Categories
AGENDA NASIONAL

Anwar: Jangan bebankan petugas barisan hadapan dengan sikap alpa

SHAH ALAM, 3 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak jangan bebankan petugas barisan depan yang bekerja keras untuk memutuskan rantaian Covid-19 dengan sikap alpa dan tidak bertanggungjawab.

Ketua pembangkang berkata setiap individu perlu mengekalkan disiplin serta patuh tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Saya amat mengalu-alukan kenyataan oleh Akademi Perubatan Malaysia (AMM) yang mengingatkan kita semua akan tanggungjawab bersama dalam memutus rantaian penyebaran wabak.

“Petugas barisan depan telah bekerja tanpa lelah sejak awal tahun ini dalam melindungi kita semua dan membendung penguncupan ekonomi,” kata Ahli Parlimen Port Dickson menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa pihak berwajib memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan ketat pematuhan SOP dilakukan tanpa pengecualian atau diskriminasi.

Categories
AGENDA NASIONAL

AMK: Poster Anwar angkat sumpah PM ke-9 palsu

SHAH ALAM, 24 SEPT: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menegaskan poster tular upacara angkat sumpah Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan esok di Istana Negara adalah palsu.

Setiausahanya, Ahmad Syukri Razab berkata logo tertera pada poster tersebut juga bukan lambang rasmi AMK selain menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab tersebut dilakukan bagi menganggu proses transisi Kerajaan Persekutuan.

“AMK menjunjung penuh kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memutuskan isu pemilihan perdana menteri selepas Anwar mengumumkan berjaya memperoleh majoriti selesa membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Anwar mengumumkan mendapat sokongan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu dengan majoriti yang kukuh dan meyakinkan.

Beliau turut menjelaskan mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Categories
AGENDA NASIONAL

Anwar kesal kes dera pelajar berterusan, ambil tindakan

SHAH ALAM, 13 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal gejala buli dan dera pelajar masih berlaku di peringkat sekolah.

Ketua pembangkang itu berkata Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak segera bagi menangani isu berkenaan.

“Budaya sial dalam kalangan pelajar mendera kawan masih berleluasa. Kejadian sedemikian berterusan meskipun pernah mengakibatkan kematian dan kecederaan parah.

“Saya menuntut pihak sekolah, Kementerian Pendidikan dan PDRM untuk bertindak segera,” katanya menerusi Facebook hari ini

Beliau menegaskan video kejadian buli yang berlaku perlu disebar luas sehingga tindakan tegas diambil terhadap pelaku.

Dalam hantaran sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkongsi satu video kejadian buli yang berlaku di Tanah Merah, Kelantan.

Memetik laporan Harian Metro, tiga pelajar yang dipercayai membelasah rakannya di asrama sekolah menengah berkenaa direman empat hari bermula 10 September lalu.

Ketiga-tiga remaja itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Categories
AGENDA NASIONAL

Anwar: Siasat, dedah bilion saham, tanah Bumiputera hilang

SHAH ALAM, 5 OGOS: Kerajaan Persekutuan didesak untuk siasat dan mendedahkan berbilion saham dan tanah Bumiputera hilang akibat ketirisan dan bocor kepada individu tertentu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga perlu menjelaskan berkenaan penerima saham Bumiputera selain diperuntukkan untuk badan Bumiputera serta kedudukan terkini tanah rizab Melayu dijual dan tidak diganti.

Beliau juga mendesak supaya kajian segera dijalankan ekoran masih ada Bumiputera menderita meskipun peruntukan ekonomi dan pendidikan kepada kumpulan berkenaan amat besar.

“Kajian bebas dan inklusif perlu dilakukan sejajar pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang dikatakan mahu membantu golongan benar-benar layak dan terpinggir.

“Kerajaan mesti segera mengkaji pendekatannya membantu Bumiputera dengan menghapuskan dasar yang hanya memperkaya gerombolan elit dan petinggi politik,” kata ketua pembangkang dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata beliau kesal apabila keistimewaan yang kononnya mahu meningkatkan kesejahteraan ekonomi Bumiputera diperalat dengan memperkayakan golongan elit.

Katanya, ia lebih parah apabila jurang pendapatan antara kaya dan miskin semakin melebar.

“Kerajaan harus menumpukan perhatian merancakkan lapangan utama ekonomi dan memberikan dokongan secukupnya kepada perusahaan kecil dan sederhana.

“Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mesti dikendalikan tokoh profesional berkelayakan dengan kepakaran dalam perniagaan sementara kedudukan pengurusan kanan tidak boleh ditentukan berdasarkan kecenderungan politik tetapi mesti atas asas merit jelas dan pencapaian masing-masing,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohd mengumumkan pembentangan RMK-12 ditangguhkan ke awal tahun hadapan atas faktor perubahan ekonomi susulan Covid-19 dan perubahan Kerajaan Persekutuan.

