Categories
SELANGOR

El Nino: Petani perlu kaedah alternatif atasi masalah pencemaran alam sekitar

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 JUN: Petani di Selangor diminta menggunakan kaedah alternatif berbanding pembakaran jerami secara terbuka ketika menghadapi fenomena El Nino bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata walaupun pembakaran terbuka adalah amalan biasa bagi petani sejak turun termurun, namun pendekatan alternatif wajar dilakukan demi mengelak insiden tidak diingini apabila pembakaran dijalankan.

Beliau berkata, kalangan petani khususnya di Sekinchan yang dikenali sebagai Jelapang Padi Selangor dilihat sudah mula mempraktikkan cara lain berbanding amalan tradisional.

benih_padi_KSelangor_hires-WEB BARU“Fenomena El Nino memang berlaku setiap tahun khususnya pada pertengahan tahun. Pembakaran jerami secara terbuka oleh petani memang satu amalan biasa, namun dengan inisiatif mengurangkan pencemaran dilihat sebahagian besar petani sudah mula keluar daripada amalan tradisional ini.

 

“Antara cara dibuat adalah mengumpulkan jerami sebagai bongkah lalu dibawa ke pusat pengumpulan untuk dijadikan makanan lembu. Tanpa pembakaran, maka pencemaran akibat asap dapat dielakkan,” katanya kepada Selangor Kini, di lobi Dewan Annex, di sini, semalam.

Suee Lim berkata, pembakaran terbuka akan tetap dilakukan dan tidak dapat dihindari tetapi petani akan dididik supaya menggurangkannya pada tahap minima.

ng suee lim dun red hands 02Katanya, kaedah tradisional itu dikatakan mampu menjadikan tanah subur dan menghapuskan serangga perosak di kawasan penanaman padi.

“Kita memang sukar untuk menghentikannya tetapi petani digalakkan guna kaedah alternatif dengan pemantauan dan kawal selia dijalankan Jabatan Alam Sekitar. Keadaan masih pada tahap terkawal dan tidak menjejaskan kawasan sekeliling,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA : Zon Perindustrian baru diwujud pacu ekonomi Selangor

Sinopsis

1. Nilai Pembangunan Kasar Selangor RM40 bilion 5 tahun akan datang

2. Isu KIDEX: Selangor berhak persoal jika tak beri manfaat

3. LLM perlu main peranan penting dalam isu lebuh raya Selangor

4. MB: 37 operasi pembenihan awan dijalankan persiapan El-Nino

5. Sistem 4G tingkat rangkaian WiFI Selangor

6. Selesai isu tidak sekata PBT, Selangor selaras permohonan Kebenaran Merancang

7. Zon Perindustrian baru diwujud pacu ekonomi Selangor

8. Pemilihan PKR 2014: 21 dilucutkan pencalonan di Selangor

9. Selangor anjur seminar antarabangsa, rangka dasar komprehensif sistem sisa pepejal

10.Lori kuari langgar peraturan operasi, penduduk Dusun Tua tidak puas hati

11.75% pangsapuri Selangor capai status Komuniti Bestari pada 2022

12.Rakyat berpendapatan rendah terus dibantu, pelbagai program dirancang

13.Buah dadu tak boleh dibuka lebih sekali, jangan tipu rakyat

14.Bihun cap masjid, pengguna perlu waspada ciri Islamik dipergunakan

15.Kerajaan Pusat patut perjelas Lebuh Raya Kidex kurang sesak trafik 5% sahaja

16.Cadangan baru cermin gelap berakhir di Glenmarie?

17.Kerajaan BN sasar 14% hasil GST bahan api, harga barang melonjak

18.Calon Timbalan Presiden PKR dipanggil panel pendengaran khas

http://tv.selangorku.com

El Nino: Selangor tiada rancangan catu air, mampu bekal secukupnya

Kerajaan Selangor memberi jaminan mampu mengatasi masalah air dan menengaskan tiada rancangan untuk mencatu kembali bekalan terbabit di negeri itu walaupun fenomena El Nino mula melanda Asia sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Selangor sudah membuat persiapan dan perancangan rapi bagi memastikan bekalan air mentah di semua empangan utama mencukupi sepanjang musim kering yang dijangka berlarutan hingga tiga bulan akan datang.

JURNAL BERITA – MB:Penstrukturan air di peringkat akhir

Sinopsis

1. MB: Puncak Niaga terima tawaran pengambilalihan, penstrukturan di peringkat akhir

2. El Nino: Selangor tiada rancangan catu air, mampu sedia bekalan secukupnya

3. MB: Telekomunikasi 4G seluruh Selangor jana pendapatan negeri

4. MB: Kit Halal kesan DNA babi dalam tempoh singkat dibangunkan

5. MB puas hati perjalanan Dialog Belanjawan, idea peserta bermakna

6. MB: Peruntukan perbaiki lif pangsapuri dirangka ketahui jumlah tepat

7. MB: ‘Selangor Japanese Industrial Park’ dibangun tarik pelaburan asing

8. Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

9. Anwar: Jabatan Agama perlu berhemah elak persepsi negatif

10. Anwar: Kritik Sultan, jika Umno dan Utusan buat tak apa

11.Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

12.Keunikan burung berhijrah merentas benua boleh jadikan Selangor terkenal

13.Pemilihan PKR: Jadual pemilihan semula bocor walau JPP belum umum

14.Peruntukan ditambah semarak promosi Tahun Melawat Selangor 2015

15.Jadikan Sekinchan model pembangunan pelancongan berjaya

16.ACP Azmi Ketua Polis Petaling Jaya baru

layari http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

MB: 37 operasi pembenihan awan dijalankan persiapan El-Nino

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 JUN: Sebanyak 37 operasi pembenihan awan dijalankan di Selangor dengan melibatkan kepakaran wakil Bureau of Royal Rainmaking And Agricultural Aviation dari Thailand, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata meskipun kadar hujan diterima di kawasan empangan sedikit, namun kerjasama dengan biro berkenaan berjaya meningkatkan keberkesanan kadar hujan diterima.

benih-awan“Kita berusaha mendapatkan khidmat mereka untuk tempoh lebih panjang bagi menjalankan pembenihan awan sepanjang musim kering ini seperti yang mereka lakukan di Utara Thailand,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, dekat sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan pusat memutuskan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air di Selangor dan Kuala Lumpur akan diteruskan setiap hari walaupun catuan air di Lembah Klang berakhir April lalu.

Walaupun paras air di empangan semakin meningkat, namun langkah itu disifatkan sebagai persediaan bagi menghadapi kemarau bermula Jun hingga Ogos.

Usaha memulihkan bekalan air mentah perlu dilakukan secara berterusan supaya krisis bekalan air tidak meruncing kelak.

EZY

Categories
SELANGOR

El Nino: Selangor tiada rancangan catu air, mampu bekal secukupnya

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 JUN: Kerajaan Selangor memberi jaminan mampu mengatasi masalah air dan menengaskan tiada rancangan untuk mencatu kembali bekalan terbabit di negeri itu walaupun fenomena El Nino mula melanda Asia sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Selangor sudah membuat persiapan dan perancangan rapi bagi memastikan bekalan air mentah di semua empangan utama mencukupi sepanjang musim kering yang dijangka berlarutan hingga tiga bulan akan datang.

MBBeliau berkata, penggunaan kolam sumber air yang giat diusahakan kini mampu menyediakan bekalan air mentah sebanyak 800 juta liter sehari (JLH) untuk menampung pengeluaran air mentah daripada Sungai Tinggi dan Sungai Selangor.

“Taklimat Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memaklumkan pengunaan kolam sumber air diteruskan untuk mengepam air kolam ke sungai ketika aliran rendah dan menakung air sungai ketika terdapat aliran air sungai yang banyak.

“Sehingga kini, terdapat 20 pam diletakkan di sembilan buah kolam sumber air yang berkemampuan menyediakan air mentah 800 JLH untuk menampung pengeluaran air mentah daripada Sungai Tinggi dan Sungai Selangor.

“Dengan perancangan ini, pengeluaran air mentah dari Sungai Selangor dapat diminimakan bagi membolehkan bekalan air terawat di Loji Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dapat disalurkan seperti biasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, LUAS juga sudah melakukan percubaan untuk semua pam berkenaan supaya berfungsi dengan baik dan siap sedia untuk digunakan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut berusaha menambah sumber air sedia ada dengan menggunakan air bawah tanah sebagai usaha tambahan.

“Pada masa sama, pensampelan kualiti kolam sumber air itu akan diteruskan dengan kekerapan yang lebih bagi memastikan air mentah mematuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berdasarkan pensampelan terakhir pada 20 Mei lalu, kajian mendapati air daripada kolam ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, kita sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan menyeru rakyat mengamalkan penjimatan air pada setiap masa,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor melalui LUAS akan mengadakan sebuah seminar untuk memastikan rakyat sentiasa peka dan mendapat maklumat terkini status sumber air alternatif, pada 18 Jun ini.

Beliau berkata, ia bertujuan memberi pemahaman dan maklumat kepada masyarakat dan pihak berkaitan berkenaan status semasa kolam sumber air di Selangor termasuk kualiti dan kuantitinya serta proses penjagaannya.

“Kita akan menjemput Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), penghulu, ketua kampung dan ketua komuniti supaya maklumat ini dapat disampaikan kepada rakyat di semua peringkat,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Selangor siap sedia air mentah cukup sepanjang El-Nino

Kerajaan Selangor telah membuat persiapan dan perancangan rapi bagi memastikan bekalan air mentah di kesemua empangan utama mencukupi sepanjang musim kering kesan daripada fenomena El-Nino yang dijangka berlarutan hingga tiga (3) bulan akan datang.

Taklimat oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebentar tadi, kita dimaklumkan bahawa pengunaan kolam sumber air diteruskan untuk mengepam air kolam ke sungai ketika aliran rendah dan menakung air sungai ketika terdapat aliran air sungai yang banyak.

loji airTerdapat 20 pam telah diletakkan di sembilan (9) buah kolam sumber air yang berkemampuan menyediakan air mentah sebanyak 800 juta liter sehari (JLH) untuk menampung pengeluaran air mentah daripada Sungai Tinggi dan Sungai Selangor.

Dengan perancangan ini, pengeluaran air mentah dari Sungai Selangor dapat diminimakan bagi membolehkan bekalan air terawat di Loji Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dapat disalurkan seperti biasa.

LUAS juga telah melakukan percubaan (drill) untuk kesemua pam ini agar ia berfungsi dengan baik dan siap sedia untuk digunakan.

Dengan perancangan yang ada ini, Kerajaan Selangor yakin kita boleh menghadapi musim kering kesan daripada fenomena El Nino dan setakat ini kita tidak ada rancangan untuk membuat catuan semula.

Kita juga berusaha menambahkan sumber air seperti air bawah tanah sebagai usaha tambahan.

Sehingga kini sebanyak 37 bilangan operasi pembenihan awan telah dijalankan yang melibatkan kepakaran wakil Bureau of Royal Rainmaking And Agricultural Aviation of Thailand.

Walaupun kadar hujan yang diterima di kawasan empangan adalah sedikit namun melalui kerjasama dengan biro tersebut telah meningkatkan keberkesanan kadar hujan diterima.

Justeru, kita sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat mereka untuk tempoh yang lebih panjang bagi menjalankan pembenihan awan sepanjang musim kering ini seperti yang telah mereka lakukan di Utara Thailand.

Pada masa yang sama, pensampelan kualiti air kolam sumber air tersebut akan diteruskan dengan kekerapan yang lebih bagi memastikan air mentah mematuhi piaiwaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada pensampelan terakhir pada 20 Mei lalu, air kolam-kolam ini mengikut piawaian yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, kita sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan menyeru rakyat mengamalkan penjimatan air pada setiap masa.

Untuk memastikan rakyat sentiasa peka dan mendapat maklumat terkini status sumber air alternatif, Kerajaan Selangor melalui LUAS akan mengadakan sebuah seminar pada 18 Jun 2014 yang akan datang untuk memberi pemahaman dan maklumat kepada masyarakat dan pihak-pihak berkaitan berkenaan status semasa kolam-kolam sumber air Negeri Selangor termasuk kualiti dan kuantitinya serta proses penjagaannya.

Kita akan menjemput Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Penghulu, Ketua Kampung dan Ketua Komuniti supaya maklumat ini dapat disampaikan kepada rakyat di semua peringkat.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Categories
SELANGOR

Elak pembakaran terbuka, El Nino tahun ini dijangka lebih teruk

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 30 MEI: Kerajaan Negeri mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, terutama menjelang fenomena El Nino.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata kesan El Nino pada tahun ini dijangka lebih teruk berbanding tahun sebelum ini.

Katanya, El Nino akan menyebabkan keadaan udara menjadi sangat kering, selain menggalakkan lagi aktiviti pembakaran seterusnya mampu mengancam harta benda dan nyawa.

Elizabeth Wong Komen Khaled Nordin“Kita memang ada peruntukan undang-undang, tetapi kita mahu mencegah sebelum parah sebab itu perlu kerjasama dan kesedaran semua.

