Categories
NASIONAL

Penamatan 2 Adun dari GLC dibincang dalam mesyuarat PH

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 23 FEB: Penamatan khidmat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) KEADILAN Pulau Pinang daripada syarikat berkait kerajaan (GLC) seharusnya dibincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata surat rasmi bagi tujuan itu dihantar kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini.

rafizi-TI-01“Surat itu untuk membincangkan beberapa perkara berhubung tindakan menamatkan khidmat pemimpin Adun KEADILAN daripada GLC.

“Saya percaya Guan Eng pasti memberikan ruang untuk membincangkan perkara ini secara tertutup,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu hari ini.

Rafizi berkata sensitiviti orang ramai perlu diambil kira dan dibincangkan bersama para pimpinan.

“Saya faham dengan apa yang berlaku, apabila media tanya beliau (Guan Eng) perlu jawab.

“Apabila media tanya Dato’ Seri Mohamed Azmin, beliau juga harus menjawab,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Pengumuman bonus TH tak bermakna kewangan kukuh

SHAH ALAM 9 FEB: Pendeposit Tabung Haji perlu mengetahui bahawa pengumuman bonus tahunan 5 peratus dan bonus haji 3 peratus bukanlah bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji (TH) adalah kukuh.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata tambahan pula TH terlibat dalam beberapa pelaburan mendatangkan kerugian besar dan kebelakangan ini terlibat dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

tabung-hajiKatanya, beliau terus menyiarkan analisa kewangan mengenai TH dengan harapan ia mendorong kerajaan menggantikan Pengerusi TH sedia ada dengan seorang lebih sesuai dan arif dalam hal ehwal pelaburan.

“Saya meneliti dan menganalisa penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit bagi tahun kewangan 2009 hingga 2014.

“Berdasarkan angka ini, saya menulis laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji dan unjuran rizabnya bagi tahun kewangan 2015,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Beliau berkata oleh kerana penyata kewangan TH diaudit lazimnya hanya dikeluarkan di akhir tahun, orang ramai hanya boleh mengetahui kedudukan sebenar kewangan dan rizab TH bagi tahun kewangan 2015 di akhir tahun 2016.

Katanya, ini sudah tentu tidak baik kerana pelbagai perkara boleh berlaku di antara sekarang dan akhir tahun ini.

“Apatah lagi dalam keadaan rizab Tabung Haji yang sudah pun negatif bagi tahun kewangan 2014.

“Diharap analisis dan laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan TH ini membuka perbincangan awam mengenai prestasi TH yang mendorong TH mengeluarkan penyata kewangannya diaudit lebih awal,” katanya.

BACA KENYATAAN PENUH DI SINI

EZY

Categories
NASIONAL

KEADILAN gerak kempen bantah hukuman berat pemberi maklumat

SHAH ALAM 7 FEB: KEADILAN menggerakkan kempen di media sosial untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia untuk menolak cadangan pindaan ini dan menuntut Peguam Negara bertindak secara bebas telus dan adil.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, kempen itu ekoran kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang berhasrat meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 dengan mengenakan hukuman lebih berat termasuk penjara seumur hidup dan sebatan.

Katanya, satu lagi unsur penindasan dicadangkan beliau ialah untuk mendakwa wartawan dan editor berita yang menerbitkan berita berkenaan maklumat yang bocor.

Apandi AG“Memandangkan cadangan pindaan itu penindasan terhadap wartawan dan kebebasan media, saya percaya perkara ini menjadi isu di peringkat antarabangsa yang memburukkan lagi imej Datuk Seri Mohd Najib Razak di mata dunia.

“Apandi disaran membatalkan hasratnya meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 sebelum beliau sendiri terjebak dalam kebangkitan kemarahan rakyat yang kini disasarkan kepada Perdana Menteri,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Katanya, usul pindaan itu ketika kredibiliti Apandi sebagai Peguam Negara berada pada tahap yang paling rendah ekoran keputusannya menutup siasatan terhadap Najib berkenaan wang RM2.6 bilion.

“Sudah tentu cadangan pindaan itu dilihat sebagai usaha lanjut untuk menutup sebarang pendedahan mengenai salah laku atau penyelewengan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Rafizi berkata sejak tujuh tahun lalu, pelbagai salah laku penyelewengan dan rasuah didedahkan kepada orang ramai berikutan dokumen bocor.