Pada sidang parlimen itu, Anwar berkata alasan yang diberikan Kerajaan Perikatan Nasional terlalu remeh.

Categories
AGENDA NASIONAL

Pendekatan norma baharu atasi kemiskinan, pengangguran – Anwar

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pendekatan ekonomi perlu bersesuaian dengan norma baharu bagi mengatasi masalah kemiskinan penduduk, kata ketua pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penularan Covid-19 juga menyebabkan jumlah pengangguran meningkat dan seharusnya penyelesaian masalah itu dicari.

“Jumlah peruntukan besar..RM28 bilion setahun (ekonomi). Ketirisan juga sangat besar. Setiap tahun Audit Negara (Jabatan Audit Negara) ulang perkara ini.

“Bila buat rumah ada kecurangan..belum lagi bantuan makanan. Jadi hal ini perlu diubah dengan pendekatan baharu kerana ini tanggungjawab kita membantu hidup rakyat susah,” kata Ahli Port Dickson itu ketika Ucapan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar sebelum ini menegaskan masalah kemiskinan gagal dibasmi jika fakta sebenar situasi disembunyikan susulan kadar kemiskinan 0.4 peratus tidak munasabah berbanding dihadapi ketika ini.

Categories
AGENDA NASIONAL

Anwar: Bahas isu rakyat, bukan tumpu singkirkan speaker

SHAH ALAM, 5 JULAI: Ahli parlimen harus menggunakan Dewan Rakyat untuk membincangkan masalah rakyat, bukan menumpu usaha menyingkirkan speaker dan timbalannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan Pakatan Harapan (PAKATAN) akan mempertahankan kedudukan kedua-dua pemimpin tersebut pada persidangan pada 13 Julai ini.

“Kita harus tegas pertahan kedudukan speaker dan timbalan speaker yang dipilih secara sah dan gunakan masa untuk pertahankan hak rakyat sebagai ahli parlimen,” kata pengerusi PAKATAN menerusi siaran langsung Facebook malam tadi.

Pada akhir Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat usul untuk menyingkirkan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming.

Pada 2 Julai lalu, Majlis Setiausaha PAKATAN menyatakan keazaman mereka untuk mengekalkan kedudukan Mohamad Ariff dan Nga.

Pada perkembangan lain, presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memuji belia yang menyertai sidang Parlimen Digital kerana berbahas isu rakyat.

Beliau juga berharap ahli parlimen mencontohi mereka dengan menjadikan sidang Dewan Rakyat untuk berbahas secara lebih matang.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Tiada tarikh ditetapkan untuk peralihan kuasa

PUTRAJAYA, 22 FEB: Tiada tarikh ditetapkan bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya.

Dr Mahathir berkata mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi memutuskan beliau menentukan masa untuk mengundur diri.

“Saya kata peralihan lepas APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation). Tidak masa (ditetapkan)…tidak ada tarikh… tiada apa-apa.

“Terpulang kepada saya tentukan masa. Keputusan kepada saya, bila akan letak jawatan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (Pakatan) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir berkata ia adalah keputusan sebulat suara mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat dipengerusikan Dr Mahathir selaku Pengerusi Pakatan berlangsung selama tiga jam dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan termasuk Presiden Pakatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Ditanya sama ada mesyuarat itu juga bersetuju supaya Anwar menjadi perdana menteri kelapan, Dr Mahathir berkata: “Perkara itu tidak timbul. Jawatan itu terserah kepada saya untuk membuat keputusan selepas APEC.”

Anwar yang duduk sebelah Dr Mahathir semasa sidang media itu berkata: “Saya sendiri cadang supaya Tun Dr Mahathir diberikan ruang mentadbir dan kemudian bila (masa peralihan kuasa)… dia tetapkan masa yang sesuai, itu barulah (berlaku), dan sementara itu saya kenalah sabar,”

“Pendirian kita jelas, tidak ada keraguan, komitmen kita untuk memastikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dengan dokongan yang penuh. Ini tidak dipersoal,” kata Anwar.

Dr Mahathir berkata perkara paling penting yang diputuskan dan dipersetujui secara bersama di dalam mesyuarat ini adalah tarikh peralihan kuasa yang ditentukannya sendiri.

“Diserah kepada saya. Apa saya kata mereka akan turuti. Terpulang kepada saya. Itu kepercayaan diberikan oleh parti (Pakatan) kepada saya. Alhamdulillah,” katanya.

