Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Mahathir : Dasar ‘Najib’ punca pengangguran tinggi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 MEI : Dasar dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mampu meningkatkan jurang pendapatan masyarakat Malaysia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, pentadbiran ‘Kerajaan Najib’ gagal memberi tumpuan terhadap aspek peluang pendapatan penyebab berlakunya pengangguran tinggi.

“Dasar Najib ialah untuk mendapatkan pendapatan tinggi. Tetapi cara ini tidak mampu menyelesaikan masalah kerana jika pendapatan bertambah, kos hidup juga menjadi tinggi.

“Ini berlaku di negara-negara inflasi tinggi kerana kejatuhan nilai mata wang seperti di Malaysia.

tun-m“Caranya untuk atasi pengangguran ini dengan kekalkan keamanan bagi menarik peluang pelaburan tempatan dan luar negara bagi menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak,” katanya pada sesi siaran langsung di Facebook miliknya, hari ini.

Tun Mahathir berkata, keberhasilan saranan itu diyakini mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara dominan dan bersifat ‘friendly country’ terhadap kebajikan rakyat seluruh negara.

Sebelum ini, Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dalam kajian antarabangsa mendedahkan isu pengangguran dunia dijangka berterusan buat satu jangka masa panjang.

Sementara laporan dalam negara yang memetik butir-butir daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan pengangguran dalam kalangan siswazah memuncak pada September lalu, kepada 34 peratus berbanding 30 peratus tiga tahun lalu.

Sehingga kini, di peringkat Kerajaan tiada sebarang pelaksanaan dasar yang mampu membantu golongan siswazah mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Azmin terus raih populariti, Najib hilang sokongan rakyat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 FEB : Ketika bahang Pilihan Raya Umum (PRU) 14 semakin dirasai, populariti Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kini semakin diterima majoriti besar masyarakat negeri ini.

Peningkatan sokongan kepada 62 peratus berbanding 58 peratus sebelum ini mengesahkan kredibiliti kepimpinan Azmin berada di kelasnya tersendiri.

Perkara tersebut turut diakui, Institut Darul Ehsan (IDE) menerusi hasil Survei dan Kajian Persepsi Pengundi Selangor 4.0 yang dijalankan bermula 8 hingga 13 Februari lalu.

Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, peningkatan sokongan itu didorong hasil pelaksanaan dasar berkebajikan dan pentadbiran intergriti diamalkan pucuk pimpinan negeri diketuai Azmin.

unisel-prof-redzuan“Peningkatan ini satu petanda positif kepada kepimpinan beliau untuk meraju Selangor pada pilihanraya akan datang.

“Kita rujuk semula populariti Menteri Besar kerana pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri dalam konteks rakyat Selangor memberikan kepuasan rakyat yang sangat tinggi terhadap Kerajaan Negeri sedia ada kini,” katanya.

Beliau berkata, kajian survei mendapat majoriti besar rakyat turut berpuas hati dengan kepimpinan Dato’ Menteri Besar yang kerap turun padang meninjau permasalahan rakyat setempat.

Bahkan, peningkatan sokongan juga didorong hasil komitmen pengurusan terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menjalankan pentabdiran penuh efisien.

“Pentadbiran terbaik PBT inilah juga menjadi cerminan kepada sumbangan besar sokongan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku membabitkan sokongan rakyat terhadap legasi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan IDE mendedahkan, masyarakat Selangor dikatakan tidak lagi mempercayai kredibiliti kepimpinan Perdana Menteri susulan pelbagai skandal kewangan dan intergriti pentadbiran di peringkat Persekutuan.

ideStatistik IDE mendedahkan 45 peratus mengatakan Najib bukan lagi pemimpin yang mampu mempertahankan Putrajaya.

Perdana Menteri itu hanya meraih 29 peratus sokongan rakyat Selangor dengan 26 peratus lagi mengatakan tidak pasti terhadap kredibiliti Najib.

Lebih memalukan, Najib mengulangi rekod buruknya apabila 51 peratus masyarakat Cina Selangor menolak kepimpinannya sekali gus mengulangi peralihan undi sokongan ‘Tsunami Cina’ pada pilihanraya 13 lalu.

Tidak mengejutkan lagi, majoriti besar rakyat Selangor juga mengakui terkesan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib.

Hasil kajian IDE mendedahkan, 73 peratus pengundi Selangor menolak pelaksanaan dasar tersebut, sementara hanya 17 peratus menyokong dan sembilan peratus lagi tidak pasti.

Untuk makluman, IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan berkenaan dengan menggunakan tablet dan aplikasiIDE e-survey yang dibangunkan
sendiri.

