Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Talian MPSepang bantu 920 individu terjejas akibat pandemik

SHAH ALAM, 7 SEPT: Talian MPSepang membantu seramai 920 individu terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak dilancar pada 2 Ogos lalu.

Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menerusi Facebooknya memaklumkan mereka diberi bantuan makanan seperti keperluan asas makanan, susu bayi dan wang tunai.

Jelas MPS, pihaknya menerima sebanyak 972 panggilan dalam tempoh sama sebelum ditutup Jumaat lalu.

Antara permohonan diterima termasuk individu kehilangan punca pendapatan, pendapatan terjejas, keperluan susu bayi, kuarantin positif Covid-19, orang kelainan upaya dan warga emas yang tidak boleh bekerja.

Majlis berharap bantuan berkenaan dapat membantu mengurangkan beban masyarakat yang terkesan.

 

Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPSepang pasang CCTV, siar pengebumian jenazah mangsa Covid-19

SHAH ALAM, 28 OGOS: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) memasang kamera litar tertutup (CCTV) di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’, Cyberjaya bagi membolehkan waris mangsa Covid-19 menyaksikan upacara pengebumian.

Yang Dipertua Dato’ Abd Hamid Hussain berkata proses berkenaan disiarkan secara langsung di Facebook majlis berkenaan sejak 7 Ogos dengan beberapa sesi siaran sehari.

Jelasnya, pemasangan dibuat selepas melihat ramai waris tidak boleh merentas negeri untuk melihat jenazah ahli keluarga buat kali terakhir.

“Hampir setiap hari kes kematian akibat wabak dilaporkan. Kehilangan orang tersayang pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa sahaja.

“Keluarga terpaksa menaruh sepenuh kepercayaan kepada pasukan perubatan untuk menyempurnakan pengebumian,” katanya menerusi perutusan mesyuarat ahli majlis semalam.

Menurutnya, setiap sesi mendapat tontonan antara 70 hingga 100 pelayar.

“Semoga usaha seperti ini dapat mengurangkan suasana pilu dan kesedihan kerana ahli keluarga berpeluang melihat rakaman perjalanan terakhir jenazah Covid-19,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

98 peratus kakitangan MPSepang terima vaksin

SHAH ALAM, 30 JULAI: Sebanyak 98 peratus kakitangan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) termasuk ahli majlis telah menerima suntikan vaksin.

Yang Dipertua Dato’ Abd Hamid Hussain berkata langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencapai sasaran.

“MPSepang memandang serius perkara ini dengan memastikan sebanyak mungkin kakitangan menerima
vaksin bagi menyelamatkan nyawa semua dalam tempoh secepat mungkin.

“Kepada mereka yang telah menerima dos pertama dan lengkap dos kedua, terima kasih saya ucapkan kerana memainkan peranan anda dalam usaha mengekang pandemik ini,” katanya melalui perutusan Mesyuarat Ahli Majlis MPSepang Bil 7/2021 hari ini.

Abd Hamid menjelaskan terdapat tiga pusat pemberian vaksin (PPV) beroperasi di daerah tersebut iaitu PPV Mega Movenpick, MMU Cyberjaya dan Dewan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST).

“MPSepang turut menyumbang dalam mengguna pakai aset majlis bagi mempermudahkan proses pemberian vaksin,” tambahnya.

Categories
PBT SELANGOR

MPSepang wujud talian bantu golongan terjejas akibat pandemik

SHAH ALAM, 30 JULAI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mewujudkan talian bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk daerah itu yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Yang Dipertua Dato’ Abd Hamid Hussain berkata Talian MPSepang Sejahtera akan menggunakan talian perkhidmatan dan aduan sedia ada dengan meluaskan skopnya bagi menangani permasalahan masyarakat.

“Saya amat yakin golongan tersebut amat memerlukan bantuan dan perhatian dari segi sumber kewangan atau pelbagai bentuk bantuan bagi menampung kelangsungan hidup sekali gus memastikan kesejahteraan dan kebajikan mereka terjaga.

“Dengan adanya talian ini ia akan membolehkan pemusatan maklumat bagi bantuan makanan, keperluan asas, kesihatan dan kewangan disalurkan kepada agensi berkaitan,” katanya melalui perutusan Mesyuarat Ahli Majlis MPSepang Bil 7/2021 hari ini.

