Categories
NASIONAL

ABIM lancar kempen #IngatBolaIngatRohingya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 24 NOV: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melancarkan kempen #IngatBolaIngatRohingya bersama Nasi Kandar Line Clear (LC) Kampung Baru bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kesengsaraan dan penderitaan hidup dialami etnik itu.

Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kempen itu turut memberi tumpuan kepada siri tayangan perdana video Rohingnya, pada perlawanan separuh akhir dan akhir membabitkan mana-mana pasukan bertanding pada kejohanan Piala AFF 2016 di Myanmar.

“Beberapa siri perlawanan persahabatan bola sepak di sekolah ABIM juga dilaksanakan untuk menjayakan kempen ini selain mengadakan FlashMob #IngatBolaIngatRohingnya dengan edaran risalah kesedaran berkenaan perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat ABIM, di sini, tengah hari tadi.

Katanya, ABIM juga bakal menganjurkan siri wacana isu Rohingya secara terbuka sebagai mekanisme terbaik membentuk kesedaran umum membabitkan komuniti untuk digerakkan di surau dan masjid.

img_20161124_123516_735Mengulas gesaan pelbagai pihak supaya skuad Harimau Malaysia memboikot Piala AFF, Muhammad Faisal berkata, ia hanya mengikut trend dan bermusim.

Katanya, dasar berkenaan perlu diteliti ekoran tindakan sedemikian tidak memberi gambaran sebenar kritikan Malaysia terhadap penindasan etnik Rohingnya.

“Kita kena konsisten dan istiqamah dalam membantu Rohingya kerana apa yang terjadi hari ini sudah lama berlaku sebelum kejohanan AFF Suzuki lagi.

“Kita bercakap secara bermusim, itu masalah kita sama seperti yang berlaku kepada Syria, Palestin dan Iraq. Berapa ramai lagi dalam kalangan mereka yang tertindas,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Myanmar amal demokrasi hipokrit

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 24 NOV: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya siri pembunuhan etnik Rohingya oleh tentera pemerintah Myanmar yang jelas melanggari batas hak asasi kemanusiaan sejagat.

Presidennya, Mohd Raimi Ab Rahim berkata, kemenangan pentadbir negara itu, Aung San Suu Kyi pada pilihan raya lalu gagal membawa perubahan positif dan kehidupan lebih baik kepada etnik berkenaan.

“Wajah demokrasi yang dicanang Myanmar adalah bersifat hipokrit, apa lagi sistem pilihan raya terbuka yang pertama kali diadakan sejak 25 tahun lalu tidak mengiktiraf ratusan ribu rakyat Myanmar dari etnik Rohingya untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

“Lebih malang, kerajaan baru dipimpin parti Aung San Suu Kyi diam seribu bahasa apabila siri pembersihan etnik Rohingnya dari bumi Myanmar terus dilakukan dengan kejam,” katanya.

Keganasan yang berlaku di Rakhine, sebuah negeri di utara Myanmar membabitkan pencabulan ke atas etnik Rohingnya diburukkan lagi apabila tentera Myanmar melancarkan serangan terhadap perkampungan masyarakat Rohingnya, pada Sabtu lalu.

Laporan media mendakwa, tentera Myanmar menembak mati sekurang-kurangnya 25 orang penduduk kampung berkenaan dengan sebahagian besar mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Pada masa sama, Kerajaan Malaysia selaku negara ASEAN masih gagal memberikan penjelasan khusus berkenaan keganasan yang dilakukan di negara itu.

Terdahulu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan kejam tentera Myanmar itu dan menyeru supaya tindakan antarabangsa diambil bagi menghentikan siri keganasan terbabit.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Malaysia perlu kaji hubungan diplomatik dengan Myanmar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 24 NOV: Putrajaya disarankan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Kerajaan Myanmar berkait dasar sedia ada sebagai bantahan terhadap kezaliman dilakukan tentera negara itu ke atas etnik Rohingnya.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, penelitian semula keanggotaan Myanmar sebagai negara ASEAN juga perlu dikaji ekoran wujud perlanggaran prinsip kemanusiaan seperti tertakluk dalam perjanjian pemeteraian keanggotaaan ASEAN sebelum ini.

“ABIM merujuk kepada prinsip dalam ASEAN Human Rights Declration yaang turut ditandantangani Kerajaan Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 di Phnom Penh, Kemboja yang menekankan prinsip hak asasi manusia secara jelas untuk segenap manusia yang duduk dalam sesebuah negara ASEAN.

