Categories
SELANGOR

Subang Jaya lokasi Sistem BBU Berpusat pertama negara

Subang Jaya lokasi Sistem BBU Berpusat pertama negara
OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 28 SEPT: Selangor sekali lagi mencatat sejarah apabila menjadi lokasi projek perintis teknologi Sistem BBU Berpusat (Centralised BBU System-CBS) pertama negara, di Subang Jaya.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, ia mampu menyediakan capaian internet laju dengan kemudahan wifi percuma selain dilengkapi ciri tambahan seperti Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan lampu limpah.

Katanya, teknologi berkenaan juga menggunakan kaedah fiber optik berbanding fiber microwave.

IMG_20170928_114247-1280x838“CBS ini juga membabitkan kerja ‘laying cable’ di bawah tanah sahaja tanpa mengganggu sebarang kerja pemotongan atau pengorekan jalan.

“Kaedah ini, sekali gus mengelakkan kerosakan jalan yang kerap terjadi sebelum ini,” katanya pada Majlis Pelancaran CBS, di Padang Permainan SS18/6, di sini, hari ini.

Projek perintis itu dibangunkan syarikat swasta, Platinum Core Solution (PCS) bagi memperkenal teknologi diilhamkan dari Korea Selatan.

Untuk fasa pertama, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) meluluskan sembilan ‘pole’ untuk didirikan, di sekitar Subang Jaya dan USJ.

Majlis turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali dan Speaker Dewan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kebakaran di Subang Jaya ragut empat nyawa

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 FEB: Seramai empat individu maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Jalan USJ 2, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, identiti kesemua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

kebakaran kampung pandanKatanya, semua mangsa ditemui selepasbomba selesai memadamkan kebakaran, pada jam 6 pagi.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, pasukan bomba menemui dua individu mati dalam bilik tidur pada jam 6.41 pagi dan seorang lagi dalam bilik air.

“Lima minit kemudian seorang lagi mangsa ditemui dalam bilik tidur berasingan,” katanya dipetik Astro Awani.

Sani berkata, rumah berkenaan musnah 80 peratus dan bomba masih menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terhidu asap tebal,” katanya.

Kebakaran dilaporkan berlaku jam 5.35 pagi sebelum pasukan bomba dan penyelamat Balai Bomba Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kecurian pakaian seragam polis Subang Jaya palsu

SHAH ALAM, 29 DIS: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan kebenaran berita kecurian 30 pakaian seragam anggota polis di sebuah kedai dobi, di Subang Jaya.

POLIS BIRU 2 4x4Khalid melalui laman Twitternya semalam, menafikan dakwaan kecurian berkenaan yang diviralkan di laman media sosial, sejak 27 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari, dalam laman Facebook Polis Daerah Subang Jaya pula berkata dakwaan kecurian itu adalah cerita viral lama.

“Viral ini adalah palsu…Tiada kes seperti ini dilaporkan di daerah Subang Jaya,” katanya lapor BERNAMA.

Mohammad Azlin turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita dan perlu memastikan kesahihan berita itu sebelum diviralkan.

Kes kecurian pakaian polis itu dilaporkan pada Februari 2015.

Seorang pemilik kedai dobi membuat laporan polis apabila menyedari 30 helai pakaian seragam polis dicuri dari kedai itu selepas dipecah masuk.

-NFN-

Categories
SELANGOR

ADN Subang Jaya sumbang RM10,000, tingkat fasiliti taman rekreasi USJ 13

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 18 DIS : Peruntukan RM10,000 disalurkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh bagi kerja pembaikan Taman Rekreasi di USJ 13.

Hannah berkata, bantuan tersebut meliputi penambahan dua alatan kemudahan bersenam untuk kegunaan dan manfaat aktiviti riadah penduduk setempat.

“Memandangkan kawasan ini merupakan tempat riadah yang cukup baik untuk masyarakat, pejabat DUN Subang Jaya bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan ini bagi tujuan pembaikan fasiliti di sini.

