Categories
NASIONAL

Anwar : Cara kerajaan BN urus krisis MH370, calar imej Malaysia

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelesaian yang digunap akai kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menangani krisis kehilangan pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH370 mencalar imej Malaysia di mata dunia.

Anwar berkata, teguran yang dikeluarkan pemimpin negara ASEAN juga memperlihatkan bahawa kerajaan cukup lemah dalam menguruskan krisis yang sedang berlaku seperti tidak mempunyai sebarang pengalaman.

Beliau turut mempertikaikan maklumat yang bercanggah dikeluarkan pemangku Menteri Pengangkutan, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan MAS berhubung misteri kehilangan terbabit.

Anwar“Dia sebenarnya baru selesa dengan media yang dikongkong jadi bila berdepan dengan media bebas antarabangsa, dia kelam kabut. Bagaimana boleh timbul empat pasport, dua pasport, pesawat hilang, lepas tiga hari tentera udara kata patah balik.

“Semalam, kata tak pasti. Kita tidak boleh urus krisis dengan begini, kenyataan mesti disahkan dan tidak boleh ragu-ragu kerana itu yang diberitahu oleh bekas Panglima Angkatan Tentera kepada saya,” katanya.

Hujah Anwar disokong Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan Malaysia bukan sahaja kehilangan MH370 tetapi kredibiliti negara dan pimpinan turut terpalit sama ekoran gagal menguruskan krisis berkenaan.

Categories
NASIONAL

Anwar desak dedah dalang ‘bomoh 1Malaysia’

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak penyiasatan segera dilakukan ke atas dalang yang menjemput ‘Raja Bomoh’ melakukan ritual dalam misi menjejak MH370 yang hilang, sejak 8 Mac lalu.

Anwar menegaskan, bomoh itu menjalankan ritual dengan mendapat kebenaran yang membolehkan mereka menjalankan upacara berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ada kata mungkin salah Anwar yang hantar bomoh. Tetapi, sebenarnya siapa bagi kuasa, mana JAKIM, mana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri?

“Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu. Sudahlah syirik, khurafat, dibayar dan dipanggil pula sidang media antarabangsa.

1613837_10203372767745700_571940795_n“Tidakkah nampak bodohnya kita? Tidak malukah kita?,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau turut mendapat ratusan e-mel daripada luar negara yang bertanya apa yang terjadi dengan Malaysia hingga menggunakan khidmat bomoh.

“Saya jawab, kami tidak tahu baik awak tanya Perdana Menteri atau isterinya.
“Tapi soal bomoh ini, saya nak gesa perlu ada siasatan penuh kerana ia satu kejadian yang merosak dan memalukan negara.

“Saya nak tanya siapa luluskan, bayar, bagi kebenaran dan semua sepenuhnya kerana ini insiden yang mencemarkan imej negara, tetapi lencana 1Malaysia itu terpampang bomoh 1Malaysia,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

MPSJ anjur Program Kami Prihatin MH370

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 MAC : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak ketinggalan menganjurkan Program Kami Prihatin #Doa Untuk MH370 bagi memperingati misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), sejak 8 Mac lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Korporatnya, MPSJ berkata program berkenaan diadakan khusus bagi menzahirkan keprihatinan dan simpati atas nasib anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.

“Secara tidak langsung, program ini turut berperanan menyemai dan memupuk rasa prihatin dan kasih sayang di peringkat awal bagi melahirkan generasi yang seimbang.

mpsj“Program ini bermula dengan aktiviti solat hajat, diikuti dengan bacaan doa yang penuh harapan agar semua anak kapal dan para penumpang MH370 kembali ke tanah air dengan selamat,” katanya.

Program ini dijayakan 122 orang kanak-kanak yang belajar di Kompleks Kreativiti Kanak-Kanak dan Komuniti (Kompleks 3C) MPSJ yang berumur antara 3 hingga 6 tahun.

Aktiviti solat hajat dipimpin kakitangan MPSJ yang dilakukan di ruang terbuka Kompleks 3C dengan dibimbing pendidik dan pembantu pendidik kompleks.

Kumpulan kanak-kanak itu turut membuat kain rentang bertemakan #Doa Untuk MH370 manakala bagi kanak-kanak berumur tiga dan empat tahun pula, aktiviti mewarna dan membuat art craft dijalankan.

Pesawat MH370 yang hilang daripada radar sehingga kini masih gagal dikesan walaupun misi mencari dan menyelamat disertai 12 buah negara.

