Toyol makan duit MAS RM14 billion ?

SINOPSIS : Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad (PAS) mempersoalkan kehilangan pendapatan Sistem penerbangan Malaysia (MAS) selepas ditolak gaji pekerja yang dianggarkan bernilai RM14 bilion walaupun jumlah penumpang syarikat penerbangan kerajaan itu meningkat setiap tahun, sekali gus memperlihatkan penambahan jumlah pendapatannya.

Rakaman Sidang Parlimen Malaysia Sesi Pagi – 20052015

Categories
NASIONAL

Parlimen ke-13 bermula hari ini

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah mencemar duli merasmikan pembukaan Parlimen ke-13 bagi penggal ke tiga, pagi ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Sultanah Haminah Hamidun pada jam 10 pagi disambut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

parlimentTurut menyambut ketibaan baginda adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah ‘Hormat Diraja’ selepas memeriksa kawalan kehormat yang berlangsung di Dataran Parlimen.

Pancaragam Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi kemudian memainkan lagu Negaraku diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BN cemas Azmin guna bahasa difahami Ahli Parlimen Australia?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 9 APRIL: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak perlu berasa cemas hingga menimbulkan ketegangan apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azim Ali menggunakan Bahasa Inggeris ketika berbahas di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, berkata hal itu disebabkan Peraturan Tetap Dewan Rakyat membenarkan bahasa kedua itu digunakan terutama apabila terdapat tetamu antarabangsa yang mengikuti persidangan Dewan Rakyat.

surendran“Pertengkaran dimulakan Ahli Parlimen BN kerana mereka tidak mahu menerima realiti hanya mendapat sokongan 47 peratus rakyat tetapi sebenarnya ini fakta.

“Penggunaan Bahasa Inggeris seharusnya tidak menjadi masalah kerana di bawah Peraturan Tetap Dewan Rakyat, Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi di dewan tetapi Bahasa Inggeris boleh digunakan dengan kebenaran Yang Dipertua.

“Sebelum ini, adakala Bahasa Inggeris digunakan dan kali ini kerana ada tetamu dari Australia. Mereka juga berminat untuk tahu apa yang dibahaskan,” katanya kepada Selangor Kini di perkarangan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, semalam.

Surendran yang masih dalam tempoh penggantungan Dewan Rakyat itu juga tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen BN bertindak demikian bagi mengelakkan Ahli Parlimen Australia yang mengikuti perbahasan memahami bahawa parti pemerintah negara ini ditolak rakyat.

azmin“Jadi mengapa BN perlu menjerit-jerit tatkala kita ada tetamu? Mereka memulakannya seperti biasa,” katanya.

Pada 7 April lalu, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Jamaluddin Jarjis dalam Dewan Rakyat tidak berpuas hati selepas Azmin menggunakan Bahasa Inggeris ketika berbahas.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Abdul Khalid berpantun di Dewan Rakyat, beri isyarat ke Putrajaya

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 24 MAC:  Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , menggamatkan suasana persidangan Dewan Rakyat apabila menyampaikan serangkap pantun sebelum mengemukakan soalan.

Pantun itu menggambarkan isyarat jelas kejayaan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, semalam yang dilihat menjadi landasan untuk mereka menguasai Putrajaya.

“Pakatan Rakyat semalam gembira, kemenangan di Kajang membawa ke Putrajaya, saudara menteri diminta bersedia, menjawab soalan saya yang kedua,” katanya.

Abdul KhalidAbdul Khalid kemudian menggesa Kerajaan{Pusat memberi penekanan terhadap kutipan semula hutang Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang dianggarkan berjumlah lima peratus.

Katanya, walaupun hanya lima peratus, namun jumlah berkenaan dianggarkan berjumlah RM150 juta berdasarkan kajian yang dilakukan beliau.

“Kutipan lima peratus meragukan, tetapi saya belum dapat maklumat terperinci berkenaannya. Berdasarkan kajian yang saya buat, ia lebih besar daripada itu.