Tambahnya, talian tersebut tidak akan mengurangkan fungsi saluran bantuan sedia ada dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk zon sebagai medium untuk penduduk Sepang memohon bantuan.

Penduduk yang ingin mendapatkan bantuan boleh hubungi Hotline MPSepang di talian 03-83190200 atau 03-83190300 atau WhatsApp melalui 019-2826533.

Talian ini beroperasi pada hari bekerja sahaja dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan menghantar sistem pesanan ringkas ke 15888 untuk mengetahui status permohonan.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Tanah perkuburan Cyberjaya jadi lokasi pengebumian jenazah pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 30 JULAI: Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ di Cyberjaya akan dijadikan sebagai salah satu lokasi pengebumian jenazah Covid-19 dari Hospital Serdang.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato’ Abd Hamid Hussain berkata perkara itu diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika lawatan rasminya ke Hospital Serdang baru-baru ini.

“Perkhidmatan pengurusan yang disediakan di tanah perkuburan ini adalah menerima permohonan pengebumian, pengurusan jenazah, pengawasan dan penyelenggaraan tanah perkuburan.

“Waktu operasi pengebumian pula bermula dari 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Pengebumian di luar waktu operasi hanya dijalankan berdasarkan kes tertentu dengan kebenaran pihak pengurusan MPSepang,” katanya melalui perutusan Mesyuarat Ahli Majlis MPSepang Bil 7/2021 hari ini.

Beliau juga berharap tanah perkuburan di bawah Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat itu dapat mengurangkan masa pengurusan mayat selain mengelak kesesakan di Jabatan Forensik di Hospital Serdang.

“Tanah perkuburan seluas 4.67 ekar dengan sembilan zon mampu memuatkan lebih 1,500 unit kubur termasuk untuk dewasa, kanak-kanak dan kubur anggota badan,” katanya.

Pada 17 Julai, Kerajaan Selangor bersetuju Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Klang dijadikan tempat khusus pengurusan jenazah Covid-19 bagi mengatasi kesesakan bilik mayat sedia ada.

Selain itu, tanah perkuburan bagi jenazah mangsa Covid-19 beragama Islam adalah di Tanah Perkuburan Seksyen 21 dan Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Manakala jenazah mangsa bukan Islam pula akan dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan pengebumian dan urusan krematorium bersesuaian.

Categories
PBT SELANGOR

MPSepang sumbang lebih RM20,000 untuk tabung kemanusiaan Palestin

SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyumbang sebanyak RM24,000 kepada Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin bagi membantu rakyat Palestin.

Manakala, Yang Dipertuanya Dato’ Abd Hamid Hussain pula menghulur RM11,000 sebagai tanda solidariti kepada rakyat negara berkenaan.

“MPSepang prihatin dengan pergolakan berlaku di negara itu dan selaras dengan saranan Kerajaan Selangor kita setuju untuk menyumbang sedikit bantuan,” kata pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan hari ini.

Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin sejak 19 Mei dengan sasaran kutipan RM1 juta bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Bantuan berkenaan dalam bentuk ambulans dan kenderaan pelbagai guna serta dilengkapi ubat-ubatan yang menjadi keperluan mereka.

Orang ramai yang ingin menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin boleh membuatnya melalui nombor akaun 8604747531 (Cimb Islamic Bank Berhad) atas nama Bendahari Negeri Selangor dan rujukan Palestin.

Categories
PBT SELANGOR

MPSepang kompaun individu langgar SOP PKP

SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengeluarkan kompaun kepada individu dalam kawasan badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri di Cyberjaya kerana gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Yang Dipertua Dato’ Abd Hamid Hussain berkata operasi pematuhan SOP dilaksana dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan pengurusan strata di daerah berkenaan pada 23 Jun lalu.

“Hasil daripada operasi tersebut, kita mengenakan kompaun RM1,500 kerana individu terbabit gagal mematuhi surat kelulusan operasi syarikat dan melanggar had jumlah kebenaran pekerja hadir seperti yang diarahkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

“Operasi ini bertujuan memastikan JMB dan Perbadanan Pengurusan (MC) strata mematuhi SOP antaranya tidak memalsukan dokumen, menyediakan cecair pembasmi kuman, memastikan pengurusan harta bersama seperti kolam renang, gym dan dewan tidak operasi,” katanya dalam kenyataan.

