Categories
SELANGOR

Isu tanah Ijok: UMNO-BN punca, gagal kota janji

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 23 FEB: UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi punca tanah di Ijok membabitkan Alam Perdana, Alam Mutiara dan Alam Utama jatuh ke kancah hutang ekoran kegagalan parti itu mengotakan janji mereka kepada peneroka, kata Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong.

Shao Loong berkata, bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula dilihat cuba memainkan peranan semasa pemerintahannya, namun terikat kes undang-undang dan tuntutan pampasan.

“Beliau tidak dapat menyelesaikan masalah semua peneroka, sekali gus gagal membangunkan tanah itu.

“Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berjaya menyelesaikan masalah dialami peneroka dengan mengenakan syarat ke atas pengambilan persendirian Alam Mutiara dan Alam Utama yang tidak sedikit pun menjejaskan kos kepada Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan.

Shao Loong berkata, Umno-BN gagal membersihkan nama mereka, maka pencapaian Kerajaan Negeri hari ini yang berjaya menyediakan rumah mampu milik menerusi Skim Rumah Selangorku untuk menyelesaikan masalah peneroka Ijok terus dipolitikkan.

“Krisis perumahan yang tidak dapat diselesaikan BN menjadi punca peneroka FELDA terus menderita ekoran salah urusnya.

“Berkenaan Khalid pula, jelas dilihat bahawa beliau masih mahukan jawatan Menteri Besar apabila beliau muncul di Konvensyen UMNO Selangor baru-baru ini dan melemparkan tuduhan palsunya terhadap Kerajaan Negeri.

“Jadi tidak hairanlah, kita melihat mereka sedaya upaya cuba menyerang Mohamed Azmin dan Selangor,”katanya.

Bagaimanapun, Shao Loong berkata, pada masa akan datang, rakyat Selangor akan menentukan siapa yang berkhidmat dengan terbaik.

“Peneroka Alam Mutiara dan Alam Utama pasti tahu siapa yang membantu menyelesaikan perjuangan 18 tahun mereka untuk keadilan dan ketenangan jiwa,” katanya.

MB : mahu percepat semua proses Program MES

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Selangor akan mempercepatkan segala proses membabitkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menambah peruntukan bagi menjayakan lagi program MES dan ia bakal diberikan keutamaan kepada kepada usahawan wanita untuk meluaskan perniagaan mereka.

Henti spekulasi jawatan MB Khalid Ibrahim

Tan Sri Khalid Ibrahim ulas kedudukan sebagai MB Selangor

Categories
NASIONAL

Tiada sebab ganti MB Selangor, Azmin temui Khalid esok

azmin-pc-DNS-01KUALA LUMPUR 28 OKT : Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada sebab Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor mahu menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari meneruskan jawatannya bagi penggal kedua.

Dipetik Malaysia Kini, beliau yang juga Pengerusi BBC tidak faham mengapa isu itu dibangkitkan semula seperti yang dilaporkan media akhir-akhir ini.

“Tiada sebab bagi kami (BBC) nak tukar Tan Sri Khalid. Saya tahu kamu mahu mendengar jawapan ini… Tidak ada sebab (nak tukar beliau),” katanya sambil ketawa kecil kepada pemberita di parlimen.

Beliau berkata, tugas BBC negeri iaalah memberi idea baru berhubung langkah memajukan negeri itu dan membantu Khalid mengenal pasti serta menguruskan projek dan pembangunan.

“Kenapa isu ini dibangkitkan, kenapa kami tidak boleh beri pandangan? Dan bila dapat memo (BBC) dianggap sebagai kuasa pendesak? Kami bukan kumpulan pendesak, itu bukan tugas kami.

“Tugas kami untuk memberi idea dan membantu kerajaan dan menteri besar, untuk mengimplimentasi projek di bawah. Itu yang kita cadangkan. Dalam memorandum tidak ada (berkaitan) perkara peribadi, semua isu pembangunan,” katanya.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa juga akan bertemu dengan Abdul Khalid petang esok, bagi membincangkan ‘perkara-perkara berbangkit dan juga tidak semestinya berkaitan memorandum BBC’ itu.

