Categories
GLOBAL

Sekatan PBB: Firma Korea Utara di China tutup 120 hari

SHAH ALAM, 29 SEPT: Kementerian Perdagangan China berkata, firma Korea Utara atau usahasama di China akan ditutup dalam tempoh 120 hari ekoran sekatan terbaru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan, pada 12 September lalu.

Peluru Korea UtaraUsahasama China dengan entiti Korea Utara atau individu di seberang laut juga akan ditutup, kata kementerian itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya semalam, tanpa memberi tempoh masa tertentu, lapor Reuters dipetik dari Malaysia Kini.

Majlis Keselamatan PBB mengundi sebulat suara untuk meningkatkan sekatan terhadap Korea Utara dengan mengharamkan eksport tekstilnya dan bekalan bahan api, pada 12 September lalu.

Tindakan PBB itu ekoran ujian nuklear keenam dan terbesar di Korea Utara, bulan ini.

Ia adalah resolusi sekatan Majlis Keselamatan yang kesembilan berhubung program peluru berpandu dan nuklear balistik Korea Utara, sejak 2006.

Categories
SELANGOR

Budiman alih isu lawatan PM perkasa ekonomi Amerika

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 SEPT: Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, bahawa Kerajaan Negeri bersikap hipokrit dalam usaha menarik pelaburan dari China ke Selangor.

Berbanding usaha Kerajaan Persekutuan diketuai Perdana Menteri, beliau berkata, kunjungan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, ke negara itu adalah bagi meningkatkan pelaburan ke negeri termaju di negara ini.

“Ia satu kenyataan tidak cerdik, bukan sahaja daripada seorang Ahli Dewan Negeri (ADN) tetapi juga Ahli Parlimen yang mewakili Sungai Besar.

“Kerajaan Negeri khasnya Dato’ Menteri Besar pergi ke China kerana menjalin persahabatan dan hubungan baik antara kedua pihak pada masa sama ia usaha bagi mendapatkan pelaburan ke Selangor,” katanya.

AmerikaBeliau berkata demikian mengulas kenyataan Budiman yang mendakwa lawatan Mohamed Azmin ke China bagi meraih pelaburan sebagai bukti hipokrit PAKATAN ekoran usaha awal dirintis Perdana Menteri.

ADN Bukit Lanjan itu berkata, memang menjadi tanggungjawab setiap Menteri Besar bagi menarik pelaburan luar dan Mohamed Azmin tidak sekadar ke China tetapi juga ke negara lain bagi menambah hasil negeri.

“Saya rasa Budiman bercakap bagi mengalih isu berhubung lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat di mana kita lihat ia adalah berbeza jika dibandingkan usaha dirintis Mohamed Azmin untuk Selangor.

“Dato’ Menteri Besar ke China untuk mendapatkan pelaburan dan bukan menyerahkan bantuan atau sumbangan wang kepada mereka.

“Manakala Najib ke Amerika Syarikat, kita tidak tahu apa pelaburan tetapi beliau menawarkan hasrat Kerajaan Malaysia menggunakan wang rakyat bagi melabur di sana membeli kapal terbang dan sebagainya,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor dan Guangdong tingkat kerjasama ekonomi

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama delegasi Kerajaan Selangor selamat tiba di China awal pagi ini bagi Misi Pelaburan Selangor ke Wilayah Guangdong.

Beliau yang memimpin delegasi itu dijadualkan menghadiri ‘2017 Guangdong EXPO’ dan Persidangan Antarabangsa Maritim Silk Road di Guangzhou.

Menerusi akaun twitter yang baru dikemaskini Mohamed Azmin memaklumkan beliau kini mengadakan pertemuan dengan Timbalan Gabenor dan Ketua Pengarah Jabatan Sains & Teknologi Guangdong, Dr. Huang Ningsheng.

Mohamed Azmin berkata Selangor dan Wilayah Guangdong adalah penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar kepada negara.