Abd Hamid berkata sebelum ini pihaknya menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di 60 kawasan strata dan mendapati mereka mematuhi SOP namun hanya segelintir ditegur bagi menambah baik.

“Bagaimanapun, kita terus memantau skim strata ini sepanjang tempoh PKP bagi memastikan agensi terlibat mematuhi SOP pengurusan yang ditetapkan,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

MPSepang terima 400 permohonan tapak bazar Ramadan

SHAH ALAM, 17 MAC: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menerima kira-kira 400 permohonan tapak bazar Ramadan sejak dibuka secara dalam talian semalam.

Yang Dipertua Dato’ Abd Hamid Hussain berkata jumlah itu membabitkan 13 lokasi dengan 727 tapak bazar yang disediakan tahun ini.

“Permohonan tapak dibuka sehingga 26 Mac ini melalui http://ebazar.mpsepang.gov.my dengan setiap pemohon dibenarkan memilih satu tapak sahaja.

“Kebenaran diberikan kepada warganegara dengan mengemukakan salinan suntikan tifoid dan kursus pengendalian makanan,” katanya kepada SelangorKini.

Abd Hamid menambah pihaknya merangka beberapa cadangan tatacara operasi piawai (SOP) namun ketetapan tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Negeri.

“Bazar beroperasi secara penggiliran dengan kapasiti separuh daripada jumlah petak sedia ada, penjarakan satu meter antara meja jualan selain kawalan pengunjung oleh anggota penguat kuasa dan Rela termasuk saringan di pintu masuk,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara tahun ini.

Lokasi bazar Ramadan di Sepang:

1. Cyberjaya
2. Desa Pinggiran Putra
3. Taman Mas
4. Sungai Merab
5. Taman Ambar
6. Dengkil Jaya
7. Sungai Pelek
8. Sepang Putra
9. Kipmall Kota Warisan
10. Taman Putra Perdana
11. Salak
12. Pekan Dengkil
13. Kosmopleks

Categories
PBT SELANGOR

Empat pasar tani malam di Sepang ditutup sepanjang PKP

SHAH ALAM, 14 JAN: Empat pasar tani yang beroperasi pada waktu malam ditutup Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua Dato’ Abd Hamid Hussain berkata penutupan membabitkan Pasar Tani Seroja, Pasar Tani Kosmopleks, Pasar Tani Warisan dan Pasar Tani Taman Dengkil Jaya.

“Bagaimanapun pasar tani yang beroperasi pada waktu pagi dan pasar pagi boleh dibuka. Yang ditutup hanya pasar tani malam dan pasar malam sahaja, ia selari dengan arahan Majlis Keselamatan Negara,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau menambah sebarang pindaan berhubung pembukaan semula pasar terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Pemakluman tarikh kembali berniaga untuk setiap peniaga hanya akan diedarkan melalui pesanan teks di telefon bimbit masing-masing bagi mereka membuat persiapan awal,” katanya.

Kerajaan memutuskan pelaksanaan PKP di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari bermula semalam.

Categories
PBT SELANGOR

MPSepang sanitasi kawasan Medan 88, zon Sri Dengkil

SHAH ALAM, 17 NOV: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melakukan sanitasi di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi semalam.

Yang Dipertua Dato’ Abd Hamid Hussain berkata proses yang bermula jam 8 pagi hingga 1 petang turut dijalankan di 24 zon di Sri Dengkil.

“Operasi sanitasi di seluruh kawasan dengan keluasan 7,240 kaki per segi melibatkan kekuatan 15 anggota MPSepang selain dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat (23 anggota), Pejabat Kesihatan Daerah Sepang (lima anggota) dan polis (dua anggota).

“Kita menggunakan satu water jet (pancutan air), empat mist blower (penyembur kabus) dan 16 spray can (tin semburan) untuk melengkapkan proses sanitasi yang memakan masa hampir lima jam ini,” katanya ketika dihubungi.

