Categories
SELANGOR

Budaya hidup sihat langkah terbaik atasi denggi

Oleh: REMY ARIFIN

SHAH ALAM, 23 JUN: Kempen bebas denggi anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) adalah antara usaha bagi menyemai budaya hidup sihat terutama dalam mengatasi masalah denggi di Selangor.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi, berkata program berkenaan dilaksanakan sebagai inisiatif melaksanakan pelbagai program kesihatan dan menerapkan amalan menjaga kebersihan bermula daripada kanak-kanak.

DSC_4546Katanya, masalah denggi yang berlaku saban tahun terutama di Selangor perlu diatasi dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih dan mengamalkan budaya hidup sihat.

“Program ini juga di rancang untuk memberi kesedaran awam berkenaan bahaya nyamuk aedes dan demam denggi bagi mencapai objektif untuk menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya hidup sihat.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga ingin memupuk sikap keperhatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah berkenaan pendidikan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes,” katanya selepas merasmikan kempen berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi PERTIM Datuk Nahrawa Hashim di Galeri Shah Alam, di sini, semalam.

DSC_4562Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen itu adalah aktiviti 10,000 langkah Tasik Shah Alam , senamrobik, pertandingan mewarna, melukis poster dan persembahan daripada kanak-kanak berusia lima hingga lapan tahun.

Pada masa sama, Daroyah turut melawat hasil kerja pelajar di bawah PERTIM selain menyaksikan persembahan penutup kempen terbabit.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Awas wabak denggi menular ketika musim El-Nino

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 14 JUN: Masyarakat diingatkan untuk menjaga kebersihan persekitaran masing-masing bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes menular.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi walaupun musim panas dan kering akibat El Nino ketika ini, namun nyamuk jenis itu masing boleh membiak dalam takungan air bersih walaupun sekecil satu sudu teh.

denggi edit“Kerajaan Negeri komited dalam usaha membanteras penularan wabak denggi dengan penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes melalui Pihak Berkuasa Tempatan.

“Ia dengan pelbagai cara antaranya semburan Kabus, pemusnah jentik-jentik, gotong royong mahupun kempen kesedaran,” katanya dalam kenyataan, di sini Sempena Hari Denggi ASEAN yang disambut setiap tahun pada 15 Jun.

Sehubungan itu, Daroyah menyeru agar semua lapisan masyarakat berganding bahu memastikan agar kawasan persekitaran bebas denggi.

Untuk rekod, Selangor merupakan negeri yang mencatatkan bilangan kes jangkitan denggi tertinggi di Malaysia dengan jumlah 22,060 kes sehingga 8 Jun 2014 dengan 29 kematian.

Peningkatan sebanyak 366 peratus dalam tempoh yang sama berbanding tahun lalu iaitu hanya 4,734 kes dan mencecah jumlah kes yang dicatatkan dalam tempoh setahun pada tahun 2013 iaitu 23,852 kes.

Manakala sebanyak 53 lokaliti dikategorikan sebagai hot spot denggi di Selangor dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencatatkan bilangan hot spot tertinggi sebanyak 17 lokaliti.

EZY

Categories
SELANGOR

3,149 kes demam denggi direkodkan di Subang Jaya

Oleh: AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 8 JUN : Sebanyak 3,149 kes demam denggi dilaporkan di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sehingga 31 Mei lalu di mana 2,798 kes daripadanya adalah positif.

Bahagian Perhubungan dan Komunikasi Korporat MPSJ dalam satu kenyataan berkata daripada jumlah kes yang dilaporkan itu, sebanyak 21 kes direkodkan sebagai kes demam denggi berdarah dan 15 kes adalah positif.

denggi editMenurut kenyataan itu, statistik demam denggi di bawah pentadbiran MPSJ melibatkan 31 lokaliti Wabak terkawal, lima lokaliti wabak tidak terkawal serta lapan lokaliti hotspot.

