Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

Kali pertama anjur, Tour De Selangor berjaya – MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 OKT : Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan penganjuran julung kalinya Tour De Selangor sebagai kejayaan terbesar kejohanan sukan berbasikal di Selangor.

Beliau berkata, kejayaan itu membuka peluang kepada pentadbiran negeri menjayakan program berskala besar meliputi aspek sukan yang turut disertai pelumba dari dalam dan luar negara.

“Saya ucapkan tahniah kepada Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) khususnya Exco bertanggungjawab, Amirudin Shari yang memimpin usaha penganjuran ini yang dilihat sangat bermanfaat kepada sukan berbasikal negeri.

“Walaupun ini kali pertama dianjurkan, kita berjaya menjelajah sejauh 558 kilometer ke seluruh daerah di Selangor kecuali Sabak Bernam.

“Matlamat kita mengajurkan program seperti ini tentunya bukan sahaja untuk memupuk budaya sihat dalam kalangan belia, tetapi ia sekali gus dapat memperkenalkan Selangor kepada masyarakat luar,” katanya kepada SelangorKini.

Mohamed Azmin berkata, penganjuran kejohanan seumpama itu juga boleh mecungkil bakat-bakat muda untuk lebih positif terlibat dalam aktiviti bersukan di negeri ini.

“Kita mengharapkan agar lebih ramai lagi bakat muda menerusi sukan berbasikal ini dapat dilahirkan pada masa akan datang demi kemajuan sukan negeri dan Malaysia secara amnya,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin hadir pada Majlis Penutupan Kejohanan Berbasikal Tour De Selangor 2017, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Kejohanan itu menyaksikan pelumba Team Sapura Cycling (TSC) Muhammad Zawawi Azman muncul juara keseluruhan perlumbaan basikal Tour De Selangor pada jarak keseluruhan 558 kilometer.

Muhammad Zawawi berjaya menamatkan saingan perlumbaan kesemua lima peringkat perlumbaan pada catatan masa 13 jam 05 minit 12 saat.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB kayuh basikal terjah Kuala Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA SELANGOR, 25 MAC: Tradisi turun padang mendekati masyarakat seluruh negeri diteruskan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menerusi program beliau ke daerah Kuala Selangor, pagi ini.

IMG_0857Menariknya, Mohamed Azmin melakukan tinjauan masyarakat setempat dengan mengayuh basikal sekitar bandar daerah itu kira-kira lima kilometer.

Beliau ditemani Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman.

Turut mengiringi beliau, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Mohd Azhar Mohamed Ali.

Lawatan Mohamed Azmin di sini sebagai rangka kerja program Tanam Pokok Negeri Selangor 2017, di Taman Alam Kuala Selangor.

Pada masa sama, DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut mencemar duli hadir ke majlis perasmian program itu.

Program Tanam Pokok Negeri Selangor 2017 adalah inisiatif Kerajaan Negeri menggalakkan pertumbuhan hijau di Selangor.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerajaan Negeri komited sokong acara sukan berbasikal

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 15 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluangkan masa hujung minggu dengan menyertai acara berbasikal Pulau Indah 180KM Malaysia 2017 yang bermula di pejabat Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB).

Disertai hampir 1,200 peserta, edisi kedua itu turut disertai pelumba dari 30 negara yang mula berkumpul seawal jam 5.00 pagi.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menyokong penganjuran acara berbasikal sebagai usaha memajukan pelancongan menerusi sukan selain menyuburkan budaya hidup sihat.

MB Pulau Indah“Sambutan tahun ini jauh lebih baik daripada tahun sebelumnya dengan penglibatan dari 30 negara membabitkan 1,200 peserta sejak jam 5.30 pagi untuk menyertai acara berbasikal Pulau Indah 180KM Malaysia 2017.

“Saya turut menyertainya sebagai komitmen Kerajaan Negeri memajukan sukan berbasikal,” katanya sebelum acara pelepasan yang disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dato’ Mohamad Yasid Bidin.

Penganjuran itu sempena temasya Le Tour de Langkawi yang bakal berlangsung pada 22 Febuari hingga 1 Mac ini.

Laluam Pulau Indah 180KM Malaysia 2017 menyelusuri kawasan Selangor Halal Hub Industrial Park, Lebuhraya Pulau Indah ke Jenjarom, Banting, Olak Lempit, Sepang, Sungai Pelek, Bagan Lalang dan Morib sebelum peserta membuat pusingan semula ke Teluk Panglima Garang dengan kembali mengakhiri saingan di pejabat CSSB, Pulau Indah.

Hadiah lumayan keseluruhan bernilai RM40,000 menanti peserta menerusi lima kategori; Lelaki Terbuka (18-35 tahun), Terbuka Wanita (18 tahun ke atas), Junior Master (35-44 tahun), Master (45 tahun ke atas) dan Berpasukan.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPSJ komited terap gaya hidup sihat

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 NOV: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) terus komited menganjurkan Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2016 bagi siri ke-3 sebagai usaha berterusan menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

Pegawai Komunikasi Korporat, Muhammad Azli Miswan berkata, program Kayuhan Hidup Sihat yang dianjurkan sejak tahun 2011 itu merupakan landasan kepada komuniti
untuk melibatkan diri bersama MPSJ dalam merealisasikan misi iaitu ‘Menjadikan Perbandaran MPSJ Sejahtera, Bestari dan Dinamik’.

“Objektif utama kita adalah untuk menanam cara kehidupan yang sihat melalui aktiviti sukan ringan seperti kayuhan basikal secara berkumpulan dan berkeluarga.

img-20161120-wa0076“Program ini juga memberikan landasan kepada komuniti dan MSJ untuk bertemu juga beramah mesra di samping menjalankan aktiviti riadah,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, 700 peserta yang hadir menyertai kayuhan jarak sejauh 24 kilometer bertempat di The Summit Subang USJ, Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya, semalam.

Turut juga diselitkan aktiviti sampingan antaranya senamrobik, jualan barangan basikal dan cabutan bertuah turut diadakan serta pelbagai hadiah menarik disediakan.

Program itu juga merupakan kerjasama MPSJ bersama Pusat Membeli-Belah Summit USJ, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Subang Jaya, Rukun Tetangga Subang Jaya, KPMC Specialist Centre Puchong, Lerun Industries Sdn Bhd dan SJ Echo.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Laluan berbasikal tarikan baru pelancongan di Sekinchan

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 13 OGOS: Laluan basikal akan mula diperkenal di seluruh Selangor mulai 2017, kata Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata, bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) bertaraf bandar raya dan perbandaran laluan dicadangkan ialah sejauh 15 kilometer (km), manakala laluan bagi majlis daerah pula hanya 10 km.

“Bagi kawasan lama mungkin tidak dapat mengadakan laluan baru, maka kita bercadang menggunakan laluan berkongsi selaras dengan standard antarabangsa.

skinchan ride (1)“Kita akan cat laluan basikal selebar tiga atau empat kaki, bergantung kepada keadaan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau ditemani Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Awaluddin Zakaria meninjau perkhidmatan bas Smart Selangor.

Mereka kemudian berbasikal untuk mengenalpasti laluan sesuai untuk aktiviti riadah berbasikal di sekitar Sekinchan.

Chang Khim berkata, laluan berkenaan berupaya menarik lebih ramai pelancong dan memudahkan pergerakan serta lebih mesra alam (eco-friendly).

“Mereka boleh berbasikal untuk ke kawasan yang menyediakan pengangkutan awam termasuk bas Smart Selangor,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sambutan hebat, ‘Ride For Glory’ jadi acara tahunan

OLEH : NORHAYATI UMOR

PELABUHAN KLANG, 17 JAN: Acara kayuhan basikal ‘Ride For Glory’ bakal diangkat menjadi program tahunan ekoran sambutan yang menggalakkan dari dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Sdn Bhd, Mahmud Abbas, berkata pihaknya menerima maklum balas positif dari pelbagai pihak.

