Categories
SELANGOR

Selangor sasar kadar kematian kemalangan kurang 50%

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PELABUHAN KLANG, 23 NOV: Selangor menyasar pengurangan 50 peratus kadar kematian dan kecederaan parah ekoran kemalangan, menjelang 2020.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Selangor, Dato’ Mazalan Md Noor berkata, sasaran itu dipilih sebagai tema Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia peringkat negeri, hari ini.

“Sasaran ini pastinya menuntut pembabitan semua pihak dalam menerapkan aspek keselamatan jalan raya.

“Ini kerana kematian ekoran kemalangan jalan raya antara kes kematian kelima tertinggi di negara ini,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Selangor.

Terdahulu, statistik kematian kemalangan jalan raya yang direkodkan Jabatan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan Selangor berada, pada tangga tertinggi dengan 64 kes bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Beliau berkata, peningkatan sembilan kes dicatatkan bagi tempoh sama, pada 2016.

Katanya, peningkatan kes dilaporkan berpunca daripada jumlah kemasukan kenderaan yang semakin bertambah, di negeri itu.

Categories
NASIONAL

MPV terbabas, 4 pelajar maut di Kota Marudu

KOTA MARUDU 24 OKT: Empat pelajar maut, manakala lima cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Jalan Kanibongan Pitas, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, MPV jenis Toyota Avanza itu membawa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 dikatakan terbabas selepas melanggar lubang di jalan raya, lapor BH ONLINE.

Kesemua mangsa termasuk pemandu adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata semua mangsa termasuk empat yang maut dihantar ke Hospital Pitas untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pemandu kenderaan itu cedera ringan dan memiliki lesen memandu.

“Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kemalangan ini masih dalam siasatan,” katanya melalui kenyataan di sini.

=EZY=

Categories
SELANGOR

4 maut nahas kemalangan berasingan di Kajang

KAJANG 8 OKT: Dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban awal pagi tadi meragut nyawa empat penunggang motosikal.

BH ONLINE melaporkan kemalangan pertama di Kilometer (KM) 302 membabitkan dua penunggang motosikal berlanggar sesama sendiri sementara kemalangan kedua membabitkan tujuh buah motosikal dan sebuah kereta di KM 301.5.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof, kemalangan pertama akibat pelanggaran di antara dua buah motosikal.

“Kemalangan berlaku kira-kira pada jam 2.20 pagi. Berdasarkan keterangan saksi, kemalangan berpunca selepas seorang penunggang motosikal menghimpit sebuah lagi motosikal dari arah kiri.

“Akibat pelanggaran terbabit, kedua-dua motosikal terbabas dan kedua-dua penunggang mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.
“Mangsa berusia 26 dan 16 tahun, berasal dari Selayang Baru dan Setapak, Kuala Lumpur dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dzaffir berkata, kemalangan kedua pula berlaku tidak sampai 15 minit selepas kemalangan pertama dan hanya 500 meter daripada lokasi kemalangan pertama.

Katanya, ia membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dan tujuh motosikal jenis Yamaha LC.

Dalam kejadian pada jam 2.29 pagi, beliau berkata, Perodua Axia dipandu di lorong kedua, kemudian datang sebuah motosikal merempuh bahagian belakang sisi kanan Perodua Axia dan mengakibatkan pemandunya hilang kawalan.

“Kereta berkenaan berpusing dan seterusnya dirempuh oleh enam lagi penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak.

“Penunggang motosikal yang mula-mula merempuh Perodua Axia maut di tempat kejadian sementara seorang lagi maut ketika menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Serdang,” katanya.

Beliau berkata, lima penunggang yang lain mengalami kecederaan parah manakala pemandu kereta pula mengalami kecederaan di leher.

Dzaffir berkata, kedua-dua kes kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Categories
NASIONAL

Pandu lebih had laju punca kemalangan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 24 JUN: Sikap pemandu yang memandu melebihi had laju ditetapkan adalah punca utama berlakunya kemalangan jalan raya, di negara ini.

Timbalan Pengerusi MKJR Selangor, Dato’ Mazalan Md Noor percaya, kemalangan boleh dielakkan, sekali gus aspek keselamatan pengguna jalan raya lain lebih terjamin jika pemandu mematuhi peraturan.