“Justeru, ABIM menggesa Kerajaan Malaysia dan seluruh negara ASEAN bertegas menilai semula keanggotaan Myanmar kerana tindakan kejam mereka amat bercanggah dengan prinsip juga budaya negara serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan dibacakan Setiausaha Agung Pertubuhan itu, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam sidang media di Ibu Pejabat ABIM, di sini, hari ini.

img_20161124_123516_735ABIM sebelum ini pernah membangkitkan perkara sama, pada 19 September 1996 mendesak Kerajaan Malaysia mengetatkan dan memperhalusi semula cadangan kemasukan Myanmar ke dalam ASEAN.

Gesaan itu diterjemahkan dalam satu serahan memorandum bersama lebih 30 pertubuhan badan bukan kerajaan kepada Kementerian Luar.

Tidak lama selepas itu, Myanmar diterima sebagai negara anggota ASEAN yang dianggotai beberapa negara lain termasuk Malaysia, Singapura, Vietnam, Laos, Indonesia, Kemboja dan Thailand.

Terdahulu, laporan media mendedahkan, tentera Myanmar melancarkan serangan berterusan di penempatan etnik Rohingnya di Rakhine yang mengorbankan 25 mangsa sejak semalam.

Pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi dalam kenyataannya sebelum ini berkata, isu masyarakat Rohingnya tidak perlu diperbesarkan lantas menimbulkan kemarahan masyarakat Islam sedunia.

-AA-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Trump digesa henti kempen Islamophobia

OLEH MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencermati perkembangan terkini Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat (A.S) 2016 yang baru sahaja berakhir dengan kemenangan berpihak pada Donald J. Trump mewakili parti Rupublikan. Beliau akan memulakan tugas beliau sebagai Presiden ke-45 Amerika Syarikat setelah mengangkat sumpah pada 20 Januari 2017.

ABIM menghormati keputusan rakyat Amerika Syarikat yang telah memilih wakil rakyat mereka untuk berada di Dewan Perwakilan, Senat serta Presiden yang baru melalui saluran pilihanraya yang demokratik.

Walaubagaimanapun, kemenangan Donald J Trump nampaknya telah mengejutkan pelbagai pihak serta masyarakat antarabangsa. Kejutan ini disusuli dengan pelbagai persoalan terutama sekali membabitkan dasar-dasar domestik dan antarabangsa, yang menyentuh turut menyentuh secara khusus dasarnya tentang Islam dan umat Islam.

Manifesto dan kenyataan provokasi Trump yang berbaur Islamophobia dan anti-Islam di sepanjang kempennya telah mengundang kegusaran di kalangan minoriti Muslim di Amerika Syarikat dan dunia Islam umumnya.

Hasrat Trump untuk melaksanakan dasar luar yang lebih agresif untuk menangani ancaman ISIS serta apa yang ditanggapi sebagai radikalisme Islam pasti dinantikan dengan penuh debar oleh pemimpin dunia dan masyarakat global.

Sentimen Islamophobia ini mewabak seiring dengan berkembangnya arus nasionalisme haluan kanan yang di bawa oleh Trump sepanjang kempen beliau.

Fenomena Islamophobia dan xenophobia terhadap imigran asing ini sebenarnya merupakan gelombang trend global yang sedang tangkas berkembang khususnya khususnya di Barat.

Dalam erti kata lain; kemenangan Trump adalah indikasi utama selepas peristiwa “Brexit” yang menandakan berkembangnya aliran nasionalis haluan kanan di benua Eropah.

Dengan penguasaan majoriti Republikan di Kongres Amerika Syarikat dalam pilihanraya kali ini, pentadbiran Trump pastinya mempunyai kuasa politik yang lebih besar dan kekangan yang minima dalam rangka merubah secara signifikan polisi domestik dan dasar luarnya.

Dalam konteks inilah ABIM menggesa agar Trump dan kongres Amerika Syarikat berhenti dari meneruskan kempen berbaur Islamphobia dan propaganda bernada ancaman terhadap Islam dan Muslim di Amerika dan seluruh dunia.

Operasi menentang pengganas tidak harus diterjemahkan sebagai operasi menentang Islam dan Muslim dalam dasar luar Amerika.

Trump harus belajar dari kesilapan mantan Presiden George W.Bush yang menggunakan kekerasan dan keganasan untuk menangani elemen terrorisme yang telah menghasilkan konflik, peperangan dan kemelaratan yang berpanjangan di banyak negara Islam serta melahirkan ISIS dan kumpulan pengganas yang lain.

Dalam konteks Malaysia, secara khususnya, kemenangan Donald Trump telah menimbulkan persoalan mengenai masa depan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ataupun TPPA yang masih belum diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat sehingga ke saat ini.

Di Amerika Syarikat; TPPA telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak kerana ia dikatakan tidak menguntungkan ekonomi domestik rakyat Amerika Syarikat.

Donald Trump, bahkan pesaingnya Hillary Clinton telah secara konsisten menentang perjanjian-perjanjian perdagangan bebas yang “merugikan” Amerika Syarikat seperti NAFTA serta TPPA.

Dalam hal ini; ABIM ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, (rujuk The Star, “No TPPA without US involvement, says Mustapa, 9 November 2016), yang mengatakan bahawa perjanjian TPPA tidak akan terlaksana tanpa penglibatan Amerika Syarikat.

Bersandarkan kepada kenyataan ini; ABIM ingin menegaskan pendirian dan sikapnya yang sejak dari awal konsisten membantah tindakan kerajaan Malaysia menandatangani TPPA.

Namun, bantahan demi bantahan yang dikemukakan oleh NGO dan suara rakyat dipandang enteng dan diremehkan oleh kerajaan yang tetap meneruskan komitmen menandatangani perjanjian TPPA secara tergesa-gesa walaupun telah acapkali diperingatkan implikasi besarnya terhadap kedaulatan undang undang negara dan kedaulatan rakyat.

Lebih menghairankan, Malaysia berkeras menandatangani TPPA sekalipun hakikatnya sangat jelas bahawa Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Barack Obama masih belum mendapat mandat daripada Kongres untuk meneruskan TPPA.

Justeru atas justifikasi yang jelas inilah ABIM bersama-sama rakan NGO iaitu Teras dan Unggas telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 4 November 2015 yang menuntut agar pihak kerajaan dihalang untuk terus menandatangani TPPA.

Kes tersebut telahpun diputuskan di Mahkamah Rayuan pada 26 Julai 2016 dan kini sedang diteruskan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Ini merupakan bantahan dan usaha berterusan ABIM dan NGO yang mewakili suara rakyat Malaysia, yang sejak dari awal lagi menolak TPPA termasuk menggunakan saluran undang-undang bagi memastikan bahawa TPPA tidak akan terlaksana di Malaysia.

Persoalannya kini, seandainya benar perjanjian tersebut mendatangkan manfaat yang besar kepada negara, mengapa pula nada kerajaan seperti yang disuarakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsan dan Industri sejurus selepas kemenangan Trump seakan mahu berundur ke belakang dan berusaha membatalkan perjanjian TPPA.

Bukankah sepatutnya kerajaan mendesak pentadbiran Trump untuk meneruskan perjanjian TPPA seandainya benar ia membawa manfaat yang begitu besar kepada negara?
* MOHAMAD RAIMI AB RAHIM adalah Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

ABIM: Belanjawan Selangor mesra ekonomi berbanding Putrajaya

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 10 NOV: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong pembentangan Belanjawan Selangor 2017 yang disifatkan ekonomi bijak dalam memastikan pembangunan negeri dipacu lebih tangkas.

Presiden ABIM, Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata, perbezaan belanjawan di peringkat pusat dan negeri dapat dilihat dengan jelas daripada segi konteks peratusan untuk pembangunan mahupun pengurusan.

“Ia satu tindakan berani dan berhemat dari Kerajan Negeri meletakkkan 57 peratus peruntukan untuk pembangunan dan ini jauh berbeza dengan peruntukan besar Kerajaan Persekutuan untuk pengurusan.

“Itu adalah satu dasar ekonomi bijak untuk kita memastikan bahawa pembangunan negeri dapat dipacu dengan lebih tangkas dan jelas juga cukai diterima Kerajan Negeri kembali kepada rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Raimi berkata, komitmen Kerajaan Negeri terhadap dua perkara lain iaitu pendidikan dan kesihatan mampu meringankan beban rakyat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi.

Mengambil contoh peruntukan peruntukkan RM124 juta bagi kesihatan, beliau berkata, langkah itu bijak ekoran menfokuskan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) iaitu kelompok yang paling memerlukan.

344a4734“Kerajaan Negeri memberi perhatian penuh dalam pendidikan dengan meletakkan peruntukan tinggi untuk biasiswa iaitu RM10 juta, manakala Kerajaan Persekutuan mengurangkan peruntukan biasiswa dan penghantaran pelajar ke luar negara.