Semalam, Khalid dilapor menolak desas-desus bahawa jawatan yang disandangnya sejak 2008 bakal diambil alih oleh Azmin dan beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai ‘asam garam dalam dunia politik’.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB: Tindakan terhadap pegawai kerajaan negeri jika bersalah kes seksual

Kes Seksual

SHAH ALAM 23 OKT: Tindakan tegas akan diambil terhadap ahli majlis sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor yang berdepan dakwaan seksual termasuk diarah melepaskan jawatan jika polis mendapati individu itu bersalah.

Dipetik Malaysia Kini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri sedang memantau kes seksual itu dan kerajaan Selangor tidak campur tangan dalam siasatan polis.

“Kita mesti bersikap adil. Jika ia adalah satu laporan jenayah, maka polis, perlu bertindak mengenai dalam perkara itu kerana kerajaan tidak mempunyai kapasiti untuk menyatakan ia satu kesalahan.

“Kami sedang memantau situasi ini. Kami mahu mengenal pasti hak individu bagi mempertahankan kedudukan mereka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam petang ini.

Khalid juga mengarahkan Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim untuk mengambil tindakan bersesuaian jika individu itu didapati bersalah atas tuduhan.

“Ini kerana kita perlu memberi hak yang adil kepada ahli majlis. Sekiranya (kejadian seperti didakwa benar-benar berlaku), maka kerajaan negeri akan mengarahkan beliau melepaskan jawatannya,” katanya.

Kata Khalid, ahli majlis itu buat masa ini masih menghadiri majlis rasmi kerana belum terbukti bersalah dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB ucap takziah pemergian Tan Sri Azizan -FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 25092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kiriman twiter mengucapkan takziah atas pemergian itu.

2. Kerajaan Selangor merancang untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan,kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan , Dr Halimah Ali.

3. Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) perlu mengaktifkan peranan Majlis Sukan Daerah (MSD) jika mahu mengembalikan kegemilangan sukan termasuk hoki di negeri ini.

4. Majlis Perbandaran Selayang menyita dua rangka bangunan milik JRD Development yang dipercayai untuk dijadikan stor barangan di Batu 20, Jalan Ipoh, Rawang.

Perutusan Merdeka Ke 56 – Menteri Besar Selangor

Sinopsis

Perutusan Sambutan Kemerdekaan Ke-56 Tan Sri Khalid Ibrahim. Rakyat Bersatu Selangorku Maju kerana Kerajaan Pakatan rakyat sentiasa berusaha untuk mensejahterakan rakyat dengan melaksanakan pelbagai program, skim dan insentif menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor sejak Jun 2008.

Semuanya ini dilakukan demi keharmonian hidup rakyat walaupun berlainan bangsa, agama dan budaya. Inilah Selangorku, Rakyat Bersatu Selangorku Maju. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

MB: Rasuah boleh kucar-kacirkan negara

mb hari belia 01
SHAH ALAM 25 OGOS: Golongan belia mesti menolak amalan rasuah kerana ia membawa kesan buruk dan boleh menyebabkan negara kucar-kacir, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Ia boleh menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya ia menimbulkan masalah lain meliputi kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya.

mb hari belia 03

Rasuah boleh menghancurkan pentabiran dan kepemimpinan sesebuah kerajaan sebagaimana yang berlaku di beberapa negara di rantau Asia mahupun di Asia Barat, Eropah, Afrika dan Latin Amerika,” kata Menteri Besar itu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Belia Antarabangsa Peringkat Selangor 2013 bertema Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, malam tadi.

mb hari belia 04Majlis itu diserikan dengan pelbagai program termasuk Bicara Santai menampilkan arits terkenal, Afdlin Shauki dan Man Raja Lawak serta Ustaz Zulkifli Ahmad dan Dr Ismail Tambi.

Program itu disekali dengan sambuttan Aidilfitri dan Ambang Merdeka Selangor yang dihadiri Exco kerajaan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Elizabeth Wong, selain Adun Rawang, Gan Pei Nei serta lebih 2,000 hadirin.

mb hari belia 02

mb hari belia 03Abdul Khalid berkata, golongan muda yang mewakili 45 peratus dari lima juta rakyat Selangor perlu melatih diri untuk berfikir dan berpandangan bijaksana terhadap isu membabitkan kepentingan awam.

Beliau berkata, ia perlu kerana masyarakat negara ini majmuk dan banyak isu memerlukan tindakan bijaksana dalam hal menanganinya.

– FZL

mb hari belia 04