Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air di Klang pulih mulai esok

PUTRAJAYA, 9 MEI: Masalah gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Klang susulan tiga paip utama yang pecah berhampiran projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping, dijangka pulih secara berperingkat mulai esok.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, kontraktor Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sedang bekerja 24 jam bagi melaksanakan kerja pembaikan paip berkenaan yang telah siap pada kadar 35 peratus sehingga semalam.

Beliau berkata kontraktor Air Selangor perlu mengambil masa membaiki tiga paip besar berukuran 1400mm, 900mm dan 600mm yang pecah Ahad lepas.

“Saya minta kesabaran penduduk Klang sebab masalah air ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.

“Kontraktor bekerja 24 jam bagi memastikan air disambung balik,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kementeriannya di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Beliau berkata pihaknya juga mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menyiasat isu paip pecah terbabit.

Sejak Ahad lalu, hampir 90 kawasan di daerah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas tiga paip utama di kawasan pembinaan lebuh raya itu pecah.

Pengerusi Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim dilaporkan berkata kerajaan negeri dan pihak WCE akan berusaha menyelesaikan kerja pembaikan paip itu dengan kadar segera.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Gangguan air sekitar Klang dijangka selesai malam ini

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 6 MEI: Kerja pembaikan bagi tiga paip utama yang pecah berhampiran projek pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting – Taiping membabitkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Klang dijangka siap, pada 8 malam ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad, berkata, kerja pembaikan bagi paip berkenaan mengambil sedikit masa tambahan ekoran kerosakan serius pada paip jajaran utama bersaiz 1400mm, 900mm dan 600mm yang menyukarkan usaha pihaknya mempercepatkan proses pembaikan.

“Bantuan bekalan air kecemasan melalui tangki air masih digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas.

“Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili masih diaktifkan sehingga bekalan pulih sepenuhnya untuk memberi bantuan kepada pelanggan yang terjejas.

“Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan dan berusaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air kepada pelanggan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat dan status terkini, boleh memuat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau App Store atau layari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor” dan Twitter @air_selangor.

Pelanggan juga boleh menghubungi di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 dan 019-280 0919 untuk bantuan.

 

Categories
SELANGOR

Gangguan air pulih sepenuhnya hari ini – MB

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 27 APR: Penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur kini mampu menarik nafas lega apabila gangguan air yang melanda enam kawasan sudah pulih sepenuhnya hari ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, beliau berpuas hati dengan kerja pelaksanaan dijalankan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam menyelesaikan masalah terbabit.

Menjelang semalam katanya, gangguan itu sudah pulih sebanyak 97 hingga 98 peratus.

“Hari ini saya rasa kita dapat awal. Saya juga minta maaf ada yang marah sebab kita bagi awal daripada jangkaan. Mungkin mereka bergurau kerana jangkaan bekalan air pulih sepenuhnya pada 27 April iaitu hari ini.

“Jadi, hari ini saya yakin 100 peratus pulih sepenuhnya. Pendekatan ini sangat bagus kerana kita memberitahu awal dan menjelaskan dengan terperinci.

“Langkah ini juga betul kerana kita jujur dan memberitahu mereka akan berlaku gangguan untuk kerja penambahbaikan, malahan semua boleh terima kecuali ada yang mengambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Projek Trek Basikal, Smart Bus Stop dan Aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS), di Perkarangan Plaza Perangsang, Seksyen 14, di sini, hari ini.

Semalam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor memaklumkan sehingga jam 6 petang, bekalan air di lima wilayah iaitu Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor yang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual ekoran kerja penambahbaikan sistem agihan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pulih sepenuhnya kecuali wilayah Kuala Lumpur yang masih berada pada tahap pemulihan 98 peratus.

Terdahulu kira-kira 4.1 juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan itu bermula 24 April lalu.

Masalah itu juga ekoran sistem paip dan kabel elektrik 32 kiloWatt yang memerlukan penambahbaikan segera bagi mengelakkan letupan sistem dan gangguan tidak terancang.

 

Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air hampir pulih sepenuhnya

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 26 APRIL: Penduduk Selangor dan Kuala Lumpur kini boleh menarik nafas lega selepas lokasi yang berdepan gangguan bekalan air hampir 93 peratus pulih.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, antara lokasi yang pulih sepenuhnya termasuk Gombak, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

Sementara katanya, Kuala Lumpur pulih 89 peratus, Petaling (98 peratus) dan Klang/Shah Alam (91 peratus).