MB CHINA“Guangdong adalah inisiatif bandar yang inovatif & bijak. Sangat mengagumkan,” tulis Mohamed Azmin.

Di antara 31 wilayah dan majlis perbandaran di tanah besar China, Wilayah Guangdong di China Selatan adalah ekonomi terbesar dan paling pesat berkembang dari segi KDNK.

Sebelum ini The Global Times mengutip data yang dikeluarkan pada 22 Januari 2017, oleh Biro Statistik Wilayah Guangdong menunjukkan bahawa ekonomi wilayah itu melonjak sebanyak 7.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.95 trilion yuan ($ 1.16 trilion) tahun lepas.

MB CHINA2Pertumbuhan ekonomi Guangdong juga kekal lebih cepat berbanding purata negara sebanyak 6.7 peratus, walaupun ia perlahan daripada 8 peratus pada tahun sebelumnya.

Kerajaan wilayah berkata dalam laman webnya bahawa ini adalah tahun ke-28 berturut-turut bahawa jumlah KDNKnya dipuji sebagai yang terbesar di negara ini.

Mengikut artikel laman web, jika Guangdong boleh dianggap negara, ekonominya akan menjadi ke-16 terbesar di dunia.

=EZY=

Categories
GLOBAL

China dikritik tingkat ketegangan di Laut China Selatan

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 6 SEPT: Vietnam memberikan kritikan keras terhadap China berhubung latihan ketenteraan di Laut China Selatan, amaran kedua dalam satu minggu apabila peningkatan ketegangan antara negara-negara terhadap perairan dipertikaikan.

Portal Agensi Berita India New Delhi Television (NDTV), melaporkan, China dan Vietnam telah lama berkonflik di sepanjang wilayah Laut China Selatan yang strategik dan kaya sumber, yang mana Beijing mendakwa kebanyakan miliknya.

Ketegangan meletus sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan Vietnam menggantung projek penerokaan minyak dikendalikan Repsol Sepanyol di kawasan luar pesisirnya yang dituntut Beijing.

Pada Jun lalu, satu pertemuan antara jeneral tertinggi Vietnam dan China bagi berbincang mengenai isu sempadan dibatalkan secara tiba-tiba, dengan kedua-dua pihak mendakwa konflik secara tiba-tiba.

south-china-sea_650x400_61476240434China berkata minggu lepas ia menjalankan latihan ketenteraan di kawasan maritim di barat laut Laut China Selatan, di kawasan Paracels, dengan China mendakwa bidang kuasa ke atas zon itu.

Kedua-dua negara itu berperang melancarkan satu pertempuran singkat tetapi berdarah ke atas Paracels pada 1974. Lebih 70 tentera Vietnam terbunuh dan China mempunyai kawalan de facto ke atas pulau sejak itu.

Minggu lalu, Vietnam mengulangi panggilan Beijing untuk menghentikan kegiatannya di kawasan itu, dan pegawai urusan asing di Hanoi bertemu dengan kakitangan kedutaan China untuk menjelaskan kedudukan Vietnam.

LAUT CHINA SELATAN - 1Sementara itu Bloomberg News melaporkan, bulan lalu seorang penggubal undang-undang Filipina mengeluarkan gambar menunjukkan nelayan China diiringi bot milik tentera laut Beijing mengepung pulau dalam rangkaian kepulauan Spratly didiami Filipina – sekali gus menghalang kerja pembaikan dirancang.

Kedua-dua insiden itu dilihat sebagai langkah China mengambil kesempatan terhadap ‘pengabaian’ Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump terhadap Asia Tenggara.

Ia ekoran Amerika kini memberi seluruh tumpuan ke arah ketegangan perdagangan dengan China dan serta ujian peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

=EZY=

Categories
GLOBAL

China tuntut Jakarta batal nama Laut Natuna Utara

JAKARTA 3 SEPT: China menuntut agar Indonesia membatalkan keputusan untuk menamakan semula kawasan maritimnya di bahagian barat daya Laut China Selatan sebagai Laut Natuna Utara, lapor Channel NewsAsia.

