Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Bila pemimpin telus, rakyat dapat habuan

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 7 JULAI: Bonus dan insentif adalah perkara ‘favourite’ setiap kakitangan tidak kira swasta mahupun kerajaan, malah kemunculannya dinanti saban tahun.

Yang membezakannya adalah jumlah kerana ia bergantung kepada budi bicara majikan masing-masing.

Tetapi, umum mengetahui mereka yang berkhidmat bersama Kerajaan Persekutuan tidak menerima habuan lumayan meskipun Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) saban tahun menuntut penjawat awam diberikan bonus sebulan gaji.

Himpunan-Bulanan-Penjawat-Awam-host-MBSA-MB-Azmin-Bonus-ASRI-3Situasi itu berbeza dengan kakitangan awam Selangor yang berada di bawah pentadbiran Pakatan kerana sejak 2008, belum pernah berita kecewa disampaikan.

Tahun ini paling bermakna buat 17,582 penjawat awam Selangor apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bermurah hati memberi bonus sebulan setengah gaji termasuk peningkatan elaun perumahan, pada 1 Julai lalu.

Bukan itu sahaja, penjawat awam turut menerima kenaikan tahunan berganda bagi 2016 sebagai menghargai komitmen dan prestasi cemerlang mereka.

Ekoran itu, penjawat awam Gred 41 dan ke bawah akan menerima RM300 sebagai elaun perumahan, peningkatan RM120 daripada jumlah bulanan semasa sebanyak RM180.

Hadiah itu susulan kejayaan pentadbiran Mohamed Azmin meningkatkan tabungan negeri daripada RM3.3 bilion kepada RM4.1 bilion, sekali gus membuktikan Selangor berada pada tahap terbaik ketika ini.

Sudah pastilah kakitangan Kerajaan Selangor tersenyum lebar diraikan sebegitu besar, lebih-lebih lagi imbuhan itu diberikan ketika menjelangnya Syawal.

Bonus-Raya-2016-604x270Siapa tidak kembang hati melihat akaun bank masing-masing dimasukkan bonus raya satu setengah bulan, paling tinggi pernah dibayar Kerajaan Negeri.

Pastinya, penjawat awam di Putrajaya berasa cemburu kerana belum pernah mereka diraikan sebegitu oleh Kerajaan Persekutuan.

Tetapi, tahukah mereka bonus ‘kencang’ boleh diberikan kepada penjawat awam Selangor ekoran sikap berjimat Kerajaan Negeri dalam menguruskan rizab untuk dikembalikan kepada rakyat.

Memetik kenyataan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Yaakob Sapari di Facebook, beliau berkata
Kerajaan Selangor sebenarnya tidaklah sekaya mana jika dibandingkan dengan Terengganu atau Sarawak yang memiliki hasil minyak.

Katanya, belanjawan Selangor hanya RM 2.2 billion setahun untuk 5.6 juta penduduk dengan 50 peratus daripadanya bagi perbelanjaan mengurus, termasuk membayar gaji kakitangan awam dan bakinya untuk pembangunan.

“Disebabkan amalan berbelanja secara berhemah dan telus, Kerajaan Negeri dapat berjimat di samping meningkatkan hasil negeri.

YAAKOB“Sebagai contoh, Kerajaan Negeri dapat berjimat sehingga 15 peratus melalui tander terbuka. Bagi setiap tander bernilai RM1 juta, tender akan masuk dengan harga RM850,000.

“Justeru, untuk RM1 billion tender pembangunan, kerajaan mampu berjimat sehingga RM150 juta,” katanya.

Yaakob berkata, berdasarkan penjimatan itu, Kerajaan Negeri berupaya memulangkan semula kepada kakitangan awam dalam bentuk satu setengah bulan bonus raya.

Katanya, peningkatan imbuhan itu turut didorong gaya hidup sederhana pemimpin Selangor.

“Seandainya pemimpin negeri hidup mewah seperti zaman Barisan Nasional (BN) dulu, pastilah hasil negeri akan susut.

“Yang mewah adalah pemimpin, tetapi kakitangan awam hanya menjadi orang suruhan. Tahniah Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar,” katanya.

Kesimpulannya, Putrajaya juga mampu mengikut jejak langkah Kerajaan Selangor, asalkan pemimpinnya bijak menjalankan tadbir urus baik.

Bila pemimpin telus, rakyat pasti nikmati habuan.

-AA-

Categories
SELANGOR

MB: Bonus lebih tinggi jika berjaya tingkat hasil

Oleh: NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 9 NOV: Kerajaan Selangor tidak teragak-agak membayar bonus lebih tinggi berbanding sebulan setengah gaji dibayar tahun ini sekiranya berjaya memungut hasil memberangsangkan pada tahun hadapan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata bonus dibayar Kerajaan Negeri itu merupakan bayaran bonus tertinggi berbanding Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri lain.

“Kejayaan ini tak dapat dicapai tanpa pengorbanan anggota perkhidmatan awam dan saya nak ucapkan rasa gembira Kerajaan Negeri apabila kakitangan awam beri komitmen menjayakan polisi Selangor.

Penyerahan Tong Sampah kepada PBT di MPAJ - MB (7)“Sebab itu kita berikan bonus sebulan setengah. Sebulan kita dah bayar dan dah habis pun tetapi kalau dibandingkan Kerajan Persekutuan RM500 sahaja dan negeri lain pula cuma setengah bulan sahaja,” kata Mohamed Azmin.

Katanya, walaupun pada 2016 dijangkakan belanjawan defisit RM600 juta tetapi beliau percaya kewibawaan kakitangan awam mampu menjadikan belanjawan surplus.

“Kalau duit banyak kita boleh bagi bonus lagi besar. Tunggu dan lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Pembekalan Tong Sampah Percuma Kepada Pihak Berkuasa Tempatan Selangor di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini, hari ini.

Ketika mengulas isu sama, Mohamed Azmin berkata, ketika ini Kerajaan Negeri menetapkan tanda aras perlu dicapai setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Galian di setiap daerah.

“Kita ada tanda aras ditetapkan bagi hasil semasa PBT perlu mengutip 95 peratus dan bagi tunggakan kita harapkan 90 peratus dan kita dah lihat rekod tahun ini apabila mereka bekerja kuat meningkatkan hasil.

“Hasil dikutip PBT dan pejabat daerah positif contohnya kita jangka hasil pada 2015 adalah RM1.9 bilion tetapi kakitangan kita kutip RM2.2 bilion sebab itu belanjawan defisit 215 jadi belanjawan surplus,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Bonus sebulan setengah gaji bagi penjawat awam Selangor

SHAH ALAM 30 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bonus satu bulan setengah kepada penjawat awam negeri itu.

Bagaimanapun, pembayaran sebulan gaji sudah dibuat pada Mei lalu dan selebihnya akan dibayar pada 17 Disember akan datang.

Bonus Bajet 2016Tarikh itu dipilih dengan mengambil kira sesi persekolahan baru 2016 pelajar sekolah.

“Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penjawat awam yang telah bertungkus lumus meningkatkan hasil untuk membiayai pembangunan demi kemakmuran rakyat Selangor,” kata Mohamed Azmin.

Pembayaran bonus itu melibatkan implikasi kewangan RM44.1 juta daripada Belanjawan Selangor yang dibentangkan hari ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Aidilfiri: Kakitangan UNISEL terima bonus sebulan gaji

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 JUL: Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM2,68 juta bagi pemberian imbuhan tahunan sempena Aidilfitri membabitkan sebulan gaji kepada 887 kakitangan Universiti Selangor (UNISEL).

Exco Pendidikan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pemberian itu bagi menghargai perkhidmatan semua kakitangan UNISELselain memberi motivasi kepada warga kerja universiti milik Kerajaan Negeri itu.

YB Nik Nazmi memberi ucapan ketika Wacana Intelektual“Pemberian sebulan bonus ini susulan pengumuman Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkenaan pemberian imbuhan tahunan kepada semua penjawat awam Selangor bagi menghargai khidmat mereka.

