pada pending ini terdapat lambang peribadi DYMM Sultan Selangor bertatah berlian.

Payung Diraja 

Payung Diraja keseluruhannya berwarna kuning. Ia digunakan ketika istiadat yang dijalankan di luar istana bagi memayungi DYMM Sultan Selangor.

Terdapat lambang peribadi DYMM Sultan Selangor pada payung berkenaan, manakala DYMM Tengku Ampuan Selangor dan DYTM Raja Muda juga mempunyai payung peribadi sediri yang tertera lambang peribadi masing-masing.

Payung Isitiadat 

Payung Istiadat juga dikenali sebagai Payung Obor-obor Kuning. Ia tidak mempunyai sebarang lambang dan digunakan dalam beberapa istiadat diraja. Dalam perbarisan, Payung Istiadat dibawa oleh para jejawat yang diselangi dengan jejawat Lembing Istiadat dan Tombak Istiadat.

Terdapat juga payung isitiadat berwarna hijau yang digunakan ketika kemangkatan DYTM Raja Muda, manakala payung istiadat berwarna merah digunakan khas untuk istiadat yang sama untuk Orang Besar-Orang Besar dan Daerah.

Lembing Sembuana

Lembing Sembuana adalah lembing pusaka yang penting ketika Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan. Mata lembing ini dibuat daripada campuran Besi Khursani yang dikumpulkan dari sembilan buah daerah, di Selangor.

Lembing ini dipercayai mempunyai semangat yang kuat serta bertuah. Dalam beberapa istiadat diraja, lembing ini digunakan dalam upacara ikrar taat setia kepada raja dan Kerajaan Negeri.

Antara adat istiadat lain yang memerlukan Lembing Sembuana ini ialah ketika istiadat pemahsyuran sultan baru depan jenazah, Istiadat Perlantikan DYTM Raja Muda Selangor, DYTM Raja Puan Muda Selangor, perlantikan Orang Besar Istana, Orang Besar Daerah dan Dato’ Diraja Selangor.

Lembing dan Tombak Istiadat

Lembing dan Tombak Istiadat digunakan di dalam majlis-majlis istiadat istana. Di dalam perbarisan, para jejawat Lembing Istiadat ini akan diselangi dengan jejawat Payung Istiadat.

Keris Badik dan Sundang yang digunakan oleh Orang Mulia Anak Raja Berempat (sub)

Keris-keris kerajaan terdiri daripada Sundang Diraja, Badik Emas, Keris Pendek dan Keris Panjang Bersalut Emas.

Alat-alat kebesaran ini akan dibawa oleh Yang Mulia Anak Raja Berempat ketika Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan, Istiadat Menjunjung Duli dan Ulang Tahun Hari Keputeraan.

Nobat Diraja Selangor

Selangor adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai peralatan nobat. Ianya terdiri daripada alat bunyi-bunyian tradisional yang dipalu untuk pelbagai upacara istiadat diraja seperti Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan serta Istiadat Perkahwinan Diraja.

Ahli-ahli dan pemain nobat mewarisi secara turun temurun dan dipanggil ‘Orang Kalau’ dan Ketua Nobat pula digelar ‘Setiakuna’.

Peralatan nobat Selangor yang digunakan dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan baginda ialah sebuah nafiri, sebuah serunai, sebuah lengkara/mengkara/menggara dengan dua batang rotan penukul dan dua buah gendang dengan batang rotan penukul.

Paluan nobat dilakukan mengikut adat dan masa yang ditetapkan. Ianya dipalu dalam upacara khas dan setiap acara mempunyai lagu nobat tertentu.

Terdapat 16 lagu nobat di antaranya Nobat Tabal, Nobat Raja, Iskandar, Raja Berangkat, Ibrahim Khalilullah, Puteri Langan Mayang, Lenggang Cik Kobat, Dang Gendang, Kemang Kemali dan Jong Beralih.

Lambang Peribadi DYMM Sultan Selangor

Tulisan khat Selangor dibahagian atas dicipta dengan Lembing Sembuana ditengah-tengah membentuk puncak dan diapit oleh Keris Panjang Beruk Berayun di sebelah kiri, manakala di sebelah kanannya ialah Keris Terapang Gabus.

Bulan sabit dan bintang berbucu lima yang berwarna kuning diterapkan dengan penuh artistik pada lakaran berkenaan. Tulisan khat ‘Dipelihara Allah’ ditulis di bawah lakaran berkenaan. Reben kuning dengan tulisan ‘Selangor’ adalah dasar kepada reka bentuk lakaran di atas.

Bulan sabit berwarna kuning melengkapkan reka bentuk lambang peribadi baginda.

Bendera Peribadi DYMM Sultan Selangor

Bendera Peribadi DYMM Sultan Selangor dikibarkan pada setiap kenderaan rasmi yang baginda naiki. Ia juga dikibarkan di istana persemayaman baginda dan di majlis rasmi yang dihadiri baginda.

Bendera ini mempunyai latar belakang berwarna kuning, sementara bucu puncak sebelah kirinya terdapat warna merah.

Pada bendera itu terdapat bulan sabit juga sebutir bintang pecah lima berwarna putih sebagai simbol kepada keislaman dan kesucian.

Latar belakangnya terdapat warna kuning diraja serta diikuti lambang peribadi Sultan Selangor berwarna merah.

*Sumber/Kredit: buku Pertabalan & Kemahkotaan DYMM Sultan Selangor Ke-IX (2003)

Categories
NASIONAL RENCANA

Najib diangkat sebagai keramat hidup, ada bantahan?

OLEH NAZLI IBRAHIM

KOMENTAR: Selepas berhari-hari bersidang, sekonyong-konyong sebelum berakhir Perhimpunan Agung Umno (PAU) kelmarin, akhirnya muncul juga satu idea paling hebat, paling bernas dan paling ‘global’ dicetuskan perwakilan.

