Categories
SELANGOR

Bola sepak medium erat hubungan, cungkil bakat muda

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 MAC: Memang sukar untuk mencari pemain bola sepak berbakat seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk Abdul Ghani Minhat, Datuk Soh Chin Aun dan Santokh Singh yang satu ketika dahulu menjadi sebutan ramai.

Ia memerlukan pelbagai usaha di setiap peringkat untuk mencungkil bakat baru bagi mewarnai arena bola sepak negeri dan negara.

10847262_1063213450361262_9054569846221106384_oBagi menyahut seruan itu, Majlis Kelab Bell Tamil Malaysia cawangan Sepang menganjurkan pertandingan perlawanan bola sepak.

Sebanyak 16 pasukan sekitar Dun Sepang menyertai perlawanan terbabit yang diadakan di Padang Awam Sepang, baru-baru ini.

Penganjuran perlawanan bola sepak itu berlangsung selepas dua tahun lalu.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, program berkenaan adalah salah satu penganjuran persatuan untuk mencungkil bakat bola sepak selain merapatkan hubungan sesama pemain.

1658488_1063265630356044_2683788319031214946_o“Kita memang tahu bahawa bola sepak terus mendapat tempat di hati peminat dan pada masa sama satu inisiatif pihak penganjur dalam membangunkan sukan ini.

“Ini adalah salah satu program mencari bakat baru dan kami berharap acara seperti ini diteruskan demi menggilap bakat anak muda dalam perlawanan bola sepak,” katanya pada program yang turut dihadiri Adun Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB turun padang Daerah Sepang hari ini

Oleh : AFEEQA AFEERA

SEPANG, 7 NOV : Kesinambungan program turun padang Dato’ Menteri Besar bersama barisan pimpinan Kerajaan Negeri diteruskan hari ini dengan memilih daerah Sepang sebagai destinasi.

Program itu adalah susulan lawatan Mohamed Azmin Ali ke beberapa daerah sebelum ini antaranya Gombak, Kuala Langat, Klang, Sabak Bernam dan Petaling Jaya.

02dSepang02Berlangsung di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini, Mohamed Azmin memulakan program dengan bertemu kakitangan awam pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan daerah Sepang.

Beliau kemudiannya akan meneruskan lawatan ke Taman Ixora untuk melihat sendiri pembangunan projek jalan sambungan Kota Warisan dan seterusnya projek jambatan penghubung Selangor Science Park 2 ke Bandar Nusa Putra.

Mohamed Azmin juga akan menghadiri Program Bersama Rakyat bagi sesi ramah mesra sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Dengkil.

Bersama-sama beliau dalam program itu adalah Exco negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Parlimen Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Categories
SELANGOR

MB: Sepang sertai perkongsian PEMSEA urus pantai bersepadu

Oleh: AFEEQA AFEERA

SEPANG, 8 SEPT: Sepang muncul daerah seterusnya di Selangor yang menyertai memorandum perjanjian bersama Pengurusan Alam Sekitar Laut Asia Timur (Pemsea) sebagai langkah pelaksanaan kepada pelan pengurusan pantai bersepadu (ICM).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata selain Sepang, daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam turut memeterai perjanjian sama tahun lalu melalui penganjuran Forum Pemsea yang berlangsung di Jepun.

MB Rasmi program LUAS (9)Beliau berkata ia adalah langkah positif bagi memastikan tahap pengendalian pantai dan kawasan sekitarnya dapat dilakukan dengan baik dan memenuhi standard ditetapkan.

“Kita mengadakan perbincangan dengan negara Asia Timur supaya dapat menilai dan memahami tatacara terbaik mengendalikan atau menguruskan Sepang Goldcoast

“Kita melancarkan program membersihkan pantai dan menanam pokok supaya pantai di negeri Selangor bersih dan mempunyai flora dan fauna dan boleh dijaga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pemsea di Avani Hotel, dekat sini hari ini.

Pemsea adalah satu bentuk kerjasama di antara pelbagai pihak berkepentingan di dalam pembangunan dan pengurusan mapan pantai dan laut di rantau Asia Timur.

