Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

RM309 juta jayakan program kebajikan rakyat 2018

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 NOV: Sejumlah RM309 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri secara keseluruhan bagi menjayakan program kebajikan rakyat bagi 2018.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia merangkumi pelbagai manfaat kebajikan dan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) meliputi semua peringkat usia dan golongan.

“Kesemua IPR dijalankan sejak 2008 juga terbukti memberi impak positif dan berkesan dalam membantu membasmi kemiskinan di Selangor.

“Program berkenaan juga berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan usul pembangunan di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, Lau Weng San ketika sesi perbahasan pembekalan membangkitkan laporan prestasi kebajikan Selangor.

ADN Bukit Gasing, R. Rajiv pula mencadangkan penubuhan Yayasan Warga Emas dengan pelbagai manfaat semasa hidup disediakan.

Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri bersedia menimbangkan cadangan itu jika terdapat keperluan semasa.

“Untuk manfaat semasa hidup, kesemua IPR disediakan Kerajaan Negeri adalah layak dinikmati warga emas mengikut syarat kelayakan ditetapkan,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR WANITA & KEBAJIKAN

14 NGO terima cek bantuan Kerajaan Negeri

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 OGOS: 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima sumbangan cek bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi membantu golongan yang memerlukan, di negeri itu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri menghargai segala sumbangan dan bakti yang diberikan semua NGO terbabit dalam membantu masyarakat.

“Semoga sedikit suntikan ini dapat menaikkan semangat mereka untuk terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling.

NGO DAROYAH (2)“Mereka juga disaran untuk tidak ketinggalan membawa insentif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri supaya tiada rakyat Selangor yang ketinggalan menikmati kelebihan sebagai warga negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Majlis penyampaian sumbangan diserahkan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK), semalam.

Badan NGO yang menerima sumbangan itu adalah Pertubuhan Kebudayaan Hindu Bandar Sungai Buaya, Masjid Al Falah USJ 9, Ratory Club of Kajang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Batu Belah dan Yayasan Amal Kebajikan Orang Kelainan Upaya Selangor, Semenyih.

Penerima lain adalah Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak YAtim Sri SAI, Persatuan Prihatin Bukit Subang, Persatuan Saujana Prihatin, Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih Wilayah Persekutuan dan Selangor, Pertubuhan Ehsan Penyayang Selangor, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Rumah Kita Pandan, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Cawangan Selangor, Persatuan Komuniti Usahawan Selangor serta Good Samaritan Social & Charity Organization Malaysia.

Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPS jaga kebajikan, pekerja tingkat prestasi

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SELAYANG, 28 DIS: Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Suliman Abd Rahman menegaskan, beliau memandang serius kebajikan pekerja di bawah seliaannya kerana ia akan meningkatkan prestasi serta perkhidmatan mereka kepada orang awam.

Suliman berkata, beliau mengambil beberapa langkah serta inisiatif bagi memastikan kebajikan pekerja MPS sentiasa terbela, sekali gus dapat meningkatkan semangat serta produktiviti.

“Sepanjang saya berkhidmat di MPSS, kebajikan kakitangan merupakan antara perkara yang dipandang serius dan titik beratkan.

mps“Antaranya, kita memberi bantuan RM50 secara ‘one off’ kepada anak pekerja yang berumur enam tahun ke bawah bagi kumpulan C dan D, selain menambah tuntutan perubatan dari RM800 ke RM1000,” katanya ketika Mesyuarat Penuh MPS, di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS, di sini, hari ini.

Katanya, MPS juga melaksanakan program ceria kembali ke sekolah dengan memberi bantuan baju serta peralatan kepada anak pekerja yang memerlukan.

Selain itu, pertubuhan kesatuan pekerja (Anulae Cawangan MPS) penting dalam menjaga kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan.

“Tahun ini, Anulae menjalankan pelbagai aktiviti beroreantasikan kebajikan kakitangan seperti lawatan serta bengkel pemantapan kesatuan, sumbangan kepada ahli ditimpa musibah dan dermasiswa untuk anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Saya berharap, tahun depan Anulae akan terus bergerak aktif dan komitmed, selain 100 peratus jumlah keahlian dapat diteruskan. Jumlah keahlian ini merupakan yang terbesar di Selangor dan keempat di peringkat kebangsaan,” katanya.

-NFN-

Cegah denggi agenda utama Kerajaan Negeri 2016

Kerajaan Negeri memfokuskan agenda memerangi penularan wabak denggi sepanjang tahun ini -MB

Program cegah denggi : RM10,000 untuk setiap DUN

RM10,000 diperuntukkan untuk setiap DUN bagi melaksanakan program memerangi wabak denggi.

OKU terus dibantu pastikan hak dibela

Kerajaan Negeri komited menjaga kebajikan golongan OKU dengan memastikan kumpulan terbabit menikmati peluang sama seperti pihak lain.