Difahamkan Kementerian Luar China sudah menghantar kenyataan rasmi kepada Kedutaan Indonesia di Beijing menyatakan bantahan terhadap tindakan Jakarta melancarkan peta rasmi terbaharu gugusan kepulauan negara itu sekali gus menamakan semula kawasan terbabit.

Berdasarkan surat bertarikh 25 Ogos lalu, China berkata tindakan Indonesia menukar ‘nama yang sudah diterima di peringkat antarabangsa’ mengakibatkan “komplikasi dan memburukkan lagi pertikaian, sekali gus menjejaskan keamanan dan kestabilan”.

laut-natuna-utara“Hubungan China-Indonesia berkembang dengan sihat dan stabil, dan pertikaian di Laut China Selatan berterusan. Tindakan Indonesia menukar nama secara unilateral tidak kondusif dalam usaha mengekalkan keadaan yang sangat baik ini,” kata Kementerian Luar China.

Tambah Beijing, China dan Indonesia berdepan pertindihan tuntutan maritim di barat daya Laut China Selatan, dan tindakan menamakan semula kawasan itu tidak akan mengubah hakikatnya.

Indonesia tidak pernah membuat sebarang tuntutan terhadap beberapa bahagian di Laut China Selatan, seperti yang dipertikaikan oleh Filipina, Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam terhadap China.

Namun, perairan yang kini dipanggil Laut Natuna Utara bertindih dengan Sembilan Garis Putus yang diisytiharkan China secara unilateral, membabitkan hampir keseluruhan Laut China Selatan.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Tentera India dan China terus berbalah isu sempadan

NEW DELHI 16 OGOS: Tentera India dan China terbabit dalam perbalahan di barat Himalaya semalam, kata sumber India.

Keadaan itu dengan sendirinya meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara yang terbabit dalam kebuntuan selama dua bulan di bahagian lain sempadan menjadi pertikaian itu.

Sumber di New Delhi yang diberi taklimat mengenai keadaan ketenteraan di sempadan berkata, tentera menggagalkan usaha tentera China memasuki wilayah India di Ladakh, berhampiran tasik Pangong, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Sebahagian tentera China membawa batang besi dan batu, manakala kecederaan dilaporkan pada kedua-dua pihak, kata sumber.

china-india-border-disputeKedua-dua pihak kerap saling menuduh menceroboh wilayah masing-masing, namun pertempuran jarang berlaku.

“Berlaku perbalahan berhampiran tasik Pangong,” kata pegawai polis di Srinagar, ibu negeri Jammu Kashmir yang ditadbir India.

Sumber tentera di Srinagar turut bercakap mengenai perkara itu berikutan apa yang disifatkan pencerobohan tentera China di kawasan tasik Pangong.

Tentera kedua-dua negara turut terbabit dalam ketegangan di kawasan Doklam di timur wilayah itu, satu lagi bahagian daripada sempadan pergunungan tidak ditandakan sepanjang 3,500 kilometer.

=EZY=

Categories
GLOBAL NASIONAL

Cadangan Terusan Segenting Kra muncul lagi, ancaman Selat Melaka?

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 15 OGOS: Cadangan mahu merealisasikan Projek pembinaan Terusan Segenting Kra kembali muncul apabila sekumpulan pesara tentera dan ahli perniagaan Thailand mahu ia dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, pemerhati meramalkan bahawa pelabuhan Singapura akan terjejas teruk sekiranya Terusan Kra dibina, selain pelabuhan Malaysia di Pulau Pinang, Klang dan Tanjung Pelepas.

Cadangan pembinaan terusan itu muncul seawal 1677, Raja Narai yang menguasai Siam mempunyai visi untuk membina terusan menembusi Segenting Kra bagi memendekkan jarak perjalanan perkapalan tanpa perlu mengelilingi Semenanjung Melayu.

Rancangan ini menemui jalan buntu kerana kerajaan Siam ketika itu tidak memiliki dana untuk menampung kos pembinaannya serta tiada kepakaran teknologi untuk meneruskan projek ini namun tidak pernah dibatalkan.

Ro-1Menurut laporan Nikkei Asian Review, beberapa individu berpengaruh Thailand termasuk ahli politik, pesara tentera berpangkat tinggi, pakar akademik dan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan China sedang memujuk Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chanocha untuk meneruskan projek berkenaan.

Pautan: https://asia.nikkei.com/Politics-Economy/Economy/Influential-Thais-in-push-for-Kra-Canal-project

Kumpulan yang mahu merealisasikan cadangan projek pembinaan Terusan sepanjang 135 kilometer (km) itu menjangkakan projek berkenaan bernilai AS$28 bilion (RM120 bilion).

Prayuth sebelum ini menegaskan pembinaan terusan itu tidak terdapat dalam agenda pemerintahannya.

Kumpulan tersebut percaya pembinaan terusan itu akan dibiayai melalui inisiatif Belt and Road yang dirintis China dan projek infrastruktur Laluan Sutera Ma­ritim Abad ke-21.

Kumpulan pesara tentera itu juga menubuhkan persatuan dikenali ‘Persatuan Terusan Thai untuk Kajian dan Pembangunan’ yang bekerjasama dengan penyelidik dari Universiti Peking dan sebuah syarikat China untuk mengkaji laluan yang dicadangkan.

Segenting Kra12Menurut pakar, jika Prayuth bersetuju meneruskan kajian laluan itu, pembinaan terusan berukuran 450 meter lebar dengan kedalaman 26 meter itu mampu dilalui oleh kapal kontena minyak terbesar dunia dan kapal kontena lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

Projek tersebut akan membelah bahagian selatan Thailand iaitu kira-kira 800 di selatan Bangkok dan kira-kira 200km di sempadan Thailand dengan Malaysia.

Ia akan menghubungkan Teluk Thailand dengan Laut Andaman pada anggaran latitud sama dengan pulau Phuket.

Terusan itu merupakan laluan pintas dari Selat Melaka yang menghubungkan China, Japan dan negara-negara Asia Timur lain selain perdagangan minyak negara Asia Barat serta negara pasaran utama Eropah, Afrika dan India.

Jarak perjalanan bagi kapal yang melalui Laut Pasifik dan Laut Hindi mampu dipendekkan sekurang-kurangnya 1,200 km atau tiga hari pelayaran jika melalui terusan berkenaan.

Segenting Kra123Sebelum ini, beberapa usaha dilakukan untuk menghidupkan semula projek Terusan Kra ini pada 1970-an dan 1990-an bagaimananpun Bangkok gentar pembinaan terusan ini akan secara fizikal mengasingkan lima wilayah selatan yang mempunyai majoriti penduduk Muslim.

Keadaan ini akan memberikan implikasi buruk kepada situasi politik di antara pemisah wilayah Selatan dan Kerajaan Pusat di Bangkok.

Pelaksanaan projek Terusan Segenting Kra ini juga bakal memberikan ancaman ekonomi kepada Singapura kerana banyak bergantung kepada industri perkapalan.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

The Independent: Malaysia bakal terperangkap hutang China?

The Independent: Malaysia bakal terperangkap hutang China?

SHAH ALAM 1 OGOS: Portal berita Singapura, The Independent memberi amaran Malaysia bakal menjadi negara yang jatuh terperangkap hutang China selepas Sri Lanka.

Sebelum ini portal itu melaporkan Sri Lanka menjadi negara Asia pertama jatuh ke “perangkap hutang China” selepas menerima pelaburan berbilion dolar dalam projek infrastruktur besar, berdasarkan panduan dan janji Beijing.

Sri Lanka kini menanggung hutang AS$8 bilion daripada keseluruhan AS$64 bilion dengan China disebabkan pelaburan besar dalam pelbagai projek.