Ia membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara ‘real time’ di bilik operasi bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden ditetapkan.

Responden terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India serta pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal
juga taraf pendidikan.

Selain daripada survei dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kumpulan bagi menentukan keabsahan dapatan.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Perdana Menteri baru Romania wanita Islam?

SHAH ALAM, 22 DIS: Seorang wanita Islam, Sevil Shhaideh bakal mencatat sejarah tersendiri di sebuah negara bekas komunis apabila disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

Pengerusi Parti Demokratik Sosial, Liviu Dragnea, mencalonkan Sevil untuk jawatan itu selepas parti terbabit memenangi pilihan raya parlimen, pada 11 Disember lalu.

Pengumuman Dragnea itu dianggap mengejutkan kerana selain namanya kurang dikenali, komuniti Muslim di Romania adalah minoriti.

romaniaSevil, 52, tidak bertanding pada pilihan raya berkenaan walaupun menganggotai parti pimpinan Dragnea.

Sevil pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Wilayah selama enam bulan pada 2015 di bawah pentadbiran Victor Ponta.

Ketika ini, jawatan Perdana Menteri dipegang Dragnea sehingga dia mencalonkan nama wanita memiliki kelulusan sains ekonomi itu kepada Presiden Klaus Iohannis, semalam.

Media melaporkan jawatan terkini Sevil ialah pegawai kanan di Kementerian Pembangunan Wilayah Romania.

Mengikut amalan di negara itu presiden biasanya akan berbincang dengan pemimpin politik sebelum mereka menamakan sesiapa sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, pelantikan berkenaan bergantung kepada kelulusan parlimen.

Dragnea memuji kemampuan serta pengetahuan wanita itu dalam bidang pentadbiran dan sebagai ahli politik yang rajin serta setia.

Sevil lahir di Constanta, Romania, hasil perkahwinan pasangan wanita Crimea dan lelaki Turki. Ibunya ialah Muezel Cambek, manakala bapanya bernama Saedin Cambek.

-NFN-

Penahanan dua wartawan Australia : Apa motif Najib?

Tindakan polis menahan pengamal media untuk melakukan tugas jelas tidak wajar dan hanya menjejaskan imej negara- Lim Guan Eng

Categories
NASIONAL

Siasatan dana didakwa ada kaitan Najib masih berjalan – Polis HK

SHAH ALAM, 4 FEB : Polis Hong Kong masih menjalankan siasatan terhadap deposit bank lebih AS$250 juta yang didakwa ada kaitannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu disahkan cawangan perhubungan awam polis wilayah itu, lapor Malaysiakini.

Najib-RM“Seorang lelaki membuat laporan kepada polis (Hong Kong) pada 30 Ogos dan meminta kami menyiasat deposit bank itu.

“Siasatan ibu pejabat jenayah kami sedang berjalan,” kata pegawai itu.

Polis Hong Kong membuka fail siasatan itu berikutan laporan yang dibuat oleh bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 30 Ogos lalu.

1MDB JHO LOWKhairuddin dalam laporan polisnya menamakan empat syarikat yang beliau dakwa dimiliki jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low yang rapat dengan Najib dan keluarganya.

Khairuddin juga membuat laporan terhadap 1MDB di Switzerland dan Singapura.

1MDB kini turut disiasat Ketua Pendakwa Negara Switzerland atas dakwaan menyeleweng RM16.6 bilion daripada syarikat Kerajaan Malaysia.

Terdahulu, Najib telah dibersihkan oleh Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamad Apandi Ali daripada sebarang salah laku berhubung derma RM2.6 bilion (AS$681 juta) dan RM42 juta yang disalurkan dari SRC International ke dalam akaun bank peribadinya.

-nR-

Categories
NASIONAL

Lakonan Najib dapat ‘pujian’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 DIS: Selepas diserang dengan desakan meletak jawatan dan pertanyaan ‘mana RM2.6 bilion’, halaman facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dihujani pengalaman pahit netizen yang menjadi mangsa gara-gara 47 peratus pengundi negara ini membiarkan diri mereka tertipu dengan lakonan Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU-13).

Tinjauan Selangorkini mendapati gesaan supaya Najib bertaubat dibuat para komentar bermula apabila Najib memuatnaik status yang menyatakan kekaguman beliau terhadap lakonan Allahyarhamah seniwati Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail yang meninggal dunia baru-baru ini.

Tweet Najib“Saya masih ingat lakonan Seniwati Mariani dalam filem seperti Labu Labi dan banyak lagi. Semoga roh Allahyarhamah dirahmati. Al-Fatihah,” tulis Najib.

Status yang dimuatnaik pada 1 Disember itu dibalas dengan gesaan supaya beliau bertaubat kerana menekan kehidupan rakyat apabila menaikkan harga barangan keperluan termasuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Saya masih ingat lakonan Datuk Seri sebelum PRU. Janji macam-macam turun, sekarang semua naik. Semoga Datuk Seri taubat sebelum terlambat. Al-Fatihah,” tulis para komentar.

Selangorkini mendapati hampir kesemua daripada 6,598 komentar pada status terbabit turut menulis mengenai perkara sama dan berlarutan hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, Selangorkini menjangkakan reaksi orang ramai itu tidak akan memberi apa-apa tindak balas terhadap Najib sama seperti kenyataan bekas Ketua Bahagian Umno di Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan kepada sebuah portal bahawa Najib memiliki ‘kulit yang tebal’.

-nR-

Pakatan mampu tadbir Putrajaya, Selangor buktinya

Pentadbiran cemerlang Pakatan di Selangor sebagai tanda aras gabungan itu mampu mengambil alih Putrajaya

Categories
NASIONAL

Perhebat bincang TPPA, mungkin ditandatangani di NZ Februari depan

SHAH ALAM, 19 NOV : Perjanjian perdagangan utama, Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mungkin ditandatangani di New Zealand, Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu di maklumkan Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key semasa mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak Para Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 di Manila.

najib-razak“John Key juga memaklumkan kepada saya, ada kemungkinan bahawa perjanjian ini ditandatangani di New Zealand pada awal bulan dua, sekiranya dalam konteks Malaysia, Parlimen memberi persetujuan kepada perjanjian TPP,” lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Manila di mana kesemua 12 pemimpin negara terlibat TPP bertemu buat kali pertama selepas teks perjanjian perdagangan itu dikeluarkan.

Mesyuarat dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Najib berkata, beliau sudah menjelaskan kepada perdana menteri New Zealand mengenai proses ratifikasi Malaysia.

Menteri Kewangan itu juga berkata, kerajaan akan terus memperbanyakkan perbincangan dengan pihak berkepentingan sehingga TPP dibahaskan di Parlimen pada Januari supaya setiap orang akan memahami peluang dan cabaran di bawah TPP.

TPPANegara-negara yang terlibat TPP menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan ketiga kepada perdagangan global.

APEC terdiri daripada 21 anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Daripada 21 negara itu, 12 negara terlibat dengan TPP.

Anggota APEC yang tidak terlibat dengan TPP ialah China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Papua New Guinea, Filipina, Rusia, Taiwan dan Thailand.

Categories
NASIONAL

Perbelanjaan mengurus 80.53% , meningkat lagi bawah Najib

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Sama seperti tahun sebelumnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal memperuntukkan perbelanjaan pengurusan tinggi walaupun negara dijangka terus berdepan keadaan ekonomi getir tahun hadapan.

Najib ketika membentangkan Belanjawan 2016 hari ini berkata, kerajaan memperuntukan RM215.2 bilion atau 80.53 peratus daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM267.2 bilion.

BAJET 2016Sementara bagi perbelanjaan pembangunan pula, kerajaan hanya memperuntukkan RM52 bilion atau 19.47 peratus.

“Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda pada 2015,” kata Najib ketika membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, di bawah perbelanjaan mengurus, kerajaan memperuntukkan RM70.5 bilion untuk emolumen, perkhidmatan dan bekalan (RM36.3 bilion) , Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (RM106.6 bilion) , pemberian aset (RM761 juta) dan baki RM1 bilion lagi untuk perbelanjaan lain.

Sementara di bawah peruntukan pembangunan, kerajaan memperuntukkan RM30.1 bilion untuk sektor ekonomi dan RM13.1 bilion untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan dan perumahan serta kesejahteraan masyarakat.

Sektor keselamatan pula menerima peruntukan perbelanjaan RM5.2 bilion, RM1.6 bilion diagihkan untuk sektor pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

-nR-

 

Categories
NASIONAL

Sokongan Melayu pada Najib susut mendadak

SHAH ALAM, 17 OKT : Tinjauan Kebangsaan yang dijalankan Merdeka Center mendapati terlalu ramai pengundi Malaysia menolak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini.

Menurut tinjauan yang dilakukan pada Ogos lalu, sejumlah besar masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan hanya 31 peratus pengundi bangsa itu menyokong berbanding 52 peratus direskodkan pada Januari.

