Categories
SELANGOR

PANTAS lancar Misi Sukarelawan bantu mangsa banjir pantai timur

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 25 DIS: Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) melancarkan Misi Sukarelawan sebagai tanda solidariti membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Kepada yang berminat untuk menyertai misi itu boleh berhubung terus di laman sosial facebook PANTASĀ  iaitu www.facebook.com/Pantas Selangor atau menghubungi petugas PANTAS di talian 016-3576010/019-2492065/016-2677737 atau e-mel ke alamat [email protected]

Secara keseluruhan, lebih 30,000 mangsa bajir dari Kelantan, Terengganu dan Pahang berhadapan situasi sukar ekoran hujan tanpa henti selain pelepasan air empangan yang mengakibatkan beberapa kawasan ditenggelami air.

Banjir Kuantan 2Kejadian kali ini difahamkan paling buruk yang pernah berlaku sejak 10 tahun lalu.

Di Kelantan, bencana banjir kali ini dianggap terburuk dalam sejarah negeri itu apabila hujan lebat tanpa henti di kawasan hulu membawa arus deras memasuki beberapa daerah utama negeri itu.

Pintu masuk ke Kelantan juga terputus apabila Jalan Kota Bharu-Kuala Krai terpaksa ditutup ekoran air melimpah di Sungai Durian.

Berdasarkan laporan portal e.banjir Kerajaan Kelantan, 126 pusat pemindahan banjir dibuka melibatkan 26,749 mangsa banjir sehingga awal pagi tadi.

banjir dengkil 03Sementara di Terengganu, banjir melibatkan semua daerah dan Kemaman mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat ini seramai 13,143 mangsa.

Bencana banjir kritikal yang melanda pantai timur mengakibatkkan akses ke laluan utama setiap negeri terputus sehingga membantutkan usaha Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) menyalurkan bantuan.

Pasukan pertama dengan kekuatan 10 orang yang dijadual bertolak, pada 26 Disember ini terpaksa membatalkan hasrat berkenaan sehingga suasana kembali pulih.

Manakala, pasukan kedua seramai 40 orang dijadualkan bergerak, pada 28 Disember ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Banjir makin kritikal, Pantas terpaksa tunda bantuan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 DIS: Bencana banjir kritikal yang melanda pantai timur mengakibatkkan akses ke laluan utama setiap negeri terputus sehingga membantutkan usaha Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) menyalurkan bantuan.

Pasukan pertama dengan kekuatan 10 orang yang dijadual bertolak, pada 26 Disember ini terpaksa membatalkan hasrat berkenaan sehingga suasana kembali pulih.

Mereka ditugaskan untuk membuat tinjauan dan melihat kawasan utama yang memerlukan sumbangan.

Banjir Kuantan 2Ketua Pengarah Pantas, Hamsah DJabir ketika dihubungi berkata, semua barangan bantuan yang akan diserahkan kepada mangsa sudah tersedia dan pasukan kedua seramai 40 orang pula dijadualkan bergerak, pada 28 Disember ini.

“Saya sudah keluarkan arahan supaya ditangguhkan terlebih dahulu sehingga laluan masuk mudah dan selamat untuk menghantar seramai mungkin sukarelawan.

“Sebagai badan bukan kerajaan, kita kena utamakan keselamatan sebelum ingin menyelamatkan orang,” katanya kepada Selangor Kini.

Secara keseluruhan, lebih 30,000 mangsa bajir dari Kelantan, Terengganu dan Pahang berhadapan situasi sukar ekoran hujan tanpa henti selain pelepasan air empangan yang mengakibatkan beberapa kawasan ditenggelami air.

Kejadian kali ini difahamkan paling buruk yang pernah berlaku sejak 10 tahun lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pantas ke Terengganu esok kenalpasti bentuk bantuan banjir

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 NOV: Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) akan membuat tinjauan ke Terengganu esok bagi mengenalpasti bentuk bantuan sesuai untuk diberikan kepada mangsa banjir.

