Categories
SELANGOR

Dua bot APMM terbakar

SITIAWAN 14 OKT: Dua bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terbakar di Jeti Kompleks Perikanan Kampung Acheh di sini, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Tajul Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.45 pagi sebelum lima anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bot sedang terbakar sehingga 90 peratus, manakala sebuah lagi hanya 5% kesan daripada terkena bahang bot tersebut.

“Bagaimanapun, semasa kejadian bot berkenaan kosong dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tajul berkata pihaknya mengambil masa hampir 15 minit untuk mengawal api dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira 3.28 pagi.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

2 melecur kebakaran di Kajang

KAJANG 7 OKT: Wanita mengandung lapan bulan dan adik ipar lelaki melecur selepas kediaman mereka di Taman Impian Ehsan, Balakong, dekat sini, terbakar kira-kira jam 9 malam tadi.

BH ONLINE melaporkan mangsa dikenali sebagai Norhafiza Muhammad, 26 melecur dan Muhd Firdaus Hanafi, 22, masing-masing melecur 18 dan dua peratus pada bahagian badan dan tangan.

Kedua-dua mereka diselamatkan orang awam sebelum bomba tiba dan dihantar ke Hospital Serdang menggunakan kenderaan bomba untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba Kajang, Mohd Jaslizad Jalil, berkata kebakaran memusnahkan keseluruhan bahagian ruang tamu rumah teres dua tingkat berkeluasan 55 meter persegi.

Katanya, seramai 21 anggota dari Balai Bomba Kajang, Serdang dan Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 malam.

“Ruang tamu yang terletak di tingkat bawah terbakar seratus peratus.

“Kedua-dua mangsa ditempatkan di Zon Merah Hospital Serdang,” katanya.

Beliau berkata, api dapat dikawal pada jam 9.30 malam.

Katanya, setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Bomba Catalonia benteng rakyat undi referendum dibelasah polis

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 2 OKT: Polis Sepanyol dilaporkan menyerang pasukan Bomba Catalonia apabila mereka membentuk benteng kepada rakyat yang mahu mengundi dalam referendum kemerdekaan wilayah itu.

Gambar dimuatnaik di media sosial menunjukkan pihak polis menendang dan menggunakan baton untuk memukul pasukan bomba yang beruniform, ketika mana keganasan semakin memuncak di Barcelona dan kawasan sekitar.

Pegawai polis turut menggunakan baton dan dalam satu kejadian di Barcelona – peluru getah digunakan untuk menyuraikan orang ramai dari stesen mengundi di wilayah itu.

Dilaporkan juga polis merampas kotak undi dan menghalang jalan ke pusat pengundian.

DLGQlRGVoAEfc1bMedia melaporkan lebih 800 orang dilaporkan cedera dalam insiden kekacauan di seluruh Catalonia ketika pihak polis bertempur dengan orang ramai yang berkumpul bagi menyokong pungutan suara yang diadakan.

Kementerian Kesihatan Catalonia melaporkan seramai 844 memerlukan rawatan kecemasan dengan dua antara mereka dalam keadaan serius.

Pungutan suara itu diadakan bagi membolehkan Catalonia mendapatkan kemerdekaan dari Sepanyol, namun ia dianggap tidak sah oleh Madrid.

“Saya selaku Datuk Bandar Barcelona mendesak pihak polis supaya menamatkan tindakan ganas terhadap rakyat yang tidak berdaya,” kata Ada Colau dalam satu kenyataan.

DLCqzOoX0AE8aOu

 

171001124119-05-catalonia-referendum-cnn-1001-exlarge-169

 

170930091215-03-catalonia-referendum-0930-exlarge-169

GAMBAR: SUMBER TWITTER

=EZY=

Categories
NASIONAL

7 silinder gas klorin dibawa keluar, 240 penduduk dibenar pulang

MELAKA 30 SEPT: Tujuh silinder gas yang berisi cecair kimia jenis klorin berjaya dibawa keluar dari Kampung Tambak Paya, malam tadi.