Antara kawasan lokaliti hotspot yang dikenalpasti adalah USJ 11/2 (36 kes), Kompleks Suria (5 kes), Taman Universiti Indah 1 (11 kes), USJ 9/2 sehingga USJ 9/3J (10 kes), TK 4 (perumahan teres) sebanyak 11 kes, Vista Pinggiran (21 kes), Lagoon Perdana (6 kes) dan SS17/2 (10 kes).

Manakala sebanyak lima kawasan dikenalpasti sebagai lokaliti wabak tidak terkawal, antaranya PJS9/2 hingga PJS 9/30 sebanyak 9 kes, SS 15/6 (3 kes), Apartment Sri Nipah, Taman Pinggiran USJ (7 kes), Jalan Teratai, Taman Puchong Perdana (5 kes) dan Flat Puchong Permai (4 kes).

Kenyataan itu turut memaklumkan terdapat lima kematian denggi di kawasan pentadbiran MPSJ setakat ini iaitu di Pangsapuri Mawar Jaya, Kota Perdana; Pangsapuri Putra Raya, Tmn Pinggiran Putra; Bandar Kinrara 1; Vista Lavender, TK 3 dan One Avenue Condo, USJ 1.

EZY

Puchong Perdana catat 104 kes denggi sehingga 20 Mei


Sinopsis

Penduduk pangsapuri di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diminta supaya menitikberatsoal kebersihan kawasan kediaman supaya tidak terdedah daripada ancaman demam denggi.

Hal itu kerana 259 kes demam denggi dicatatkan bermula Januari hingga 20 Mei tahun ini di lima taman selian MPSJ membabitkan kawasan Puchong dengan Puchong Perdana mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 104 kes.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata kesedaran penduduk adalah penting dan pihak MPSJ turut memainkan peranan sama dalam memastikan kebersihan sekitar supaya nyamuk aedes tidak boleh membiak terutama di kawasan pembuangan sampah.

IMG_2288aBercakap ketika merasmikan program Gotong Royong Membenteras Aedes Bersama Selebriti anjuran MPSJ dengan kerjasama penduduk Taman Puchong Permai beliau menjelaskan, kawasan hotspot denggi boleh mengundang berlakunya demam denggi.

Categories
SELANGOR

Puchong Perdana catat 104 kes denggi sehingga 20 Mei

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 MEI: Penduduk pangsapuri di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diminta supaya menitikberatsoal kebersihan kawasan kediaman supaya tidak terdedah daripada ancaman demam denggi.

Hal itu kerana 259 kes demam denggi dicatatkan bermula Januari hingga 20 Mei tahun ini di lima taman selian MPSJ membabitkan kawasan Puchong dengan Puchong Perdana mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 104 kes.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata kesedaran penduduk adalah penting dan pihak MPSJ turut memainkan peranan sama dalam memastikan kebersihan sekitar supaya nyamuk aedes tidak boleh membiak terutama di kawasan pembuangan sampah.

IMG_2288aBercakap ketika merasmikan program Gotong Royong Membenteras Aedes Bersama Selebriti anjuran MPSJ dengan kerjasama penduduk Taman Puchong Permai beliau menjelaskan, kawasan hotspot denggi boleh mengundang berlakunya demam denggi.

“Objektif program ini antaranya sebagai usaha mengurangkan kadar denggi di kawasan pentadbiran MPSJ dan memberi kesedaran kepada penduduk akan bahaya denggi.

“Selain itu, kita juga mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya bertanggungjawab menjaga kebersihan serta menggalakkan penduduk untuk sama turun padang menjalankan aktiviti gotong-royong,” katanya.

IMG_2357aBeliau berkata, penyewa kebiasaannya kurang mengambil berat berkenaan kebersihan kediaman disebabkan menganggap rumah yang mereka diami bukan rumah sendiri berbanding penduduk yang membeli sendiri.