“Saya sendiri banyak mengendalikan pendedahan ini termasu skandal NFC, skandal 1MDB, pembelian jet mewah, penganugerahan kontrak LRT kepada George Kent oleh Perdana Menteri yang tidak mengikut saranan Jawatankuasa Perolehan dan bermacam-macam lagi.

“Kebocoran maklumat merupakan salah satu sebab utama imej Barisan Nasional jatuh merudum kerana selalu disabitkan dengan salahlaku rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Rafizi berkata punca kepada kebocoran maklumat ini ialah kerana gejala rasuah dan penyelewengan di peringkat pimpinan kerajaan yang terlampau sehingga menyebabkan mereka yang mengetahuinya mengambil risiko membocorkannya demi kepentingan umum.

Katanya, fenomena meningkatnya maklumat diberikan pemberi maklumat menunjukkan kurangnya keyakinan mereka kepada kemampuan badan penguatkuasa berlaku adil menyiasat penyelewengan tersebut secara bebas.

“Apandi sepatutnya insaf tindak tanduk beliau menutup kes bersabit Perdana Menteri salah satu punca mendorong lebih banyak kebocoran maklumat kerana orang ramai hilang keyakinan kebebasan beliau sebagai Peguam Negara,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Rizab Tabung Haji negatif sejak tahun berakhir 31 Disember 2014

SHAH ALAM 27 JAN: Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit menunjukkan rizab terkumpul Tabung Haji adalah negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan itu dan kekurangan dana sebanyak RM351 juta.

Rafizi Tabung HajiKatanya, kedudukan kewangan itu berlaku sebelum 2015 yang menyaksikan kejatuhan pasaran saham dan nilai matawang ringgit mendadak.

“Ini bermakna bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, Tabung Haji akan mengalami kerugian jauh lebih besar.

“Maka nilai rizab terkumpulnya menunjukkan kerugian terkumpul jauh lebih besar dari RM351 juta,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Urusan Tabung Haji berhubung isu kelemahan dana rizab Tabung Haji yang ditimbulkan Bank Negara Malaysia.

Katanya sebagai Ahli Parlimen, beliau berpeluang meneliti sendiri Penyata Kewangan Tabung Haji yang diserahkan kepada Ahli Parlimen setiap tahun.

Tabung Haji tidak mempunyai aset mencukupi untuk membayar simpanan pendeposit sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Rafizi berkata, Tabung Haji tidak mempunyai rizab keuntungan terkumpul untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 kecuali ia meminjam wang atau mencairkan asetnya.

“Dituntut Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan serta merta di atas kegagalan beliau memastikan prestasi kewangan Tabung Haji tidak menjejaskan simpanan pendeposit,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji masih menunggu kelulusan Ketua Audit Negara berhubung pengumuman pembayaran dividen kepada pendepositnya.

Manakala Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,berkata Tabung Haji langsung tidak berdepan sebarang masalah kewangan seperti digembar-gemburkan.

Katanya, semua pendeposit tidak perlu risau dengan perkara dilemparkan dan Tabung Haji juga tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Lantik pendakwa bebas buka kembali kes Najib

OLEH : RAFIZI RAMLI

Penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali semalam berkenaan keputusan beliau menutup kertas siasatan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung skandal dana RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd tidak dapat diterima umum.

Bukan sahaja alasan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memulangkan kembali “derma” yang diterimanya itu tidak masuk akal, malah ada beberapa perkara asas yang tidak dijawab oleh beliau.

1MDB Rafizi NajibBerhubung pemindahan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Apandi Ali seolah-olah lupa bahawa SRC International Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Sebab itu saya terus bertanyakan siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan dana itu dari SRC International Sdn Bhd kerana pegawai teratas yang bertanggungjawab adalah tidak lain dan tidak bukan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan.

Oleh yang demikian, alasan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak tahu menahu sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dipindahkan ke akaun peribadinya tidak boleh menyelamatkan beliau dari dakwaan, atas asas-asas berikut:

1. Mengambil kira bahawa beliau adalah pegawai teratas yang bertanggungjawab kepada keputusan SRC International Sdn Bhd di atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan, adalah mustahil beliau tidak mengetahui mengenai keputusan memindahkan dana itu.

Besar kemungkinan beliau sedia maklum dan pemindahan itu berlaku dengan mendapat kelulusan mengikut prosedur Kementerian Kewangan.