“Bagaimanapun, bantuan lori tangki air masih lagi disalurkan kepada kawasan yang belum pulih sepenuhnya, kerana ada kawasan yang tidak stabil terutama bagi mereka yang berada di penghujung sistem agihan.

“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit khususnya pelanggan yang memberikan kerjasama baik,” katanya dalam kenyataan.

Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) yang bermula, pada 24 April lalu.

 

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Gangguan air: Tiga hari paling maksimum

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 24 APRIL: Selangor memberi jaminan tempoh gangguan bekalan air yang dialami penduduk di negeri itu tidak akan melebihi tiga hari.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal itu kerana penyambungan air di sesetengah kawasan akan dijalankan dalam tempoh kurang daripada 48 jam.

Katanya, jangkaan itu juga berdasarkan lokaliti paling jauh daripada Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2).

“Lokaliti terjauh adalah Kuala Langat, jadi untuk sampai ke Kuala Langat walaupun hari kedua sudah disambung air, ia mungkin perlu sampai sehingga 76 atau 78 jam.

“Jadi, sebab itu kita letak tiga hari sebagai tempoh terlambat. Jika semua berjalan lancar, satu-satu rumah terakhir akan menerima semula sambungan air itu pada hari ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Seminar Ekonomi Negeri Selangor Dan Majlis ‘Kick Off’ Banci Perdagangan Borong & Runcit 2019, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nor Azmie Diron dan Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Amirudin berkata, gangguan berjadual itu juga susulan kerja penambahbaikan sistem paip dan kabel elektrik di LRA SSP2 yang memerlukan loji ditutup buat sementara waktu.

“Kita mahu menyelenggara kemudahan sedia ada yang sebelum ini tidak dibuat secara berjadual. Jadi, sebab itu ia dibuat dengan kesedaran dan perancangan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 4.1 juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka berdepan gangguan bekalan air bermula hari ini sehingga 27 April ini.

Gangguan itu membabitkan 577 kawasan di enam daerah di Selangor iaitu Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor termasuk Kuala Lumpur.

Masalah itu juga ekoran sistem paip dan kabel elektrik 32 kiloWatt yang memerlukan penambahbaikan segera bagi mengelakkan letupan sistem dan gangguan tidak terancang.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

577 kawasan di KL, Selangor alami gangguan bekalan air

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Gangguan bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), pada 24 April.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, pelaksanaan kerja penambahbaikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) itu perlu dibuat segera untuk mencegah sebarang kerosakan atau risiko kegagalan sistem elektrik bagi mengelakkan gangguan bekalan air yang tidak terancang kepada pengguna.

“Kerja penambahbaikan akan bermula dari jam 9 pagi sehingga 11 malam iaitu selama 14 jam dan akan menyebabkan henti tugas di LRA SSP2.

“Henti tugas LRA SSP2 ini akan menyebabkan gangguan bekalan air sehingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna dengan sebanyak 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan akan terkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Santiago berkata, Air Selangor akan mengambil langkah yang berkenaan dan berusaha untuk mengurangkan impak dan memendekkan tempoh gangguan bekalan air kepada semua pengguna yang terbabit.

“Antaranya adalah memberikan bantuan bekalan air melalui tangki lori air, tangki statik, pili awam, stesen pengisian air setempat dan agihan botol air minuman selain memastikan bantuan bekalan air dibekalkan ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya,” katanya.

Santiago berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja penambahbaikan selesai dilaksanakan dan LRA SSP2 beroperasi semula.

“Air Selangor menjangka bahawa hampir 50 peratus daripada kawasan yang terjejas akan menerima bekalan air melalui paip dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Beliau berkata pengguna adalah dinasihati untuk menyimpan air yang mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara itu dan disarankan menggunakan air secara berhemah untuk mengelakkan pembaziran. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Gangguan bekalan air di Negeri Sembilan pada 27 Mac

SEREMBAN 24 MAC: Pengguna di beberapa kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Selasa depan berikutan kerja menggantikan pam dan menguji injap di Loji Rawatan Air Linggi di Port Dickson.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail, berkata gangguan bekalan air berjadual di kawasan terbabit dijangka 24 jam mulai jam 8 pagi.

“Kerja terbabit adalah antara usaha berterusan SAINS menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa depan.

“Bekalan air akan disambung semula secara berperingkat selepas jam 8 pagi Rabu. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama.

“SAINS akan mengambil langkah proaktif dengan menghantar lori tangki, selain menempatkan tangki statik jika gangguan bekalan air melebihi 24 jam,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Antara kawasan terbabit di Seremban ialah Taman Pinggiran Senawang, Sekolah Dato’ Abdul Razak, RTM, Ladang Batu 11, Kilang GMP, Senawang Rest and Relax, Senawang Perdana, Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Kampung Sega Hilir dan Jalan Kuala Sawah.

