Categories
SELANGOR

KEMASKINI: Amaran Cuaca Buruk: Ribut Petir, Hujan Lebat & Angin Kencang

Dikeluarkan pada : 09:10am pada 11 November 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri P. Pinang, Perak (Daerah Kerian, Larut, Matang & Selama, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datoh),

Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang),

WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson) dan

Melaka dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Sabtu 11 November 2017.

 

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada : 10:25am pada 05 November 2017

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Hujan lebat berterusan berserta angin kencang yang sedang berlaku di negeri Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dijangka sehingga Ahad, 5 November 2017.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Hujan berterusan berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Ahad, 05 November 2017.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang),

Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong) dan

Sarawak : Bahagian Mukah dijangka berterusan sehingga awal petang, Ahad 5 November 2017.

SUMBER: METMALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

MetMalaysia: Amaran kategori kuning di Sabah & Sarawak

CUACA 16 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula esok sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan media menyatakan lokasi dijangka mengalami hujan lebat yang berisiko tinggi menyebabkan banjir adalah Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Sabah), Labuan dan Limbang, Sarawak.

Met Malaysia berkata amaran cuaca buruk kategori kuning dikeluarkan di kawasan berkenaan.

 

Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 12:32PM 16 Oktober 2017

Nama: Ribut Tropika Ganas (Khanun)
Masa pencerapan: 11:00 pagi, 16 Oktober 2017.

Kedudukan: Latitud 20.2 Utara dan Longitud 109.5 Timur, kira-kira 385 km ke Tenggara, Hanoi, Vietnam.

Pergerakan: Ke arah Barat-barat Daya dengan kelajuan 15 km/j.

Jarak dari bandar terdekat: Kira-kira 1,675 km ke Barat Laut Kudat, Sabah.

Kesan terhadap Malaysia: Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, P.Barat & Kudat) dan WP Labuan.

Ribut Tropika Ganas (Khanun) dikesan pada Latitud 20.5 U; Longitud 109.5 T, pada jam 08:00 pagi, 16 Oktober 2017, kira-kira 1,705 km ke Barat Laut Kudat, Sabah dengan pergerakan ke arah Barat dengan kelajuan 20 km/j. Sehubungan itu:

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, P.Barat & Kudat) dan WP Labuan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)- Kemaskini

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

 

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat pagi Isnin, 16 Oktober 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

 

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan Reef South sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga lewat pagi Isnin, 16 Oktober 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

 

Categories
NASIONAL

Perlis dilanda ribut

PERLIS, 24 MEI: Beberapa kawasan di Perlis hari ini dilanda ribut kuat sehingga menyebabkan beberapa kawasan terjejas.

Kejadian itu turut dimuat naik orang ramai di media sosial menunjukkan gambar pokok tumbang, bumbung terbang dan jeti dinaiki air.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis berkata, hujan lebat dan angin kencang itu berlaku kira-kira sejam bermula jam 1 hingga 2 petang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, setakat 2.45 petang tadi sekurang-kurangnya 40 laporan diterima bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)berkaitan pokok tumbang dan kerosakan harta benda.

Menurutnya, antara yang terjejas termasuklah di kawasan Santan, Jejawi, Behor Mali, Arau, Kampung Bakong, Kok Kelang, Ulu Pauh, Abi, Sungai Batu Pahat, Sempering dan juga di kawasan Kangar namun dipercayai kes yang sama turut berlaku di beberapa lokasi lain tetapi belum dilaporkan kepada pihak berkuasa.

CjM3vYjUUAAyWUC Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada jam 1.43 petang menyatakan ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis dan Kedah.

Ia termasik daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan dan Pendang.

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Samui dan Tioman dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perlis dan Kedah dijangka berterusan sehingga lewat petang.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

EZY

CjM8XmgUgAAfmkK

 

CjM8XT6UYAAoCq6

CjM9vTaUkAA-Fqa

 

CjNMfTjVAAEy3Bv

EZY

Categories
SELANGOR

47 keluarga mangsa ribut terima sumbangan

OLEH : AFIX REDZUAN

DENGKIL, 10 MEI: Kerajaan Selangor sedia memberikan bantuan baik pulih 47 rumah Kampung Orang Asli Bukit Bajak yang menjadi mangsa ribut pada 7 Mei lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata setiap keluarga bakal mendapat bantuan bencana sebanyak RM500 sebagai bantuan awal dan barangan keperluan.

IMG_20160510_162126“Kita memberikan bantuan berupa barangan dan kewangan atas kerosakan bumbung yang berlaku disebabkan ribut.

“NGO Insaf Malaysia biasa membuat rumah untuk Orang Asal dan mereka akan berhubung dengan pejabat Exco Elizabeth untuk melihat kerosakan berlaku dan jumlah kos baik pulih,” katanya.

IMG_20160510_162017Hadir sama Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Orang Asal dan Pegawai Daerah Sepang, Roslinah Md Jani.

Tinjauan SelangorKini mendapati kebanyakan bumbung rumah musnah dipukul ribut tempoh hari dan kerosakan paling teruk berlaku di rumah Lengit Rapis.

Tok Batin, Jalil Long dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas kesudian melawat mangsa.

EZY

Categories
SELANGOR

Mangsa ribut Kampung Perepat dibantu

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 MEI: Angin dan ribut kuat yang melanda kawasan Sementa lewat petang kelmarin menyebabkan 114 rumah di Kampung Perepat di sini mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung dan dinding rumah.

Ekoran kejadian itu, sejumlah 41 mangsa melibatkan 15 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Kampung Perepat bermula jam 10 malam menerima sumbangan barangan keperluang asas dari Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

daroyahDr Daroyah berkata agensi kerajaan ketika ini sedang mengumpulkan data keseluruhan dan sumbangan akan disampaikan tidak lama lagi.

“Kita menerima pelbagai laporan kerosakan. Semoga mereka terus sabar dan redha menghadapi ujian Allah ini. Kali ini kejadian ribut di Kampung Perepat lebih teruk dari kejadian sebelumnya sehingga ada yang menerbangkan keseluruhan bumbung rumah.

“Kita menunggu data keseluruhan dan sumbangan kewangan akan disampaikan tidak lama lagi,” katanya kepada SelangorKini.

daroyah 2Terdahulu Dr Daroyah sempat menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga mangsa bencana ribut di sekitar kawasan terbabit.

Media melaporkan kejadian ribut kuat itu juga turut menyebabkan pengusaha rock melon, Hamid Yahya, 45, mengalami kerugian kira-kira RM150,000 selepas angin ribut merosakkan ‘green house’ dan tanaman rock melon yang diusahakannya sejak 11 tahun lalu.

Penerima anugerah Usahawan Tani Jaya Peringkat Selangor 2015 itu berkata, kejadian itu juga menyebabkan bumbung kediamannya dan rumah pekerja mengalami kerosakan teruk.

Sehingga malam tadi, sembilan keluarga masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga petang ini

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 OKT: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengumumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal akan melanda beberapa negeri sehingga awal petang ini.

Amaran itu dikeluarkan MetMalaysia melalui laman facebooknya dan terdapat dua seksyen yang terbabit iaitu seksyen A untuk Perairan Malaysia antaranya kawasan Selangor, Sarawak (Rejang, Mukah dan Bintulu), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan).

Ribut 1Manakala, di seksyen B untuk Perkapalan dan aktiviti ribut petir dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Reef South dan Labuan dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berbahaya kepada bot kecil.

Selain itu, MetMalaysia juga membuat pengumuman akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Bagan Datoh, Perak, bermula jam 9.00 pagi tadi.

MetMalaysia memaklumkan penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan tidak panik dengan bunyi siren itu kerana ia hanya ujian sisitem.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Ribut: 89 keluarga terima bantuan Kerajaan Negeri

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 OGOS: Penderitaan mangsa bencana ribut di Felda Gedangsa, Hulu Selangor mendapat perhatian Kerajaan Negeri apabila 89 keluarga terlibat menerima bantuan sewajarnya.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata bantuan kewangan antara RM300 hingga RM500 kepada setiap keluarga itu bertujuan meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa.

Katanya, Kerajaan Negeri turut menyerahkan barang makanan dan keperluan harian selain sumbangan kewangan.

11813331_10204752134743595_350459899842129495_n“Bantuan itu diberikan kepada mangsa dalam tempoh seminggu selepas kejadian yang melibatkan penduduk di Felda Gedangsa dan Kampung Gedangsa.

“Selain bantuan Kerajaan Negeri, mangsa turut menerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 27 Julai lalu, dianggarkan kira-kira 100 rumah peneroka Felda Gedangsa rosak dilanda ribut puting beliung selama 15 minit disebabkan hujan lebat berterusan hampir dua jam.

Bencana itu adalah kejadian ketiga tahun ini dan terburuk kerana membabitkan banyak perkampungan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

75 keluarga mangsa ribut terima bantuan LZS

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 JULAI: Sejumlah RM30,000 disumbangkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 75 keluarga di Felda Gedangsa, Hulu Selangor yang menjadi mangsa ribut, pada 27 Julai lalu.

LZS dalam satu kenyataan di Facebook, berkata bantuan itu adalah pendahuluan sumbangan kepada mangsa, manakala bakinya akan diserahkan dalam tempoh terdekat.

10983328_10153452604661221_1617309188886725715_n (1)“Untuk makluman, LZS memberi sumbangan bencana RM500 kepada keluarga mangsa, manakala kerosakan atap dibiayai FELDA.

“Kejadian yang baru berlaku itu mendapat perhatian LZS dan Pejabat Daerah Hulu Selangor,” katanya.

Dianggarkan kira-kira 100 rumah peneroka Felda Gedangsa rosak dilanda ribut puting beliung selama 15 minit disebabkan hujan lebat yang berterusan hampir dua jam.

Bencana itu adalah kejadian ketiga tahun ini dan terburuk kerana membabitkan banyak perkampungan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bantuan segera dihulur untuk mangsa ribut dua kampung

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 JUN: Lebih 50 rumah dan gerai sekitar Kampung Sungai Udang, Telok Pulai dan Kampung Delek, Klang rosak dilanda ribut boleh memohon mendapatkan bantuan bencana.

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata pihaknya akan membantu semua yang terbabit mendapat bantuan secepat mungkin.

photo 2“Mereka boleh membuat aduan ke pejabat DUN. Kita akan panjangkan perkara ini dan membantu mempercepatkan bantuan untuk semua mangsa,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada kejadian 6 Jun lalu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan penduduk menyifatkan ribut itu adalah kejadian paling teruk yang pernah melanda kawasan terbabit.

Peniaga, Abdul Khir Said, berkata ribut pernah melanda kawasan itu tetapi kali ini lebih kuat apabila banyak pokok tumbang dan bumbung rumah serta gerai sekitar Kampung Delek terjejas teruk.

photo 1(1)“Ketika kejadian, saya tergerak hati untuk melihat keadaan gerai selepas mendengar berita kawasan sekitar dilanda ribut.

“Tidak sangka, gerai kami turut musnah termasuk kediaman adik yang berada di kawasan berdekatan,” katanya.

Pada masa sama, beberapa pusat gerakan bencana sementara dibuka Majlis Perbandaran Klang bagi membantu mangsa.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hanya tuhan tahu perasaan saya ketika itu

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA SELANGOR, 28 APR: Cuaca mendung yang menyelubungi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar tidak memberi sebarang tanda perkara buruk akan berlaku, pada petang 17 April lalu.

Hujan lebat yang sering turun pada waktu petang dianggap biasa bagi lebih 300 penghuni di sekolah itu.