Ketua Pengarah Pantas, Hamsah DJabir, berkata selepas bentuk bantuan dikenalpasti, semua anggota Pantas akan dikerahkan ke sana bagi mengagihkan bantuan.

PANTAS“Bentuk bantuan kita akan tengok dahulu kerana sekarang air belum surut lagi. Cuma kita akan melawat di pusat-pusat pemindahan untuk melihat apa keperluan mendesak.

“Kalau kita bagi bentuk makanan pun tidak selesai masalah macam mana mereka nak masak. Jadi keperluan seperti selimut, susu bayi,” katanya kepada Selangor Kini.

Menyentuh soal pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan beliau menjelaskan, setakat ini fokus diberikan kepada Terengganu dan sekiranya ada keperluan pasukan sukarelawan akan dibahagikan untuk membantu di sana.

Setakat ini, sebanyak 5,550 mangsa banjir daripada 1,377 buah keluarga kini ditempatkan di 43 pusat pemindahan di lima daerah terjejas di Terengganu.

Kuala Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi mangsa iaitu 3,927 orang daripada 927 keluarga yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan.

Banjir di Besut melibatkan 291 orang daripada 80 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.

Di Setiu, 349 orang daripada 78 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Manakala di Marang, 976 mangsa daripada 236 keluarga di pindahkan ke lima pusat pemindahan dan di Dungun sebanyak 16 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior.

EZY

Categories
SELANGOR

PANTAS ke Cameron Highlands bantu mangsa banjir kilat

CAMERON HIGHLANDS, 8 NOV: Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) digerakkan untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir kilat di Cameron Highlands, hari ini.

Semalam, Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000 bagi membantu mangsa bencana banjir di sana.

10391374_1006559622703086_6461488085239206137_nExco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, peruntukan itu diluluskan dan dihantar segera bagi membantu mangsa bencana.

Dalam pada itu, sehingga pukul 9.30 pagi ini, mangsa banjir kilat yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana di Dewan Serbaguna Orang Ramai, Ringlet di sini adalah berjumlah 91 orang daripada 28 keluarga.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata kesemua mangsa dipindahkan ke situ sejak Rabu lepas.

Beliau berkata mangsa masih tidak dibenarkan pulang ekoran cuaca yang tidak menentu.

“Faktor cuaca tidak mengizinkan kerana hujan lebat turun sekejap-sekejap. Mangsa hanya akan dibenarkan pulang untuk mengambil barang keperluan apabila hujan berhenti,” katanya dipetik Bernama.

Para mangsa merupakan penduduk sekitar tebing Sungai Bertam yang diarah berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Sementara itu Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing berikutan hujan lebat selama sejam.

Lima orang terkorban manakala lima lagi cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di sini Rabu lalu.

Gambar : FacebookĀ Haslan AmpangĀ yang mengikuti misi bantuan ke Cameron Highlannds

EZY

Categories
SELANGOR

Skuad Pantas giat pulih kawasan terjejas ribut

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 22 OKT: Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Zon 47B, Lee Fu Haw memuji tindakan proaktif Pasukan Tindakan Segera (Pantas) membantu kerja pemulihan awal dalam kejadian ribut di Pandamaran, Klang semalam.

Katanya, kehadiran skuad Pantas dan beberapa jabatan MPK ke lokasi kejadian banyak membantu menyelesaikan masalah terutamanya gangguan trafik di beberapa jalan di kawasan itu.

PANTAS“Kejadian ribut itu menimbulkan suasana panik penduduk dan pengguna jalanraya. Dalam tempoh kurang 10 minit selepas kejadian, skuad Pantas dan jabatan terlibat dari MPK telah turun mengalihkan pokok dan mengawal aliran trafik.

“Sehingga kini, Pantas giat menjalankan kerja pembersihan dan memotong pokok tumbang,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Semalam, Pantas dibantu Jabatan Kejuruteraan serta Jabatan Taman dan Rekreasi MPK turun ke kawasan kejadian membantu kerja mengalihkan pokok tumbang menghalang aliran trafik.

