Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Banteras wabak denggi, kesedaran bersama penting

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 19 MAC: Selangor terus menjadi penyumbang terbesar kes denggi di Malaysia apabila 59 peratus daripad masalah terbabit dilaporkan berpunca dari negeri itu.

Statistik yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Selangor memperlihatkan peningkatan kes denggi di Malaysia iaitu 26,273 kes membabitkan peningkatan 43.7 peratus, sejak awal Februari hingga 12 Mac lalu, berbanding tempoh sama 2014.

Terjah denggi MB Mentari court (5)Dalam tempoh sama, Selangor mencatatkan bilangan kes denggi iaitu 16,354 yang terus memperlihatkan wabak berkenaan terus meningkat di negeri itu.

Akauntan, Nur Hanis Rosli, 25, berkata masyarakat sendiri harus bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan bukan sahaja di kawasan rumah, bahkan di tempat awam.

“Jangan membuang sampah di kaki lima dan sungai kerana ia juga boleh menjadi punca pembiakan nyamuk aedes.

Nur Hanis Rosli“Kita juga perlu menjaga kebersihan di kawasan rumah. Jangan biarkan air bertakung kerana ia menjadi faktor pembiakan aedes terutama dalam pasu bunga.

“Pokok pisang juga boleh menjadi faktor penyebab kes denggi ekoran air mudah bertakung pada pelepahnya selepas waktu hujan,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Pelajar, Ismi fahmi Abdul Rahman, 22, berkata Kerajaan Negeri perlu berperanan mengadakan aktiviti atau program berkenaan aedes dan denggi berkonsep santai tetapi diisi dengan penuh maklumat membabitkan bahaya aedes.

“Memberi kesedaran pada orang ramai secara santai berkenaan cara pencegahannya dan kesan apabila mengalami demam denggi.

“Badan bukan kerajaan juga boleh bekerjasama untuk terlibat dalam program membanteras denggi ini,” katanya.

zaneerah arifin 30  guru-web 5Sementara itu, guru tadika, Zaneerah Ariffin, 30, berkata pemuafakatan daripada setiap penduduk kawasan amat penting dalam usaha memerangi wabak denggi.

“Kawasan mereka akan selamat daripada ancaman nyamuk aedes jika setiap penduduk memberikan kerjasama untuk membanterasnya.

“Jawatankuasa kampung dan rukun tetangga kawasan boleh melaksanakan aktiviti gotong-royong bulanan untuk memastikan tempat tinggal mereka selamat.

“Setiap masyarakat yang sayangkan kesihatan diri dan keluarga wajar memahami berkenaan bahayanya nyamuk aedes dan memahami seranggan ini boleh meragut nyawa,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Kaut untung atas angin, senarai hitam penyewa ingkar

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MAC: Tindakan Kerajaan Pusat membenarkan warga asing bekerja di negara ini bukan sahaja membuka peluang kepada mereka bermaharajalela tetapi pihak tidak bertanggungjawab turut meraih keuntungan.

Tidak kurang juga ada kumpulan warga asing yang tinggal di kawasan penduduk tempatan sehingga membina penempatan dan membuka perniagaan sendiri.

Kebanjiran itu juga menyebabkan penyewa tempatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) berani mengambil kesempatan dengan menyewakan unit  kediaman mereka kepada warga asing bagi mendapatkan keuntungan berlipat ganda.

_MG_1101Kebanyakan warga asing terpaksa membayar sewa lebih tinggi berbanding RM124 dan RM250 sebulan yang ditetapkan ke atas penyewa tempatan.

Harga sewa yang dikenakan kepada warga asing adalah antara RM300 hingga RM500 sebulan.

Ahli Majlis MBPJ, Raja Fairus Raja Mazlan berkata, penyewa tempatan yang mengaut keuntungan ‘atas angin’ perlu disenarai hitam daripada sebarang bentuk bantuan supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Katanya, langkah terbabit bagi memastikan tiada lagi isu berbangkit dalam masalah itu.

“Tindakan yang dilakukan pemilik unit terbabit tidak bermoral iaitu melakukan penipuan dengan memeras warga asing untuk mendapatkan kesenangan hidup. Sebaiknya, senaraikan hitamkan nama pemilik unit itu untuk memberi pengajaran kepada mereka.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (6)“Kita tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka tetapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri boleh menyekat penama itu dari mendapat sebarang bantuan lagi,” katanya.

