Categories
NASIONAL

JPP anggap protes ahli normal, tidak akan ambil tindakan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 MEI: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun di depan bangunan ibu pejabat parti itu, malam tadi (20 Mei).

Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul, berkata sebagai parti yang mengamalkan demokrasi setiap individu mempunyai hak untuk berhimpun, namun perlu diadakan secara aman.

Katanya, pihak JPP menganggap protes itu sebagai tindakan normal dalam parti politik.

johari abdul parlimen 01“Tidak ada yang luar biasa dengan tindakan itu, kita anggap protes terbabit sebagai tindakan dalam parti politik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya, hari ini.

Semalam, sekumpulan ahli PKR yang tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan parti itu mengadakan bantahan di luar ibu pejabatnya dengan mencemuh pemimpin parti yang sedang mengadakan mesyuarat biro politik, kira-kira jam 8 malam.

Kira-kira 60 orang berkumpul di luar ibu pejabat PKR bagi membantah kaedah sistem pengundian yang diguna pakai pada pemilihan parti itu dan menjadikan penyandang kerusi Timbalan Presiden, Azmin Ali serta Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin sebagai sasaran masing-masing.

2c93af92c91d6b10ddb088b37ca10810Mengulas himpunan itu, Johari berkata, isunya adalah ahli parti yang membuat bantahan mengadakan perhimpunan dan menggunakan sistem pembesar suara sehingga mengganggu ketenteraman jiran.

“Mereka berhimpun secara aman, tidak ada senjata. Cuma, oleh kerana pembesar suara digunakan jadi sudah mengganggu, tetapi kita boleh kawal situasi itu,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Individu luar ganggu pemilihan PKR, kewujudan samseng bagai dirancang

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 21 MEI: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi amaran keras jika berlaku lagi pembatalan dalam pemilihan semula yang akan diadakan bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, berkata rakaman melalui Kamera Litar Tertutup (CCTV) akan dipasang semasa pemilihan berlangsung.

Katanya, JPP akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Disiplin dan semua cabang harus menyediakan kemudahan yang cukup bagi memastikan rakaman berjalan dengan lancar.

johari-abdul“Jika dibatalkan sekali lagi, JPP tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan kepada parti supaya menggantung cabang yang tidak memberi keselesaan kepada pengundi.

“Jika tidak boleh kawal penyokong, kita akan batalkan pemilihan dan menggantung atau hilang kelayakan untuk bertanding. Ia akan diambil alih dari negeri atau pusat,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Johari berkata, PKR mengambil serius perbuatan yang tidak patut berlaku ketika pemilihan dijalankan.

Selain itu, beliau memaklumkan kekecohan ala ‘hooliganisme’ (samseng) yang berlaku di beberapa cabang seluruh negara mempunyai corak tertentu.

f16a47a8463efec072df88eeef83119cKatanya, panel JPP sedang meneliti rakaman video yang dikatakan mengandungi bukti terdapat individu luar yang melakukan kekecohan ketika pemilihan berlangsung, sebelum ini.

“Melalui penelitian rakaman video, JPP dapat mengenal pasti individu luar berdasarkan beberapa aspek seperti warna baju yang dipakai.

“Mereka ini mensasarkan peti undi tertentu dan ia dilakukan selepas makan tengah hari sekitar jam 2.30 petang sehingga lima minit sebelum pusat undi ditutup.

“Kita juga tidak tahu sama ada wujud istilah mengupah atau tidak tetapi jika ada bukti mengesahkan benar, parti akan membuang keahlian sesiapa yang terbabit,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

JPP teliti video tendang peti undi, calon bakal dipecat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 13 MEI: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengarahkan petugas pemilihan mengecam pihak yang menimbulkan kekacauan di pusat pengundian Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2014 peringkat Selangor yang berlangsung, pada 11 Mei lalu.

Pengecaman itu dijalankan bagi membolehkan tindakan tegas diambil sama ada membatalkan kemenangan, digantung atau dipecat keahlian mereka yang terbabit daripada parti.

Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul, berkata siasatan dan pengecaman itu turut dijalankan terhadap insiden menendang peti undi yang berlaku di Kuala Langat.

johari-abdul“Di Kuala Langat, lima minit lagi sebelum ditutup, lima anak muda Melayu masuk ke dewan dan tanpa sepatah perkataan terus tendang peti undi, berselerak kertas undi yang kita tidak tahu apa puncanya.

“Kita siasat apa yang berlaku. Kita tidak batalkan Kuala Langat sebab ingin tunjukkan bahawa kamu boleh bertindak dengan sebarang cara tetapi JPP tidak akan bertolenrasi dengan gangguan ini.

“Kita arahkan kepada semua petugas untuk meneliti orang yang buat kacau dalam video dan gambar,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, semalam.

Johari juga tidak menolak kemungkinan kekacauan itu dilakukan orang luar yang dibawa masuk pihak tertentu bagi merosakkan proses dan keputusan pemilihan kali ini.

TerusTerang Manikavasagam picSelain Jawatankuasa Aduan Pemilihan yang dipengerusikan Abdul Malek Hussain, Jawatankuasa Displin PKR juga mengadakan pendengaran terhadap calon yang didapati melanggar tata etika parti.

Terdahulu, sebelum sidang media dimulakan, calon Ketua Cabang Kuala Selangor, S Manikavasagam yang kebetulan terserempak dengan wartawan Selangor Kini memberitahu beliau akan mengadap jawatankuasa displin.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara lanjut kenapa beliau dipanggil jawatankuasa terbabit.

-NFN-

Categories
NASIONAL

17 cabang PKR adakan pemilihan semula minggu ini

Oleh; NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 MEI: 17 cabang PKR akan mengadakan pemilihan bagi peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) minggu ini selepas pemilihan sebelum ini dibatalkan ekoran bermasalah.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul, berkata empat cabang daripada jumlah itu akan diadakan pemilihan semula pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis pemilihan parti bagi semua cabang yang dinyatakan dalam masa terdekat.

johari abdul parlimen 01“Pada mesyuarat 5 Mei lalu, kita dapati 17 cabang ini bermasalah dalam proses pengundian, jadi JPP membuat keputusan 13 cabang dan MPP akan dibuat pengundian semula pada Sabtu (13 Mei), manakala empat lagi akan diberitahu kelak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Johari berkata, 13 cabang dan MPP terbabit antaranya adalah Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Paya Besar, Nibong Tebal, Jerantut, Batang Sadong, Kapit , Pengerang, Tenggara, Tenom dan Keningau.

“Bagi cabang Bukit Katil, Tawau, Papar dan Sungai Petani akan mengadakan pemilihan pada satu tarikh yang akan ditetapkan dan diumumkan kemudian,” katanya.

Pemilihan pimpinan PKR sesi 2014-2017 di beberapa cabang terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku kekecohan dan terdapat dakwaan berlakunya penipuan pemilihan.

Kongres PKR 04Sebelum ini, terdapat desakan daripada seorang ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin supaya JPP membuat keputusan membatalkan penyertaan Timbalan Presiden, Azmin Ali atas dakwaan melakukan penipuan pemilihan.

Cabang yang diadakan semula itu dilakukan di bawah Seksyen 9.3 Peraturan Pemilihan Parti dan seorang pegawas digantung tugas sehingga kini.

Keputusan penuh boleh diperoleh dengan melayari di laman web http://pemilihan2014.keadilanrakyat.org.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Datang bawa bukti & kita tak sorok apa-apa – JPP Pemilihan PKR

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 APRIL: Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) 2014 mengalu-alukan setiap laporan serta bukti daripada kumpulan atau individu berhubung sebarang bentuk penipuan yang berlaku dalam pemilihan kali ini.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, berkata mereka yang ingin menyerahkan sebarang bantahan atau memorandum boleh berbuat demikian secara bertulis dan menyerahkannya terus kepada beliau atau ke pejabatnya.