“Sebanyak 18 buah negara termasuk menerima penyertaan dari luar negara seperti Indonesia, Singapura, Great Britain, Amerika Syarikat, China dan Sepanyol.

Basikal“Tiga bulan lalu kita membawa promosi ke luar negara dan ia sangat berhasil,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata dengan adanya program itu secara tidak langsung meningkatkan ekonomi penduduk setempat mahupun kawasan sekitar.

“Penduduk di kawasan Pulau Indah dapat berkongsi keuntungan dengan menyewakan homestay begitu juga dengan hotel di kawasan sekitar.

“Begitu juga dengan industri makanan. Kita memanggil mereka untuk menyediakan makanan dan minuman,” katanya.

Mahmud berkata pihaknya juga sedang mencari bakat baru terutama dari penduduk Pulau Indah untuk diketengahkan melalui program itu.

Katanya, pihaknya menawarkan tajaan latihan untuk mereka dapat mewakili Malaysia atau di peringkat antarabangsa.

basikal“Walaupun laluan agak mencabar ekoran kemudahan jalan yang agak tidak baik dan suasana persekitaran dengan kenderaan berat namun ia tidak menghalang untuk peserta menamatkan pertandingan.

“Bagi saya ia satu cabaran untuk mereka. Sebelum memulakan mereka perlu persiapkan diri dengan pelbagai aspek,” katanya.

Beliau menyifatkan acara itu sebagai strategi pemasaran untuk penduduk dalam negara mahupun peserta luar negara mengenali produk Halal Hub.

Pertama kali dalam sejarah, acara kayuhan basikal sejauh 180 kilometer (km) berlangsung di Pulau Indah hari ini.

Acara itu mendapat penyertaan lebih 800 peserta yang memerlukan peserta melalui Pulau Indah, Banting, Bandar Enstek, Sepang dan kembali semula ke Pulau Indah.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

Shaharudin wira sukan basikal negara

Oleh: NORHAYATI UMOR

AKTIVITI berbasikal di negara ini sudah bermula ketika tentera bersekutu berpangkalan di Tanah Melayu, sejak 1938 apabila pegawai tentera New Zealand, Kapten C O Jennings dan Mendiang Gurchan Singh Gill adalah penggerak utama dalam penubuhan Persekutuan Lumba Basikal Malaya (PLBM), pada Mac 1953.

Ia dianggotai empat negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Melaka, namun ketika itu lumba basikal bukanlah sukan yang menjadi pilihan ramai, bahkan boleh dikatakan ‘nazak’.

Pelumba muda ramai ketika itu tetapi malangnya tiada persatuan untuk membantu mengetengahkan bakat mereka secara lebih meluas.

Shaharudin JaffarKini, 62 tahun sudah berlalu dan sukan lumba basikal mula dilihat membangun, dikenali selain digemari bukan sahaja belia, bahkan pelbagai golongan.

Seperti biasa, ‘patah tumbuh hilang berganti’. Namun, ‘orang lama’ tidak wajar dilupakan kerana segala jasa dan pengorbanan mereka kepada negara wajar dikenang.

Generasi hari ini mungkin lebih mengenali nama-nama seperti Azizulhasni Awang, Josiah Ng atau Rizal Tisin dan beberapa pelumba terdahulu iaitu Rosman Alwi dan M Kumaresan.

Namun, adakah antara kita masih mengingati nama Shaharudin Jaffar iaitu pelumba kebangsaan era 60an dan pelumba negara pertama yang memenangi pingat emas pada Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) di Stadium Merdeka, pada tahun 1965?

Pencapaian dan pembabitan beliau dalam sukan lumba basikal sangat membanggakan terutama berjaya mengharumkan nama negara.