Timbalan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) Melaka, Kamarulzaman Mohd Din berkata kerja-kerja pengalihan tujuh tong gas berkenaan, termasuk melibatkan kerja-kerja menggali sebuah silinder bocor yang ditanam, kelmarin.

Menurutnya, kesemua tujuh silinder tersebut dibawa keluar kira-kira jam 10.10 malam tadi, dengan diiringi lapan kenderaan Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) dan kenderaan polis.

“Kita bergerak secara konvoi sehingga ke Rawang, Selangor bagi memastikan ia selamat sampai ke lokasi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya mendapat bantuan daripada sebuah syarikat yang dilantik oleh pemilik silinder terbabit untuk kerja-kerja pemindahan tersebut.

Katanya kira-kira 250 penduduk kampung yang kini ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya dibenarkan pulang malam tadi, apabila operasi tamat sepenuhnya.

Bernama sebelum ini, melaporkan bomba mengarahkan semua penduduk kampung berpindah ke pusat pemindahan itu pada jam 5.30 petang semalam, sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga bagi kerja-kerja pengalihan tujuh silinder tersebut.

Tinjauan Bernama mendapati jalan masuk ke kampung berkenaan ditutup sejak operasi dimulakan kira-kira jam 4 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali, menerusi satu kenyataan semalam, berkata pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya telah ditutup pada jam 10.53 malam tadi sejurus pasukan bomba membawa keluar tujuh silinder tersebut.

“Kesemua 240 orang penduduk telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan didapati selamat,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

7 lori, 2 treler musnah

SHAH ALAM 25 SEPT: Tujuh lori 10 tan dan dua treler musnah dalam satu kebakaran di sebuah kilang kotak, di Jalan Bukit Kemuning, Bukit Kemuning, awal pagi tadi.

BH ONLINE melaporkan bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran kira-kira jam 12.50 tengah malam itu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, berkata jentera pertama tiba pada jam 1.07 pagi dan mendapati ada beberapa lori sedang terbakar di kawasan terbuka di luar pagar kilang kotak itu.

“Ketika jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tiba, api sedang marak.

“Maklumat awal mendapati lori berkenaan yang berdinding kanvas serta treler penuh berisi kotak.

“Api berjaya dikawal pada jam 2.33 dan padam sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi,” katanya.

Alimaddia berkata, punca dan jumlah kerugian sedang disiasat.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Bahan api petrol punca kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Al Ittifaqiyah

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 SEPT: Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Al Ittifaqiyah,Kampung Datuk Keramat disahkan berpunca dari api dinyalakan bahan api petrol, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati petrol berkenaan dicurahkan di rak tuala dan kasut serta dinding di hadapan pintu masuk asrama di aras tiga sebelum merebak ke bahagian siling.

Katanya, ia kemudiannya membakar pintu masuk aras tiga menyebabkan api marak dengan cepat akibat gas (LPG) dilepaskan daripada dua silinder diletakkan di situ.

“Disebabkan bahan mudah terbakar yang banyak berada di dalam bilik asrama, ia menjadi punca api merebak dengan pantas.

Kesan“Keadaan itu seterusnya menyebabkan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri,” katanya pada sidang media, lapor Astro Awani.

Pada 14 September lalu, seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga, kira-kira pada jam 5.15 pagi.

Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap. Semua mangsa berusia antara enam hingga 16 tahun.

Pada 16 September lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.
=EZY=

Categories
NASIONAL

BOMBA: Premis terlalu berkira tingkat keselamatan berakhir kesedihan

KUALA LUMPUR 16 SEPT: Keengganan menanggung kos tambahan untuk tingkatkan aspek keselamatan antara faktor banyak pemilik premis gagal mendapat sijil perakuan dikeluarkan bomba, kata Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata sikap kedekut dan terlalu berkira pemilik premis ada kalanya berakhir dengan kesedihan apabila ada nyawa terkorban hanya kerana pemilik mengabaikan tanggungjawab memastikan keselamatan terjamin.

