Categories
SELANGOR SENI

Kerajaan Negeri galak usaha angkat seni warisan & budaya

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PUCHONG, 20 OKT: Kerajaan Negeri sentiasa menyambut baik usaha memartabatkan seni warisan dan budaya supaya terus dapat diwarisi generasi akan datang.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, usaha itu dipergiatkan menerusi beberapa program berasaskan kesenian dan kebudayaan.

“Ia dilaksanakan di setiap pelusuk daerah dan kampung tanpa meminggirkan sesuatu kaum, budaya, seni dan adat orang Asal yang sangat unik serta berharga.

“Contohnya, melalui penganjuran karnival kesenian dan kebudayaan, ia boleh memberi pendedahan serta merapatkan semua golongan tidak mengira bangsa, umur juga budaya.

“Selain itu, program seperti ini akan dapat mempromosikan warisan, kebudayaan dan kesenian orang Asal kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Karnival Kebudayaan Dan Kesenian Orang Asli 2018, di Padang Perkampungan Orang Asal Sungai Rasau Hilir, Batu 14, di sini, hari ini.

Seramai 410 wakil orang Asal dari pelbagai lokasi di Selangor terbabit sama dalan menjayakan festival berkenaan.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Kampung Sungai Rasau antara 30 perkampungan Orang Asal yang masih mengekalkan amalan tradisi, meskipun diasak kepesatan pembangunan di era kemodenan abad ke-21.

“Terdapat hampir 30 perkampungan orang Asal yang rata-ratanya adalah Suku Temuan dan sebahagian daripada mereka yang diraikan di sini iaitu dari kawasan Sungai Melut, Bukit Cheeding Banting, Orang Asli Bukit Kemandol, Jenjarum dan juga di Bukit Bandaraya, Shah Alam.

“Kampung Sungai Rasau berkeluasan hampir 200 ekar dengan kependudukan seramai 338 orang dan mempunyai 116 buah rumah melibatkan 50 keluarga yang beragama Islam.

“Bagaimanapun, semua komuniti orang Asal di sini tetap mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

Terdahulu, edisi ketiga penganjuran bagi 2018 itu antara komitmen diambil Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai wadah memperkenal dan memberi pendedahan kepada orang awam termasuk pelancong, mengenai seni serta budaya masyarakat Asal.

Justeru, Amirudin berharap, program sedemikian dapat diteruskan pada masa hadapan supaya semua masyarakat dapat meraikan kekayaan kebudayaan dan kesenian, sekali gus mempertingkatkan industri pelancongan di Selangor.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Hak dan kepentingan kaum Asal terus dibela – MB

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PUCHONG, 20 OKT: Kerajaan Negeri memberi jaminan usaha murni untuk membela nasib masyarakat Asal akan diteruskan seiring dalam arus pembangunan dengan menjaga hak dan kepentingan suku kaum minoriti itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia dilaksanakan bagi memastikan kaum Asal bebas mengamalkan adat tradisi mereka mengikut kepercayaan masing-masing.

Katanya, bantuan daripada segi dana dan rizab kerajaan selain usaha bersepadu jabatan terlibat dalam Kerajaan akan dapat membantu mengintegrasi serta meningkatkan taraf hidup masyarakat berkenaan.

“Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM5.2 juta dalam Bajet 2018 dengan menggariskan beberapa pelan tindakan bagi memastikan khazanah seni budaya bangsa ini dapat terus diperkaya, dipelihara dan diwarisi sebaiknya.

“Selain itu, peruntukan tersebut boleh digunakan bagi membaik pulih kemudahan asas, jalan masuk ke perkampungan dan penambahbaikan infrastruktur dikawasan perkampungan orang Asal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Karnival Kebudayaan Dan Kesenian Orang Asli, di Padang Perkampungan Orang Asal Sungai Rasau Batu 14, di sini, hari ini.

Turut hadir, EXCO Kesihatan, Kebajikan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud; Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan.

Pada masa sama, Amirudin berkata, pihaknya menerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Pelancongan Peradaban Melayu Dan Warisan juga turut menyasarkan untuk menjadikan perkampungan Orang Asal sebagai sebuah destinasi pelancongan yang tersohor melalui arca kesenian serta kebudayaan.

Justeru katanya, bagi tujuan penambahbaikan produk pelancongan sedia ada, seluruh komuniti Kampung Sungai Rasau digesa supaya dapat memperkenalkan satu hasil kraftangan yang unik untuk dijadikan ia sebagai ikon.