-NFN-

Categories
NASIONAL

MH370 : Kenyataan bercanggah, Hishamuddin diserang media antarabangsa

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 13 MAC: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein diserang wartawan media antarabangsa ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau dan beberapa agensi kerajaan didapati bercanggah antara satu sama lain.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata kejadian serangan media antarabangsa terhadap Hishamuddin itu berlaku dalam sidang media harian insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

“Kalau inilah berlaku, maka Umno tidak ada kepimpinan yang telus sebab itu dalam sidang media yang kita saksikan, media antarabangsa menyerang Hishamuddin dengan mengatakan Kerajaan Malaysia tidak jujur, tidak telus dalam memberi maklumat insiden MH370.

azmin“Rumusan saya adalah menteri Umno ini tidak biasa berdepan dengan media antarabangsa. Dia cuma biasa jawab dengan Utusan Malaysia, TV3 dan RTM. Dia tak biasa dengan CNN, BBC, Al-Jazera dan media antarabangsa lain tetapi yang dia boleh tipu dengan Utusan serta TV3.

“Sebab itu bila ada lebih 50 media antarabangsa berkampung di KLIA, dia tidak boleh jawab kerana Perdana Menteri terlalu lemah, jelek dan tidak mampu menangani krisis yang dihadapi rakyat,” katanyadalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Taman Mesra, di sini, semalam.

Beliau turut menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat menolak usul tergempar yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk membincangkan insiden MH370 sebagai tidak wajar.

mh370 pc“Kita mahu membincangkan kenyataan yang dikeluarkan setiap agensi yang bercanggah. Polis keluar kenyataan berbeza daripada Jabatan Penerbangan Awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Menteri Pengangkutan.

“Speaker Dewan Rakyat dengan mudah menolak usul terbabit dengan mengatakan cukuplah simpati yang ditunjukkan Perdana Menteri, tidak perlu kita bahas.

“Kita bukan mahu kenyataan daripada satu atau dua individu tetapi ingin Dewan Rakyat sebagai tempat yang tinggi dalam sistem kenegaraan membincangkan isu ini supaya boleh bersama dalam operasi mencari dan menyelamat dengan membantu memberi sedikit kelegaan serta mengurangkan keresahan keluarga mereka,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ritual ‘Raja Bomoh’ jadi gurauan warga media sosial

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 13 MAC : Aksi melampau kumpulan bomoh yang melakukan ritual dalam misi mencari pesawat MAS MH370 yang hilang sejak hampir seminggu lalu menjadi gurauan warga laman sosial.

Tinjauan Selangor Kini di laman Facebook mendapati pelbagai aksi sama dilakukan oleh kebanyakan pihak untuk dijadikan bahan lawak  aksi khurafat itu.

Terdapat aksi tiga wanita yang dipercayai kakitangan hospital melakukan aksi sama yang semakin banyak dimuat turun di laman Facebook.

nurseAksi mereka mendapat komen daripada pengguna Facebook lain antaranya Nur Aini Farhana Annuar yang menyifatkan perbuatan petugas hospital itu kerana terikut ritual bomoh berkenaan yang terbang menggunakan permaidani bersama dua biji kelapa muda.

“Dah kena penyakit Raja Bomoh pulak dah staf hospital ni,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemilik akaun Facebook, Asyiqul Kauthar turut memuat naik gambar tiga robot beraksi sama seperti ritual yang mendapat kritikan ramai.

“Dah start buat perangai lagi ni…Kreatif betul org Malaysia!!! Apa pun tahniah JAIS kerana memantau aktiviti melibatkan ritual di KLIA,” katanya.

bomohAksi ritual bomoh itu mendapat kritikan ramai dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Naib Presidennya, Fadhlina Sidek turut mendesak pimpinan negara menghentikan khidmat bomoh dalam merungkai misteri kehilangan MH370 kerana perbuatan itu syirik dan khurafat.

Semalam, Ibrahim Mat Zin, 80, yang mendakwa dirinya ‘Raja Bomoh’ melakukan ritual ala-ala ‘tikar terbang’ bagi mengesan pesawat MH370 disertai dua lelaki yang memegang buah kelapa, namun tidak diketahui fungsinya.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghantar 15 pegawai dan anggotanya bagi menjalankan siasatan serta pantauan di Anjung Tinjau KLIA, kira-kira jam 9.20 malam semalam bagi menunggu kehadiran Ibrahim yang dikatakan bakal membuat ritual sekali lagi di kawasan berkenaan.