Majlis gotong-royong itu turut disertai Aman Shah Asri atau lebih dikenali sebagai Am Raja Lawak selain sukarelawan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kes denggi meningkat, tetapi trend mingguan menurun

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 14 APRIL : Sebanyak 15,250 kes demam denggi dilaporkan berlaku di Selangor sehingga kini dengan peningkatan sebanyak 625 kes berbanding minggu lalu, kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim.

Beliau berkata meskipun jumlah kes yang dicatatkan setakat ini adalah meningkat, namun trend atau kes mingguan menunjukkan angka itu jauh lebih rendah berbanding Oktober tahun lalu.

denggi editKatanya kerajaan negeri akan terus memantau keadaan itu bersama-sama 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan menetapkan sasaran kes tidak melebihi 500 setiap minggu.

“Jumlah kes mingguan pada Oktober 2013 adalah sebanyak 1,164 apabila kerajaan negeri mula-mula dimaklumkan mengenai perkara ini.

“Kita giat menjalankan mesyuarat mingguan sejak lima bulan lalu bersama semua wakil Pengarah PBT di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk memberi taklimat berhubung usaha yang dijalankan.

“Jika ia tidak menurun kepada 500 kes seminggu, maka kita akan terus pantau keadaan ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Gerakan Advokasi Denggi di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Teng berkata semua PBT di negeri ini juga sudah diarahkan untuk menggerakkan jentera mereka masuk ke kawasan sekolah bagi memberi taklimat kepada pelajar tentang wabak denggi.

Beliau berkata setakat ini seramai 20,000 orang pelajar sudah diberikan taklimat serta dibekalkan dengan risalah supaya orang ramai sedar tentang implikasi denggi kepada kehidupan seharian.

“Semua PBT diarahkan untuk masuk ke kawasan sekolah bagi memberi taklimat sejak tiga bulan lalu dan saya difahamkan hampir semua PBT sudah mula melakukan perkara itu dan giat mengedarkan risalah.

“Kita mahu gunakan pengaruh anak-anak untuk maklumkan kepada keluarga mereka dengan kaedah persuasif (memujuk) tentang bahayanya wabak ini,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Kes meningkat, usaha perangi Denggi dipergiatkan

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 10 APRIL : Kerajaan Negeri meneruskan usaha giat bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memantau wabak denggi yang meningkat di negeri ini.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata ekoran wabak denggi sejak September 2013 menjadi situasi membimbangkan.

denggi editMaka, Kerajaan Negeri dan PBT melalui mesyuarat khas wabak denggi setiap minggu akan mendapatkan maklum balas dari Jabatan Kesihatan negeri, PBT, Pejabat Daerah dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Katanya, setakat ini, sebanyak 437 Communiti Behavior Impact (Combi) ditubuhkan di seluruh negeri.

“Selain pelbagai aktiviti pencegahan yang dilaksanakan, setakat ini 16 kali mesyuarat dijalankan di semua peringkat jabatan dan agensi bagi mengurangkan risiko pembiakan denggi di lokaliti,” katanya yang menjawab pertanyaan Lai Nyuk Lan (DAP-Sungai Pelek).

Selain itu, Daroyah memaklumkan kajian berhubung pembiakan nyamuk Toxo (Toxorhynchites) dalam mengurangkan populasi nyamuk Aedes masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya ekoran kajian keseluruhan masih dijalankan.

“Kajian bersama Universiti Sains Malaysia (USM) ini memperuntukkan sebanyak RM60,000 masih dalam penyelidikan dan tidak dapat dijalankan sepenuhnya di kawasan-kawasan lain.

“Kita tahu ia merupakan cara yang berkesan untuk mengurangkan populasi Aedes dan kita akan menggunakan langkah ini apabila kajian keseluruhan termasuk habibat nyamuk ini diselesaikan,” katanya.

Sehingga 5 April lalu, Selangor mencatatkan penurunan kes daftar denggi Jabatan Kesihatan Negeri dengan jumlah 624 kes yang dicatatkan pada minggu epid ke-14 tahun ini.

Sebelum ini, Selangor mencatatkan 1,429 kes pada minggu kelapan untuk tahun sama dan pada tahun 2013, 1,142 kes didaftarkan pada minggu ke-43 dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri.

Bersabit dengan angka terbabit, Kerajaan Negeri melalui Exco Kerajaan Tempatan sudah mengambil tindakan proaktif dengan mengadakan mesyuarat mingguan bersama Jabatan Kesihatan.

Secara keseluruan, Selangor mencatatkan 14,654 kes denggi dari 1 Januari sehingga 5 April lalu.

Untuk rekod, 25 kematian dicatatkan sehingga kini bagi tempoh empat bulan pertama dan jumlah itu mengatasi rekod tahun lalu dengan 23 kematian sepanjang tahun 2013.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Selangor catat penurunan kes daftar denggi sehingga 5 April

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 APRIL: Selangor mencatatkan penurunan kes daftar denggi Jabatan Kesihatan Negeri dengan jumlah 624 kes yang dicatatkan pada minggu epid ke-14 tahun ini sehingga 5 April lalu.

Sebelum ini, Selangor mencatatkan 1,429 kes pada minggu ke-8 untuk tahun sama dan pada tahun 2013, 1,142 kes didaftarkan pada minggu ke-43 dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri.

Bersabit dengan angka terbabit, Kerajaan Negeri melalui Exco Kerajaan Tempatan sudah mengambil tindakan proaktif dengan mengadakan mesyuarat mingguan bersama Jabatan Kesihatan.

teng pc stripe tie 01Exconya, Datuk Teng Chang Kim menjelaskan selepas lima bulan pemantauan perkembangan positif dilihat melalui usaha yang dilaksanakan.

“Pemantauan ini akan diteruskan sehingga kes ini berkurangan membabitkan 500 kes ke bawah,” katanya dalam sidang media di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau yang juga ADUN SUngai Pinang berkata, pendidikan umum itu penting terutama penerangan di peringkat sekolah berkenaan perlunya menjaga kawasan sekitar supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes selain mengadakan gotong-royong mingguan.

Katanya, jumlah Communiti Behavior Impact (Combi) juga akan dipertingkat, namun Kampung Baru Sungai Chua di bawah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang pernah menjadi kawasan ‘hot spot’ selama 33 hari masih mempunyai tempat pembiakan nyamuk Aedes kerana kurangnya kerjasama daripada penduduk setempat.

denggi edit“Saya ingin memberikan penekanan kepada kawasan ini supaya penduduk setempat memberikan kerjasama kepada pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyelesaikan perkara itu.

“Saya sudah mengarahkan Majli Perbandaran Kajang memghubungi Pejabat DUN Bangi dan Ahli Majlis bertanggungjawab untuk memberikan penerangan kepada penduduk kerana kita tidak mahu lagi kawasan ini menjadi hot spot,” katanya.

Secara keseluruan, Selangor mencatatkan 14,654 kes denggi dari 1 Januari sehingga 5 April lalu.

Untuk rekod, 25 kematian dicatatkan sehingga kini bagi tempoh empat bulan pertama dan jumlah itu mengatasi rekod tahun lalu dengan 23 kematian sepanjang tahun 2013.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB: Penjadualan air tamat selepas paras empangan lebih 55 peratus

1. MB: Kerajaan Negeri panggil KDEB, perjelas isu Hotel Quality

2. MB: Perjanjian baru akan dimeterai selepas pelaksanaan WSIA

3. MB: BSM dicadang tulis surat kepada AG mohon bible dipulangkan

4. MB: Penjadualan air tamat selepas paras empangan lebih 55 peratus

5. Abdul Khalid sambut baik cabaran 6 penjuru bertanding Timbalan Presiden PKR

6. Mesyuarat Exco lulus pembayaran 2 lukisan A Samad Said

7. Exco: Nelayan terjejas akibat jerebu, sumber kewangan alternatif perlu ada

8. Exco: PPA seluruh Selangor lancar “Program Baca Bersama 10 Minit”

9. Denggi: 25 kematian berlaku di Selangor

10. MBSA sasar 100,000 kg barangan kitar semula dikumpul

11. Bersih 2.0: Pengundian berdasarkan perkauman, Menteri patut letak jawatan

12. Mufti: Tiada Solat Ghaib selagi pencarian MH370 diteruskan

13.Kerajaan Pusat patut ambil alih pengurusan tol bukan terus beri pampasan

Categories
SELANGOR

Kes Denggi meningkat, orang ramai patut lebih waspada

SUBANG JAYA 31 MAC: Satu lagi kematian disahkan akibat demam denggi di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadikan jumlah keseluruhan maut akibat wabak itu empat sejak awal Januari lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, tiga kes membabitkan penduduk yang menghuni pangsapuri manakala mangsa terakhir mendiami perumahan teres di Bandar Kinrara 1/7.

denggi editAsmawi berkata, masih terdapat enam lokasi panas merekodkan kes tertinggi wabak berkenaan termasuk Taman Kinrara Seksyen 3; Taman Puchong Utama 7; Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara 6; SS15/5, Lestari Puchong 6 dan Taman Pinggiran USJ 2.

Sehingga minggu ke-11, sebanyak 2,178 kes dilaporkan dengan 1,829 disahkan positif.

Asmawi dalam pada itu mengingatkan penduduk yang menyimpan air dalam bekas berikutan jadual catuan bekalan tersebut supaya memastikan bekas digunakan ditutup sebaiknya.

Ia bagi mengelakkan bekas tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Cuaca panas dan catuan air dilaksanakan menyebabkan ramai penduduk menyimpan air dalam pelbagai jenis bekas, kena pantau selalu bekas tersebut kerana takut ia jadi tempat pembiakan aedes,” katanya dipetik Sinar Harian.

Dalam pada itu, daerah Klang mencatat peningkatan mendadak kes demam denggi bagi tempoh Januari hingga 26 Mac sebanyak 2,186 sedangkan sepanjang tahun 2013 hanya 2,217 jumlah kes dilaporkan.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohammad Yacob berkata, lonjakan kes untuk suku tahun pertama itu hampir menyamai kes sepanjang tahun lalu dengan dua kematian disahkan bagi tempoh berkenaan.

“Jumlah kes demam denggi di daerah Klang menunjukkan kawasan ini menjadi antara lokaliti aktif nyamuk aedes, oleh itu masyarakat perlu bekerjasama membendung penularan wabak berkenaan.

“MPK anjurkan satu program baharu iaitu Cikgumu Cantik, dan antara inti patinya ialah cikgu dan murid cari jentik-jentik di kawasan sekolah,” katanya.

Mohammad menjelaskan, inisiatif ini bertujuan mendidik masyarakat bermula dari peringkat kanak-kanak akan kesedaran bahaya aedes dan denggi yang menjadi penyumbang kepada kematian.

Kes denggi di Selangor mencatatkan peningkatan sehingga 354 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2014 iaitu 6,211 kes berbanding 1,367 kes tahun lalu.

Categories
SELANGOR

Masyarakat digesa gotong-royong bersih rumah atasi wabak denggi

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 FEB : Orang ramai digesa supaya giat menjalankan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan persekitaran rumah selain mengawasi takungan air di kawasan kediaman bagi mengatasi wabak denggi yang semakin serius.

Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari, berkata penyakit demam denggi perlu diatasi secara kolektif dan bukannya sekadar berharap kepada jabatan kesihatan, pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun wakil rakyat semata-mata.

yaakob interview yellow stripe 01Katanya masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan langkah pencegahan awal dapat dilaksanakan apatah lagi Selangor memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

“Pengawasan juga hendaklah diberikan bagi rumah kosong, kawasan pembangunan, rumah tinggal pekerja kontrak dan kawasan hot spot yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Selangor mempunyai 5.6 juta penduduk dan ini merupakan salah satu sebab Selangor mencatat kes denggi tertinggi di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Yaakob berkata penyelesaian wabak denggi perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan baru berikutan kaedah semburan asap ternyata tidak lagi berkesan.

Beliau turut bersetuju supaya peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) yang diperuntukkan untuk Dun Kota Anggerik digunakan bagi membaiki longkang di bandar Shah Alam.

“Saya melihat seperti ada toleransi di antara musim panas dan wabak denggi, justeru saya cadangkan supaya perkara ini dilihat dari aspek kejuruteraan seperti longkang-longkang di seluruh Shah Alam.

“Banyak longkang yang telah pecah dipenuhi daun-daun dan saluran, manakala kawasan penangkap pasir menakung air,” katanya lagi.

Sehingga 22 Februari lepas, Selangor mencatatkan 11 kes kematian akibat demam denggi.

Empat daerah utama yang menunjukkan beban kes denggi tertinggi adalah daerah Petaling dengan 2738 kes, Hulu Langat (1784 kes), Gombak (644 kes) dan Klang (775 kes).

EZY

Categories
SELANGOR

Wabak denggi kini fenomena serantau

SHAH ALAM 28 FEB: Statistik peningkatan wabak denggi yang dicatatkan di beberapa buah negeri di Malaysia adalah fenomena serantau yang turut dihadapi negara jiran antaranya Singapura, Laos dan Vietnam.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata, sebagai sebuah negeri maju, Selangor turut tidak terlepas daripada berdepan masalah itu berikutan kepadatan penduduk yang semakin bertambah.

daroyah aedesKatanya meskipun Selangor mencatat kes demam denggi tertinggi di negara ini pada tahun 2013, namun hanya 24 kematian direkodkan sepanjang tahun itu berbanding negeri-negeri lain.

“Walaupun kes yang dilaporkan rendah di negeri-negeri lain, namun angka kematian yang dicatatkan adalah jauh lebih tinggi dari Selangor.

“Sebagai contoh, Selangor mencatat kes denggi tertinggi sebanyak 23,852 kes, tetapi hanya 24 kes kematian direkodkan sepanjang tahun itu, berbanding Johor yang merekodkan angka kematian sama walaupun mereka hanya mencatatkan 4,828 kes denggi sepanjang tahun.

“Ini menunjukkan bahawa Selangor berjaya mengawal wabak tersebut dari menyebabkan terlalu banyak kematian,” katanya kepada Keadilan Daily.

Daroyah berkata draf statistik wabak denggi di seluruh dunia mula meningkat sejak Mei tahun lalu dan masih tidak memperlihatkan sebarang tanda-tanda penurunan sehingga kini.

Beliau dalam pada itu turut membidas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang mendakwa agensi Kerajaan Negeri tidak memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan sehingga menyebabkan peningkatan kes demam denggi di negeri itu.

Katanya Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memantau dan mengawal wabak itu daripada terus menular dengan memastikan tahap kebersihan negeri kekal di tahap terbaik.

“Kerajaan Negeri berharap agar rakyat di negeri ini dapat menjiwai budaya hidup sihat dan bersih seterusnya melaksanakan konsep yang kita gariskan iaitu kebersihan setiap hari, setiap masa dan dimana jua,” katanya lagi.

Bagi tahun ini sehingga 22 Februari 2014, sejumlah 8936 kes denggi yang disahkan melalui ujian makmal dilaporkan di Selangor.

Daerah Petaling kekal merekodkan beban kes denggi tertinggi iaitu sebanyak (3989 kes), diikuti Hulu Langat (2438 kes), Klang (1115 kes) dan Gombak (954 kes).

EZY