INFO 12 – MB : Sidang Khas DNS Bincang 3 Isu Penting


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 04102012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 4 OKTOBER 2012 :

Mohon perkenaan Sultan adakan sidang khas DNS,
Selangor Mahu Jadi Pengeluar Terbesar Ikan Sangkar,
Majlis Petroleum Negara Akan Ditubuh Jika PR Memerintah,
MBPJ Beri Insentif RM 100 Untuk Tangkap Penampal Iklan Haram.

LAPORAN KHAS : Bonus Selangorku

 

Sinopsis

Melabur dalam masa depan anak-anak memberikan permulaan yang lebih kukuh untuk anak Selangor melangkah ke alam dewasa. Menyedari pentingnya persediaan ini, Kerajaan Negeri melancarkan pelan tambahan Jom Shopping Bonus Selangorku dibawah program Skim Simpanan Pendidikan Anak-Anak TAWAS khusus untuk anak-anak Selangor berumur 4 tahun. Melalui pelan tambahan ini, ibu-bapa diberi lagi kupon RM100 untuk membeli barang keperluan anak-anak mereka.

Episod 10 – SALAM SELANGOR : Agenda Wanita Malaysia


 

Sinopsis:
Agenda Wanita Malaysia

Dalam mengangkat martabat wanita, sayap wanita pakatan rakyat memperkenalkan 7 tuju tumpu Agenda Wanita Malaysia. Majlis pimpinan wanita pakatan rakyat yang memeterai kesepakatan untuk menentukan secara bersama hala tuju dan dasar pakatan rakyat. Tujuh tuju tumpu yang mencakupi aspek perundangan, kelansungan hidup berkualiti, ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosial dan agenda wanita muda bagi menggerakkan masyarakat dalam usaha menggapai matlamat yang akhirnya untuk melahirkan wanita yang berdaya, celik politik dan cerdik ekonomi.

Layari http://bm.selangorku.com/

INFO 12 – MB : SPRM Di Alu-alukan Siasat Isu Pembelian Kompaktor Sampah


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 03102012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 3 OKTOBER 2012 :

MB : Tiada Masalah SPRM Siasat Pembelian Kompaktor,
PKNS : RMM Akan Berteraskan Konsep KASIH,
PKNS : Projek CSR Jauh Lebih Banyak Berbanding Untung,
Duduk Di Rumah Bayar Bil Air Perniagaan.

Episod 9 – SALAM SELANGOR : Peranan Penyelaras Dewan Negeri Selangor (DNS) bersama Y.Bhg Yahya Sahri


Sinopsis:
Peranan Penyelaras Dewan Negeri Selangor (DNS)

Pegawai penyelaras dilantik oleh dewan undangan negeri sebagai wakil kerajaan di kawasan pembangkang untuk berkhidmat kepada rakyat.

Layari http://bm.selangorku.com/

INFO 12 : Anwar : Sesi Perbahasan Belanjawan, Mana PM?


Sinopsis

Info 12 Untuk 01102012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 2 OKTOBER 2012 :

Anwar : Sesi Perbahasan Belanjawan, Mana PM?
Sikap Kedekut Dan Cermat Telah Berjaya Di Selangor.
RKSS Berjaya Bantu Siswazah Selangor Peroleh Pekerjaan.

Categories
SELANGOR

Penduduk Serdang Raya Gembira Jalan Sudah Diturap

SERDANG 23 JUN : Penduduk Serdang Raya kini boleh menarik nafas lega selepas kerja-kerja menurap jalan-jalan di kawasan itu selesai dan kini boleh digunakan.

Seorang penduduk, Eng Teck Hock, 51, ketika ditemui melahirkan perasaan gembira kerana jalan ini merupakan laluan utama bagi penduduk di sini untuk ke jalan utama.

“Kami sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri serta Majlis Perbandaran Subang Jaya(MPSJ) kerana mengotakan janji untuk menurap jalan yang bermasalah ini,” katanya.

Sementara itu, Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM400,000 di bawah Geran Selangorku bagi kerja-kerja menurap jalan di kawasan ini.

Katanya, jalan ini rosak dan tidak diturap selama hampir 10 tahun dan tentunya menyukarkan pengguna serta penduduk di sini melakukan aktiviti harian.

“Sebelum ini jika terdapat kerosakan atau jalan berlubang, tindakan yang diambil hanyalah menampal dan ianya tidak mampu bertahan lama,” katanya yang juga Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram.

Manakala seorang lagi peniaga runcit di kawasan ini, Sin Lean Fatt, 48, berkata, jalan yang diturap ini memudahkan urusan peniaga dan juga pembeli kerana jalannya luas dan selesa.

“Sebelum ini keadaan jalan ini sesak kerana jalan berlopak-lopak dan ketiadaan parkir yang selesa bagi penduduk di kawasan ini,” katanya yang sudah tujuh tahun menjalankan perniagaan di sini.

Selain itu, Ean turut menyatakan terdapat 21 jalan kesemuanya di kawasan ini yang perlu diturap semula di bawah peruntukan Geran Selangorku pada tahun ini.

Categories
NASIONAL

Isu Forum Air Selangor : Umno-BN Yang Tak Sedar Diri

KUALA SELANGOR, 17 JUN : Forum air Selangor yang berlangsung pada 12 Jun lalu berjaya mencari sistem yang terbaik bagi mengurus industri air negeri berbanding dengan cara Umno-BN.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada forum tersebut berkata penstrukturan melalui model holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan aset air negeri di urus dengan lebih cekap. Model holistik juga akan memastikan harga air tidak naik lebih dari 12 peratus manakala cara pengurusan Umno-BN akan menyaksikan harga air naik sampai 62 peratus.

Fakta-fakta ini menyangkal dakwaan beberapa pemimpin Umno-BN Selangor baru-baru ini bahawa forum tersebut ?syok sendiri? dan tidak mencari jalan penyelesaian.  MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, forum itu menyangkal dakwaan Umno-BN yang Selangor tak cukup air di samping menunjukkan usaha penstrukturan semula bukanlah idea baru.

?Selangor mempunyai simpanan air mentah yang mencukupi, manakala kadar rizab air terawat adalah 20 peratus,? beliau berkata apabila ditemui di sini semalam. Justeru, beliau meminta Kerajaan Pusat melaksanakan penstrukturan semula air seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

“Kita telah buktikan bahawa forum air itu dibarisi oleh pakar atau yang berpendidikan tinggi terutama dalam pengurusan air.
?Mungkin Kerajaan Pusat tidak faham apa yang cuba kita sampaikan,? katanya.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengatakan forum air itu tidak menyelesaikan masalah rizab air terawat yang beliau dakwa semakin berkurangan di Selangor. Media pro-Umno-BN turut melaporkan kenyataan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa forum air Selangor hanyalah ‘forum syok sendiri’.

Tambah Dr Dzulkefly, Kerajaan Selangor mampus mengurus air dengan lebih baik seperti negeri lain yang sudah menstrukturkan industri mereka di bawah seperti Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.  Manakala Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata Model Holistik akan memastikan tarif air tidak akan melebihi 12 peratus setiap tiga tahun.

Ini jauh lebih baik berbanding kenaikan 62 peratus jika penstrukturan tidak dilakukan. “Kerajaan Negeri menitikberatkan faktor kepentingan pengguna supaya tidak terbeban dengan kenaikan tarif air yang melampau,” kata Xavier yang juga Adun Sri Andalas.

Tambahnya, walaupun permintaan terhadap air di Selangor adalah tinggi, projek gergasi pemindahan air mentah dari Pahang (Langat 2) tidak diperlukan kerana hanya menguntungkan kontraktor.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa terdapat sumber-sumber alternatif seperti air bawah tanah. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan meneruskan usaha untuk menyusun semula industri air seperti yang terkandung dalam WSIA.

“Sekiranya Kerajaan Pusat ingin melaksanakannya atas dasar politik, jadi kita tunggu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
?Ada dua bentuk kehakiman di negara ini, satu kehakiman rakyat dan satu lagi adalah mahkamah. Kta boleh gunakan kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Categories
SELANGOR

Warga Emas, Kanak-kanak Miskin Sungai Kandis Terima Sumbangan

 

KLANG 27 MEI : Selari dengan matlamat Kerajaan Selangor yang mengutamakan kebajikan dan keprihatinan terhadap rakyat, Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar telah menyampaikan bantuan ke lapan buah keluarga warga emas di Sungai Kandis, di sini.

Dalam lawatannya ke Sungai Kandis baru baru ini, Dr Xavier juga sempat melawat pertandingan futsal di mana beliau menyampaikan sumbangan basikal kepada kanak kanak dari keluarga berpendapatan rendah.

Beliau diiringi di kedua-dua program oleh Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam Manap Yusoff dan orang kampung Sungai Kandis.

Pertandingan Futsal itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak. Sebanyak 25 pasukan telah mengambil bahagian pada hari itu.

Dr Xavier menyerahkan sebanyak 3 buah basikal kepada 3 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Program sumbangan basikal dan subsidi yuran bas sekolah adalah program yang telah dijalankan secara berterusan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu.