Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kajian pendaftaran proses guaman tanah, elak beban GST

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Kajian pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap proses pendaftaran urusan Kanun Tanah Selangor akan dibuat selepas Kerajaan Persekutuan menetapkan peraturan baru membabitkan proses tersebut.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penelitian tersebut dibuat supaya pelaksanaannya tidak membebankan walaupun penstrukturan baru dibuat di peringkat Persekutuan.

“Untuk tempoh ini, urusan pendaftaran Pejabat Tanah Galian (PTG) mengenakan cukai GST berdasarkan fi pendaftaran kanun tanah Selangor.

mb-dun“Bagaimanapun, dasar peraturan baru yang dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan ini akan diteliti di PTG dan kita akan lihat bagaiamana ia tidak akan bebankan anak guam,” katanya.

Sebelumnya, Ahli Dewan Negeri(ADN) Pandamaran, Tan Pok Shyong membangkitkan isu peningkatan pembayaran proses pendaftaran proses tanah selepas cukai GST dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

Dalam isu beransingan, Mohamed Azmin turut mengulas isu pemilikan strata tanah yang perlu dibuat pihak pemaju untuk sebarang proses pemilikan tanah daripada hak milik induk.

“Sekiranya pemaju lengah buat permohonan kepada pihak berkuasa negeri, kita tidak teragak-agak untuk kenakan tindakan tegas.

“Perkara ini dalam perhatian Kerajaan Negeri suapaya urus niaga hartanah tidak alami kelewatan dan gangguan pada masa akan datang,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Terima cadangan PTD, proses bidaan terbuka mohon milikan tanah negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Sebarang proses cadangan untuk pemilikan tanah Kerajaan Negeri perlu dibuat secara terbuka dengan mengambil kira cadangan dikeluarkan daripada Pejabat Tanah Daerah (PTD), kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, keterbukaan tersebut perlu dilaksanakan secara sistematik bagi memastikan individu yang berminat untuk turut serta dalam proses pembidaannya.

“Kerajaan Negeri berpendirian terbuka untuk pastikan sebarang cadangan untuk proses lupus tanah kerajaan mesti dipamerkan dan dibuat pembidaan secara terbuka.

img_5521-800x533“Kaedah ini bagi memastikan pembidaan itu dibuat secara terbuka supaya mereka yang berminat boleh turut serta untuk melakukan pembidaan,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri membenarkan proses pemberi milikan tanah kerajaan secara jualan terus dengan melupuskan tanah kerajaan untuk selama-lamanya atau satu tempoh beberapa tahun sebagai balasan kepada bayaran cukai sewa.

Bagaimanapun tanah tersebut tertakluk kepada semua jenis tanah kerajaan di dalam Selangor, kecuali tanah milik, tanah rizab, tanah lombong dan tanah simpan.

Mereka yang layak memohon adalah warganegara Malaysia, perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah.

Selain itu, pemohon berkelayakan adalah Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Konsisten pertahan tanah rizab Melayu

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 OGOS: Kerajaan Negeri konsisten mempertahankan tanah rizab Melayu seluruh Selangor menerusi pertambahan gantian yang sama dengan nilai di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.

Sebaliknya, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pentadbiran Umno di Selangor sebelum ini terus menghakis hak orang Melayu apabila tanah rizab seluruh negeri terus dirampas.

“Rekod kita sebelum tahun 2008, perompak utama dalam negara selain skandal (1MDB) adalah Umno. Mereka mencuri dan merampas tanah orang Melayu atas nama pembangunan.

“Tetapi (Selangor) di bawah pentadbiran Pakatan sejak 2008, tanah rizab Melayu melebihi nilai yang ditetapkan dan ini satu kejayaan luar biasa,” katanya.

Beliau ditemui pada Festival Orang Asal peringkat Antarabangsa di Taman Botani Negara baru-baru ini.