Turut terjejas ialah Ladang Kuala Sawah, Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kampung Belangkan, Industri Nilam Ribu, Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening, Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air Kuning, Taman Permata, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Ladang Siliau dan Kampung Sungai Sendayan.

Di Port Dickson, antara kawasan terbabit ialah Golf & Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, 5 Jalan Pantai camps, Selesa Beach Resort, Batu 4 Jalan Pantai camps, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Cabot Factory, Hotel Corus dan Hotel Sunshine Bay.

Turut tersenarai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad, Petron Refinery, Shell Refinery (Line 1 dan 2), Batu 1 Jalan Pantai Hemodialysis centre, PD Water Front, Pekan Port Dickson, TNB (Tuanku Jaafar), Hotel Leparis, Health clinic (Hospital Lama), Seafront Hotel, Hotel Lexis dan Springhill.

Daerah Rembau membabitkan Taman Chembong Utama, Balai Polis Chembong, Sekolah Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kampung Pedas Batu 4 (Kanan & Kiri), Taman Pinggiran Pedas, Kampung Minching Baru, Sungai Ibor Batu 3, Kampung Minching Lama, Taman Pedas Indah, ILP Pedas dan ILP Kampung Sungai Ibor.

Selain itu, Kampung Seberang Batu 2, Sekolah Kebangsaan Pedas, Kampung Seberang Batu 1, Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Lalah, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri, Jalan Tok Samad, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato’ Keramat, Taman Exora dan Kundur.

Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air sementara di Shah Alam dan Petaling Jaya

SHAH ALAM 29 OGOS: Beberapa kawasan di Shah Alam dan Petaling mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip air utama pecah di belakang Kilang Carlsberg, Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kerja pembaikan paip pecah sedang giat dijalankan dan bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat.

Kawasan terlibat di Klang/ Shah Alam adalah Seksyen 21, Seksyen 22, Seksyen 25, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Kampung Kebun Bunga, Kampung Baru Hicom, Subang Mas Batu 3, Batu 3 Shah Alam, Bukit Kemuning, Bukit Naga, Kampung Lombong, Jalan Kebun, UEP & USJ Subang.

Turut terlibat kawasn Seksyen 32, Seksyen 33, Putra Heights, Kampung Bukit Lanchong, Kampung Jawa, Bandar Putera, Taman Sentosa, Taman Maznah, Taman Samarind, Taman Batu 3, Taman Desa Latania, Taman Desa Kemuning dan Jalan Mohd Sidin.

Kawasan terlibat di Petaling adalah USJ 1 hingga USJ 27, Pinggiran USJ 1 hingga Pinggiran USJ 3, TP 1 hingga TP 7 (Taman Perindustrian UEP), Subang Heights, USJ Heights dan USJ 3A hingga USJ 3D.

Katanya, pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja pembaikan paip air utama ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.

EZY

Categories
SELANGOR

Gangguan air Sepang, Hulu Langat, Petaling pulih sepenuhnya esok

Oleh Naeem Raffi

SHAH ALAM, 13 OKT : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menjangkakan gangguan bekalan air berjadual di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang melibatkan pengguna di wilayah Sepang, Hulu Langat dan Petaling dijangka tamat sepenuhnya pagi esok.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata setakat ini hanya bekalan air di kawasan Taman Bukit Gita Bayu, Semenyih yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Gangguan bekalan air berjadual dikawasan terlibat adalah disebabkan kerja-kerja kecemasan yang dilaksanakan di LRA Sungai Semenyih yang dikendalikan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan kerja-kerja menaiktaraf system agihan air oleh SYABAS,” jelasnya.

Sementara itu, di LRA Sungai Langat pula, Puncak Niaga Sdn Bhd berjaya menyiapkan sepenuhnya kerja-kerja kecemasan pembaikan pam pada jam 2 pagi hari ini.

“Pada masa ini, pam telah dapat beroperasi seperti biasa dan penyaluran bekalan air terawat ke tangki dan kolam-kolam utama sedang di dalam proses.

“Syabas menjangkakan kawasan yang terjejas dengan kejadian ini akan pulih sepenuhnya pada lewat hari ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, LRA Ampang Intake telah dibanjiri air dari limpahan Sungai Ampang akibat hujan lebat semalam (12 Oktober 2014) sekaligus membolehkan ia beroperasi semula pada jam 12:45 tengah malam hari yang sama.

