Categories
NASIONAL

KM Pulau Pinang: “Kenapa PPS dihukum hanya perbuatan salah seorang?”

GEORGE TOWN, 1 SEPT: Kerajaan Pulau Pinang menyediakan khidmat dan pembiayaan guaman mempertahankan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditahan secara salah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, khidmat itu disediakan kepada anggota PPS bukannya atas sebab salah laku jenayah, tetapi kerana menjaga kepentingan orang ramai.

PPS“PPS tidak pernah menyimpang daripada objektif memberi perkhidmatan kepada orang ramai,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Guan Eng berkata, Exco Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh bertanggungjawab memastikan bahawa anggota PPS yang melakukan salah laku dihukum.

“Jika terdapat sebarang kejadian jenayah yang melibatkan anggota PPS, kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis untuk mengambil tindakan,” kata Guan Eng.

Tambahnya, Kerajaan Pulau Pinang berulangkali menjelaskan bahawa PPS tidak didaftarkan sebagai pertubuhan di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan, tetapi oleh kerajaan negeri.

Katanya lagi PPS berfungsi sama seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditubuhkan kerajaan negeri dan JKKK (Persekutuan) yang ditubuhkan oleh kerajaan Pusat melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

“Jika JKKK dan JKKK (P) tak salah, kenapa ada pilih kasih oleh Ketua Polis Negara untuk mengisytiharkan PPS yang ditubuhkan oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai tidak sah?

“Mengapa seluruh 10,000 anggota PPS dihukum hanya kerana perbuatan salah seorang anggota PPS?” soal Guan Eng.

“Jika demikan, apakah KPN boleh menjawab bahawa 120,000 polis terpaksa dihukum hanya kerana perbuatan jenayah beberapa anggota polis yang melakukan jenayah, memukul orang sehingga menyebabkan kematian sama ada dalam lokap atau semasa soal siasat,” kata Guan Eng.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Tragedi MH17 : Ucapan Lim Guan Eng untuk Sidang Parlimen Khas

Tuan Speaker, pertamanya izinkan saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan orang tersayang kesemua 298 mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh secara tragis dari langit Ukraine.

Ini adalah suatu tragedi berskala antarabangsa melibatkan mangsa tidak berdosa dari 10 negara termasuk 198 warga Belanda, 27 Australia, 12 Indonesia, 10 British, 4 Jerman, 4 Belgium, 3 Filipina, seorang warga Kanada, seorang lagi warga New Zealand dan yang paling utama 43 warganegara Malaysia.

MH17Salam hormat dan takziah kita buat ingatan mangsa-mangsa termasuk Kapten Wan Amran bin Wan Husin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong; Tambi Jiee, isterinya Ariza Ghazalle dan empat anak mereka Mohd Afif, Mohd Afzal, Marsha Azmeena dan Mohd Afruz; Siti Amriah, nenda tiri Datuk Seri Perdana Menteri; Angeline Premila, anak kapal termuda MH17; Pramugara Sanjid Singh, yang isterinya terselamat daripada nahas MH370; Dr.Joep Lange, penyelidik HIV terkemuka dan mantan presiden Persatuan AIDS Antarabangsa; (Pronounced as YOOP)Glenn Raymond Thomas, jurucakap World Health Organization; Tessa van der Sande, pegawai Amnesty International;

Kami mengecam keras pembunuhan tidak berperikemanusiaan kesemua 298 mangsa tidak berdosa termasuk tiga orang bayi. Menembak jatuh MH17 adalah tindakan yang kejam dan tidak berhati perut.

Mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah ini mesti dikenalpasti dan dibawa ke muka pengadilan. Memang benar mereka ini tidak lain tidak bukan adalah haiwan bertopengkan manusia. Masyarakat antarabangsa mesti bekerjasama dalam usaha siasatan dan tekanan mesti dikenakan terhadap mereka yang tidak mahu bekerjasama dan memberikan bantuan dalam usaha ini.