“Kebiasaannya, faktor berlakunya kemalangan berpunca daripada pemanduan melebihi had laju, pemandu memandu secara berbahaya atau memandu dalam pengaruh dadah.

“Selain itu, kita juga mengenalpasti penggunaan bahan terlarang seperti ganja membabitkan pemandu bas juga menjadi punca menyebabkan kemalangan, di jalan raya.

KEMALANGAN“Umumnya, ramai pemandu bas khususnya menggunakan bahan terlarang ini untuk kestabilan stamina mereka.

“Namun, pada sisi lain terdapat kesan sampingan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya dan penumpang bas,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Aidilfitri 2017 peringkat negeri Selangor di perkarangan Terminal Bas Sementara Seksyen 13, di sini, baru-baru ini.

Pelaksanaan kempen terbabit dijalankan sebagai inisiatif memupuk kesedaran keselamatan peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan, pada musim perayaan ini.

Dalam perkembangan lain, laluan utama lebuh raya seluruh negara dijangka akan menerima kemasukan tinggi kenderaan dari bandar menuju ke utara, timur dan selatan tanah air.

Sehingga jam 10.00 malam tadi, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mula sesak terutama di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Categories
KENYATAAN MEDIA

Ubah sikap, jangan jadi sebahagian statistik kemalangan

OLEH AKMAL NASIR

Sudah pasti apabila sebut perayaan, tidak terkecuali untuk berkata berkenaan kemalangan jalan raya. Saya pasti pihak berkuasa akan berusaha bagi mengurangkan kadar kemalangan termasuk Ops Selamat 11 bagi tahun ini.

Saya berharap Ops Selamat kali ini akan lebih fokus, agresif dan memberi kesan positif kepada pengguna jalan raya.

Hal ini perlu dipandang serius kerana dengan adanya data perangkaan kemalangan bagi tahun-tahun lepas, hal ini penting bagi menangani isu keselamatan jalan raya secara holistik.

kemalanganSaya berharap juga kerajaan akan komited dengan memperkenalkan langkah-langkah baru yang berkesan untuk dilaksanakan dan bukan hanya semata-mata memperbanyakkan pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sahaja.

Antara faktor sikap pengguna jalan raya yang tidak mengendahkan undang-undang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kadar kemalangan maut pada musim raya.

Pelbagai kesalahan trafik turut menjadi faktor seperti mengabaikan langkah-langkah keselamatan serta peraturan jalan raya menjadi punca kepada kemalangan maut.

Saya suka mengingatkan pengguna jalan raya supaya mengubah sikap sebagai pemandu yang berhemah bagi mengelakkan kehilangan nyawa berlaku.

Di harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara berterusan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya tidak terus mencatatkan peningkatan pada perayaan Aidilfitri tahun ini.

* Akmal Nasir adalah Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Categories
NASIONAL

Kawal emosi dan sikap ketika memandu

SHAH ALAM, 14 JUN: Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati 82 peratus kemalangan maut sepanjang 2016 berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.

Mengulas perkara itu, Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berkata, kebanyakan kemalangan bukan disebabkan keadaan jalan raya, sebaliknya membabitkan sikap dan emosi pemandu serta keadaan kenderaan yang dipandu.

Katanya, kesan mengantuk, letih dan usia adalah antara faktor yang boleh mengurangkan fokus pemanduan serta kurang peka terhadap keadaan sekeliling.

“Waktu memandu yang lazimnya kritikal adalah waktu malam iaitu antara jam 1 hingga jam 4 pagi, memandangkan pada waktu berkenaan tubuh badan manusia berada pada tahap yang inginkan rehat.

“Selain itu, waktu memandu yang juga disenaraikan sebagai waktu kritikal ialah pada waktu siang antara jam 1 tengah hari hingga 3 petang, yang biasanya boleh melalaikan si pemandu,” katanya kepada BERNAMA.

prof_idrusMengulas lanjut, Mohd Idrus berkata, pihak berkuasa perlu meletakkan papan tanda amaran secukupnya, lampu jalan di kawasan selekoh dan tanda amaran bercahaya, pada waktu malam.

Katanya, selain operasi berskala, penggunaan ‘transverse bar’ untuk tujuan ‘traffic-calming’ atau meredakan kelajuan kenderaan juga akan dapat membantu mengurangkan keberangkalian berlaku kemalangan di lokasi itu.

“Saya mengingatkan pengguna bahawa jalan raya bukan lokasi menunjukkan kepakaran memandu atau menguji kenderaan tetapi sebagai alat mendekatkan kita kepada keluarga, sahabat dan taulan serta bukan untuk kita meratapi kehilangan orang tersayang,” katanya.

Categories
NASIONAL

Nahas Jempol: Pemandu treler direman empat hari

BAHAU, 12 JUN: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan meragut lapan nyawa di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, petang semalam, ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali, selepas Pegawai Penyiasat Trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Inspektor Nurul Hafiza Mohd Marsah membuat permohonan di Mahkamah Majistret, di sini, lapor BH Online.

Lelaki terbabit yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Majistret, pada jam 9.10 pagi dengan trak polis bersama tahanan lain.

Tahanan reman itu membolehkan polis menyiasat lelaki itu mengikut Seksyen­ 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 petang semalam, treler yang dipandu lelaki berusia 44 tahun itu terbabit dalam kemalangan dengan tiga kenderaan lain iaitu Perodua Myvi, Proton Exora dan Toyota Vios.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu dan lima penumpang Proton Exora serta pemandu juga penumpang Perodua Myvi, terkorban.

 

Categories
NASIONAL

Tiga cedera kereta rempuh kren

SHAH ALAM, 10 FEB: Gara-gara melanggar lampu merah di persimpangan berhampiran Giant di Jalan Putra Permai, Bandar Seri Kembangan, dua kenderaan bertembung menyebabkan satu daripadanya terbakar.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kejadian pada jam 12.30 tengah malam tadi berlaku apabila sebuah kereta Proton Iswara dari arah Seri Kembangan dipercayai melanggar isyarat lampu merah dan merempuh sebuah kren dari arah Puchong.

“Akibat rempuhan itu kereta berkenaan terbakar, namun pemandu dan dua penumpangnya berjaya menyelamatkan diri,” katanya kepada Bernama.

Megat Mohamad Aminuddin berkata, mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 dan 27 tahun itu hanya mengalami cedera ringan serta dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan, manakala pemandu kren tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat menurut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-AA-

Categories
SELANGOR

Lori hantu terbabas, 2 maut libat 18 kenderaan

KAJANG 14 JAN : Dua pelajar maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori hantu terbabas melanggar 18 buah kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras, hari ini.

Kedua-dua mangsa yang maut itu adalah pelajar perempuan sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.11 petang itu, lori tersebut dipercayai hilang kawalan kerana masalah brek dan melanggar motosikal yang diparkir di hadapan sekolah serta dua kenderaan jenis Toyota Avanza dan Proton Wira sebelum merempuh sebuah van Nissan Vannet.

KemalanganPenolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, sebuah jentera dari Kajang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

“Kejadian berlaku ketika pelajar daripada sekolah terbabit pulang daripada waktu persekolahan. Terdapat dua orang mangsa tersepit di di bawah van terbabit,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Wong Siow Xuen dan Lau Zi Xin, kedua-dua berusia 13 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah.

Anggota membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah van sementara seorang lagi mangsa tercampak akibat pelanggaran itu.

Kata, dua wanita yang cedera adalah peniaga di kaki lima sekolah dan pemandu Proton Wira di hantar ke Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku akibat brek yang tidak berfungsi ketika menuruni kawasan berbukit di hadapan sekolah sebelum merempuh semua kenderaan. Kenderaan berkenaan kemudiannya tersangkut pada sebatang pokok di kaki lima sekolah.

Pemandu lori ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

GAMBAR: Sumber Facebook

EZY

Categories
NASIONAL

10 hari catat 150 kematian kemalangan jalan raya

SHAH ALAM 23 FEB: Sejumlah 150 kematian dilapor dari 11,867 kemalangan jalan raya sepanjang 10 hari Op Selamat dilancar sejak 12 Februari lalu.

Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata Johor mencatat jumlah kematian paling ramai iaitu 27 diikuti Selangor (23) dan Perak (22).

Op Selamat akan berakhir Khamis ini.

kemalanganBeliau kebanyakan kemalangan dilapor berlaku di jalan persekutuan iaitu 44 kes, jalan negeri (36), lebuh raya (28) dan jalan bandar raya serta bandar (21).

“Dari angka kematian itu, ia turut membabitkan 92 penunggang motosikal, kereta (36) dan pejalan kaki (11), katanya dipetik Bernama.

Mohd Fuad berkata 180,443 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti memandu laju dan menyalah guna lot parkir.

Beliau juga berkata 47,604 anggota polis ditugaskan untuk memantau rumah dan premis perniagaan semasa cuti Tahun Baharu Cina.

Sejumlah 8,371 laporan diterima daripada orang ramai tentang rumah mereka yang ditinggalkan semasa perayaan, katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Sasar kurangkan kes maut jalan raya 50%

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 OKT: Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014 – 2020 dilaksanakan kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut di kalangan pengguna jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah berkata, pelan dirangka pihaknya dengan kerjasama semua pihak berkaitan mensasarkan pengurangan kes kematian lebih 50 peratus.

10632841_729539393761946_7545528717060381613_nKatanya ia pengurangan kemalangan maut daripada jangkaan kira-kira 10,000 kepada 5,000 atau kurang dalam tempoh dinyatakan.

“Lima strategi utama dalam pelan berkenaan iaitu pengurusan keselamatan jalan raya membabitkan penyertaan pelbagai pihak, penyediaan kenderaan selamat mengikut piawaian, jalan raya selamat, pengguna jalan raya lebih selamat dan punya kesedaran serta pengurusan kemalangan jalan raya lebih cekap.

“Ia diharap mampu mengubah kita semua sebagai pengguna jalan raya bersesuaian dengan matlamat negara ke arah negara maju pada 2020,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian The Long Short Walk 2014 di sini, hari ini.

Tam berkata, majlis pelancaran pelan berkenaan akan dibuat Kementerian Jalan Raya dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga menolak andaian umum yang mengatakan kempen keselamatan jalan raya dijalankan secara bermusim tetapi ia dijalankan berterusan mengikut jadual ditetapkan.

“Kita jalankan berterusan mengikut kesesuaian. Tidak hanya di musim perayaan yang diadakan secara besar-besaran tetapi juga pada masa lain,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

‘Selfie’ terakhir lima sekeluarga viral di laman sosial

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 OKT: Beberapa gambar kenangan ‘selfie’ terakhir mangsa lima sekeluarga kemalangan di semalam menjadi viral di laman sosial.

Antaranya di laman PenMerah [dot] com yang memuat naik status berkongsi gambar berkenaan dan dikongsi lebih 3, 000 setakat pagi ini dengan lebih 60, 000 ‘likes’.

Selain itu, laman Sukan Star TV yang memaparkan gambar sama turut dikongsi lebih 3, 000 dengan jumlah ‘likes’ melebihi 30, 000.

Terdapat banyak komen yang mengaitkan perbuatan selfie itu mengundang bahaya hingga menyebabkan kemalangan maut. Bagaimanapun, tindakan mengambil gambar secara selfie bukanlah penyebab kepada kemalangan berlaku.

Pihak berkuasa mengesahkan kemalangan berlaku disebabkan sebuah treler di lorong paling kanan gagal dikawal hingga melanggar treler di hadapan seterusnya merempuh enam kereta lain termasuk kereta mangsa.

Kemalangan di kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke arah utara selepas Terowong Menora itu berlaku pada pukul 11.30 pagi semalam membabitkan dua treler dan enam buah kereta.

Mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik-beradik lain mengalami cedera ringan.

Pemandu kereta, Muhammad Yusriman, 23, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tidak putus-putus melafazkan “saya minta maaf mak” dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu.

Beliau dan abangnya Muhammad Yusrizal, 25, mengalami cedera ringan manakala adik mereka Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata pemandu treler berusia 40-an kini ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan darah.

Kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

HM