Idea yang datangnya daripada perwakilan negeri Tuan Presiden sendiri, Wan Emril Nizam Wan Embong itu menyebut Datuk Seri Najib Razak layak diangkat sebagai keramat hidup disebabkan jasa-jasa beliau kepada bangsa dan negara. Maka bergemuruhlah PWTC dengan tepukan dan sorakan sekelian perwakilan dan pemimpin Umno.

Bagi penulis, tanpa ragu-ragu lagi penulis bersetuju 100 peratus dengan pengiktirafan diberikan Wan Emril Nizam kepada Najib.

Pada Disember 2011 penulis sendiri pernah menulis sebuah kisah (fiksyen) mengenai sebuah telaga keramat yang diterbitkan sebuah portal terkenal di mana terdapat persamaan dengan pengiktirafan keramat yang diberikan kepada Najib.

Tulisan empat bahagian itu berkisar tentang perjuangan Ketua Kampung Telaga Tunggal yang juga pewaris telaga keramat iaitu Tok Jib mempertahankan sebuah telaga yang beliau percaya mempunya keramatnya tersendiri.

Walaupun telaga keramat yang diwarisi itu semakin tidak digunakan orang kampung disebabkan perkembangan arus kemodenan yang membolehkan penduduk memperolehi bekalan air paip, namun Tok Jib berjaya menanamkan pemikiran kononnya air telaga keramatnya itu mempunyai pelbagai khasiat termasuk mampu menyembuhkan penyakit.

Selain itu, Tok Jib juga berjaya menakut-nakutkan penduduk kampung, kononnya kampung mereka akan ditimpa bencana disebabkan kemarahan keramat yang menunggu telaga itu sekiranya orang-orang kampung tidak lagi menggunakannya.

Bukan itu sahaja, malahan Tok Jib turut mengenakan bayaran tinggi kepada orang ramai yang mahu mendapatkan air telaga keramatnya.

Oleh kerana terlalu asyik mengira keuntungan diperolehi daripada telaga keramatnya, tanpa disedari Tok Jib telaga itu menjadi tidak terurus dan mengundang pelbagai penyakit.

Akhirnya, disebabkan semakin ramai orang kampung ditimpa penyakit khususnya demam denggi, pembohongan Tok Jib terbongkar dan menimbulkan pemberontakkan orang kampung yang merasa diri mereka tertipu.

Ketika itu orang kampung tersedar, keramat yang disebut-sebut oleh Tok Jib itu sebenarnya tidak wujud, hanyalah khayalan mereka, karut dan ditambah pula ia khurafat – berdosa besar!

Berbalik kepada pengiktirafan keramat hidup terhadap Najib tadi, maka memang benarlah Najib keramat hidup – kononya memberi manfaat kepada orang ramai walaupun hakikatnya memberi kemudaratan.

Categories
EKONOMI NASIONAL RENCANA

Legenda Burger Ramly: Sebut burger, ingat burger Ramly

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SEBUT sahaja burger, maka minda kita sepantas kilat akan memproses maklumat memberikan keputusan bahawa burger itu adalah burger Ramly. Jenama itu seolah-olah sudah melekat dan terbenam baik dalam pemikiran bawah sedar kita.

Malahan burger Ramly ini cukup popular di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, bangsa dan latar belakang.

Ketika ini terdapat 450 vendor dan 25,000 gerai burger di 35 cawangan seluruh negara. Lebih mengujakan apabila kumpulan syarikatnya sedang dalam rancangan menyiapkan kilang memproses bernilai RM1 bilion di Taman Perindustrian Halal Hab di Pulau Indah, Klang, Selangor.

Kilang tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 2017 dengan pengeluaran tiga kali ganda berbanding sekarang.

Apa yang membuatkan jenama itu menjadi pilihan sehingga boleh meminggirkan populariti jenama makanan segera antarabangsa yang sudah bertapak lama?

SEJARAH BERMULANYA BURGER RAMLY

Syarikat berkenaan adalah RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD iaitu industri Bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Diasaskan pada 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap.

Penubuhan syarikat dan pengeluarannya itu adalah daripada cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.

Pengasas dan Pemilik Kumpulan Ramly, Datuk Ramly Mokni, 63, adalah anak petani anak petani kelahiran Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.

Kemudian beliau berhijrah ke Sekinchan, Selangor, selepas dibawa abangnya berikutan kehidupan yang susah di kampung. Bermula dengan bekerja sebagai buruh, Ramly kemudiannya mendapat kerja sebagai pemotong daging di Kuala Lumpur.

Beliau yang sejak kecil bercita-cita mahu menjadi seorang doktor, tidak dapat meneruskan pengajiannya kerana keluarga tidak mampu dan akhirnya ‘terjebak’ secara serius dalam bidang pemprosesan daging.

Pada awal penglibatan dalam perniagaan berkenaan, beliau hanya menjalankan perniagaan dengan isterinya, Datin Shala Siah Abdul Manap, selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Keputusan itu diambil apabila melihat bekalan daging halal yang diproses untuk pasar raya rata-ratanya bukan milik orang Islam dan diragui status kehalalannya.

Bermula daripada itu, beliau mula mengusahakan pembuatan daging burger di rumah mereka di Flat Jalan Haji Hussien, Kampung Baru, bermodalkan RM2,000 tanpa sebarang mesin atau peralatan untuk membuat daging burger.

Selepas berjaya menghasilkan kepingan burger sendiri, beliau terus membuka gerai burger dan mula menjual daging burger siap dimasak dan mentah di semua gerai burger yang saya usahakan iaitu di sekitar Kampung Baru, Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Bermula daripada 200 keping, tempahan semakin meningkat sehingga 2,000 keping sehari.

Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk.

PENGEDARAN

Lebih daripada 120 pemborong mendaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk Ramly. Kesemua pemborong berdaftar ini berada di bawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribu pejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Penubuhan syarikat ini bertujuan menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan.

Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejuk beku digunakan.

Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati di pasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur.

Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad dan ia beroperasi 24 jam.

Pembukaan anak syarikat ini adalah untuk memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan antara Ramly dengan penjaja dan orang awam.

 

KUALITI

Penubuhan Makma Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly adalah untuk mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produknya adalah suci (daripada pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan.

Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

PRODUKSI

Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly untuk memastikan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya.

Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji untuk memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati.

Pelaksanaan kepakaran teknologi oleh Ramly adalah untuk memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi cita rasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan daya pengeluaran produk.

SASARAN

Hasil perniagaan Kumpulan Ramly, dijangkakan melonjak kepada RM2 bilion berbanding RM1 bilion pada masa ini sebaik kompleks pengeluaran baharu di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhnya pada 2018.

Fasa pertama kompleks itu apabila siap bakal meluaskan kapasiti pengeluaran kumpulan kepada 300 tan sehari berbanding 100 tan sekarang, kata Pengasas dan Pengarah Urusannya Datuk Ramly Mokni.

Kapasiti itu akan ditingkatkan sebanyak 300 tan lagi selepas fasa kedua mula beoperasi.

Kompleks baharu ini akan dilengkapi depot penyimpanan, logistik halal, pusat latihan dan pusat penyelidikan dan pembangunan.

Kapasiti pengeluaran yang dipertingkat itu kelak akan membolehan Ramly Group meningkatkan eksport ke rantau Asean. Timur Tengah, Eropah, Jepun dan Korea, yang juga merupakan pelan peluasan syarikat.

Kumpulan itu kini mengeskport produknya ke Singapura, Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Bangladesh.

 

BURGER RAMLY KINI DI NEW YORK?

Media melaporkan burger Ramly kini boleh dirasai ketika berada di New York. Akhbar New York Times juga memaparkan pada September, memaparkan dalam satu artikel di Pasar Malam Queens, sebuah pasar malam terbuka yang meraikan kepelbagaian budaya New York City dan Queens, menurut laman webnya.

https://www.nytimes.com/slideshow/2017/06/22/dining/food-market-queens-nyc/s/28HUNGRY-QUEENS-slide-KPU4.html

 

Individu yang menjalankan Projek Malaysia, pendirian makanan yang berpusat di Queens dalam Big Apple, telah memperkenalkan burger ke New York sebagai makanan ringan di pelbagai pesta.

“Di rumah, kami biasanya memanggilnya Ramly Burger, tetapi di sini kami panggil burger gaya Malaysia,” kata pemilik projek Malaysia Calvin Leong dalam satu laporan video yang disiarkan di laman Facebook makanan INSIDER.

Burger Ramly yang dijual di New York dibungkus dalam telur goreng kerana kadang-kadang di sini, tetapi perasa adalah sama sekali berbeza.

The Malaysian Project (TMP) tercipta hasil gabungan idea empat sahabat menetap di Middle Village, Queen. Mereka terdiri dari Carlos Hon, yang dilahirkan di Subang Jaya.

Abraham Chin, dilahir dan dibesarkan di Batu Pahat. Menyukai aktiviti indoor rock climbing dan snowboarding, kini bertugas sebagai Perancang Majlis dan Pengurus Akaun.

Dan Calvin Leong, lahir di Ipoh dan dibesarkan di Subang Jaya. Gemarkan aktiviti sukarelawan dan menghabiskan latihan perindustrian dietetik di Illinois sebelum berpindah ke New York.

“Dan sekali lagi, kami mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang berbeza, lalu membuat keputusan untuk membuat burger versi kami iaitu “Legendary Ramly Burger”.

“Kami bermula dengan membuat daging sendiri dengan bereksperimen dengan pelbagai campuran rempah agar tidak tersasar dari asas ‘Ramly Burger’ yang kita semua ketahui.

“Ternyata ia mendapat sambutan sehingga kami diundi oleh pengikut kami bagi menyertai Vendy Awards tahun ini, termasuk digelar “the Oscar of street food” oleh kebanyakan pengkritik dan pencinta makanan di New York,” katanya lapor Portal Glamlelaki.my

 

PRINSIP KEJAYAAN

Berpegang kepada lima prinsip iaitu jujur, rajin, berusaha bersungguh-sungguh, membantu orang yang memerlukan dan membayar zakat, Ramly menitipkan pesanan buat usahawan-usahawan yang baharu berjinak dalam dunia perniagaan.

“Lima prinsip itu perlu untuk berjaya kerana walau kaya macam mana pun kita satu hari nanti, jika kita tidak berpegang teguh kepada prinsip tersebut, kita tidak akan bertahan dan nasihat itu juga saya berikan kepada anak-anak saya yang bakal mewarisi legasi Ramly nanti,” katanya lapor Utusan Online pada 2 Oktober 2015.

 

SUMBER RUJUKAN:
– WIKIPEDIA
– Laman Web Burger Ramly
– Berita Sinar Harian/ Bernama

 

Categories
NASIONAL RENCANA

Bersediakah belia ulangi tsunami politik Malaysia?

OLEH AFIX REDZUAN

Begitu cepat masa berlalu. Tanpa disedari 2017 bakal melabuhkan tirainya kurang 30 hari dari sekarang sebelum kehadiran 2018.

Apabila 2018 menjengah, pastinya Malaysia bakal menempuh satu pertempuran kuasa domestik bagi menentukan nakhoda pentadbiran negara untuk penggal akan datang. Pastinya semua armada perang kini dalam keadaan bersiap siaga menantikan semboyan ditiup.

Jika disingkap kembali, Malaysia menempuh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui Putrajaya, di samping merampas semula Kedah sementara PAKATAN mengekalkan kuasa di tiga negeri iaitu Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang hasil kemenangan PRU-12.

