Categories
AGENDA NASIONAL

Hasil kajian ujian keberkesanan rawatan Ivermectin dibentang hujung bulan ini

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Hasil kajian ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit Covid-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) dijangka dibentangkan kepada pihak berkepentingan Kementerian Kesihatan (KKM) pada akhir bulan ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata Kajian I-TECH telah lengkap pada proses merekrut pesakit seramai 500 orang dan kini dalam tempoh akhir analisis kajian.

“Setakat ini bukti untuk menyokong penggunaan Ivermectin bagi merawat atau mencegah jangkitan Covid-19 adalah sangat terhad. Pada 28 Julai, Cochrane Library mengeluarkan kenyataan tidak menyokong penggunaan ubat Ivermectin bagi mencegah atau merawat Covid-19 berlandaskan analisis sistematik terhadap 14 kajian klinikal melibatkan 1,678 peserta.

“Cochrane Library (satu koleksi pangkalan data) merumuskan keperluan untuk data kajian yang lebih berkualiti diterbitkan untuk dianalisis,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bashir Alias yang ingin tahu status Kajian I-TECH yang dijalankan KKM dan bukti saintifik di peringkat antarabangsa serta langkah diambil bagi mengatasi masalah penggunaan Ivermectin ketika ini.

Selain itu, Dr Noor Azmi berkata terdapat juga kajian klinikal berskala besar baru-baru ini melibatkan pesakit Covid-19 tidak dirawat di hospital dan mempunyai gejala ringan seperti percubaan Ivermectin to Prevent Hospitalisations in Patients With Covid-19 (IVERCORCOVID19) di Argentina dan percubaan bersama di Brazil yang mendapati Ivermectin tidak berkesan dalam mencegah kemasukan ke hospital.

Berhubung langkah yang diambil bagi mengatasi masalah penggunaan Ivermectin, beliau berkata Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM sentiasa memantau dan memastikan produk kesihatan serta ubat yang dipasarkan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dijual kepada masyarakat.

Menurutnya, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi menerima 175 aduan mengenai Ivermectin sepanjang tahun lepas hingga September 2021.

“Berdasarkan pengesahan yang dijalankan, sebanyak 17 premis telah diserbu pada 2020 dengan nilai rampasan berjumlah RM7,193 dan serbuan ke atas 43 premis dan 17 pemeriksaan pada tahun ini dengan nilai rampasan RM124,815,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sepanjang tahun lepas hingga kini, usaha pendidikan turut dijalankan dengan memuat naik 128 poster dan maklumat menerusi laman Facebook atau media sosial serta 10 poster adalah khusus berkaitan Covid-19.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Parlimen: Manfaat vitamin C rawat pesakit Covid-19, bukan hanya Molnupiravir

SHAH ALAM, 11 OKT: Kerajaan disaran memanfaatkan penggunaan vitamin C dalam merawat pesakit Covid-19 yang lebih murah selain ubat antiviral Molnupiravir.

Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azman Ismail berkata kajian diterbitkan Jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat (Jama) menyatakan keberkesanan merawat pesakit kategori satu dan dua dengan memberi lapan gram dos vitamin C.

Menurutnya hospital di Wuhan, China dan Australia turut dapat merawat pesakit wabak kategori empat dan lima dengan memberikan antara 25 hingga 60 gram dos.

“Ujian menggunakan vitamin C sangat murah tetapi tidak dilakukan…malah ada unit di Kementerian Kesihatan nasihat jangan ambil vitamin lebih 100 miligram, ini karut kerana tiada kajian kukuh mengenainya.

“Benda yang murah tetapi kita tidak pandang, tetapi bila keluar satu ubat belum jelas (Molnupiravir) dan mahal iaitu RM3,000 bagi satu pesakit, kita terus ambil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan menandatangani surat akujanji pembelian ubat antiviral Molnupiravir bagi menambah pilihan rawatan inovatif baharu dalam melawan Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata melalui perjanjian bersama Merck Sharp & Dohme itu, kerajaan bersetuju membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap bagi merawat pesakit wabak.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

RM1 juta sudah diguna untuk sedia kit kendiri pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 28 SEPT: Kerajaan Selangor sudah membelanjakan 82.34 peratus daripada peruntukan RM1.25 juta bagi menyediakan kemudahan kit ujian kendiri atau Home Assessment Tool (HAT) kepada pesakit Covid-19 negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan melibatkan RM1 juta itu sudah diguna untuk memelihara kesihatan rakyat, setakat 21 September.

