Categories
SELANGOR

Kajang dilanda banjir! Adun temui MPKj, JPS cari penyelesaian

Oleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 SEPT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan pertemuan empat mata bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) bagi mencari penyelesaian banjir di kawasan berkenaan.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, pihaknya telah menerima makluman daripada penduduk bahawa sesetengah kawasan di Bandar Kajang telah mengalami banjir kilat pada petang hari Isnin 29 September lalu berikutan hujan lebat di Kajang.

“Saya akan mengusahakan pertemuan empat mata di antara pihak pejabat ADN Kajang, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) bagi membincangkan masalah dan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang berkenaan isu banjir kilat di Kajang.

“Selain itu, pihak pejabat Adun Kajang akan bekerjasama dengan unit taskforce MPKj untuk memantau dan mengambil langkah proaktif sekiranya kejadian banjir kilat seperti ini berulang lagi,” katanya.

Beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dan Kampung Sungai Kantan dilanda banjir kilat selepas hujan lebat lebih sejam pada petang Isnin.

Hujan lebat yang bermula kira-kira jam 4 petang itu mengakibatkan banjir berulang di kawasan sama selepas insiden berkenaan pernah berlaku 10 bulan lalu.

Beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak ahli majlis, pegawai MPKj dan pegawai JPS kerana telah bertungkus lumus untuk membersihkan kawasan yang dilanda banjir kilat.

“Syabas diucapkan atas tindakan segera yang diambil untuk menangani kejadian banjir kilat di Bandar Kajang,” ujar beliau lagi.

HM

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat patut percepat bantu mangsa banjir bukan tunggu hingga 4 bulan

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 14 JAN: Kerajaan Pusat patut bertindak adil dan pantas dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman dengan tidak berselindung di sebalik gimik politik.

Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, berkata antara ciri kebajikan adalah memberi ketika penerimanya berada dalam situasi memerlukan dan mempermudahkan urusan mereka.

Katanya, menyusahkan mangsa banjir dalam berurusan ibarat menambah batu kepada beban yang sedia digalas.

cap-keris“Kerajaan Terengganu dan Pusat mempunyai jentera pengurusan dan pentadbiran mencukupi untuk menguruskan semua ini.

“Kalau waktu Pilihanraya Kecil, biasa dilihat kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh masuk ke kampung-kampung, rumah ke rumah bagi mengagihkan bantuan ‘mi segera’ dalam tempoh kempen 10 hari atau 2 minggu,” kata Dr Azman dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata mangsa banjir mengeluh dengan karenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan segera yang mengambil masa yang agak lama.

“Kena pergi jumpa JKKK untuk ambil borang, lepas tu kena pergi pula Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan pengesahan nama.

Kupon“Kemudian kena balik semula untuk dapatkan tandatangan JKKK akhir sekali kena pergi beratur di padang dari pagi sampai petang.

“Ada yang dapat barang tetapi ada yang cuma dapat baucar yang memaklumkan barangan akan diberi bulan April nanti,” kata beliau.

Dr Azman berkata, itu adalah keluhan mangsa banjir di Terengganu untuk mereka mendapatkan bantuan berupa TV, dapur, tilam, bantal dan peti sejuk yang dilekatkan dengan logo 1Malaysia, logo alat penimbang dan logo keris.

“Tak kan lah nak uruskan pembahagian TV, dapur, tilam dan peti sejuk sampai ambil masa tiga, empat bulan. Kecuali kalau di sebalik pemberian bantuan untuk rakyat ini, ada tangan- ghaib ‘di sebalik peti sejuk’ yang bersedia untuk mengenggam habuan.

“Mangsa banjir pula sebahagian besar mereka berada dalam situasi ‘total lost’ dan sangat memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan,” kata beliau.

Dr Azman IbrahimKatanya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada jentera bantuan banjir PAS dari awal mengagihkan periuk nasi elektrik (rice cooker) di samping barangan makanan kepada mangsa terlibat secara agihan terus rumah ke rumah tanpa mangsa banjir perlu ke sana ke mari bagi mendapatkan pengesahan itu dan ini yang menjengkelkan.

“Mangsa banjir pula bukannya tak dikenali kecuali kalau pemimpin Umno memang tak turun padang menyelami masalah rakyat, memang mereka tak akan kenal.

“Bermakna, kalau mangsa banjir nak tunggu dapur agihan Umno untuk buat memasak, jawabnya kebulur dululah rakyat, apa lagi yang terpaksa tunggu sehingga bulan April.