“Hasil kraftangan ini diyakini dapat menarik perhatian pelancong bukan sahaja dalam negara, malahan dari luar negara,” katanya.

Dalam program sama, beliau menyampaikan cenderahati kepada penaja yang menjayakan karnival berkenaan.

Terdahulu, Amirudin turut menyaksikan beberapa persembahan khas termasuk tarian ‘Bhangra’ yang merupakan tarian tradisional kaum Sikh dan tarian ‘Sewang’ daripada kaum Mah Meri.

Selain itu, beliau juga meluangkan masa melawat tapak pameran dan rumah contoh orang Asal untuk demo perkahwinan suku kaum Temuan.

Categories
SELANGOR

Keluarga orang Asal terima sumbangan LZS

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 15 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan program Ziarah Dakwah ke Kampung Orang Asli Sungai Jang, Kuala Kubu Bharu bagi menyampaikan sumbangan dan mendekati komuniti orang Asal dengan tujuan dakwah.

LZS menerusi Facebook berkata, program itu membabitkan 26 keluarga orang Asal dengan lima daripadanya beragama Islam yang tergolong sebagai asnaf fakir miskin dan muallaf.

“Selain daripada memberi sumbangan dalam bentuk keperluan, program ini turut memberi peluang kepada Zakat Selangor mengenal pasti keperluan asnaf fakir miskin dan muallaf terbabit.

“Program in dilihat sebagai satu dakwah yang akan membuka ruang hidayah supaya lebih ramai keluarga orang Asal berminat mendekati Islam, seterusnya mendapat cahaya keimanan,” katanya.

Turut hadir wakil Pejabat Agama Islam, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Penggerak dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) daerah Hulu Selangor.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Orang Asal terus disantuni, kerjasama dipererat

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 20 JAN: Kerjasama antara Orang Asal dan jabatan kerajaan dipertingkatkan menerusi program Jalinan Kasih Orang Asal Peringkat Negeri Selangor.

Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Ust Mohd Basori Umar, program yang berlangsung sejak 8 Januari lalu melibatkan pelbagai acara.

“Program ini dimulakan pada 8 Januari lalu di 12 buah surau di perkampungan Orang Asal di Selangor.

“Antara program dijalankan seperti pertandingan surau terbaik yang melibatkan 12 surau di kampung orang asli di enam daerah, pertandingan nasyid, bola sepak lima sebelah, pertandingan mewarna dan lain-lain.

“Selain itu turut diadakan pameran daripada pelbagai agensi seperti Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kaunter bergerak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan lain-lain.

“Sambutan diberikan sepanjang program ini diadakan sangat mendapat sambutan baik oleh penduduk di sini dan masyarakat luar,” katanya ketika merasmikan program terbabit di Desa Temuan, Damansara Perdana di sini, hari ini.

Jelasnya, program seperti ini mampu mengeratkan lagi kerjasama antara sesama masyarakat Orang Asal dan juga dengan jabatan di Selangor.

Katanya, program itu anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), LZS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) danJabatan Kemajuan Orang Asal (JAKOA) Selangor.

Pada program penutup yang diadakan hari ini berjalan meriah dengan dihadiri kira-kira 700 hadirin yang terdiri daripada masyarakat Orang Asal seluruh Selangor.

=EZY=

Categories
SELANGOR

KSSB laksana CSR bantu pelajar Orang Asal

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 31 DIS : Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) meraikan masyarakat Orang Asal dengan memberikan baju seragam sekolah, baru baru ini.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KSSB, Abdul Wahab Nordin berkata, pemberian baju seragam sekolah itu bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan kemasukan sesi persekolahan 2018.

“Program CSR berkenaan dilaksanakan di beberapa kawasan kampung masyarakat Orang Asal yang berhampiran dengan tapak operasi KSSB di negeri ini.

“KSSB sentiasa berusaha bertanggungjawab dalam mengimbangi pertumbuhan perniagaan dan pembentukan nilai masyarakat di mana sahaja kami beroperasi,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Abdul Wahab berkata, pelaksanaan program CSR itu untuk merangsang sosioekonomi yang berterusan dengan memberi penekanan terhadap aspek pendidikan, pembangunan masyarakat dan alam sekitar.

Terdahulu, KSSB melaksanakan program CSR penyerahan baju sekolah membabitkan kawasan Kampung Orang Asal Sungai Garing, Rawang (tujuh orang), Kampung Orang Asal Bukit Serdang, Banting (27 orang), Kampung Kachau Luar dan Dalam Hulu Semenyih (23 orang), Kampung Orang Asal Bukit Tadom (82 orang) dan Kampung Orang Asal Dengkil, Bukit Tampoi (27 orang).