Minat dan cintanya dalam dunia sukan masih segar walaupun sudah mencecah usia 75 tahun. Ketika penulis menemui Shaharudin, mulut dan fikirannya hanya berbicara berkenaan pembangunan sukan sahaja.

Shaharudin, 75, dilahirkan di Perak dan dibesarkan di Sungai Pinang, Klang serta mempunyai Sarjana Pengurusan Sukan di Cardiff, pada tahun 1973.

Melahirkan rasa hibanya ketika menerima anugerah Tokoh Warga Emas peringkat Selangor, Shaharuddin berkata beliau sangat terharu kerana ia satu penghargaan yang tidak dijangka.

Malah, dia berasa lebih hiba kerana tiada sesiapa yang menyanjung pengorbanannya dalam bidang sukan selama ini.

“Seronok dan juga hiba. Ia adalah penghargaan yang mahal bagi saya kerana setakat ini tidak rasa ada orang boleh menyanjungi pengorbanan saya selama ini.

“Saya berkecimpung dengan dunia sukan sejak berumur 16 tahun sehingga kini. Walaupun tidak aktif tetapi saya masih berkecimpung menjadi perunding kepada beberapa persatuan dan kelab dalam memajukan aktiviti sukan,” katanya.

Sambutan hari Wanita Peringkat Negeri Selangor 2015 - YB Daroyah Alwi (7)Bagaimanapun, beliau tidak dapat begitu aktif dengan sukan itu kerana faktor usia dan menjaga isterinya yang kini menghidap kanser peringkat keempat.

“Saya berjanji atas cinta saya dalam bidang ini iaitu akan mencari peluang untuk berbakti dalam sukan berbasikal tidak kira apa juga rintangan,” katanya.

Mengulas pencapaian sukan lumba basikal ketika ini, Shaharudin hanya tersenyum dan mengeluh. Katanya, berat untuk diluahkan.

“Sekarang, banyak pertandingan antarabangsa dipertandingkan berbanding dulu. Walaupun ada satu dua pelumba yang diketengahkan tetapi saya rasa masih belum cukup.

“Apa yang penting minat. Bukan main-main. Sukan harus menjadi sebahagian agenda kehidupan dan perlu menjadi aktiviti seharian bukan sekadar suka-suka dan melepaskan batuk di tangga,” katanya.

Bagi dirinya, sukan perlu dijadikan kewajipan dalam hidup sebagaimana kita melaksanakan amal dan ibadah. Malah, katanya, jangan jadikan peruntukan sebagai alasan untuk tidak berjaya.

Shaharudin sebelum ini lantang mengecam sikap sesetengah atlet yang berbicara berkenaan wang. Hal itu kerana, beliau pernah mengubah nasib Malaysia dalam sukan berbasikal apabila hanya tinggal RM44.60 dalam akaun Persatuan Lumba Basikal Malaysia (kini Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia).

“Itu yang berlaku apabila saya mengambil alih persatuan itu sebagai Setiausaha Agung,” katanya.

Shaharudin juga pernah mencabar pimpinan atasan untuk meletak jawatan bagi mengambil tanggungjawab di atas kegagalan yang berlaku pada Sukan Seap di Ranggoon apabila mereka pulang dengan tangan kosong pada 1969 hingga menyebabkan lima pegawai berhenti secara beramai-ramai.

Walaupun berbaki sebanyak itu di dalam akaun, beliau berani menyahut cabaran iaitu ‘Tour D’Java’ untuk merebut Piala Suharto yang berprestij.

“Kita berjaya mendapatkan RM10,000 daripada Perdana Menteri untuk menghantar pasukan ke Indonesia hasil pujukan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Separuh daripadanya dibelanjakan untuk tiket kapal terbang.

basikal“Untuk menjimatkan kos, kami jalani latihan dalam negeri sahaja. Saya balik negeri asal, isteri saya sediakan makanan kepada pasukan tiga kali sehari. Walaupun bajet terhad, Malaysia muncul juara keseluruhan bagi acara berpasukan,” katanya.