“Ia juga antara usaha mencapai matlamat Kerajaan Negeri yang mengetengahkan teras Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli,” katanya pada sidang media di UNISEL, Kampus Shah Alam, di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad pula mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangannya kerana memberi khidmat cemerlang walaupun turut terbeban dengan masalah kenaikan harga barangan dan petrol.

“Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri atas bantuan itu dan saya harap selepas ini akan banyak lagi bantuan disalurkan seperti membangunkan prasarana,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bonus: Ahli Majlis MBPJ berlapang dada keputusan Kerajaan Negeri

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 MAC: Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima dengan hati terbuka keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkenaan pembayaran bonus kepada mereka dan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

Ahli Majlisnya, Azri Mohamad Arish berkata, walaupun terdapat di dalam peraturan berkenaan cadangan boleh dilakukan berhubung pembayaran itu tetapi pihaknya menerima baik apa juga keputusan MMKN.

_DSC9968“Kita akur keputusan yang dibuat walaupun sebenarnya ia sesuai. Apa dibentangkan dalam kertas cadangan adalah pencapaian dalam lima tahun dan memang MBPJ menunjukkan peningkatan.

“Memang munasabah kakitangan mendapat ganjaran daripada hasil kerja ditunjukkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Ahmad Akhir Pawan Chik pula berkata, MBPJ hanya mencadangkan kepada MMKN dan pihak terbabit berhak membuat sebarang keputusan sama ada menerima atau menolak.

“Bagi saya tidak diluluskan bukan masalah. Apa dicadangkan adalah mengikut prestasi MBPJ secara keseluruhan dan bukan prestasi kakitangan.

MBPJ“Mengikut laporan Merdeka Centre, segala kerja termasuk aduan penduduk hampir 78 peratus berjaya diselesaikan maka ia tidak teruk sangat,” kata Ahli Majlis MBPJ itu.

Seorang lagi Ahli Majlis, Shatiri Mansor berkata, segala keputusan MMKN perlu diterima secara baik.

“Kita merasakan amat perlu diberikan bonus kepada pekerja yang membantu MBPJ memberikan perkhidmatan cemerlang. Bagaimanapun, apabila keputusan sudah dibuat MMKN maka kita kena terima dan akur kerana Kerajaan Negeri yang berhak membuat kata putus,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tolak cadangan bonus 3 bulan MBPJ, keputusan Kerajaan Negeri wajar

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu akur dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung pembayaran bonus satu bulan gaji kepada ahli majlis dan kakitangannya.

Adun Taman Medan, Haniza Mohd Talha berkata, keputusan MMKN itu dianggap wajar kerana berpandukan amalan dibuat Kerajaan Negeri selama ini.

Bajet MBPJ“MBPJ kena akur dengan keputusan itu. Kerajaan Negeri sendiri tidak beri bonus sehingga tiga bulan.

“Adalah tidak wajar MBPJ melangkaui Kerajaan Negeri dengan cadangan itu,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Haniza berkata, ganjaran wajar diberikan berpandukan hasil kerja cemerlang dipamerkan ahli majlis dan kakitangan, selain mengambil kira kepuasan hati masyarakat.

haniza“Yang sebaiknya adalah kita memberi insentif apabila mereka menunjukkan prestasi cemerlang,” katanya.

Baru-baru ini, MMKN menolak cadangan MBPJ untuk memberi Ganjaran Khas Prestasi Majlis 2014 tiga bulan gaji kepada ahli majlis dan kakitangannya.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, bagaimanapun MMKN bersetuju dengan ganjaran satu bulan kepada kakitangan MBPJ tertakluk kepada syarat ketat penilaian prestasi menyeluruh.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pemberian bonus kakitangan awam perlu ditaut prestasi kerja

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 OKT: Pemberian bonus kepada kakitangan sektor awam ketika ini dianggap tidak memberi kesan signifikan keatas produktiviti dan mutu perkhidmatan.

Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata pemberian yang lazimnya diumum dalam belanjawan tahunan atau menjelang musim perayaan diberi sama-rata tanpa mengambil-kira prestasi kerja, lantas menyebabkan perbelanjaan Kerajaan meningkat tanpa timbal-balik untuk rakyat.

rosli“Pertama, pada masa sekarang, kalau umum sebulan, semua dapat sebulan. Kedua jumlah bonus sebulan bukanlah suatu jumlah yang besar sebenarnya dan ketiga tak dikaitkan dengan prestasi.

“Sudah tiba masanya bayaran bonus dibuat berdasarkan prestasi semasa kakitangan awam ini. Contohnya wujudkan jumlah minima sebulan gaji dan maksima mungkin sehingga dua bulan gaji.

“Ini bermakna semua orang dapat bonus tetapi jumlah bayarannya bergantung kepada prestasi masing-masing. Kalau dia kerja bagus dia dapat bayaran bonus lebih,” kata Dr Rosli.

Beliau bagaimanapun menyarankan Kerajaan mewujudkan satu mekanisma penilaian permarkahan yang telus terlebih dahulu bagi mengelakkan budaya membodek dikalangan penjawat awam.

Tanpa mekanisma itu, prestasi sesetengah penjawat awam akan kekal di takuk lama walaupun menerima bayaran bonus dan juga pelbagai insentif lain daripada Kerajaan dengan menggunakan dana awam.

Categories
NASIONAL

Kerajaan P.Pinang beri bonus setengah bulan gaji, minimum RM600

GEORGETOWN 4 JULAI: Penjawat awam kerajaan negeri Pulau Pinang akan mendapat bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

mahkamah syariah-pinang-guan engKetua Menteri, Lim Guan Eng berkata keputusan pemberian bonus itu dibuat selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Pembayaran bonus itu akan dibuat sebelum hari raya ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini dipetik Bernama.

Categories
SELANGOR

Rakyat puji kecekapan Abdul Khalid urus Selangor, mampu beri bonus sebulan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 JUL: Pengumuman pemberian bonus Aidilfitri sebulan gaji kepada kakitangan awam Selangor oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disambut baik golongan itu.

Kebanyakan mereka melahirkan kegembiraan atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu membuat persiapan menyambut Aidilfitri hujung bulan ini.

Dalam tinjauan laman sosial Facebook Abdul Khalid, kakitangan awam berkongsi kegembiraan terbabit, bahkan kegembiraan itu turut diluahkan masyarakat luar Selangor.

mb khalid pelabuhan klang calon 01Tidak kurang juga yang membandingkan bonus Kerajaan Negeri itu dengan pemberian saguhati RM500 daripada Kerajaan Pusat.

Guru KAFA, Nordiana Kasmir mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan menganggap pengumuman itu adalah berita baik bagi semua kakitangan awam.

“Alhamdulillah, berita baik unttk semua penjawat awam dan bagi kami guru KAFA selangor,” katanya.

Bagi Buana Mahawangsa pula, pemberian bonus setiap tahun oleh Kerajaan Negeri itu menunjukkan hasil perubahan terbaik rakyat Selangor yang dilakukan bermula Pilihan Raya Umum 2008 (PRU-8).

“Terbaik…semenjak merdeka, hasil perubahan di pilihan raya umum 2008 oleh rakyat selangor,” katanya.

Penduduk Bukit Botak 02Manakala, Mohamad Yazid Mohamed pula mengucapkan tahniah kepada rakyat Selangor kerana mempunyai pemimpin yang memperjuangkan kebajikan rakyat.

“Aku orang Johor ni tidak tahu bila boleh dapat pemimpin macam di Selangor….Tahniah pada rakyat Selangor yang miliki pemimpin yang perjuangkan untuk rakyat…moga Allah merahmati dan beri barakah ke atas sekalian daripada kita,” katanya.

Datuk NurZhani Harun pula yakin di bawah pentadbiran Abdul Khalid, Selangor mampu menjana lebih banyak keuntungan pada negeri itu.

“Alhamdulillah walaupun saya bukan kakitangan Kerajaan Selangor tapi saya yakin di bawah pemerintahan Tan Sri mampu menjana lebih banyak keuntungan kerana walaupun saya tidak pernah bekerja engan beliau tetapi saya tahu beliau adalah seorang yang amat berhati-hati di dalam soal perbelanjaan dan urusan yang membabitkan kewangan,” katanya.

Sementara itu, Rusydi Kudus Abdullah menganggap saguhati RM500 yang diberikan Kerajaan Pusat diibaratkan sebagai wang ihsan dan gula-gula seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

mbsi“Ingatkan bonus sebulan gaji rupanya wang ihsan RM500. Macam gul-gula BR1M, Najib bagi kepada penjawat awam, bagi RM500 tetapi dia ‘balun’ berbilion,” katanya.

Semalam, Abdul Khalid mengumumkan pemberian bonus itu kepada kakitangan awam dengan peruntukan RM32.7 juta oleh Kerajaan Negeri.

Bonus itu diberikan ekoran laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil dari tahun lalu sehingga 30 Jun 2014.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Bonus sebulan untuk kakitangan awam Selangor

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan ini kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dan pemberian bonus ini akan diberikan sebelum Aidilfitri.

MBKeputusan pemberian bonus sebulan gaji ini turut dipanjangkan kepada kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kemampuan kewangan dan keputusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat masing-masing.

Pemberian bonus tahunan sempena Aidilfitri ini diberikan berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lalu.

Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

Saya menyeru kakitangan awam berbelanja secara berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan pada masa hadapan.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Categories
SELANGOR

MB umum bonus raya sebulan gaji

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 JUL : Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

MBBeliau berkata, sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi urusan pemberian bonus berkenaan.

“Exco negeri bersetuju untuk memberikan bonus sebulan gaji mengikut tempoh perkhidmatan bertarikh 30 Jun ini dan keputusan berkenaan dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil dari tahun lepas sehingga 30 Jun 2014.

“Pada tahun lepas dalam tempoh sama, jumlah kutipan hasil adalah RM1.136 bilion dan pada tahun ini ia berjumlah RM1.162 bilion,” katanya.

Abdul Khalid berkata, keputusan pemberian bonus sebulan gaji ini turut dipanjangkan kepada kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kemampuan kewangan dan keputusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat masing-masing.

“Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

“Saya menyeru kakitangan awam berbelanja secara berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan pada masa hadapan,” kata Abdul Khalid.

EZY

Categories
SELANGOR

Guru KAFA turut nikmati bonus setengah bulan gaji

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 28 NOV: Kebajikan Guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) tidak dilupakan apabila pemberian bonus setengah bulan oleh Kerajaan Negeri turut melibatkan golongan warga pendidik itu.

Halimah Ali Hijau Tudung Pink 01Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang), berkata pemberian bonus ini adalah sejajar dengan matlamat memastikan kebajikan guru-guru sekolah agama terus terbela.

“Mereka juga kakitangan Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sudah tentu mereka juga terlibat dengan pengumuman pemberian bonus oleh Menteri Besar semalam.

“Saya harap pemberian bonus ini dapat membantu dan mengekalkan prestasi terbaik dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak kita di Selangor,” kata beliau ketika ditemui Selangor Kini di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Semalam Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Kerajaan Negeri akan membayar setengah bulan gaji kepada kakitangan awam negeri Selangor.

Bayaran bonus yang akan dibuat pada Januari 2014 itu berikutan penghargaan terhadap usaha keras mereka memastikan dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dilaksanakan dan kejayaan meningkatkan kutipan hasil sehingga melebihi unjuran yang dibuat sebelumnya.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu DNS bahawa hasil yang dikutip setakat 27 Nov 2013 berjumlah RM1,899,018,572 dan jumlah ini adalah 16 peratus lebih dari yang dianggarkan,” kata Abdul Khalid ketika membuat pengumuman petang semalam.

Abdul Khalid menambah, bayaran bonus kali ini turut melibatkan bayaran sejumlah RM14,821,252 kepada 15,643 penjawat awam negeri itu.

-EZY