Categories
SELANGOR

Mahkamah batal semakan kehakiman Hizbut Tahrir

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membatalkan permohonan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) untuk menyemak kembali fatwa yang mengisytiharkan kumpulan itu haram dan menyeleweng daripada Islam.

Fatwa bertajuk ‘Fatwa Kedudukan Hizbut Tahrir’ itu menyebut kumpulan agama itu menyeleweng menurut pandangan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Keputusan itu diumumkan peguam yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar,

Zainul berkata, HTM yang pertama memfailkan permohonan semakan kehakiman dan menamakan Mufti Selangor, Dato’ Seri Tamyes Abd Wahid, jawatankuasa fatwa negeri, MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai responden.

zainulrijal_1“HTM menyifatkan fatwa bersifat politik dan menafikan ahli mereka sesat. Dalam permohonan semakan kehakiman, mereka mahu mufti dan jawatankuasa fatwa mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

“Bagaimanapun, jurucakap HTM, Abdul Hakim diperintahkan membayar kos RM2,000 kepada setiap responden serta memerintahkannya mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu jika mahu memfailkan semula tindakan sama,” katanya.

Katanya, setakat ini hanya Mahkamah Syariah Selangor sahaja yang mempunyai peruntukan bidang kuasa berkaitan semakan kehakiman bagi menyemak keputusan pihak berkuasa agama melalui pindaan seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003.

Terdahulu, pada Disember 2015, MAIS mengisytiharkan ajaran HTM menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan melarang umat Islam mengikutinya.

Difahamkan, HTM gerakan politik dengan jaringan antarabangsa yang diasaskan pada 1953 di Palestin bertujuan menubuhkan ‘kerajaan Islam’ yang menggabungkan negara orang Islam dan mula berkembang ke Malaysia, pada era 1990-an.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Anwar tak dibenarkan sentuhan fizikal

SHAH ALAM, 10 MAC: Permohonan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibenarkan sentuhan fizikal dengan ahli keluarganya ketika lawatan di penjara ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed yang menyifatkan tidak ada yang tidak rasional, menyalahi undang-undang dan ketidaksopanan prosedur dalam keputusan Jabatan Penjara itu.

“Mereka kata akan mempertimbangkan berdasarkan kes demi kes dalam surat mereka. Mahkamah lazimnya tidak akan campur tangan dengan badan membuat keputusan atau badan tribunal melainkan jika ia jelas salah atau ‘mala fide’,” katanya lapor MalaysiaKini.

Anwar bebasNik Hasmat juga mengarahkan keluarga Anwar membayar kos nominal RM1,000 kepada Jabatan Penjara.

Anwar melalui surat peguamnya bertarikh 2 Mac 2016 memohon penjara membenarkan sentuhan fizikal ketika lawatan tetapi permintaan itu ditolak melalui surat, bertarikh 14 Mac 2016.

Sehubungan itu, beliau memfailkan semakan kehakiman dan dibenarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Turut bertindak selaku pemohon ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta empat anak perempuan mereka iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Ilham dan Nurul Iman juga empat cucu.

Anwar dan keluarga menamakan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.

Mereka turut mendakwa Jabatan Penjara menafikan sentuhan fizikal antara Anwar dan ahli keluarganya yang dipisahkan melalui dinding kaca serta percakapan dilakukan hanya melalui telefon ketika lawatan tiga minggu sekali.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tian Chua terus perjuang reformasi jika tidak layak bertanding pilihan raya

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 9 MAC: Naib Presiden PKR, Tian Chua bakal menghadapi kemungkinan tidak layak bertanding pada pilihan raya akan datang apabila beliau dikenakan denda RM3,000 atas kesalahan menghina seorang anggota polis.

Tian Chua berkata, keputusan itu tidak menghalangnya terus memperjuangkan keadilan dan reformasi dalam negara ini.

“Buat masa ini, saya akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen walaupun dikenakan denda RM3,000 dan tidak layak bertanding pada pilihan raya akan datang. Peguam saya sudah memaklumkan kepada mahkamah bahawa kami akan membuat rayuan secepat mungkin,” katanya.

tian-chuaSementara itu, peguam Tian, Latheefa Koya berkata, mereka bercadang untuk membuat rayuan supaya kerusi Batu kekal diwakili Tian Chua.