“Saya mengalu-alukan sesiapa yang ada maklumat. Tidak semestinya organisasi tetapi individu yang mempunyai bukti dan maklumat berhubung penipuan.

johari-abdul“Datang mesti dengan bukti. Bawa laporan dan bantahan secara bertulis untuk diserahkan kepada saya atau Pengerusi Jawatankuasa Panel Penyiasatan, Malek Hussin.

“Insya Allah Malek dan pasukannya akan siasat dan kita tidak akan sorok apa-apa,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Difahamkan satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti berkenaan di depan Ibu Pejabat PKR bermula jam 3 petang, pada 30 April ini.

Johari dalam sidang media semalam memberitahu JPP akan menyiasat dakwaan yang mengatakan berlaku penipuan ketika proses pemilihan di beberapa cabang Sarawak yang membabitkan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Katanya, siasatan dakwaan itu sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan secepat mungkin.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Johari: 7 kawasan bakal laksana pemilihan semula

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 28 APRIL: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memaklumkan tujuh kawasan akan diadakan pemilihan semula ekoran timbul beberapa masalah.

Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul memaklumkan tujuh kawasan itu membabitkan negeri Terengganu iaitu Setiu, Kuala Nerus, Dungun, dan Kemaman, manakala Melaka membabitkan Bukit Katil dan Pahang bagi kawasan Paya Besar dan Jerantut.

Katanya, pemilihan sepatutnya diadakan pada 26 dan 27 April lalu terpaksa diadakan semula ekoran masalah lokasi dan logistik yang menjadi halangan pemilihan.

johari-abdul“Pemilihan semula itu akan diadakan pada 10 Mei ini,” katanya.

Pada masa sama, Johari memaklumkan keputusan pemilihan bagi fasa 1 yang diadakan pada 25, 26 dan 27 April lalu akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Katanya, keputusan itu akan dimuat naik di laman web parti.

“Pemilihan yang sudah selesai itu membabitkan kawasan Lawas, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka,” katanya.

Bagi fasa kedua, pemilihan akan diadakan di Sabah, Kedah, Perlis, Perak serta Pahang, pada 3 dan 4 Mei ini, manakala pada 10 dan 11 Mei pula membabitkan Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Jawatankuasa Pemilihan PKR teliti kenyataan Saifuddin, Azmin dalam media pro-kerajaan

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 16 APRIL: Jawatankuasa Pemilihan PKR 2014 (JPP) akan memutuskan sama ada memanggil dua Calon Timbalan Presiden, Datuk Saifuddin Nasution dan Azmin Ali selepas mereka tampil membuat kenyataan di dalam media pro-kerajaan.

Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul mengakui pihaknya ada menerima laporan berkenaan, namun masih belum mengambil keputusan untuk memasukkan perkara terbabit di dalam agenda perbincangan sehingga tarikh tutup proses bantahan pencalonan, pada 21 April ini.

“Saya ada terima laporan berkenaan perkara ini, cuma JPP masih belum memasukkan perkara ini di dalam agenda mesyuarat kami. Tunggu sehingga 21 April ini, baru kita akan putuskan berkenaan perkara terbabit tetapi buat masa ini masih belum ada sebarang agenda,” katanya di dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

johari abdul parlimen 01Johari berkata, pihaknya turut mnerima aduan daripada anggota parti berkenaan cara berkempen bagi calon di peringkat cabang yang menjelaskan bahwa perkara berkenaan bukan terfokus khusus pada jawatan di peringkat pusat sahaja.

Beliau berkata, namun pihaknya mengambil pendekatan yang lebih terbuka dalam menjalankan kempen selagi tidak melanggar peraturan yang ditetapkan perlembagaan parti yang melarang calon bercakap negatif berkenaan calon lain.