Kami memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan kabinetnya dalam usaha untuk menemukan kebenaran bagi pihak mangsa MH17. Kami memahami cabaran hebat dalam operasi untuk mendapatkan kembali jenazah mangsa, barang kepunyaan mereka serta bangkai pesawat MH17. Usaha ini melibatkan banyak negara dan juga agensi serta berlangsung dalam sebuah lanskap politik yang tidak stabil dengan ancaman keganasan dan peperangan yang begitu hampir.

DAP mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa suatu persefahaman telah dicapai dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine untuk mengembalikan jenazah mangsa-mangsa nahas pesawat MH17 serta kota hitamnya kembali ke Malaysia.

Najib memberitahu bahawa perjanjian telah dibuat dengan Alexander Borodai, yang mengakui dirinya sebagai Perdana Menteri mengetuai puak pemisah Timur Ukraine yang mengawal daerah Donestk di mana MH17 terhempas.

Borodai juga memberi jaminan bahawa pasukan penyiasat antarabangsa akan diberi kebenaran masuk ke tapak nahas. DAP bersetuju dengan Najib bahawa di kawasan konflik dengan pihak berkuasa bertelagah, menggunakan saluran diplomatik secara senyap adalah cara yang baik demi mencapai keputusan yang dikehendaki.

DAP bersedia untuk bersama-sama Kerajaan Persekutuan dan menyokong usaha mereka untuk membawa pulang jenazah mangsa kepada keluarga masing-masing supaya majlis pengkebumian yang sempurna boleh dijalankan, serta memastikan siasatan rapi dilakukan demi menjamin keadilan ditegakkan terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas kehilangan nyawa yang berlaku.

Kita bersyukur dengan usaha diplomatik komuniti antarabangsa dan kerajaan Malaysia telah berhasil memulangkan dua kotak hitam dari pesawat MH17 dari kumpulan pemberontak berpengkalan di Donetsk. Kami berharap kerjasama yang berterusan dengan komuniti antarabangsa dan pakar-pakar berkaitan akan terus memberi kebaikan, bermula daripada analisa ke atas kotak hitam.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para diplomat Malaysia, pegawai tentera dan penjawat awam yang telah bertungkus lumus di tanaha air dan di kedutaan seluruh negara dalam bertindak balas terhadap tragedi MH17.

Ini juga pastinya waktu-waktu mencabar buat para pekerja dan pihak pengurusan MAS yang belum pun reda daripada menangani tragedi kehilangan MH370. Ramai daripada mereka yang kehilangan orang tersayang dan sahabat handai dalam waktu yang sangat singkat dan dalam keadaan yang sungguh tragis.

Kita hargai ketabahan dan tekad mereka dalam meneruskan khidmat kepada para pelanggan MAS sepanjang tempoh yang mencabar ini. Sebarang kritikan yang dibuat terhadap MAS hanya terhadap kontrak-kontrak tidak berkepentingan awam yang diberikan kepada kroni dan bukanlah terhadap warga kerja yang teruskan perkhidmatan mereka dengan gigih dan bersungguh-sungguh.

Sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada MAS dan warga kerja bukanlah sekadar ucapan sahaja, maka kami ingin menunjukkan keyakinan dengan terus menggunakan MAS, kalau masa penerbangan mengizinkan.

Kami memahami bahawa tragedi MH17 berlaku di kawasan penuh konflik di Ukraine. Kami juga memahami bahawa Malaysia terjerat antara perebutan kuasa yang lebih besar di antara Ukraine dan sekutu Amerika dan Eropahnya dengan pihak Rusia dan sekutunya.

Kita tidak mahu menjadi mangsa politik yang terperangkap dalam kemelut kedua-dua pihak. Kita mesti jelas menyatakan objektif untuk mencari kebenaran bagi pihak para mangsa. Dan demi menemukan kebenaran ini, kita mesti menyedari semua fakta yang berkaitan.

Kita mesti mulakan dengan fakta mengenai Donetsk dan situasi di sana yang membawa kepada tragedi menembak jatuh MH17. Kita tahu bahawa sebaik sahaja bekas presiden Viktor Yanukovych digulingkan, pemisah pro-Rusia menawan bangunan kerajaan Donetsk dan mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat Donestk pada bulan April 2014.

