Rakaman Sidang DN Selangor Ke 13 – 6 April 2015 (Sesi Pagi)

Siaran ini telah berlangsung pada 6 April 2015 bermula 10 pagi dan berakhir pada 1 petang, bertempat di Dewan Negeri Selangor.

Rakaman Sidang DN Selangor Ke 13 – 1 April 2015 (Sesi Petang)

Siaran ini telah berlangsung pada 1 April 2015 bermula 230 petang dan berakhir pada 430 petang, bertempat di Dewan Negeri Selangor.

Rakaman Sidang DN Selangor Ke 13 – 1 April 2015 (Sesi Pagi)

Siaran ini telah berlangsung pada 1 April 2015 bermula 10 pagi dan berakhir pada 1 petang, bertempat di Dewan Negeri Selangor.

Rakaman Sidang DN Selangor Ke 13 – 2 April 2015 (Sesi Petang)

Siaran ini telah berlangsung pada 2 April 2015 bermula 230 petang dan berakhir pada 430 petang, bertempat di Dewan Negeri Selangor.

Rakaman Sidang DN Selangor Ke 13 – 2 April 2015 (Sesi Pagi)

Siaran ini telah berlangsung pada 2 April 2015 bermula 10 pagi dan berakhir pada1 petang, bertempat di Dewan Negeri Selangor.

Rakaman Sidang DN Selangor Ke 13 – 3 April 2015 (Sesi Petang)

Siaran ini telah berlangsung pada 3 April 2015 bermula 3 petang dan berakhir pada 430 petang, bertempat di Dewan Negeri Selangor.

Rakaman Sidang DN Selangor Ke 13 – 3 April 2015 (Sesi Pagi)

Siaran ini telah berlangsung pada 3 April 2015 bermula 930 pagi dan berakhir pada 12 tengahari, bertempat di Dewan Negeri Selangor.

Categories
SELANGOR

Timbalan Speaker baharu dilantik pada sidang DUN akan datang

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama): Timbalan Speakar Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu akan dilantik pada persidangan dewan undangan negeri akan datang 24 Nov tahun ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh.

Proses pencalonan telah bermula apabila kesemua 11 anggota dewan undangan negeri (ADUN) menerima surat meminta mereka mencalonkan timbalan speaker baharu, katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Bangunan Parlimen, Rabu.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan jawatan timbalan speaker akan diisi Adun PAS setelah timbalan speaker sebelum ini Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai anggota exco.

Yeoh juga berkata ADUN Morib Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib, yang digantung daripada PAS, akan kekal sebagai ADUN parti itu pada persidangan dewan undangan negeri akan datang kerana beliau tidak menerima sebarang surat rasmi daripada PAS tentang kedudukan mereka.

“Sepanjang yang melibatkan kami, saya tidak menerima sebarang surat rasmi daripada PAS dan oleh itu, mereka kekal sebagai Adun PAS di dalam dewan,” katanya.

Hasnul dan Saari digantung daripada PAS kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor dalam krisis baru-baru ini, yang bercanggah dengan pendirian PAS.

Categories
SELANGOR

PAS pertimbang tolak Timb Speaker, keputusan sebelum sidang DUN

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 SEPT: PAS masih belum memutuskan sama ada akan menerima perlantikan jawatan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.

Perkara ini dibincangkan dalam pertemuan ahli-ahli Exco PAS bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berlangsung malam tadi di kediaman salah seorang exco PAS yang baru dilantik itu.

“Memang belum diputuskan sama ada PAS akan menerima tawaran agar seorang ADUN PAS dilantik sebagai Timbalan Speaker atau tidak.

“Satu keputusan akan dibuat sebelum sidang DNS bermula dan jika PAS menolak adalah kerana PAS mahukan kesemua ADUN PAS yang tidak dilantik menjadi Exco dapat berperanan sepenuhnya sebagai ADUN di dalam DNS dan tidak disibukkan dengan tugas sebagai Timbalan Speaker,” kata Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Tambah Iskandar, pertemuan yang berlangsung selama dua jam setengah itu merupakan pertemuan pertama di antara Exco baru dan mantan Exco bersama Presiden PAS selepas istiadat mengangkat sumpah Exco.