Latheefa berkata, Tian Chua tidak dapat bertanding pada pilihan raya akan datang kecuali pihaknya berjaya memohon mahkamah membatalkan sabitan itu atau mengurangkan hukuman.

Mahkamah menjatuhkan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kira-kira empat bulan kemudian atas kejadian yang berlaku, pada April 2014.

Hakim Mahkamah Seksyen Petaling Jaya, Yasmin Abdul Razak berkata, mengikut peruntukan Kanun Keseksaan, sabitan bagi kesalahan mengikut Seksyen 509 membolehkan pesalah dihukum penjara lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kedudukan Tian Chua yang mewakili Parlimen Batu sedikit goyah apabila kini menjadi perhatian.

“Mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan jika didenda lebih RM2,000. Kelayakan itu juga terbatal jika seseorang wakil rakyat dipenjara tidak kurang dari satu tahun, namun Tian Chua masih boleh membuat rayuan,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

MB dijangka beri keterangan kes Anwar saman Khairy Jumaat

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman fitnah yang dikemukakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pada 10 Febuari ini.

Azmin MahkamahMohamed Azmin yang hadir di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagaimanapun berkata, ia juga mengambil kira mahkamah selesai mengambil keterangan Anwar.

“Saya hadir hari ini sebagai saksi kes saman Datuk Seri Anwar terhadap Khairy. Saya hanya menunggu giliran untuk memberi keterangan tetapi nampaknya keterangan Datuk Seri Anwar masih lagi berjalan dan mungkin akan disambung, pada Jumaat. Jadi saya belum lagi dipanggil menjadi saksi.

“Ada kemungkinan (beri keterangan) pada Jumaat tetapi tertakluk kepada keterangan Datuk Seri Anwar, sekiranya dapat diselesaikan hari ini mungkin giliran saya hari Jumaat,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata demikian kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100 juta apabila Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai, pada 20 Februari 2008.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Heret dalang pencemaran air ke muka pengadilan

OLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL, 24 OKT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Negeri Sembilan serta agensi persekutuan perlu memperkukuh kerjasama bagi mengheret dalang pencemaran air ke muka pengadilan.

Walaupun kecewa dengan pencemaran air berulang, beliau sekali lagi menegaskan punca pencemaran bukan dari Selangor sebaliknya di Hulu Sungai Buah yang berada di Negeri Sembilan.

“Semua punca pencemaran ini berada di dalam Negeri Sembilan, bukan Negeri Selangor. Hulu Sungai Buah berada di Negeri Sembilan.

unknown-2“Aliran Sungai Buah ini masuk ke Sungai Semenyih menyebabkan ia mengganggu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, maka kita terpaksa menutup loji rawatan itu,” katanya pada sidang media selepas melawat kerja penyedutan air keluar yang dilakukan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor di Kampung Sungai Buah.

Hasil tinjauan dan siasatan yang dilakukan pasukan LUAS dan Air Selangor semalam menemui punca bau pada jam 1.50 petang berhampiran R&R Nilai arah utara.

Punca bau ‘solvent’ yang kuat ditemui di aliran anak Sungai Buah di lereng bukit KM45.9, Lebuhraya Elite, pada jam 6.10 petang.

Bacaan tertinggi pada kadar 22 ton pula dikesan di Memorial Park, Nilai.

Beliau berkata, kelewatan JAS Negeri Sembilan yang mula mengumpul maklumat pagi ini walaupun JAS Selangor sudah memaklumkannya semalam turut mendukacitakan Kerajaan Negeri.

unnamed-3“Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama dengan jabatan dan agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar Selangor dan SPAN selain mengharapkan ia (kerjasama) dapat dipertingkatkan.

“Ini bukan ‘blame game’. Kita tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi mahu kordinasi yang mantap supaya pelaku pencemaran ini dikenakan tindakan paling keras dan tegas,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri sudah mengambil tindakan dalam ruang lingkup sedia ada dan mengharapkan JAS mengemukakan laporan lengkap serta bukti kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan lanjut.