Tsunami politik yang berlaku hasil gelombang PRU-12 pada 2008 menyaksikan PAKATAN berjaya menambah tujuh kerusi Parlimen kepada 89 kerusi, manakala kemerosotan melanda BN dengan 133 kerusi dan hanya membolehkan mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Tanpa disedari, golongan belia selaku pengundi muda yang ketika itu dianggarkan seramai 4.5 juta atau 38.8 peratus daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini memainkan peranan penting walaupun tidak menjadi faktor utama kepada keputusan PRU-13.

Berdasarkan kajian dilakukan Felo Penyelidik Junior Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Hariszuan Jaharudin, seramai 5.56 juta atau 41.98 peratus daripada keseluruhan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 2013 terdiri daripada pengundi muda iaitu 21 hingga 39 tahun.

Hasil kajiannya menerusi tajuk ‘PRU-13: Perubahan Budaya Politik Malaysia Dan Krisis Legitimasi Moral Barisan Nasional’ menunjukkan kebanyakan orang muda lebih terbuka memilih parti politik yang mewakili kepentingan umum bukannya kepentingan sesuatu kaum dan agama iaitu sebanyak 71 peratus berbanding hanya 14 peratus memilih parti politik berteraskan agama, manakala berteraskan kaum tertentu pula 11 peratus.

Golongan muda mahu perubahan dasar 

Dalam perkembangan sama, kaji selidik yang dijalankan Merdeka Centre antara 2012 dan 2013 mendapati golongan muda secara konsisten bersikap kritikal terhadap prestasi kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana secara umumnya mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun mahukan perubahan dasar negara juga pendekatan politik yang lebih rasional.

Persoalannya kini, mampukah pengundi muda khususnya golongan belia mengulangi peranan mereka sekali lagi pada PRU-14 dalam meneruskan fenomena ‘tsunami politik’ sebagai tanda isyarat hala tuju negara yang didakwa kian berkecamuk dengan pelbagai skandal hingga menarik perhatian dunia serta ditekan dengan kejatuhan nilai ringgit?

Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah dalam kenyataannya mendedahkan, sehingga suku kedua tahun ini, sebanyak 14.6 juta rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi, manakala 3.7 juta lagi yang kebanyakannya golongan belia berusia 21 hingga 39 tahun masih belum berbuat demikian.

Populasi kecil golongan belia yang berdaftar sebagai pengundi, sekali gus menunjukkan kurangnya kesedaran generasi muda berkenaan tanggungjawab mendaftar dan mengundi.

Kebanyakan mereka memberi alasan tidak tahu mendaftar di mana, tidak mahu terbabit dalam politik dan beranggapan satu undi tidak membawa apa-apa makna sebenarnya menunjukkan iklim kesedaran politik dalam kalangan belia masih gagal diselesaikan.

Bersediakah kita untuk menelan kenyataan faktor berkenaan mengakibatkan belia memandang enteng tanggungjawab yang perlu dilunaskan selaku rakyat Malaysia setiap lima tahun sekali?

Belia lebih selesa mengkritik 

Jika diamati di peringkat lapangan, faktor keengganan belia mendaftar sebagai pengundi itu benar. Mereka lebih selesa mengkritik dan melepaskan rasa tidak puas hati berdasarkan situasi semasa khususnya perkembangan ekonomi yang membabitkan kenaikan harga minyak dan barang di laman sosial atau warung kopi.

Ini termasuk peluang pekerjaan terhad dan tawaran gaji rendah hingga menjadikan suasana sunyi sepi seketika tanpa ada yang berminat untuk menyambung bicara apabila disarankan untuk mendaftar sebagai pengundi.

Di sebalik iklim politik negara yang dilihat suram mutakhir ini dengan kewujudan perpecahan parti politik dan budaya serangan menjengkelkan terhadap pihak lawan menambahkan lagi rasa meluat golongan belia untuk menjadi sebahagian watak melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

Walaupun semua parti politik disifatkan berjaya untuk mendaftar pengundi baru menjelang detik PRU-14 tetapi apakah jaminan mereka akan membuang undi pada tarikh keramat yang bakal diumumkan kelak?

Jika ingin mendabik dada atas kejayaan berjaya mendaftarkan banyak pengundi baru bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Tarikan belia untuk mengundi lebih kepada tawaran manifesto yang dijanjikan dan mampu dilaksanakan parti bertanding sekiranya diberikan kuasa memerintah.

Belia hari ini pastinya bersedia memberikan sokongan kepada calon bertanding atas faktor demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Tetapi mampukah tawaran manifesto itu berjaya mengunci tekad mereka mengundi calon atau parti politik sedia ada?

Peluang pekerjaan, penurunan kos sara hidup dan keupayaan memiliki rumah sendiri pastinya antara perkara yang akan diteliti belia sebelum mempertaruhkan undi mereka untuk melantik pemimpin sebagai suara di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Kepada golongan belia, janganlah terlalu mudah ‘merajuk’ dan berpaling wajah akibat bosan dengan keadaan semasa sedangkan kuasa perubahan ada di tangan anda.

Jangan disia-siakan peluang itu atau menjadi suara cengkerik yang memecahkan sunyi malam selepas keputusan akhir PRU-14 dimuktamadkan seperti perumpamaan ‘rumah dah siap, pahat masih berbunyi’.

 

 

 

Categories
RENCANA SELANGOR

Belanjawan Selangor, belanjawan ‘goverment-in-waiting’

OLEH NAZLI IBRAHIM

Selepas dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 3 November lalu dan kemudiannya berhari-hari dibahaskan, akhirnya Belanjawan Negeri Selangor 2018 selamat diluluskan.

Kini tiba masa bagi barisan kepimpinan dan jentera Kerajaan Negeri bekerja keras untuk menterjemahkan belanjawan dibentangkan kali ini menjadi realiti kepada rakyat.

Sedar tak sedar, belanjawan kali ini merupakan kali keempat dibentangkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan seperti biasa, belanjawan ini meneruskan tradisi Kerajaan Pakatan Selangor melahirkan idea-idea segar yang tidak dijangkakan rakyat bahawa sebenarnya banyak perkara boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan.

