Categories
KENYATAAN MEDIA

ABIM: Selesaikan segera polemik Malaysia negara sekular atau Islam

Oleh: Amidi Abd Manan

Polemik status Malaysia samada negara sekular atau negara Islam perlu dihentikan segera jika bertujuan untuk menimbulkan ketegangan hubungan antara agama. Kenyataan ini merujuk kepada pendirian yang dikeluarkan oleh beberapa pertubuhan agama bukan Islam baru-baru ini.

Polemik sebegini yang dilakukan di media terbuka tidak akan membawa sebarang penyelesaian malah menambahkan kekusutan. Perbahasan secara akademik juga telah berlangsung tanpa kesimpulan yang mutlak.

logoABIMOleh itu selaku warganegara yang matang dan bertanggung jawab menerima dan menghormati situasi yang sebegini iaitu wujud lebih dari satu pandangan berkaitan status negara ini.

ABIM khuatir jika perkara ini diperpanjangkan dalam keadaan yang terbuka tanpa objektif yang tulus api permusuhan akan semakin marak. Perkelahian dan pertembungan secara fizikal akan berlaku bila-bila masa umpama retak menanti belah.

ABIM memandang serius perkembangan hubungan antara agama di Malaysia yang semakin buruk sejak akhir-akhir ini. Dan ia semakin malang jika ia didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh.

Pertikaian tanpa sebab yang jelas sebegini akan mengakibatkan pupusnya semangat patriotisme dan mungkin akan berakhir dengan pengkhianatan terhadap negara.
* AMIDI ABD MANAN, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Categories
KENYATAAN MEDIA

ABIM kesal kenyataan Zahid, jejas imej Islam

Oleh: AMIDI ABDUL MANAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan respon yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang. Perbuatan itu dengan jelas adalah satu penghinaan terhadap agama Hindu.

Respon yang diberikan oleh beliau tidak mencerminkan ajaran Islam. Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan.

Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An’am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam. Respon yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin ‘negara Islam’ yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran.

Sepatutnya kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.

# Amidi Abd Manan adalah Presiden ABIM

Categories
NASIONAL

ABIM: Najib Razak tak hormat & serius angkat martabat Mahkamah Syariah

SHAH ALAM 14 JUN: Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kes perebutan hak jagaan ke Mahkamah Persekutuan kerana salah seorang daripada ibu bapa bertukar agama, dilihat tidak menghormati bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan, berkata saranan Perdana Menteri itu dianggap menafikan keistimewaan Mahkamah Syariah dalam menjalankan kes yang tidak boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil.

najib wanita umno“Prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam.

“Dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Amidi berkata berkata cadangan Najib itu menggambarkan seolah-oleh kerajaan tidak serius dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah seperti yang dijamin oleh Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, perbezaan yang ada pada amalan perundangan Mahkmah Sivil dan Mahkamah Syariah sepatutnya tidak ditajamkan. Sebaliknya satu lembaran baru untuk memastikan agar benar-benar kedua-dua sistem ini dapat diharmonikan perlu direalisasikan.

“Senario hari ini menunjukkan beberapa peruntukan undang-undang yang wujud telah meletakkan status Mahkamah Syariah berada pada kedudukan yang janggal terutamanya apabila kes yang melibatkan hubungan antara Islam dan bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata konflik akan dapat diselesaikan sekiranya Mahkamah Syariah membenarkan salah seorang pasangan bukan Islam untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keadilan.

logo_abim_angkatan_belia_islam_malaysiaKebenaran ini perlu kerana ia melibatkan hak seseorang yang merasakan diri mereka teraniaya.
Dari sudut itu, ABIM melihat betapa peranan Mahkamah Syariah dapat dikembangkan hingga menjadi sandaran kepada bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan.

“Sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan, pasangan bukan Islam sudah tentu akan membawa kes mereka ke Mahkamah Sivil kerana ia satu-satunya medium yang membolehkan mereka untuk memperoleh keadilan dan hak.

“Maka, sudah tentu persoalan keistimewaan bidang kuasa Mahkamah Syariah akan timbul apabila perintah yang keluar dari Mahkamah Sivil bercanggah dengan ketetapan Mahkamah Syariah,” katanya.

Beliau berkata, ABIM juga melihat keperluan untuk hakim Mahkamah Syariah yang mengadili kes seumpama ini untuk dilatih dan didedahkan dengan sistem undang-undang sivil, yang meliputi prosedur dan “substantive” termasuk kes-kes yang menjadi “precedent” serta peruntukan undang-undang sedia ada seperti Law Reform Act (LRA) 1976.

mahkamah syariahkatanya, Kerajaan khususnya Perdana Menteri mesti menunjukkan keikhlasan terhadap perundangan syariah samada yang sedang dilaksanakan dan yang belum dilaksanakan lagi.

“Persoalan maqasid syariah seperti yang diungkapkan oleh beliau apabila membicarakan persoalan undang-undang jenayah dalam Islam baru-baru ini memerlukan pembuktian jelas.

ABIM memandang berat jika ia hanya sekadar alasan dibibir tanpa sebarang ikhtiar yang konkrit bagi memartabatkan perundangan syariah di bumi Malaysia,” katanya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

ABIM : Cadangan PM satu penghinaan kepada Mahkamah Syariah

Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mencadangkan agar kes perebutan hak jagaan anak dalam kes Izwan Abdullah dan Muhammad Ridzuan Abdullah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai jalan akhir bagi mengatasi kemelut tersebut.

ABIM berpandangan cadangan tersebut dilihat tidak menghormati bidang kuasa dan legitimasi Mahkamah Syariah dalam negara serta menafikan keistimewaan Mahkamah Syariah dalam menjalankan kes-kes yang tidak boleh dicabar oleh Mahakamah Sivil.

mahkamah syariahPrinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara.

Namun, berdasarkan solusi yang dicadangkan menggambarkan seolah-oleh kerajaan tidak serius dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah di tempat yang sewajarnya yang dijamin oleh Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Walaubagaimanapun, ABIM melihat perbezaan yang ada pada amalan perundangan Mahkmah Sivil dan Mahkamah Syariah sepatutnya tidak ditajamkan. Sebaliknya satu lembaran baru untuk memastikan agar benar-benar kedua-dua sistem ini dapat diharmonikan perlu direalisasikan.

Senario hari ini menunjukkan beberapa peruntukan undang-undang yang wujud telah meletakkan status Mahkamah Syariah berada pada kedudukan yang janggal terutamanya apabila kes yang melibatkan hubungan antara Islam dan bukan Islam.

ABIM percaya bahawa konflik akan dapat diselesaikan sekiranya Mahkamah Syariah membenarkan salah seorang pasangan bukan Islam untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keadilan. Kebenaran ini perlu kerana ia melibatkan hak seseorang yang merasakan diri mereka teraniaya. Dari sudut itu, ABIM melihat betapa peranan Mahkamah Syariah dapat dikembangkan hingga menjadi sandaran kepada bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan.

Sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan, pasangan bukan Islam sudah tentu akan membawa kes mereka ke Mahkamah Sivil kerana ia satu-satunya medium yang membolehkan mereka untuk memperoleh keadilan dan hak. Maka, sudah tentu persoalan keistimewaan bidang kuasa Mahkamah Syariah akan timbul apabila perintah yang keluar dari Mahkamah Sivil bercanggah dengan ketetapan Mahkamah Syariah.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga melihat keperluan untuk hakim Mahkamah Syariah yang mengadili kes seumpama ini untuk dilatih dan didedahkan dengan sistem undang-undang sivil, yang meliputi prosedur dan “substantive” termasuk kes-kes yang menjadi “precedent” serta peruntukan undang-undang sedia ada seperti Law Reform Act (LRA) 1976.

Kerajaan khususnya Perdana Menteri mesti menunjukkan keikhlasan terhadap perundangan syariah samada yang sedang dilaksanakan dan yang belum dilaksanakan lagi. Persoalan maqasid syariah seperti yang diungkapkan oleh beliau apabila membicarakan persoalan undang-undang jenayah dalam Islam baru-baru ini memerlukan pembuktian yang jelas. ABIM memandang berat jika ia hanya sekadar alasan dibibir tanpa sebarang ikhtiar yang konkrit bagi memartabatkan perundangan syariah di bumi Malaysia.

Amidi Abdul Manan
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) (ABIM)

Categories
NASIONAL

Tudung Fareeda: Kegilaan melampau, sanggup jadi gelandangan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 JUN: Sikap orang ramai yang sanggup menjadi gelandangan hanya kerana ingin mendapatkan tudung jenama Fareeda dilihat sebagai satu sikap keterlaluan, tidak masuk akal dan sangat dikesali.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Fadhlina Sidek, berkata Islam sebenarnya memberi garis panduan yang begitu mudah untuk diikuti dalam menutup aurat di kalangan wanita.

Katanya, kegilaan itu nyata tertumpu kepada nilai fesyen yang diketengahkan jenama tudung berkenaan sahaja dan bukan bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.

Fadhlina Sidek ABIM“Sebenarnya mahu berfesyen juga tidak salah dalam Islam tetapi harus selaras dengan syariat dan tuntutan iaitu tudung tidak boleh jarang, tidak pendek dan menutupi dada.

“Mungkin peminat tudung ini juga melihat jenama ini sebagai trend hingga mereka menjadi begini obses. Apapun, saya melihat semua ini sebagai satu sikap untuk berlebih-lebihan dan tidak munasabah,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau dihubungi bagi mengulas pelancaran terbaru koleksi Fareeda yang menarik ribuan peminatnya beratur di butik itu semalaman bagi mendapatkan nombor giliran.

Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook juga mendapati ramai yang sanggup tidur dan bermalam di kaki lima membawa anak kecil dalam usaha mendapatkan koleksi terbaru Fareeda.

2012-12-02 13.13.07Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, masyarakat Islam terutama golongan wanita harus segera disedarkan daripada kegilaan melampau itu.

“Tetapi, hal ini pasti sukar kerana golongan terbabit menganggap tudung Fareeda sebagai fesyen yang mesti dimiliki dan tidak mahu dianggap ketinggalan dalam bergaya.

“Apa yang saya boleh katakan, sangat susah untuk tahan masyarakat daripada kegilaan ini,” katanya.

Ibu pejabat dan butik utama Tudung Fareeda terletak di Bandar Baru Bangi selain terdapat butik di Pulau Pinang dan Kelantan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

ABIM: Tidak serius laksana Maqasid Syariah punca jenayah meningkat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 MEI: Sikap tidak serius kerajaan melaksanakan konsep Maqasid Syariah adalah antara faktor yang mendorong kepada peningkatan jenayah di negara ini.

Ini dibuktikan dengan beberapa kes jenayah yang menimbulkan kebimbangan masyarakat dan terbaru apabila laporan seorang pelajar tingkatan dua yang didakwa dirogol 38 lelaki, pada 27 Mei lalu.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abd Manan, berkata Maqasid Syariah adalah kualiti kehidupan yang perlu dijaga dan dicapai.

amidi“Namun, jika tiada kesungguhan daripada pihak kerajaan maka hasrat umat Islam untuk mencapai kualiti kehidupan yang selari dengan konsep berkenaan tidak akan tercapai.

“Melihat daripada keadaan ini, saya rasa kerajaan tidak serius daripada sudut untuk mencapai Maqasid Syariah. Kenyataan Perdana Menteri apabila beliau mengatakan bahawa Perundangan Syariah itu tidak boleh dilaksanakan kerana masalah Maqasid, maka ia (Maqasid) tidak diusahakan dengan serius dalam hal ini.