“Bantuan itu pula hak siapa? Kalau hak Umno, kenapa libatkan JKM? Kalau hak kerajaan, kenapa ada logo penimbang dan keris? Jangan lembu punya susu, sapi punya nama,” kata beliau.

EZY

Categories
SELANGOR

MDHS semak sistem longkang atasi banjir kilat

HULU SELANGOR 13 JAN : Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan menyemak semula kesemua sistem longkang di kawasan Bukit Sentosa bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku terutamanya ketika hujan lebat.

Yang Dipertuanya, Tukiman Nail berkata, pihaknya juga akan terus mengadakan perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertanggungjawab membuat longkang di kawasan terbabit.

MDHSKatanya, reka bentuk longkang dibuat JKR sementara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) jua mempunyai sistem takungan air yang akan dilepaskan secara terkawal.

“Dahulu kawasan kedai yang dibangunkan mempunyai longkang sendiri tapi apabila ada pembangunan perumahan, longkang terpaksa dikongsi bersama hingga menyebabkan risiko banjir dan ini perlu disemak.

“Kita akan dapatkan perkembangan mengenai longkang tersebut dan saya minta ia dibuat memandangkan ia merupakan kawasan jalan utama,” katanya yang ditemui di Majlis Kesyukuran Kemenangan Perumahan Daisi pada Program Indah Persekitaran 2013.

Beliau berkata demikian bagi mengulas masalah banjir yang sering berlaku di Jalan Meranti 2A, Bukit Sentosa di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil perbincangan MDHS dengan pihak pemaju, masalah banjir itu didapati berlaku kerana longkangnya yang terlalu kecil hingga menyebabkan air melimpah memasuki longkang di kawasan itu.

“Sebenarnya longkang yang ada itu merupakan longkang tadahan sahaja.

“Sekarang, kita berjaya kenal pasti masalah, maka kita akan minta pemaju untuk ambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah itu,” katanya lagi dipetik Sinar Harian.

Categories
NASIONAL

Bantuan jutaan ringgit untuk bencana luar negara tetapi Kuantan?

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 27 DIS: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melahirkan kekecewaan dengan sikap kerajaan pusat yang dilihat bertindak lebih pantas ketika menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit terhadap mangsa bencana alam di luar negara berbanding bantuan di Kuantan.

“Kita lihat apabila berlaku bencana di negara lain, baik kerajaan sendiri atau badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kerajaan begitu cepat menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit.

fuziahsalleh“Kalau ada bencana di luar negara cepat sahaja bantuan dihulurkan tetapi dalam isu banjir di Kuantan kita masih belum dengar pengumuman bantuan yang besar. Kita bimbang penduduk Kuantan dianaktirikan hanya disebabkan idealogi politik,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Dalam beberapa siri kejadian bencana alam di luar negara, lazimnya kerajaan bersedia menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai, minuman, makanan, selimut, pegawai perubatan, anggota keselamatan dan sukarelawan lain daripada NGO berkaitan kerajaan.

Kelab Putra Satu Malaysia (KP1M) turut menghantar sukarelawan yang dilengkapi doktor dan pelbagai kelengkapan lain melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana di beberapa negara seperti bencana Taufan Haiyan di Filipina dengan menelan kos perbelanjaan yang tinggi.

Pemergian sukarelawan kelab itu juga mendapat perhatian khas daripada kerajaan dengan diiringi pasukan keselamatan dan dibawa dengan menggunakan pesawat khas Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

Walaupun usaha murni itu dialu-alukan, namun situasi seperti itu tidak berlaku ketika penduduk Kuantan sedang menghadapi bencana banjir apabila kelibat sukarelawan kelab yang dipengerusikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu langsung tidak kelihatan.

Kebanyakn mangsa banjir ketika itu terpaksa menyelamatkan diri sendiri sama ada dengan bantuan orang ramai atau bantuan daripada Jabatan Amal PAS dari luar Pahang.

Jabatan Amal yang lebih gemar tidak menonjolkan diri dengan sebarang publisiti memainkan peranan cukup penting daripada awal banjir sehingga ke peringkat membantu penduduk membersihkan kediaman selepas banjir.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Fuziah bakal jalin kerjasama dengan UAE, pastikan bantuan banjir adil dan telus

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 26 DIS: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan berhubung secara terus dengan Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi memastikan mangsa banjir di Kuantan tidak dipinggirkan dalam pengagihan bantuan yang disalurkan kerajaan negara itu.

Katanya, tindakan terbabit diambil ekoran wujudnya kemungkinan bantuan berkenaan dengan sengaja tidak disalurkan secara adil dan telus hanya disebabkan Kuantan dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

“Saya akan menjalinkan kerjasama dengan UAE untuk memberikan penerangan sebenar yang berlaku iaitu Kuantan adalah kawasan paling teruk terjejas dilanda banjir kerana mereka mungkin tidak mempunyai maklumat sebenar.

Fuziah Salleh“Tindakan ini diambil kerana kenyataan asal bantuan itu disalurkan untuk mangsa banjir di Pekan, Pahang dan Kelantan, manakala Kuantan tidak disebut,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Selain itu, Fuziah juga khuatir terhadap mekanisma pengagihan bantuan yang tidak telus sehingga menyebabkan golongan menangguk di air keruh mengambil keuntungan peribadi dalam menguruskan bantuan terbabit.

“Bantuan ini akan digunakan untuk membina rumah dengan membeli bahan binaan daripada pasaran tempatan yang mungkin akan membabitkan berapa ramai orang tengah yang cuba mengaut keuntungan.

“Bila rumah sudah siap nanti, kita tidak mahu kos sebuah rumah yang sepatutnya RM30 ribu hingga RM40 ribu tetapi mencecah hingga RM70 ribu dan ini yang saya bimbangkan,” katanya.

Fuziah berkata, perbuatan golongan tidak bertanggungjawab itu juga akan menyebabkan mangsa banjir sebenar tercicir daripada mendapat bantuan yang seharusnya mditerima.

Sebelum ini, Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan mengarahkan supaya kerajaan negara itu memperuntukkan AS$10 juta (RM32.5 juta) bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia, baru-baru ini.

Bantuan terbabit berbentuk keperluan asas seperti kediaman yang diperoleh daripada pasaran tempatan dan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Malaysia.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MPS pantau kawasan mudah banjir di Rawang

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 25 DIS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan pihaknya akan membuat pemantauan dari masa ke semasa di beberapa kawasan di Rawang yang berisiko tinggi dilanda banjir.

Tindakan itu diambil setelah banjir kilat serta insiden bencana alam berlaku beberapa kawasan di pekan itu awal pagi semalam.

mpsPegawai Perhubungn Awam MPS, Azhar Che Salleh, berkata dalam kejadian pagi semalam, MPS telah mengerah anggota dari unit Penguatkuasa dan Jabatan Kejuteraan ke tempat kejadian.

“Sebaik MPS dimaklumkan tentang kejadian tersebut, sekurang-kurangnya 30 anggota yang dibahagikan kepada dua kumpulan ditugaskan turun membantu pasukan keselamatan dan jabatan yang terlibat.

“Selain Jabatan Kejuruteraan meninjau keadaan sistem saliran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), anggota penguatkuasa juga membantu pasukan keselamatan lain mengawal lalu lintas dan menolak kenderaan yang terkandas di dalam banjir,” jelasnya ketika dihubungi Selangor Kini.

Hasil tinjauan Jabatan Kejuruteraan MPS bersama JPS disalah satu kawasan yang dilanda banjir mendapati limpahan air hujan tidak mengalir sempurna.

banjir rawang2“Dari makluman awal yang diperolehi, kejadian banjir di Taman Garing adalah berpunca dari kegagalan aliran air.

“Sebelum ini JPS telah melantik kontraktor untuk menambah baik saliran. Namun, kerja-kerja tersebut masih belum lagi siap sepenuhnya. Tidak sangka pula banjir sebegini akan berlaku,” katanya.

Bagaimana pun, MPS sedang berkerjasama dengan JPS untuk mengkaji punca sebenar dan akan disusuli dengan satu laporan lengkap berhubung kejadian itu kemudian.

EZY

Categories
SELANGOR

Rawang banjir, Kerajaan Negeri sedia hulur bantuan

Oleh: Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 24 DIS : Bantuan kepada mangsa banjir kilat yang berdepan insiden bencana alam awal pagi tadi di sekitar bandar Rawang akan disalurkan secepat mungkin.

Adun Rawang, Gan Pei Nei, berkata sumbangan berkenaan adalah bagi meringankan beban mereka yang terlibat untuk membersihkan kediaman masing-masing sejurus selepas kejadian itu.

gan pei nei pc white 01Beliau berkata pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Gombak bersama-sama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) juga sudah diarahkan untuk membuat pemantauan dari masa ke masa.