Categories
NASIONAL

JAIS letak pegawai di KLIA, elak bomoh lakukan ritual kesan MH370

SHAH ALAM, 13 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370, sejak 8 Mac lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasanya, Hardi Mohd Sadali, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.

“Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau, di sini, semalam.

Jais-logo kecikMemetik laporan BERNAMA, 15 pegawai dan anggota daripada JAIS melakukan pemantauan di Anjung Tinjau selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam tadi.

Pasukan penguatkuasa JAIS yang tiba kira-kira 9.20 malam dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum meninggalkan tempat itu, pada 10.15 malam.

Tengah hari semalam, Ibrahim yang mendakwa “Raja Bomoh”, melakukan ritual ala-ala ‘tikar terbang’ bagi mengesan pesawat MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji buah kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Pada 10 Mac lalu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Hardi berkata, JAIS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika terus melakukan ritual itu di KLIA.

1613837_10203372767745700_571940795_n“Kita akan nasihat dia supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam selepas berlepas dari KLIA dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

MH370 – Penjelasan PM mendukacitakan

)

http://tv.selangorku

JURNAL BERITA – Manifesto: 4 teras utama apabila menang PRK Kajang

)

1. MB: Menangkan Dr Wan Azizah dengan majoriti lebih besar

2. Penstrukturan Semula Air Selangor, Kerajaan Pusat guna WSIA

3. Rumah Selangorku akan dijual pada harga kurang RM250,000

4. MB : Rakyat diminta jimat penggunaan air

5. Umat Islam disaran hayati al-Quran, pelihara akhlak

6. Manifesto: 4 teras utama apabila menang PRK Kajang

7. Wan Azizah: PRK Kajang, referendum rakyat tolak kezaliman BN

8. Selangor peruntuk RM20,000 selenggara kemudahan Pangsapuri Makmur

9. Dr Wan Azizah: “Saya selesa dipanggil Kak Wan”

10. Anwar : Tawaran Konsensus Nasional PR-BN batal

11. Tanda tanya gambar pemilik pasport palsu MH370

12. AS periksa kemungkinan lebih ramai rakyatnya atas MH370

13. Penyokong BN minta Anwar tandatangan di topi

14. Rafizi : Kawat besi lambang penindasan Israel

Categories
KENYATAAN MEDIA

MH370: Status sebenar keupayaan Scorpene menjadi persoalan

Oleh : EDY NOOR REDUAN

Misi pencarian dan penyelamat bagi penerbangan MH370 masih lagi menemui jalan buntu walaupun telah memasuki hari yang kelima. Namun sehingga hari ini hasrat rakyat untuk melihat armada laut terbaik negara iaitu sepasang kapal selam scorpene beraksi dalam misi ini masih tidak kesampaian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku. Namun SAMM tetap bertegas bahawa mencari sesuatu yang ‘tidak kena’ itu bukan bermaksud tidak menghormati sensitiviti.

Ketika negara lain berlumba-lumba mengerah kepakaran dalam misi mencari dan menyelamat, termasuklah menghantar kapal kelas perang, kerajaan Malaysia melalui kementerian bertanggungjawab mengelak dari menggunakan kapal selam Scorpene.

Berikut adalah jawapan dari Dato’ Seri Hishamuddin dalam sebuah twit yang berbunyi;

“Our (Msian) Submarines are not designed for this operation. Its not the role for a submarines for Search & Resque #MH370”

Jawapan menteri ini telah menimbulkan lebih banyak polemik malah mencetus kemarahan orang ramai. Umumnya, tidak perlu belajar hingga ke Oxford untuk mengetahui sistem kelengkapan sonar yang terdapat dalam mana-mana kapal selam mampu mengesan dan menjejak objek di permukaan dan dasar laut.

Malah, satu laporan berita AFP bertarikh 3 September 2009 dengan jelas menyebut antara kemampuan kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sedia untuk beroperasi dalam misi ‘Search & Rescue’.

Antara keratannya berbunyi;

“Naval officials said the submarine would be based in Sabah state, on Borneo island, where it will undergo fine-tuning before it is deployed in SEARCH and RESCUE”

Justeru, apakah Hishamuddin Hussin sebagai seorang menteri telah menipu rakyat Malaysia? Atau apakah kapal selam bernilai RM 7 bilion itu mempunyai masalah untuk beroperasi?

SAMM bukan sahaja menggesa persoalan ini dijawab segera oleh menteri, malah turut menuntut supaya dua kapal selam negara yang meragut wang rakyat hampir RM1bilion setahun untuk penyelenggaraan itu memulakan misi pencarian khususnya di dasar laut.

