Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar Kesal BN Enggan Bekerjasama Banteras Jenayah – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 31072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan dukacita dengan sikap Umno-Barisan Nasional menolak tawaran kerjasama dari Pakatan Rakyat untuk bersama-sama membasmi peningkatan jenayah berat.

2. Selangor bersedia untuk menyumbang sebanyak yang boleh bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin ketika berada di tempat-tempat awam.

3. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sikap menteri dan pegawai kanan polis yang melenting bila dibongkarkan pembabitan polis dalam kes-kes salahlaku, penyelewengan atau sindiket jenayah.

4. Penolakan petisyen pilihan raya tanpa alasan munasabah disifatkan sebagai helah undang-undang dan cubaan menyembunyikan penipuan pilihan raya di negara ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Black 505 : PR Sedia Dialog, Perhimpunan Tetap Diteruskan – BULETIN 13


Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 11062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pakatan Rakyat melahirkan rasa kesal dengan campurtangan Kerajaan Persekutuan Umno-Barisan Nasional dalam urusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang komited menghalang Black 505 dari berlangsung di Padang Merbok, 22 Jun ini.

2. Urusetia Pakatan Rakyat menyatakan kesudian untuk berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun ini berhubung Perhimpunan Black 505.

3. Kerajaan digesa membebaskan kesemua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mewujudkan Suruhanjaya Rekonsiliasi bagi menyiasat semua salah laku di bawah akta itu dengan mengheret individu terlibat ke muka pengadilan.

Categories
SELANGOR

Ng Suee Lim Minta Polis Siasat Risalah Fitnah

risalah 2

SHAH ALAM 17 JAN : Pakatan Rakyat (PR) Selangor mahu polis menyiasat risalah berunsurkan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang kini diedarkan kepada ketua-ketua kampung tradisi.

Timbalan Setiausaha DAP negeri, Ng Suee Lim berkata sebaran risalah fitnah yang disebar itu memaparkan berita memburukkan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan fakta yang tidak berasas.

Katanya, risalah itu diperolehi melalui kiriman pos kepada tujuh ketua kampung di DUN Sekinchan dan dua ahli majlis DAP dua minggu lalu.

Risalah berbahasa Melayu bersiri itu, mengandungi 10 muka surat, hanya memaparkan nama wartawan dan tidak memaparkan sidang pengarang alamat pencetak dan juga penerbit.

Kandungan risalah itu memaparkan berita mengenai isu-isu semasa yang dimainkan media Pro BN antaranya krisis air.

“Setakat ini, kami dapati ia sudah dikeluarkan sebanyak 21 siri. Kami percaya risalah ini diterbitkan oleh Umno-BN. Tujuannya sama dengan ‘Selangor Terkini’ yang diterbitkan mereka dua tahun lalu.

“Kami kesal dengan apa yang dilakukan pihak mereka. Jika mahu menyerang Pakatan Rakyat biarlah secara sihat, berpolitik secara tertib. Tindakan mereka ini seperti ‘baling batu sembunyi tangan’,” katanya yang juga Adun Sekinchan dalam sidang media di Bangunan Annex, SUK, di sini.

Hadir sama Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafei dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman.

Sementara itu, Shuhaimi berkata tindakan yang dilakukan Umno-BN seolah-olah kehilangan modal untuk menyerang Kerajaan Negeri.

“Jika begini cara demokrasi yang diamalkan Umno-BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak untuk meminta peluang rakyat untuk mentadbir kembali negeri ini.

“Permintaan Najib adalah permintaan kelakar, tidak mungkin rakyat akan memberi peluang itu kerana sudah 11 kali diberi peluang tetapi Umno-BN yang menghancurkan sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat oleh Ketua-ketua kampung tradisi DUN Sekinchan semalam di Balai Polis Sekinchan pada jam 3.30 petang.

risalah 1

Categories
NASIONAL

Rafizi : Hapus Cukai – Model Tempatan Terus Kekal Terendah

 

SHAH ALAM,27 JULAI : Harga kereta Proton dan Perodua akan terus kekal terendah dalam pasaran jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan.

Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli berkata,jika rombakan itu dilaksanakan harga kesemua model kereta akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini.

?Maka, harga Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model.

“Berbanding kereta-kereta lain seperti Honda, Toyota dan lain-lain yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata,? kata Rafizi dalam kenyataan media.

Ujar Rafizi, sikap pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) mengatakan rombakan struktur cukai menyebabkan harga kereta import setara Perodua dan Proton, sekaligus menyebabkan jenama kereta tempatan itu terpinggir, tidak benar sama sekali.

Jelasnya, kereta Proton dan Perodua yang dijual dicukai sekurang-kurangnya 85 peratus dalam bentuk cukai eksais dan cukai jalan, seperti model yang dijual Honda, Toyota dan lain-lain.

Menurut Rafizi, cukai eksais yang dikenakan terhadap pembelian kereta adalah cukai menyeluruh, tidak membezakan antara jenama dan model tempatan atau antarabangsa.

?Cukai eksais dikenakan terhadap sesuatu kumpulan barangan. Maka cukai eksais terhadap pembelian kereta adalah cukai yang dikenakan terhadap mana-mana pembelian, pada kadar yang sama,? kata Rafizi.

Tambah beliau, ini mengukuhkan pendirian PKR bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta berada pada paras yang munasabah dan adil.

Rafizi juga membidas reaksi awal pimpinan Umno-BN yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai rombakan struktur cukai kereta ini.

Anggaran yang dibuat PKR menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalah RM8 bilion.

“Semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri menunjukkan jumlahnya jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini,” katanya.

Rafizi berkata,PKR yakin bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika segala keborosan Perdana Menteri dihentikan.

Malah, PKR juga telah membincangkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan cukai eksais kelak akan diganti dengan sumber pendapatan yang baru.

Mekanisme ini akan diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu depan sekembalinya beliau dari mengerjakan ibadah umrah.

“Perkara ini perlu diperdebatkan dengan lebih halus supaya rakyat boleh membuat keputusan mengenai kaedah percukaian kereta yang paling adil,” katanya.

Categories
SELANGOR

Kerajaan Perlu Mohon Maaf Kepada Bersih 2.0

SHAH ALAM,24 JULAI : Kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional digesa untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada ribuan rakyat Malaysia yang menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 itu.

Pengarah Jabatan Undang-undang Dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham), Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi berkata, keputusan Mahkamah Tinggi hari yang membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah sebuah pertubuhan ‘haram’ disambut dengan penuh rasa gembira dan bersyukur

“Pada hari ini telah memberikan satu dimensi yang baru kepada hak asasi di Malaysia di mana ia membuktikan intitusi kehakiman di Malaysia seharusnya bebas daripada sebarang cengkaman Kerajaan Umno- BN,” kata Zamri dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, penat lelah dan pengorbanan rakyat Malaysia yang dilimpahi dan dihujani dengan gas pemedih mata serta air berasid ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu akhirnya menerima khabar berita yang cukup menggembirakan ini.

Malah para peserta himpunan Bersih 2.0 turut dibelasah pihak polis tanpa belas kasihan, sehinggakan salah seorang daripada peserta yang diserbu polis ketika himpunan Bersih 2.0 tersebut iaitu Allahyarham Baharuddin Ahmad telah meninggal dunia.

Ujarnya, Kerajaan Umno-BN turut bertindak zalim apabila mengarahkan pihak polis melancarkan operasi penahanan habis-habisan terhadap individu-individu tertentu sebelum berlakunya perhimpunan Bersih 2.0 tersebut.

“Institusi Kehakiman haruslah dilihat konsisten dalam memastikan mereka dilihat adil dan bebas serta tidak dijadikan alat oleh Kerajaan Umno-BN supaya Institusi Kehakiman di Malaysia benar-benar dilihat adil dan bebas sepenuhnya.

“Keputusan mahkamah hari ini juga boleh dilihat sebagai suatu penghargaan kepada perjuangan murni seluruh rakyat Malaysia yang tidak gentar dan jemu berterusan berjuang dalam menuntut suatu pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia,” katanya.