Lebih daripada itu, acap kali idea-idea ini langsung tidak terjangkau di pemikiran pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) baik di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan lantaran lebih bernafsu mempertahankan kedudukan masing-masing berbanding berkhidmat kepada rakyat.

Pada era pentadbiran Umno-BN sebelum 2008, rakyat Malaysia secara amnya menganggap kerajaan yang baik hanyalah sebuah kerajaan yang mampu menurap jalan tar di kampung-kampung, mengalirkan air di muncung paip, menerangi rumah dengan cahaya lampu elektrik atau mampu menyelesaikan masalah longkang tersumbat dan lain-lain seumpamanya semata-mata.

Sedangkan sebuah kerajaan yang baik adalah kerajaan yang mampu memainkan peranan dengan skop yang jauh lebih luas, agresif meningkatkan taraf ekonomi dan kebajikan rakyatnya dengan idea-idea segar bersesuaian dengan peredaran semasa.

 

Pentadbiran Umno-BN masih ditakuk 1990-an

Berbanding Umno-BN, pada hari ini mereka masih mengamalkan pentadbiran sebuah kerajaan yang sama seperti sebelum era 1990-an.

Dalam tempoh itu hingga kini, tahap perkhidmatan dan mentaliti pemimpin kerajaan Umno-BN tidak banyak berkembang bersesuaian dengan peredaran zaman. .

Mereka masih lagi terperangkap dengan dakyah ciptaan mereka sendiri di mana menganggap diri mereka adalah tuan kepada rakyat.

Bagaimanapun, kewujudan Kerajaan Pakatan Selangor hari ini yang memberi dimensi baru, bagaimana sebuah kerajaan boleh memaksimumkan perkhidmatan seperti apa yang sepatutnya kepada rakyat.

Namun, kemunculan Kerajaan Pakatan Selangor ini sedikit sebanyak turut memberi kesan positif kepada rakyat di negeri yang ditadbir kerajaan Umno-BN apabila mereka meniru idea-idea yang dilahirkan Kerajaan Pakatan Selangor.

Maka memang tidak menghairankan setiap kali Belanjawan Selangor dibentangkan, bukan sahaja dinantikan rakyat Selangor, malahan turut mencuri tumpuan banyak pihak termasuklah penganalisis ekonomi, pemimpin dan rakyat negeri lain.

Keprihatinan rakyat Selangor terhadap isi pembentangan belanjawan Selangor memang mudah difahami kerana mereka merupakan kelompok masyarakat yang disasarkan bagi setiap inisiatif yang ditawarkan dalam belanjawan itu.

Manakala bagi rakyat negeri lain, selain menumpang gembira rakyat Selangor, apa yang menarik minat mereka apabila pada akal fikiran masing-masing terbayang kesan positif yang dikecapi sekiranya Pakatan menerajui Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Belanjawan ‘goverment-in-waiting’

Dekan Pusat Pembangunan Asasi Universiti Selangor (UNISEL), Dr Hamdan Dato’ Salleh, menyifatkan faktor Selangor merupakan negeri diterajui Pakatan menyebabkan rakyat melihat belanjawan yang dibentangkan sebagai belanjawan ‘goverment-in-waiting’ atau kerajaan menanti.

“Penawaran belanjawan yang unik juga pastinya menarik minat rakyat termasuk negeri lain. Program-program yang bakal dilaksanakan seperti dalam pembentangan belanjawan akan menjadi manifestasi kepada keyakinan rakyat terhadap komitmen Kerajaan Negeri dalam merakyatkan ekonomi negeri serta dalam masa sama menjadikan Selangor maju menerusi ‘Smart State’.

“Terdapat tawaran menarik dalam belanjawan Selangor yang cukup menarik perhatian rakyat. Rakyat boleh membayangkan bahawa jika dengan belanjawan sekitar RM3 bilion, pelbagai faedah menarik ditawarkan, bayangkan berapa banyak pula jika kerajaan sebegini mampu lakukan jika belanjawan sebesar RM200 bilion seperti persekutuan.

“Ini satu bukti oposisi mampu menawarkan alternatif kepada Kerajaan Persekutuan sedia ada. Maknanya ia bukan sekadar retorika,” katanya kepada SelangorKini.

Jelasnya, langkah Kerajaan Negeri dalam belanjawan 2018, misalnya meluluskan RM3 juta untuk program dermasiswa, yuran pengajian dan asrama percuma yang disertakan wang saku untuk penuntut Universiti Selangor (UNISEL) sudah pasti menarik dan menjadi buah mulut rakyat negeri lain khususnya di laman-laman sosial.

Katanya, selain itu progam Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) di mana bantuan kewangan sebanyak RM2,400 setahun bagi membantu golongan ibu berpendapatan rendah di bawah RM2,000, ibu tunggal dan wanita yang tidak berkahwin tetapi menjaga ibu bapa turut mencuri perhatian rakyat seluruh Malaysia.

Dalam belanjawan kali ini, Selangor sekali lagi meneruskan tradisi meneraju membela kebajikan rakyat dengan pelbagai inisiatif yang dibentangkan di mana sejumlah RM309 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi menjayakan program kebajikan rakyat bagi 2018 termasuk meneruskan program Inisiatif Peduli Sihat.

Katanya lagi, sebagai ‘goverment-in-waiting’ akhirnya menyebabkan rakyat, penganalisis ekonomi dan penganalisis politik tidak dapat mengelak melakukan perbandingan belanjawan ditawarkan Kerajaan Negeri dengan belanjawan Kerajaan Persekutuan.

“Rakyat tertarik dengan 42 program ditawarkan menerusi belanjawan kepada rakyat Selangor yang antaranya terkehadapan dan menjadi peneraju hingga menjadi ikutan kepada persekutuan dan negeri lain.