Penutupan sementara loji rawatan tersebut pada jam 6.15 petang semalam telah menyebabkan bekalan air ke Kampung Ampang Indah, Kampung Indah Permai dan Taman Mulia Jaya terjejas dan pihak Syabas menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya menjelang esok pagi.

HM

Categories
SELANGOR

Gangguan air di Sepang, Hulu Langat, Petaling hari ini 9am-9pm

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 OKT: Beberapa kawasan di tiga daerah Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara hari ini mulai 9 pagi hingga 9 malam.

Exco Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talip dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan itu berikutan pemasangan injap kupu-kupu bersaiz 1500mm di outlet Kolam Imbangan Semenyih oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Pihak Abass juga sedang melakukan kerja-kerja membaiki kebocoran paip mentah bersaiz 2050mm berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Beliau berkata perhentian tugas itu juga dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui mesyuarat 2 Oktober lalu.

“Kerja-kerja itu diluluskan dan dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syabas dan Abass adalah sangat diperlukan bagi memastikan sistem agihan air dapat dioperasikan pada tahap dan keadaan yang teruk,” katanya.

Zaidy berkata pembekalan air melalui penghantaran lori tangki dan penempatan tangki septik akan dilakukan oleh Syabas bagi kawasan kritikal seperti Hospital dan Pusat Dialisis.

YB Zaidy Bin Abdul Talib“Pembekalan air juga akan diberikan oleh Syabas berdasarkan permintaan disebabkan majlis perkahwinan dan kematian.

“Syabas dan Abass serta semua pihak yang terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan itu dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Bagi daerah Petaling, gangguan itu membabitkan 46 kawasan dengan 55,622 akaun, manakala bagi Hulu Langat sebanyak 57 kawasan dengan membabitkan 37,872 akaun dan Sepang membabitkan seluruh wilayah itu dengan 11,376 akaun.

HM

Categories
SELANGOR

SYABAS: Gangguan air sementara di wilayah Petaling, Hulu Langat

SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan sebahagian kawasan di wilayah Petaling dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja menaiktaraf sistem bekalan air yang dilaksanakan.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam, Priscilla Alfred menasihatkan para pengguna membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara ini serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

“Pada masa sama, pihak SYABAS meminta para pengguna yang menghubungi Pusat Panggilan SYABAS (PUSPEL) agar bersabar jika terpaksa menunggu lebih lama sedikit sebelum panggilan dijawab berikutan kesesakan talian telefon PUSPEL,” kata Priscilla dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kawasan-kawasan yang terkesan seperti berikut:

WILAYAH HULU LANGAT

KERJA MENAIKTARAF I

Kerja-kerja Pemasangan 3 Unit Injap Kekupu 600MM di wilayah Hulu Langat masing-masing di lokasi Kawasan Pusinga U, Taman Cheras Jaya; Tanjung Balai dan hadapan SRK Sungai Besi Indah,Balakong.

TARIKH/MASA GANGGUAN
1 Oktober 2014 (Rabu), 9.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya, 2 Oktober 2014 (Khamis).

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Taman Juara Jaya; Taman Bukit Belimbing; Taman Sungai Besi Indah 1,2,3; Taman Harmoni Indah; Taman Puncak Utama Seri Kembangan; Taman Putra Budiman; Taman Balakong Jaya; Taman Seri Timah; Taman Tanming Jaya; Kawasan Perindustrian Balakong; Taman Industri Selesa Jaya Seri Kembangan; Taman Industri Balakong; Taman Tanming Permai; Taman Industri Lifong; Taman Tanming Ria; Taman Sungai Besi Indah Zon 1; Juta Mines Kondominium Seri Kembangan; Kawasan Perindustrian Cheras Jaya; Taman Impian Ehsan Seri Kembangan; Taman Desa Karunmas Seri Kembangan; Taman Bukit Emas; Taman Impian Indah; Taman Taming Indah; Taman Sejati; Taman Seri Sungai Long; Taman Bukit Sungai Long; Rumah Kenangan Cheras; Taman Industri Balakong Jaya; Taman Setia Balakong; Taman Sinaran; dan Kawasan Perdagangan Desaria Seri Kembangan.

WILAYAH PETALING

KERJA MENAIKTARAF II

Kerja-Kerja Penggantian Injap 300MM dan 400MM di wilayah Petaling, masing-masing di Jalan USJ2/5 dan Jalan USJ2/7 serta Pemasangan Injap Scour di Dalam Zon Air Scouring di sekitar USJ 2, Subang Jaya.

