Categories
NASIONAL

Azmin turun ke jalanan perjuang isu pekerja 1 Mei ini.

SHAH ALAM, 22 APR : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijadualkan akan menghadiri perhimpunan Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di ibu negara, pada 1 Mei ini.

Ahli Parlimen Kuala Kuala Langat, Abdullah Sani, berkata perhimpunan tersebut dirangka khusus bagi membawa isu pekerja termasuk tuntutan gaji minimum RM1,200 sebulan, mengekalkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usia 55 tahun dan kajian lanjut mengenai impak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas rakyat.

PEKERJA“Menjelang 1 Mei ini, kita akan berhimpun untuk mengetengahkan tuntutan MTUC kepada kerajaan untuk memberi layanan lebih baik kepada pekerja di seluruh negara,” katanya

Abdullah yang juga merupakan pemangku presiden MTUC berkata demikian dalam sidang media di Wisma MTUC, lapor MalaysiaKini.

-nR-

Categories
SELANGOR

MB terima kunjungan hormat Duta Besar Republik Czerch dan Panglima 11 Briged Infantri Malaysia

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 22 APR : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Czerch ke Malaysia, H.E. Rudolf Hykl di pejabatnya semalam.

Menerusi twitternya, Mohamed Azmin memaklumkan pertemuan singkat itu berkisarkan perbincangan konstruktif berkaitan ekonomi, politik dan hubungan dua hala.

MB DUTA CZERCHPejabat Menteri Besar juga menerima kunjungan hormat daripada Panglima 11 Briged Infantri Malaysia, Briged Jeneral, Abd Kadir Ahmad pada hari sama.

Pertemua itu bagi membincangkan isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Turut dikongsikan di laman itu, dua keping gambar bersama.

-nR-

Categories
SELANGOR

Kerajaan negeri konsisten perkukuh permuafakatan antara kaum

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 APR : Permuafakatan antara kaum di seluruh negeri terus diperkukuhkan dengan pelbagai pelaksanaan dasar peduli rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum dan agama.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan negeri konsisten memacu pertumbuhan kemajuan ekonomi negeri yang inklusif dengan memberi layanan adil kepada warga Selangor.

Azmin-Rakyat“Dalam konteks Malaysia hari ini, rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya inginkan perkara yang sama, yakni hidup yang sejahtera, aman dan selamat.

“Nilai hidup seperti saling menghormati dan kasih sayang seharusnya dijadikan asas kemajuan masyarakat, bukannya pemahaman perkauman yang sempit dan mementingkan diri sendiri,” katanya dalam perutusan perayaan tahun baru masyrarakat Hindu dan Sikh, semalam.

Mohamed Azmin berkata masyarakat Sikh dan Hindu menikmati gagasan Smart Selangor yang peduli menerusi beberapa skim bantuan dan program berterusan dilaksanakan kerajaan negeri khususnya dalam bidang pendidikan.

Antaranya program pemberian subsidi tambang pas kepada anak peladang miskin, program tuisyen percuma dan Tabung Anak Pekerja Ladang menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Saya mengucapkan selamat tahun baru kepada masyarakat Hindu dan Sikh yang masing-masing menyambut Chithirai dan Vaisakhi.

“Semoga perayaan ini disambut dengan penuh makna bersama keluarga dan seluruh masyarakat di Malaysia,” katanya.

-nR-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan Perayaan Chithirai dan Vaisakhi

OLEH : MENTERI BESAR, DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Saya mengucapkan selamat tahun baru kepada masyarakat Hindu dan Sikh yang masing-masing menyambut Chithirai dan Vaisakhi.

Semoga perayaan ini disambut dengan penuh makna bersama keluarga dan seluruh masyarakat di Malaysia.

Chithirai meraikan permulaan tahun yang baru agar selamat dan senang sepanjang tahun; manakala Vaisakhi meraikan kemajuan masyarakat dan perkongsian nilai hidup.

Dalam konteks Malaysia hari ini, rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya inginkan perkara yang sama, yakni hidup yang sejahtera, aman dan selamat.

Nilai hidup seperti saling menghormati dan kasih sayang seharusnya dijadikan asas kemajuan masyarakat, bukannya pemahaman perkauman yang sempit dan mementingkan diri sendiri.

Saya komited dalam memastikan Kerajaan Negeri Selangor sebagai teladan sebuah negeri maju yang inklusif dengan memberi layanan adil kepada semua warga Selangor.

Pendidikan menjadi keutamaan Kerajaan Negeri misalnya dengan memberi tuisyen percuma dan subsidi tambang bas kepada anak peladang yang miskin

-nR-

 

Stadium Shah Alam sedia diguna untuk Piala Sultan Selangor

Piala Sultan Selangor 2016 perlawanan pertama yang bakal dilangsungkan di Stadium Shah Alam selepas dibaik pulih.

Categories
SELANGOR

Semak peruntukan MARRIS naik taraf sistem perparitan – MB

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 APRIL: Kerajaan Persekutuan diminta menyemak semula peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) supaya ia dapat digunakan bagi menaik taraf sistem perparitan berhampiran jalan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata cadangan itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Kewangan Negara memandangkan sebelum ini peruntukan Marris lebih tertumpu kepada kerja menaik taraf permukaan jalan.

mb kolam 2Beliau berkata demikian kepada media ketika meninjau beberapa kolam takungan air di Seksyen 13 Shah Alam, semalam.