“Banyak kes pemilik premis gagal untuk mendapat sijil perakuan bomba atas alasan faktor kos, kononnya mereka tidak mampu untuk memenuhi ketetapan reka bentuk dan keperluan keselamatan mencegah kebakaran yang dicadangkan oleh pihak bomba.

“Kerana tidak mahu rugi sedikit, pemilik premis tidak sedar perbuatan mereka itu boleh membahayakan nyawa iaitu satu kerugian yang lebih besar dan tidak boleh diganti dengan wang ringgit,” katanya lapor BERNAMA.

BombaMenurutnya sebelum sesebuah premis dibina dan boleh diduduki ia perlu melalui beberapa proses kelulusan dan ini sememangnya diketahui oleh setiap arkitek yang mereka bentuk bangunan dan premis terbabit dan perlu dimaklumkan kepada pemilik premis.
“Pihak arkitek perlu menyerahkan reka bentuk dan pelan bangunan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di pusat sehenti untuk mendapat kelulusan projek seperti melibatkan sistem pembetungan, perparitan selain beberapa agensi yang melibatkan pemasangan wayar elektrik dan paip air.

“Pihak bomba pula akan melihat dari aspek keselamatan sama ada dari segi reka bentuk dan aspek-aspek keselamatan termasuk peralatan mencegah kebakaran dan turut memberikan beberapa cadangan terhadap reke bentuk bangunan jika ada keperluan,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata proses tersebut hanya mengambil masa 37 hari dan selepas kelulusan pihak kontraktor boleh meneruskan pembinaan bangunan dan premis mengikut reka bentuk yang telah diluluskan oleh pihak PBT.

Menurutnya apabila bangunan tersebut siap sepenuhnya dan memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF ) atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCF) atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), pihak bomba akan membuat pemeriksaan akhir.

Sekiranya semua sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran berada di dalam keadaan yang baik, dan memuaskan, sijil perakuan bomba akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh pembayaran fi dibuat.
Tempoh berkuat kuasa suatu perakuan bomba ke atas sesuatu premis ditetapkan adalah selama 12 bulan.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

20 diselamatkan terperangkap arus deras

KUALA KUBU BHARU 2 SEPT: Enam kanak-kanak ialah antara 20 orang yang diselamatkan selepas mereka terperangkap dalam arus deras di Sungai Chiling, dekat sini, petang Jumaat.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Alimaddia Bukri ketika dihubungi berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.17 petang apabila kesemua mereka sedang berkelah di tebing sungai berkenaan secara tiba-tiba arus sungai menjadi deras.

Beliau berkata sepasukan bomba dan penyelamat dari Kuala Kubu Bharu bergegas di lokasi kejadian dan menyelamatkan kesemua mangsa yang mengambil masa hampir sejam.

“Kesemua mangsa berusia di antara lingkungan tiga hingga 30 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja operasi tamat kira-kira 6 petang,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Noh fitnah isu bomba, Selangor tawar 75 peratus kadar premium

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JULAI: Kerajaan Negeri menawarkan 75 peratus diskaun kadar premium bagi kedua-dua tapak Balai Bomba dan Penyelamat di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri bersedia menanggung liabiliti sebagai bukti komitmen peduli rakyat dizahirkan pentadbiran negeri kini.

“Pemberian diskaun sebanyak 75 peratus bagi kedua-dua tapak untuk Balai Bomba Dan Penyelamat di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan hasil/pendapatan berjumlah RM22,187,500.00.

“Namun, demi rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menanggung kehilangan hasil itu,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, penilaian harga pasaran untuk tanah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan termasuk tapak pembinaan Balai Bomba Dan Penyelamat di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra dinilai oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Untuk rekod, penilaian dibuat di bawah kawalan jabatan kerajaan di Kementerian Kewangan Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mendakwa, kononnya pentadbiran negeri mengenakan kadar premium tinggi bagi pembinaan kedua-dua premis berkenaan.

Menafikan perkara itu, Mohamed Azmin berkata, dakwaan berkenaan disifatkan sebagai fitnah dan tuduhan tidak berasas bagi memburukkan imej Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri amat kesal dengan dakwaan Tan Sri Noh Omar bahawa Kerajaan Negeri telah mengenakan premium yang tinggi ke atas tapak pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra.

“Dakwaan ini adalah satu fitnah dan tuduhan tidak berasas serta tidak beretika,” katanya.

Sebelum ini, tapak pembinaan Balai Bomba Dan Penyelamat di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra asalnya merupakan tanah milik pemaju yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan kelulusan Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Perancang.

Tapak tersebut seterusnya dimohon oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76, Kanun Tanah Negara untuk kegunaan tapak Balai Bomba dan Penyelamat.

Pada masa sama, Perkara 83(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pemberimilikan tanah kepada Kerajaan Persekutuan adalah dengan balasan bayaran premium yang sama banyak dengan nilai pasaran.

https://selangorkini.my/2017/07/tapak-balai-bomba-penyelamat-setia-alam-bukit-rahman-putra/

=EZY=

Categories
SELANGOR

Kebakaran hutan simpan Kuala Langat Selatan semakin berkurang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 APR: Kebakaran di hutan simpan kekal Kuala Langat Selatan, Kuala Langat, dekat sini, sejak akhir Mac lalu dikatakan semakin terkawal dan selamat.

Perkembangan itu petanda positif terhadap usaha pihak berkuasa berkaitan yang menjalankan operasi sejak hari pertama bagi mengawal dan memadamkan kebakaran di kawasan berkenaan.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) merangkap Komander Operasi, Abu Bakar Abd Kadir, berkata gerakan dijalankan pelbagai pihak berkuasa setakat ini memberi kesan dengan banyak kawasan dilanda musibah itu berjaya dikawal atau dipadamkan sepenuhnya.

HUTAN TERBAKAR“Setakat ini keluasan kawasan terbakar semakin berkurangan,” katanya.

Tindakan bersepadu dijalankan itu diyakini mampu mengatasi kebakaran berlaku di kawasan seluas 31 hektar yang pada awalnya menimbulkan masalah ekoran berlaku fenomena El-Nino menyebabkan cuaca panas.

Selain itu, beberapa aktiviti seperti pertanian, memburu dan memancing disyaki antara punca berlakunya insiden terbabit dan pihak berkuasa meminta masyarakat bekerjasama dengan tidak melakukan pencerobohan haram di kawasan berkenaan.

Di samping bomba, pihak berkuasa lain turut serta dalam operasi memadam kebakaran, sejak 1 April lalu ialah Agensi Penguatkuasa Maritm Malaysia (APMM), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Moneral dan Geologi (JMG), dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Ilustrasi kebakaran hutan

Antara tindakan diambil ialah penggunaan enam jentera berat ‘excavator’ bertujuan membina perparitan sementara mengawal kebakaran daripada merebak, penggunaan drone/UAV secara harian bagi tujuan pemantauan udara dan strategik dan pengaktifan dua telaga tiub JMG untuk membekalkan bekalan air bagi pemadaman.

Selain itu, dilaksanakan pemadaman secara ‘water bombing’ menggunakan pesawat bombardier APMM, pada 10 April iaitu sebanyak dua penerbangan, 47 kali pengeboman menggunakan 282,000 liter air serta pemadaman darat bersepadu.

Pos kawalan bomba juga dibuka di kawasan itu sejak 31 Mac lalu hingga hari ini bagi menjalankan tindakan perlu bertujuan mengatasi masalah berkenaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bomba kena keluar dalam tempoh 60 saat

KLANG 9 MAC: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengadakan latihan simulasi operasi limpahan tumpahan minyak berskala besar di Stesen Shell, Jalan Haji Sirat di sini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Zamri Che Din berkata, latihan simulasi itu adalah untuk menguji tahap ketangkasan dan kecekapan anggota bomba termasuk mengguna peralatan menyelamat mangsa.