Jika ini keadaannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak sepatutnya didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana dana dari syarikat awam di bawah kawalan beliau dipindahkan ke akaun peribadi beliau;

2. Jika beliau berkeras beliau tidak tahu menahu mengenai pemindahan tersebut, ini bermakna beliau telah cuai dalam menjalankan amanah sebagai pegawai teratas yang bertanggungjawab menguruskan syarikat awam iaitu SRC International Sdn Bhd.

Dalam keadaan ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga sepatutnya didakwa di atas tuduhan cuai dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian dana awam.
Dalam kedua-dua keadaan, ada kes yang kukuh untuk mendakwa Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya percaya atas alasan ini juga, selain dari bukti-bukti siasatan yang lebih terperinci, Pengarah Operasi Khas SPRM, Dato’ Bahri Mohd Zin dipetik sebagai berkata SPRM mempertimbangkan untuk merayu supaya kes ini dibuka semula memandangkan ia satu kes yang jelas (“straight forward”).

Walau bagaimana pun, saya tidak yakin Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sesuai untuk mengendalikan kes-kes bersabit dakwaan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak memandangkan setakat ini beliau cenderong untuk menutup kes tanpa memberi penjelasan yang boleh diterima akal oleh rakyat.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya satu usaha dibuat agar Parlimen melantik seorang Pendakwa Bebas Khas (“Special Independent Prosecutor”) dari kalangan pengamal undang-undang yang bebas dan berintegriti untuk membuka semula siasatan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak dan meneliti kertas siasatan SPRM dan Bank Negara setakat ini.

Saya akan berbincang dengan ahli-ahli Parlimen yang berlatar belakangkan undang-undang untuk merangka satu usul dan usaha membawa perkara ini ke sidang parlimen yang seterusnya dalam bulan Mac 2016.

Saya yakin rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tidak boleh putus asa dan terus mencari jalan baru sehinggalah kebenaran mengenai skandal-skandal ini dapat dibentangkan kepada rakyat dan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka keadilan.

Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak beranggapan cerita lawak yang dibawa oleh Tan Sri Apandi Ali semalam akan menutup kes ini, beliau merendahkan pemikiran rakyat Malaysia keseluruhannya.

* Rafizi Ramli adalah Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden KEADILAN

Categories
NASIONAL

Tetap harga lantai petrol tindakan keji pentadbiran Najib

SHAH ALAM 21 JAN: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak yang secara senyap merancang menghalang rakyat daripada menikmati harga minyak rendah adalah terkutuk dan keji.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata rakyat sekarang sudah pun tidak dapat menikmati harga rendah sebenar kerana faktor kejatuhan nilai ringgit menyebabkan harga minyak kekal tinggi berbanding negara lain.

Katanya, jika sistem harga lantai ini dilaksanakan, rakyat terus dinafikan hak untuk menikmati harga minyak sebenar.

Minyak Najib“Najib Razak sedang pening kepala mencari sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan kerajaannya yang boros dan membazir.

“Saya beri amaran supaya pelarasan Bajet 2016 yang bakal diumumkan beliau tidak sedikit pun menyentuh peruntukan rakyat atau memperkenalkan cukai tersembunyi seperti pelaksanaan sistem harga lantai,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Katanya, sekiranya sistem pelarasan harga lantai ini diperkenalkan juga, beliau akan berbincang dengan rakan Pakatan Harapan untuk menganjurkan demonstrasi membantah yang sudah tentu mendapat sokongan rakyat.

EZY

Categories
NASIONAL

PM digesa arah 1MDB bayar RM1.1 bilion, cukup untuk biasiswa JPA

SHAH ALAM 21 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digesa mengarahkan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) untuk membayar kembali geran Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.1 bilion.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata dana itu diambil oleh 1MDB bagi kerja pemindahan dan naik taraf pengkalan tentera bersabit Bandar Malaysia.

Katanya jumlah RM1.1 bilion itu lebih dari cukup untuk membiayai biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dibekukan Kerajaan Persekutuan.

logo_jpa“Rakyat hanya tahu pemberhentian biasiswa pendidikan JPA bagi 700 pelajar untuk ijazah pertama dari petikan berita disiarkan akhbar berbahasa Cina.

“Maknanya, Najib Razak tidak berani berdepan rakyat untuk menerangkan sendiri keputusan beliau menekan rakyat seperti itu,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Katanya, masalah kerajaan memotong peruntukan biasiswa dan peruntukan pendidikan ini bukan perkara baru.