“Justeru, belanjawan Selangor sentiasa menjadi tumpuan dan dengan demografi Selangor hampir sama dengan Malaysia, belanjawan ini pasti dibandingkan dengan persekutuan atau negeri lain di bawah BN,” katanya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah, pula berpendapat, secara umumnya rakyat Malaysia melihat kebolehan Pakatan mentadbir sebuah kerajaan sebagai cerminan kepada Malaysia dalam skala yang lebih kecil.

“Peratusan belanja pembangunan Selangor yang jauh lebih besar daripada persekutuan dan ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri memacu ekonomi negeri dengan memberikan peluang kepada sektor swasta untuk turut serta dalam arus pembangunan negeri,” katanya.

 

Teruskan berimpian

Selama sembilan tahun Selangor diterajui Pakatan sebenarnya telah memberi satu mesej yang jelas kepada rakyat supaya mengambil serius terhadap apa yang bakal ditawarkan Pakatan Harapan di dalam manifesto pilihan rayanya nanti mahupun di dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan yang dibentangkan sebelum ini.

Hal ini jelas kerana Kerajaan Negeri yang berdiri di Selangor hari ini merupakan bukti terbaik terhadap kewujudan sebuah kerajaan yang cekap memberikan perkhidmatannya kepada rakyat dengan pelbagai inisiatif yang mana tidak terfikir oleh rakyat sendiri sebelum ini.

Jangan kusutkan fikiran untuk menyakininya. Perkara ini boleh dibuktikan dengan sangat mudah. Tanya diri pembaca sendiri dan jawab dengan hati yang jujur – sebelum 2008, pernahkah terlintas dalam fikiran pembaca yang bijaksana bahawa akan wujud sebuah kerajaan yang mampu memberikan bekalan air percuma kepada rakyatnya? Sudah tentu tidak.

Namun hari ini sudah sembilan tahun skim bekalan air percuma dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang betul-betul peduli rakyat.

Teruskan berimpian kerana kerajaan seperti ini memang wujud.

=EZY=

Categories
PENDIDIKAN RENCANA

PTRS beri pelbagai manfaat kepada rakyat Selangor

OLEH SHEEDA FATHIL

Dasar PTRS

Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri ingin membantu pelajar supaya tidak terus tercicir dalam pelajaran, satu program dinamakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diperkenalkan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) atau kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

PTRS yang dianjurkan Kerajaan Negeri dan bekerjasama bersama Yayasan Selangor sejak Mac 2009 itu diteruskan dengan beberapa penambahbaikan demi meningkatkan tahap pencapaian diraih setakat ini.

Dasar pertama PTRS adalah memberi bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) secara percuma kepada pelajar yang memperolehi keputusan sederhana atau lemah mata pelajaran manakala kedua ia diberi kepada pelajar yang keluarganya berpendapatan bawah RM2,000.

Objektif PTRS untuk merealisasikan Dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Peduli Rakyat selain membuka ruang kepada 56 Ahli Dewan Negeri (ADN) mendekati rakyat di 161 premis sekitar negeri ini.

Justeru, ia juga dapat membantu memantapkan jati diri pelajar serta kurangkan gejala sosial melalui program sokongan disamping memberi satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk kemasyarakatan yang positif.

PTRS membabitkan bilangan kuota 100 pelajar setiap kawasan dengan menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah sekali gus menyempurnakan amalan 5M (membaca, menulis, mengira, memikir, mangamal).

Sejak ia dimulakan, peruntukan RM3.4 juta diberi setahun dan kini pada Pembentangan Bajet 2018, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menambah RM3.9 juta peruntukan bagi memperkasakan lagi program ini.

Jika sebelum ini PTRS hanya dilaksanakan untuk pelajar tingkatan lima namun tahun ini diperluaskan kepada pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan pembabitan 4,475 pelajar keseluruhannya.

 

Smart Education (Tuisyen Atas Talian)

Bagi melengkapkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Kerajaan Negeri kini menawarkan program Tuisyen Atas Talian secara percuma sejajar dengan Smart Selangor yang peduli.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, program yang julung kali diadakan ini merupakan landasan bagi pelajar untuk menguasai mata pelajaran kritikal seterusnya merealisasikan agenda Smart Education

“Program ini memberi kemudahan kepada pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dikehendaki melalui video pembelajaran dengan ilustrasi dan demonstrasi yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Smart Selangor Free Tuition Online di Perpustakaan Raja Tun Muda, Shah Alam pada 5 April lalu.

Bersesuaian dengan era pemodenan pada masa kini, program dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan iTTV Education Sdn Bhd itu membolehkan pelajar mengakses untuk ulang kaji pada bila-bila masa.

“Kaedah pembelajaran sebegini menjadi ‘trend’, pelajar boleh mengakses program melalui komputer mahu pun aplikasi android serta mereka boleh membuat latihan atas talian serta berkomunikasi dengan guru melalui e-mail,” katanya.

“Kerajaan Negeri berharap dengan pemberian inisiatif ini, ia dapat merapatkan jurang pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bandar dan luar bandar ke arah meningkatkan prestasi SPM 2017,” katanya.

Terdahulu, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk pembangunan sebuah laman web Tuisyen Atas Talian demi memenuhi dan merealisasikan agenda bagi melahirkan rakyat yang berkualiti dan memantapkan ekonomi rakyat.

Untuk anak-anak Selangor yang berminat mengikuti program Tuisyen Atas Talian, mereka boleh mendaftar di www.smartselangorfreetuition.com.

 

PTRS beri manfaat kepada pelajar

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) memberi pelbagai manfaat kepada rakyat di negeri ini apabila pelajar yang mengikuti program itu semakin bertambah setiap tahun.

Penolong Setiausaha, Unit Pendidikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Siti Syazwani Ab Latib berkata, kelas PTRS berlangsung daripada Januari hingga Oktober setiap tahun itu sudah ramai melahirkan pelajar cemerlang.

Siti Syazwani berkata, pelajar yang mengikuti PTRS sering meningkat malah pada tahun ini jumlah 4,475 berbanding tahun lepas 4,228 sahaja.

