Categories
SELANGOR

MB: Penyelesaian isu BSM diumum Isnin ini

Oleh :LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 20 JUN: Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor hari ini mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara (AG) berhubung isu pengambilan Bible daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) awal tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, perbincangan berkenaan menjurus kepada pelaksanaan keputusan yang perlu dibuat dengan tertib dan cepat serta berlandaskan undang-undang.

MB“Kita takut jika terlalu lama nanti masyarakat merasakan keadilan itu tidak dibuat dengan cepat dan keputusan tidak dibuat dengan segera sehingga semua ternanti-nanti.

“Saya difahamkan pagi tadi penasihat undang-undang negeri sudah berbincang dengan AG, Isnin nanti saya akan adakan perbincangan dengan Exco Negeri untuk mengumumkan keputusan hasil perjumpaan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyampaikan cek sumbangan dana kepada enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari DUN Bukit Melawati di sini petang tadi.

Semalam, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi setiausaha sulitnya mengeluarkan kenyataan menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) segera merujuk kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama ada naskhah Bible yang dirampasakan dipulangkan atau dilupuskan.

Ia turut menyatakan bahawa titah berkenaan selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh AG agar JAIS bertindak mengikut undang-undang.

“Itu sebab kita berjumpa dan berbincang dengan AG, sebab maksud Tuanku semua keputusan harus berlandaskan undang-undang, jadi kita bincang (tatacara) yang perlu dilaksanakan.

“Ini untuk menjaga kepentingan semua pihak terutama BSM, juga kepentingan Kerajaan Negeri berhubung enakmen undang-undang masyarakat bukan Islam.

“Kita tunggu sampai Isnin untuk buat pengumuman,” katanya lagi.

Sejak Rabu, Abdul Khalid selama dua hari berturut-turut menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan pandangan baginda dan keputusan muktamad dalam menyelesaikan kemelut rampasan Bible itu.

Abdul Khalid juga dijangka menemui BSM pada hari Isnin ini, selepas keputusan akhir isu yang kian berlarutan itu dicapai.

EZY

Categories
SELANGOR

Isu Bible: MB panggil Exco, MAIS & Penasihat Undang-Undang tetap keputusan

SHAH ALAM 15 JUN: Kerajaan Selangor mengambil perhatian kenyataan dikeluarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Adzib Mohd Isa berkenaan isu pengambilan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban milik Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi memanggil mesyuarat bersama Mufti Negeri Datuk Seri Setia Mohd Tamyes Abd. Wahid, Exco Agama mSalehen Mukyi, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman serta wakil MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengadakan perbincangan pada minggu hadapan.

MB“Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan persetujuan bersama sebelum mengadap DYMM Sultan Selangor untuk kata putus,” kata Menteri Besar dalam kenyataan media.

Khamis lalu, Peguam Negara memutuskan kes BSM ditutup kerana tiada kes untuk didakwa dan menasihatkan Kerajaan Negeri untuk mengikut proses undang-undang dalam mengedali barang kes yang diambil daripada BSM.

Kerajaan Negeri kemudiannya meminta JAIS mendapat khidmat nasihat Salehen dan Datuk Nik Suhaimi tentang prosedur dan tatacara menurut peruntukan undang-undang bagi tindakan lanjut yang perlu diambil.

Terdahulu, MAIS dalam kenyataannya mengatakan tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara menutup kes dan mendakwa Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk mengarahkan JAIS memulangkan barang kes kepada BSM.

EZY

Categories
SELANGOR

Kes BSM: JAIS diarah dapat nasihat Exco & Penasihat Undang-Undang

Oleh :LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 JUN: Kerajaan Negeri menyambut baik kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang memutuskan tiada kes terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan tiada pendakwaan akan dibuat.

Untuk itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan semua barang kes berkenaan.

Jais-logo kecikKatanya, keputusan itu berdasarkan nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu mengikut perundangan dalam mengendali barang kes yang diambil oleh JAIS daripada BSM.

“Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Salehen Mukhyi dan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman diarahkan membantu JAIS.

“Salehen Mukhyi dan JAIS juga diminta untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak terlibat khususnya BSM bagi menyelesaikan perselisihan pendapat secara baik dan adil demi keharmonian beragama yang dituntut dalam Islam dan agama-agama lain.