Wang selalunya dikaitkan dengan sesebuah kejayaan. Beliau tidak menafikannya terutama di zaman ini apabila setiap pergerakan perlu ada wang. Tetapi adakah wang yang menjadi penentuan bagi setiap kejayaan?

Jika pasukan itu boleh merangkul kemenangan keseluruhan pada Piala Suharto, bahkan Jelajah Jawa dan Sukan Asia di Bangkok 1970, jadi apakah hanya dengan wang sahaja kita boleh berjaya?

Pada Mac 1966, Shaharudin menubuhkan Persatuan Lumba Basikal Kedah dan seterusnya menjadi setiausaha sehingga 1968 dengan melahirkan beberapa orang jaguh basikal yang lahir di Kedah antaranya AS Fazil, AB Rahim, Zainon Osman, Jamil Ishak dan Omar Saad. Mereka pernah mewakili negara ke Sukan SEA, Asia dan Olimpik.

Manakala pada 1968, beliau terus menerajui Persatuan Lumba Basikal Melaka yang ketika itu dalam keadaan ‘nazak’.

Ketika bertugas di Melaka, beliau membantu Johor menubuhkan Persatuan Lumba Basikal Johor yang ketika itu mempunyai ramai pelumba muda tetapi tiada persatuan.

Pada zaman itu muncul ramai pelumba handalan seperti Daud Ibrahim, Kamarden Ali, Fazil Ibrahim, Sulaiman Anang dan Jasmi Baba.

Pada Mac 1969, beliau menubuhkan Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan yang diterajui mendiang MT Lingam iaitu ketua biro akhbar The Star di Seremban.

Manakala pada akhir 1969, Shaharudin menubuhkan Persatuan Lumba Basikal Pahang yang dipimpin Datuk Lim Ah Lek dan pasukan basikal Pahang serta pasukan basikal Polis Diraja Malaysia pada awal 70an.

Katanya, pelapis bagi sukan lumba basikal sangat diperlukan ketika ini, bahkan perlu digilap bermula daripada peringkat sekolah supaya dapat melahirkan bakat muda dalam sukan terbabit.

“Sukan berbasikal tidak memerlukan kemudahan yang begitu eksklusif untuk atlet atau bakat muda berlatih.

“Kita ada padang rumput, jalan raya dan kawasan lapang. Jadi tiada masalah untuk bakat muda ini dilatih,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya menganjurkan satu majlis ‘Jasamu di Kenang’ bagi menghargai atlet lama di Selangor.

Shaharudin juga antara sepuluh bekas pegawai sukan dan atlet diabadikan pada Hall of Fame Majlis Olimpik Malaysia. Selain beliau, Tan Sri Elyas Omar (badminton, lumba basikal, bola sepak), Datuk T. Paul Murugesu (bola sepak), Tunku Datuk Seri Adnan Tunku Besar Burhanuddin (hoki, judo), Tan Sri P. Alagendra (hoki) dan Datuk Tan Chin Nam (catur). Bekas atlet pula ialah Datuk Malek Noor (bina badan), Datuk Yew Cheng Hoe (badmintan) dan Datuk Ng Seow Meng (badminton).

Categories
SELANGOR

Gilap pelapis sukan basikal peringkat sekolah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 NOV: Pelapis bagi sukan lumba basikal perlu digilap bermula dari peringkat sekolah dan daerah supaya Selangor dapat melahirkan bakat muda dalam sukan terbabit.

Bekas pelumba basikal negara, Shaharudin Jaffar, berkata usaha itu perlu digiatkan dan didokong lapisan masyarakat selain peruntukan pembangunan besar oleh Kerajaan Negeri wajar digunapakai dalam sukan itu.

tokoh warga emas selangor a“Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah yang besar untuk pembangunan sukan di negeri itu, jadi sukan ini tidak wajar diabaikan.