Kita juga tahu bahawa sebuah referendum penuh kontroversi dilakukan pada 11 Mei di mana 90 peratus pengundi menyokong kemerdekaan politik daripada Kiev. Dan pada 25 Mei, apabila pemilihan presiden diadakan, hanya 16 peratus daripda 3.3 juta penduduk Donetsk yang mendapat akses mengundi.

Kegagalan kerajaan Ukraine untuk menyertakan partisipasi penduduk Donetsk secara berkesan dalam pemilihan presiden adalah petunjuk kuat bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa yang efektif di daerah ini.

Kita juga mengiktiraf bahawa terdapat bukti kukuh penglibatan Rusia dalam menyokong puak pemisah di timur Ukraine termasuk mereka yang berpengkalan di Donetsk dengan membekalkan senjata, anggota tentera dan bantuan kewangan. Bukti-bukti ini jelas kelihatan meskipun sebelum berlakunya tragedi MH17.

Dan kemudian pada 14 Julai, sebuah pesawat kargo tentera Ukraine telah ditembak jatuh di sebuah perkampungan Ukraine bernama Davydo Myileske di daerah Luhansk berhampiran sempadan Rusia, kemungkinan akibat tembakan peluru berpandu darat ke udara (SAM).

Adalah hampir pasti bahawa peluru berpandu SAM dilancar ke arah MH17 memandangkan peluru berpandu yang dilancarkan dari bahu (MANPADS) tidak memiliki kemampuan mencapai jarak penerbangan MH17 pada altitud 33,000 meter.

Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan bahawa SAM yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 telah dilancarkan dari pelancar peluru berpandu BUK.

Pada masa yang sama, panggilan telefon yang dipintas oleh perisik Ukraine mendedahkan perbualan antara kumpulan pemisah dan agen Rusia berbincang mengenai kewujudan dan kedudukan pelancar BUK di daerah Donetsk.

Sementara kita mesti beringat bahawa wujudnya perang propaganda yang hebat antara pihak berkuasa Rusia dan Ukraine, satu soalan mesti dipertanyakan – Kenapa pihak Ukraine menembak jatuh sebuah pesawat walhal ia tahu bahawa pihak pemisah tidak mempunyai pesawat udara untuk digunakan?

Apa yang tinggal adalah senario di mana kumpulan pemisah itu sendiri lah yang telah menembak jatuh MH17.

Soalan yang mesti kita tanyakan sekarang ialah pertama, bagaimana kita mengenalpasti dan memberkas pemisah yang bertanggungjawab di atas jenayah ini, dan kedua, bagaimana boleh kita pastikan sama ada mereka mendapat bantuan daripada pihak tentera Rusia. Kita mesti mendesak soalan-soalan ini kepada kedua-dua pihak – Ukraine dan Rusia – dan kita tidak boleh takut untuk menanyakan soalan-soalan ini.

Sementara kerajaan Ukraine tidak mampu menjamin laluan selamat ke tapak nahas berikutan masalah keselamatan, mereka nampaknya memberi perhatian kepada keperluan kontingen Malaysia di Kiev.

Kita harus menilai jika kerajaan Rusia turut bertindak serupa dalam memberikan kerjasama kepada Malaysia dan juga komuniti antarabangsa. Kita mesti bertanya jika Rusia sedang melakukan apa yang ia mampu untuk menggunakan pengaruhnya ke atas puak pemisah di timur Ukraine demi mempercepatkan proses untuk mendapatkan keadilan bagi mangsa-mangsa MH17.

Sementara kita menyedari keperluan untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara, di waktu-waktu luarbiasa seperti ini, kita mesti mengambil langkah yang luarbiasa.

Contohnya, kedau-dua Brazil dan Jerman tidak gentar memanggil duta Amerika apabila didedahkan bahawa kerajaan Amerika mengintip pemimpin mereka termasuk melakukan intipan telefon terhadap Presiden Dilma Roussef dan Canselor Angela Merkel.

Kita tidak harus gentar untuk memanggil duta Ukraine dan Rusia ke Wisma Putra bagi mendapatkan penjelasan mereka mengenai identiti pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17.

Kita mesti mencari jalan terbaik untuk mengesahkan dakwaan bahawa Rusia telah membekalkan senjata berat dan artileri kepada puak pemisah timur Ukraine. Kita mesti mengesahkan sama ada Rusia telah menghantar tenteranya atau agennya untuk membantu atau mengetuai puak pemisah tersebut.

Kita juga harus mengesahkan jika Rusia turut bertanggungjawab membantu mereka yang telah melancarkan roket yang telah menewaskan MH17.

Kita tidak boleh takut-takut untuk menggunakan apa sahaja pengaruh yang ada untuk meletakkan tekanan yang perlu demi mendapatkan kebenaran. Sementara kuasa ekonomi kita tidak begitu signifikan berbanding Amerika Syarikat atau negara-negara Kesatuan Eropah, kita masih mempunyai hubungan ekonomi dengan Rusia.

Malaysia telah membeli 18 pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM bernilai US$ 900 juta pada bulan Ogos 2003. Pesawat ke 18 dan yang terakhir, baru sahaja dihantar pada bulan Ogos 2011. Jika Malaysia belum lagi menyelesaikan pembayaran untuk pesawat-pesawat ini, kita harus bersedia untuk menangguhkan bayaran, jika perlu.

Malaysia juga mesti bersedia untuk membatalkan, jika perlu, projek Angkasawan kedua yang menjadi sebahagian daripada pembelian Sukhoi jika kita merasakan bahawa pihak berkuasa Rusia tidak memberikan kerjasama penuh kepada komuniti antarabangsa dan kepada Malaysia. Dan jika perlu, kita mungkin boleh mempertimbangkan untuk menyertai sekaran yang dicadangkan komuniti antarabangsa terhadap Rusia.

Di peringkat antarabangsa, kita berharap Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara yang terkesan untuk menggunakan Majlis Keselamatan PBB sebagai salah satu cara untuk memastikan kerjasama antarabangsa dalam usaha penyiasatan MH17.

Pilihan untuk meminta sebuah suruhanjaya siasatan bebas melalui Majlis Keselematan mestilah sentiasa tersedia walaupun kewujudan kuasa veto Rusia mungkin menjadi halangan yang sukar untuk ditangani.

Malaysia juga mesti mengkaji kemungkinan membawa kes ini kemada Mahkamah Antarabangsa (ICJ) berikutan tauladan penghakiman dalam kes Iran Air Flight 655 yang ditembak jatuh oleh peluru berpandu Tentera Laut Amerika yang dilancarkan dari kapal USS Vincennes pada 3 Julai 1988.1

Di tengah-tengah cabaran diplomatik dan pilihan-pilihan yang ada untuk Malaysia, kita tidak boleh melupakan warganegara yang sedang menuntut dan bekerja di Rusia. Menurut Duta Rusia ke Malaysia, Lyudmila Vorobyeva, terdapat seramai 6,000 mahasiswa Malaysia di Rusia.

Ramai daripada penuntut ini sedang mempelajari bidang perubatan dan ramai darinya pula mendapat biasiswa kerajaan. Saya memohon supaya kedutaan Malaysia di Moscow supaya memastikan keselamatan kebajikan mahasiswa Malaysia di saat-saat kritikal ini.

Dan di saat kita sibuk dengan tragedi MH17, janganlah kita lupa bahawa hari ini genap 137 hari sejak MH370 hilang.

Kita tidak boleh mengabaikan keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam pesawat MH370 dan terus mengharapkan jawapan tentang lokasi terakhir pesawat tersebut. Pembunuh-pembunuh mereka mestilah dihukum barulah mangsa-mangsa dan ahli keluarga mereka boleh mendapat ketenteraman jiwa.

Semakin kita mendekati perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 28 Julai 2014, kita pasti menyambutnya dengan hati yang berat menyedari bahawa ada dari kalangan kita yang akan menyambutnya tanpa orang tersayang di musim yang sepatutnya penuh kegembiraan ini.

Kita harus mengenang mereka yang telah kehilangan orang tersayang dalam kedua-dua tragedi MH370 dan MH17, dan pada masa yang sama menghargai dan menilai setiap saat kita bersama mereka yang kita kasihi.