Exco Dr Daroyah Alwi serah bantuan banjir kilat di Cameron Highlands

Kerajaan Negeri rasa prihatin dengan kesusahan mangsa tragedi banjir di Cameron Highlands.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi turun padang bersama-sama pasukan PANTAS untuk membantu meringankan kesulitan penduduk,

Categories
SELANGOR

Kerajaan negeri fokus konsep memasyarakatkan kebajikan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 MAC: Kerajaan negeri memfokuskan konsep memasyarakatkan kebajikan dengan menggalakkan pembabitan masyarakat antaranya badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan komuniti untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapi rakyat Selangor.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata kebajikan terbaik adalah dengan memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan dan bukannya bersandarkan kepada pemberian bantuan daripada kerajaan sahaja.

rodziah pc green 20 jul 01Beliau berkata, konsep ‘datang dan bantu’ yang diamalkan sebelum ini tidak menyelesaikan masalah kemiskinan dalam konteks kebajikan walaupun kerajaan negeri mensasarkan 30 peratus rakyat keluar daripada kelompok kemiskinan setiap tahun.

“Kebajikan pada penggal ini, kita memfokuskan konsep memasyarakatkan kebajikan yang dilihat belum kemas yang mana kebajikan itu jika kita serahkan 100 peratus kepada kerajaan tanpa membabitkan kerjasama daripada masyarakat.

“Jika kerajaan negeri pada penggal lepas mensasarkan sebanyak mungkin mpihak yang memerlukan bantuan untuk terus diberi bantuan, namun kebajikan terbaik sebenarnya adalah memastikan kesejahteraan.

“Saya turut menerbitkan buku panduan Hidup Memberi Asas Bermasyarakat di mana kandungannya menunjukkan pandangan saya berkenaan apa yang disebut sebagai kebajikan,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian, baru-baru ini.

Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 04Pada masa sama, Rodziah berkata, kerajaan negeri turut memberi penekanan dengan meningkatkan ruang dan sistem sokongan bagi membolehkan seseorang individu lebih berdikari untuk menjana pendapatan tambahan.

Katanya, peluang kerja akan disediakan bagi sesiapa yang layak melalui tunjuk ajar daripada kerajaan negeri supaya mereka membuat sesuatu yang betul tanpa melanggar undang-undang.

“Kita lihat dengan memberi kemahiran tambahan seperti ini, suri rumah juga berpeluang untuk bekerja dan meraih pendapatan bagi membantu keluarga atau kita lihat dalam sesebuah keluarga yang mana tenaga boleh dilatih untuk digunapakai, kita galakkan dan beri khidmat sokongan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pusat Siber Rakyat Reda Kebimbangan Ibu Bapa

Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 01

SHAH ALAM, 30 DIS: Kewujudan Pusat Siber Rakyat (PSR) diharapkan dapat meredakan kebimbangan ibu bapa yang selama ini terpaksa melepaskan anak mereka ke pusat siber semata-mata untuk mendapatkan akses internet.

Exco Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, kemudahan internet ini merupakan antara utiliti penting kehidupan masa kini selain air dan elektrik.

“Sekarang ini kemudahan selain dari air dan eletrik, talian internet ini juga akan dilebarluaskan di seluruh negeri.

“Jika dahulu kita berbangga memiliki komputer di rumah. Namun kini jika ada komputer tanpa internet ia tidak lengkap. Walaupun asas (internet) tapi kena bayar.

“Ada segelintir keluarga tidak mampu mengakses intertenet di rumah mereka. Selaku exco kita mahu mereka merasa kondusif dalam berikan latihan mengenai komputer,” katanya ketika merasmikan PSR Seksyen 19.

PSR Seksyen 19 yang telah beroperasi hampir enam bulan dirasmikan bertempat di Dewan Kempas Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) Seksyen 19B.

Dengan menempatkan 10 buah komputer untuk kegunaan pembelajaran, PSR beroperasi dari jam 3.00 petang sehingga 11.00 malam selain menempatkan guru mahir mengenai komputer melalui pembiayaan oleh Pejabat DUN Batu Tiga.

Sempena majlis pelancaran ini juga turut dibuka pendaftaran keahlian kelab PSR secara percuma yang menyaksikan Rodziah diberikan penghormatan menjadi ahli berdaftar pertama PSR.

Jelas Rodziah lagi, hampir 20 PSR telah diwujudkan di Selangor dan jumlah ini akan ditingkatkan dari semasa semasa.

Selain itu, beliau turut bercadang menempatkan beberapa kiosk komputer bagi memudahkan akses komputer kepada masyarakat selain bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Beliau menambah, sebagai komitmen menjadikan Selangor 100 peratus boleh mengakses internet kerajaan negeri telah menyediakan dana khusus berjumlah RM2.7 juta bagi menambah sebanyak 112 tiang pemancar jalur lebar dan perkara ini akan dilaksanakan tahun hadapan.

Katanya, satu pengumuman akan dibuat dan perkara ini dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Apakah kiranya kita banyakkan wifi percuma dari memberikan rebat RM200 pembelian telefon bimbit.

“Beli telefon siapa yang ingin membayar caj bulanan? Memperbanyakkan penyediaan akses internet percuma adalah lebih baik,” ujar beliau lagi.

Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 04 Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 05 Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 03 Rodziah Ismail Mugshot 01 Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 02