“Saya menyambut baik usaha beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Peransang Selangor yang memberi peluang ia digilap di negeri ini.

“Namun, saya rasa usaha perlu dilipat gandakan dari peringkat sukan dan daerah secara lebih mendalam serta berkesan,” katanya kepada Selangor Kini.

Shaharudin berkata, sukan berbasikal tidak memerlukan kemudahan yang begitu eksklusif untuk atlet atau bakat muda berlatih.

“Veladrom juga tidak perlu ada di negeri ini buat masa sekarang kerana sudah di Kuala Lumpur. Kita ada padang rumput, jalan raya atau kawasan lapang jadi tiada masalah untuk bakat muda ini dilatih.

“Sekarang, ‘mountain bike’ dah jadi trend. Jadi, usaha ini perlu dilaksanakan di semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata, anak muda kini menunjukkan minat dalam bidang sukan itu, namun tiada didikan yang serius daripada pihak bertanggungjawab.

kayuh basikal yunus morib 03“Mereka perlu diberi latihan oleh pihak bertanggungjawab secara lebih serius yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Jurulatih perlu membantu pelumba ini supaya mereka tahu matlamat apa yang mereka mahu. Adakah suka-suka atau mahu ke peringkat lebih tinggi. Jadi, kita perlu fokus lahirkan mereka ini.

“Berat untuk diluahkan. Sekarang banyak pertandingan antarabangsa dipertandingkan berbanding saya dulu. Sungguhpun ada satu dua pelumba yang diketengahkan tapi saya rasa masih belum cukup,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

SUKSES: Pemanah Gombak dan Hulu Langat tunjuk gah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 SEP: Gombak dan Hulu Langat bersaing sengit di gelanggang memanah Sukan Selangor (Sukses) 2015 apabila menguasai kutipan pingat emas dalam 12 acara dilangsungkan, semalam.

Dua daerah itu memenangi sembilan emas iaitu Gombak (lima), manakala Hulu Langat (empat) diikuti Petaling (dua) dan Klang (satu).

SUKSESMuhammad Khairuzaman menghadirkan ceria bagi kem Gombak apabila cemerlang meraih tiga emas dalam Compound 30 meter (m), 50m dan 70m lelaki, selain Muhammad Idris dengan dua emas melalui Recurve 50m dan 70m Lelaki.

Hulu Langat pula berbangga dengan pemanah wanita dengan Siti Farah Izzati memenangi dua emas (Compound 30m dan 50m wanita) serta satu daripada Nur Adlina Marini (Recurve 60m wanita) selain pemanah lelaki, Muhammad Ikram (Recurve 30m lelaki).

Klang mencuri tumpuan dengan Fatin Izzati (Compound 60m wanita) mengutip emas menghampakan Siti Farah Izzati (Hulu Langat) di tempat kedua dan Rikasa Fira (Gombak) ketiga.

Petaling meneruskan kecemerlangan dalam lumba basikal apabila menyapu bersih empat emas dalam empat acara.

Nurul Alissa menyumbang dua emas menerusi 200 meter dan Kriterium Wanita serta masing-masing satu daripada Muhammad Shariz Efandi (200 m lelaki) dan Izat Tolha (kriterium lelaki).

-NFN-

Categories
SELANGOR

Konvoi semarak merdeka jelajah Hulu Selangor 29 Ogos

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 OGOS: Orang ramai berpeluang menyertai program Konvoi Berbasikal Semarak Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-58.

MDHSProgram anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) itu dijangka melalui laluan menarik bermula di Hulu Bernam sehingga Kuala Kubu Bharu yang akan diadakan, pada 29 Ogos ini.

Pada masa sama, peserta boleh menyertai pertandingan menghias basikal bagi merebut pelbagai hadiah menarik.