Katanya,Selangor menunjukkan peningkatan positif dalam prestasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu berbanding tahun sebelumnya di mana pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) adalah 5.2 peratus bagi calon luar bandar berbanding 4.96 peratus bagi GPS bandar.

“Hasil daripada analisis yang dilakukan, PTRS mendapat lebih sambutan di kawasan luar bandar dan miskin bandar seperti di Klang, Sabak Bernam dan Hulu Langat.

“Sejak PTRS dilaksanakan secara percuma di negeri ini, kejayaan positif dapat dicapai apabila program terbabit banyak membantu mempertingkatkan prestasi dan kualiti pembelajaran pelajar,” katanya.

Walau bagaimanapun, Siti Syazwani menyarankan semua ibu bapa di negeri ini perlu memainkan peranan penting untuk merangsang anak menyertai PTRS.

“Ibu bapa memang berpuas hati dengan program ini kerana dapat memberi peluang kepada anak mereka untuk mengikuti kelas tuisyen dengan lebih sistematik di bawah pengawasan koordinator pembangunan modal insan (KPMI) dan guru yang dilantik,” katanya.

=EZY=

Categories
GLOBAL RENCANA

San Juan: Kehilangan misteri, nasib 44 anak kapal tidak diketahui

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

ANALISIS GLOBAL: Kehilangan kapal selam Argentina mengimbau tragedi hitam yang menimpa kapal selam Rusia jenis Kursk pada 12 Ogos 2000 apabila mengorbankan kesemua 118 krew.

Pencarian kapal selam milik Tentera Laut Argentina jenis San Juan terus dipergiatkan sejak kapal selam itu dilaporkan hilang komunikasi pada 15 November lalu apabila dipercayai mengalami masalah kegagalan bekalan elektrik namun punca sebenar belum dikenalpasti.

Kali terakhir kapal selam itu berkomunikasi ialah pada pagi (Rabu) 15 November, dan apabila ia terputus hubungan pada hari sama, misi pencarian dilancarkan pada pagi Khamis (16 November).

Sehingga kini (21 November) nasib 44 anak kapal selam itu terus menjadi misteri dan menimbulkan pelbagai persoalan disebabkan tanpa berita baik diterima.

 

Sejarah kapal selam San Juan

Kapal selam itu memasuki perkhidmatan pada 19 November 1985 dengan naik taraf dilakukan di Argentina antara 2008 dan 2013, mengambil masa lebih lama daripada dijangka disebabkan kekangan bajet.

Kos naik kira-kira 100 juta peso ($ 12.4 juta) dan terdiri daripada lebih 500,000 jam kerja di mana kapal selam dipotong separuh dan enjin dan bateri MTU diganti.

Naik taraf itu dijalankan di limbungan kapal Kompleks Perindustrian Perindustrian Argentine (CINAR) Tandanor dan Storni. Kemudian, San Juan ditugaskan menjalankan latihan pengawasan di zon ekonomi di sekitar Puerto Madryn, khususnya dalam peranan memerangi penangkapan ikan secara haram

 

Apa berita terkini nasib San Juan?

Terbaharu, pakar menolak kemungkinan bunyi dikesan di dasar laut adalah milik kapal terbabit. Jurucakap tentera laut, Enrique Balbi berkata bunyi itu mungkin terhasil dari hidupan yang ada di laut itu.

Laporan mengenai kemungkinan bunyi bising itu dihasilkan kapal selam terbabit telah membuatkan semua ahli keluarga meletak harapan tinggi untuk melihat semua mangsa dalam keadaan selamat.

Sebelum ini panggilan kecemasan yang dikatakan dibuat San Juan disahkan sebagai bukan milik kapal selam terbabit.

Lokasi terakhir kapal selam buatan Jerman itu pada 15 November lalu ialah 432 kilometer di luar perairan Argentina di Atlantik Selatan. Kru kapal selam San Juan dipercayai mempunyai bekalan makanan dan oksigen mencukupi untuk menunggu bantuan tiba.

Menteri Pertahanan Argentina, Oscar Aguard, pada 18 November mengesahkan bahawa misi pencarian kapal selam ARA San Juan disertai kerajaan Chile, Brazil, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Colombia, Uruguay serta Peru, manakala beberapa negara lain turut menawarkan bantuan mereka dalam operasi mencari dan menyelamat.

Perintah Selatan AS pada Ahad telah menghantar pesawat kedua untuk membantu operasi pencarian, iaitu P-8A Poseidon yang dikenali sebagai pemburu kapal selam atau antikapal selam dengan 21 kru dari Jacksonville, Florida.

 

Berapa lama krew kapal selam dapat bertahan hidup?

CNN melaporkan jurucakap tentera Laut Argentina, Enrique Balbi menyatakan dalam senario terburuk, kapal selam itu boleh kehabisan oksigen dalam masa dua hari.

Di bawah keadaan biasa, kapal itu mempunyai bahan api, air, minyak dan oksigen yang mencukupi untuk beroperasi selama 90 hari tanpa bantuan luar.

Balbi berkata kapal selam itu boleh “snorkel” – atau menaikkan tiub ke permukaan – “untuk mengecas bateri dan tarik udara segar untuk kru. ”

Negara terlibat dalam pencarian Kapal Selam San Juan

Sekiranya kapal selam terapung di permukaan dan penutup dibuka, ia akan mempunyai bekalan udara yang tersedia dan makanan yang cukup selama 30 hari.

Tetapi jika ia tenggelam dan tidak dapat menaikkan snorkel, oksigennya mungkin bertahan hanya sekitar tujuh hari.

 

Jika kapal selam ditemui, bagaimanakah krew diselamatkan?

Walaupun kapak selam dikesan dijumpai ia mengambil masa beberapa hari untuk kapal selam penyelamat digerakkan di kawasan di mana ia dijumpai.

Keadaan ini menimbulkan masalah apabila bekalan oksigen semakin berkurangan ditambah dengan keadaan gelora lautan dan cuaca yang sukar dijangka.