Program CSR KSSB itu berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Disember lalu.

Manakala, Abdul Wahab berkata, peruntukan program CSR itu adalah hasil negeri untuk rakyat dengan KSSB bersama Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI Selangor) sentiasa menyediakan insentif bersesuaian demi menyantuni masyarakat Orang Asal khususnya.

“Ianya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri supaya tidak meminggirkan masyarakat Orang Asal terutamanya di negeri ini,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Selangor lulus 414.531 ekar tanah rizab Orang Asal

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 NOV : Kerajaan Negeri meluluskan 414.531 ekar keluasan tanah Kampung Orang Asal yang telah diwartakan sebagai kawasan atau rizab orang asal sejak 2008.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata ia melibatkan empat daerah di negeri ini.

“Bagi Hulu Selangor iaitu Kampung Orang Asli Sungai Jang Kerling dengan keluasan 4.18 yang diwartakan 24 Oktober 2013.

“Manakala bagi daerah Kuala Langat, Taman Desa, Kemandol dengan keluasan 86.79 ekar dan Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey pada keluasan 329.6 peratus pada 26 Oktober 2017 lalu.

“Sementara itu, bagi daerah Sepang iaitu Kmpung Orang Asli Bakok yang berkeluasan 9.044 dan daerah Klang, Tanjung Harapan Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang iaitu keluasan 3.00 ekar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bertulis bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Sebelumnya, Kee Hiong mempersoal keluasan tanab rizab Orang Asal Selangor yang telah diwartakan Kerajaan Negeri, sejak 2008.

Pada masa sama kata Elizabeth, Kampung-Kampung Orang Asal yang mana Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan untuk diwartakan Rizab Orang Asli di bawah Seksyen 7 Akta Orang Asli (Akta 134).

Ia melibatkan lima buah kampung dengan keluasan 564.833 ekar membabitkan dua daerah Selangor, iaitu Sepang dan Kuala Langat.

Categories
SELANGOR

JP-PADAT bincang isu Kerajaan era BN jual tanah Orang Asal

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 SEPT: Pada tahun 1999, Kerajaan Negeri di era Barisan Nasional (BN) memutuskan menjual tanah di Kampung Orang Asal Bukit Tunggal kepada sebuah syarikat pemaju untuk dibangunkan sebagai Bukit Unggul Golf Resort.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT) Berhubung Perwartaan Tanah dan Penempatan Orang Asli di Negeri Selangor, Mohd Shafie Ngah berkata, keadaan itu menyebabkan proses mewartakannya sebagai kawasan tanah adat Orang Asli tergendala.

“Kita dapat maklum balas hari ini, puncanya adalah data kepunyaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak spesifik seperti yang terdapat di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan ini meninggalkan kesan kepada cadangan kerajaan untuk mewartakan tanah Orang Asal.

“Bila gagal diwartakan, Orang Asal mengatakan Kerajaan Negeri tidak bertanggungjawab, sedangkan yang menjadi punca masalah ini adalah data pihak JAKOA tidak konsisten kerana kita perlu mendapat persetujuan mereka,” kata Mohd Shafie.

SHAFIEBeliau berkata demikian selepas mempengerusikan Pendengaran Tertutup JP-PADAT berhubung isu perwartaan tanah / penempatan orang asal di Negeri Selangor di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Beliau berkata, JAKOA seharusnya mengambil langkah proaktif untuk turun padang bagi mendapatkan jumlah keluasan sebenar, keluasan yang diguna pakai, jumlah keluarga Orang Asal untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa peringkat negeri.

Katanya, Orang Asal di kawasan terbabit turut menolak pampasan yang ditawarkan dan menuntut supaya hak mereka dihormati.

“Jawatankuasa melihat perkara ini penting, harus dihormati dan pihak JAKOA mesti bertanggungjawab kerana mereka adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan Orang Asal.

“Saya jangkakan kami akan bentangkan satu penyata di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada sesi November ini yang perkara dasarnya hak Orang Asal perlu dijaga dan dihormati,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor pastikan hak Orang Asal terpelihara

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 MAC: Selangor akan memastikan masyarakat Orang Asal di negeri itu mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak terpinggir berbanding bangsa lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT), Dr Shafie Ngah berkata, sebagai negeri maju, Kerajaan Negeri memberi keutamaan terhadap keperluan rakyat dan tidak terkecuali Orang Asal.

“Maka kita memanggil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi menerangkan kepada jawatankuasa berkenaan pelbagai perkara berkaitan dan keperluan masyarakat terbabit.

“Jawatankuasa ini sangat serius memastikan hak Orang Asal akan terpelihara dan kita berharap isu berkaitan kepentingan bersama dapat diselesaikan,” katanya kepada SelangorKini.

Dalam sesi taklimat hari ini berkenaan status dan pewartaan kawasan di Malaysia sebagai kawasan rayau dan hak milik Orang Asal, JP-PADAT dimaklumkan pelbagai isu berkenaan masyarakat pribumi itu yang perlu diberi perhatian.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi itu seterusnya berkata, Selangor amat serius dalam perkara berkaitan walaupun sesuatu bangsa itu adalah kumpulan minoriti.

“Kita akan memastikan hak Orang Asal di Selangor terpelihara,” katanya.

Beliau berkata, JP-PADAT akan membuat keputusan terhadap sesi taklimat itu dalam menyiapkan penyata laporan untuk dibentangkan pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), pada Jun atau Julai depan.

-AA-

Categories
SELANGOR

Hak tanah adat milik Orang Asal, tiada rayuan semula kes Sagong Tasi – MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 OGOS : Kerajaan Negeri mengambil pendirian untuk tidak membuat proses permohonan rayuan di Mahkamah berhubung kes pendudukan tanah Orang Asal, Sagong Tasi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan itu diambil bagi memastikan hak dan kebajikan masyarakat itu terbela, selaras prinsip ketelusan diamalkan pentadbiran Pakatan.

“Atas nasihat Exco Pelancongan, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk tidak merayu atas keputusan dibuat mahkamah.

“Pendirian itu diambil untuk memberi hak kepada masyarakat Orang Asal menguruskan tanah mereka,” katanya.

Mohamed Azmin berucap pada Beliau pada Program Sambutan Perayaan Orang Asal Sedunia 2016, di Taman Botani Negara, semalam.

botani art 3Dalam kes, suku Temuan Orang Asal menerima pampasan RM6.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membabitkan kes pemilikan tanah adat di Bukit Tampoi, Dengkil.

Sebelumnya, sebanyak 38 ekar tanah adat milik suku kaum itu diambil Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan projek lebuh raya ke KLIA tanpa sebarang pampasan, sejak 15 tahun lalu.

Penyelesaian diambil pada 2009, apabila Kerajaan Negeri dipimpin Pakatanm enarik diri daripada mencabar kes Sagong.

Mengambil iktibar daripada kes itu, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri konsisten mengangkat isu hak dan kebajikan masyarakat Orang Asal.

Komitmen tersebut katanya dizahirkan menerusi pelbagai insentif jangka panjang dengan menawarkan bantuan pendidikan kepada anak Orang Asal meneruskan pengajian di Universiti.

“Saya menyeru Orang Asal terlibat secara langsung untuk mengambil peluang supaya anak ini mendapat peluang pendidikan terbaik di Universiti dengan pembiayaan ditanggung Kerajaan Negeri,” katanya.

EZY

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Fokus kebajikan, Selangor iktiraf hak tanah Orang Asal

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 OGOS : Kerajaan Negeri mengiktiraf pemilikan tanah masyarakat Orang Asal di seluruh negeri sebagai sebahagian daripada hak masyarakat pribumi itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kaum itu terus menikmati taraf kependudukan seiring kepelbagaian etnik lain di negeri ini.

“Selangor satu-satunya negeri memberikan penghormatan dan pengiktirafan Orang Asal sebahagian keluarga besar rakyat Malaysia.

“Kerajaan Negeri berpendirian indentiti dan jati Orang Asal adalah sebahagian ciri kepelbagaian dan kerencaman rakyat di negeri ini.

“Keunikan dan kepelbagaian inilah menjadi aset penting untuk memajukan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berucap program Sambutan Perayaan Orang Asal Sedunia 2016, di Taman Botani Negara, di sini.

Mohamed Azmin, seiring gagasan Smart Selangor yang peduli, masyarakat Orang Asal tidak terpinggir menikmati hasil perolehan negeri, menerusi pelbagai program jangka panjang.

botani art 4Ia termasuklah insensif program kebajikan dan bantuan pendidikan kepada anak-anak Orang Asal untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

“Ikrar dan tekad Kerajaan Negeri bahawa kita teruskan dasar memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada masyarakat Orang Asal di Selangor.

