Categories
SELANGOR

Guna ikan gapi perangi denggi

Oleh: NORHAYATI UMOR

KAPAR, 8 SEP: Kerajaan Negeri bakal melaksanakan projek perintis menggunakan ikan gapi dalam usaha memerangi wabak denggi di negeri itu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Wanita dan Hal Ehwal Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata keputusan kawasan untuk melaksanakan projek itu diputuskan hujung bulan ini.

Ikan gapi“Dari segi kawalan biologi, kita kaji usaha memerangi dengan menggunakan ikan gapi. Setakat ini kaedah itu baik kerana ikan itu makan jentik-jentik.

“Namun, untuk dilaksanakan ia agak sukar sebab itu kita memerlukan masa. Begitu juga dengan pembiakkan nyamuk Toxo, pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sedang membuat satu makmal.

“Setakat dua tempat kita laksanakan memang ada pengurangan kes denggi,” katanya kepada SelangorKini.

Mengikut statistik sehingga 8 Ogos lalu, sebanyak 1,336 kes dicatatkan dan menjadikan kumulatif kes bagi tahun ini sebanyak 41,223 kes.

Manakala kumulatif bagi kematian adalah sebanyak 93 kes.

“Setakat ini, kes denggi termasuk kes kematian masih membimbangkan. Statistik menunjukkan seolah-olah tiada penyelesaian. Oleh itu, kita cuba laksanakan pelbagai kaedah termasuk fogging,” katanya.

Gambar Hiasan : Sumber Internet

EZY

Categories
SELANGOR

Aedes: Frekuensi pembersihan longkang perlu dipertingkat

Oleh: NAEEM RAFFI

SUBANG, 16 JUL: Frekuansi kerja pembersihan longkang dua minggu sekali yang kini dilaksanakan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu ditingkatkan kepada sekali seminggu dalam usaha membasmi pembiakan aedes.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata frekuansi kerja pembersihan sedia ada itu tidak efisyen memandangkan kitaran hidup nyamuk aedes hanya mengambil masa seminggu untuk dewasa.

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (3)“Skop kerja perlu dirujuk kembali mengikut kepada kitaran hidup aedes.

“Aedes mengambil masa seminggu untuk membiak, maka kerja pembersihan longkang tidak boleh dilakukan dengan frekuansi sedia ada iaitu dua minggu sekali.

“Sebaliknya, kerja pembersihan perlu dilakukan setiap minggu dan frekuansi ini perlu dilakukan terutama di kawasan awam dan kediaman,” katanya kepada Selangor Kini.

Hannah berkata, Kerajaan Negeri perlu menguruskan peruntukan berkenaan tahun ini jika usaha itu memerlukan penambahan belanjawan.

“Saya berharap pada sidang belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri mengambil kira cadangan ini sebelum memberi tender tahun depan kepada semua PBT supaya kerja pembersihan perlu mengambil kira pengubahan frekuansi ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Musnahkan pembiakan Aedes sebelum balik raya

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 JUL: Warga Subang Jaya diseru memastikan persekitaran rumah bebas pembiakan nyamuk Aedes sebelum pulang bercuti raya.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Muhammad Azli Miswan berkata, penduduk perlu memastikan tiada air bertakung di dalam dan luar rumah.

DENGGI GRAFIK“Pastikan bekas digunakan untuk tujuan menyimpan air tidak membolehkan nyamuk aedes membiak.

“Bekas itu perlulah ditutup rapat atau dimasukkan ubat pembunuh jentik-jentik nyamuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi turut mengingatkan semua pihak untuk memastikan kebersihan persekitaran rumah sebelum bercuti panjang.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes seterusnya mengundang peningkatan kes demam denggi.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Cadangan kenaikan kompaun dibawa ke Sidang DNS

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 7 FEB: Kerajaan Negeri akan memanfaatkandDua minggu sebelum sambutan Perayaan Tahun Baru Cina dengan menumpukan usaha mencegah pembiakan nyamuk Aedes .