MB Rasmi program LUAS (1)Pihak berkepentingan ini merangkumi negara-negara Asia Timut, kerajaan tempatan, masyarakat, sektor swasta, institusi penyelidikan dan pendidikan, agensi antarabangsa, institusi serta penyumbang kewangan.

Forum tahunan ini bertujuan sebagai medium perbincangan isu dan permasalahan dalam pelaksanaan ICM di kawasan setiap ahlinya.

Forum ini juga dijadikan salah satu wadah pemakluman status semasa pelaksanaan pelan ICM dan penambahbaikan yang boleh dilakukan berdasarkan perkongsian pengalaman oleh ahli yang berjaya melaksanakan pelan berkenaan.

Antara negara yang mengambil bahagian adalah Kemboja, China, Indonesia, Jepun, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Timur Leste dan Vietnam.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Bas Komuniti Di Bandaraya, Pekan Besar Selangor

bas rapid kl stock gambar

SHAH ALAM : Penduduk di lapan kawasan Selangor termasuk bandar seperti Shah Alam dan Klang dan pinggiran bandar seperti Selayang dan Sepang bakal menikmati perkhidmatan bas komuniti tidak lama lagi.

Perkhidmatan bas komuniti itu bakal disediakan secara percuma atau dengan tambang minima di kawasan padat penduduk seperti yang berlaku di Petaling Jaya.

Usaha tersebut sedang dirancang secara terperinci oleh lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi mengalakkan penduduk mengguna pengangkutan awam.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim berkata Kerajaan Negeri sedang menunggu kertas cadangan daripada PBT bagi melaksanakan perancangan itu dalam masa terdekat.

“Semua ini akan dirancang dengan rapi sebelum kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakannya di majlis perbandaran dan bandaraya yang mempunyai kedudukan kewangan yang selesa.

“Majlis Perbandaran Petaling Jaya sudah memulakan namun perlu diberi publisiti yang lebih meluas dan juga penambahbaikan.

“Sementara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam sudah mendapatkan penajaan daripada pihak swasta tetapi butir-butir keseluruhannya masih belum diperolehi,” kata beliau ketika ditemui selepas sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad, perkhidmatan di Shah Alam dijangkakan bermula tahun ini setelah mendapat sumbangan daripada badan korporat.

?Cadangan laluan bas komuniti ini akan melalui kawasan yang padat penduduk dan khususnya para pelajar, pekerja kilang seperti di seksyen 2, 18, 17, 19, 24.?

Manakala Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya Zainun Zakaria berkata perkhidmatan bas komuniti Petaling Jaya yang dilancarkan pada Ogos 2008 masih berjalan seperti biasa tiga kali sehari.

“Ianya masih beroperasi seperti biasa iaitu melakukan perjalanan tiga kali di kawasan Petaling Jaya Utara (PJU) dan Petaling Jaya Selatan (PJS).?

Perjalanan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum.

Di PJU, bas itu melalui kompleks MBPJ, pasaraya Tesco, The Curve, Ikano, balai polis seksyen 6, balai polis Dataran Sunway dan Jabatan Pendaftaran di seksyen 8.

Di PJS, antara kawasan yang menjadi laluan bas itu ialah Jalan Sultan, Jalan Selangor, Flat Petaling Utama, Taman Medan, Desa Mentari, Flat Kampung Lindungan, Flat Taman Desa Ria, Jalan Othman dan Amcorp Mall.

Categories
NASIONAL SELANGOR

7 Lokasi Berkumpul : #Blackout505 Berarak Di Padang Merbok – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 1962013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Sebanyak tiga lagi Maahad Tahfiz Sains akan dibina di Selangor dengan infrastruktur dan tenaga pengajar yang terbaik bagi melahirkan sejumlah penghafal Al-Quran yang berkualiti.

2. Perserta perhimpunan aman #Blackout505 Sabtu ini diseru agar berkumpul di tujuh ‘check point’ sebelum bergerak bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) ke Padang Merbok.

