Categories
SELANGOR

MDKL : Bersama Anak Yatim – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Rumah Anak yatim dan Asnaf As Solihin Kanchung Darat, Banting yang menempatkan hampir 60 orang anak-anak yatim dan asnaf menjadi lokasi pilihan Majlis Daerah Kuala Langat dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa Mesra Media bersama anak-anak yatim dan Asnaf bagi tahun 2013.

Jelajah Kasih Ramadan MPSJ 2013 – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Majlis Perbandaran Subang Jaya telah mengadakan program amal meraikan seramai 42 orang anak-anak yatim dari Baitul Hidayah. Anak-anak yatim ini turut dibantu membeli belah pakaian raya oleh puspanita MPSJ serta sukarelawan belia MPSJ bagi meringankan beban golongan yang tidak bernasib baik ini.

Sumbangan ini diusahakan oleh MPSJ dan beberapa badan koperat serta swasta.

Program amal yang telah bermula sejak 2007 ini merupakan antara usaha MPSJ ke arah mengujudkan pembangunan masyarakat Madani penduduk setempat.

Categories
SELANGOR

Operasi Roboh Kedai – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Satu operasi bersepadu telah dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang MPS setelah menerima aduan dari orang awam bahawa kegiatan perniagaan tepi jalan di kawasan tersebut telah mencetuskan kesesakan lalu lintas dan asa kurang senang penduduk setempat disebabkan kesukaran laluan untuk ke kediaman mereka.

Categories
SELANGOR

Tautan Kasih MBPJ – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) mengimarahkan bulan Ramadan kali ini bersama penduduk setempat dengan program silaturrahim dan tautan kasih dengan memberikan buah kurma sebagai tanda penghargaan.

Majlis dihadiri Datuk Bandar Petaling Jaya Datin Paduka Alinah Bt Ahmad serta Ahli-ahli majlis dan Pegawai-Pegawai kanan MBPJ.

Categories
SELANGOR

Operasi Rumah Urut Majlis Perbandaran Sepang – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Di Selangor, Sejak 2008 apabila pakatan Rakyat menguasai kerajaan, tidak ada satu pun lesen rumah urut di keluarkan. Namun kegiatan haram ini masih giat beroperasi kerana mendatangkan keuntungan segera yang lumayan kepada pengusahanya.

Tanpa menghiraukan risiko yang bakal menimpa, pengusaha rumah urut ini juga menggunakan pelbagai helah bagi mengaburi pihak berkuasa. Namun setelah pihak berkuasa tempatan membuat pemantauan akhirnya tembelang pengusaha haram ini dibongkar.

Categories
SELANGOR

Kebakaran Di Johan Setia – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Kebakaran hutan tanah gambut yang seluas 6.4 hektar dipercayai berpunca daripada membakaran yang sengaja dilakukan. Tujuan pembakaran tersebut dipercayai bagi mengembalikan kandungan baja didalam tanah.

Walaupun tindakan tersebut dianggap baik bagi tujuan pertanian namun kesan dari pembakaran ditanah gambut tersebut boleh mengundang kebakaran yang besar sekiranya tidak di pantau.

Ini di sebabkan kawasan tanah gambut mempunyai struktur tanah yang kering dan tidak menyimpan air. Ini memudahkan berlaku kebakaran. Tindakan tidak bertanggunjawab didakwa dilakukan oleh penanam-penanam nenas yang mengusahakan tanaman tersebut di kawasan ini.

Ops Tunda Kereta Bersama MPK – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Bahagian penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang MPK mengkompaun pemandu kereta yang meletakkan kenderaan dikawasan yang menghalang lalulintas dikawasan Bandar Baru Klang.

Walaupun banyak usaha penambahbaikan dilakukan oleh MPK namun sikap pentingkan diri dikalangan segelintir pemandu menyebabkan tindakan terpaksa diambil bagi memastikan lalu lintas sekitar bandar Klang berjalan lancar

Categories
NASIONAL SELANGOR

Krisis Air – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Krisis air di Selangor sering menjadi perbualan rakyat.Seperti mana yang kita tahu, air
merupakan sumber yang penting dalam kehidupan seharian. Dari permasalahan ini, peranan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dipertikaikan. Dimana tanggungjawab mereka dalam memberi perkhidmatan bekalan air yang terbaik di Selangor?

Categories
SELANGOR

Kebakaran Tanah Gambut Di Jalan Kebun – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Para penduduk taman perumahan yang terletak di Lorong Universiti Seksyen 30 Shah Alam merasa cemas apabila kawasan kebun kelapa sawit berhampiran taman perumahan itu terbakar.

Walaupun Kebakaran yang berlarutan selama 3 hari ini berjaya dikawal oleh pihak Bomba dan penyelamat namun faktor keadaan muka bumi yang yang bertanah gambut dan keadaan cuaca panas kering menyebabkan bara yang masih berada didalam tanah kembali merebak dan hampir mengancam keselamatan kawasan perumahan yang berhampiran.

Categories
SELANGOR

Kebakaran Tanah Gambut Di Kampong Johan Setia – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Kawasan Hutan di Kampong Johan Setia di Klang ini merupakan kawasan tanah gambut yang mudah terbakar apabila musim kering disebabkan tanahnya tidak mampu menyimpan air.

Kawasan tanah gambut juga berkebolehan menyimpan bara api dibawah permukaan tanah walaupun dipermukaan atasnya tidak meninggalkan sebarang kesan kewujudan api.

Categories
SELANGOR

Rumah Urut Majlis Perbandaran Selayang – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Taktik pemilik tiga buah premis rumah urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi berjaya dihidu penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan selepas mendapat maklumat dari orang awam.

Selain urutan refleksologi, tiga premis tersebut beroperasi tanpa lesen di bandar Rawang dan dipercayai menawarkan perkhidmatan urutan “Extra” seperti urutan batin serta layanan wanita.