“Hakikatnya, sebelum pun isu pemotongan biasiswa JPA ini timbul, beribu-ribu pelajar yang cuba mendapatkan biasiswa atau pinjaman dari MARA ditolak.

“Sehingga kini, difahamkan MARA masih belum membuka sistem permohonan penajaan pendidikannya,” katanya.

Rafizi berkata beliau dimaklumkan MARA terpaksa menjadi orang tengah kepada bank yang menawarkan pinjaman kepada pelajar pada kadar komersil.

Dalam Bajet 2016, Najib Razak memotong peruntukan biasiswa dan dermasiswa sekitar RM800 juta, sementara peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dipotong dari RM200 juta menjadi RM10 juta sahaja.

“Kegilaan itu kini diteruskan dengan pemberhentian penajaan pelajar JPA seramai 700 yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Najib patut mohon maaf umum selesai 1MDB tanpa guna dana rakyat

SHAH ALAM 14 JAN: KEADILAN mempertikaikan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) apabila masih belum memberikan penjelasan ke mana perginya dana berbaki dari terbitan sukuk RM2.4 bilion.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata dana itu kononnya dipinjam untuk membiayai kerja pemindahan dan naik taraf pengkalan udara.

Katanya, 1MDB juga tidak menafikan kenyataan beliau bahawa berdasarkan angka dikeluarkan 1MDB, hanya RM800 juta daripada keseluruhan kos projek RM2.7 bilion dibayar 1MDB.

Jual 1MDB“Sebab itu baki tanggungan RM1.9 bilion untuk menyiapkan kerja itu kini mengundang kontroversi apabila ia melibatkan syarikat berkaitan Kerajaan China yang boleh mendedahkan negara kepada risiko keselamatan dan pertahanan.

“Saya yakin ada sesuatu disembunyikan 1MDB kerana angka yang diketahui umum tidak masuk akal,” kata Rafizi dalam kenyataan medianya.

Katanya, 1MDB sebenarnya diberikan geran kerajaan berjumlah RM1.0865 bilion bagi tujuan “pembinaan bangunan gantian dan perolehan peralatan susulan pembangunan semula Sungai Besi”.

Ini bermakna 1MDB menggunakan dana awam dalam bentuk geran Kerajaan Persekutuan untuk membiayai kos kerja pemindahan dan naik taraf pengkalan tentera udara yang sebenarnya tanggungjawab 1MDB.

Kata Rafizi, jumlah dana diperolehi 1MDB dalam bentuk terbitan sukuk adalahsebanyak RM2.4 bilion dan geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.0865 bilion.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan dana diambil bagi tujuan ini mencecah RM3.4865 bilion adalah jauh melebihi kos keseluruhan projek diumumkan iaitu RM2.7 bilion.

“Malangnya, 1MDB sendiri mengakui hanya RM800 juta dibayar setakat ini dan RM1.9 bilion masih berbaki,” katanya.

Beliau berkata skandal pembiayaan kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan udara yang melibatkan 1MDB kini menjadi lebih rumit dan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri perlu menjelaskan perkara sewajarnya.

“Jumlah RM3.4865 bilion yang terbabit di dalam skandal ini melebihi jumlah RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Rafizi berkata Najib wajar meminta maaf kepada rakyat kerana mengumumkan masalah 1MDb diselesaikan tanpa melibatkan dana rakyat.

“Sedangkan Ketua Audit Negara sendiri mengesahkan RM1.0865 bilion dana rakyat isalurkan kepada 1MDB bagi menanggung kos yang sepatutnya dibayar 1MDB,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Enam pangkalan tentera udara Malaysia terdedah ancaman asing?

OLEH : RAFIZI RAMLI

Saya merujuk kepada laporan-laporan sebelum ini mengenai perbezaan nilai urusniaga melibatkan penjualan Bandar Malaysia oleh 1MDB yang diumumkan oleh 1MDB berbanding dengan nilai yang difailkan di Bursa Hong Kong oleh China Railway Group Limited iaitu syarikat induk kepada China Railway Engineering Corp.

Laporan The Malaysian Insider hari ini memetik kenyataan Presiden/CEO 1MDB, Arulkanda Abdullah bahawa perbezaan sebanyak RM2.13 bilion itu adalah melibatkan beberapa liabiliti dan kos melibatkan pemindahan kemudahan sedia ada yang perlu dirundingkan oleh 1MDB dan konsortium pembeli yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China itu yang akan dimuktamadkan menjelang Jun 2016.