“Bagaimanapun, saya mengingatkan kerajaan bahawa lima peratus jumlahnya adalah RM150 juta dan itu sangat banyak. Sebab itu usaha perlu dilakukan supaya duit itu tidak hilang dan terbuang,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

downloadPada sesi soalan lisan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memaklumkan hutang bermasalah pinjaman TEKUN dianggarkan berjumlah RM100 juta atau lima peratus.

Sementara itu, hampir RM3 bilion diperuntukkan untuk pinjaman TEKUN dengan setengah daripada jumlah itu diberikan kepada peminjam dari Selangor.

Seramai 280,775 orang diberikan pinjaman dan 61.6 peratus (172,957 orang) daripadanya adalah golongan belia membabitkanh RM2.29 bilion.

Tajuddin turut memaklumkan 52,287 daripada 80,647 orang meneruskan pinjaman berulang dengan jumlah RM1.1 bilion.

-NFN-

Categories
NASIONAL

MH370 : Kenyataan bercanggah, Hishamuddin diserang media antarabangsa

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 13 MAC: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein diserang wartawan media antarabangsa ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau dan beberapa agensi kerajaan didapati bercanggah antara satu sama lain.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata kejadian serangan media antarabangsa terhadap Hishamuddin itu berlaku dalam sidang media harian insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

“Kalau inilah berlaku, maka Umno tidak ada kepimpinan yang telus sebab itu dalam sidang media yang kita saksikan, media antarabangsa menyerang Hishamuddin dengan mengatakan Kerajaan Malaysia tidak jujur, tidak telus dalam memberi maklumat insiden MH370.

azmin“Rumusan saya adalah menteri Umno ini tidak biasa berdepan dengan media antarabangsa. Dia cuma biasa jawab dengan Utusan Malaysia, TV3 dan RTM. Dia tak biasa dengan CNN, BBC, Al-Jazera dan media antarabangsa lain tetapi yang dia boleh tipu dengan Utusan serta TV3.

“Sebab itu bila ada lebih 50 media antarabangsa berkampung di KLIA, dia tidak boleh jawab kerana Perdana Menteri terlalu lemah, jelek dan tidak mampu menangani krisis yang dihadapi rakyat,” katanyadalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Taman Mesra, di sini, semalam.

Beliau turut menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat menolak usul tergempar yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk membincangkan insiden MH370 sebagai tidak wajar.

mh370 pc“Kita mahu membincangkan kenyataan yang dikeluarkan setiap agensi yang bercanggah. Polis keluar kenyataan berbeza daripada Jabatan Penerbangan Awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Menteri Pengangkutan.

“Speaker Dewan Rakyat dengan mudah menolak usul terbabit dengan mengatakan cukuplah simpati yang ditunjukkan Perdana Menteri, tidak perlu kita bahas.

“Kita bukan mahu kenyataan daripada satu atau dua individu tetapi ingin Dewan Rakyat sebagai tempat yang tinggi dalam sistem kenegaraan membincangkan isu ini supaya boleh bersama dalam operasi mencari dan menyelamat dengan membantu memberi sedikit kelegaan serta mengurangkan keresahan keluarga mereka,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

89 Ahli Parlimen PR boikot sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Semua 89 anggota Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini memboikot sidang Parlimen dengan tidak muncul pada hari pertama sidang Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam memakai sut hitam biasa ke Parlimen dan bukannya sut protokol adat berwarna putih sewaktu menghadiri ucapan Yang di-Pertuan Agong secara rasmi membuka sesi Parlimen tahun ini, sebagai tanda “protes”.

Pakatan Rakyat Leaders ParlimenWalaupun sut putih itu biasanya dipakai semua 222 ahli parlimen, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ahli parlimen Pakatan memakai sut hitam seperti sidang Parlimen biasa sebagai tanda protes terhadap “ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa”.

Pakatan mengumumkan hasratnya untuk memboikot perarakan dan jamuan diraja kerana Anwar berkata partinya tidak mahu bersama pihak yang “kejam dan zalim”.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini muncul untuk memberi jawapan lisan kepada soalan bertulis yang pada kebiasaannya dijawab Timbalan Menteri Kewangan atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi pihaknya.

 

Categories
NASIONAL

Anwar : Tolak usul intipan tunjuk kerajaan Najib lemah

KUALA LUMPUR 27 NOV : Pakatan Rakyat (PR) membantah penolakan kerajaan terhadap usul mengecam pengintipan Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura ke atas Malaysia.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sikap kerajaan yang selalu berlembut dalam isu terbabit menunjukkan kelemahan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

anwar white“Kita tidak setuju dengan cara kerajaan yang terlalu lemah. Saya ulangi sifat kerajaan yang lembik menangani isu ini seperti mana saya nyatakan minggu lepas.

“Kita bantah isu yang serius menyentuh kepentingan, keselamatan dan maruah negara yang boleh ditolak sewenang-wenangnya,” kata Anwar kepada Keadilan Daily, di sini, hari ini.

Usul tergempar yang dibentangkan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin semalam ditolak Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan tidak perlu dibincangkan dalam kadar segera.

Usul itu dibentangkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) bertujuan mengutuk tindakan tiga negara terbabit yang didakwa bekerjasama untuk memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet negara bagi mengintip Kerajaan Malaysia dan pemimpin negara.

Shamsul ketika membacakan usul berkenaan berkata, akhbar Australia iaitu Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan, terdapat risikan ke atas Malaysia oleh Kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia seperti didedahkan pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden.

shamsul-iskandar-pkr(1)“Yang terkini, seperti dilaporkan media Belanda iaitu NRC Handelsblad, Singapura juga didedahkan turut membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan ’5-Eves’ yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.

“Selanjutnya media Australia, Fairfax pula mendedahkan bahawa Singapura adalah rakan kepada Agensi Perisikan Elektronik Australia iaitu “Defence Signals Directorate” untuk memintas kabel SEA-ME-WE 3 yang juga kabel telekomunikasi terpanjang di dunia dan diuruskan Singtel, syarikat telekomunikasi milik Kerajaan Singapura.

“Sementara kita memperakui hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan AS, Australia serta Singapura di bawah asas utama kepada perhubungan ini adalah kepercayaan sesama negara, tetapi aktiviti pengintipan dan risikan terhadap setiap pimpinan negara ini tentunya mencabuli negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka,” kata Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda PKR.

Katanya, Malaysia perlu mencontohi tindakan tegas pimpinan Brazil, Jerman dan Indonesia yang membantah pengintipan antaranya menuntut permohonan maaf serta memanggil pulang duta mereka di Australia.

“Kecaman keras daripada Dewan ini perlu bagi memberi tekanan kepada tiga negara itu. Mesej jelas dan tegas perlu dizahirkan rakyat Malaysia kepada mereka.

“Kegagalan kerajaan khususnya Perdana Menteri untuk mengeluarkan pendirian tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus berlaku,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Greece muflis walau laksana GST

KUALA LUMPUR 27 NOV : Tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi penawar menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke lembah kemuflisan.

RafiziMereka turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kedudukan kewangan negara dan mendedahkan sama ada Malaysia berhadapan risiko muflis atau dalam kedudukan kewangan selesa.

Menurut portal Malaysiakini, gesaan itu dibuat Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, semalam.

tony-puaSemalam, Najib berkata, negara akan muflis jika GST tidak dilaksanakan dan pada masa sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pula mendedahkan kedudukan kewangan negara masih lagi kukuh.

“GST tidak akan menyembuhkan segala-galanya. Hong Kong dan US tidak ada GST, tetapi mereka tidak muflis, namun berbeza dengan Sepanyol serta Greece yang mempunyai GST tetapi mereka menanggung kemuflisan,” kata Tony Pua.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Speaker tolak usul kecam 3 negara ke atas Malaysia

KUALA LUMPUR 26 NOV : Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) bagi mengecam pengintipan tiga buah negara ke atas Malaysia, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Usul tergempar itu dibentangkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) bertujuan mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS), Singapura dan Australia yang didakwa bekerjasama memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet Malaysia bagi mengintip pimpinan negara ditolak atas alasan tidak perlu dibincangkan dengan segera.Shamsul-Iskandar-103Shamsul berkata, akhbar Australia, Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan terdapat risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan AS dan Australia seperti didedahkan bekas kontraktor keselamatan AS, Edward Snowden.

“Media Belanda iaitu NRC Handelsblad mendedahkan Singapura turut membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan ‘5-Eves’ yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.

“Sementara itu, Fairfax (Australia) pula mendedahkan Singapura adalah rakan kepada agensi risikan elektronik Australia iaitu “Defence Signals Directorate” untuk memintas kabel SEA-ME-WE 3 iaitu kabel telekomunikasi terpanjang di dunia dan diuruskan Singtel iiatu syarikat telekomunikasi milik kerajaan Singapura.

“Aktiviti pengintipan dan risikan terhadap setiap pimpinan negara tentunya mencabuli Malaysia yang berdaulat dan merdeka, apatah lagi kita memperakui hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan AS, Australia serta Singapura membabitkan asas utama iaitu kepercayaan,” katanya yang dipetik daripada Malaysiakini.

parlimentBeliau berkata, Malaysia perlu mencontohi Brazil, Jerman dan Indonesia yang menzahirkan protes mereka antaranya dengan menuntut permohonan maaf serta memanggil pulang duta mereka di Australia.

“Kegagalan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengeluarkan pendirian yang tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus berlaku,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kerajaan gadai kem Tebrau dan Plentong RM465 juta?

KUALA LUMPUR 26 NOV: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan status kem tentera di Tebrau dan Plentong, Johor.

Mahfuz turut mempersoalkan sama ada dua kem itu digadai kepada Malaysian Buildings Society Sdn Bhd (MBSB) dengan harga RM465 juta, yang mana projek itu pada asalnya bernilai RM256 juta, namun tidak berjaya disiapkan pada tempoh ditetapkan.

mahfuz omarKatanya, projek itu bermula pada 2002 tetapi laporan audit 2012 mendedahkan perkembangan projek di bawah syarikat KCSB Konsortium Sdn Bhd hanya berjaya disiapkan 18 peratus sahaja.

“Kalau ikut laporan audit, kerajaan mesti tamatkan segera syarikat ini. Adakah ia sudah ditamatkan kerana tanah kem sudah tergadai. Hal yang berlaku itu adalah pengkhianatan dan penderhakaan sebenar kepada negara.

“Kita cakap pasal ingin membela kebajikan tentera tetapi mereka dikhianati,” katanya yang dipetuk daripada HarakahDaily ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan di bawah Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Mahfuz berkata, KCSB mendapat untung dengan mudah walaupun projek yang diberikan belum siap sepenuhnya.

“Saya minta penjelasan bagaimana kontraktor ini dipilih. Ini bukan pondok durian boleh digadai sesuka hati tetapi ini tempat duduk tentera, anak dan keluarga mereka yang mesti dijaga kebajikannya,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PR sokong cadangan Daim mansuh AP

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 21 NOV – Pakatan Rakyat (PR) menyokong cadangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin supaya kerajaan menimbang cadangan memansuhkan Permit Import (AP) bagi membantu rakyat memiliki kenderaan pada harga murah.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam jawapan ringkas menerusi sistem pesanan ringkas berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan berkenaan meskipun Daim mengulangi pendirian PR sebelum ini.

Rafizi-Cukai-Kereta“Saya setuju dan sebenarnya Tun Daim hanya mengulangi pendirian kita selama ini bahawa AP perlu dihapuskan untuk mengurangkan harga kereta,” katanya.

Tun Daim dalam laporan media menyatakan kerajaan perlu mengambil langkah positif dalam Dasar Automotif Negara (NAP) yang akan disemak tidak lama lagi supaya menimbangkan kepentingan segmen penduduk yang lebih besar dan bukannya beberapa orang terpilih sahaja.

Syor pemansuhan AP kereta juga turut dinyatakan Presiden Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Roland S Folger.

Folger juga menekankan, pemansuhan AP terbuka tidak akan menjejaskan kutipan cukai kerajaan tetepi dapat meningkatkannya.

Di Malaysia, terdapat 98 syarikat yang mempunyai AP kereta dan PR sebelum ini menganjurkan kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ serta menyenaraikan kempen berkenaan di dalam manifesto pilihan raya lalu.

-NFN-