Categories
SELANGOR

Ubah sikap, parkir di tempat betul

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 NOV: Pengunjung di kawasan Jalan Puteri Puchong, Bandar Baru Puchong dinasihatkan meletakkan kenderaan di aras bawah bangunan Puchong Financial City Center (PFCC) bagi mengelakkan kereta mereka dikunci jika diletakkan di tempat tidak dibenarkan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, kadar parkir sekitar RM2 sejam pertama dan RM1 untuk setiap jam berikutnya adalah munasabah berbanding menghalang lalu lintas yang akhirnya dikenakan tindakan daripada penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

“Saya nasihatkan orang awam supaya mengubah sikap mereka bagi mengelakkan kesesakan dan penguatkuasa mengambil tindakan mengunci tayar kereta.

“Mereka boleh meletakkan kenderaan di PFCC yang terletak kawasan berhampiran dan tidak mengganggu lalu lintas. Kita tidak mahu insiden serangan terhadap penguatkuasa berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi mengulas insiden serangan sepasang suami isteri terhadap penguatkuasa MPSJ, kelmarin.

Dalam kejadian sekitar 12.40 tengahari, penguatkuasa MPSJ, Norsafuan Nordin diserang pasangan suami isteri berbangsa Cina ketika menjalankan penguatkuasan terhadap sebuah kereta Honda City yang diletakkan di tempat salah.

Norsafuan disembur cecair ke arah mukanya yang mengakibatkan mata beliau berasa pedih dan sukar bernafas.

Kejadian berlaku ketika beliau bersama seorang lagi rakan setugasnya, Syazwan Shukor melakukan rondaan kedua bagi memeriksa kenderaan berkenaan.

Difahamkan satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, pada hari sama sebaik kenderaan pasangan itu ditunda.

Ini merupakan kejadian kedua dialami Norsafuan selepas beliau turut diserang oleh seorang wanita yang memegang pengunci stereng di kawasan sama beberapa bulan lalu.

Kes berkenaan menarik perhatian ramai susulan penularan sebuah video kejadian itu di laman sosial.

Dalam sidang media sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berharap polis dapat memberkas suspek dalam masa terdekat.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Norsafuan dan Syazwan kerana bertindak profesional serta bertenang semasa menjalankan tugas selain tidak bertentangan secara fizikal dengan suspek,” katanya.

Categories
SELANGOR

Projek jalan Pusat Bandar Puchong atasi isu trafik

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan melakukan penambahbaikan bagi mewujudkan aliran trafik baharu di sekitar Jalan Bandar Tiga dan Jalan Bandar Enam Belas, Pusat Bandar Puchong.

Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han berkata, terdapat bulatan kecil berhampiran simpang tiga antara pasar raya dan premis komersil sebelum ini yang menyebabkan kekeliruan pengguna.

Lebih mengelirukan, terdapat pengguna yang melawan arah di jalan sehala bersebelahan pasar raya dan membelok secara haram untuk keluar ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

“MPSJ sudah memindahkan bulatan untuk sementara enam bulan lalu, kajian sudah dibuat dan MPSJ menambah pembahagi jalan di Jalan Bandar Tiga serta persiaran di sebelah Jalan Bandar Enam Belas hingga hujung simpang.

“Kini, kenderaan tidak boleh belok ke kanan untuk ke pasar raya,” katanya lapor Sinar Harian.

Sze Han berkata, MPSJ akan mengubah Jalan Bandar Tiga kepada dua hala dan meletakkan penghadang bagi mengelakkan kenderaan dari jalan itu melawan arus serta keluar ke LDP.

Katanya, MPSJ akan menaikkan notis pemberitahuan berkenaan aliran trafik baru itu bagi mengelakkan kekeliruan yang dianggarkan menelan kos RM20,000 dan kerja dilaksanakan sejak bulan lalu.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerjasama penting tangani isu pengambilalihan SPLASH

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 JUN: Kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu dalam usaha merealisasikan urusan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) demi kepentingan rakyat negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), Ng Sze Han berkata, perkara itu seharusnya menjadi keutamaan supaya pengurusan sumber air dapat dijalankan dengan lancar selepas itu.