Akibatnya, sebahagian besar pendapatan negara Asia Selatan itu terpaksa digunakan untuk melangsaikan hutang, bukannya untuk pembangunan sangat diperlukan negara yang bebas daripada perang saudara selama 25 tahun, pada 2009.

Statistik Bank Dunia dan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan syarikat milik kerajaan China melabur AS$35.6 bilion (RM152 bilion) di Malaysia, pada 2010 hingga 2016.

The Independent

PAUTAN PENUH: http://www.theindependent.sg/is-malaysia-next-after-sri-lanka-falls-knee-deep-in-chinas-debt-trap/

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kapal China ceroboh perairan Sarawak, kenapa kerajaan terus membisu?

OLEH LAKSAMANA PERTAMA (B) MOHAMAD IMRAN ABD HAMID

Saya melahirkan kebimbangan terhadap pencerobohan kapal China di perairan Sarawak yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Saya merujuk laporan The Guardian, bertarikh 5 April lalu bertajuk ‘Chinese patrol ships keep presence around Malaysian reefs’, yang turut dilaporkan beberapa portal berita tempatan seperti Malaysiakini dan Free Malaysia Today (FMT).

Menurut laporan itu, dalam tempoh 2 bulan pertama 2017, 3 kapal China didapati meronda di Luconia Shoals (Beting Patinggi Ali), 145 kilometer dari Sarawak dan lebih 1,600 kilometer dari tanah besar China.

1. Berikutan pencerobohan ini saya ingin mengutarakan soalan, mengapakah Kementerian Pertahanan di bawah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memilih untuk berdiam diri dan enggan memberi sebarang reaksi di dalam situasi yang menyentuh kedaulatan perairan negara?

2. Kerajaan dan Kementerian Pertahanan sepatutnya bertegas bagi menjaga perairan Sarawak. Tidakkah kerajaan ingat kejadian pencerobohan kapal China yang berlaku pada 2015 lalu?

3. Seperti kita sedia maklum, China sedang mengusahakan projek perluasan sempadan negara mereka kononnya atas faktor ‘sejarah’. Mereka telah melakar peta Laut China Selatan (LCS) beserta ‘Sembilan Garis Putus-putus (9GP). Sebahagian daripada tuntutan mereka adalah termasuk Luconia Shoals (Beting Patinggi Ali) di Sarawak.

4. Beting Patinggi Ali yang terletak kira-kira 80 batu nautika dari Tanjung Baram jelas berada dalam kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) dan ia adalah milik Malaysia berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang- Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sendiri pernah mengatakan tuntutan China atas faktor ‘sejarah’ itu mengarut dan tidak boleh diterima pakai. Jadi, apa kesudahan bantahan diplomatik yang dibuat ke atas China beberapa tahun lalu?

6. Sehubungan itu, saya menggesa kerajaan supaya bertegas dalam hal ini demi menjaga perairan negara. Hal ini merupakan perkara amat serius dan jika kita bersikap acuh tidak acuh kepada tindakan agreasif China, ia mungkin memberi ancaman kelak. Apakah kita mahu melihat satu lagi episod siri drama ketegangan geopolitik di rantau ini?

7. Lebih menggusarkan, hal ini juga akan memberi kesan kepada aktiviti perikanan nelayan rakyat tempatan yang tidak selesa dan gusar untuk meneruskan aktiviti ekonomi. Terdapat laporan beberapa tahun kebelakangan ini bahawa nelayan kita di halau di Beting Patinggi Ali oleh kapal China dan ia dibuktikan berdasarkan laporan Borneo Post pada Oktober 2015.

Adakah kita mahu melihat nelayan tempatan hilang mata pencarian kerana sumber rezeki mereka disekat pihak asing?

# Laksamana Pertama (B) YB Mohamad Imran Abd Hamid adalah Ahli Parlimen Lumut

Categories
KENYATAAN MEDIA

Putrajaya mesti bertindak China ceroboh di perairan Sarawak

OLEH NIK NAZMI NIK AHMAD

Saya merujuk laporan berita Malaysiakini berkenaan Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) menceroboh perairan Sarawak yang dituntut Malaysia.