Kakitangan kesihatan melakukan proses nyahkuman di Post Kawalan Keselamatan dan khemah agensi di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang dikenakan PKPD pada 16 November 2020. Foto MPS

Senarai lokasi sanitasi:

  • Medan 88, BBST – Post Kawalan Keselamatan dan Command Centre (khemah agensi)
  • Kawasan Perumahan Taman Topaz, Dengkil
  • Lot Komersial Pekan Dengkil
  • Medan Selera Dengkil
  • Gerai PLB Dengkil
  • Lot Komersial Cybervalley
  • Lot Komersial Taman Dengkil Jaya
  • Lot Komersial Dengkil Centrepoint
  • Lot Komersial Taman Deluxe Dengkil
  • Lot Komersial Taman Timah Langat
  • Lot Komersial Taman Intan
  • Pasar Awam Dengkil
  • Balai Polis Dengkil
  • Masjid Pekan Dengkil
  • Pejabat Pos Dengkil
  • Lot Komersial Taman Gemilang
  • Lot Komersial Pekan Dengkil
  • Tokong Kampung Baru Dengkil
  • Lot Komersial Taman Cemperai
  • Lot Komersial Taman Bintang Mas
  • Shell Dengkil
  • Petronas Dengkil
  • Lot Komersial Taman N S Maniam
  • Surau Taman Dengkil Jaya
  • Surau Taman Desa Dengkil
Categories
ADN SELANGOR

MPSepang: RM9,300 untuk Anugerah Kebun Komuniti @Sepang

SHAH ALAM, 29 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyediakan hadiah keseluruhan RM9,300 bagi Anugerah Kebun Komuniti @Sepang 2020.

Yang dipertuanya berkata tiga kategori dipertandingkan iaitu komuniti yang akan memenangi wang tunai RM4,500 serta sekolah rendah dan menengah masing-masing RM2,400 dalam bentuk insentif pertanian.

“Program ini bagi menggalakkan mereka menghasilkan kebun komuniti masing-masing dengan harapan dapat menjana ekonomi sendiri.

“Ia juga merupakan susulan daripada pandemik Covid-19 dan diharapkan aktiviti ini sedikit sebanyak membantu komuniti setempat dengan pergerakan terbatas,” kata Dato’ Abd Hamid Hussain dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata tarikh tutup penyertaan pada 30 November depan dan mereka berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang http://smart.mpsepang.gov.my atau Facebook rasmi MPSepang.

“Peserta boleh mendaftar dengan mengisi borang secara dalam talian serta memuat naik laporan Kebun Komuniti untuk penilaian dan dikemukakan kepada urusetia dengan kadar segera,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

Lebih 20 lokasi di Sepang disanitasi mulai esok

SHAH ALAM, 25 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan menjalankan sanitasi dan disinfeksi di 24 lokasi bermula Isnin hingga Khamis.

Yang dipertua berkata operasi memfokuskan kawasan tumpuan awam, kaki lima pusat perniagaan atau komersial dan persekitaran yang berpotensi menularnya Covid-19.

“Ops sanitasi awam ini dibantu Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta polis,” kata Dato’ Abd Hamid Hussain menerusi kenyataan.

Beliau berkata pemilik premis juga diminta turut serta melaksanakan nyahkuman secara kendiri dalam membendung penularan wabak.

Berikut masa, tarikh dan lokasi terlibat:

1) 26 Oktober (8 pagi hingga selesai)
– Medan 88, BBST
– Medan 23, BBST
– Lot Komersial Kosmopleks, BBST
– Medan Selera Kosmopleks, BBST
– Cure & Care Vocational Center, Dengkil

2) 27 Oktober (8 pagi hingga selesai)
– Blok Asrama Pekerja Omniwise KLIA, Salak
– Lot Komersial Pekan Salak
– Pasar Basah Salak
– Tokong Cina Pekan Salak
– Stesen Minyak Petronas, Pekan Salak
– Medan Selera Salak

3) 28 Oktober (8 pagi hingga selesai)
– Taman Saujana KLIA (Jalan 1/1-1/2)
– Lot Komersial Taman Saujana KLIA
– Kota Warisan:
. Apartment Megah Villa
. Lot Komersial Warisan Megah (Jalan Warisan Megah 1/4-1/5)
. Medan Selera Warisan Megah
. Lot Komersial Airport City
. Stesen ERL

4) 29 Oktober (8 pagi hingga selesai)
– Lot Komersial Warisan Sentral (KIP Sentral)
– KIPMALL
– McDonalds
– SHELL
– Lot Komersial Taman Bunga Raya, BBST
– Petronas