“Maklum balas yang kita terima daripada pelajar juga amat baik kerana mereka menerima manfaat tinggi dan difahamkan bilangan permohonan biasiswa melebihi jumlah ditawarkan.

“Ini bermakna permintaannya cukup tinggi dan peningkatan peruntukan itu selari kehendak dan keperluan semasa,” katanya.

Raimi turut membangkitkan isu kesejahteraan ekonomi belia yang kurang diberi perhatian Kerajaan Persekutuan terutama dalam konteks pembelian aset seperti rumah.

“Kerajan Negeri memberi perhatian dengan menyediakan insentif pembelian rumah yang lebih realistik dan praktikal jika dibandingkan dengan projek ditawarkan Kerajaan Persekutuan.

“Nampaknya Kerajaan Persekutuan masih gagal lagi menawarkan sesuatu yang bermakna untuk generasi muda memiliki aset penting,” katanya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Cadangan pemaju bagi pinjaman tak selesaikan masalah

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 SEPT: Cadangan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar untuk membenarkan pemaju memberi pinjaman perumahan tidak wajar dan tak akan selesaikan sebarang masalah.

Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abd Aziz berkata, jika pemaju memberi pinjaman dengan kadar faedah 10 hingga 18 peratus, kadar keberhutangan dalam kalangan isi rumah rakyat pasti akan meningkat memandangkan umum mengetahui kadar hutang antara tertinggi di dunia.

“ABIM menilai cadangan ini tidak memberikan sebarang perkembangan positif ke arah penyelesaian holistik kepada isu pemilikan rumah yang sekian lama membelenggu rakyat marhaen.

muhammad_faisal_abd_aziz_abim“Kaedah itu juga tidak akan menyelesaikan masalah lambakan penawaran harga rumah yang terlalu tinggi ketika ini. Ini isu besar yang belum tampak jalan penyelesaiannya sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong mengeluarkan kenyataan sebanyak 18,457 kes kebankrapaan difailkan, pada 2015.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah hutang isi rumah adalah RM1,030 bilion dengan 80 peratus terdiri daripada sistem perbankan dan 20 peratus lagi daripada institusi kewangan bukan bank merangkumi 89.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Daripada jumlah itu, 62.6 peratus dilaporkan untuk pengumpulan aset iaitu pembelian harta tanah dan pelaburan dalam aset kewangan.

Faisal berkata, ABIM menegaskan dalam keadaan kenaikan harga rumah serta hartanah yang tidak dibendung itu, tindakan membenarkan pemaju perumahan menawarkan pinjaman pada kadar sebegitu tinggi hanya akan memberikan kesan negatif kepada pendapatan isi rumah rakyat, di samping mengancam kestabilan fiskal ekonomi negara.

Pelancaran-Rumah-Selangorku-di-Setia-City-Convention-Centre-MB-2“Kesan negatif daripada keadaan tersebut akhirnya akan dirasai rakyat yang berhutang untuk jangka masa panjang.

“ABIM mencadangkan kerajaan perlu menawarkan fasiliti atau insentif untuk menampung kemudahan perumahan mampu milik sesuai dengan demografi isi rumah rakyat Malaysia termasuk menyediakan skim tabungan atau khas untuk perumahan bagi membantu rakyat Malaysia menyimpan wang khusus menampung keperluan membeli rumah,” katanya.

Selain itu, kerajaan perlu tegas merangka undang-undang untuk mengawal harga rumah yang ketika ini tampak tidak dikawal.

“Penawaran perumahan melangkaui harga mampu milik serta tidak menepati demografi ekonomi rakyat Malaysia secara keseluruhan adalah satu bentuk pembanjiran yang sia-sia serta tidak memanfaatkan rakyat.

“Kerajaan juga perlu mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh (stakeholders) berkaitan masalah perumahan mempunyai implikasi secara langsung dengan pelbagai sektor seperti perbankan, pemaju perumahan, kesatuan pekerja serta persatuan pengguna dan masyarakat khususnya,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Terus banteras aedes, hindari zika

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 SEPT: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor menyarankan semua pihak bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk terus mempertingkatkan usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes bagi menangani wabak denggi dan Zika.

Radin AbimYang Dipertuanya, Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim berkata, pihaknya memandang serius penyebaran virus Zika yang mula menjangkiti rakyat tempatan walaupun pelbagai usaha ke arah pencegahan dijalankan pihak berkuasa.

“Berpandukan penerangan Kementerian Kesihatan Malaysia, kita berpandangan Kerajaan Negeri perlu meningkatkan usaha membanteras pembiakan nyamuk aedes dengan kerjasama semua pihak termasuk penduduk.

“Pada masa sama, ABIM Selangor menyeru penduduk negeri ini bersama bertindak memastikan tiada lagi takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes di kediaman dan tempat kerja masing-masing,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, pelbagai pihak dan masyarakat juga disarankan memperbanyakkan program gotong-royong membersihkan kawasan sekitar kediaman terutama dengan mengupayakan generasi muda untuk terbabit sama secara agresif.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL

Perutusan Anwar Ibrahim sempena 45 tahun ABIM

OLEH : Datuk Seri Anwar Ibrahim

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah Azza wa Jalla serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Salla’Llahu ‘alayhi Wasallam.

Hari ini 6 Ogos 2016 genap sudah usia 45 tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Coretan sejarah awal ABIM dimulai dengan pentas Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

PKPIM merupakan gerakan pelajar yang telah meletakkan asas yang sangat kukuh bagi menjana kesedaran baru pasca kemerdekaan. PKPIM juga telah menunjangi gagasan dan gerakan untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), serta Bank Islam.

Namum yang lebih utama ialah tiupan kesedaran Islam sebagai “ad-Din” ikhtiar menggilap idealisme di kalangan mahasiswa dan generasi muda.

Menerusi usaha tersebut, PKPIM telah berjaya menggabungkan kekuatan mahasiswa dan pelajar seluruh negara hingga melahirkan tunas-tunas muda yang terdedah dengan kebangkitan baharu dan kemudiannya menjadi aset utama dalam kegiatan-kegiatan penting seperti pendidikan, pentadbiran dan sosial.

ANWAR HKLKelahiran tunas-tunas subur yang dilandasi nilai kepemudaan inilah yang telah menubuhkan ABIM dengan misi as-sohwah (kebangkitan) untuk meratakan kesedaran Islam sebagai satu cara hidup – Islam as a Way of Life.

ABIM telah mencecah usia ke-45 tahun pada tarikh yang bersejarah ini, menyelami denyut nadi ummat, mengakar dan merimbun di gelanggang dakwah.

ABIM hari ini sudah mara lebih jauh dan pengaruhnya sudah mencapah dalam pelbagai lapangan.

Walhasil, ABIM perlu sentiasa waspada dalam menangani perubahan dan bersedia mendepani tentangan zaman yang serba mencabar.

Insha Allah, berkat doa dan kesungguhan seluruh warga penggerak dan pendukungnya, ABIM akan terus relevan sebagai dhamir masyarakat dan Jurubicara Umat.

Moga ABIM terus melahirkan lebih banyak tunas muda sebagai pemimpin-pendidik dan agen perubahan yang mempelopori kebangkitan umat era baru.

Anwar Ibrahim

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR WANITA & KEBAJIKAN

Bendung masalah rumah tangga, elak kesan negatif

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 JULAI: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan masalah keganasan rumah tangga perlu dibendung daripada awal kerana ia boleh meninggalkan kesan negatif dalam kekeluargaan juga negara

Naib Presiden (Hal Ehwal Wanita) ABIM, Fadhlina Sidek, berkata keganasan rumah tangga adalah masalah yang hangat diperkatakan dan menjadi semakin serius masa kini.

fadhlinaKatanya, itu adalah masalah yang melanda hampir semua negara di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama, kaum, jantina, keturunan, atau kedudukan.

“Antara beberapa langkah yang perlu diambil oleh wanita apabila berlaku keganasan rumah tangga adalah pastikan anda membuat laporan polis dan minta pegawai penyiasat terus membuka fail siasatan juga mohon Perintah Perlindungan Sementara.

“Jangan sesekali tarik balik aduan dan pastikan kaki pukul ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, wanita yang didera perlu mendapat laporan perubatan penuh dari hospital kerajaan.

“Apabila didera, cari tempat perlindungan sementara dan failkan kes yang sesuai. Jika fasakh atau takliq, semua laporan tersebut sangat penting jika mangsa tiada saksi.
“Keganasan rumahtangga adalah kitaran yang kejam. Ada anak yang sedang memerhati dan tidak mustahil akan mengulangi perilaku sama,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kerajaan digesa kaji kewujudan pengaruh kumpulan keganasan – ABIM

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 8 JULAI: Kerajaan Persekutuan digesa menjalankan siasatan rapi dan kajian bagi mengenal pasti kumpulan sasaran yang mempunyai kaitan dengan keganasan militan di negara ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Abdul Rahim, berkata langkah itu perlu dilakukan segera bagi memastikan ancaman keganasan seperti IS dapat dielakkan.

“Satu kajian menyeluruh perlu dilakukan untuk mendapat kepastian akan kewujudan pengaruhnya dengan tindakan dapat dilakukan terhadap kumpulan sasaran berlandaskan undang-undang.

ABIM-RAIMI-300x236“Walaupun tidak menolak kemungkinan wujud di institusi pengajian tinggi (IPT) tetapi ia perlu dipastikan kebenarannya,” katanya kepada SelangorKini,.

Beliau berkata, dengan segala kemudahan perhubungan termasuk komunikasi media sosial canggih pada masa kini, tidak mustahil idealogi serta pengaruh kumpulan berkenaan mampu disebarkan secara meluas dan cepat di pelbagai lokasi difikirkan sesuai.

Katanya, adalah penting supaya isu sebegini dipantau secara teliti demi memastikan ia dapat diatasi dengan berhemah dan semangat demokrasi.

“Kejadian serangan bom di pusat hiburan di Puchong baru-baru ini juga tidak dapat membuktikan ia mempunyai kaitan dengan IPT, maka siasatan rapi harus dijalankan bagi mencari punca sebenar,” katanya.

Memetik Bernama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan IPT dikenal pasti sebagai tempat dikhuatiri mempunyai pengaruh paling kuat kumpulan keganasan militan.

-AA-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Teruskan memacu kecemerlangan penuh integriti

OLEH : RADIN MUHD IMADUDDIN  RADIN ABDUL HALIM

Angkatan Belia Islam (ABIM) Selangor mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua penjawat awam yang mendapat bantuan khas sama ada dari Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri Selangor seperti diumumkan baru-baru ini.

Allah mengingatkan kita dalam Surah ‘Ibrāhīm, ayat 7, mahfumnya; “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Bonus-Raya-2016Oleh kerana penerimaan kita terhadap sesuatu pemberian merupakan cerminan akhlak, zahirkanlah kesyukuran dengan menambah amalan infaq kepada yang memerlukan.

Mudah-mudahan, bertambah momentum positif dalam diri kita dalam menghadapi Ramadan dan Eidulfitri yang bakal tiba.

Mengenai pengumuman insentif bantuan yang diumumkan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, ABIM Selangor melihat keputusan Kerajaan Negeri adalah bertepatan dengan suasana semasa.

Sebagai negeri yang mengalami proses urbanisasi dengan pantas dan meluas, sektor perkhidmatan awam berhadapan dengan cabaran integriti terutamanya di musim perayaan.

Kepada semua penjawat awam, ABIM Selangor turut bergembira dan mendoakan prestasi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat akan terus cemerlang serta terus mengutamakan keperluan masyarakat dengan penuh integriti.

Sejahterakan Selangor Dengan Dakwah

* RADIN MUHD IMADUDDIN BIN RADIN ABDUL HALIM adalah Yang DiPertua,
Angkatan Belia Islam (ABIM) Selangor

Categories
NASIONAL

‘Seorang sekampit beras’ sasar bantu 8,000 keluarga

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 MEI: Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) mensasarkan untuk membantu 8,000 keluarga fakir miskin sempena bulan Ramadan nanti.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata sejumlah RM600,000 diperlukan bagi merealisasikan sasaran itu.

Katanya, sasaran kali ini hampir sekali ganda berbanding sumbangan pada 2015 iaitu RM340,000 dengan jumlah penerima 5,000 keluarga.

beras“Kita menggandakan jumlah sumbangan dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi, terutama di kawasan Lembah Klang.

“Simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada, sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan hidup terutama kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Memasuki tahun ke-10 penganjurannya, KSSB bukan sekadar dilaksanakan di sekitar Lembah Klang tetapi meliputi bantuan ke seluruh negara.

Raimi berkata, ABIM turut berperanan sebagai agen penyerahan sumbangan kepada komuniti saudara baru.

“Untuk saudara baru, kita salurkan menerusi Islamic Outreach ABIM (IOA).

“Manakala untuk golongan Muslim Rohingnya pula menerusi Muslim Minoriti Community-Rohingnya,” katanya.

EZY