“Presiden telah memberikan banyak nasihat kepada mereka dan antara yang dibincangkan adalah peranan Exco-Exco PAS di dalam kerajaan,” ujar Iskandar lagi.

Selain tiga Exco, Iskandar, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdulb Talib turut sama dalam pertemuan terbabit, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

HM

Categories
SELANGOR

Peluang rasai jadi ‘Adun Muda’ di Selangor

niknazmiSHAH ALAM 6 NOV : Mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS IPTA diberi peluang untuk merasai menjadi ‘ADUN Muda’ di Dewan Negeri Selangor.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, program ADUN Muda Selangor akan berlangsung pada 16-18 Disember ini.

Kata beliau, tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 November dengan hanya 30 peserta akan dipilih menyertai program ini.

“Perbahasan mereka akan dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh dan saya sendiri,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.

Pendaftaran program ini boleh dibuat secara online di http://www.adunmudaselangor.com. Syarat-syarat penyertaan serta maklumat lanjut boleh diperoleh di laman portal itu.

“Insya Allah, ini merupakan siri pertama Program ADUN Muda dan akan diteruskan pada masa hadapan,” kata beliau.

Peserta akan diberi peluang menyuarakan pendapat dan bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan polisi, khususnya yang memberi impak kepada golongan muda.

Selain itu turut diberi kesempatan mencadangkan usul bagi memperkenalkan undang-undang baru di Selangor.

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

MB: Ketua Pembangkang Selangor diberi keistimewaan tambahan

dewan-rakyat

(KENYATAAN MEDIA) Kerajaan Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang semalam meluluskan keistimewaan tambahan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang akan dilaksanakan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan  peranan semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan pemerintah sedia ada.

Kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan membahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Dato? Menteri Besar pada persidangan Dewan Negeri Selangor.

Kelulusan ini akan dikuatkuasakan selepas usul ini dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke -13 yang dijangka  mula bersidang pada 19 November depan.

Ketua Pembangkang bakal menerima elaun  tetap, elaun pemandu, elaun Setiausaha Kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang kesemuanya berjumlah RM8,620 sebulan.

Pembayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Keputusan ini selari dengan hasrat kerajaan Pakatan Rakyat untuk menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesamarataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat.

Y.A.B TAN SRI DATO? SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO? MENTERI BESAR SELANGOR
10 OKTOBER 2013

Categories
NASIONAL SELANGOR

Jambatan ke-3 Klang dalam proses akhir rekabentuk

MB pc tie belang 01

KLANG 27 OGOS : Projek pembinaan Jambatan Ketiga Klang yang merentasi Sungai Klang kini dalam proses terakhir membuat reka bentuk.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembentangan pelan reka bentuk akan dibentangkan Khamis ini selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pihak teknikal dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jangkaan kita tender akan dibuat selepas bulan Oktober atau November dan selepas itu kita akan mulakan proses pembinaan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Anugerah Prihatin Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Hotel Premiere.

Abdul Khalid ketika ditanya kos pembinaan beliau berkata pihaknya sudah meneliti urusan itu dan akan membuat beberapa perubahan supaya sesuai dengan kawasan dan keadaan bentuk sungai.

“Kita juga akan mengambil kira tentang struktur jalan yang akan disambungkan dengan jambatan itu,” katanya.

Dalam persidangan Dewan Negeri Selangor yang lalu, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri bercadang menggunakan RM300 juta daripada rizab negeri bagi melaksanakan projek itu.

Jambatan sepanjang dua kilometer termasuk jalan penghubung dengan enam korong itu bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas lebih 200,000 kenderaan yang menggunakan jambatan sedia ada.

Sementara itu, Khalid berkata pembangunan prasarana di Pelabuhan Klang dijangka menelan kos sebanyak RM1.5 bilion.

“Majlis Perbandaran Klang sedang membuat beberapa perancangan supaya Pelabuhan Klang dapat dimajukan sesuai dengan tahapnya sebagai pelanbuhan yang ke-13 terbesar di dunia,” jelas Khalid.

Antara perancangan yang dipertimbangkan adalah pembinaan jalanraya yang baru bagi melicinkan aliran pengangkutan.