Langkah itu kerana 48 peratus kes denggi yang berlaku disumbangkan daerah Petaling berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi bulan Januari dengan kes yang dilaporkan dan jumlah kematian menunjukkan peningkatan yang membimbangkan semua pihak.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, gerakan besar-besaran itu melibatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor.

Azmin denggi“Kerajaan Negeri serius menangani denggi dan menghapuskan nyamuk Aedes kerana ada peningkatan kes yang dilaporkan dan kematian berdasarkan statistik dikeluarkan KKM.

“Di Selangor, bulan Januari menunjukkan keadaan kritikal yang memerlukan kesungguhan menyeluruh bagi memastikan masalah ini tidak terus merebak,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di Apartmen Mentari Court, di sini, hari ini.

Beliau turut ditemani Pemangku Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md Taib; Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, beberapa Ahli Parlimen mencadangkan supaya kompaun sedia ada berjumlah RM500 dinaikkan kepada RM1,500 dan perkara itu akan dibawa pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Mohamed Azmin hari ini turut mengadakan program Terjah dan Musnah Aedes yang melibatkan tiga kawasan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

denggiKatanya, MBPJ akan mengalihkan kenderaan yang tidak digunakan serta mengenakan kompauan terhadap pemilik dan penyewa rumah yang gagal mengambil langkah menangani pembiakan nyamuk Aedes sebagai langkah pembersihan, selain tindakan ke atas pemilik tanah yang membiarkan kawasan mereka menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau berkata, tumpuan pencegahan turut diberikan kepada 250 tapak binaan serta 33 buah kampung tradisi yang terdapat di daerah Petaling.

“Jika, pemaju tidak bertanggungjawab memastikan kebersihan kawasan itu, kita tidak teragak-agak akan mengeluarkan perintah memberhentikan kerja pembinaan tersebut,” katanya,

DENGGI GRAFIKMohamed Azmin meneruskan sesi terjah ke SS 15 Subang Jaya dan berkunjung ke sebuah rumah dalam proses pengubahsuaian sambil ditemani Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Di Seksyen 6 Shah Alam, beliau meluangkan masa melihat keadaan longkang di sekitar kawasan perumaha serta menemui beberapa pemilik kediaman dan menyerahkan barangan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes sambil ditemani Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

Terjah dan Musnah Aedes atasi denggi daerah Petaling

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 FEB: Program khas Terjah dan Musnah Aedes akan dilaksanakan secara besar-besaran di daerah Petaling ekoran peningkatan kes denggi yang semakin membimbangkan di Selangor, pada 7 dan 8 Februari ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, program itu melibatkan kerjasama semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Adun serta 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri.

meeting 1Katanya, Kerajaan Negeri turut mengarahkan 501 kontraktor pembersihan awam lantikan PBT untuk bersama menjayakan usaha berkenaan secara proaktif.

“Mengikut statistik sehingga 31 Januari lalu, Selangor mencatat 6,686 kes berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 3,813 kes dengan peningkatan hampir 70 peratus.

“Manakala, untuk kes kematian pada bulan pertama 2015 adalah 17 kes berbanding hanya dua kes tahun lalu.

“Daripada sembilan daerah, Petaling paling kritikal dari segi jumlah kes dan situasi ini amat mencemaskan serta menuntut Kerajaan Negeri mengambil langkah prokatif,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Taskforce Pembersihan Daerah Petaling di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Mohamed Azmin berkata, kerja pembersihan itu akan dilakukan di kawasan hotspot, pangsapuri kos rendah, tapak binaan selain mengadakan pemeriksaan di Kampung Baru Cina, longkang dan di seluruh taman awam serta rekreasi.

Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang didapati menjadi punca pembiakan Aedes seperti notis pemberhentian kerja, kompaun atau rampasan lesen ke atas pemaju jika masalah sama masih berulang.

Azmin denggi“Di daerah ini sahaja, kita ada 262 pangsapuri kos rendah, 250 tapak binaan, 376 taman awam, taman permainan dan pusat rekreasi, 505 buah masjid dan surau, 173 sekolah, 53, rumah ibadat bukan Islam dan 33 kampung tradisi, Kampung Baru Cina serta komuniti India.

“Ini kawasan yang kita kenal pasti bagi program pencegahan pembiakan termasuk kerja pembersihan untuk tempoh dua hari.

“Selepas selesai kerja pembersihan, kita akan terus memantau untuk memastikan usaha ini berterusan bagi menjamin program berkenaan efektif dan berkesan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memantau program pencegahan itu di seluruh kawasan PBT.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Datuk Bandar: Gotong-royong tak berkesan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 JAN: Aspek penguatkuasaan dipertegas bagi mencegah  denggi berikutan amalan gotong-royong tidak benar-benar  berkesan, kata Datuk Bandar, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad

Beliau berkata, sebahagian masyarakat tidak terkesan dengan program sedemikian kerana ada memandang remeh isu penjagaan kebersihan dan kesihatan.

“Kita akan fikirkan bentuk hukuman yang akan dikuat kuasa dari segi kesesuaian.

“Kalau kita tidak lakukan ini (penguatkuasaan), masyarakat tidak akan sedar dan berterusan sambil lewa,” katanya pada sidang media selepas upacara angkat sumpah jawatan di sini, pagi ini.

Beliau yang sebelum ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor  (JAIS), dilantik sebagai Datuk Bandar ke-7 pada 2 Januari lalu.

Antara 11 Januari hingga 17 Januari lalu, sebanyak 271 kes demam denggi dilapor di kawasan pentadbiran MBSA.

– FZL –

Categories
SELANGOR

Aedes lebih baik dari Umno, tak amal perkauman

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 3 DIS: Kerajaan Negeri meluluskan pindaan usul di bawah Peraturan Tetap 26(1) bagi tindakan drastik memerangi penularan wabak denggi demi kesihatan hidup rakyat yang berkualiti.

Usul yang dibawa Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara) itu diluluskan sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Sementara itu, Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) menarik perhatian dewan ketika menyokong usul itu apabila menyifatkan nyamuk aedes sebagai lebih baik daripada Umno kerana spesis nyamuk berkenaan tidak mengamalkan perkauman.

denggi“Saya menyokong usul ini walaupun dibawa ADUN pembangkang. Pada saya, nyamuk aedes jauh lebih baik dari Umno.

“Ini kerana, aedes tidak mengamalkan perkauman dan terbukti apabila ia menggigit. Aedes tidak mengira kaum, Melayu, Cina dan India, semua dia gigit, bahkan tidak kira pembangkang atau kerajaan,” katanya disambut dengan sorakan ahli dewan yang lain.

Sementara itu, Tiew Way Kang (DAP-Teratai) yang turut menyokong usul itu mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih bertegas dengan tidak memberi pengurangan kompaun kepada pesalah.

“Saya mohon Kerajaan Negeri memberi arahan kepada seluruh PBT untuk bersikap lebih tegas dengan tidak memberi pengurangan kompaun kepada pesalah yang menyebabkan penularan wabak denggi.

Tiew Way Kang“Rampasan tanah juga perlu dilakukan kepada tapak projek yang berulang kali melakukan kesalahan pembiakan aedes,” katanya.

Selain itu, Way Kang juga berkongsi inisiatif pencegahan aedes yang beliau lakukan di DUNnya melalui penganjuran pertandingan memburu jentik-jentik.

Katanya, pendekatan dibuka khusus kepada kanak-kanak untuk menjejaki jentik-jentik aedes di kawasan kediaman mereka.

“Kanak-kanak yang dapat jentik-jentik terbanyak akan diberi hadiah. Ini adalah usaha mendidik kanak-kanak untuk memastikan kawasan kediaman mereka bebas dari aedes,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Denggi: MBSA gempur 8 jalan perumahan Seksyen U2

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 23 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus menggempur kawasan hot spot kes demam denggi dan kali ini dilaksanakan di Seksyen U2, di sini.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, operasi yang dijalankan itu melibatkan 90 kakitangan dari pelbagai jabatan, pada 20 November lalu.

Katanya, pemeriksaan dilakukan di sekitar kawasan rumah kediaman untuk memeriksa tempat yang berpotensi sebagai tempat pembiakan jentik-jentik.

“Pihak MBSA ingin memberi nasihat kepada penyewa dan pemilik rumah supaya melaksanakan pemeriksaaan serta melakukan aktiviti gotong royong.

“Langkah ini penting untuk memastikan kediaman dan kawasan sekitar dalam keadaan terjaga, bersih dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi Gerak Gempur Denggi kali ini melibatkan pemeriksaan di Jalan U2/36, U2/37, U2/38, U2/39, U2/40, U2/41, U2/42, U2/43, Seksyen U2, di sini.

Mengulas komitmen MBSA, Shahrin berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan di kawasan perumahan terutama lokasi berstrata.

“Jika didapati ada pembiakan jentik-jentik, MBSA akan mengenakan kompaun atas kesalahan membiaknya di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),” katanya.

Bermula dari awal tahun hingga 15 November lalu, pihak MBSA sudah mengadakan aktiviti pemeriksaan terhadap 88,050 premis sekitar Shah Alam, manakala aktiviti semburan atau ‘fogging’ di 798,888 premis dan mengeluarkan 745 kompaun atas kesalahan membiak jentik-jentik Aedes.

Selain itu, MBSA turut menubuhkan Bilik Gerakan Denggi bagi memantau dan menerima aduan serta laporan demam denggi daripada hasil pemeriksaan yang dijalankan dan orang awam.

Bilik Gerakan Denggi boleh dihubungi di talian 03-5522 2793 pada waktu pejabat sahaja.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Baju batik tak halang Azmin ‘terjun’ longkang

Oleh: LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 16 NOV: Penampilan segak Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan baju batik jawa ala Jokowi sama sekali tidak menghalang beliau untuk turun ke dalam longkang bagi program Gerak Gempur Aedes, di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau terlebih dahulu membuat terjahan dari rumah ke rumah di Kampung Tengah, di sini, bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Selangor.

IMG-20141116-WA0001Beliau yang mesra menyapa penduduk kampung itu sempat ke kereta rasminya bagi menyarung kasut ‘phua chu kang’ berwarna kuning sebelum terjun ke longkang.

Mengulas operasi pagi ini, Mohamed Azmin menegur sikap masyarakat yang masih memandang ringan aspek penjagaan kebersihan kawasan persekitaran kediaman tempat tinggal.

“Kalau ada program sebegini, terutama di kawasan kediaman berstrata, kebanyakan yang buat kerja hanya pengawai sahaja.

“Penduduk sekadar duduk tersenyum sahaja dari tingkat atas, tengok pegawai buat kerja. Sikap sebegini perlu diubah kerana kesannya pada penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin merasmikan dan menyertai program sama di Kampung Klang Gate dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

IMG-20141116-WA0003Tegasnya, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama masyarakat dalam memerangi Aedes dan demam denggi yang semakin berleluasa.

“Sehingga kini terdapat 59 kes kematian berbanding hanya 24 kematian dilaporkan sepanjang tahun lalu. Ini bermakna walaupun tahun 2014 masih belum sampai penghujung, kes kematian mendadak sehingga lebih dua kali ganda.

“Kes demam denggi juga meningkat tinggi dengan 1,000 kes dilaporkan pada setiap minggu berbanding 800 kes sebelum ini,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Cegah denggi cara “Terjah dan Musnah”

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri akan mempraktikkan kaedah “terjah dan musnah’ bagi memerangi wabak denggi yang berlaku dalam jumlah catatan membimbangkan di seluruh Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata memang menjadi fokus utama Kerajaan Negeri kerana isu terbabit memberi kesan langsung keatas keselamatan rakyat.