“Walaupun kejadian ini adalah di luar kawalan, tetapi pihak JPS dan MPS sudah diarahkan untuk turun padang bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Satu laporan lengkap akan disusuli kemudian supaya kita dapat pantau dan sediakan kemudahan infrastruktur yang diperlukan bagi mencegah kejadian itu.

“Tetapi tumpuan kita sekarang adalah untuk membantu mangsa dengan menghulurkan bantuan kepada mereka bagi kerja-kerja pembersihan rumah,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Pei Nei berkata, insiden kali kedua yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan di bandar Rawang itu adalah antara yang terburuk pernah dicatatkan.

banjir rawang2Ekoran kejadian itu katanya lebih 22 buah rumah dimasuki air selain turut menjejaskan beberapa buah kawasan antaranya Kampung Sungai Bakau dan Aeon Rawang.

Beliau berkata ia dipercayai berpunca daripada limpahan air di Sungai Pajang dan Sungai Gong berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

“Saya dimaklumkan kawasan yang terkena banjir adalah di kawasan lebih rendah dan bersangkutan dengan satu sungai yang mengalir di Bandar Country Holmes iaitu Sungai Pajang dan Sungai Gong.

“Difahamkan kawasan ini adalah rizab JPS yang mempunyai binaan strukur yang menghalang pengaliran air di mana bila hujan lebat air tidak dapat mengalir dengan lancar,” katanya lagi.

Justeru katanya satu pelan tindakan akan diambil untuk mengenalpasti punca kejadian bagi memastikan insiden sama tidak terus berulang.

“Kita akan susuli dengan pelan tindakan untuk mengenalpasti punca kejadian kerana kawasan ini sekarang pesat membangun.

“Kita mahu pastikan kemajuan itu mesti dilengkapi dengan sistem saliran yang baik supaya isu ini dapat dielakkan,” katanya.

banjir rawang1Ribuan penduduk di sekitar Rawang dekat sini hari ini terkandas akibat banjir kilat, terutama berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang.

Difahamkan air mula naik kira-kira pukul 6 pagi tadi dan surut selepas kira-kira empat jam kemudian.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Selangor arah PBT buat persiapan awal hadapi banjir.

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 18 DIS: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta membuat persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir di negeri itu dengan menyelia pusat pemulihan dan bekalan makanan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri komited untuk mengatasi kejadian banjir di beberapa kawasan di negeri itu yang menyusahkan rakyat akibat kehilangan harta benda dan mengancam keselamatan orang ramai.

MB Pc EXCO 13FEB 2013 01Katanya, Kerajaan Selangor pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 2 Januari 2013 meluluskan Projek Tebatan Banjir di Sri Serdang berjumlah RM8.470 juta kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya.

“Ia adalah untuk projek menaik taraf sistem perparitan manakala RM7.7 juta diluluskan untuk membina rumah pam, menaik taraf kolam takungan, menaik taraf sistem saliran dalaman dan kerja-kerja mendalamkan Sungai Kuyoh.

banjir-dengkil-06“Kerajaan Negeri akan memantau semua projek-projek tebatan banjir untuk memastikan dana yang diperuntukkan itu dibelanjakan dengan betul dan memberi manfaat kepada rakyat,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini,hari ini.

Katanya, Pasukan Tindakan Segera Negeri Selangor (Skuad Pantas) juga diarahkan bersiap sedia untuk membantu agensi keselamatan lain dalam mengendalikan mangsa banjir dan kes kecemasan yang lain.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Ambil alih tanah untuk lebar sungai atasi banjir

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 18 DIS: Kerajaan Selangor mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian bekerjasama dengan pejabat tanah berkaitan untuk mengambil tanah sesuai bagi projek pelebaran sungai mengelakkan kejadian banjir di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri mengenal pasti antara sebab banjir kilat di beberapa kawasan disebabkan sistem pengairan tidak betul dan kekurangan kelebaran sungai.

MB SUK greyKatanya, usaha melebarkan sungai sukar dijalankan kerana terdapat penempatan dan tanah yang diberi hakmilik bersebelahan rezab sungai.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diarahkan supaya mengenal pasti kawasan sesuai di seluruh Selangor untuk dijadikan kolam tadahan air.

“Tanah ini akan diambil alih Kerajaan Negeri jika perlu kerana usaha ini untuk kepentingan serta keselamatan rakyat,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Abdul Khalid berkata, JPS diminta memasukkan arahan ini sebagai antara agenda penting dalam Pelan Pencegahan Banjir seluruh Selangor yang dirangka dan sedang dilaksanakan JPS di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

banjir dengkil 06Katanya, RMK-10 bermula 2011-2015, JPS memohon sebanyak RM774.6 juta di bawah Program Pengurusan Banjir dan Menaiktaraf Saliran dengan RM93 juta diluluskan Kerajaan Persekutuan manakala RM567 juta dari Kerajaan Negeri.

“Menerusi pertemuan dengan JPS pada minggu lalu, JPS memaklumkan dalam RMK-10, sebanyak 246 projek tebatan banjir dirancang dengan 79 dalam perancangan, 88 ikut jadual dan 31 siap dibina,” kata Abdul Khalid.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat patut hantar ATM bantu mangsa pasca banjir

Oleh : Mohd Ezli Mashut

IMG-20131213-WA027SHAH ALAM 14 DIS : Kerajaan Pusat patut mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Kuantan, Paya Besar, Kemaman dan Pekan di kawasan lokasi sudah surut air banjir bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan bantuan tenaga bagi membersih lumpur dan membaiki rumah yang rosak.

Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa, berkata berdasarkan pengalaman lalu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpaksa mengambil masa tiga sehingga ke empat bulan untuk membersihkan longgokan sisa banjir.

Katanya, komitmen dan keprihatinan pihak Kementerian Pertahanan Malaysia diharapkan bagi meringankan bebanan mangsa banjir atas prinsip kemanusiaan dan tanggungjawab kepada rakyat secara profesional, adil dan saksama.

“Situasi mangsa-mangsa banjir terutama di Kuantan, Paya Besar, Kemaman dan sangat menyedihkan selepas surutnya air banjir.

banjir lumpur“Bukan sahaja mangsa banjir mengalami trauma banjir luar biasa, namun kondisi mereka lebih tertekan apabila air surut , dengan bencana banjir merosakkan harta benda dan rumah mereka dipenuhi oleh lumpur,” kata beliau dalam satu kenyataan selepas menghantar memorandum kepada pihak Kementerian Pertahanan semalam.

Katanya, JINGGA 13 Malaysia juga menghantar sukarelawan ke beberapa lokasi banjir di Pahang, Terengganu dan Johor bagi membantu mangsa banjir mendapati kesengsaraaan mangsa banjir selepas air surut terutama warga tua untuk membersih , mengangkat perabot dan barangan elektrik yang sudah rosak.

“Usaha membantu membersih rumah mangsa sekarang ini dilakukan NGO, ahli-ahli parti politik dan individu yang prihatin, namun terdapat pelbagai kesukaran terutama kekurangan tenaga serta peralatan disebabkan terlalu banyak rumah mangsa terlibat.

“Dipohon Kementerian Pertahanan Malaysia mengambil sikap positif dengan segera menghantar anggota ATM ke tempat berkenaan yang memerlukan bantuan,” kata beliau.

EZY

Categories
SELANGOR

Masyarakat digalak bantu mangsa bencana – Rodziah

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 14 DIS : Masyarakat terutama rakyat Selangor digalak mengambil peluang membantu masyarakat di seluruh pelusuk negeri terutama yang ditimpa bencana alam seperti banjir, baru-baru ini.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata kerajaan negeri menyambut baik usaha sesetengah pihak yang begitu proaktif terhadap isu kebajikan dan misi bantuan secara sukarela.

rodziah pc green 20 jul 01Beliau berkata, bantuan itu tidak semestinya berbentuk wang ringgit, tetapi ia juga boleh dilakukan melalui kerahan tenaga.

“Kerajaan negeri berbesar hati ada pihak terutama anak muda yang begitu proaktif dengan isu kebajikan dan misi bantuan tanpa menunggu arahan daripada atasan.

“Hal ini memang menjadi hasrat yang ingin kita bangunkan untuk rakyat Selangor membabitkan kebajikan. Kerajaan negeri seronok melihat kesanggupan mereka untuk membantu,” katanya ketika merasmikan Misi Bantuan Kemanusiaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di sini, semalam.

Katanya, kerajaan negeri sudah menggerakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan sebagai persediaan jika berlaku banjir di Selangor.

“Kita pergiatkan pasukan keselamatan sebagai persediaan untuk menghadapi banjir jika berlaku di negeri ini. Kiita turut menyediakan kemudahan peralatan dan menghantar sukarelawan di beberapa buah negeri untuk kerja pembersihan,” katanya.

-NFN-

Bantuan banjir di Pantai Timur

Sinopsis:

200 petugas ditugaskan di Pahang dan Terengganu bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir.