Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Semua daerah di Sabah berisiko jadi pusat gempa

KOTA KINABALU 10 SEPT: Hampir semua kawasan di Sabah berdepan risiko gempa bumi dengan pusat gegaran boleh berlaku di mana-mana daerah termasuk di pedalaman dan pantai barat negeri ini.

Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul, berkata tahap risiko berbeza mengikut kawasan berdasarkan keaktifan aktiviti seismik atau pergerakan dalam bumi di setiap kawasan, lapor BH ONLINE.

“Aktiviti seismik di Sabah bukan hanya tertumpu di kawasan Ranau dan Lahad Datu seperti yang diketahui sebelum ini, tetapi sebenarnya berlaku di semua kawasan.

“Jadi sebenarnya, hampir seluruh Sabah ada risiko gempa bumi, ada yang tinggi (tahap risiko) dan ada yang rendah.

Gempa-2“Cuma, risiko gempa bumi di kawasan Ranau-Kundasang dan Lahad Datu-Kunak adalah lebih tinggi berbanding di tempat lain,” katanya kepada BH.

Pada 31 Ogos lalu, satu gempa bumi lemah berskala 3.0 skala Richter dikesan berpusat di Sapulut, Nabawan, kira-kira 250 kilometer (km) dari sini, dipercayai kejadian gempa bumi pertama berpusat di kawasan itu.

Kejadian gempa bumi sebelum ini kebanyakannya berpusat di Ranau, Lahad Datu dan Kunak, selain Kudat.

Dr Felix berkata, gempa bumi yang berpusat di Sapulut tiada kaitan dengan gempa bumi berpusat di Ranau, Lahad Datu atau Kunak.

“Gempa bumi bermagnitud kecil ini dijangka terus berlaku di masa hadapan tetapi gegarannya tidak cukup kuat untuk merosakkan bangunan,” katanya.

Selain di Sapulut, satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.9 pada skala Richter turut dikesan di Ranau, iaitu kira-kira 16 km di barat laut pekan Ranau pada 1 September lalu.

Gempa bumi di Ranau itu dipercayai antara gempa susulan akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 yang sehingga kini menghasilkan lebih 100 gempa susulan.

SUMBER: BH ONLINE

Categories
SELANGOR

Warga Sabah teruja hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

HULU KLANG, 10 JULAI: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri turut menarik perhatian masyarakat luar Selangor termasuk empat sekeluarga dari Ranau, Sabah yang kini menetap di Shah Alam.

Kakitangan sokongan teknikal sebuah syarikat swasta, Florianne Daumin, 28, berkata majlis itu turut menyediakan pelbagai pilihan juadah yang enak selain mampu menjadi landasan menjalinkan hubungan antara kaum.

Kecil DSC_3875“Sangat menarik. Makanannya banyak pilihan dan sedap, orang pun ramai dan semua pakai baju cantik. Tambah meriah lagi ada Jamal Abdillah. Tempat pun sesuai, tak sesak dan disediakan van shuttle.

“Hidangan pilihan saya selain buah tempatan sudah tentu lemang dan rendang kerana ia memang sedap dan makanan wajib ketika raya,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Padang MPAJ AU2, Taman Sri Keramat, di sini, semalam.

Sepupu Florianne yang juga chef sebuah hotel di Lembah Klang, Melvin Gatu, 25 pula menyifatkan juadah disediakan bertepatan dengan tema menyambut perayaan Aidilfitri.

Kecil DSC_3874“Bagi saya suasananya sungguh meriah. Saya tengok ada ramai terdiri daripada orang Melayu, Cina, India dan Sabah serta Sarawak seperti kami. Keadaan ini seolah-olah majlis perjumpaan semua kaum. Ini sangat baik untuk mengeratkan hubungan sesama kita tanpa mengira apa juga latar belakang.

“Masakannya hari ini pula saya dapati bertemakan hari raya bertepatan dengan majlis ini. Makanan wajib lemang, rendang, ketupat, sate dan pelbagai juadah lain yang sinonim dengan perayaan Aidilfitri sudah tentu menjadi pilihan ramai.

“Juadah paling menarik perhatian saya adalah Laksa Penang kerana memang menggemarinya sejak masih belajar di Pulau Pinang dahulu,” katanya.

Kehadiran Florianne dan Melvin turut disertai dua lagi saudara mereka untuk merasai sendiri kemerihan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor.