“Pendirian ini diambil kerana kemajuan sesebuah negara dan negeri bukan sahaja berteraskan pembangunan fizikal.

“Kita tetap mengambil pendirian bahawa pembangunan nilai, budaya dan warisan amat kaya dalam kalang masyarakat Orang Asal,” katanya.

Dalam perkembangan itu, festival keseniaan Orang Asal ini diadakan bagi mewujudkan kesedaran kepada orang awam terhadap aspek pembudayaan dan warisan Orang Asal.

Selain itu, penganjurannya bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepelbagaian budaya Orang Asal dari seluruh negara.

Melibatkan penyertaan kaum Orang Asal daripada seluruh dunia, Selangor menjadi tuan rumah bagi tahun kedua dengan sasaran 5,000 pengunjung.

EZY

Categories
SELANGOR

Surau Orang Asal menang surau tercantik peringkat kebangsaan

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 APR: Surau Orang Asal, Kampung Tun Razak, Kuala Kubu Bahru muncul juara bagi kategori surau tercantik seluruh Malaysia.

Ia sekaligus melayakkan surau terbabit menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,500.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa di Simposium Kepimpinan Tok Batin peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

Wakil jawatankuasa surau itu, A Mizan Silai, berkata kemenangan itu tidak dijangka dan terharu akan keperihatinan MAIS terhadap kaum Orang Asal.

“Amat gembira dan terharu atas kemenangan ini. Saya bagi pihak surau mengucapkan terima kasih kepada MAIS.

“Surau ini baru ditubuhkan dua tahun lalu. Sebelum ditubuhkan pelbagai cabaran diterima dari orang bukan Islam.

“Namun, selepas kita memberikan penerangan, Alhamdulillah kaum lain menerima dengan terbuka,” katanya kepada SelangorKini.

Mizan berkata pelbagai usaha dilakukan orang orang Islam di situ bagi memakmurkan surau terbabit.

“Surau ini menjadi kegunaan bukan sahaja Orang Asal yang beragama Islam tetapi juga kaum bukan Islam.

“Pelbagai aktiviti diadakan antaranya ceramah, gotong royong, mesyuarat dan sebagainya tanpa mengira agama,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata seramai lebih 40 keluarga memeluk agama Islam sejak dua tahun lalu.

“Penubuhan surau ini sangat bermakna bagi kami. Penerimaan terhadap agama Islam dari penduduk kampung kami sangat memuaskan.

“Lebih 600 penduduk di kampung ini dan saya berharap lebih ramai kaum bukan Islam dapat menghayati agama Islam,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Teguhkan agama, jauhi anasir pesong akidah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 APR: Orang Asal yang beragama Islam di negara ini disarankan tidak terpengaruh dengan ajaran agama lain yang menjanjikan pelbagai bentuk bantuan.

Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata mereka perlu berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menjauhi anasir yang cuba memesongkan akidah.

Simposium Orang Asli MAIS JAKIM peringkat kebangsaan Carlton Hotel (ASRI) (2)“Ini merupakan cabaran yang berat. Kita jangan terpengaruh dengan ajaran agama lain yang menjanjikan pelbagai bentuk bantuan, kewangan dan kebajikan sebagai penarik untuk mengikutinya selain Islam dengan cara yang halus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Simposium Kepimpinan Tok Batin/Penghulu Orang Asli Islam peringkat kebangsaan, di Carlton Holiday & Suites, di sini, hari ini..

Adzib berkata, MAIS amat prihatin terhadap permasalahan Orang Asal di Selangor dengan menyediakan pelbagai sumbangan berbentuk kewangan, pendidikan dan tempat tinggal.

“Kita juga mengadakan pelbagai program dakwah. Ini menunjukkan MAIS memandang serius hal ehwal dan kebajikan Orang Asal,” katanya.

Datuk Mohamad Adzib Mohd IsaBeliau berkata, 182,775 Orang Asal direkodkan seluruh Malaysia sehingga 2015 daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA).

“Daripada jumlah itu, seramai 40,545 Orang Asal Islam atau 22 peratus. Ini menunjukkan agama Islam semakin mendapat tempat di hati mereka,

“Justeru, menjadi kewajipan kepada semua supaya akidah terus dipelihara daripada anasir jahat dan menjadi tanggungjawab orang Islam untuk memberi sokongan dan kekuatan kepada golongan ini daripada segi bantuan kebajikan, moral, kewangan serta pendidikan.

“Kita juga perlu mempertahankan mereka ini daripada terjebak kepada gejala murtad,” katanya.

-NFN-