Selain itu, terdapat pertandingan bacaan puisi kemerdekaan bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dan acara cabutan bertuah turut disediakan.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat MDHS di talian 03-60641155.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Anak Selangor mahu pecah rekod dunia berbasikal ke Everest

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 APR: Anak jati Selangor, Badrul Hisham Baharuddin, 24, mahu memecah rekod dunia berbasikal ke kaki Gunung Everest dan seterusnya menakluk puncak tertinggi dunia itu bermula Mac 2016.

Badrul Hisham berkata, ekspedisi solo itu melibatkan jarak perjalanan sejauh 12,000 kilometer dan mengambil masa selama empat bulan sehingga tiba semula.

Basikal Badrul“Selepas turun saya berbasikal balik semula ke Malaysia. Saya jangka Jun 2016 sampai semula.

“Lebih kurang empat bulan, sebulan berbasikal ke Everest, sebulan mendaki dan sebulan lagi berbasikal balik.

“Jadi semuanya ambil masa lebih kurang empat bulan,” kata Badrul Hisham kepada Selangor Kini di Majlis Pelancaran Dasar Belia Selangor di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

Graduan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal Universiti Sheffield, London berjaya menamatkan ekspedisi berbasikal London ke Malaysia itu berkata, ketika ini latihan giat dijalankan dengan mendaki beberapa gunung dalam dan luar negara.

“Saya berlatih di Gunung Kalimanjaro, Afrika, Gunung Aconcagua di Argentina dan juga gunung-gunung lain, berbasikal di negara beriklim sejuk seperti New Zealand untuk menyesuaikan diri.

“Saya juga berlatih di gunung-gunung G-7 di Malaysia. Ini sedang dilaksanakan,” kata beliau lagi.

Badrul Hisham turut mengalu-alukan penajaan dan bantuan kewangan serta barangan mana-mana pihak dengan menghubungi beliau di facebook atau emel ke [email protected].

“Diharap rakyat Malaysia khususnya anak Selangor doakan kejayaan saya. Ingat, tiada apa mustahil asalkan kita berusaha,” kata Badrul Hisham lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Sedia taja berbasikal bawa imej Selangor keliling negara

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 MAC: Kerajaan Selangor sedia menaja perjalanan Badrul Hisham Baharuddin dalam misi berbasikal mengelilingi Malaysia untuk mengharumkan nama negara.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, selain itu pihak beliau turut mengaturkan beberapa program untuk Badrul Hisham berkongsikan pengalaman kayuhan dari London ke Malaysia tahun lalu.

sul4WM0vSB5T265slHuoCN2nyJ2A4JKFusoUcusG6Pc“Selagi mana dia membawa nama baik Selangor, kita sedia membantu beliau.

“Kita juga ada merancang beberapa program belia melibatkan beliau di mana kita nak pengalaman beliau itu dikongsikan bersama dalam program itu,” kata Amiruddin ketika dihubungi Selangor Kini.

Sementara itu, Badrul Hisham ketika dihubungi berkata beliau sedia bertemu Amirudin untuk membincangkan kertas kerja ekspedisi berbasikal keliling Malaysia dengan membawa nama Selangor.

“Saya amat gembira mendengar kenyataan dari YB Amiruddin kerana saya percaya dengan kerjasama Kerajaan Selangor menjayakan misi ini, ramai anak muda Selangor khususnya akan bersemangat untuk melakukan sesuatu yang luar biasa untuk memajukan hidup mereka.

“Dalam erti kata lain, semakin ramai anak muda akan mula berfikir di luar kotak,” kata Badrul Hisham.

Sebelum ini Graduan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal, Badrul Hisham, 24, yang menamatkan pengajiannya di Uniersiti Sheffield, London memutuskan untuk pulang ke tanah air dengan berbasikal.

Ekspedia kayuhan yang mengambil masa lima bulan itu merentasi 18 buah negara dengan jarak perjalanan 11,000 kilometer sebelum tiba di imigresen Bukit Kayu Hitam pada 27 Disember tahun lalu.

EZY