Kecil DSC_3877Pesara kerajaan, Abu Bakar Nordin, 75, berkata majlis seumpama itu perlu diadakan setiap tahun kerana memberi peluang kepada rakyat Selangor bertemu DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan lebih dekat lagi.

“Saya fikir majlis seperti ini memang bagus kalau diadakan selalu kerana kita berpeluang bermesra dengan Sultan Selangor.

“Alhamdullilah, makanan memang mewah dan hebat belaka rasanya sampai tak termakan dan bila kita makan pula duduk bersama orang Cina, India dan lain-lain.

“Bila dah duduk sebelah menyebelah tu, kita pun bertegur sapa, tanya datang daripada mana dan berbual. Memang bagus,” katanya.

Kecil DSC_3892Sementara itu Ketua Komuniti India Selangor, R Kalaivany, 42, memuji langkah menyediakan kenderaan pengangkutan pengantara atau ‘shuttle van’ bagi membawa orang ramai ke tapak majlis.

“Kita boleh nampak ramai kaum berkumpul satu tempat, sungguh meriah. Lokasinya juga bersesuaian. Bas turunkan kita di hadapan, memang jauh kalau kita nak berjalan kaki tetapi ada disediakan ‘shuttle van’ untuk bawa kami hingga betul-betul di depan ini,” katanya.

Menyentuh juadah pilihannya, Kalaivany memberitahu dia memilih nasi beryani ekoran masakan Melayu memiliki rasa berbeza dengan yang disediakan kaum India.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Rafizi dihalang masuk Sabah, guna teknologi sampai ceramah

SHAH ALAM 24 APR : Selepas dihalang memasuki Sarawak sejak awal 2014, Setiausaha Agung dan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli turut dihalang memasuki Sabah.

“Baru sampai dari Kota Kinabalu. Sampai di lapangan terbang, pegawai imigresen sudah menunggu. Saya memang diharamkan masuk ke Sarawak sejak awal 2014, tetapi agak terkejut bila Sabah pun menghalang saya.

“Perintah menolak masuk ini kekal sampai bila-bila selagi ia tidak dibatalkan. In Sha Allah saya akan terus usaha untuk bersama sahabat di Sabah.

ChitChat“Saya akan sediakan video ceramah seolah-olah saya memang ada di Beaufort untuk berceramah,” tulis Rafizi dilaman Facebooknya.

Rafizi menulis akan menggunakan FaceTime untuk berdialog dengan anak muda di Penampang.

“Mereka sekat satu jalan, kita tebas semak dan hutan untuk buka seratus jalan baru,” tulis Rafizi.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan mengapa kini Sabah turut menghalangnya memasuki negeri berkenaan.

“Saya akan buat video ceramah khas kepada sahabat-sahabat di Beaufort untuk ceramah malam esok. Ceramah tetap diteruskan. Saya akan photoshop nampak kurus,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

DAP: Apa jaminan Sabah kekal selamat?

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Wakil rakyat DAP hari ini mempersoalkan peranan kerajaan dan pihak berkuasa dalam memastikan Sabah bebas daripada sebarang ancaman.

Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt, berkata walaupun negeri itu berada di bawah jagaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), namun ia belum menjamin keselamatan penduduk.

Katanya, keadaan bertambah buruk apabila seorang rakyat Malaysia yang diculik di Sandakan dipenggal kepalanya oleh militan, baru-baru ini.

polis-komando-pain skal-dan-marin-sabah“Sampai bila zon di Sabah akan berada dalam keadaan perintah berkurung walaupun dipantau ESSCOM? Ini membuktikan Sabah tidak lagi selamat, bahkan semakin serius apabila penculikan berlaku di kawasan bandar seperti Sandakan,” katanya dalam sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.

Pada masa sama, Stephen juga meminta kerajaan memperjelaskan peruntukan RM660 juta pada tahun ini dan tambahan RM523 juta untuk 2016 dalam menjaga keselamatan Sabah.

Beliau berkata, walaupun kerajaan mendakwa mereka bersungguh-sungguh menjaga keselamatan negara, namun ia masih belum mencukupi untuk meyakinkan rakyat.

“Ketika kejadian (penculikan) itu, polis beri mesej bahawa mereka yakin dua tebusan akan selamat, namun malangya hanya seorang disahkan selamat.