Seperti kebanyakan pelajar lain, Yahya Muhsin, 17, menggunakan waktunya untuk bersantai bersama guru di kantin sekolah, sementara pelajar lain menghabiskan masa di bilik asrama.

Aktiviti sukan pada waktu petang juga terpaksa dibatalkan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

MB Lawat Maahad Tahfiz Al Ansar rosak ribut Kuala Selangor (6)Menceritakan suasana petang itu, Yahya terkejut apabila terdengar bunyi bising dari arah bilik asrama lelaki dan keadaan bertambah panik apabila pelajar bertempiaran lari menyelamatkan diri sebaik bumbung asrama terbang dibawa ribut.

Katanya, keadaan bertambah buruk apabila hujan lebat secara tiba-tiba dan melimpahi bilik asrama hingga berlaku kerosakan harta benda.

“Ketika itu, hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya apabila menyaksikan angin kuat menerbangkan bumbung asrama dan ia berlaku sekelip mata.

“Saya rasa takut dan sedih melihat situasi itu, nasib baik guru ada dan menenangkan pelajar yang panik,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Pmaahadengerusi maahad, Rosazli Md Yasin berkata, kejadian sekitar jam 5.45 petang terbabit berlaku ketika pelajar selesai solat Asar.

Katanya, kejadian itu bagaimanapun tidak mencederakan sesiapa walaupun ketika itu ramai yang berada di dalam bilik asrama.

“Saya bersyukur walaupun ketika bumbung terbang, ada benda yang jatuh tetapi tidak mencederakan pelajar. Angin yang kuat menyebabkan bumbung terangkat dan terbang ke bahagian belakang sekolah dan terkena kediaman salah seorang kakitangan,” katanya.

Bumbung asrama lelaki di maahad berkenaan rosak teruk akibat kejadian itu yang menyebabkan kira-kira 150 pelajar hilang tempat berteduh dan kini mereka ditempatkan di kawasan khemah serta meneruskan pembelajaran seperti biasa.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Episod hujan monsun dijangka landa Malaysia 7 atau 8 Januari

SHAH ALAM, 4 JAN: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin menggesa rakyat terus berwaspada ekoran episod hujan monsun yang akan melanda kawasan yang terdedah kepada risiko banjir, mulai 7 atau 8 Januari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Ewon berkata,  kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Labuan terdedah kepada angin kencang selaju 60 km/sj dan ombak tinggi setinggi 4.5 meter.

banjir“MetMalaysia menjangkakan satu episod hujan monsun akan berlaku di mulai 7 atau 8 Januari ini. Sehubungan itu, saya menasihatkan penduduk yang terdedah kepada risiko banjir musim tengkujuh untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca.

“Saya juga menasihatkan orang ramai tidak menjalankan aktiviti rekreasi atau sukan laut berikutan amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Kedua) iaitu Angin Kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj, bahkan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

“Ia berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga 4 Januari (hari ini),” katanya.

Ewon berkata, nasihat hujan lebat peringkat kuning pada 24 Disember lalu kepada amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikeluarkan Met Malaysia untuk Sabah pada 30 Disember lalu yang berkuatkuasa sehingga 2 Januari lalu mulai pulih, semalam.

BanjirBeliau juga mengulangi nasihat kepada orang ramai untuk tidak mempercayai maklumat berhubung Ribut Tropika Jangmi.

“Saya juga ingin mengingatkan orang ramai tidak mempercayai maklumat yang tersebar di media sosial berkenaan Ribut Tropika “JANGMI” kerana ia sudah lenyap sepenuhnya di Laut Sulu, pada 31 Disember lalu,” katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan maklumat cuaca buruk atau tsunami yang tidak sahih kerana ia banyak tersebar dalam media sosial.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-300-22-1MET<tel:1-300-22-1638> atau lawati laman sesawang MetMalaysia iaitu www.met.gov.my<http://www.met.gov.my/> dan laman sosial MetMalaysia di facebook <https://www.facebook.com/malaysiamet> serta twitter <https://twitter.com/malaysiamet>.