Dr Mahathir berkata mesyuarat panjang lebar itu antara lain membincangkan masa depan parti-parti di dalam Pakatan Harapan dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“(Kita juga) Bincang mengenai pilihan raya di Sarawak dan kita akan tentukan calon kita supaya mereka tidak berlawanan antara parti komponen,” katanya.

Menurutnya mesyuarat itu juga tidak membincangkan isu rombakan kabinet.

Dr Mahathir berkata Pakaan juga akan mengadakan konvensyen, dan tarikhnya bakal ditentukan kemudian.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Anwar Ibrahim bertemu PM bincang isu dalam dan luar negara

 

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya untuk berbincang mengenai beberapa isu mendesak dalam dan luar negara.

“Bertemu Tun Dr Mahathir. Saya merujuk kebimbangan PKR dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat semalam terhadap ancaman Amerika Syarikat (AS) terhadap kepimpinan Iran.

“Kerajaan perlu menyatakan pendirian tegas dengan menolak sebarang provokasi kepada seluruh negara Islam,” kata Anggota Parlimen Port Dickson itu dalam satu kenyataan.

Dilapor Presiden AS Donald Trump memberi amaran Iran akan musnah sekiranya Teheran menyerang kepentingan Washington.

Amaran Trump itu dikeluarkan susulan serangan terhadap aset minyak Arab Saudi pada minggu lalu dan serangan roket ke dalam Zon Hijau di Baghdad, Iraq yang menempatkan banyak bangunan kerajaan serta kedutaan.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut Anwar memaklumkan Perdana Menteri bahawa beliau akan menunaikan umrah bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pada masa sama akan menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-14 di Makkah pada 31 Mei ini.

Menurut kenyataan ringkas itu lagi, perkembangan politik semasa turut disentuh ketika pertemuan kedua-dua pemimpin itu. -BERNAMA

 

Foto Ihsan Facebook  Anwar Ibrahim

 

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tiada lagi Ketua Umum KEADILAN

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 NOV: Jawatan Ketua Umum KEADILAN yang diwujudkan sejak 2007 kini sudah tiada lagi, kata Presidennya, Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jawatan berkenaan sebelum ini adalah sebahagian resolusi yang dibawa parti pada tahun 2007 kerana ketika itu beliau tidak boleh menjawat posisi presiden.

“Ia tidak ada dalam perlembagaan parti. Hanya dibawa dan diwujudkan sebagai resolusi untuk melantik saya sebagai ketua umum.

“Jadi, sekarang sudah tidak wujud sebab saya kini sudah menjadi presiden, maka ia tak diperlukan.

“Yang wujud sekarang hanya jawatan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN sahaja.” katanya ketika sidang media selepas Kongres Nasional ke-13 di IDCC, di sini, semalam.

Pada masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut menyentuh cerita negatif membabitkan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau menyokong penuh kepemimpinan Dr Mahathir bukannya mahu layanan istimewa.

“Tidak timbul cerita kononnya saya mahukan layanan istimewa dan mengambil pesawat ditaja orang tertentu.

“Tolong hentikan semua perkara mengarut, kebobrokan dan bodoh ini. Saudara fikir saya pelahap sangat semua itu?

Kalau timbul cerita seperti ini, saya tangkap dan terajang saudara,” katanya.

Categories
NASIONAL

1MDB: Anwar gesa kerajaan tuntut ganti rugi daripada Goldman Sachs

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Kerajaan disaran mengambil tindakan agresif bagi mendapatkan ganti rugi daripada Goldman Sachs berhubung kesan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjejaskan reputasi negara.

Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Amerika Syarikat telah memulakan pendakwaan tetapi Malaysia juga perlu ambil tindakan untuk menuntut kembali komisen berjumlah US$600 juta yang terlibat.

“Bukan sahaja tuntut komisen, Malaysia juga perlu menuntut ganti rugi imej kita yang telah terjejas.

“Saya percaya kerajaan harus ambil langkah ini untuk mendapatkan pulangan hasil jauh lebih daripada komisen yang diserahkan kepada Goldman Sachs,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata dalam satu wawancara bersama BFM89.9 pada Isnin bahawa Malaysia akan menuntut balik semua fi dan bayaran daripada Goldman Sachs.

SUMBER: BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kemenangan Anwar satu sejarah

PORT DICKSON, 14 OKT: Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson malam tadi, dianggap satu sejarah dalam kalangan pemimpin PH.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemenangan itu satu kejayaan manis apabila Anwar berjaya ‘menakluki’ kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Port Dickson.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, kita menang di DUN Chuah, Lukut dan Sri Tanjung dan kalah di Bagan Pinang dan Linggi sebab dikatakan orang Melayu tidak sokong Pakatan Harapan (PH) tetapi hari ini kita turut menang di dua tempat yang kita kalah sebelum ini.