Kedalaman lautan dan jarak kapal selam itu terdampar serta keadaannya sama ada menegak atau berada di posisi lain bakal menentukan bentuk gerakan menyelamat dapat dilaksanakan yang memerlukan kepakaran tersendiri.

 

Categories
GLOBAL RENCANA SAINS & INOVASI

Negara terapung lautan inovatif dunia baharu masa depan

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 15 NOV: Institut Seasteading sebuah badan pemikir tidak berasaskan keuntungan memberikan cadangan kepada masyarakat dunia untuk pembinaan negara terapung atau ‘floating startup societies ‘dengan model tadbir urus inovatif bebas daripada kekangan ahli politik.

Model pembinaan negara terapung di lautan itu mengambil kira ekoran perubahan iklim dunia sehingga berlakunya peningkatan aras air laut sehingga mengancam banyak bandar raya dunia berhampiran pantai.

Pasukan dikenali Seasteaders adalah pasukan global terdiri ahli biologi marin, jurutera lautan, petani akuakultur, peguam maritim, penyelidik perubatan, kakitangan keselamatan, pelabur, ahli alam sekitar dan pereka.

Matlamat Seasteaders adalah memaksimumkan kebebasan keusahawanan bagi mewujudkan pekerjaan baharu untuk mengalu-alukan sesiapa sahaja ke ‘Dunia Baru Seterusnya’.

 

Siapa pengasasnya?

Institut Seasteading ditubuhkan pada 2008 oleh aktivis, jurutera perisian dan ahli ekonomi ekonomi politik Patri Friedman, cucu ahli ekonomi pemenang Hadiah Nobel Milton Friedman bersama pengusaha teknologi, pelabur dan Philanthropist, Peter Thiel.

Visi Institut Seasteading adalah meta-politik apabila tidak mempromosikan sebarang ideologi atau dasar tertentu sebaliknya menyediakan platform untuk orang lain mencuba cara hidup bersama yang mereka percaya menjadikan mereka lebih bahagia.

 

Bagaimanakah Seasteads mendapat akses air, kuasa, Internet, makanan?

Terdapat banyak teknologi sedia ada untuk membuat air minuman daripada air laut berpunca daripada sumber tenaga seperti elektrik atau haba.

Seasteads awal akan mendapat akses internet, akses grid elektrik dan makanan melalui negara tuan rumahnya. Tenaga boleh dihasilkan dalam pelbagai cara bergantung pada lokasi.

Gabungan generasi tenaga biofuel, angin, suria, gelombang dan marin semasa ditambah dengan penyimpanan berdaya maju dan kos efektif pada skala lebih kecil.

Seasteads boleh menghasilkan hasil segar di ladang menegak dan meningkatkan makanan laut menggunakan akuakultur. Makanan dan tenaga yang berlebihan boleh didagangkan dengan negara tuan rumah atau dieksport.

 

Bagaimana berhadapan gelombang, ribut, tsunami, gunung berapi, meteorit?

Lokasi adalah salah satu keputusan pertama dan paling penting untuk Seasteading. Ramai bahaya alam berpotensi boleh diminimumkan dengan memilih lokasi dengan teliti.

Sebagai contoh, Polenesia Perancis masih jauh dari gempa bumi dan zon gunung berapi yang aktif, dengan topologi menguntungkan, tsunami tidak mempunyai kesan di sana.

Ia juga mempunyai aktiviti ribut yang sangat rendah. Bermula di lagun semula jadi akan melindungi dari tindakan gelombang yang paling kuat.

Seasteads perlu membangunkan teknologi untuk mengurangkan kesan langsung gelombang lautan dan pada masa sama sebaik-baiknya boleh menuai tenaga mereka untuk kegunaan produktif.

A proposed design for a floating city The Seasteading Institute and Simon Nummy

 

Bagaimana projek mega dan futuristik ini boleh direalisasikan ?

Difahamkan, pembiayaan bandar terapung pertama itu dibuat menerusi penawaran syiling iaitu konsep baharu untuk pengumpulan dana daripada penghasilan dan penjualan mata wang digital seperti projek pembangunan Lembah Silikon sebelum ini.

Untuk itu, Seasteading Institute dikatakan berharap dapat mengumpul dana sehingga AS$60 juta (RM251.30 juta) dalam tempoh tiga tahun lagi bagi merealisasikan projek itu.

Dalam pada itu, Polinesia Perancis iaitu sebuah negara kepulauan kecil di Lautan Pasifik dikatakan sedang membangunkan sebuah zon ekonomi khas bagi membolehkan sistem undang-undang perdagangan dilaksanakan di bawah pentadbiran negara terapung itu sendiri.

Ketika ini, negara kepulauan kecil terbentuk hasil gabungan 118 pulau di selatan Pasifik serta memiliki populasi penduduk sekitar 200,000 orang itu juga telah ‘mengurniakan’ kawasan pesisir pantai berukuran lebih 40 hektar kepada Seasteading Institute untuk merea­lisasikan pembinaan projek negara terapung berkenaan.

Pada 13 Januari 2017, kerajaan Perancis Polinesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Institut Seasteading untuk bekerjasama mewujudkan rangka kerja perundangan untuk membolehkan pembangunan Projek Pulau Terapung.

Perundangan ini akan memberi Projek Pulau Terapung sebagai “kerangka peraturan khas” sendiri yang mewujudkan “zon ekonomi khas yang inovatif.”

Institut Seasteading mengumumkan pembentukan sebuah syarikat baru, Blue Frontiers, untuk membina Projek Pulau Terapung itu.

Sekiranya semuanya berjalan merancang, mereka menjangkakan kerja bermula pada pembangunan projek perintis seawal tahun 2018 dan seterusnya, lebih banyak lagi.

“Saya mahu melihat bandar-bandar terapung pada tahun 2050, beribu-ribu mereka diharapkan,” kata Presiden Seasteading Institute, Joe Quirk.