Saya pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami betapa mengejutkan pengesahan yang dibuat oleh Arulkanda Abdullah hari ini.

sukhoi-su-30mkm-m52-05Untuk pengetahuan umum, tanah yang ingin dibangunkan sebagai Bandar Malaysia dan dianugerahkan kepada 1MDB oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sekarang ini menempatkan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi.

Sebelum ini 1MDB bersetuju untuk memindahkan kemudahan Kem TUDM itu dan menaiktarafkan 6 pengkalan TUDM yang lain dan satu kem polis udara sebagai pertukaran tanah di Sungai Besi itu dipindahmilik kepada 1MDB.

Saya dimaklumkan kem-kem tersebut antara lainnya ialah Kem TUDM Kuantan, Kem TUDM Gong Kedak, Kem TUDM Sendayan, Kem TUDM Butterworth dan Kem Polis Udara Ipoh.

Arulkanda Abdullah hari ini mengesahkan bahawa perbezaan RM2.13 bilion (iaitu nilai urusniaga yang diumumkan adalah RM2.13 bilion lebih tinggi dari apa yang difailkan oleh China Railway Group Limited) untuk mengambil kira kos-kos pemindahan dan kemudahan sedia ada di tanah tersebut.

Ini bermakna liabiliti 1MDB untuk memindahkan kemudahan sedia ada di Kem TUDM Sungai Besi belum disempurnakan oleh 1MDB.

Apabila pegangan saham di dalam projek pembangunan Bandar Malaysia dijual kepada konsortium yang dianggotai oleh syarikat milik Kerajaan China ini, ada kemungkinan besar liabiliti untuk memindahkan kemudahan sedia ada di Kem TUDM itu turut ditanggung oleh konsortium pembeli itu.

Jika ini benar-benar berlaku, ini membawa implikasi besar kepada kedaulatan negara dan pertahanan negara seperti berikut:

1. Apakah konsortium yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China ini akan terlibat di dalam keputusan-keputusan yang membabitkan pemindahan kemudahan ketenteraan TUDM?

2. Apakah konsortium yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China ini berhak membuat keputusan mengenai kos yang membabitkan pemindahan kemudahan ketenteraan TUDM?

3. Apakah jika konsortium yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China ini enggan membayar jumlah RM2.13 bilion, itu akan menjejaskan proses pemindahan kemudahan ketenteraan TUDM sedia ada?

Hakikat bahawa syarikat China Railway Group Limited telah memfailkan nilai urusniaga yang lebih rendah sebanyak RM2.13 bilion bermakna ia telah pun memasukkan liabiliti kos pemindahan kemudahan sedia ada yang dirujuk oleh Arulkanda Abdullah di dalam kenyataannya hari ini.

Justeru, saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri memberi penjelasan kepada soalan-soalan di atas secepat mungkin.

Ini kerana tidak ada mana-mana negara berdaulat yang wajar melibatkan syarikat yang dimiliki negara lain di dalam apa-apa keputusan yang membabitkan kelengkapan dan kemudahan ketenteraannya, terutamanya memandangkan Kem TUDM Sungai Besi adalah salah satu kem tentera udara paling penting di negara ini.

* RAFIZI RAMLI adalah Setiausaha Agung dan Naib Presiden KEADILAN

Categories
NASIONAL

Wawasan 2020 sukar dicapai

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 DIS: Wawasan 2020 diperkenalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1991 sukar dicapai berdasarkan situasi semasa negara ketika ini.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata pencapaian ekonomi yang merosot dalam tempoh 15 tahun hingga masa ini selepas ia direncanakan memberi gambaran bahawa apa disasarkan kian menyimpang.

wawasan2020Katanya, sasaran ditetapkan kerajaan Barisan Nasional (BN) berkembang pada tahap tujuh peratus setiap tahun tidak pernah dipenuhi.

“Daripada 2000 hingga 2015, kita sudah ada tiga rancangan Malaysia dan terbaharu 2016 hingga 2020 Rancangan Malaysia ke-11. Tiada satu rancangan Malaysia pun dalam tempoh 15 tahun yang mana sasaran itu dicapai.

“Kalau dibanding dengan sasaran Wawasan 2020, dengan tujuh peratus setiap tahun tidak pernah dicapai, lima tahun akan datang saya rasa agak mustahil untuk dicapai atas pencapaian angka ekonomi.