Najib-RMSingapore Straits Time hari ini melaporkan masyarakat Cina juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan hanya 5 peratus penerimaan pentadbiran Najib, berbanding 11 peratus pada Januari.

Tahap penerimaan kebangsaan susut kepada 23 peratus ketika tinjauan Ogos berbanding 38 peratus pada Januari.

Tinjauan tersebut dijalankan beberapa minggu selepas rombakan Kabinet pada hujung Julai, apabila Najib menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut akhbar Singapura itu, keputusan kaji selidik itu dibentangkan Merdeka Center kepada penganalisis sektor kewangan minggu lepas.

Badan bebas itu berkata, ia juga menunjukkan majoriti tinggi juga kecewa dengan cara kerajaan menangani ekonomi dengan hanya 17 peratus menyatakan persetujuan mereka selain 78 peratus tidak berpuas hati dengan kerajaan berhubung keadaan ekonomi.

ringgitmalaysiaRasa tidak puas hati rakyat berkisarkan isu kos sara hidup, pengangguran dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang berkuat kuasa pada April.

Prestasi ringgit juga menjadi faktor penyumbang, sebagai mata wang paling teruk di Asia tahun ini.

Kajian Merdeka Center itu secara konsisten sebelum ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih mengambil berat isu kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan berbanding politik.

-NR-

500 turun #TangkapNajib, lebih 20 ditahan

Menurut saksi, polis bertindak keatas orang ramai sebelum mereka sempat menunjuk perasaan menuntut Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Abdul Razak melepaskan jawatan dan ditangkap untuk disiasat berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad.

Categories
NASIONAL

Kos sara: Soalan ‘berani mati’ ahli Umno untuk PM dapat ribuan like di Facebook

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OKT: Soalan ‘berani mati’ pemilik akaun yang mengaku sebagai anggota Umno, Nor Hoda Haji Tarseh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekelip mata menerima lebih 35,00 ‘like’ dan 2,745 komen (nota: setakat berita ini ditulis – editor) selepas dikongsi pengendali akaun laman PenMerahdotcom di laman sosial facebook.

Nor Hoda yang memegang nombor keahlian Umno 02982371 itu mengemukakan tujuh soalan berkisar keperitan kehidupan rakyat berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Screenshots_2014-10-06-16-09-54“Awak ni sebenarnya pernah ke hidup susah? Pernah ke makan tamban kering bersayur cendawan liar dan di mamah dengan beras usang kerana kejatuhan harga getah?

“Apa yang saya tengok kehidupan awak dalam filem Tanda Putera (filem wajib BTN) adalah semewah-mewah kehidupan… (Jangan pula lepas ni awak arahkan Suhaimi Baba edit filem tersebut untuk tunjuk awak motong getah),” tulis Nor Hoda.

Beliau seterusnya mempersoalkan sama ada Najib pernah merasai keperitan berhadapan tindakan keras pihak berkuasa tatkala cuba meningkatkan pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan.

“Awak ni pernah tak berniaga kecil-kecilan jual keropok lekor di pasar malam dengan gunakan Kancil 660 (kononnya sahut seruan Menteri tambah pendapatan).. dah habis berniaga Kancil tak boleh ‘start’ pasal bateri ‘kong’, puncanya bateri yang sama diguna untuk menerangi lampu waktu berniaga?

“Lepas itu, bila balik, kena tahan polis sebab payung berniaga terjojol di tingkap Kancil dan lepas itu kena saman sebab kereta persendirian tak boleh bawa berniaga,” tulis Nor Hoda lagi.

Ketika menyentuh isu kenaikkan harga barang, Nor Hoda menyoal sama ada Najib mengetahui pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan harga sempena perayaan Aidil Adha sehingga menyebabkan harga ayam, lengkuas dan lain-lain naik.

“Lepas ni saya agak mesti ada Menteri-menteri pembodek (terutama Hassan Malek, Ku Nan, Shafie Afdal, Mat Maslan, Ismail Sabri) akan berkata harga lengkuas naik sebab rakyat malas tanam!” Tempelak beliau lagi.

Najib turut dicadangkan agar turun padang secara tidak rasmi dan mengejut untuk melihat sendiri realiti kehidupan dan prasarana yang disediakan untuk rakyat.

Beliau turut mencabar Najib mengumumkan kerugian yang ditanggung negara disebabkan penyelewengan oleh kroni Najib sendiri dan jumlah yang terpaksa ditanggung rakyat melalui kenaikkan harga petrol baru-baru ini.

Tujuh soalan beliau itu diakhiri dengan satu soalan ringkas dan bersahaja, bilakah Najib mahu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.