Dilaporkan sekitar 50 batang pokok tumbang dan sebahagian daripadanya menghalang laluan trafik di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran.

“TNB datang memotong bekalan elektrik memastikan keselamatan awam terjamin ekoran beberapa unit tiang dan kabel elektrik di kawasan itu ranap dihempap pokok,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kejadian ribut yang berlaku di Pandamaran itu turut mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS menerusi laman sosial Facebooknya berkata mereka sedang mengenal pasti keperluan penduduk terlibat bagi meringankan beban yang mereka dihadapi.

EZY

 

Categories
SELANGOR

PANTAS disambut linangan air mata mangsa banjir selepas dikecewakan BN Sabah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 OKT: Ketibaan deligasi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) di kawasan penempatan yang dilanda bencana banjir di Sabah, baru-baru ini disambut dengan perasaan terharu dan linangan air mata oleh penduduk sekitar.

Perasaan terharu bercampur terkejut itu semakin dirasai mangsa banjir apabila mendapati bantuan yang tiba itu bukan datang dari Kerajaan Sabah seperti yang sepatutnya tetapi dari Kerajaan Selangor.

Ketua Operasi Misi PANTAS, Hamsah Djabir berkata, Kerajaan Sabah tidak harus menghukum mangsa banjir di kawasan Parlimen terbabit hanya disebabkan majoriti penduduk di situ menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

IMG-20141014-WA075“Memang mereka sangat terharu, ada yang mengalirkan air mata dan tidak putus mengucapkan terima kasih. Sebenarnya, mereka agak terkilan apabila kerajaan mereka sendiri tidak menghulurkan bantuan hanya kerana kawasan itu dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

“Kita tidak boleh membezakan fahaman politik, warna kulit dan pegangan agama. Ini yang kami lakukan, semua pihak kami bantu walaupun mereka penyokong Barisan Nasional (BN), kita bagi sama rata dalam misi kami itu.

“Ini soal kemanusiaan, seharusnya bantuan itu datang bersama seperti yang diberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, beliau sendiri juga rasa terharu walaupun PANTAS dari Selangor, namun tetap beri bantuan tetapi kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri yang menghukum rakyat Penampang kerana menyokong PR,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

IMG-20141014-WA078Misi bantuan PANTAS selama lima hari yang diketuai Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Daroyah Alwi bermula pada 9 Oktober lalu, di beberapa kawasan banjir seperti di Muyog, Kampung Keliangau, Inanam, Kabayau (tanah runtuh) dan beberapa lokasi lain.

Antara bantuan yang dihulurka adalah makanan seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan biskut serta sedikit bantuan wang tunai bagi meringankan bebanan mangsa banjir yang membabitkan kira-kira 500 keluarga mangsa.

IMG-20141014-WA072PANTAS juga menyewa beberapa jentera bagi menjalankan kerja membersihkan sungai supaya sampah dan batang kayu yang menyekat aliran air dapat mengalir dengan lancar.

Sebelum ini Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan bantuan RM50,000 disalurkan kepada PANTAS untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Sabah.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

PANTAS ringan beban mangsa banjir Sabah

Oleh: DR DAROYAH ALWI

Di atas dasar peduli, prihatin dan setiakawan, Kerajaan Selangor tmengumumkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Sabah terutamanya kawasan Penampang dan Inanam.

Bantuan yang diberikan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selagor atau lebih dikenali PANTAS bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung ribuan mangsa yang terjejas dalam bencana tersebut.

Pasukan PANTAS juga bertanggungjawab membantu sukarelawan tempatan di sana, mereka telah tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 9 Oktober lalu bagi membantu menguruskan mangsa-mangsa banjir, membersihkan kawasan perumahan yang terjejas akibat bencana alam itu selain mengagihkan bantuan yang bakal disalurkan ke sana.