Tanah Rizab MelaySebelum ini, Kerajaan Negeri sudah terlebih ganti tanah rizab Melayu seluruh negeri dengan dengan penilaian 650 ekar tanah pada 2015.

Mohamed Azmin berkata, pertambahan jumlah tersebut mencerminkan kecemerlangan berterusan Pakatan di Selangor.

“Kita tidak perlu cabut keris dan melaungkan hidup Melayu kononnya untuk pertahan hak Melayu.

“Tetapi Kerajaan Negeri berpendirian bahawa hak dan kebajikan Melayu itu tetap kami pertahankan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Sambut baik tanah tak dimanfaat Persekutuan diambil balik

SHAH ALAM 23 JULAI : Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han menyokong penuh kenyataan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil alih tanah tidak digunakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menurut Dato’ Menteri Besar, masih terdapat banyak tanah diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan tidak dibangunkan serta menimbulkan pelbagai kesan sampingan merugikan rakyat.

Sze Han berkata, sesetengah tanah diceroboh dan kegiatan seperti pembuangan sampah haram, pembakaran terbuka berlaku di kawasan tersebut serta menjadi sarang penagih dadah.

NgSzeHan“Tanah diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan tidak diselenggara merosakkan pemandangan dan memberi masalah dan kesan negatif kepada penduduk sekitar apabila tempat penuh semak samun menjadi tempat berlindung ular.

“Di Puchong misalnya, tanah lapang berlokasi di Taman Kinrara Seksyen 4 menjadi tempat timbunan sampah,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata walaupun beberapa operasi pembersihan dijalankan tetapi perkara sama berlarutan selagi tanah itu tidak diurus baik.

“Selain itu, tanah kosong di sebelah SMK Batu 8 Puchong juga tidak diselenggara Kementerian Pelajaran sehingga dipenuhi semak samun. serta kebakaran juga kerap berlaku di tapak tersebut.

“Kegagalan dan keengganan Kerajaan Persekutuan membangunkan tanah itu merupakan pembaziran menjejaskan ekonomi negara.

“Saya yakin sebagai negeri menerajui ekonomi dan dilengkapi kekuatan rizabnya, Kerajaan Selangor mampu membangunkan tanah kemudian akan memanfaatkan rakyat, dan lebih banyak kemudahan awam serta infrastruktur dapat dibina,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri sedia ambil alih tanah jika tiada pembangunan

OLEH : HAFIZAN TAIB

PUCHONG, 19 JULAI: Kerajaan Negeri sedia mengambilalih kembali kawasan tanah diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan di Selangor sekiranya tiada perancangan bagi tujuan pembangunan di kawasan berkenaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) membincangkan perkara terbabit dalam mesyuarat diadakan baru-baru ini kerana terdapat beberapa kawasan tanah masih belum dibangunkan dalam tempoh lama.

Katanya, Kerajaan Negeri membuat keputusan perbincangan diadakan dengan Kementerian Pendidikan melalui Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai perancangan bagi pembangunan di kawasan berkenaan.

Azmin MB“Kita sedang menunggu maklum balas daripada kementerian sama ada mempunyai perancangan dan peruntukan bagi pembangunan sekolah ini.

“Kalau tidak, kita akan ambil semula tanah terbabit,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Taman Puchong Utama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengenai persoalan media terdapat rungutan orang ramai di kawasan pembangunan Rumah Selangorku yang tidak mempunyai kemudahan awam.

Katanya, banyak tanah diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan awam seperti pembinaan sekolah rendah dan menengah selain hospital dan sebagainya tetapi belum dibangunkan.

“Terdapat kawasan tanah melebihi 10 tahun maka keputusan kita supaya Setiausaha Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan dengan kementerian bagi mendapat maklum balas mengenai perancangan pembangunan.

“Apakah sudah ada perancangan bagi pembangunan sekolah di atas tanah diluluskan ini kerana kebimbangan kita ialah apa berlaku pada masa lalu terdapat kawasan ini dijual Kerajaan Persekutuan kepada pihak swasta bagi tujuan komersil.

“Ia berlawanan dengan prinsip kelulusan dan pemberian tanah ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Tak lulus tanah kepada warga asing

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan tidak ada kelulusan pemberian pemilikan tanah kepada permohanan individu bukan warganegara Malaysia.

Katanya, dasar pemberian milikan tanah hanya kepada individu warganegara Malaysia seperti yang diselaraskan pekeliling Pengarah tanah dan galian (PTG) Selangor Bil 6 tahun 2011 yang berkuatkuasa, 1 Jun 2011.

“Pelabur asing yang datang ke Selangor tidak diberi milikan tanah perumahaan dengan skim yang sama seperti warganegara tetapi diberi pertimbangan secara tender terbuka untuk perindustrian.

IMG_5864“Kelulusan permohanan kepada warganegara juga adalah mengikut dasar pemilikan tanah yang ditetapkan dan khusus kepada pemohan yang mengusahakan tanah kerajaan sebelum 2008,” katanya ketika menjawab pertanyaan Adun Taman Medan, Haniza Talha pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri sememangnya berusaha dalam mempertimbangkan permohonan mereka yang mengusahakan tanah itu.

“Menurut laporan statistik, 812 jumlah permohonan milikan tanah di beberapa daerah bagi 2014.

“Bagi mereka yang baru meenceroboh tanah dan ingin membuat permohanan sudah tentu tidak akan dipertimbangkan kerana kita mengutamakan pemohan yang mengusahakan tanah itu bagi tempoh yang lama,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MPSJ cadang jual tiga lot tanah di The Mines

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 27 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bercadang menjual tiga lot tanah seluas 0.9 ekar di The Mines, Seri Kembangan.

Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata cadangan penjualan itu dibuat bagi membolehkan pembelian aset lain untuk milikan mereka.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)“Kita bercadang menjual tanah berkenaan bagi membolehkan pembelian rumah baru untuk YDP tetapi bukan untuk saya.

“Pembelian itu bukan rumah baru tetapi yang lama dan akan dibaik pulih memandangkan harganya lebih murah supaya YDP akan datang ada kediaman rasmi kerana yang dahulu sudah dijual, sejak 15 tahun lalu,” katanya.

Katanya, MPSJ turut berhasrat membeli dua unit rumah rehat di Langkawi melalui hasil jualan tanah berkenaan yang dianggarkan hampir RM6 juta bagi memberi faedah kepada kakitangannya.

Setakat ini, MPSJ mempunyai dua rumah rehat di Cameron Highlands dan Port Dickson.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Jaga dan suburkan tanah bukan jual

Oleh: AFEEQA AFEERA

GOMBAK, 9 OGOS: Penerima milikan hak tanah atau notis borang 5A terus diingatkan supaya tidak mengambil jalan singkat dengan menjualnya bagi meraih keuntungan segera.

Sebaliknya, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tanah itu perlu dijaga dengan baik dan dibangunkan bagi memastikan nilainya lebih tinggi pada masa akan datang.

batu cave 2“Diharap penerima dapat menjaga dan menyuburkan tanah untuk memastikan ia dapat dibangunkan supaya nilainya lebih tinggi.

“Jangan ambil jalan singkat dengan menjual tanah kerana generasi akan datang kelak tidak dapat miliki hartanah,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilftri dan Penyerahan Notis 5A kepada penduduk Kampung Sungai Kertas dan Kampung Wira Damai, semalam.

Pada majlis itu, seramai 62 keluarga dipilih untuk menerima notis 5A, sekaligus menamatkan penantian mereka berpuluh tahun lamanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin, berkata Kerajaan Negeri terus menyusun pembangunan di Selangor, di samping menyediakan prasarana terbaik untuk rakyat.

“Ini adalah dasar yang kita amalkan selama ini untuk memastikan pembangunan di kampung tradisi dan kampung baru dapat dijalankan secara tersusun dan menjamin keharmonian serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Penerima terharu dapat geran tanah dinanti 20 tahun

Oleh: AFIX REDZUAN

SUNGAI BULOH, 1 MAC: Tuah tahun kambing masyarakat Cina menyaksikan Siew Yook Yen, 47, menerima geran tanah yang dinantikan sejak lebih 20 tahun.

Beliau ketika ditemui nyata gembira dengan pemberian ini dan menganggap ia sebagai hadiah Tahun Baru Cina paling bermakna buat dirinya dan keluarga.

interview b“Tahun ini tahun kambing, bila dapat geran tanah saya sangat gembira.

“Saya sudah tinggal di sini 23 tahun,” katanya yang bekerja sebagai penyelia kilang.

Bagi Kerisnamurthhi a/l Muthu, 52, beliau lega akhirnya mendapat geran tanah yang telah dipohon sejak 2008.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu lori telah tinggal di sini sejak 12 tahun lalu memuji Kerajaan Selangor dan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang membantu rakyat untuk mendapatkan geran tanah.

Sementara itu, Shahrul Erham Shaharudin, 35, nyata gembira akhirnya penantian hampir sembilan tahun terbalas apabila turut terpilih menjadi penerima Notis 5A hari ini.

Katanya sebelum ini keluarga beliau pernah membuat permohonan namun kekangan ekonomi mengakibatkan usaha berkenaan terpaksa ditangguhkan.

interview c“Perasaan sangat gembira sebab kita dah tunggu lama sangat lebih kurang hampir sembilan tahun.

“Dekat 30 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dengan sistem pembayaran RM1,000 sudah boleh membantu orang ramai,” katanya yang bekerja sebagai peniaga.

Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah dan Penyampaian Notis 5A berlangsung meriah di Kampung Sri Indah A disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Seramai 137 orang penerima dengan pecahan 106 orang daripada mereka menerima geran tanah manakala selebihnya menerima Notis 5A yang terdiri daripada penduduk Kampung Sri Indah B dan Kampung Nakhoda.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Jangan jual tanah, jadikan aset bermanfaat

Oleh: AFIX REDZUAN

SUNGAI BULOH, 28 FEB: Penerima geran pemilikan tanah dinasihatkan supaya menjaga aset berkenaan dan tidak menjualnya untuk keuntungan jangka pendek.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin, berkata tanah sedia ada merupakan aset bernilai dan perlu disuburkan sebaik mungkin untuk kepentingan masa depan.

5a 2“Saya mahu tegaskan mereka yang dianugerahkan tanah kerajaan ini, jangan menjual tanah itu untuk jangka pendek kerana ini aset paling penting bagi diri kita, keluarga dan waris pada masa akan datang,” katanya.

Kata beliau, premium tanah perlu dibayar mengikut kadar semasa sekiranya tanah itu dijual kepada pembeli baru.

Beliau menambah, Kerajaan Negeri bersedia untuk terus memberikan hak rakyat dalam milikan tanah ditambah dengan penggunanan sistem pembayaran premium berjumlah RM1,000.

Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah dan Penyampaian Notis 5A berlangsung meriah di Kampung Sri Indah A dengan jumlah penerima seramai 137 orang.

106 orang daripada mereka menerima geran tanah manakala selebihnya menerima Notis 5A yang terdiri daripada penduduk Kampung Sri Indah B dan Kampung Nakhoda.

EZY

Categories
SELANGOR

PR bawa ‘ong’ kepada penduduk Bagan Sungai Burong

Oleh: LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 6 JAN: Penantian berpuluh tahun penduduk Bagan Sungai Burong untuk mendapatkan hak milik tanah yang sekian lama diidam dan diusahakan, berakhir hari ini.

Kerajaan Negeri menyampaikan hak milik tanah kepada 35 menerima bagi tapak rumah dalam satu majlis yang disempurnakan Exco Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Penyerahan Hak Milik Kampung Bagan Sg. Burong YB Ean Hiong Wah (6)Bagi Chua Bak Tong, 50, hari bersejarah itu pasti tidak berlaku seandainya kerajaan negeri tidak bertukar tampuk tujuh tahun lepas.

Katanya, kesungguhan Kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) ketika ini membawa banyak tuah atau ‘ong’ kepada rakyat berbilang bangsa.

“Bukan sahaja Melayu, bahkan India dan kami orang Cina juga dapat, keadilan serta hak sama rata. Inilah yang rakyat mahu.

Chia Chun Yong“Terima kasih PR. Saya berharap lebih banyak hak milikan tanah dikembalikan kepada rakyat Selangor pada masa hadapan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Nada kegembiraan dan kepuasan turut dikongsi seorang lagi penerima, Chia Chung Yong, 39, yang menyifatkan hari ini antara hari yang membahagiakan dia.

“Memang sangat gembira apabila segala usaha turun naik Pejabat Daerah dan Tanah akhirnya berbaloi.

“Segala urusan juga dilakukan tanpa banyak birokrasi yang menjadikan segala proses lancar,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tunggakan tanah: Kerajaan Negeri sedia bantu 363 peneroka Felda Sungai Buaya

Oleh: NAEEM RAFFI

HULU KELANG, 25 DIS: Kerajaan Negeri sedia membantu menyelesaikan masalah tanah membabitkan 363 peneroka Felda Sungai Buaya bersandarkan kepada prinsip adil dan saksama tanpa membebankan pihak yang tidak terlibat dalam perjanjian asal.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk bantuan yang dapat diberikan bagi membantu meringankan beban peneroka terlibat.

“Saya sudah meneliti rayuan daripada peneroka terlibat tetapi semua pihak yang menuntut apa yang didakwa sebagai tunggakan itu mesti beri fakta tepat kerana perjanjian dibuat sebelum ini tidak melibatkan Kerajaan Negeri.

sungai buaya“Ini adalah janji yang dibuat antara pemaju dengan peneroka terlibat yang menubuhkan sebuah syarikat sendiri dalam kalangan mereka.

“Malangnya, pemaju berkenaan yang sebelum itu menjanjikan pelbagai imbuhan kepada peneroka sudah gulung tikar. Maka, jangan dibebankan perkara itu kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian sebagai mengulas gesaan bekas peneroka Felda Sungai Buaya, Hulu Selangor yang menuntut campur tangan beliau melunaskan baki bayaran tertunggak bernilai RM227 juta hasil pembangunan tanah ladang seluas 1,254.5 hektar, pada 1994.

Pada 23 Disember lalu, genap 20 tahun penantian mereka menuntut baki bayaran yang sepatutnya diselesaikan sepenuhnya pada 1998 seperti termaktub dalam perjanjian yang dipersetujui bersama pemaju.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (9)Katanya, kumpulan peneroka tersebut dijanjikan imbuhan sejumlah kira-kira RM1 juta serta kediaman daripada pemaju.

Bagaimanapun, sehingga kini, mereka hanya menerima imbuhan RM350,000 sahaja dan berhasrat meminta baki RM650,000 lagi dari Kerajaan Negeri.

“Apakah ini adil. Sedangkan ini bukan perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan peneroka.

“Tetapi Kerajaan Negeri bersedia untuk melihat bagaimana peneroka terlibat boleh diberi jaminan bagi memperoleh kembali tanah di kawasan tersebut.

“Saya akan minta mereka melihat pilihan penyelesaian yang kita cadangkan ini dan sekirannya mereka sebulat suara bersetuju, maka masalah ini dapat diselesaikan. Kerajaan Negeri mempunyai beberapa pilihan penyelesaian berhubung perkara itu,” katanya.

-NFN-