Katanya, satu pelan tindakan digubal bagi menanganinya selepas Kerajaan Negeri menerima laporan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

“Pelan tindakan ini akan membabitkan semua agensi khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua pihak berkaitan.

“Kita harap dengan pelancaran pelan tindakan dan kempen yang akan dibuat secara besar-besaran serta gotong royong perdana bermula 16 November depan, moga kita dapat membantu untuk mengurangkan demam denggi di Selangor,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega : “Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014”.

Azmin berkata, beberapa langkah sudah digariskan seperti sokongan kepada penambahan kemudahan memerangi nyamuk Aedes di peringkat daerah, mengutamakan pembersihan sisa pepejal dan penyertaan pemimpin di semua peringkat masyarakat dari sekolah hingga ke pejabat awam.

Sebelum ini dalam ucapannya, Azmin berkata, Kerajaan Negeri memberikan tumpuan terhadap kes denggi selain isu sampah, jalan berlubang dan banjir.

“Empat perkara ini mesti diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.

“Walaupun pejabat saya di tingkat 21 tetapi 80 peratus kerja saya turun ke bawah untuk melihat masalah rakyat,” katanya.

Categories
NASIONAL

Kes denggi meningkat 212% hingga 18 Oktober

SHAH ALAM, 29 OKT: Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari sehingga 18 Oktober lalu meningkat 212 peratus kepada 82,738 kes berbanding 26,527 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada 2013.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumulatif kematian sehingga 18 Oktober lalu adalah 157 berbanding 59 bagi tempoh sama tahun lalu.

Azmin denggiHasil pemantauan kementerian dari Januari sehingga 11 Oktober lalu, 3.99 juta premis diperiksa di seluruh negara dan 13,013 kompaun dikeluarkan bernilai lebih RM6 juta.

Memetik Bernama, beliau berkata, terdapat peningkatan 19 peratus dalam tempoh tujuh hari dari 12 Oktober hingga 18 Oktober lalu dengan 2,160 kes dilaporkan kes berbanding 1,822 kes pada minggu sebelumnya.

Katanya, terdapat 10 negeri mengalami peningkatan kes demam denggi dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Categories
SELANGOR

MPSJ perlu kerjasama masyarakat banteras denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 30 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyarankan masyarakat supaya bekerjasama menjaga kebersihan kawasan kediaman dan persekitaran dalam usaha mencegah dan membanteras wabak denggi di Subang Jaya daripada berleluasa.

Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan bandar itu tidak menghadapi masalah penularan wabak hingga ke tahap membimbangkan. Sebanyak 6,000 kes dilaporkan berlaku di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dari Januari hingga 27 September lalu.

Mesyuarat MPSJ (11)“Sehubungan itu, dalam memerangi kes denggi adalah menjadi harapan MPSJ agar penduduk perlu memastikan kawasan premis masing-masing bebas dari tempat pembiakan aedes dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk mencari dan memusnahkan tempat berkenaan.

“Kerjasama masyarakat dengan melaksanakan Kempen 10 Minit dan gotong royong aldaha amat diperlukan untuk memastikan kes denggi dapat dikurangkan,” kata Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi dalam ucapan Mesyuarat Bulanan MPSJ di sini hari ini.

MPSJ memberi tumpuan kepada lapan kawasan ‘hotspot’ yang dikenal pasti berlaku kes denggi iaitu SS 17/1 Subang Jaya dengan 40 kes, Taman Puchong Utama 12 (35), Pusat Bandar Puchong (Jalan Wawasan 2) (15), Bandar Bukit Puchong 1 (Flat Bandar Bukit Puchong) dan SS 14/6 Subang Jaya (14), Taman Equine

(Putra Permai Apartment) (12), PJS 9 Bandar Sunway (PJS 9/2 – PJS 9/30) (lapan) serta USJ 18 Subang Jaya (enam).

HM