Bantuan yang disalur adalah berupa barangan, bekalan makanan dan peralatan sewaktu berada di pusat pemindahan sementara banjir serta beberapa keperluan lain, ia bakal diagihkan secara sistematik agar mangsa-mangsa bencana dapat memanfaatkannya secara menyeluruh.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung ribuan mangsa, mereka juga diharap agar terus sabar, tabah dan redha dengan ujian dan ketentuan ini.

Mereka juga diingatkan agar tidak mengabaikan aspek kesihatan dan kebersihan dalam kerja-kerja pembersihan serta penyediaan makanan dan minuman. Aspek kesihatan dan kebersihan perlu diutamakan bukan sahaja mangsa tetapi para sukarelawan misi kemanusiaan memandangkan penyakit berjangkit biasanya melanda ketika bencana banjir.

Kita juga mendesak agar Kerajaan Pusat juga Kerajaan Negeri Sabah melalui jabatan-jabatan supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Dimaklumkan sehingga semalam, beberapa lokasi di sini masih tidak menerima sebarang bantuan sama ada dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) juga agensi-agensi kerajaan negeri.

Adakah kerana kawasan tersebut dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR)? Dimanakah sifat profesionalisme sebagai pemimpin dan pentadbir. Jika benar itu amat memalukan dan ini pasti dinilai oleh rakyat yang semakin celik.

Sekian.

# Dr Daroyah Alwi adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor

JURNAL BERITA : Najib selalu ‘ponteng’, hanya 26 kali datang Parlimen

Sinopsis

1. ‘Citizen Journalist’ tingkat kualiti penerangan, perkongsian terkini program setempat

2. Pembinaan ‘billboard’ bernafas baru, tingkat penerangan MES

3. MB menghadap DYMM Sultan Selangor esok, bentang isu bible

4. 43 projek ‘Selangorku Sejahtera’ dibangun bawah PBT

5. Exco Perumahan cabar MBSA, MBPJ capai taraf 5 bintang

6. Najib selalu ‘ponteng’, hanya 26 kali datang Parlimen sejak jadi PM

7. PR Selangor terbuka benarkan ADUN pembangkang sertai mesyuarat PBT

8. Pengiktirafan pasukan PANTAS wajar, tingkat penyelesaian masalah bencana

9. Kolam alternatif patuhi piawaian kualiti air mentah

10. Lebih 700,000 pokok ditanam jayakan kempen Hijaukan Bumi

11. Fuziah, Surendran diarah keluar Dewan Rakyat

12. AKTIVITI YB: Masak lauk sekampung gegar Kampung Bahagia

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Pengiktirafan pasukan PANTAS wajar, tingkat penyelesaian masalah bencana

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 JUN: Pasukan PANTAS daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima penghargaan khas daripada Kerajaan Negeri di atas tindakan proaktif menangani masalah kebakaran di kawasan itu.

Penghargaan disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Majlis Apresiasi Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor 2014, di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Pasukan yang terdiri daripada 14 anggota itu menerima trofi, sijil dan uniform.

gambar hiasan

Exco Kerajaan Tempataan, Datuk Teng Chang Khim, berkata pasukan itu wajar menerima penghargaan ekoran usaha giat pasukan mengawal kebakaran di Johan Setia yang berlanjutan bermula 5 Februari hingga 14 Mac lalu.

Katanya, tindakan pasukan terbabit wajar dicontohi semua PBT di negeri itu.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri juga berterima kasih kepada pasukan PANTAS di PBT lain yang sedia berkhidmat menyelesaikan masalah bencana di negeri ini.

v4“Kita harap, semua pihak dapat mencontohi tindakan pantas pasukan ini,” katanya.

Teng juga memaklumkan Kerajaan Negeri kini memperincikan garis panduan berkenaan pasukan PANTAS di setiap PBT membabitkan pengiktirafan kepada anggota pasukan PANTAS.

“Garis panduan ini membabitkan setiap anggota PANTAS yang mencapai jumlah jam perkhidmatan tertentu akan diberikan pengiktirafan yang akan dikenal pasti kelak,” katanya.