Kita juga pasti mengenang petugas-petugas MAS, anggota kabinet dan para penajwat awam yang akan bekerja sepanjang Hari Raya kerana MH17. Kita menghargai usaha mereka dan kita mahu mereka tahu bahawa bahawa mereka tidak dilupakan di saat-saat sukar ini. Malaysia berterima kasih atas khidmat bakti anda.

Terima kasih Tuan Speaker, saya menyokong usul ini.

LIM GUAN ENG

JURNAL BERITA – Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

1. MB: Selangor berjaya bangunkan sistem bank tanah, kini fasa kedua

2. Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

3. Unisel lancar 3 jurnal usaha memasyarakatkan ilmu

4. 14 filem pendek Unisel didik masyarakat bina jati diri cemerlang

5. MAS: MH192 tayar pecah, patah balik ke KLIA

6. Dr Rosli, Rafizi boleh beri ceramah GST percuma, RM2.2 juta bagi rakyat miskin

7. Anwar ada bukti Tun Daim punyai akaun di Tanzania

8. Kes Khir Toyo ditangguh, Fitnah II dicepatkan

9. Bertindak terhadap perasuah, bukan berlari

10. Perarakan himpunan tolak GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei

11. Guan Eng: Contohi Karpal perjuangkan keadilan

12. RM100,000 menanti warga PJ

13. Bantah projek 33 tingkat: Penduduk Damansara Damai lega keputusan MBP

Categories
NASIONAL

Jambatan Ke-2 P.Pinang gagal atasi kesesakan, kadar tol tinggi

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 1 APRIL : Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (SAHMS) didakwa gagal menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi pengguna di negeri itu berikutan laluan akses ke beberapa lebuhraya masih belum dimulakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata perancangan lemah daripada pihak berkuasa menyebabkan pengguna terpaksa berhadapan kesesakan luar biasa kerana askes lebuh raya di Batu Maung ke George Town atau Bayan Lepas hanya akan bermula hujung tahun ini dan selesai dalam tempoh tiga tahun.

jambatan kedua pulau pinangMalah katanya penetapan kadar tol sebanyak RM8.50 bagi kenderaan kelas pertama yang ingin menggunakan jambatan itu dilihat tidak membantu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan pertama Pulau Pinang.

“Sudah ada aduan bahawa titik pendaratan Jambatan SAHMS di Batu Maung terperangkap dengan kesesakan lalu lintas kerana jalan masuk ke lebuh raya George Town atau Bayan Lepas masih belum dimulakan.

“Ini adalah perancangan yang lemah oleh pihak berkuasa kerana akses lebuh raya tersebut sepatutnya dibina pada masa yang sama dan disiapkan bersama-sama dengan jambatan SAHMS.

“Malah kadar tolnya juga 21.4 peratus lebih tinggi daripada jambatan pertama Pulau Pinang. Maka bagaimana ini akan membantu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan ertama Pulau Pinang?” katanya dalam satu kenyataan.

tol2Lebih malang katanya tiada diskaun 20 peratus akan diberikan untuk pengguna kad “Touch and Go” dari Pulau Pinang seperti di jambatan Pulau Pinang pertama.

Katanya tindakan itu akan menyebabkan pengguna jalan raya mengelak untuk menggunakan jambatan SAHMS dan memilih jambatan pertama Pulau Pinang, sekaligus menyebabkan kesesalan lalu lintas gagal diselesaikan.

Guan Eng, berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) seharusnya mempertimbangkan untuk mengenakan kadar tol yang sama di SAHMS dengan jambatan pertama Pulau Pinang sehingga lebuh raya akses di Batu Maung selesai dalam masa 3 tahun.

“Jika kadar tol adalah sama, pemilik kenderaan masih boleh mempertimbangkan memilih jambatan SAHMS.

“LLM perlu sedar bahawa jambatan SAHMS adalah sepanjang 24 kilometer (km) berbanding dengan jambatan Pulau Pinang pertama (13.5 km), bermakna kos petrol adalah lebih tinggi untuk pengguna jalan raya yang menggunakan laluan ini,” katanya lagi.