“Tanpa kesedaran orang ramai, usaha kita pasti tidak akan berjaya, jadi kita rayu tolong jangan lakukan pembakaran terbuka atas apa juga alasan kecuali atas keagamaan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup program International Children Storytelling Camp di Kelab Sri Damansara, di sini, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengumumkan El Nino akan melanda negara kesan daripada Monsun Barat Daya bermula awal Mei sehingga September ini berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

elizabeth api johan setia 25 jun 03Monsun Barat Daya dikatakan sudah bermula di Malaysia pada 15 Mei lalu dan dijangka berterusan sehingga September ini yang secara amnya monsun itu adalah musim kering bagi negara ini.

Mengulas langkah diambil Kerajaan Negeri menghadapi El Nino, Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil beberapa langkah berhubung pemantauan termasuk menambah jam rondaan di Johan Setia Klang.

“Tetapi sebenarnya yang paling terdedah dan mudah terbakar adalah di Kuala Langat dan ia boleh jadi atas pelbagai alasan.

“Seperti satu kes sebelum ini, kawasan empangan boleh terbakar disebabkan sepuntung rokok yang dibuang pemancing di kawasan itu,” katanya.

-NFN-

Selangor siap sedia hadapi El Nino Jun ini

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Selangor siap sedia hadapi El Nino Jun ini

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 MEI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi menegaskan Kerajaan Negeri kini dalam persiapan rapi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka melanda negara, bermula Jun ini.

Beliau berkata, langkah komprehensif sedang dilaksanakan secara bersepadu untuk membolehkan Kerajaan Negeri bagi menakung dan menyimpan air hujan.

Katanya, Kerajaan Negeri dapat memastikan bekalan air adalah mencukupi untuk keperluan Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam tempoh enam bulan akan datang.

DSC_2425“Apa yang dipelajari sebelum ini, walaupun hujan diterima negara lebih 200 hari setahun tetapi malangnya kita tidak mempunyai program menyimpan air kerana biasanya air di sungai akan terus ke laut, tidak disimpan.

“Sebab itu kita harus ambil langkah simpan air dalam takungan dan yakin dapat atasi masalah kemarau serta air cukup untuk pengguna,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir di Taman Sukan Lasak bagi menyempurnakan Majlis Pelepasan Program Kayuhan Basikal ‘Shah Alam 2014’ yang disertai hampir 800 peserta dari seluruh negara.

Sementara itu, menjawab soalan lain, Abdul Khalid berkata, Projek Langat 2 adalah satu program jangka masa panjang dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah bekalan air secara menyeluruh dan dalam masa terdekat.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3“Itu (Langat 2) hanya sementara, walaubagaimanapun perlu tunggu dua tahun sebelum loji pembersihan air siap yang kita sudah setuju perlaksanannya. Apa juga yang berlaku, ia tidak selesaikan masalah tiga atau enam bulan ini tetapi mungkin boleh untuk dua tahun akan datang.

“Sebab itu kita buat rancangan mencari sumber air untuk takungan dan simpan sekurang-kurangnya untuk dua tahun ini,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata mahu menyiapkan kertas kerja Projek Langat 2 bagi membolehkan air Sungai Pahang dibekalkan ke Selangor seterusnya menyelesaikan masalah bekalan air.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Perkemas strategi hadapi El-Nino, cukupkan bekalan air

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 MEI: Kerajaan Selangor memperkemaskan strategi bagi memastikan bekalan air mencukupi sekiranya negara bakal berdepan dengan bencana alam El Nino.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi berkata, air merupakan perkara penting memandangkan sebelum ini Selangor berhadapan dengan catuan air hampir dua bulan oleh kerana jumlah taburan hujan yang rendah serta musim kemarau.

HONDURAS-DROUGHT“Usaha kita (menggunakan air lombong) untuk disalurkan ke (loji) Sungai Selangor ini merupakan antara pelan untuk berhadapan situasi ini.

“Selain kita mengaharapkan (air hujan) untuk empangan kita terus meningkat,” katanya kepada Selangor Kini.

Menyentuh kepada soal makanan beliau menjelaskan, bekalan untuk Negeri Selangor dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat.

elninoSebelum ini, saintis meramalkan El Nino yang dijangka berlaku tahun ini antara yang terburuk dalam tempoh dua dekad.

Selari dengan langkah berkenaan, Kerajaan Selangor mengambil langkah menggunakan air lombong di negeri ini yang akan melalui sistem rawatan sebelum disalurkan kepada pengguna bagi menampung bekalan di empangan.

EZY