“Saya sebut berulang kali, JPP membuka ruang seluasnya untuk calon berkempen dengan cara yang sihat. Jelas saya katakan perkara itu asal tidak ada unsur pembelian atau dilihat sebagai unsur rasuah dengan memberikan wang.

“Jangan mengkritik secara negatif, kalau promosi tidak apa. Jika menjatuhkan air muka teman yang bertanding, kami akan siasat perkara itu,” katanya.

Kemunculan Azmin dan Saifuddin di dalam media arus perdana mengundang reaksi pelbagai daripada pihak yang berkenaan termasuk anggota parti.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: JPP tolak satu pencalonan peringkat pusat ekoran isu displin

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 APR: Selepas tempoh bantahan pencalonan bagi jawatan peringkat pusat ditutup semalam, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menerima satu bantahan terhadap calon yang bertanding.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, berkata bantahan itu dibuat ke atas seorang calon yang bertanding bagi merebut salah satu kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

“Bantahan itu menyatakan orang yang bertanding itu tidak layak kerana dia dikatakan mempunyai masalah disiplin dengan parti. Jawatan yang ditandingi adalah MPP dan tindakan sudah diambil parti dan tidak layak kerana ada isu penggantungan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

johari-abdulBeliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu terbabit sehingga perkara berkenaan diumumkan secara rasmi nanti.

Sementara itu, ketika menyentuh proses pencalonan bagi peringkat negeri, Johari memberitahu dua buah negeri, Kelantan dan Terengganu sudah selesai proses penamaan calon, manakala negeri lain iaitu Johor, Melaka dan Pahang akan mengadakan proses sama, hari ini.

Katanya, Sabah yang dijadualkan berlangsung esok diadakan selama dua hari iaitu hari ini dan esok bagi memberi peluang kepada calon yang berada jauh dari pusat penamaan calon.

“Pencalonan setakat ini berjalan lancar, tiada pihak yang bersikap negatif atau membuat kacau-bilau. Saya harap pemilihan nanti juga berjalan lancar yang akan bermula, pada 26 April ini.

“Pihak JPP juga cukup bersedia dengan menyediakan peralatan yang secukupnya dan Prosedur Arahan Tetap (SOP) yang jelas dalam pemilihan kali ini,” katanya.

-NFN-

Kepimpinan Tertinggi PKR diumum selewatnya 13 Mei

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Najib silap langkah, gagal selesai tiga isu penting

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 20 DIS: Isu ekonomi, keselamatan dan pendidikan adalah tiga faktor penting yang gagal diselesaikan kerajaan sehingga kini dilihat menjadi punca kemerosotan populariti, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hal itu termasuk faktor keluarga terutama membabitkan pembabitan isteri beliau, Datik Seri Rosmah Mansur dalam beberapa perkara berkenaan kerajaan menambahkan lagi tekanan kepada keadaan terbabit.

johari abdul parlimen 01Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, kelemahan yang gagal diperbetulkan seperti dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara sehingga mengakibatkan ketirisan wang rakyat mengundang keraguan ditambah dengan tindakan tidak popular menaikkan harga barang secara berturut-turut.

“Saya fikir ini bukan tindakan yang bijak kerana beliau mempunyai peluang yang jelas memperkasakan Suruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), selain memberikan kuasa secukupnya kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk mengambil tindakan.

“Namun, ia sudah terlewat. Akhirnya kerajaan mengeluarkan polisi tidak popular seperti menaikkan harga barangan seperti tarif elektrik, tol, penarikan subsidi gula dan minyak,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Kajian Merdeka Center mendapati populariti Najib di kalangan pengundi menjunam 10 mata kepada 52 peratus pada bulan ini berbanding Ogos lalu.

najib razakTinjauan itu dibuat di kalangan 1,005 orang responden terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India di semenanjung Malaysia antara 4 hingga 12 Disember lalu.

Johari berkata, sistem keselamatan dan tindakan yang lemah dalam membendung indeks jenayah sehingga mencetuskan kebimbangan rakyat membawa kepada kehilangan populariti Najib.

Katanya, kesan daripada kelemahan sistem keselamatan juga mengakibatkan rakyat terpaksa bersaing dengan pendatang asing dan menjejaskan mata pencarian mereka.

“Selain itu, kejatuhan mutu pendidikan negara pada kedudukan kedua tercorot di Asia Tenggara pada Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) mendedahkan lagi kelemahan pentadbiran Najib dalam memartabatkan pendidikan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PR selar tindakan Bung Mokhtar hina rakyat

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 18 NOV : Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang bertindak menghina rakyat selepas diserang bertali arus daripada penyokong pembangkang menerusi laman Twitternya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyifatkan Bung sebagai tidak beradab dan samseng apabila mengeluarkan kata kesat antaranya ‘bodoh’, ‘pelacur’ dan ‘beruk’.

Katanya, tindakan Bung itu menyerlahkan budaya pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sememangnya tidak ada hubung kait antara agama, politik, akhlak dan perbahasan.

khalid samad mugshot“Ini bukan kali pertama beliau (Bung) mengeluarkan kata kesat seperti itu dan BN juga tiada usaha untuk menasihatkan adab serta tingkah laku Bung itu,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Bung diserang menerusi komen di laman Twitternya kerana mengoyakkan usul PR apabila Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengemukakan usul berkenaan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri, di persidangan Dewan Rakyat, pada 14 Oktober lalu.

Bung bertindak demikian kerana mahu ‘membalas dendam’ ekoran pemimpin PR bangun mengoyakkan usul penggantungan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, pada sesi pagi hari yang sama.

Khalid berkata, tindakan Bung itu tidak boleh disamakan dengan PR kerana usul penggantungan Surendran adalah tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan Bung kerana pemimpin itu pernah bertindak demikian dengan mengeluarkan kata kesat dan menghina semua golongan.johari abdul parlimen 01

“Inilah contoh pemimpin BN yang terlalu angkuh hingga tidak ada batasan hormat kepada orang lain. Mereka lihat rakyat mudah diperbodohkan dalam pelbagai isu, contohnya kes penipuan dan rasuah,” katanya.

Johari berkata, tindakan angkuh itu adalah gambaran sebenar pemimpin BN yang menganggap mereka tidak akan jatuh kerana terlalu lama memerintah negara sehingga tidak ada satu kuasa merampas pentadbiran itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PR muafakat pertahan kemenangan DUN Sungai Limau

PRK DUN Sungai LimauSHAH ALAM 22 OKT: Pakatan Rakyat (PR) menzahirkan permuafakatan dalam mempertahan kemenangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK), pada 4 November ini.

Pendirian itu dilihta melalui permuafakatan pemimpin PKR yang berkampung di Sungai Limau mulai semalam untuk memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Azam Samad, pada hari penamaan esok.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dr Mansor Othman antara pemimpin yang menyertai ceramah perdana dan majlis pengumuman calon di Markas Utama PAS Jerai, malam tadi.

Menurut laporan Keadilan Daily, Azmin bersama Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin; Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung bergandingan dalam program Ramah Mesra Bersama Aktivis dan Anggota Cabang Alor Setar dan Kuala Kedah di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri, kira-kira jam 3 petang tadi.

Turut serta dalam program itu adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.

Program berkenaan diteruskan di Kampung Setia Jaya, Sedaka, Yan dengan pelancaran Bilik Gerakan Utama PKR Negeri dan jentera parti yang turut dihadiri Adun Bakar Arang, Simon Oii, kira-kira jam 5 petang.

Esok mereka juga sepakat akan berarak ke Pusat Penamaan di Pejabat Daerah Yan bagi mengiringi Azam, sebelum berkempen selepas itu. -NFN-