“Sebab itu saya katakan ini suatu kemenangan manis membuktikan penduduk yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India telah hantar isyarat jelas kepada seluruh negara bahkan seantero dunia mereka mahu Anwar wakili mereka ke Parlimen,” katanya dalam ucapan di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Pengerusi PH yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata sejarah sudah tercipta di Port Dickson dan rakyat ingin melihat perubahan terhadap kawasan berkenaan.

 

“Dengan kejujuran kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, saya yakin kita mampu bawa perubahan.

“Tidak ada rasuah dan salah guna kuasa, saya harap dengan sejarah tercipta ini kita ke hadapan dengan lebih telus. Pemimpin juga harus bekerja lebih keras,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata respons daripada penduduk Port Dickson amat positif dan terbukti dengan majoriti lebih 23,000 undi, lebih hampir 6,000 undi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

“Keputusan ini juga jelas menunjukkan warga Port Dickson mahu Datuk Seri Anwar menjadi wakil mereka dan boleh dikatakan, tujuh daripada 10 rakyat di sini sokong beliau,” katanya.

Pemimpin veteran yang juga Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata kemenangan Anwar menunjukkan sokongan rakyat bukan sahaja kepada beliau sebagai Anggota Parlimen Port Dickson, tetapi bakal Perdana Menteri kelapan.

“Ia juga sebagai sokongan kepada usaha membina Malaysia Baharu. Majoriti besar yang diperoleh Anwar juga menunjukkan sokongan kuat rakyat kepada beliau,” katanya.

Sementara itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi membolehkan Anwar bertanding pada PRK tersebut, gembira dengan kemenangan Anwar dan akan berganding bahu dengan Ketua Umum PKR itu untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan Port Dickson.

“Bila beliau menang dengan majoriti lebih besar daripada saya, ia menunjukkan sokongan rakyat kepadanya sebagai bakal perdana menteri kita…kita nak beliau menang supaya Anwar dapat tunjukkan keupayaannya,” kata beliau.

Bagi Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, kemenangan itu merupakan kejayaan untuk rakyat dan beliau amat berterima kasih kepada penduduk Negeri Sembilan khususnya warga Port Dickson kerana memberi mandat kepada bapanya.

PH berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Port Dickson apabila Anwar memperoleh majoriti 23,560 undi, sekali gus menewaskan enam pencabarnya daripada parti PAS dan lima calon Bebas pada PRK itu.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Anwar yang memenangi PRK berkenaan.

“Kejayaan Datuk Seri Anwar memperoleh mandat rakyat dengan majoriti lebih besar dalam pilihan raya kecil ini membuktikan sokongan pengundi kepada Pakatan Harapan terus kukuh,” kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu dalam mesej di laman Facebook beliau.

“Saya percaya kembalinya Datuk Seri Anwar sebagai anggota Dewan Rakyat akan memperkukuhkan lagi muafakat Pakatan Harapan di bawah teraju YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya yakin gandingan mantap kedua-dua pemimpin ini akan memberi impak positif kepada rakyat dan negara,” katanya.

Muhyiddin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PH yang bekerja keras untuk memastikan kemenangan PH.

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada pengundi Port Dickson yang membuat pilihan yang bijaksana,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
NASIONAL

Anwar janji laksana amanah diberikan

OLEH NORHAYATI UMOR

PORT DICKSON, 13 OKT: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan melaksanakan amanah yang diberi oleh pengundi Port Dickson.

Beliau terharu dengan kemenangan luar jangkaan itu dan menghargai sokongan pengundi yang memilihnya sebagai wakil rakyat.

“Saya terharu kerana kemenangan di luar jangkaan ini, dukungan rakyat begitu kuat dan padu daripada pengundi Port Dickson.

“Saya ingin beritahu kepada semua terutama pengundi Port Dickson dan rakan di seluruh negara, saya tidak akan mengkhianati amanah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan penyokong dan jentera selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, undi popular sebanyak 70 peratus diperolehnya membuktikan penerimaan semua kaum terhadapnya.

“Majoriti orang Melayu di Port Dickson memilih Pakatan Harapan (Pakatan), kaum Cina sekali lagi membuktikan dukungan mereka, serta kaum India tanpa ragu memilih kami.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokongnya sepanjang tempoh berkempen.

“Dipilih menjadi Ahli Parlimen, dan Insya-Allah menjadi Perdana Menteri, saya bercita-cita menjadikan negara bebas rasuah, membawa negara ini ke arah yang lebih baik,” katanya.