BOMBA“Semua anggota bagi komitmen yang baik. Sebaik terima panggilan kecemasan daripada pengusaha stesen minyak, pihak kami bergegas ke lokasi kejadian mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kredit juga wajar diberikan kepada pengusaha stesen minyak kawasan ini yang menunjukkan kesungguhan sepanjang latihan termasuk memastikan langkah-langkah keselamatan diutamakan,” katanya selepas Majlis Perasmian Bomba Komuniti Shell Peringkat Negeri Selangor, semalam.

Zamri berkata, latihan simulasi itu melibatkan 30 anggota, dua jentera bomba dan satu kenderaan Unit Komander (kenderaan yang membawa peralatan menyelamat).

Katanya lagi, latihan yang dirancang kira-kira sebulan lalu bersama pihak Shell bertujuan meningkatkan kecekapan dan kemahiran anggota bagi mencapai ‘masa bertindak’ mengikut petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.

“Anggota perlu keluar dari balai dalam tempoh 60 saat sejurus terima panggilan kecemasan,” katanya.

Turut hadir, Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul dan Timbalan Pengurus Bahagian Tengah Shell, Juchin Ong Chin Hai.

Sementara itu, pihaknya menyasarkan mewujudkan 320 bomba komuniti di seluruh Selangor pada tahun ini.

“Sehingga Disember 2015, sudah ada 126 pasukan bomba komuniti dengan 2254 ahli dan tambahan kepada sembilan pasukan pada Januari dan Februari 2016,” katanya dipetik Facebook Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

EZY

Categories
NASIONAL

Anggota bomba sayu tapi bangga bertugas 1 Syawal

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 17 JULAI: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Sungai Buloh juga teruja jika berkesempatan pulang beraya di kampung halaman sama seperti masyarakat Islam lain.

Namun, niat itu terpaksa dipendamkan sahaja kerana tanggungjawab yang memerlukan mereka bersiap siaga setiap masa demi kepentingan nyawa dan harta orang awam.

bomba yusafriPegawai Bomba, Yusafri Mohd Yusoff, 30, yang berasal dari Kedah berkata, perasaan sayu beraya di tempat kerja tanpa isteri dan anak tetap dirasai terutama ketika takbir raya berkumandang.

“Dua atau tiga hari sebelum raya, saya dah hantar empat anak dan isteri pulang ke kampung. Memang sayu beraya seorang diri di sini tetapi mujur ada rakan yang senasib menceriakan keadaan.

“Walaupun sayu kerana bertugas tetapi perasaan bangga tetap ada kerana kita menjaga keselamatan orang awam,” katanya ketika ditemubual Selangor Kini di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi Pegawai Bomba, Suffian Ismail, 31, berkata keperitan beraya di tempat kerja tetap dirasai dan dia sudah tiga tahun berturut-turut tidak dapat cuti beraya.

suffian bomba“Pengalaman bekerja di pagi raya memang agak memeritkan sebab berjauhan dengan keluarga kerana hanya tinggal saya seorang di sini. Keluarga dah balik Perlis tetapi memang nasib pegawai bomba kena bertugas di hari raya.

“Bagaimanapun, ada juga badan bukan kerajaan (NGO) datang sini pada 1 Syawal beri sumbangan seperti juadah raya dan lain-lain,” katanya.

Rakan sejawatnya, Tarmizi Abd Ghani, 45, yang berasal dari Perak pula agak bernasib baik kerana berpeluang bercuti untuk berhari raya bersama keluarga di kampung halaman.

tarmizi“Bersyukur dapat bercuti kali ini. Ia peluang untuk kita meraikan Aidilfitri bersama anak, isteri dan ibu bapa di kampung.

“Sebelum ini, memang dah kerap berhari raya di balai dengan rakan setugas. Memang rasa sunyi dan sayu terkenangkan kampung tetapi ia seakan hilang dengan kehadiran rakan yang lain.

“Biasanya, jika kena bertugas di hari raya, saya juga hantar keluarga pulang ke kampung kerana kesian mereka beraya di sini. Bukan ada apa-apa dan ibu bapa juga masih ada,” katanya.

-NFN-