Segalanya masih belum terlambat kerana jika diimbas kembali, penerbangan Air France yang terhempas di lautan atlantik pada tahun 2009 hanya ditemui 5 hari selepas dilaporkan hilang. Maka Malaysia harus segera menghantar Scorpene, atau benarlah seperti yang dikhabarkan – Malaysia telah membeli kapal selam yang tidak boleh menyelam.

Sekian, SAMM mendoakan agar MH370 ditemui dalam keadaan selamat, inshaAllah.

# Edy Noor Reduan adalah aktivis blogger dan Pengarah Propaganda SAMM

Categories
NASIONAL

Warga internet pertikai kesahihan gambar pemilik pasport palsu MH370

SHAH ALAM, 12 MAC: Identiti penumpang pesawat MAS MH370 yang disahkan menggunakan mengguna pasport palsu dipertikaikan ramai pihak di media sosial ekoran terdapat persamaan di bahagian kaki dua lelaki terbabit.

Laman sesawang http://bloglist-malaysia.blogspot.com/ mempertikaikan bagaimana bahagian kaki Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 (kiri) dan Delavar Syed Mohammad Reza, 30, mempunyai persamaan yang nyata.

9M-MRQ-Malaysia-Airlines-Boeing-777-200_PlanespottersNet_403769“Pelik, kaki yang sama, kasut yang sama, ternyata gambar ini ada penipuan,” kata blogger laman terbabit.

Sementara itu, beberapa pemilik laman Facebook dan Twitter juga dilihat mempersoalkan gambar berkenaan yang dikeluarkan polis antarabangsa (Interpol), semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung Organisasi Polis Antarabangsa, Richard K Noble, berkata Delavar dan Pouri sebelum ini dikenal pasti oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar terbang dari Doha ke Kuala Lumpur dengan pasport Iran, pada 28 Februari lalu.

Bercakap pada sidang akhbar di Lyon, beliau berkata, mereka kemudian menggunakan pasport warganegara Austria dan Itali yang dicuri untuk menaiki penerbangan MH370 itu dan kemungkinan adalah pengganas kecil.

Persoalannya, bagaimana gambar berkenaan boleh mempunyai persamaan yang nyata hingga menimbulkan rasa kurang senang dan keraguan ramai pihak terhadap penyiasatan yang dijalankan.

 

JURNAL BERITA – MB: Wan Azizah pejuang tabah, tegakkan keadilan sejak 1998

1. MB: Wan Azizah pejuang tabah, tegakkan keadilan sejak 1998

2. MB : Masyarakat Selangor disaran contohi budaya Jepun dalam aspek kebersihan

3. MB : Hasil sumber negeri untuk kebajikan rakyat

4. MB : Program kerajaan negeri dilaksana sebelum PRK Kajang

5. PRK Kajang : Pertandingan dua penjuru PR dan BN dijangka sengit

6. Wan Azizah naik motor ke Pusat Penamaan Calon PRK Kajang

7. Exco: MH370 hilang misteri, tingkatkan doa agar dipermudahkan usaha mencari

8. Anwar : ‘Sokongan rakyat buat saya kuat untuk lawan’

9. 89 Ahli Parlimen PR boikot sidang Dewan Rakyat

Categories
SELANGOR

Exco: MH370 hilang misteri, tingkatkan doa agar dipermudahkan usaha mencari

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 10 MAC : Umat Islam disarankan mengadakan solat hajat dan munajat secara bersendirian atau berjemaah mendoakan operasi mencari dan menyelamat kapal terbang MH370 dipermudahkan Allah SWT dan bertemu kejayaan.

Exco Selangor, Iskandar Samad, berkata orang ramai dinasihatkan bertenang daripada mengambil sikap menunding jari kepada pihak untuk dipersalahkan dalam misteri kehilangan pesawat MH370 yang hilang dua hari lepas.

Grafik MASKatanya, namun, Kerajaan dan pihak terlibat perlu mengambil ikhtibar dengan memperbaiki kelemahan yang ada sebagai persediaan masa depan.

“Usaha perlu juga dijalankan untuk membaiki apa jua kelemahan yang mungkin ada untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Iskandar turut mengingatkan orang ramai agar bersikap lebih sensitif dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut.

Sebaliknya, mendapatkan berita dan maklumat daripada saluran yang rasmi.

“Saya turut mendoakan agar keluarga mereka yang terlibat diberikan kesabaran dan ketabahan oleh Allah SWT untuk menghadapi dugaan ini,” katanya.

EZY