Menurut laporan tersebut,CCG melakukan rondaan hampir setiap masa di perairan tersebut sejak akhir tahun lalu.

Pada tahun 2015 Malaysia telah membuat bantahan diplomatik terhadap China akibat kapal mereka yang telah memasuki Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Sejak bantahan pada 2015 itu, dilaporkan sebanyak 11 kapal CCG telah meronda berdekatan perairan Malaysia — seolah-olah langsung tidak menghiraukan bantahan tersebut.

Hal ini jelas merupakan satu cabaran ke atas kedaulatan negara kita dan Putrajaya sepatutnya mengambil pendirian lebih tegas untuk membantah kehadiran kapal-kapal negara China ini.

Jika kita terus berdiam adakah ini bermakna kita terus akur dengan pencerobohan China ke tanahair kita?

Ini bukan sahaja terbatas dengan kehadiran mereka di perairan kita, tetapi akibat kelemahan pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Najib Razak serta skandal besaran seperti 1MDB, ia seakan-akan memberi peluang untuk negara asing seperti China menerobos negara ini termasuk di dalam hal politik dan ekonomi.

Kebergantungan kepada China untuk memperbaiki keadaan ekonomi yang mengalami kerugian berbillion akibat skandal besar juga telah melemahkan pendirian diplomatik negara.

Jika Putrajaya terus gagal mengambil pendirian lebih tegas di dalam hal ini maka jelaslah bahawa pentadbiran Najib Razak kini tidak lagi mampu menegakkan kedaulatan negara dan hanya akan terus mengundang campur tangan negara asing.

 
* NIK NAZMI NIK AHMAD adalah KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Categories
NASIONAL

Kehadiran kapal perang AS dan China, elak jadi bidak catur kuasa dunia

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 16 APRIL: Kapal Pasukan Pengawal Pantai China dilaporkan kerap mengekalkan kedudukannya berhampiran Luconia Shoals off iaitu 145km dari Sarawak dan lebih 1,600km dari tanah besar China.

Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) menyatakan fakta tidak menyenangkan itu tidak mendapat perhatian mencukupi sama ada di media Malaysia dan antarabangsa yang menunjukkan kesungguhan China untuk mengekalkan penguasaan sepanjang kawasan dikenali nine-dash line.

AMTI dalam laporannya bertarikh 5 April lalu menyatakan dalam tempoh dua bulan pertama 2017, tiga kapal China meronda di Luconia Shoals.

Kapal itu dikesan AMTI, iatu badan kajian sebahagian daripada Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Washington, dan Center of Advanced Defense Studies (C4ADS).

ChineseShipTypesPatrollingLuconia-1024x640Kumpulan kajian berpangkalan di Amerika Syarikat itu berkata, ia rondaan biasa dan konsisten melibatkan pusingan kerja 11 kapal peronda dikesan AMTI sejak lewat 2015.

Laporan itu mengambil maklum China menghabiskan banyak tahun menuntut pulau terumbu karang di Laut China Selatan, dan pada Mac menyiapkan tiga pangkalan tentera besar di situ lengkap dengan kemudahan tentera laut, udara, radar dan peluru berpandu.

Sebelum ini, REUTERS melaporkan, sebuah pesawat pejuang China dirakam berada di sebuah pulau buatan di Laut China Selatan, kali pertama dilihat dalam setahun.

Pesawat pejuang J-11 dilihat dalam satu imej satelit yang dirakam pada 29 Mac lalu di Pulau Woody di rangkaian kepulauan Paracel.

Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abdul Hamid berkata, kewujudan pesawat pejuang negara tembok besar itu di pulau terbabit dipercayai tidak memungkinkan berlaku sesuatu insiden tidak diingini yang mengancam keselamatan negara berhampiran biarpun dipersoalkan Amerika Syarikat (AS).

A Chinese J-11 fighter jet is pictured on the airstrip at Woody Island in the South China Sea in this March 29, 2017 handout satellite photo.   CSIS Asia Maritime Transparency Initiative/DigitalGlobe/Handout via REUTERS
A Chinese J-11 fighter jet is pictured on the airstrip at Woody Island in the South China Sea in this March 29, 2017 handout satellite photo. CSIS Asia Maritime Transparency Initiative/DigitalGlobe/Handout via REUTERS

Beliau berkata kepada SelangorKini, isu itu perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan dua buah kuasa dunia dengan China dan AS pastinya berusaha membina kekuatan masing-masing.

Dalam pada itu, Kapal pemusnah Amerika Syarikat USS Stethem dilaporkan menjalankan operasi di Laut China Selatan menurut satu kenyataan dikeluarkan Tentera Laut AS.

Kehadiran USS Stethem di Laut China Selatan meningkatkan lagi ketegangan antara Washington dan Beijing berhubung isu pertikaian wilayah yang melibatkan beberapa negara di kawasan itu.

Kapal pengangkut ekspedisi Tentera Laut Amerika Syarikat USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending, di sini pada kira-kira pukul 9 pagi (14 April) untuk Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17).

USNS_Fall_River_completes_acceptanceKetibaan kapal yang membawa bersama 100 anggota Marin dan Tentera Laut Amerika Syarikat bersama 30 kru awam.

Jurucakap Markas Pemerintahan Timur dalam satu kenyataan berkata kapal itu akan berlabuh sehingga tamat eksesais di sini pada 22 April ini sebelum bertolak ke pelabuhan Kuantan.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Negara perlu waspada ancaman kehadiran pesawat pejuang China

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 APRIL: Langkah berwaspada perlu diambil negara berkaitan isu kehadiran pesawat pejuang China di sebuah pulau buatan di Laut China Selatan.

Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abdul Hamid berkata, kewujudan pesawat pejuang negara tembok besar itu di pulau terbabit dipercayai tidak memungkinkan berlaku sesuatu insiden tidak diingini yang mengancam keselamatan negara berhampiran biarpun dipersoalkan Amerika Syarikat (AS).

“Memang terdapat kawasan pembangunan tentera China di sekitar kawasan pulau itu tetapi biasa dan ia (diyakini) tidak menjejaskan apa-apa,” katanya kepada SelangorKini di sini.

Mengulas lanjut, katanya, isu itu perlu diberi perhatian kerana iamembabitkan dua buah kuasa dunia dengan China dan AS pastinya berusaha membina kekuatan masing-masing.

“Apabila gajah sama gajah (China dan AS) bertempur (andai berlaku pertempuran), kita lihat lah nanti apa yang berlaku,” katanya.

https://selangorkini.my/2017/04/pesawat-pejuang-j-11-china-dikesan-di-pulau-buatan-laut-china-selatan/

REUTERS melaporkan, sebuah pesawat pejuang China dirakam berada di sebuah pulau buatan di Laut China Selatan, kali pertama dilihat dalam setahun dan sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengambil alih jawatan di Rumah Putih.

Agensi Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI) iaitu sebahagian daripada Pusat Strategik dan Pengajian Antarabangsa Washington berkata, pesawat pejuang J-11 dilihat dalam satu imej satelit yang dirakam pada 29 Mac lalu di Pulau Woody di rangkaian kepulauan Paracel.

Berita kehadiran jet itu muncul ketika Trump berada di Florida untuk mesyuarat bersama Presiden China, Xi Jinping, minggu lalu dan beliau mengutarakan kebimbangan AS berhubung usaha wilayah dan ketenteraan China di laut China Selatan.

Pengarah AMTI, Greg Poling dilaporkan berkata, imej pesawat pejuang tunggal yang kelihatan itu menimbulkan persoalan terhadap kemungkinan lebih banyak pesawat di kawasan berhampiran.

=EZY=