“Saya sudah minta Kerajaan Persekutuan menyemak semula peruntukan Marris kerana sekarang peruntukan mereka untuk menaik taraf jalan tetapi tidak sistem perparitan (tepi jalan).

“Saya sudah bercakap kepada Majlis Kewangan Negara untuk melihat semula, tetapi buat sementara waktu kita kena pastikan kolam takungan diselenggara baik Jabatan Pengairan Saliran (JPS),” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, terdapat enam kolam takungan diberikan tumpuan khusus di Shah Alam ekoran banjir kilat sering berlaku di Seksyen 13 sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

mb kolam 1“Bila ada ‘back flow’ ia akan mengakibatkan banjir di kawasan Shah Alam.

“Air ini akan disimpan di sini untuk satu tempoh sebelum dilepaskan semula ke Sungai Damansara.

“Itulah fungsi kolam takungan sementara untuk menakung air supaya tidak melimpah ke jalan atau kawasan perumahan yang menyebabkan banjir kilat,” katanya.

Setakat ini, kerja-kerja penyelenggaraan lebih 300 kolam takungan di seluruh Selangor dipertanggungjawabkan kepada JPS Selangor dengan peruntukan RM80 juta bagi 2016.

-AA-

Sabar karenah pembayar cukai, beri khidmat terbaik

Pendekatan ‘people engagement’ penting bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) mendepani cabaran berurusan dengan pembayar cukai.

Categories
SELANGOR

Tubuh Jawatankuasa Tertinggi perangi denggi habis-habisan

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 APR: Satu jawatankuasa peringkat tertinggi ditubuhkan dalam usaha memerangi denggi dan dipengerusikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata jawatankuasa itu juga akan dianggotai Exco Kerajaan Tempatan dan Exco Perumahan.

Katanya, kesemua Datuk Bandar dan Yang Di Pertua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut serta dalam jawatankuasa khas itu.

DAROYAH DENGGI“Kita akan mengenalpasti langkah harus diambil menangani denggi di peringkat Kerajaan Negeri.

“Jawatankuasa ini dijangka mula bermesyuarat pada Selasa ini bersamaan 12 April 2016,” katanya dalam sidang media.

Turut serta ialah Datuk Bandar Shah Alam (MBSA), Datuk Ahmad Zaharin Mohd Said.

Terdahulu, Daroyah merasmikan Program SEDA-10 (Cari dan Musnah Aedes 10 Minit) Peringkat Zon MPP MBSA dan Pelantikan Ahli Majlis sebagai Agen SEDA-10 2016.

Daroyah berkata, Kerajaan Negeri menerusi PBT juga menyertai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memeriksa setiap rumah di kawasan lokaliti hotspot Denggi.

Daroyah Denggi (2)“Ia berlangsung sebulan bermula 11 April hingga 10 Mei, dan kemudian KKM kaji keberkesanannya.

“Kerajaan Negeri juga melihat dan putuskan langkah seterusnya,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

MB: Hargai pembayar cukai, saji perkhidmatan terbaik

OLEH: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 9 APR: Pendekatan ‘people engagement’ penting bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) mendepani cabaran berurusan dengan pembayar cukai.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pembangunan masa kini juga menuntut PBT melibatkan pembayar cukai dalam setiap perancangan mereka.

MB MBPJKatanya, dengan itu pembayar cukai lebih menghargai seterusnya bersama-sama menjayakan setiap perancangan PBT.

“Orang Petaling Jaya ‘demanding’, begitu juga dengan wakil rakyatnya kerana mereka mahu terbaik dengan pembangunan teratur dan tersusun demi kesejahteraan rakyat.

“Jadi, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kena ‘engage’ dengan mereka serta sabar menghadapi karenah pembayar cukai dengan kemahiran serta ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 dan Meraikan Pesara 2016 MBPJ di Dewan Sivik, di sini, semalam.

MBPJ PEKERJA CEMERLANG 2016Hadir sama, Datuk Bandar, Mohd Azizi Mohd Zain dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R. Rajiv.

Majlis menyaksikan seramai 143 kakitangan MBPJ menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang selain 23 pesara menerima sijil penghargaan dan cenderamata.

-nR-

Pulau Indah sebagai taman perindustrian moden, mampu tarik pelancong

Kerajaan Negeri yakin Pulau Indah mampu dibangunkan sebagai taman perindustrian moden serta pulau pelancongan eko di Selangor.

Categories
SELANGOR

Ziarah Haron Din, bersyukur ustaz makin sihat – MB

SHAH ALAM, 3 APR : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melapangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Menerusi twitternya, Mohamed Azmin berkongsi gambar bersama beserta ucapan mendoakan kesihatan Haron Din kembali pulih.

AZMIN HARON DIN“Alhamdulillah baru selesai menziarahi Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din di IJN. Ustaz semakin sihat dan riang berbicara,” tulisnya di twitter.

Haron Din dilaporkan semakin stabil tetapi masih menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU)IJN.

Minggu lalu Haron dimasukkan ke IJN selepas mengadu mengalami sakit dada.

Beliau sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 2 April 2012.

-nR-

Air percuma terus di nikmati rakyat


Pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat Selangor bagi tahun 2016- MB