Categories
SELANGOR

Invest hargai kerjasama Media Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 26 APRIL: Invest Selangor menghargai jasa pengamal media khasnya Media Selangor yang banyak membantu misi syarikat berkenaan memajukan sektor pelaburan, di negeri ini.

Pengarah Komunikasi Korporat dan Perancangan Strategiknya, Sven Schneider berkata, sumbangan dan peranan kumpulan media termasuk dari SelangorKini serta TV Selangor itu membantu pengoperasian juga perkembangan dalam perniagaan yang diuruskan pihak mereka.

“Hubungan erat yang terjalin dengan media selama ini ternyata membantu kami memahami tuntutan semasa pasaran dan penjalin hubungan kami dengan masyarakat.

“Terima kasih kerana berusaha mempromosikan segala aktiviti yang dijalankan Invest Selangor selama ini, semoga kita dapat meneruskan kolobrasi ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Minum Petang Invest Selangor bersama kakitangan Corporation Communication Sdn Bhd (CCSB), di Kafe The View, i-City di sini, petang semalam

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif CCSB, Eddie Khodzali; Editor Kumpulan, Fathi Aris Omar dan Pengurus Komunikasi Korporat, Azrul Shah Mohamad serta hampir 20 kakitangan dari Media Selangor.

Invest Selangor adalah sebuah agensi hak milik penuh Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab sebagai pemudah cara dalam urusan berkaitan pelaburan, menyediakan maklumat dan menawarkan khidmat nasihat bagi pelaburan sedia ada serta yang berpotensi.

Manakala CCSB adalah anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor yang menjadi lidah rasmi Kerajaan Negeri dalam menyampaikan dasar dan agenda Dato’ Menteri Besar.

 

Categories
SELANGOR

Media Selangor medium bantu dakwah MAIS

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 14 NOV: Media menjadi medium sebaran dakwah yang bergerak seiring dengan dunia teknologi maklumat tanpa sempadan, hari ini.

Justeru, Pengarah Pengurusan Korporat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Norraini Nordin berkata, SelangorKini dilihat sebagai platform terbaik bagi membantu badan berkenaan menggerakkan kerja dakwah kepada penduduk Selangor dengan lebih baik.

“Kelebihan dunia teknologi maklumat membenarkan aliran penyampaian ilmu berlaku pantas dengan menjadikan komputer, telefon bimbit dan internet sebagai medium yang menyalurkan informasi kepada pengguna.

“Namun, dengan adanya media rasmi Kerajaan Negeri ini, ia membantu MAIS menyebarkan maklumat dengan lebih tepat tanpa mengelirukan orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke pejabat Media Selangor, di Seksyen 13, di sini, hari ini.

Turut hadir kakitangan daripada Bahagian Hartanah, Harta Baitul Mal, Undang-undang dan Khidmat Pengurusan MAIS, manakala Media Selangor diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eddie Khodzali.

Mengulas lanjut, Norraini berkata, perkembangan teknologi mencorak pemikiran masyarakat ke arah menerima sesuatu maklumat secara tepat, praktikal dan mudah.

“Justeru, kemajuan yang ada ini perlu digunakan sebaiknya dalam konteks dakwah lebih-lebih lagi aksesnya yang meliputi seluruh dunia.

“MAIS mahu media dijadikan sebagai platform untuk memberikan penjelasan terhadap sebarang kekeliruan berhubung agama suci ini kepada masyarakat,” kaatanya.

Categories
SELANGOR

Jenazah jurukamera Media Selangor dikebumi di Gemencheh

OLEH NURUL FARINA NAZLAN

GEMENCHEH, 26 JUN: Jenazah jurukamera Media Selangor, Khairuddin Jamaluddin, yang meninggal dunia malam tadi, selamat dikebumikan kira-kira jam 2.15 petang, di kampung halaman mertuanya di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Balu Allahyarham, Suraya Musa berkata, jenazah suaminya dibawa ke kediaman ibu bapa beliau, kira-kira jam 1.30 pagi, dari Hospital Serdang.

“Kami mengiringi jenazah dari Hospital Serdang dan tiba di sini, sekitar jam 3.20 pagi,” katanya.

Terdahulu, Khairuddin , 51, yang bertugas di Media Selangor, meninggal dunia akibat pendarahan dalam perut, di Hospital Serdang, kira-kira jam 11.20 malam tadi.

Beliau meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki berusia tiga tahun dan lima bulan serta anak tiri berumur 10 tahun.

Lebih 20 rakan sekerja di Media Selangor diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Eddie Ahmad Khodzali, menziarahi jenazah Allahyarham kira-kira jam 1.00 petang, di Masjid Felda Bukit Rokan Utara, di sini, sebelum disolatkan, kira-kira jam 1.35 petang.

Seluruh warga kerja Media Selangor mengucapkan takziah kepada pihak keluarga dan didoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan para anbia dan solehin.

=EZY=

Categories
SELANGOR

MBI santuni warga kerja Media Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JUN: Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) hari ini memulakan tradisi menyantuni anak syarikat (GLC) dan agensi kerajaan dengan pengedaran bubur lambuk serta gulai kambing.

Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin berkata, pihaknya menyediakan 1,800 set untuk diedarkan kepada kakitangan setiap hari, bermula 19 Jun sehingga 22 Jun ini.

Katanya, sebanyak 450 set diedar setiap hari untuk diagihkan kepada anak syarikat dan agensi kerajaan terpilih.

IMG_8173“Ia sebahagian program MBI bagi menyemarak Ramadan, di samping mengukuh ukhwah dalam kalangan kakitangan GLC dan agensi berkaitan,” katanya.

Terdahulu, beliau mengedarkan bubur lambuk dan gulai kambing kepada kakitangan di Bangunan Darul Ehsan sebelum mengedarkan kepada kakitangan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) di Carlton Holiday Hotel dan Suites.

CCSB anak syarikat MBI yang bertanggungjawab mengurus media rasmi Kerajaan Negeri yang lebih dikenali sebagai Media Selangor.

Ia merangkumi akhbar rasmi, SelangorKini versi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil selain portal rasmi SelangorKini dan TV Selangor.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

TV Selangor, media rasmi DNS lebih mesra OKU

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 NOV: Sesi pembukaan persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) akan datang lebih mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) secara langsung di Media Selangor melalui TV Selangor (TVS).

Ketua Pengarang Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), Cecelia Alphonsus berkata, pelaksanaannya bagi memudahkan golongan kelainan upaya itu khususnya cacat pendengaran dapat mengikuti dan memahami pengisian persidangan Dewan.

“Kita mulakan inisiatif ini pada pembukaan sidang DUN tahun depan, dengan sasarannya lebih tertumpu kepada golongan OKU.

“Matlamatnya untuk memastikan tidak wujud keciciran dalam kalangan golongan itu menerima maklumat berkaitan dasar Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Speaker Dewan Negeri, Hannah Yeo dan Timbalan Speaker, Shafie Ngah di Lobi Dewan Negeri di sini.

Sementara itu, Hannah turut menyambut baik inisiatif tersebut dalam usaha pentadbiran negeri memastikan semua rakyat mendapat maklumat sewajarnya.

Dalam perkembangan tersebut, TV Selangor bakal menyediakan juru bahasa isyarat menerusi kaedah visual semasa persidangan Sidang Dewan berlangsung.

Ia boleh ditonton secara langsung di https://selangortv.my/ atau di laman Youtube dengan membuat carian, TV Selangor.

Sementara itu, Speaker DNS, Hannah Yeo menyambut baik usaha berkenaan yang dilihat bakal memberikan perkembangan positif kepada proses penyampaian maklumat di negeri itu.

Selain TV Selangor, portal berita atas talian, SelangorKini di bawah Media Selangor juga merupakan media rasmi Kerajaan Negeri Selangor.

EZY

3,940 orang tolak tawaran Rumah Selangorku

3,940 orang tolak tawaran Rumah Selangorku sejak 1 Jan 2015 hingga 15 Mac 2016. Pemohon menolak tawaran kerana gagal mendapatkan pinjaman bank.

Tabung Biasiswa Selangor : 108 terima manfaat

108 pelajar UNISEL dan KUIS terima manfaat Tabung Biasiswa Selangorku dengan peruntukan RM4.89 juta pada 2015.

Tingkat kemudahan sukan : RM6.68 juta diluluskan

Kemudahan sukan : Sehingga kini RM6.68 juta diluluskan.Bagi 2015, sejumlah RM570,869 dibelanjakan untuk baik pulih 23 gelanggang futsal.

Hospital Tanjong Karang dijangka siap 2019

Tertangguh sekian lama, pembinaan Hospital Tanjong Karang dijangka bermula penghujung 2016 dan dijangka siap pada 2019.

Categories
SELANGOR

MediaSelangor siar langsung Red Giants lawan JDT

SHAH ALAM 13 FEB: Polis menempatkan 1,400 anggota untuk berkawal menjaga keselamatan sepanjang berlangsungnya perlawanan Piala Sumbangsih 2016 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lima kenderaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut disediakan di kawasan stadium bagi menangani sebarang kemungkinan, lapor BERNAMA.

LIVE TVSKatanya, penyokong diminta mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan termasuk tidak membawa sebarang bahan letupan, senjata tajam atau barangan boleh mencederakan, serta dilarang melakukan provokasi atau pertelingkahan yang boleh mencetuskan pergaduhan.

“Orang ramai juga dilarang meminum minuman keras dan melakukan sebarang bentuk vandalisme seperti membakar tempat duduk penonton ketika atau selepas perlawanan.

“Mereka seharusnya menjaga tingkah laku, moral dan menunjukkan etika positif serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang berlangsungnya perlawanan,” kata beliau dalam sidang media di Johor Bahru.

Tambahnya, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas, sekiranya didapati mereka melanggar peraturan ditetapkan.

Sementara itu, #‎MediaSelangor‬ bakal membawakan liputan Piala Sumbangsih 2016 antara Selangor melawan JDT bermula jam 8 malam melalui saluran http://tv.selangorku.com.

EZY