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

Selangor tubuh Skuad Pantas kendali kes kecemasan, bencana

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 16 NOV : Penubuhan Pasukan Tindakan Segera (Pantas)
Negeri Selangor membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri
bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membantu agensi
keselamatan lain dalam mengendalikan kes kecemasan dan bencana.

DSC_0269Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata skuad ini
bertujuan memberi bantuan awalan terhadap aduan kecemasan dan
bencana mengikut tempoh yang ditetapkan.

Katanya, penubuhan skuad ini tidak akan mengganggu peranan agensi
keselamatan sedia ada seperi pasukan polis dan bomba, tetapi
bertindak sebagai sokongan dalam melaksanakan tindakan bantuan
merangkumi aspek logistik, kepakaran dan kebajikan.

“Setiap PBT yang terlibat sebenarnya mempunyai pasukan khas
mereka sendiri untuk mengatasi kes kecemasan, namun kerajaan
negeri ingin memantapkan usaha sedia ada dengan menggabungkan
ahli-ahli PBT ini kepada satu pasukan dikenali sebagai skuad Pantas.

“Dengan cara itu, jika berlaku kecemasan dan memerlukan kita untuk
membantu masyarakat di mana-mana tempat, kita boleh bergantung
kepada pelbagai PBT,” katanya semasa merasmikan penubuhan Skuad
Pantas Selangor di Taman Tasik Subang Ria, hari ini.

Hadir sama, Exco negeri, Datuk Teng Chang Khim dan Rodziah Ismail
serta Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi.

Skuad Pantas adalah pasukan yang ditubuhkan PBT negeri Selangor
bagi mengendalikan kes kecemasan dan bencana seperti banjir, tanah
runtuh, ribut, kemalangan dan kebakaran.

Antara PBT yang terlibat adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang
Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran
Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp).

DSC_0357Setakat ini, seramai 50 anggota dipilih untuk menyertai skuad ini.

Abdul Khalid berkata, anggota yang menyertai skuad ini akan diberi
elaun bulanan sebanyak RM200 seorang selain caruman skim
perlindungan insurans khas oleh setiap PBT.

Katanyan, peranan skuad ini akan diperluaskan ke peringkat PBT lain
dari masa ke masa bergantung kepada keperluan masyarakat.

“Kita akan mempunyai pasukan yang mantap untuk mengatasi
perkara-perkara kecemasan melalui anggota yang dilatih. Kita juga
bercadang untuk memperluaskan skuad ini ke kawasan-kawasan lain
dalam masa terdekat,” katanya lagi.

-EZY

Categories
SELANGOR

756 Ekor Lembu Diagih Seluruh Selangor

 

SHAH ALAM 23 OKT : Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira 756 ekor lembu untuk diagihkan di seluruh negeri sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 389 ekor lembu disediakan untuk seluruh masjid-masjid di Selangor.

“Kerajaan negeri turut menyumbangkan lembu-lembu korban kepada badan-badan bukan kerajaan seperti PERKIM, ABIM, Hidayah Center, Brigade Amal Selangor, PANTAS, Anak Syarikat Negeri, PPR Lembaga Perumahan, JAIS dan penduduk Asal yang beragama Islam,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Pekarangan Bangunan Sultan Idris Shah (JAIS) di sini.

Menurut Abdul Khalid, lembu-lembu itu disumbangkan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Turut menyumbang juga adalah Worldwide Holding Bhd (WHB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Abdul Khalid berkata, kerajaan berharap disebalik penyerahan lembu-lembu korban itu dapat menimbulkan kesedaran kepada umat Islam agar lebih mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan memperbanyak ibadah korban.

“Umat Islam perlu mengorbankan gaya hidup yang mengutamakan kemewahan dan kesenangan duniawi semata-mata.

“Sebaliknya mengamalkan kehidupan yang sederhana dan berusaha mengelakkan pembaziran dan sikap boros,” kata Abdul Khalid.