“Maqasid Syariah adalah kualiti kehidupan yang perlu dijaga dan dicapai. Kita tidak nampak kesungguhan itu untuk dilaksanakan.

“Bukan sahaja aspek seperti jenayah rogol yang jelas terkanun dalam Maqasid Syariah dan terletak dalam penjagaan maruah tetapi dalam hal rogol penjagaan nasab (keturunan) dan juga penjagaan nyawa itu sendiri. Maka, kita kira hasrat umat Islam untuk melihat perundangan syariah dilaksanakan sebenarnya masih lagi jauh kerana tiada kesungguhan dalam hal ini,” katanya kepada Selangor Kini.

blogger-image-162863562Katanya, kadar jenayah berpotensi untuk meningkat dalam masa terdekat ditambah dengan kurangnya tindakan membanteras gejala pornografi dalam kalangan masyarakat jika keadaan itu berterusan.

“Kalau lihat masalah rogol antaranya disebabkan pornografi dalam masyarakat dan kita belum mendengar tindakan bersungguh yang diambil kerajaan, bahkan kemungkinan masalah ini akan meningkat.

“Kita agak kecewa kerana seharusnya dengan teknologi terkini,pihak keselamatan boleh bertindak dengan cepat dan berkesan. Kita lihat seakan tidak tiambil tindakan dengan begitu baik,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

ABIM: Saman Cadbury kerana DNA babi

SHAH ALAM 26 MEI: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mempertimbangkan untuk menyaman syarikat pengeluar coklat Cadbury di bawah akta pengguna.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, ia bagi memberi pengajaran kepada syarikat itu yang mempersendakan umat Islam kerana menggunakan logo halal pada produk yang mengandungi DNA babi.

cadburrybab“Kita merasakan Cadbury sengaja menipu kerana berselindung sebalik logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Buat masa ini kita tuntut dulu produk keluaran syarikat itu dikeluarkan daripada rak makanan halal di kedai-kedai yang menjualnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Katanya, syarikat Cadbury perlu memohon maaf kerana menyinggung perasaan umat Islam.

“Adakah mereka tidak sedar pengguna paling ramai di negara kita adalah Islam? Jadi perbuatan mereka melampau dan tidak sensitif,” katanya.

Dalam pada itu, Amidi menyuarakan kekesalannya kepada Jakim yang bertanggungjawab menyelidik produk bagi memastikan statusnya benar-benar halal.

“Jakim rasanya perlu pendekatan yang lebih baik bagi menjaga kemashlahatan Islam daripada terdedah dengan makanan tidak halal.

“Perlunya prosedur baru, bukannya hanya lakukan tinjauan di kilang sahaja,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kos Sara Hidup Naik: ABIM sokong Himpunan 1 Mei

Susulan dari bebanan kos hidup yang terlalu tinggi ditanggung oleh rakyat, ABIM secara terbuka menyatakan sokongan ke atas NGO yang menganjurkan “Himpunan 1 Mei Bantah GST” yang akan diadakan pada hari ini.

Sebagai sebuah NGO yang prihatin dengan masalah rakyat yang semakin kuat dijerut oleh bebanan kos sara hidup, ABIM merasakan sudah tiba masanya untuk kita sebagai rakyat menunjukkan isyarat jelas kepada pemerintah bantahan kepada GST yang akan menambahkan lagi kesempitan yang ditanggung kerana pilihan untuk mengurangkan bebanan rakyat sememangnya berada di tangan mereka.

Justeru, mengambil semangat dari kenyataan Perdana Menteri sewaktu kunjungan Presiden Barrack Obama bahawa pentadbiran beliau telah melakukan perubahan besar dalam sejarah negara dengan memberi kebebasan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berhimpun, Abim menyeru seluruh rakyat untuk bersama menyertai himpunan tersebut bagi membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan tahun hadapan.

abim-komen-gstABIM beranggapan bahawa keputusan pelaksanaan GST ini telah dibuat oleh pihak kerajaan tanpa memperduli situasi dan mengambil kira suara rakyat. Suatu yang tidak dapat diterima akal bila mana GST ini telah diluluskan terlebih dahulu dan kemudian baru dibuat program penerangan kepada rakyat yang hanya menjurus kepada kebaikan pelaksanaanya.

Sementara itu, kerajaan juga digesa untuk menangani masalah ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan negara terlebih dahulu sebagai solusi terbaik bagi menambahkan sumber pendapatan negara daripada secara berterusan melihat percukaian sebagai satu-satunya jalan penyelesaian.

ABIM juga berpandangan bahawa pendapatan rakyat khususnya graduan muda perlu ditingkatkan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan kerana permulaan kadar GST sebanyak enam peratus adalah tinggi berbanding dengan kebanyakan negara yang baru memperkenalkan GST yang rata-ratanya meletakkan caj sebanyak tiga peratus.

Masalah yang dialami rakyat khususnya orang muda di bandar adalah jumlah pendapatan mereka rata-ratanya sama banyak dengan kadar perbelanjaan bulanan dan hampir mustahil bagi mereka untuk membuat tabungan. Maka, sekiranya GST ini dilaksanakan, adakah mungkin ia akan memaksa mereka untuk terjebak dengan beban hutang tambahan sebagai jalan akhir menampung perbelanjaan?

Selain itu, berdasarkan pengalaman negara yang mengamalkan GST, kadar caj tersebut akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh, GST diperkenalkan kepada negara Singapura pada 1 April 1994 dengan kadar tiga peratus. Namun, menjelang 1 Januari 2003, kadar tarif meningkat kepada empat peratus dan kemudiannya lima peratus, pada 2004 dan terkini tujuh peratus, sejak 1 Julai 2007.

Perkara yang sama juga berlaku kepada negara-negara lain termasuk New Zealand dari 10 peratus pada Oktober 1986 kepada 12 peratus pada Jun 1989 dan 15 peratus pada May 2010.

* Muhammad Faisal Abdul Aziz adalah Setiausaha Agung ABIM

Categories
KENYATAAN MEDIA

Hudud: Tun M perlu bertaubat, berhati-hati keluar kenyataan

Oleh: Amidi Abdul Manan

Tun Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah.

Pandangan beliau yang menyatakan bahawa adalah tidak adil jika berlaku perbezaan hukuman antara warganegara bagi kesalahan yang sama boleh menimbulkan kekeliruan.

Beliau memberikan contoh nanti ramai orang Islam akan kudung tangan kerana mencuri sedangkan kesalahan yang sama bagi mereka yang bukan Islam hanya 2 bulan penjara.

Kenyataan ini seolah-olah mahu menggambarkan bahawa hukum Islam adalah berat, tidak munasabah dan terlalu kejam.

Beliau perlu memahami bahawa pembuktian di bawah peruntukan hudud adalah berdasarkan kepada prinsip ‘Beyond the shadow of doubt’ yang jauh melangkaui ‘Beyond reasonable doubt’ bagi menjamin hak tertuduh dan sekaligus sebagai amaran dan pendidikan kepada masyarakat.

Keindahan hukum Islam terletak kepada proses perbicaraan, pembuktian dan urus tadbirnya.

Kenyataan Tun Mahathir yang menumpukan kepada hukuman boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap hukum hudud.

Selain daripada itu, pernyataan secara bersahaja yang disebut oleh beliau, bahawa hukuman dera bagi pesalah zina tidak terkandung dalam al-Quran hanya terdapat dalam hadith sebagai satu cubaan, untuk menafikan hukuman tersebut sebagai bukan sebahagian daripada hukum Islam dan juga kedudukan hadith sebagai sumber hukum selepas al-Quran.

Jelas kenyataan ini penuh dengan kekeliruan. Hadith merupakan sumber hukum yang kedua selepas al-Quran dengan penyataan yang tegas berkaitan ketaatan kita kepada Allah dan kepada Baginda Rasulullah s.a.w adalah ketaatan yang mutlak tidak berbelah bahagi.

Justeru segala pengakuan, perbuatan dan perilaku baginda adalah manifestasi kepada tuntutan al-Quran yang sahih.

Abim berpandangan adalah lebih baik pandangan beliau tidak diketengahkan kepada awam dan beliau sendiri tidak mengeluarkan pandangan yang sebegini.

Ini adalah untuk keadilan kepada hukum Islam itu sendiri, kerana memberikan pernyataan yang tidak berdasarkan ilmu yang tepat hanya meletakkan hukum Islam bukan pada tempatnya (zalim).

Maka bagi menjamin keadilan terhadap hukum Islam Tun Mahathir perlu untuk lebih cermat dengan mendalami ilmu berkaitan perundangan Islam dari sumber yang muktabar.

Mengehadkan sumber hukum hanya kepada al-Quran tanpa hadith, ijmak dan juga qias adalah cara berfikir yang berbahaya dan boleh menjerumuskan kita ke arah kesesatan.

Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim apatah lagi sebagai pemimpin adalah bersikap adil termasuk memberi gambaran yang benar terhadap hukum Islam.

Abim menyanjung usaha yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir dalam mengangkat martabat Islam tetapi pernyataan sebegini amat berbahaya dan mengelirukan.

Abim juga berpandangan penentangan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan oleh beberapa parti baik di pihak BN mahu pun PR kemungkinan adalah berpunca dari kenyataan beliau ini.

Jika sebelum ini sindiran seperti “kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan” dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah s.a.w.

* Amidi Abdul Manan adalah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

ABIM kecam hukuman mati ke atas 529 penyokong Morsi

Oleh: AMIDI ABD MANAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Mesir hari ini ke atas 529 orang penyokong Presiden Mesir yang dipilih secara sah menerusi demokrasi,Dr.Mohamad Morsi.

Sesungguhnya hukuman ini merupakan langkah ke belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir keseluruhannya.

Hukuman ini jelas merupakan rentetan daripada langkah kuku besi yang didalangi oleh regim pemerintah Mesir untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka. Cengkaman itu meliputi memberikan kuasa yang lebih besar ke atas Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) yang bertindak menafikan samasekali kebebasan serta hak rakyat Mesir untuk bersuara!

ABIM menilai hukuman mati yang dikenakan itu merupakan campur tangan regim pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat Mesir menjelang pilihanraya Presiden Mesir tidak lama lagi. Esok, Selasa 25 Mac 2013, seramai 700 lagi saki baki daripada kira-kira 1200 para penyokong Morsi pula yang akan dibicarakan atas dakwaan mencetuskan huru hara serta mengancam ketenteraman awam.

Usaha untuk memusnahkan gerakan Ikhwan Muslimin yang bergerak serta berdiri di atas dukungan akar umbi rakyat Mesir semakin berleluasa dengan ‘pembunuhan kehakiman’ terhadap 529 mangsa terbaru ini. Tanggapan bahawa hukuman ini hanya bersifat “domestik” serta tidak mencakupi kepentingan masyarakat awam di peringkat antarabangsa seharusnya dikikis. Pastinya kezaliman terbaru ini bakal merancakkan lagi gerakan diktator negara-negara Arab yang kini bergerak aktif memburu simpatisan Ikhwan Muslimin khususnya di Bahrainn, UAE dan Arab Saudi.

ABIM menegaskan bahawa kemelut politik Mesir ini adalah polemik sejagat yang bakal menjejaskan kestabilan politik dunia. Kebangkitan rakyat Mesir merupakan simbol kebangkitan demokrasi berinspirasikan rakyat yang tertindas. sejak sekian lama. Sikap membisu serta menutup mata masyarakat antarabangsa merupakan pengkhianatan terhadap demokrasi itu sendiri!