“Kerajaan Negeri juga berterima kasih kepada Pejabat Peguam Negara di atas nasihat itu dan juga kepada BSM yang memberikan kerjasama yang baik kepada JAIS ketika siasatan berjalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan, Abdul Gani berkata kes rampasan Bible itu ditutup dan terserah kepada JAIS bagi mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara meneliti fakta dan keterangan yang terdapat dalam kertas siasatan dan memutuskan buku-buku yang dirampas bukan tulisan yang diterbitkan bawah seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Pada awal tahun ini, JAIS bertindak mengambil lebih 300 kitab Bible dalam Bahasa Melayu daripada premis BSM di Petaling Jaya.

Kerajaan Negeri kemudian merujuk kepada Peguam Negara (AG) atas nasihat pegawai undang-undang negeri sementara menunggu sebarang keputusan selanjutnya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Selangor arah JAIS dapat nasihat Exco dan Penasihat Undang-Undang kendali kes BSM

Kerajaan Selangor menyambut baik kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah memutuskan tiada kes terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan tiada pendakwaan akan dibuat.

Kerajaan Negeri juga telah dinasihatkan oleh Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu mengikut perundangan dalam mengendali barang kes yang telah diambil oleh JAIS daripada BSM.

Jais-logo kecikSehubungan itu, Kerajaan Negeri telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, YB Salehen Mukhyi dan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor, Dato’ Nik Suhaimi Nik Sulaiman untuk membantu JAIS memulangkan semua barang kes tersebut.

YB Salehen Mukhyi dan JAIS juga telah diminta untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak yang terlibat khususnya BSM bagi menyelesaikan perselisihan pendapat secara baik dan adil demi keharmonian beragama yang dituntut dalam Islam dan agama-agama lain.

Kerajaan Selangor berterima kasih kepada Pejabat Peguam Negara di atas nasihat itu dan juga kepada BSM yang memberikan kerjasama yang baik kepada JAIS ketika siasatan berjalan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

JURNAL BERITA – MB: Penjadualan air tamat selepas paras empangan lebih 55 peratus

1. MB: Kerajaan Negeri panggil KDEB, perjelas isu Hotel Quality

2. MB: Perjanjian baru akan dimeterai selepas pelaksanaan WSIA

3. MB: BSM dicadang tulis surat kepada AG mohon bible dipulangkan

4. MB: Penjadualan air tamat selepas paras empangan lebih 55 peratus

5. Abdul Khalid sambut baik cabaran 6 penjuru bertanding Timbalan Presiden PKR

6. Mesyuarat Exco lulus pembayaran 2 lukisan A Samad Said

7. Exco: Nelayan terjejas akibat jerebu, sumber kewangan alternatif perlu ada

8. Exco: PPA seluruh Selangor lancar “Program Baca Bersama 10 Minit”

9. Denggi: 25 kematian berlaku di Selangor

10. MBSA sasar 100,000 kg barangan kitar semula dikumpul

11. Bersih 2.0: Pengundian berdasarkan perkauman, Menteri patut letak jawatan

12. Mufti: Tiada Solat Ghaib selagi pencarian MH370 diteruskan

13.Kerajaan Pusat patut ambil alih pengurusan tol bukan terus beri pampasan

JURNAL BERITA – MB: Elak spekulasi rugikan rakyat

1. MB: Elak buat spekulasi rugikan rakyat

2. SUK bakal tentukan kedudukan Azmin, Norita dalam PKNS

3. MB: JAIS akan maklum Kerajaan Negeri tindakan pemeriksaan premis bukan Islam

4- MB: Siasatan JAIS terhadap BSM diharap siap seminggu lagi

5- MB arah peguam jumpa Sin Chew Daily minta penjelasan dakwaan ‘letak jawatan’

6. MB: Rakyat dan pemimpin perlu kerjasama maju negeri

7. Program Zon Bersih PBT misi capai status negeri paling bersih

8. MB: RM100 juta sudah diperuntuk baiki jalan pada 2013

9. Exco: Selangor sumbang lebih 25 peratus pendapatan negara

10.Kajian MIER: Selangor capai status pendapatan perkapita ‘Negara Maju’ menjelang 2016

11.Gedung Penawar kendali 4 Pusat Dialisis Rakyat, bantu rakyat kurang berkemampuan

12.Debat isu kalimah Allah antara Noh Omar dan Khalid Samad batal

13.400 dirai Jom Shopping DUN Sementa

14.Berbasikal santai sekitar Shah Alam pupuk budaya sihat

15.AKTIVITI YB: Tubuh pusat khidmat setempat bantu ibu tunggal