Kerja penyedutan keluar air tercemar di Sungai Buah masih berlangsung dan difahamkan tiga lagi mesin air akan tiba untuk mempercepatkan proses memindahkan air tercemar.

Sementara itu, LRA Sungai Semenyih sudah kembali beroperasi pada jam 5.00 pagi hari ini sejak ditutup jam 7.30 pagi semalam bagi membolehkan 1.8 juta pengguna menikmati semula perkhidmatan air secara berperingkat.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Keluarga mohon bedah siasat mangsa kes tembakan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 22 SEPT: Inkues dan siasatan menyeluruh membabitkan kes tembakan dilepaskan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi ini.

Ia susulan kes kematian Mohamad Shahril Sugumaran Abdullah dan S Uvarajan dalam satu sekatan jalan raya, di Lebuh Raya Selayang-Kepong, pada 19 Ogos lalu.

Peguam, M Visvanathan berkata, permohonan inkues secara serentak melibatkan kedua-dua mangsa dibuat bagi membenarkan proses bedah siasat kali kedua dijalankan.

“Permohonan inkues dibuat terhadap mangsa, Shahril Sugumaran membolehkan supaya kubur mangsa digali untuk kebenaran proses bedah siasat kali kedua.

img_0013“Cara ini sahaja dapat mengenalpasti punca sebenar kes kematian mangsa. Adakah benar mangsa ditembak mati atau dicederakan,” katanya pada sidang media di Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), hari ini.

Pendengaran lanjutan permohonan inkues akan didengar semula pada 7 Oktober ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sebelum ini, keluarga mangsa mendakwa wujud pertikaian berhubung fizikal mayat kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan selain kesan tembakan.

“Ia sesuatu yang amat mencurigakan apabila bukan hanya kesan tembakan pada mangsa tetapi wujud kecederaan lain pada anggota tubuh badan mangsa. Ini menimbulkan kecurigaan status sebenar kematian kedua-dua mangsa, adakah dakwaan polis itu benar atau sebaliknya,” katanya.

Bagaimanapun, polis mendakwa tembakan dilepaskan selepas kenderaan Proton Waja dipandu mangsa dalam keadaan mencurigakan, sebelum kedua-dua mangsa melepaskan tembakan ke arah polis.

Ketika kejadian, pihak polis menjumpai 11 paket dadah, dua pistol, sembilan telefon bimbit dan dua kad pengenalan yang dipercayai bukan milik mangsa.

Sementara itu, Pengarah Esekutif SUARAM, Sevan Doraisamy mennggesa siasatan menyeluruh dijalankan bagi menuntut keadilan kepada keluarga kedua-dua mangsa.

“Perkara ini tidak boleh dipandang enteng dan perlu disiat dengan telus pada kadar segera agar keadilan dapat diketahui. Jika terdapat bukti kematian kedua-dua kematian berpunca daripada salah guna kuasa polis, perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Mahkamah Rayuan tolak tuntutan kerajaan terhadap BERSIH

KUALA LUMPUR 23 OGOS: Mahkamah Rayuan mengesahkan kerajaan dan polis tidak mempunyai hak memulakan tuntutan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA) bagi mendapatkan ganti rugi dialami pada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, lapor Malaysiakini.

Ketika menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, panel tiga anggota menolak rayuan polis dan kerajaan terhadap anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 termasuk bekas pengerusinya Datuk Ambiga Sreenavasan.

Hakim Datuk Rohana Yusof berkata, PPA tidak boleh digunakan untuk memulakan tuntutan itu.

Dua tahun lalu Hakim Datuk John Louis O Hara memerintahkan PPA adalah mengikut perlembagaan tetapi menolak tuntutan saman oleh kerajaan.

Hakim Rohana membuat keputusan itu bersama hakim Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Mary Lim.

Setiap seorang daripada hakim berkenaan menulis penghakiman berasingan dalam keputusan itu tetapi Rohana yang mengetuai panel membaca keputusan ringkas.

EZY

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Dua suspek bunuh Bill Kayong dihadap ke mahkamah

SHAH ALAM, 17 JULAI: Dua lelaki yang ditahan berhubung pembunuhan Setiausaha KEADILAN cawangan Miri, Bill Kayong dihadapkan di Mahkamah Majistret Miri, hari ini.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Bill, 43, di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya E-Mart Jalan Miri-Bintulu, kira-kira jam 8.20 pagi, pada 21 Jun lalu.

Tertuduh kedua, Lie Chang Loon, 37, didakwa bersubahat dengan Mohamad Fitri mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

BillKayongKedua-dua tertuduh kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan kepada mereka masing-masing dalam bahasa Malaysia dan Mandarin oleh penterjemah mahkamah. Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Lovely Natasha Charles menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Peguam Kanan Persekutuan Muhamad Iskandar Ahmad menjalankan pendakwaan manakala peguam Ranbhir Singh Sangha mewakili kedua-dua tertuduh dan peguam Abun Sui pula mewakili keluarga mangsa.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M M Sree, berkata empat suspek kes berkenaan yang ditahan sebelum itu akan direman selama 21 hari mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Beliau berkata, polis masih memburu tiga lagi suspek termasuk dalang pembunuhan itu.

Terdahulu, semua lapan suspek yang memakai pakaian lokap tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi diiringi kawalan ketat polis dengan senjata berat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Dua daripada suspek itu dibebaskan tanpa syarat, empat ditahan di bawah POCA manakala seorang didakwa membunuh dan seorang lagi didakwa bersubahat serta membunuh.

Lebih 20 pegawai polis termasuk Timbalan Ketua Polis Miri, Supt Stanley Johnathan Ringgit memantau keadaan keselamatan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Suami gagal bayar nafkah berdepan hukuman penjara

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 DIS: Suami atau bapa yang didapati gagal melunaskan bayaran nafkah kepada isteri dan anak seperti diperintahkan mahkamah bakal berdepan hukuman penjara.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Mahkamah Syariah bukan sahaja bertanggungjawab mengeluarkan perintah nafkah, tetapi memastikan arahan itu dilaksanakan sebaiknya.

mahkamah-syariah“Kita akan menguatkuasakan tindakan ini dengan lebih efektif supaya pihak suami lebih bertanggungjawab melunaskan tanggungjawab mereka.

“Melalui cara ini, pihak yang berhak mendapat nafkah menerima hasil, manakala suami pula akan ada kesedaran supaya tidak ambil mudah perintah mahkamah,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Mohd Na’im berkata, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) akan berusaha mempercepatkan penyelesaian kes tertunggak dalam visi dan misi 2016.

Katanya, ia bagi mengelakkan sesuatu kes itu berlarutan lebih tiga tahun untuk diselesaikan yang akan membebankan pihak terlibat.

“Kita akan selesaikan kes tertunggak dengan segera dan sekarang kita sudah mula kes dari 2012 ke belakang.

“Mana-mana kes lebih dua tahun kita kategorikan sebagai kes tertunggak,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Saifuddin: Anwar ada ‘skill’ lebih baik dari peguam

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 OGOS: Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai pengantara atau ‘orang tengah’ berjaya mendamaikan kes saman Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap PKR.

Datuk Saifuddin Nasution sebagai defendan dalam kes itu, berkata Anwar pada mulanya diminta hadir sebagai saksi namun bertindak sebagai pendamai.

“Beliau (Anwar) sepatutnya menjadi saksi jika kes ini diteruskan kerana membabitkan keputusan parti menggugurkan Khalid sebagai Menteri Besar ketika itu dan Anwar terbabit dengan pertemuan empat mata dengan Khalid.

khalidsafuldin“Namun, akhirnya berakhir sebagai ‘mediator’. Anwar mempunyai ‘skill’ itu, bahkan lebih baik daripada peguam,” katanya kepada pemberita.

Hadir sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ketua Biro Hal Ehwal Guaman, Lathefa Koya dan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Saifuddin berkata, penyelesaian itu didorong oleh nasihat Anwar yang ingin menyelamatkan negara yang kini berdepan dengan kemelut politik, ekonomi dan peningkatan kos sara hidup rakyat.

“Anwar juga mengingatkan Khalid yang pernah menjadi sebahagian parti supaya menumpukan perkara lain dan proses akan berterusan lebih panjang jika tidak digugurkan.

anwar“Jadi, tiga asas itu dipersetujui dan kes saman ini digugurkan. Khalid berpesan kepada saya supaya bekerja kuat untuk mengukuhkan lagi kedudukan parti dan beliau boleh menumpukan kerjanya selepas ini.

“Saya bersyukur penyelesaian ini berlaku di penghujung Syawal,” katanya.

Anwar dibawa dari Penjara Sungai Buloh dan tiba di Mahkamah Tinggi, kira-kira jam 8.30 pagi.

Turut hadir empat anak perempuannya bersama menantu serta cucu.

Khalid diwakili Edmund Bon, manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Saifuddin.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos 2014 berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Majikan jangan mudah tindas wanita

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 JUN: Pengalaman diberhentikan kerja kerana mengandung meninggalkan trauma kepada bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Noorfadilla Ahmad Saikin.

Noorfadilla, 32, yang kini mengusahakan perniagaan pastri secara atas talian berkata, cubaan mendapatkan pekerjaan selepas tragedi itu juga tidak manis.

“Saya rasa fobia, diskriminasi itu berlaku di mana-mana. Wanita sering ditanya berkenaan status perancangan untuk dapat anak dan sewaktu dengannya.

“Bukan saya sahaja, rakan wanita lain turut mengalami situasi sama, saya sudah serik,” kata ibu kepada empat anak ini kepada Selangor Kini.

IMG-20150630-WA0001Menariknya, hari ini genap enam tahun usia anak yang dikandungnya ketika diberhentikan kerja, pada 2008.

Terdahulu, Noorfadilla menghadiri perbicaraan kes rayuan Kerajaan Persekutuan untuk tidak membayar ganti rugi terhadapnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini, pagi tadi.

Pada November 2014, mahkamah sama memutuskan Noorfadilla menang RM300,000 membabitkan pampasan daripada pihak kerajaan.

Pada Mei 2010, Noorfadilla menerusi peguamnya memfailkan saman pemula selepas pelantikannya sebagai guru sandaran tidak terlatih ditarik balik apabila beliau mengaku hamil.

Beliau pada ketika itu menamakan tiga Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Menteri Pelajaran Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

bn putrajayaBerdasarkan afidavit, Noorfadilla menghadiri temuduga jawatanitu pada 12 Januari 2009 sehingga berjaya mendapat tawaran melaluii khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau kemudian diminta hadir untuk mendapatkan memo penempatan sekolah dan ditugaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang dengan gaji RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, memo  itu ditarik serta-merta dengan alasan wanita mengandung tidak boleh dilantik menjadi guru sandaran.

Kes itu kemudian dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Hakim Zaleha Yusof pada Julai 2011 memutuskan Noorfadilla berhak mendapat jawatan itu seperti dinyatakan dalam perlembagaan.

Sehubungan itu, Noorfadilla berkata, tindakannya turun naik mahkamah demi memperjuangkan hak wanita secara hakiki.

“Selama ini dilaungkan wanita dilayan sama seperti lelaki. Hakikatnya, diskriminasi gender berlaku meluas dalam sektor pekerjaan termasuk soal pemakaian, status dan hal anak.

“Diharap wanita luar sana lebih tahu hak mereka. Begitu juga majikan, janganlah lagi menindas wanita,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Fitnah 2: Anwar fail semakan kehakiman

SHAH ALAM, 30 APR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas beliau membabitkan kes Fitnah 2, pada 10 Februari lalu.

anwarKetua umum PKR itu menyifatkan terdapat kesilapan mahkamah dalam keputusan terbabit dan beliau menjadikan kenyataan Pejabat Perdana Menteri berhubung sabitan kes itu serta siri jelajah Umno yang mengetengahkan ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai alasan untuk permohonan itu.

Memetik Malaysia Kini, Anwar percaya tiada sebab untuk sabitan dibuat dan hukuman dijatuhi kerana terdapat percanggahan bukti berkenaan sekeping permaidani di tempat kesalahan dikatakan berlaku yang dipindahkan.

Permohonan itu difailkan oleh peguam N Surendran dan Michelle Yesudas yang turut dihadiri anaknya, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, hari ini.

.