3. Hasrat empat keluarga tahanan ISA untuk bertemu bapa dan suami di kem tahanan kemunting sempena hari bapa terbantut apabila kehadiran mereka diganggu pihak polis dan anggota Cawangan Khas.

4. Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) menyita dua premis rumah urut kerana beroperasi tanpa lesen dalam satu serbuan yang dijalankan pihaknya di Taman Putra Perdana dan Jalan Mas, Sepang jam 2.30 petang semalam.

Selangor Peruntuk RM500 Juta Atasi Masalah Banjir

DENGKIL, 17 NOV – Kerajaan Selangor akan memperuntukkan RM500 juta bagi menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi di seluruh Selangor ekoran keengganan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukkan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Perkara ini bakal dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sesi Dewan Undangan Negeri Selangor, yang akan bermula minggu hadapan.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Kepada Mangsa Bencana Daerah Sepang berkata, Kerajaan Negeri bersedia berbuat demikian memandangkan rizab simpanan negeri telah meningkat sehingga RM2.5 billion.

Menurutnya, beliau telah memanggil pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat beberapa kajian dimana lokasi yang mempunyai potensi besar berhadapan bencana banjir apabila air pasang sebagai perancangan jangka pertengahan.

“Untuk perkara itu sudah semestinya kita memerlukan dana. Sudah semestinya proses pembaikan dana terbesar datangnya dari kerajaan persekutuan melaluli Rancangan Malaysia.

“Walaubagaimanapun empat tahun kebelakangan ini dana tersebut tidak turun.

“Untuk menyelesaikan masalah ini, saya akan menggunakan dana rizab Selangor.

“Rizab Selangor telah meningkat dari RM600 juta kepada RM2.5 billion. Oleh sebab itu, kita akan gunakan RM500 juta untuk mendahulukan peruntukkan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah ini.

“Saya akan nyatakan perkara ini pada sesi Dewan Negeri nanti,” katanya.

Untuk perancangan jangka pendek, Abdul Khalid juga telah meminta Pegawai Daerah Sepang, Haris Kasim sebagai pengerusi untuk memantau dan memberi laporan mingguan terperinci berhubung masalah banjir di Selangor.

“Kedua saya meminta membuat cadangan, apa yang perlu kita lakukan antara lain seperti membuat kolam takungan, membesarkan parit bagi memudahkan penyimpanan air sebagai persediaan jangka panjang.

“Akhirnya, kita akan menyediakan pelan penempatan di lokasi banjir yang sukar diselesaikan,” jelasnya lagi.

Awal bulan ini menyaksikan beberapa kawasan di Dun Dengkil dan Daerah Sepang berhadapan bencana banjir yang melibatkan sembilan buah kampung dan tujuh buah taman.

Justeru itu, kerajaan negeri menyalurkan sumbangan sebayak RM500 untuk setiap keluarga bagi meringankan beban yang dihadapi.

Majlis penyerahan sumbangan kepada 250 buah keluarga petang tadi, Abdul Khalid diiringi oleh Exco Kebajikan, Wanita, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail serta Pegawai Daerah Sepang, Haris Kasim.

Abdul Khalid juga turut meluangkan masa bertemu beberapa keluarga di Kampung Sri Tanjung dan melihat sendiri keadaan Sungai Langat yang terletak di Taman Permata.

Ahmad Tarmizi Mohd Zain, 31 dari Kampung Chemperai yang ditemu berkata, kejadian banjir kali ini merupakan yang terburuk pernah dihadapinya berbanding sebelum ini.

Katanya, dalam kejadian banjir sekitar jam 3.00 pagi itu, air naik sehingga paras bawah lutut.

“Saya sempat menyelamatkan ahli keluarga dan beberapa barangan untuk diletakkan di tempat yang tinggi.

“Ini kejadian kedua, sebelum ini bahagian dapur sahaja dinaiki air.

“Syukur Alhamdulillah kerana bantuan ini hadir disaat saya memerlukan. Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Tarmizi Ahmad, 39, dari Kampung Semarang, berkata, ini merupakan pengalaman pertama berhadapan bencana banjir dan beliau menghadapi kerugian yang dianggarkan bernilai RM7,000.