“Bagaimana tragedi itu boleh berlaku? Bukankah polis atau pihak berkuasa memberi jaminan untuk memantau perkara ini dengan teliti?” katanya.

Bernard Then Ted Fen, tebusan Malaysia terakhir yang diculik di Sandakan, Sabah, dipenggal kepalanya oleh militan Abu Sayyaf.

Ted Fen, 39, dilaporkan dibunuh kira-kira jam 4 petang di kawasan terpencil yang dipercayai kubu kuat kumpulan militan itu di Pulau Jolo.

Beliau dikatakan dibunuh selepas keluarganya gagal memenuhi permintaan militan itu ketika rundingan sedang berjalan.

Pembunuhan itu berlaku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila bagi menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik selama dua hari.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor bantu mangsa kebakaran Sabah terbiar 2 bulan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: Pihak berwajib Sabah digesa mempercepatkan pembinaan semula kediaman mangsa kebakaran di Kampung Pantai Bahagia, Kudat Sabah lebih dua bulan lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata lawatannya baru-baru ini mendapati tiada sebarang pembangunan dimulakan di kawasan itu.

Katanya, lebih menyedihkan, kebanyakan mangsa masih lagi tinggal di dewan orang ramai.

Dr Daroyah“Seharusnya Sabah bangunkan penempatan semula mangsa ini sepertimana dijanjikan demi kesejahteraan rakyat.

“Sedangkan Selangor yang jauh dari Semenanjung hadir menghulurkan sumbangan. Tidak malukah jika mereka hanya berdiam diri tanpa menghulurkan bantuan secara segera dan serius,” katanya dalam sebuah kenyataan media.

Terdahulu, delegasi Selangor diketuai Daroyah hadir bertanya khabar selain membawa sumbangan kepada 94 keluarga di sana.

Pada 17 Jun lepas, kejadian kebakaran itu mengakibatkan lebih 400 penduduk di Kampung Pantai Bahagia tinggal sehelai sepinggang.

Selain pemberian sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai, Kerajaan Selangor juga menyampaikan sumbangan berupa zink kepada setiap keluarga mangsa.

“Simbolik pemberian zink ini adalah kerana di dalam pembinaan sebuah rumah, bumbung merupakan keperluan yang paling utama untuk dijadikan tempat berlindung.

“Walau hanya menggunakan satu tiang sahaja, zink yang dijadikan bumbung ini mampu meneduhkan dan melindungi kita dari hujan dan panas.

“Selangor memberi harapan baru kepada mangsa,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Lajim: Sabah akan contohi Selangor

Oleh: NORHAYATI UMOR

SABAH, 12 OGOS: Konsep ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ menjadi insipirasi kepada Sabah jika negeri itu berjaya ditawan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi PKR, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata ia bukan saja diikuti, bahkan akan menambah baik program bagi berkongsi kekayaan negeri termasuk miskin bandar.

“Memang kita sangat mengambil perhatian masalah rakyat. Itu juga adalah polisi nasional parti. Tetapi, inisiatif itu juga akan diberikan kepada golongan miskin bandar.

IMG_20150809_181211“Di Kota Kinabalu dan Likas, walaupun bandar namun masih ramai lagi yang miskin. Itu memang dalam kajian kita,” katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di kediamannya, di Likas, baru-baru ini.

Lajim berkata, peluang pekerjaan bagi golongan belia akan diperluaskan termasuk pekerja kerajaan, swasta termasuk peluang perniagaan.

“Anak muda memerlukan ketelusan. Kita akan mendapatkan mereka pekerjaan dan perniagaan. Lihat sahaja di Universiti Malaysia Sabah (UMS), graduasi empat ribu setiap tahun, tetapi kerja tak cukup.

“Wang rakyat kita tidak akan sesekali gunakan ke jalan salah dan tidak mendatangkan keuntungan pada rakyat atau kepada kroni.

IMG_20150809_163440“Ini semua dilakukan Barisan Nasional (BN). Jika ulang perkara sama, lima tahun akan datang kita hilang kerajaan sama ada BN ambil alih atau parti baru,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menuntut Kerajaan Pusat supaya memberi peruntukkan belanjawan lebih kepada negeri itu bagi keseimbangan pembangunan dapat dilaksanakan.

“Mereka janji dalam tempoh lima tahun akan ada perubahan, tetapi lihat sekarang tiada perubahan. Sebagai contoh, lebuh raya di Semenanjung banyak, tetapi di Sabah tiada. Tiada keseimbangan pada negeri ini.

“Sabah ini, dari segi perhubungan sangat jauh. Sepatutnya, peruntukan itu lebih diberikan di negeri ini. Sebab itu kita perjuangkan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Hasrat malim Kinabalu ke jinjang pelamin tak kesampaian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KOTA BELUD, 16 JUN: Hasrat seorang malim Kinabalu untuk ke jinjang pelamin tidak kesampaian selepas terkorban dalam gempa bumi yang melanda Sabah, pada 5 Jun lalu.

Mendiang Valerian Joannes, 27, dan pasangannya Jessica Sikta, 25, baru sahaja mengikat tali pertunangan kira-kira lima bulan lalu dan merancang mengikat tali pertunangan selama dua tahun.

“Sedih dia dah tiada. Kami merancang untuk berkahwin tetapi apa boleh buat, kemalangan itu memang tidak dijangka,” kata Jessica kepada Selangor Kini.

SABAHsumbangan 12 keluarga termasuk kepada robbi (5)Ketika mengimbas kembali detik mendebarkan itu, Jessica berkata, ketika kejadian Valerian bersama seorang lagi malim Kinabalu, Ricky Maisirin sedang berusaha membawa pelancong Singapura keluar dari kawasan gempa bumi.

“Pada masa itu Valerian sedang mendukung kanak-kanak berumur 12 tahun bersama Ricky untuk bawa ke tempat selamat tetapi kedua-duanya terkorban. Kalau ikut cerita, Valerian ditimpa batu yang runtuh,” katanya.

Sementara itu, Selangor Kini dimaklumkan seorang lagi malim Kinabalu yang terkorban, Robbie Sapinggi, baru sahaja memperoleh cahaya mata pertamanya, kira-kira lima bulan lalu.

Kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala ritcher berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 Kilometer Barat Daya Ranau itu turut meragut seorang lagi malim Kinabalu, Joseph Salungin.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Gempa Sabah: Terima Kasih Selangor hulur bantuan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KOTA KINABALU, 16 JUN: Masyarakat Sabah mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan rakyat Selangor atas keprihatinan menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di negeri itu.

Ketua Cabang Ranau, Jonathan Yasin, berkata misi bantuan itu berjaya disempurnakan berikutan kerja keras dan kerjasama erat antara pemimpin tempatan, Kerajaan Selangor serta pertubuhan Misi Kemanusiaan Selangor (PANTAS).

SABAHsumbangan 12 keluarga termasuk kepada robbi (5)“Hari ini, selesai misi tiga hari Kerajaan Selangor serah sumbangan kepada mangsa gempa bumi.

“Masyarakat di sini berterima kasih kepada semua pihak terlibat yang gigih memastikan semua mangsa seperti disasarkan dapat bantuan.

“Kami gembira walaupun Dr Daroyah (Alwi) ‘didenda tidak makan’ bagi memastikan bantuan sampai,” katanya dalam sidang media di Pejabat Adun Inanam, di sini, semalam.

Delegasi Selangor yang diketuai Dr Daroyah tiba di Kota Kinabalu untuk melaksanakan misi menyerahkan bantuan kepada mangsa bencana, pada 13 Jun lalu.

Berikutan jadual padat, Dr Daroyah memutuskan tidak berhenti rehat tengah hari bagi memastikan semua mangsa menerima bantuan seperti dijadualkan.

Delegasi seramai tujuh orang itu pulang ke Selangor petang semalam selepas menghabiskan tiga hari di Sabah.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor kongsi kekayaan rentasi sempadan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 JUN: Kerajaan Selangor konsisten membantu mangsa bencana alam dengan berkongsi sumber kekayaan negeri itu tanpa mengira sempadan, kata Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi

Daroyah berkata, ia termasuk peruntukan RM150,000 yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Sabah, baru-baru ini.

Gempa Sabah“Kerajaan Selangor prihatin dan simpati dengan mangsa yang terkorban, menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana itu. Ia turut menjejaskan beberapa kawasan di Sabah.

“Saya bersama Unit Bencana Negeri Selangor akan berlepas ke Kota Kinabalu petang ini dan dijadual menyampaikan sumbangan itu esok di beberapa lokasi yang ditetapkan seperti Ranau dan Kundasang.

“Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) dikerah ke sana lebih awal untuk membantu mangsa dan mengenalpasti lokasi yang terjejas teruk dan memerlukan bantuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, bantuan yang diletak di bawah portfolio beliau itu akan disalurkan terus kepada golongan yang layak dan memerlukan.

pc dr daroyah 2“Sehingga kini, kita mengenalpasti dan mempunyai maklumat beberapa organisasi, sekolah, rumah ibadat dan individu yang perlu dibantu dengan harapan dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Pada 5 Jun lalu, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala ritcher berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 Kilometer Barat Daya Ranau berlaku, pada jam 7.15 pagi.

Gegaran selama kira-kira 30 saat itu menyebabkan salah satu puncak di Gunung Kinabalu yang digelar Donkeys Ears pecah, sekali gus berlakunya runtuhan batu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kurang dua minggu, Sabah gempa lagi hari ini

SHAH ALAM, 13 JUN: Sabah dilanda satu lagi gempa awal pagi ini selepas lapan hari kejadian pertama yang meragut 18 nyawa.

Gempa SabahJabatan Meteorologi Malaysia melaporkan di Facebook, gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter itu berlaku pada jam 2.29 waktu tempatan, 25 kilometer dari Kota Belud.

Memetik Malaysia Kini, Gegaran dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

Dalam gempa bumi lalu yang berukuran 6.0, beberapa pelajar Singapura turut terkorban di Gunung Kinabalu.

Lebih daripada 130 orang yang mendaki gunung itu terkandas tetapi berjaya diselamatkan.

Categories
NASIONAL

Perintah berkurung di perairan Sabah dilanjutkan

SHAH ALAM, 26 JULAI: Tempoh perintah berkurung di perairan Sabah akan dilanjut bagi terus menjamin keselamatan penduduk selain mengelak berlaku pencerobohan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Saya sedang meneliti keadaan di perairan Sabah. Secara umumnya atas semakan yang saya lakukan, kita (polis) perlu melanjutkan tempoh perintah berkurung.

ESSCOM“Pihak polis juga mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada anggota masyarakat. Saya berharap penduduk sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya yang dipetik daripada BERNAMA.

Pada 19 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga jeti Tawau sehingga 2 Ogos ini.

Berkenaan status anggota Polis Marin, Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resot di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu, Khalid berkata, pihaknya masih berusaha untuk menyelamatkannya.

Dalam kejadian 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut ditembak manakala Zakiah diculik ketika pasukan mereka menjalankan tugas rondaan di kawasan resot berkenaan.

Categories
NASIONAL

PR kesal Speaker tolak usul isu keselamatan Sabah

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 19 NOV : Pakatan Rakyat (PR) kesal tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul membincangkan isu keselamatan negara membabitkan kes penculikan dan pembunuhan pelancong di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong, berkata penolakan usul itu dibuat atas alasan masih dalam siasatan polis dan tidak perlu disegerakan.

jimmy-wong“Saya begitu kecewa kerana isu membabitkan keselamatan negara disifatkan tidak penting. Tahap keselamatan di Sabah semakin hari semakin menurun kerana terlalu banyak pendatang yang membimbangkan rakyat tempatan.

“Saya rasa tahap keselamatan masih lemah walaupun berbilion wang dibelanjakan sejak 20 tahun dahulu,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, semua Ahli Parlimen sedia maklum berkenaan isu terbabit dan boleh berbincang di Dewan Rakyat untuk memberikan saranan terbaik bagi menyelesaikan masalah itu.

Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien Fatt, menegaskan rakyat Sabah mahu jaminan keselamatan mereka yang semakin longgar hingga mengakibatkan kehilangan nyawa pelancong.

Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien FattKatanya, kejadian pencerobohan masih berlaku dan boleh mengganggu sektor pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 walaupun Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) sudah ditubuhkan.

“Saya tidak tahu bagaimana ‘perkara yang perlu disegerakan’ itu ditafsirkan. Pelancong dibunuh dan pelbagai pihak antarabangsa mempertikaikan isu keselamatan kita termasuk keselamatan pelancongan, bahkan pelancong yang diculik juga masih tidak ada khabar berita.

“Kami mahu dasar jaminan keselamatan dan kerajaan perlu memandang isu itu secara serius terutama berkenaan pemberian kad pengenalan,” katanya.

-NFN-