Kadar tol bagi jambatan kedua Pulau Pinang adalah RM1.70 untuk motosikal (Kelas 0); RM8.50 untuk kereta kecuali teksi dan bas (Kelas 1), RM30.50 untuk kenderaan enam beroda kecuali bas (Kelas 2), RM70.10 untuk kenderaan tiga gandar atau lebih kecuali bas (Kelas 3), RM8.50 untuk teksi (Kelas 4) dan RM26.20 bagi bas (Kelas 5).

EZY

JURNAL BERITA- MB: MH370 hilang, jangan buat spekulasi

1. MB: Jangan buat spekulasi anak kapal, penumpang MH370

2. MB jumpa menteri untuk bincang penguatkuasaan WSIA

3. MB : Stadium Shah Alam bakal setaraf standard antarabangsa

4. Isteri polis mati ditembak warga asing sebak terima sumbangan Kerajaan Selangor RM20,000

5. PRK Kajang: 4 bekas tokoh Umno kongsi pentas tolak BN

6. PR: Kerajaan Pusat khianati MOU air, desak guna WSIA

7. Wan Azizah : “Saya bukan boneka ganti Anwar”

8. Anwar: Belajar hidup susah sebelum perlekeh Wan Azizah

9. Adun: Konsesi Lebuh Raya Kidex patut beri maklumat terperinci

10. Guan Eng : Rakyat Kajang perlu bangkit tolak politik perkauman

11. Ibu bapa di Selangor perlu main peranan galak anak sertai PTRS

12. PKNS anjur seminar pengurusan nilai dan kejuruteraan 17 Mac ini

Categories
NASIONAL

Kem.Pertahanan digesa perjelas projek pemindahan pangkalan TUDM

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 17 MAC : Kerajaan Pulau Pinang hari ini menggesa Kementerian Pertahanan supaya memberi penjelasan lanjut berhubung projek pemindahan lokasi pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di Butterworth yang didakwa dilakukan secara ‘rahsia’.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata perkara itu hanya diketahui kerajaan negeri pada awal tahun ini melalui satu pengumuman yang dilaporkan dalam Bursa Saham.

Jambatan Pulau Pinang Lim Guan EngLebih mengelirukan katanya projek yang menelan kos sebanyak RM13 bilion berkenaan turut berada di luar pengetahuan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) di kawasan Tasik Gelugor.

“Kerajaan negeri hanya menyedari perkara ini setelah membaca laporan Bursa Saham tetapi yang peliknya Umno juga kata mereka tidak tahu.

“Bagaimana mereka sebahagian daripada kerajaan tidak tahu? Saya tidak pasti sama ada kenyataan Umno Tasik Gelugor tidak tahu itu benar atau pura-pura sahaja.

“Kami tidak mahu membantah secara melulu, justeru kami harap Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh beri penjelasan kepentingan projek ini kepada rakyat,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Guan Eng berkata projek membangunkan pangkalan itu sepatutnya perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri sebelum ia boleh dilaksanakan.

Katanya berdasarkan jawapan bertulis yang diberikan di Parlimen, projek berkenaan akan dijalankan melalui kaedah pertukaran tanah (land swap) oleh syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama TSR Capital dan PBT JV yang dipersetujui kerajaan pusat.

“Secara prinsipnya kerajaan telah bersetuju pemindahan dibuat mengikut kaedah land swap melalui usahasama syarikat Bursa Malaysia untuk membina semula fasiliti TUDM di atas tanah baru tetapi masih belum dimutakhirkan.

“Ia juga akan dilakukan di atas tanah seluas 1007 ekar dan tidak melalui proses tender terbuka,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
EZY

Categories
NASIONAL

Guan Eng: Pulau Pinang tidak lulus kasino, banyak kesan mudarat sosial dan rohani

Oleh: Mohd Ezli Mashut

GEORGE TOWN, 19 FEB : Kerajaan Pulau Pinang tidak meluluskan kewujudan kasino di negeri itu kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda, kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.