“Kita berharap perbincangan bagi pengambilalihan SPLASH dapat dimuktamadkan dalam tempoh ditetapkan demi keperluan rakyat, di Selangor.

ngszehan“Sememangnya terdapat keperluan bagi Air Selangor untuk mengambilalih SPLASH bagi memastikan segala aspek pengurusan dan operasi dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun juga lancar jika menguasai sepenuhnya,” katanya selepas mempengerusikan Pendengaran Tertutup JPK-SAS kepada SelangorKini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara perkara disentuh adalah berkaitan status penggantian paip lama di kawasan ‘hotspot’ di Selangor, kewangan terkini dan senarai inventori aset yang tidak diguna pakai.

Secara keseluruhan, katanya, jawatankuasa itu berpuas hati dengan perkembangan operasi dijalankan walaupun terdapat beberapa kelewatan ekoran tidak mendapat permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Kerja Raya.

“Bagi fasa pertam,a hanya terdapat satu sahaja berkaitan isu permit dan diyakini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat, manakala fasa kedua pula berpandu kepada kerja dijalankan dalam fasa sebelumnya, maka kita yakin ia mampu dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Categories
SELANGOR

SPAH: Jimat air terawat, mesra ekonomi

OLEH SYAZWANI SUFIAN

PUCHONG, 9 JUN: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20,000 bagi menjayakan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di Pangsapuri Sri Kesidang sebagai projek perintis di kawasan Puchong.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, ini kerana SPAH merupakan alternatif yang efektif dalam mengurangkan penggunaan air terawat

Katanya, ia juga memberi banyak faedah kepada penduduk dalam pelbagai urusan harian.

“Kami memilih pangsapuri ini untuk melaksanakan SPAH kerana terdapat sumber mata air semula jadi dari bawah tanah yang boleh diambil selain membuat takungan air hujan.

IMG_1037“Sistem ini memberi banyak faedah kepada badan pengurusan dan penduduk di pangsapuri ini bagi kegunaan pembersihan tandas, mencuci lantai, menyiram pokok, kerja pembersihan awam, kolam renang serta mencuci kenderaan,” katanya kepada Selangor Kini.

Tambahnya lagi, beliau turut bercadang meneruskan sistem itu jika diberi peruntukan tambahan untuk dipasang ke kawasan lain setelah melihat keberkesaan mengurangkan kebergantungan terhadap air terawat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Sri Kesidang Apartment, Yap Chee Meng berkata, sejak sistem itu dipasang ia memberi pelbagai kebaikan kepada hampir 299 unit rumah di kawasan itu.

IMG_1029“Kebiasaannya dalam sebulan, kolam renang di sini memerlukan air sebanyak 165,000 liter iaitu kos sebanyak RM400.

“Selepas wujudnya sistem ini, kita boleh jimat hampir 25 peratus penggunaan air apabila dua tangki ini mampu menakung hampir 40,000 liter air dalam sebulan mengikut keadaan cuaca apabila hujan,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

RM363 juta atasi masalah bekalan air

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 2 MAC: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kira-kira RM363 juta bagi membantu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjayakan 84 projek penggantian paip usang di seluruh Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), Ng Sze Han berkata, peruntukan besar itu disalurkan bagi memastikan masalah gangguan bekalan air mampu diatasi di negeri itu dalam tempoh terdekat.

“Projek penggantian paip usang ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun di 84 lokasi ‘hot spot’ di seluruh Selangor.

“Jawatankuasa ini akan memantau projek dilaksanakan Air Selangor bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut jadual selain membantu sekiranya menghadapi masalah seperti mendapatkan permit daripada agensi berkaitan,” katanya kepada media.

yb-ng-sze-hanDalam lawatan hari ini, Sze Han mengetuai JPK-SAS bagi meninjau pelaksanaan projek penggantian paip usang di Taman Eng Ann, di sini, serta mendengar taklimat projek daripada Air Selangor.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan menjalankan lawatan kerja ke lebih banyak tapak projek selepas ini.

Katanya, 84 lokasi ‘hot spot’ itu adalah kawasan dikenal pasti sering mengalami masalah gangguan bekalan air akibat paip pecah dan bocor.

“Projek dilaksanakan ini adalah usaha berterusan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah dihadapi rakyat,” katanya.

Ketua Jabatan Perancang Air Selangor berkata, penggantian paip baru daripada jenis Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE) mampu mengatasi masalah paip pecah kerana tahan lasak dan bertahan hingga 50 tahun akan datang.

“Paip sedia ada yang digunakan lebih 50 tahun sepatutnya ditukar apabila tempoh penggunaan mencapai tempoh kira-kira 30 tahun,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Orang ramai dinasihat jangan ceroboh kawasan larangan HSAH

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 6 OKT: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan laluan trek kawasan larangan di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH), di sini, ekoran ia bukan hutan rekreasi biasa.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, kawasan itu adalah hutan simpanan yang dipajak kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) selama 999 tahun untuk membuat penyelidikan.

“Saya nasihatkan orang awam supaya ikut peraturan ketika berada dalam HSAH atau dikenali sebagai Bukit Wawasan ini, jangan ceroboh ke kawasan larangan.

“Jika mahu melakukan aktiviti pendakian, orang ramai dibenarkan melalui laluan trek sepanjang 2.8 kilometer sahaja,” katanya.

Seramai 86 pendaki dicekup ketika operasi bersepadu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di hutan itu, pada Isnin lalu.

Katanya, kesemua mereka didapati menceroboh masuk ke kawasan larangan dalam hutan berkenaan termasuk di lokasi air terjun.

yb-ng-sze-hanSze Han berkata, ia bukan kali pertama pengunjung dicekup melakukan kesalahan itu, malahan tiga bulan lalu sekumpulan pendaki turut dicekup kerana menceroboh kawasan larangan.

“Ramai pendaki tersesat apabila terkeluar dari laluan trek sedia ada, empat lagi pendaki dilaporkan sesat dalam hutan berkenaan, kelmarin.

“Setiap bulan pasti ada dua atau tiga kes pendaki sesat dalam hutan berkenaan. Pesanan saya, jangan keluar dari laluan trek dan tidak boleh bermalam kalau tak dapat permit daripada agensi berkenaan.

“Saya kesal apabila diberitahu, lebih 200 pendaki masuk ke kawasan larangan pada cuti hujung minggu,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Selesai tapak sampah haram segera

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 OGOS: Pihak bertanggungjawab digesa menyelesaikan tapak pembuangan sampah haram di Tebing Sungai Klang, Taman Perindustrian Puchong, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han.

Katanya, beliau menerima aduan orang ramai mengenai bau busuk dan asap yang mengganggu penduduk kawasan itu.

“Sebulan lepas kita telah membuat tinjauan di beberapa kawasan bagi mengenal pasti punca bau busuk dan akhirnya kita menemui kawasan tersebut di tebing Sungai Klang iaitu ketika cuti Hari Raya Aidilfitri.

Sampah Haram“Masalah ini telah pun kita bentangkan, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindak balas dilakukan,” katanya kepada Selangor Kini.

Selain itu, katanya, terdapat papan tanda mengatakan terdapat saluran paip gas dibawah tanah.

“Ia amat merbahaya apabila pihak tidak bertanggungjawab membuat pembakaran haram dikawasan ini yang mungkin boleh mengakibatkan letupan,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Jalan gelap Jalan Wawasan 4/12 undang kemalangan

OLEH SYASYA SUFIAN

PUCHONG, 12 OGOS: Jalan gelap berpunca daripada kemudahan lampu yang sering rosak serta dihalang pokok di sepanjang Jalan Wawasan 4/12, di sini mengundang bahaya khususnya kepada penduduk.

Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han, berkata baru-baru ini berlaku kemalangan jalan raya apabila sebuah kereta melanggar lima kenderaan yang meletakkan di bahu jalan sebelah Pangsapuri D’Kiara.

“Berlaku insiden yang sama selang dua hari melibatkan empat kenderaan. Kejadian ini amat membimbangkan penduduk di kawasan ini yang sudah membuat aduan ekoran kemudahan lampu jalan tidak berfungsi,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2016-08-12 at 1.17.31 PMBeliau menggesa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) membuat pantauan dan mengenalpasti punca masalah itu agar dapat diselesaikan dengan segera demi keselamatan orang ramai.

Sementara itu, Arkitek Landskap MPSJ, Nadia Muhamad Amin, berkata punca utama jalan gelap adalah kerana pokok merimbun yang mengganggu pandangan pengguna laluan berkenaan terutama waktu malam dan menjadikan kawasan di sekitarnya agak gelap.

“Bagaimanapun, MPSJ akan laksanakan kerja membuang dahan pokok bermula minggu hadapan demi keselamatan pengguna laluan kerana kawasan tersebut adalah selekoh.

“Dijangka kerja tersebut akan selesai akhir bulan ini,” katanya.

Jurutera MPSJ, Khairul Nizam Khalid, pula berkata pihaknya akan membaiki lampu jalan yang mengalami masalah ‘timing’ pada waktu malam.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Penduduk mohon jejantas di persimpangan Persiaran Harmoni

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 11 MEI: Kerajaan Negeri dimohon supaya membina jejantas di persimpangan Jalan Persiaran Harmoni berhampiran Stesyen Minyak Petronas, di sini bagi memastikan keselamatan pelajar sekolah yang menggunakan laluan itu terpelihara.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han, berkata pihaknya menerima aduan daripada ibu bapa di Kampung Tengah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah USJ 23 berkenaan isu terbabit.

Katanya, ketika ini simpang itu menjadi laluan utama kenderaan dari Putra Heights di samping pelajar menggunakan laluan sama untuk ke sekolah.

CP2A5085“Setiap pagi kita dapat lihat banyak basikal dan motosikal menggunakan simpang ini.

“Jadi saya cadangkan supaya dibina satu jejantas yang bukan sahaja untuk pejalan kaki tetapi boleh digunakan untuk kegunaan basikal dan motosikal supaya dapat melintasi simpang ini dengan lebih selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau persimpangan itu, di sini, hari ini.

Sze Han berkata, beliau sudah menulis surat kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kerajaan Negeri pada pertengahan tahun lalu berkenaan permohonan pembinaan jejantas itu.

“Kawasan ini adalah bersempadan DUN Sri Muda dan DUN Kinrara. Saya pernah tulis surat kepada pihak berkenaan tetapi belum ada sebarang maklum balas.

“Selepas lawatan ini, YB Shuhaimi juga meminta saya buat satu lagi surat kepada beliau dan dia akan berhubung dengan pejabat Menteri Besar,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

MB ucap tahniah kepada pasangan kembar siam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEPANG, 5 MAC: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah atas kejayaan pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baik, baru-baru ini.

Mohamed Azmin berharap kejayaan itu akan memberi semangat kepada pasangan terbabit untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (9)“Tahniah kepada mereka berdua. Saya doakan semoga mereka dapat meneruskan cita-cita,” katanya kepada SelangorKini pada Majlis Penutupan Rasmi Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Badar Baru Salak Tinggi, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han dalam isu sama pula berkata, beliau kagum dengan semangat dan ketabahan yang ada pada Ahmad dan Muhammad.

“Saya mula berkenalan dengan keluarga mereka sejak 2015 apabila mereka menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) anjuran Pejabat DUN Kinrara dan sejak itu saya kagum dengan ketabahan adik beradik kembar siam ini.

NG SZE HAN“Sebagai dorongan terhadap kesungguhan mereka dalam pelajaran, saya membuat keputusan memberikan sumbangan kewangan setiap bulan untuk kegunaan bahan pembelajaran mereka dan diharap mereka terus maju jaya dan dapat berbakti kepada negara satu hari nanti,” katanyanya.

Terdahulu, Ahmad dan Muhammad menyatakan hasrat melanjutkan pelajaran ke IPT selepas memperolehi keputusan SPM masing-masing kelmarin.

Bagaimanapun hasrat itu terpaksa ditangguhkan ekoran kaki palsu baru yang ditempah bagi memudahkan pergerakan mereka semasa belajar masih dalam proses untuk disiapkan.

-AA-

Categories
SELANGOR

JP-ABAS sedia kaji perbelanjaan DEIG

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 NOV: Ng Sze Han (DAP-Kinrara) berpandangan tiada masalah bagi Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) menjalankan kajian berkaitan perbelanjaan membabitkan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG).

Sze Han yang juga merupakan ahli jawatankuasa JP-ABAS berkata, cadangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang) diterima baik dan pihaknya akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

NG SZE HAN“Ia satu cadangan positif dan Dato’ Menteri Besar juga mengatakan memastikan mengenai akauntabiliti dan transparensi sebelum DEIG beroperasi.

“Saya nampak ia (isu perbelanjaan sebelum beroperasi) bukan masalah untuk dikaji,” katanya kepada Selangor Kini di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Sze Han berkata, setakat ini jawatankuasa terbabit tidak dimaklumkan berhubung perkara itu dan perlu dibuat sesi pendengaran mengenainya.

Katanya, bagaimanapun berdasarkan maklumat diperoleh sebelum ini DEIG masih belum beroperasi dan tiada sebarang pelaburan atau aktiviti dijalankan.

“Jika untuk modal permulaan itu ia tidak pasti lagi,” katanya.

Semalam, dalam perbahasan belanjawan 2016, Abdul Khalid meminta JP-ABAS membuat kajian sama ada DEIG membuat perbelanjaan awal sebelum ia beroperasi.

Katanya, sesebuah organisasi ditubuhkan sebelum memulakan beroperasi, antara perkara penting perlu dilihat ialah berapa banyak jumlah perbelanjaan awal atau dana berkaitan anak syarikat Selangor sudah dibelanjakan.

Categories
SELANGOR

Laksanakan hari tol percuma di Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Negeri diharap dapat mempertimbangkan semula cadangan mengadakan hari tol percuma, kata Adun Kinrara, Ng Sze Han.

Beliau berkata, keuntungan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam konsesi tol Litrak Berhad (LITRAK)dan Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn Bhd (KESAS) perlu dimanfaatkan.

ng sze hanKatanya, insentif itu bukan sahaja dapat meringankan beban rakyat, bahkan membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri melawan dasar kenaikan harga tol Barisan Nasional (BN).

“Cadangan sama pernah dikemukakan ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2014 supaya pegangan saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam KESAS dimanfaatkan dan hari tol percuma boleh dilaksanakan.

“Tetapi, ia tidak mendapat sambutan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sze Han berkata, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan SPRINT di bawah LITRAK masing-masing mencatat keuntungan sehingga RM138 juta.

tol auotmatik 1“Berdasarkan laporan 2015, jumlah kenderaan juga meningkat dua peratus berbanding tahun sebelumnya menjadikannya melebihi 500,000 kenderaan setiap hari.

“Jika dividen Kerajaan Negeri berjumlah RM27.6 juta (20 peratus) dengan mengambil contoh penggunaan lebuh raya hanya separuh pada Ahad, maka kira-kira 13 juta pengguna akan menikmati manfaat tol percuma dengan anggaran kos RM27.3 juta,” katanya.

-NFN-