“Proses ini merupakan sebahagian daripada inisiatif awal pejabat DUN bersama Jawatankuasa Penduduk menambahbaik fasiliti ini demi kebaikan masyarakat USJ 13.

“Penambahbaikan dan kemudahan ini diharap boleh digunakan sebaik mungkin khususnya bagi warga emas untuk bersenam di kawasan persekitaran taman,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media perasmian kemudahan dua buah alatan senaman jenis ‘Sky Walker’ di sini, pagi ini.

Dalam perkembangan itu, beliau berkata pihaknya komited memastikan kawasan berkenaan terus dijaga demi kelangsungan manfaat penduduk setempat.

Katanya, ini termasuklah inisiaitif diwujudkan Rukun Tertangga dan Polis dengan menjalankan rondaan bagi memastikan kesejahteraan penempatan USJ 13 terus terjamin.

“Pejabat DUN ada menerima aduan daripada penduduk bahawa wujudnya masalah sosial seperti budaya lepak, aktiviti dadah, dan pembuangan sampah seperti botol arak di kawasan taman.

“Saya mengambil serius isu ini dan atas kebimbangan itu pihak Rukun Tetangga dan Pejabat DUN telah membuat laporan polis supaya budaya kurang baik ini dapat dicegah,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jalan susur dari Persiaran Kewajipan ke Jalan SS16/1 dibuka

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 9 OGOS: Orang ramai kini boleh menggunakan jalan susur dari Persiaran Kewajipan terus ke Jalan SS16/1 serta tidak perlu lagi membuat pusingan U di hadapan Aeon BIG untuk ke jalan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata ia sekaligus mengurangkan beban aliran trafik terutama ketika waktu puncak.

“Orang ramai digalakkan menggunakan susur ini, tidak perlu lagi ‘U-turn’ di hadapan Aeon BIG.

“Jalan SS16/1 ini bakal menjadi ‘one way loop’ pada masa hadapan untuk mengelak pembaziran masa dengan lampu trafik,” katanya kepada SelangorKini.

Susur sejauh 150 meter yang dibina Prasarana Malaysia Berhad itu mula dibuka untuk pengguna jalan raya pada 1 Julai lalu.

simpang ss16Hannah berkata, susur berkenaan merupakan salah satu syarat dikenakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) terhadap Prasarana selepas pembukaan fasiliti di SS16.

“Syabas diucapkan kepada MPSJ yang sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam memperbaiki pergerakan trafik untuk memudahkan pergerakan penduduk,” katanya.

EZY

Surau, masjid DUN Subang Jaya terima sumbangan Ramadan RM30,000

Enam Surau dan 18 masjid Subang Jaya terima bantuan Ramadan berjumlah RM30,000.

Dua SJKC terima bantuan sekolah fasa dua


Dua SJKC di Subang Jaya terima bantuan sekolah fasa kedua

Categories
SELANGOR

Program Kesejahteraan Masyarakat Bandar tingkat taraf hidup golongan kurang bermampuan

SUBANG JAYA, 11 JUN: Sejumlah RM300,000 diperuntukkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pelaksanaan Program Kesejahteraan Masyarakat Bandar (PKMB).

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata ia bertujuan membantu mereka yang kurang berkemampuan selaras dengan konsep kemasyarakatan setempat.

“Sumbangan diberi kepada mereka yang layak seperti golongan fakir miskin, ibu tunggal, kurang berkemampuan dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

mpsj“Ia juga akan mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin antara MPSJ dan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sumbangan wang tunai akan diberi kepada mereka yang benar-benar layak dan turut membabitkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Katanya, seramai 30 penerima akan mendapat bantuan berkenaan yang diserahkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, tahun ini.

“PKMB akan membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka yang tidak berkemampuan pada masa akan datang.

“Selain bantuan kebajikan, program ini juga turut merangkumi program keusahawanan dan ‘back to school’,” katanya.

Majlis penyampaian sumbangan itu akan berlangsung di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, dekat sini, bermula 2.00 hingga 5.00 petang, pada 13 Jun ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hannah, KESAS tinjau keretakan batas bunyi Lebuhraya Shah Alam

SUBANG JAYA: Adun Subang Jaya Hannah Yeoh bersama-sama wakil daripada Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn Bhd (Kesas) turun padang untuk melihat retakan pada batasan bunyi sepanjang Lebuhraya Shah Alam dan UEP Subang Jaya.

Hannah menggesa Kesas untuk mengkaji semula keberkesanan dan ketinggian batasan bunyi ekoran pertambahan lalulintas di lebuhraya itu.

20140929_102816“Saya menerima aduan daripada penduduk USJ 2 dan 3 berhubung keretakan itu dan telah menghantar surat dengan kadar segera kepada Kesas pada 25 September 2014 memaklumkan perkara itu. Kesas menjawab dengan pantas dan membawa kepada tinjauan hari ini,” jelas Hannah.

Turut bersama adalah wakil penduduk USJ 2 RA, Har Yin Geong dan USJ 3/1 RA, Andy Lam.

Hannah berterima kasih diatas kerjasama yang ditunjukkan dan berharap tindakan diambil dengan segera.

HM

Categories
SELANGOR

Monyet liar berkeliaran, penduduk Subang Jaya perlu segera hubungi Jabatan Perhilitan

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 25 JUN: Penduduk Subang Jaya khususnya di USJ 12/1L dan USJ 12/1K diminta segera menghubungi Jabatan Perhilitan jika melihat kehadiran sekumpulan monyet di kawasan kediaman mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata mereka diminta untuk berbuat demikian dengan menghubungi Jabatan Perhilitan Daerah Petaling di talian 03-5519 3915 atau 03-5519 0817.

“Ini bidang kuasa Jabatan Perhilitan kerana mereka mempunyai badan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah monyet berkeliaran. Penduduk tidak perlu menghubungi Majlis Daerah Subang Jaya (MPSJ),” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Monkeys on RoofHannah berkata, beliau sudah menghubungi Jabatan Perhilitan berkenaan perkara itu dan agensi berkenaan memberikan kerjasama dalam usaha membenteras kehadiran kumpulan monyet terbabit.

Beliau berkata, kumpulan monyet itu datang dari Putra Height kerana kawasan bukit sekitara lokasi terbabit sedang dibangunkan yang mengganggu habitat asal haiwan berkenaan.

Katanya, sebelum ini pihak Perhilitan meletakkan satu perangkap besi di rumah penduduk, namun gagal untuk menangkap monyet berkenaan.

“Lebih menyukarkan keadaan, penduduk enggan membenarkan perangkap besi diletakkan dirumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan ahli keluarga. Monyet ini akan datang secara berkumpulan sekurang-kurangnya tiga ekor dan menjadikan pokok mangga sebagai sasaran makanan mereka.

hannah yeoh“Monyet ini akan menghabiskan makanan di atas bumbung rumah selain merosakkan kawasan berkenaan,” katanya.

Hannah berkata, ibu bapa perlu memastikan keselamatan anak mereka termasuk orang awam supaya tidak menjadi mangsa kekasaran haiwan berkenaan.

“Apa yang penting adalah soal keselamatan. Jangan tinggalkan kanak-kanak diluar rumah.

“Jangan berjalan berseorangan. Sepanjang enam tahun menjadi ADUN, ini kali pertama kejadian ini dimaklumkan kepada saya,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Guna jejambat KM3.75 jika mahu ke Subang Jaya

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA 30 APRIL: Pengguna Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dari arah Bukit Jalil dan Klang disarankan untuk menggunakan jejambat pusingan-U bertingkat di KM3.75 sekiranya ingin memasuki Subang Jaya.