TARIKH/MASA GANGGUAN
1 Oktober 2014 (Rabu), 9.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya, 2 Oktober 2014 (Khamis).

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Seluruh Kawasan USJ 2; Seluruh Kawasan USJ 3 dan Seluruh Kawasan USJ 4

Para pengguna juga disarankan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222.

HM

Categories
KENYATAAN MEDIA

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Lumpur, Gombak

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI KUALA LUMPUR DAN GOMBAK EKORAN GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI RUMAH PAM WANGSA MAJU

Oleh : PRISCILLA ALFRED

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa dianggarkan sebahagian daripada sejumlah 90,300 akaun pengguna di beberapa kawasan di wilayah Kuala Lumpur dan Gombak dijangka mengalami terputus bekalan air dan tekanan air rendah disebabkan berlakunya kejadian pam trip akibat gangguan bekalan elektrik di Rumah Pam Wangsa Maju pada jam 10.15 pagi tadi.

 Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, rumah pam tersebut telah beroperasi semula sekitar jam 8.00 malam hari ini. Untuk makluman, kelewatan rumah pam ini beroperasi semula adalah disebabkan bekalan elektrik yang tidak stabil telah berlaku. Sehubungan itu, bekalan air di kawasan-kawasan terlibat dijangka akan pulih secara berperingkat dalam tempoh 48 jam mulai lewat malam ini.

 Di antara kawasan-kawasan yang dikenalpasti terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini adalah seperti berikut :

 Wilayah Kuala Lumpur

1

Flat DBKL Dato’ Keramat

15

Taman Cempaka

2

Jalan Padang Tembak

16

Taman Bakti

3

Jalan Semarak

17

Taman Nirwana

4

Jalan Gurney

18

Kampung Pandan Dalam

5

Kementah

19

Taman Cahaya

6

Pulapol

20

Pandan Cahaya

7

Wisma Tanah

21

Taman Dagang

8

JUPEM

22

Taman Shamelin

9

UTM

23

Taman Tenaga

10

FELDA

24

Taman Miharja

11

Pusat Latihan Telekom

25

Taman Kobena

12

Jalan U Thant

26

Bandar Permaisuri

13

Jalan Ampang Hilir

27

Desa Pandan

14

Taman Pandan Jaya

28

Flat Sri Melaka

Jumlah Akaun : 28,368

 Wilayah Gombak

1

Kampung Baru Ampang

28

Kampung Kemensah

2

Kampung Melayu Ampang

29

Kampung Lembah Jaya

3

Taman Hillview

30

Kampung Pinggir Tiga Jaya

4

Bukit Jobina

31

Kampung Tengah Lembah Jaya

5

Taman Dato Ahmad Razali

32

Lembah Jaya Utara

6

Taman Bukit Indah

33

Lembah Jaya Selatan

7

Taman TAR

34

Sri Rampai

8

Kampung Tasek Permai

35

Taman Ampang

9

Ukay Heights

36

Taman Dagang Permai

10

Ampang Jaya

37

Taman Pandan Ria

11

Dataran Ukay

38

Taman Permai Jaya

12

Pinggiran Ukay

39

Taman Permata

13

Sri Ukay

40

Taman Saujana Ampang

14

Beverly Heights

41

Tasek Tambahan

15

Ampang Indah

42

Taman Ampang Mewah

16

Ampang Saujana

43

Taman Ampang Utama

17

Ampang Water Front

44

Taman Bukit Ampang

18

Bandar Baru Ampang

45

Taman Cahaya Ampang

19

Bukit Ampang Permai

46

Taman Dagang Jaya

20

Bukit Indah

47

Taman Halaman

21

Desa Lembah Permai

48

Taman Kesuma Ampang

22

Desa Setapak

49

Taman Kosas

23

Jalan Ampang

50

Taman Mulia Jaya

24

Kampung Bukit Sungai Puteh

51

Taman Rasmi Jaya

25

Keramat AU 1 hingga AU 5

52

Taman Sri Ampang

26

Kampung Ampang Campuran

53

Taman Watan

27

Kampung Indah Mulia

54

Wangsa Melawati

Jumlah Akaun : 61,932

 Justeru itu, pihak SYABAS akan memantau keadaan ini secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa. Para pengguna di kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini juga disarankan agar bersabar dan menggunakan air yang ada sebaik-baik mungkin sementara menunggu bekalan air pulih sepenuhnya.

#Priscilla Alfred adalah Penolong Pengurus Besar Jabtan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS