Categories
SELANGOR

Selangor Bio Bay hasil produk berteknologi tinggi

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 OKT : Selangor mengorak langkah kepada pelaburan berimpak tinggi melalui penghasilan produk bioteknologi dan sains hayat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata untuk tujuan itu Kerajaan Negeri memperkenalkan Selangor Bio Bay sebagai pusat pertumbuhan baru global pada masa akan datang.

BELANJAWAN SELANGOR 2016 (1)“Selangor Bio Bay bakal dibangunkan di atas tanah seluas 1,070 ekar di Pulau Indah. Ia memberi fokus menarik pelaburan dalam industri perubatan dan sains hayat berteknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Selangor Bio Bay adalah kesinambungan pelan perancangan strategik sektor perindustrian seperti di Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Raja menerusi Central Spectrum.

Setakat ini, Central Spectrum membangunkan taman industri di Pulau Indah dengan keluasan 3,500 ekar yang menjana pelaburan berjumlah RM15 bilion dalam tempoh 20 tahun.

Kerajaan Negeri menganggarkan sektor perindustrian menyumbang 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2016.

Unjuran pertumbuhan ekonomi Selangor dijangka bertambah antara 5.0 hingga 5.5 peratus untuk 2016 berbanding jangkaan 2015 antara 4.5 hingga 5.5 peratus.

-nR-

Categories
NASIONAL

Azmin : ‘Hari Gelap’ buat demokrasi berparlimen

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 OKT: Penggantungan enam bulan terhadap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat menandakan satu lagi ‘hari gelap’ buat demokrasi berparlimen.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan pengantungan itu merendahkan kedudukan Dewan Rakyat dan menunjukkan bagaimana wakil UMNO-BN tidak mampu memisahkan politik daripada demokrasi berparlimen.

MB Azmin“Dalam pengundian memihak kepada gerakan UMNO untuk menggantung Lim kerana enggan memohon maaf atas kenyataan yang didakwa menghina Speaker mengenai skandal 1MDB, mereka hilangan rasa apa betul dan salah selain meninggalkan doktrin kewajipan ahli-ahli bersuara untuk kebenaran.

“Sebaliknya, mereka membiarkan politik partisan dan pendendam mengatasi keadilan,” kata Ahli Parlimen Gombak itu dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang hari ini digantung selama 6 bulan daripada Dewan Rakyat selepas usul yang dibentangkan Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan majoriti ahli Parlimen hari ini.

Usul dibawa untuk menggantung Lim mengikut Aturan Mesyuarat 27 (3).

Timbalan Speaker, Ronald Kiandee mengumumkan keputusan penggantungan secara undi blok, dengan majoriti 107 ahli Dewan Rakyat menyokong usul itu dan 77 tidak menyokong.

Categories
SELANGOR

Selangor sokong penuh gesaan Raja-Raja Melayu

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 OKT: Selangor menyambut baik dan menyokong penuh gesaan Raja-Raja Melayu terhadap Kerajaan untuk menyelesaikan siasatan isu 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata semua pihak termasuk pemimpin dan rakyat perlu mengalu-alukan dan mengambil serius pandangan yang dikemukakan dalam kenyataan itu.

azmin-pc-DNS-01Katanya, setiap butiran yang dibangkitkan juga ternyata berkait rapat dengan isu rakyat, menunjukkan betapa sekalian baginda mengambil berat hal berkenaan.

“Kami ingin tekankan peringatan diberikan untuk menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara dalam mengangkat perlembagaan dan undang-undang itu bukan sahaja sesuai dengan isu semasa melanda negara.

“Malah, seharusnya menjadi panduan bagi mereka yang memegang tampuk kepimpinan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Raja-raja Melayu dalam kenyataan yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, menggesa kerajaan menyelesaikan siasatan isu 1MDB secepat mungkin serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

Mesyuarat-Majlis-Raja-RajaBaginda sekalian mahu semua pihak bertanggungjawab memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Raja-raja Melayu bimbang jika isu itu tidak ditangani secara bijak, berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia akan menjejaskan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.

Sehubungan kenyataan itu, Mohamed Azmin berkata, semua pihak tidak boleh menolak kepentingan pandangan dan keprihatinan sekalian baginda.

“Mewakili rakyat Selangor, kami menjunjung tinggi dan sangat menghargai pandangan serta nasihat tidak ternilai dalam kenyataan berkenaan,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

MB : Terserah kepada PAS untuk berbincang

Oleh : AFEEQA AFEERA

KLANG, 1 OKT : Dato’ Menteri Besar, Mohamad Azmin Ali menyerahkan kepada PAS untuk berbincang berkenaan pendirian mereka sama ada kekal atau tidak dalam Kerajaan Selangor.

Beliau berkata ia terserah kepada kepimpinan PAS Pusat untuk mengambil sebarang pendekatan dan berbincang sesama mereka.

MB AzminBagaimanapun, Mohamed Azmin berkata PKR akan tetap meneruskan perbincangan seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Biarlah mereka (PAS) berbincang. Kita akan teruskan perbincangan, malah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah sudah berulang kali mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat kilang sarung tangan Top Glove di Meru, Klang, di sini.

Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata parti itu akan mempertimbangkan keputusan keluar daripada Selangor berikutan pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan kenyataan Mahfodz itu bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.

Beliau juga menegaskan PAS akan terus kekal dalam kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan Harapan dibentuk.

-NR-

Categories
SELANGOR

MB sedih kematian 717 hujjaj di Mina

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 25 SEP: Sedih mendengar berita kematian ratusan hujjaj di Mina, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali merayu masyarakat Islam di Selangor berdoa agar kesemua jemaah haji di Mekah dapat mengerjakan rukun islam kelima itu dengan selamat.

Mohamed Azmin juga meminta masyarakat Islam mendoakan agar roh tragedi malang itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

MB Azmin“Sebelum ini kita dikejutkan dengan tragedi kren tumbang dan semalam pula rempuhan di mina yang menyebabkan 717 orang terbunuh dan 805 orang lagi tercedera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Qurban Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor ke Sabak Bernam sempena Hari Raya Aidil Adha di Masjid Ubudiah, Sungai Air Tawar di sini, hari ini.

Ketika menyentuh sambutan hari raya Aidil Adha, Mohamed Azmin meminta umat Islam meneladani keyakinan Nabi Ibrahim a.s untuk berkorban demi kepercayaannya kepada Allah.

“Kalau kita masih mempertahankan pemimpin zalim, bagaimana pengorbanan kita boleh diterima,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

MB: Tiada rombakan Kerajaan Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 25 SEP: Pentadbiran Kerajaan Negeri kekal berjalan seperti biasa tanpa sebarang rombakan exco.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ini berikutan Kerajaan Negeri yang ada ketika ini dibentuk selepas mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 2013 lalu.

MB Azmin“Ini adalah kerajaan yang diberi kepercayaan oleh rakyat pada PRU-13 dan kita akan teruskan hingga tamat penggal nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Qurban Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor ke Sabak Bernam sempena Hari Raya Aidil Adha di Masjid Masjid Sultan Muhammad Shah, Parit 10, di sini, hari ini.

Menyentuh isu pelancaran Pakatan Harapan baru-baru ini, Mohamed Azmin menegaskan perbincangan meja bulat akan diadakan dari semasa ke semasa.

“Sedangkan bina rumah sebiji pun makan masa 18 bulan, inikan pula nak bina masyarakat,” katanya.

-NR-

Categories
NASIONAL

BERSIH : Kenapa himpunan perkauman tiada tindakan?

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 SEP : Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mempertikaikan sikap pilih kasih polis terhadap Himpunan Rakyat Bersatu meskipun ia bersifat perkauman.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata tindakan berat sebelah itu tidak boleh diterima kerana himpunan Baju Merah jelas dipenuhi aksi provokasi, menimbulkan kekacauan dan menggugat keselamatan.

MARIA CHIN“Polis sememangnya bersikap berat sebelah dan perkara itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana jika mereka dibenarkan berhimpun, kenapa BERSIH dihalang?

“BERSIH 4.0 adalah perhimpunan aman dan melibatkan semua kaum, tetapi himpunan baju merah lebih cenderung terhadap keganasan dan bersifat perkauman,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil disoal siasat polis hanya kerana memakai baju-T Bersih 4.0.

Antara yang disoal siasat adalah bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Kapar G Manivannan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

IMG_6550Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali turut disiasat atas tujuan sama di IPD Dang Wangi, Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Maria berkata pihaknya tidak menolak penganjuran perhimpunan kerana ia adalah perkara biasa dalam politik Malaysia, namun beranggapan ia perlu dilakukan secara teratur.

Katanya, pengajur perhimpunan juga tidak perlu diberikan permit kerana ia adalah sah di sisi undang-undang dan termaktub dalam Perlembagaan.

“Sesuatu perhimpunan itu mestilah berlangsung dengan aman dan tanpa keganasan atau provokasi mana-mana pihak.

“Polis juga perlu bersikap adil, jangan hanya membuat tangkapan terhadap peserta berbaju kuning, tetapi membiarkan peserta berbaju merah yang jelas melakukan keganasan,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

Polis ganggu gerak kerja pentadbiran Selangor

Oleh : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 18 SEP: Tindakan polis memanggil beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) termasuk Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk tampil memberi keterangan berhubung perhimpunan Bersih 4, menganggu gerak kerja pentadbiran Selangor.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata tindakan itu juga memberi tekanan kepada pemimpin terlibat yang sibuk mengendalikan keperluan dan kebajikan rakyat.

elizabeth wong“Ini adalah satu cara untuk kacau gerak kerja kita. Ia sudah menjadi trend. Ditambah pula dengan soalan-soalan yang tidak masuk akal.

“Ini antara cubaan menakutkan orang ramai,” katanya kepada SelangorKini.

Selain Mohamed Azmin Ali, Elizabeth juga dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung Bersih 4, semalam.

Beliau juga mencadangkan polis untuk turut memanggil pemimpin atau pihak terbabit dengan Himpunan Merah yang dicemari dengan provokatif perkauman.

“Jangan gunakan alasan tidak masuk akal untuk menindas Ahli Politik Pakatan, aktivis mahupun masyarakat sahaja.

“Himpunan sesiapa juga boleh sertai kerana ia asas demokrasi. Tetapi jangan pilih kasih,” katanya.

IMG_6527Mohamed Azmin hari ini hadir di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam Bersih 4 pada hujung bulan lalu.

Beliau hadir di balai polis tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi ditemani peguamnya, N. Surendran, Latheefa Koya, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Yusmadi Yusoff.

-NR-

Categories
NASIONAL

Kuning haram, merah halal dedah sikap polis

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 18 SEP: Sikap dwi-standard polis mengharamkan perhimpunan Bersih 4 walaupun selaras dengan perlembagaan diselar Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sedangkan perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah tanpa objektif jelas mendapat restu dan kebenaran pihak berkuasa.

Lebih menjelekkan, Mohamed Azmin berkata perhimpunan yang turut dihadiri pimpinan Umno itu dipenuhi provokatif perkauman dan agama yang sempit.

IMG_6555“Perhimpunan itu terbukti berlaku insiden-insiden yang tidak diingini dan boleh mencetus ketegangan kaum dan agama.

“Berbeza dengan Bersih 4 yang bukan sahaja jelas matlamat tetapi berlangsung dengan penuh aman, tenteram dan disiplin.

“Tetapi mengapa polis tidak profesional dengan mengharamkan kuning dan halalkan merah,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau diminta hadir di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam Bersih 4 pada hujung bulan lalu.

Beliau turut disiasat berhubung kenyataannya dalam sebuah ceramah ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sebelum ini kononnya menggelar Ketua Polis Negara sebagai barua.

Timbalan Presiden PKR juga berkata tekanan polis itu tidak akan melemahkan semangat Pakatan Rakyat (Pakatan) membela nasib rakyat.

“Kita akan terus berjuang untuk menyuburkan demokrasi dalam usaha selamatkan negara dan ekonomi.

“Rakyat juga tidak perlu gentar dengan segala tekanan dan ugutan yang dikenakan serta terus bersama bagi membuat perubahan,” tegasnya.

-NR-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Haram baju Bersih, Azmin cabar KDN

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 18 SEP: Pengharaman t-shirt kuning dengan tulisan Bersih 4 oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dicabar di mahkamah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata ketetapan itu diambil setelah merasakan arahan KDN itu sebagai jelek dan tidak wajar dikeluarkan.

IMG_6555“Saya dimaklumkan barisan peguam akan mencabar KDN khususnya arahan menterinya tidak membenarkan pakaian berwarna kuning dengan tulisan Bersih 4.

“Ini sesuatu amat jelek dan peguam dalam proses membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, pagi tadi.

Mohamed Azmin yang berbaju kuning dan berselipar hadir bagi memberi keterangan berhubung kehadirannya di perhimpunan Bersih 4 pada hujung bulan lalu dan perkataan ‘barua’ yang didakwa digunakan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) dalam satu ceramah di Permatang Pauh.

IMG_6463“Saya juga disiasat kerana berucap pada perhimpunan Bersih 4, pemakaian t-shirt Bersih 4 selain membawa anak yang masih bersekolah ke perhimpunan itu,” katanya yang disiasat di bawah Seksyen 42 F Akta Perhimpunan Aman (APA), Seksyen 41 C APA dan Seksyen 81 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Mohamed Azmin mula memberi keterangan sekitar jam 10.15 pagi turut ditemani barisan peguamnya, N. Surendran, Datuk S. Ambiga dan Latheefa Koya. selain lebih 50 penyokong.

Beliau selesai memberi keterangan dan keluar pada jam 11.50 pagi dan disambut lebih 50 penyokong dengan laungan ‘reformasi’.

-NR-

Categories
SELANGOR

Kementerian Pendidikan digesa semak semula indeks IPU

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 SEP: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menyemak semula had Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang membolehkan sesebuah sekolah ditutup.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata kadar semasa IPU 200 yang ditetapkan KPM tidak lagi relevan.

Katanya, kadar berkenaan perlu diturunkan sekurang-kurangnya sehingga IPU 160 kerana keadaan itu sudah dianggap sebagai tidak sihat.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (9)“Kadar IPU seperti 177 sudah dilabel sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan kesihatan.

“Jadi, saya syorkan agar kadar itu diturunkan supaya sekolah ditutup dan anak-anak berada di dalam rumah dan bangunan tanpa perlu keluar ke mana-mana,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Wanita dan Kanak-kanak DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) di sini, pagi tadi.

Setakat jam 11 pagi tadi, laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan lima kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.

JEREBUBanting mencatatkan IPU tertinggi dengan 175, diikuti Pelabuhan Klang (165), Shah Alam (147), Kuala Selangor (146) dan Petaling Jaya (143).

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri akan mengedarkan topeng muka secara percuma di beberapa kawasan.

“Semalam saya sudah mengeluarkan arahan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membeli topeng muka dan kita akan mengedarkan secepat mungkin di kawasan tumpuan,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

Hospital swasta disaran bantu golongan tidak berkemampuan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 SEP: Hospital swasta diharap tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan perkhidmatan rawatan dan kaunseling kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata golongan kurang berkemampuan juga berhak mendapatkan perkhidmatan kesihatan profesional.

Katanya, kesihatan merupakan hak asas kepada semua golongan tanpa mengira status dan latar belakang.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (9)“Kerajaan Negeri mahu jaminan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai akses kepada kemudahan moden dan doktor-doktor pakar pada harga berpatutan.

“Inilah konsep keadilan yang wajar dipraktikkan sektor swasta termasuk Darul Ehsan Medical Centre (DEMC),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Wanita dan Kanak-kanak DEMC, di sini pagi tadi.

Hadir sama Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi dan Dr Ahmad Yunus Hairi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DEMC, Datuk Dr Omar Abdul Hamid dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Hospital Wanita dan Kanak-kanak DEMC dibina di atas kawasan seluas dua ekar dengan kos keseluruhan berjumlah RM220 juta.

MB DEMCDijangka siap sepenuhnya pada 2018, hospital pertama seumpamanya di Malaysia itu akan membuka lebih 800 peluang pekerjaan.

Selain itu, hospital pakar 19 tingkat itu juga menawarkan kemudahan 150 bilik pesakit, tiga bilik bedah, lapan bilik bersalin, empat bilik unit rawatan rapi (ICU) dan empat bilik unit rawatan intensif neonate (NICU).

Pada masa sama, hospital berkonsepkan butik ekslusif itu juga akan menempatkan 25 doktor pakar sepenuh masa dalam hampir semua bidang kepakaran seperti perubatan Infertility, Urogynae, Maternal Fetal Medicine, Neonatolgy dan Paediatric Cardiology.

Bidang lain termasuk Child Development, Paediatric Neurolgy, Paediatric Endocrinology, Paediatric Endocrinology, Paediatric Dentistry, Paediatric Surgery dan Paediatric Care.

-NR-