Hal ini kerana, Kesas menutup susur kanan ke Subang Jaya – Sunway Piramid dari arah Bukit Jalil (kawasan bertanda merah A) dan ke susur kanan memasuki USJ – Taipan dari arah Klang (kawasan bertanda merah B).

hannah yeoh pc syabas 02Adun Subang Jaya, Hanna Yeoh berkata, ia bagi melancarkan aliran trafik di Persiaran Kewajipan memandangkan selama ini pengguna jalan raya terpaksa berhadapan kesesakan hampir dua jam.

Dalam lawatannya semalam bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat kontraktor TRC mendapati jejambat pusingan-U bertingkat dari kedua-dua arah sudah siap dibina dan sudah boleh digunakan.

“Aliran trafik akan teruk terutama pada hari Rabu. Sekarang aliran trafik daripada 4 arah dan dengan penutupan dua susur kanan ini diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana ramai pengguna menggunakan laluan ini ke Lebuhraya Persekutuan memandangkan tiada tol di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu sidang media.

GRAFIK KESAS

Jejambat pusingan-U bertingkat ini mula dibuka pada 27 April 2014.

Katanya, jarak dari susur keluar dari Persiaran Kewajipan menghala jejambat pusingan-U bertingkat Lebuhraya Kesas dianggarkan sejauh 400 meter.

Berdasarkan kepada cadangan ini, aliran trafik di Persiaran Kewajipan ini akan bergerak sama seperti aliran trafik di kawasan Pandan Indah.

Jelasnya, pengguna terutama di kawasan Subang Jaya diminta mengemukakan pandangan sama ada bersetuju atau tidak dengan perkara ini kerana pihaknya mengemukakan cadangan untuk menutup dua lagi laluan di Persiaran Kewajipan menghala ke Klang dan Bukit Jalil (kawasan bertanda kuning C dan D).

Mereka boleh berbuat demikian di laman web rasmi Kesas Online bermula 1 Mei sehingga 31 Mei ini.

Sebelum projek ini dijalankan, satu pendengaran awamdibuat di USJ 1 pada tahun 2010.

Penduduk di kawasan berkenaan mendesak satu susur keluar dibuat bagi menyelesaikan masalah aliran trafik yang telah berlaku sejak kawasan Subang Jaya mula dibangunkan.

Kesesakan ini semakin meruncing memandangkan Persiaran Kewajipan berhadapan pembinaan landasan keretapi MRT.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berterima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama bagi melancarkan aliran trafik di kawasan Subang Jaya.

Kata beliau, beberapa cadangan penambahbaikan aliran trafik di kawasan ini akan dipanjangkan pada sesi Dewan Rakyat, Jun ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Pelajar Sekolah Sri Cempaka lawat DUN Selangor

hannah yeoh pc syabas 02SHAH ALAM 25 OKT : Seramai 60 murid dan tiga guru Sekolah Sri Cempaka, Subang Jaya, mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Kunjungan berkenaan disambut Speaker DUN merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, pada sesi lawatan yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi itu.

Rombongan berkenaan dibawa melawat Dewan Selcat dan murid yang berusia 14 hingga 17 tahun amat teruja apabila memasuki dewan berkenaan.

Hannah kemudian memulakan sesi lawatan dengan ucapan penerangan berkenaan tanggungjawabnya sebagai speaker wanita pertama di sidang DUN dan julung kalinya di Malaysia.

Beliau turut mendedahkan tanggungjawab dan tugas sebagai Speaker dan ADUN, sebelum kumpulan murid terbabit dibawa melawat tempat persidangan DUN dan Hannah turut memberi penerangan berkenaan proses perbahasan berlansung.

Mereka kemudian dibawa melawat gambar sidang DUN sejak awal pertubuhan hingga kini dan mengambil foto kenangan, selain diberi peluang berinteraksi serta mengambil tandatangan Hannah yang dianggap sebagai lambang wanita berjaya.

-NFN-