Jambatan Pulau Pinang Lim Guan EngKatanya, sebalik Kerajaan Pulau Pinang menumpukan kepada projek yang lebih banyak membangunkan ekonomi yang mendatangkan manfaat banyak pihak.

“Kita sangat gembira kerana IKEA telah memutuskan untuk membuka kedai pertama mereka di luar Kuala Lumpur iaitu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Keputusan ini adalah rangsangan keyakinan yang kuat untuk aspirasi Pulau Pinang ke arah bandar antarabangsa dan pintar,” katanya dalam kenyataan satu kenyataan media.

Guan Eng berkata, projek itu adalah usahasama antara syarikat induknya, Ikano dan sebuah syarikat tempatan akan membangunkan pusat sehenti hijau (green one-stop center) bagi pembuatan termaju, perkhidmatan dan hab logistik; sebuah pusat kecemerlangan pendidikan, lokasi kediaman perdana dan sebagai pusat komersil dan runcit.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan pelaburan Ikano yang akan bertindak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi tetapi juga meletakkan Batu Kawan di peta antarabangsa sebagai tapak bertaraf dunia bagi pusat komersial industri, peruncitan, pendidikan dan kesihatan serta gaya hidup,” katanya.

Menurutnya, beliau sudah bertemu dengan pasukan teknikal IKEA dan pasukan reka bentuk IKEA daripada Pengurus Projek Pelaburan, Mikael Winqvist; Pengurus Rekaan Serantau, Tim Denoon, dan Penolong Pengurus Pengembangan, Edward Ng.

Penjualan 245 ekar tanah oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Kawan bernilai RM484 juta, dengan pusat membeli-belah dijangka akan siap dalam tempoh lima tahun.

Daripada jumlah itu 30 ekar untuk pembangunan kedai utama Ikano iaitu Kedai IKEA dan Fasa 1 pusat membeli-belah, 45 ekar untuk pembangunan fasa 2 pusat membeli-belah dan 170 ekar untuk projek pembangunan bercampur dengan PDC sudah menerima deposit tidak boleh dikembalikan (non-refundable) bernilai RM5 juta.

EZY

Categories
NASIONAL

Aliran keluar wang haram RM1.2 trilion, Kerajaan Pusat perlu bertindak

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 12 DIS : Kerajaan Pusat digesa mencontohi kaedah diguna pakai British yang mewujudkan pendaftaran awam berpusat bagi maklumat pemilikan berfaedah korporat bagi menghentikan aliran wang haram yang semakin buruk di negara ini.

guan eng parlimen 03Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Malaysia kini menjadi ‘juara dunia’ korupsi dengan USD370.38 bilion (RM1.2 trilion) aliran wang haram ke luar negara antara 2002-2011 hasil daripada jenayah, rasuah dan pengelakan cukai.

Katanya, Malaysia mencatatkan bahawa sejumlah RM173.84 bilion (USD54.18 bilion) aliran keluar wang haram dari Malaysia pada tahun 2011, keempat paling teruk di dunia.

Bagi tahun tersebut, kedudukan Malaysia berada di belakang Rusia (USD191.14 bilion), China (USD151.35 bilion) dan India (USD84.94 bilion).

“Bank Negara Malaysia (BNM) tidak efektif dan tidak cekap; malah langsung tidak bertanggungjawab dan lalai dalam menghentikan pengaliran keluar wang haram ini.

“Walaupun mewujudkan jawatankuasa bertindak pada tahun 2010 untuk melaksanakan langkah bagi menghentikan aliran keluar wang haram,” kata Guan Eng dalam kenyataan medianya.

GFIKatanya, menurut laporan pemerhati kewangan berpusat di Washington, Global Financial Integriti, walaupun populasi Malaysia kecil, ia memiliki aliran keluar wang haram lebih tinggi berbanding negara populasi lebih besar antara 2002-2011 dengan jumlah USD370.38 bilion.

Jenayah, rasuah dan pengelakan cukai dikenalpasti sebagai penyumbang utama. Dengan jumlah kerugian besar sebanyak RM1.2 trilion atau USD370.38 bilion dalam bentuk wang haram antara tahun 2002-2011 ini.

“Jelas sekali jumlah kerugian wang haram ini lebih besar daripada KDNK Malaysia untuk tahun ini mahupun tahun hadapan,” katanya.

Guan Eng berkata, Kerajaan Pusat mesti mengambil tindakan ke atas penganugerahan gelaran yang begitu memalukan dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas skandal kewangan seperti skandal saham Bumiputera bernilai RM52 bilion.

“Skandal RM14 bilion Port Klang Free Trade Zone serta pendedahan saban tahun pihak Ketua Audit Negara tentang kegagalan mengurus kewangan yang melibatkan dana berjumlah RM6.5 bilion dalam tahun 2012 hingga hari ini, tiada seorang pun menerima hukuman,” kata Guan Eng.

EZY

Dr Rani : Bincang Dulu Sebelum Keluar Kenyataan

pc rani 2

SHAH ALAM 26 DIS : Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menggesa pemimpin komponen Pakatan Rakyat (PR) supaya berbincang terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan isu agama yang sensitif.

Ini supaya kenyataan itu tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang mahu mengalih perhatian daripada isu-isu lain yang dibangkitkan PR seperti pengambilan tanah oleh Umno-BN Selangor.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kontroversi yang dibangkitkan setelah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut agar kalimah Allah dibenarkan di dalam Kitab Injil Bahasa Malaysia.

Dr Rani turut menafikan kenyataan portal Sinar Harian yang mendakwa Pas Selangor mencemuh kenyataan Guan Eng.

“Saya menegaskan Pas Selangor tidak mencemuh, sebaliknya saya hanya mahu isu tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak dan tidak dimanipulasi oleh media.

“Saya juga meminta supaya isu ini tidak dipanjangkan memandangkan ia masih menjadi kes mahkamah,” katanya ketika dihubungi.

Oleh kerana isu tersebut masih menjadi kes mahkamah, Dr Abdul Rani menggesa semua pihak agar menunggu keputusan mahkamah.

Sebelum ini, Guan Eng dalam perutusan Hari Natalnya, meminta agar Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Injil Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Categories
NASIONAL

Isu Pijak Dan Bakar Gambar Guan Eng, Polis Masih Gagal Bertindak

SHAH ALAM, 20 SEPT: Polis didakwa masih bertindak pilih kasih terhadap keganasan politik kerana gagal mengambil tindakan terhadap individu dan kumpulan yang menghina dan mengancam nyawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Timbalan Ketua Menteri(I) Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, polis masih tidak ambil tindakan terhadap individu dan kumpulan ekstremis Melayu walaupun terdapat gambar dan video tentang penglibatan mereka.

Sikap polis terhadap Guan Eng, nyata berbeza dengan kes gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipijak semasa ketika Perhimpunan Janji Bersih pada 30 Ogos lalu.

“Semasa isu gambar Najib dipijak, ada yang menyuarakan perlu adanya campur tangan polis dan Peguan Negara dan difahamkan beberapa orang telah ditahan dan disoalsiasat polis,” katanya melalui surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mansor berkata, tindakan sedemikian tidak berlaku terhadap kumpulan ekstrimist Perkasa yang memijak, mengoyak dan membakar gambar Guan Eng dalam satu insiden pada bulan Mei.

Malah, kumpulan terbabit turut melakukan demonstrasi yang lebih ganas dan mereka juga melakukan upacara kematian ke atas beliau di hadapan pintu kediaman Ketua Menteri itu sewaktu demonstrasi pada 10 Mei lalu.

“Beliau juga telah dihadiahkan kek berbentuk tahi dan keranda oleh individu yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Dakwanya, walaupun laporan polis dibuat beserta bukti gambar dan video insiden itu, sehingga kini polis masih lagi berdiam diri.

Lebih mengejutkan kata Dr Mansor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah pernah berkata tiada bukti yang cukup untuk mendakwa mereka yang terlibat.

Mazlan telah membuat kenyataan itu dalam akhbar The Star bertarikh 8 Sept lalu.

Menurut Mansor, jawapan yang diberikan oleh polis tidak boleh diterima kerana saksi, gambar dan pengakuan oleh mereka yang terlibat turut disertakan di dalam laporan polis itu.