Selain itu, Ahli Majlis MBPJ, Cynthia Gabriel memaklumkan pengurusan MBPJ sudah mengenalpasti beberapa unit PPR yang dihuni warga asing.

Katanya, MBPJ sudah mengeluarkan notis pengosongan kepada unit terbabit dan tindakan pengusiran akan dilakukan dalam masa terdekat.

“MBPJ juga akan membatalkan kontrak penyewaan kepada penyewa berdaftar jika menyalahgunakan unit rumah dengan menyewakannya kepada pihak ketiga.

“Mana-mana unit itu akan ditarik balik dan akan disewakan kepada pemohon yang terdapat di dalam senarai menunggu,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Lautan warga asing, penduduk bimbang ancam keselamatan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MAC: Isu sewa atas sewa di kawasan PPR semakin berleluasa apabila terdapat sindiket didalangi Pihak Pengurusan Bersama (JMB) bertindak menjadi ejen menyewakan unit kediaman penduduk tempatan kepada warga asing.

Selain itu, majikan juga menjadikan PPR sebagai rumah kongsi pekerja dan  stor menyimpan peralatan.

_MG_1215Tinjauan Selangor Kini di beberapa kawasan PPR mendapati terdapat banyak unit kediaman dihuni warga asing dari Myanmar, Bangladesh, India dan Indonesia.

Apa yang pasti, unit kediaman yang didiami warga asing itu tidak ubah seperti rumah kongsi ekoran keadaan yang tidak terurus dan kotor.

Warga asing yang dikenali sebagai Kareem, 49, dari Pakistan berkata, dia sering mengunjungi rakannya yang tinggal di kawasan itu dan mengakui pernah tinggal di kawasan sama beberapa tahun lalu.

“Ramai kawan saya tinggal di sini. Dalam sebuah rumah, berbelas orang tinggal sekali,” katanya ketika ditemui di PPR Kota Damansara.

_MG_0641Pengerusi Surau PPR Kota Damansara, Zakaria Ismail, 53, berkata penduduk pernah menghalau warga asing yang menghuni PPR itu.

“Adakala, kita tidak boleh lakukan tindakan itu kerana ada rakyat tempatan berkahwin dengan warga asing. Di PPR ini, kita tidak nafikan ada kes ini tetapi tidak banyak,” katanya.

Di PPR Lembah Subang, Ketua Blok H, Rahman Aman memberitahu terdapat kira-kira 40 peratus warga asing memonopoli lapan blok itu.

Katanya, sudah banyak aduan diserahkan kepada pihak berwajib namun tiada tindakan diambil.

_MG_0755“Kami juga pernah bertanya kepada penyewa tempatan yang melakukan perkara itu. Jawapan mereka, unit diceroboh dan tidak selamat untuk didiami,” katanya.

Rahman berkata, semua pihak harus bekerjasama menangani isu terbabit yang berlarutan sejak 2007.

“Kita sebagai pengundi sudah pasti mahu kelebihan dan keselesaan diberikan kepada warga tempatan.

“Masih ramai rakyat kita tidak mempunyai rumah, jadi mengapa sewakan kepada pihak tidak bertanggungjawab. Pihak berwajib juga perlu memantau kegiatan ini dengan lebih tegas,” katanya.

_MG_0781Suri Rumah, Fauziah Buyong, 56, mengakui tidak selesa dengan situasi berkenaan dan berasa tidak selamat berada di PPR itu kerana jumlah warga asing semakin meningkat.

“Mereka juga berniaga di kawasan sekitar. Namun, saya sekeluarga tidak mempedulikan atau mengganggu mereka sebagai langkah keselamatan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Sewa atas sewa, Kerajaan Negeri serbu PPR

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MAC: Kerajaan Negeri memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab penyewa tempatan yang menyewakan unit mereka kepada warga asing.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad berkata, beliau akan meminta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menjalankan serbuan di semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) ekoran sikap mengaut keuntungan atas angin itu.

iskandarKatanya, terdapat unit kediaman penyewa tempatan dirampas kerana ‘sewa atas sewa’ sebelum ini.

“PPR di bawah dua pentadbiran iaitu Kota Damansara, Hicom dan Serdang di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Manakala, Lembah Subang di bawah MBPJ. Saya akan minta MBPJ dan Lembaga Perumahan turun buat operasi gerak gempur.

“Memang ada yang sudah dikeluarkan kerana sewa atas sewa,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa bertindak tegas dalam kes itu dan kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyewa tempatan yang mengambil kesempatan.

PPRT“Ini adalah rumah sewa dan tidak boleh dijual. Terdapat empat projek iaitu di Kota Damansara, Lembah Subang, Hicom dan Serendah.

“Rumah ini tidak akan disewakan kepada warga asing. Penyewa juga tidak boleh menyewa kepada orang lain.

“Jika berlaku sewa atas sewa, kontrak sewaan akan dibatalkan serta-merta. Kerajaan Negeri akan tawarkan kepada penyewa yang menyewa daripada penyewa asal,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: 4 kaedah pantau kerja turapan jalan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 FEB: Empat kaedah utama pemantauan turapan jalan ditetapkan kepada kontraktor yang dilantik Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Yang Di Pertua, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, pihaknya menjalankan ujian ketebalan jalan bagi memastikan kawasan yang diturap mengikut piawaian ditetapkan.

mohd azhar mohd ali mdkl“Selain itu, ujian ‘Sieve Analysis’ juga dibuat untuk menentukan saiz batuan premix.

“Kita juga ada  ujian ‘Density’ untuk menentukan ketahanan turapan selain kawalan suhu dan jenis premix dilakukan di tapak ketika kerja berkenaan dilaksanakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagi tahun 2014,  MDKL membelanjakan RM25.3 juta termasuk peruntukan MARRIS untuk membaiki atau menurap 97 buah jalan meliputi keluasan 154,953 meter.

_MG_0208Azhar berkata, terdapat 106 kontraktor yang terlibat dan dua kontraktor dikenakan tindakan denda (LAD) kerana lewat menyiapkan kerja.

“Kita juga menetapkan tempoh jaminan kerja turapan iaitu bermula enam bulan dari tarikh siap  bagi projek sebut harga jaminan.

“Projek membabitkan tender pula ditetapkan satu tahun dari tarikh siap,” katanya.

MBSA-Shahrin AhmadSementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula memperuntukan RM78 juta pada tahun 2014 bagi menurap atau membaiki jalan di kawasan seliaannya meliputi 193,457 kilometer.

“Kontrak bagi kerja menurap dilakukan sama ada secara sebut harga atau tender,” kata Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad.

Beliau berkata, MBSA akan mengarahkan kontraktor menurap semula jalan sehingga mencapai piawaian ditetapkan jika mereka gagal dalam ujian ketebalan jalan.

“MBSA amat komited dalam memberikan mutu terbaik dan mempunyai unit jalan di bawah Jabatan Kejuruteraan untuk memantau jalan di kawasan kami,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Penduduk tidak puas hati kualiti turapan

SHAH ALAM, 19 FEB: Kualiti turapan jalan raya pada masa kini sangat teruk berbanding dahulu dan sangat mengecewakan apabila rosak serta berlubang dalam tempoh singkat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Azmizam Zaman Huri berkata, Kerajaan Negeri dan PBT perlu memastikan turapan jalan terutama yang menggunakan peruntukan MARRIS lebih berkualiti.

_MG_0138“Kualiti turapan sekarang tidak sama seperti dulu kerana tidak sampai enam bulan sudah ada jalan yang rosak terutama di Klang.

“Saya banyak terima aduan daripada penduduk. Mereka tidak puas hati dengan turapan yang tidak berkualiti.

“Kenapa kita bayar mahal tetapi penduduk tidak dapat kualiti jalan yang sepatutnya. Banyak kawasan yang turapan jalannya sangat nipis,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

azmizam luar pc 01Katanya, Kerajaan Negeri perlu menubuhkan jawatan kuasa audit bagi menyemak semula semua jalan diluluskan terutama yang sudah diturap, tahun lalu.

“Ambil tindakan tegas terhadap PBT yang cuai dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kualiti turapan jalan berkualiti.

“Apa yang saya lihat, seperti ada pihak cuba sabotaj kerana turapan sebelum ini sangat berkualiti tetapi bermula tahun lalu sangat teruk seperti di Bandar Putera dan Taman Teluk Gedung Indah di Klang,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Sistem wang tahanan elak kontraktor culas

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 FEB: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran melaksanakan sistem wang tahanan bagi kontraktor yang menurap jalan.

Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, langkah itu bagi memastikan kualiti jalan mengikut spesifikasi ditetapkan dan tahan dalam tempoh jaminan.

_MG_0171“Contohnya kita boleh tahan dalam lima peratus daripada jumlah keseluruhan kontrak dan selepas tempoh katakan setahun tamat maka lunaskan baki itu.

“Dengan pelaksanaan ini, kontraktor pasti akan mempamerkan hasil kerja berkualiti dan memenuhi spesifikasi ditetapkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, masalah jalan tidak berkualiti dan kembali rosak selepas kurang sebulan diturap banyak berlaku di kawasannya termasuk di Pekan Semenyih.

Adun Kuang, Abdul Shukor Idrus pula menyarankan Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan teknikal khas menilai peruntukan setiap kontrak.

abdul-shukor-idrus“Ini penting memandangkan Kerajaan Negeri memilih konsep tender terendah jadi penilaian perlu dibuat.

“Tengok dulu sama ada peruntukan itu walaupun terendah, adakah bersesuaian dengan kerja yang hendak dilakukan.

“Kita tidak mahu harga rendah tapi tiada kualiti seterusnya membazirkan wang rakyat,” katanya.

Beliau berkata, keadaan turapan jalan kurang memuaskan turut berlaku di kawasannya termasuk jalan utama Kuang ke kawasan sekitar.

-NFN-

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Sinopsis:

Kebajikan Anak-anak Selangor menerusi Tabung Warisan Anak Selangor Skim Tawas atau Tabung Warisan Anak Selangor ini adalah tabung permulaan RM100 bagi setiap anak Selangor. Genap usia 18 tahun, ahli Tawas berhak menerima RM1500 hasil
dari pelaburan ini. Tawas berfungsi memastikan kebajikan anak-anak Selangor terpelihara. Ini dapat memangkinkan anak Selangor untuk terus menabur budi bukan sekadar di negeri Selangor, malah di seluruh negara dalam menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan.

Saksikan di http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

Baca cerpen: Sedekad Kemudian di Galeri Shah Alam

Sinopsis:

Kavyan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Galeri Shah Alam dan Kumpulan Media Karangkaraf telah mengadakan satu acara mengangkat Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian di Galeri Shah Alam. bersempena mengenang semula kejayaan yang tercatat dalam The Malaysian Book Of Records, dengan pembacaan 384 cerpen Bahasa Malaysia oleh 166 peserta pelbagai kaum selama 96 jam 32 minit pada sedekad yang lalu.

Saksikan di http://www.selangorkini.net

PTPTN sandiwara Barisan Nasional – Laporan khas

Sinopsis:

Barisan Nasional menggunakan isu PTPTN sebagai sandirawa mereka untuk meraih sokongan dari rakyat terutama golongan belia. Mereka yang mencetus idea dan mereka juga yang membangkang. Hentikan Sandirawa. Ubah sekarang. Selamatkan Malaysia.

Layari http://www.selangorku.my

ptptn

“Check your TNB meter”

Sinopsis :

Laporan Khas Selangorku melaporkan mengenai masalah rakyat yang dibebani dengan bil elektrik yang melambung tinggi sejak penukaran meter analog kepada digital yang didakwa masih banyak kelemahan sehingga membebankan penggunanya

Sila layari http://www.selangorkini.net untuk pelbagai video tontonan umum.

Malaysia negara koboi – Laporan Khas

Sinopsis

Laporan Khas Selangorku melaporkan kes tembakan yang semakin berleluasa di Malaysia. Malaysia umpama “Negara Koboi” apabila hampir setiap hari rakyat didedahkan dengan laporan tembakan didada akhbar dan kaca televisyen.

Saksikan Laporan Khas di http://www.selangorkini.net