“Saya boleh jawab agak mustahil untuk kita mencapai sasaran ekonomi Wawasan 2020,” katanya.

wawasan 2020 1Beliau berkata demikian selaku panelis dalam Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020 #Mampukah Kita? anjuran Overseas Academic Tour Club Universiti Selangor (Unisel) di sini, semalam.

Majlis terbabit juga menampilkan panelis, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Moderator, Mohd Naim Saiful Bahari.

Dari segi dari pencapaian pendidikan, beliau berkata, Malaysia satu ketika dahulu menghampiri rapat Korea Selatan kini ketinggalan jauh dibandingkan dengan Vietnam pada kedudukan kelapan di dunia.

Katanya, begitu juga ukuran hubungan masyarakat masa kini dan perlu diakui menjadi semakin retak berbanding dengan 10 atau 15 tahun lalu.

“Begitu juga berkaitan persepsi rakyat mengenai masa depan negara, golongan muda kini sudah tentu tidak berasa yakin dengan masa depan berbanding saya ketika remaja dahulu ketika Wawasan 2020 mula diperkenalkan.

“Kalau dilihat begitu bagi saya tidak lagi penting pun untuk menjawab soalan boleh atau tidak untuk mencapai Wawasan 2020 kerana kita semua tahu ia tidak akan tercapai,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, apa yang penting rakyat Malaysia harus merencana kembali sasaran inggin dicapai untuk 30 atau 40 tahun akan datang melalui situasi buruk dihadapi masa kini.

EZY

Categories
NASIONAL

Rafizi tak terkejut Salleh terlepas tuduhan skandal NFC beli kondo

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak terkejut keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporations Sdn Bhd, Datuk Seri Salleh Ismail dari dua tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta.

Rafizi berkata, beliau menjangka keputusan melibatkan pembelian dua unit kondominium mewah di One Menerong, Bangsar itu dibuat dengan alasan Salleh terlebih sudah memperolehi kelulusan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat Agung Tahunan syarikat itu.

NFC- Shahrizat & Salleh“Saya menunggu perincian perbicaraan sebelum boleh membuat komen lanjut tetapi saya boleh mengagak tertuduh mengemukakan bukti pembelian itu mendapatkan persetujuan diluluskan mengikut prosedur syarikat dan ini memberi tafsiran tidak berlaku sebarang pecah amanah.

“Jika ini yang berlaku, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak meluluskan supaya NFC boleh menggunakan dana diberikan untuk penternakan lembu bagi tujuan membeli kondominium,” kata Rafizi pada sidang medianya di Lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Jelasnya, keputusan ini juga secara tidak langsung memberi mesej pentadbiran Perdana Menteri sedikit pun tidak mempedulikan kemarahan rakyat mengenai skandal menyebabkan Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan.

Katanya, keputusan ini juga mengesahkan skandal NFC ini bukan sahaja terpalit kepada keluarga Shahrizat tetapi Umno ekoran pemimpin Umno dalam kerajaan memberi kebenaran dana NFC digunakan untuk membeli kondominium.

EZY

Categories
NASIONAL

Potong peruntukan pendidikan halang lahir modal insan berkualiti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Hasrat negara untuk melahirkan modal insan berkualiti dan berilmu sukar dicapai apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memotong peruntukan biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran iaitu RM812 juta atau 23 peratus berbanding 2015.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata 2015 Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM3.45 bilion berbanding 2016 iaitu RM2,64 bilion.

PENDIDIKAN GRAFIK“Bajet 2016 mengundang kontroversi apabila Najib memotong peruntukan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu RM1.4 bilion dengan Universiti Malaya (UM) mengalami potongan terbesar iaitu 27 peratus berbanding peruntukan 2015.

“Ini bermakna potongan kepada pengajian tinggi iaitu peruntukan kepada IPTA dan dermasiswa, biasiswa dan bantuan pelajaran mencecah RM2.2 bilion dalam Belanjawan 2016 yang memberi kesan ratusan ribu keluarga,” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tambah Rafizi, malangnya pada masa sama, perbelanjaan mengurus lain terus meningkat termasuk tuntutan insurans dan pampasan serta bayaran faedah, dividen dan hutang negara.

Tuntutan insurans dan pampasan meningkat tujuh peratus kepada RM1.18 bilion dan faedah, dividen dan bayaran hutang negara pula meningkat kepada RM32.46 bilion atau 20 peratus berbanding 2015.

EZY