Oleh itu, ABIM menggesa rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa untuk menyuarakan se cara lantang tentangan mereka terhadap kezaliman ini. Demi ke arah memartabatkan Demokrasi, Kebebasan, Serta Karamah Insaniah rakyat Mesir dan umat secara keseluruhannya. We Are All Ikhwan (Kita Semua Adalah Bersaudara).

#Amidi Abd Manan adalah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM

Categories
NASIONAL

ABIM: Sosma punca Malaysia terkebelakang dalam semakan UPR

SHAH ALAM 23 MAC: Malaysia didakwa terkebelakang menjelang sesi semakan rekod Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang sedang bersidang sekarang.

Angkatan Belia Islam Malaysian (Abim) melalui wakil mereka, Naib Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, yang menyertai UPR di Geneva, Switzerland kali ini, berkata ia apabila Kerajaan Pusat memperkenalkan beberapa undang-undang pencegahaan baru seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Perhimpunan Aman 2012 serta pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1956 (PCA)

logoABIMRaimi berkata, walaupun usaha Malaysia untuk memberi ruang kepada pengamalan hak sivil dan berpolitik di Malaysia dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 patut dipuji, namun tindakan Malaysia kebelakang dalam hal ini.

“Kami menyatakan kekesalan kami terhadap perkembangan yang berlaku lebih-lebih lagi apabila undang-undang ini diluluskan dalam masa yang begitu singkat.

“Ia juga tanpa melalui proses konsultasi menyeluruh dengan pihak berkepentingan serta hampir tiada langsung sidang perbahasan mengenai undang-undang ini di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raimi berkata, Sosma sendiri antara lain membenarkan penahanan dibuat selama 48 jam termasuk penahanan tanpa dikemukakan sebarang dakwaan kesalahan melangkaui proses semakan kehakiman yang dibenarkan untuk dibuat 28 hari sementara PCA membenarkan penahahan dibuat tanpa bicara selama dua tahun.

Sehubungan itu, mereka mendesak kerajaan menyemak semula dan membuat pindaan bersesuaian kepada akta ini agar selari dengan standard antarabangsa.

Mereka juga meminta kerajaan mengambil kira kedudukan sejagat ‘Doctrine of the Marigin of Appreciation’ dan ‘Cultural Relativist’ dalam pengamalan hak asasi manusia.

“Kami menegaskan Malaysia perlu memperbaiki aspek jaminan hak mereka untuk mendapat akses kepada perkara yang melibatkan perundangan terutama hak berkaitan akses mendapatkan bantuan guaman, hak diwakili peguam, hak mendapatkan perbicaraan yang adil dan perlindungan daripada dihantar pulang ke negara asal,” katanya.

Katanya, dengan pelaksaanan langkah berikut, mereka percaya Malaysia di jalan yang betul dalam menandatangani kedua-dua konvensyen untuk sesi UPR yang akan datang.

EZY

JURNAL BERITA – Selangor tutup sekolah jika jerebu meningkat

)
1. MB : Nilai hartanah diserah TALAM meningkat RM700 juta

2. MB : Kerajaan negeri tidak tawar harga rendah kepada konsesi air

3. Wan Azizah: ‘Jawatan MB bukan isu utama’

4. Wan Azizah : Peniaga nafi ada ayam dijual RM1

5. Selangor akan tutup sekolah jika jerebu terus meningkat

6. Stadium Kajang bakal jadi lokasi utama pasukan liga Malaysia

7. MH370 : Kenyataan bercanggah, Hishamuddin diserang media antarabangsa

8. ABIM desak kerajaan BN henti amalan khurafat di KLIA

9. Rodziah : Wan Azizah pelengkap kekuatan ADUN wanita di Selangor

10. Bas komuniti percuma MBSA mula beroperasi

11. Program Mini Malaysia-Japan Festival 2014