Menurutnya Kerajaan Negeri sentiasa memikirkan jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat terbela sepanjang penularan pandemik ini.

“Inisiatif HAT diperkenalkan dalam Pakej Kita Selangor 2.0 sebagai satu alat penilaian kendiri untuk pesakit Covid-19 menjalani kuarantin di rumah.

“Ia mengandungi pelitup muka KN95, termometer, oximeter, ubat, dan kit ujian air liur ini sangat penting untuk mengelakkan kes kematian di luar hospital (BID),” katanya di Facebook hari ini.

Pada 12 Ogos, Amirudin berkata Kerajaan Selangor mengagihkan 60,000 kit ujian kendiri secara percuma kepada keluarga mangsa yang disahkan positif wabak.

Kit itu diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

Usaha Kerajaan Selangor itu dicontohi kerajaan persekutuan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 kepada keluarga B40 sebagai persediaan ke arah era endemik pada 19 September.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: Kadar guna katil hospital Klang turun lebih 80 peratus

SHAH ALAM, 21 SEPT: Penggunaan katil untuk pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menurun lebih 80 peratus, kata pengarahnya.

Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata ketika ini hanya 89 daripada 581 katil yang disediakan diguna bagi menampung kapasiti pesakit harian.

“Penggunaan katil di wad ICU (unit rawatan rapi) juga semakin berkurang. Kebanyakan pesakit dalam kalangan individu berusia berbanding golongan muda atau remaja.

“Pesakit yang dirawat juga didapati tidak mengambil vaksin. Mereka antara penduduk negeri ini yang masih tidak mengambil pelalian,” katanya kepada SelangorKini.

Justeru Dr Zulkarnain menyeru semua individu termasuk warga asing supaya mengambil suntikan vaksin bagi melindungi diri dari jangkitan wabak.

Setakat kelmarin lebih 78 peratus daripada kira-kira 23.4 juta populasi dewasa negara ini lengkap divaksin.

Pada Ogos, Dr Zulkarnain memaklumkan kemasukan pesakit Covid-19 ke HTAR berkurangan lebih 70 peratus kepada kira-kira 100 individu berbanding 400 pesakit pada Julai.

Categories
AGENDA NASIONAL

Pesakit Covid-19 gembira peluk Islam di katil hospital

SANDAKAN, 20 SEPT: Seorang pesakit Covid-19 yang memeluk Islam di katil hospital tempatnya menerima rawatan, melahirkan kegembiraan dengan agama baharunya itu.

“Aku sudah sah Islam,” kata Laimi @ Nur Laila Tinggi, 66, yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran.

Itulah reaksinya selepas memeluk agama Islam, seperti yang dikongsikan oleh anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah, 45.

Sebuah video berdurasi dua minit yang memaparkan Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah ketika terbaring di atas katil dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, di hadapan tiga jururawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, tular sehingga mengundang tanggapan netizen bahawa dia memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

“Kami (keluarga) membuat panggilan video minggu lepas dan pada masa itu ibu menyatakan niatnya (untuk memeluk Islam) yang menyentuh hati kami,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Firdaus berkata beliau membuat hantaran dalam Facebook untuk menjelaskan tanggapan yang timbul mengenai keadaan ibunya ketika menerima rawatan di HDOK.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal itu menerusi Facebook kerana ibu saya masih mempunyai saudara-mara yang bukan Muslim.

“Ibu pernah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam kerana empat daripada lima anaknya serta beberapa adik-beradiknya juga telah memeluk Islam,” katanya.

Firdaus berkata beliau telah menghubungi seorang pegawai di hospital itu memohon sekiranya ibunya boleh dibimbing untuk mengucap dua kalimah syahadah di atas katil hospital dan kira-kira 4 petang 9 Sept lepas ibunya sah bergelar saudara baharu.

Beliau berkata Nur Laila yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, dimasukkan ke hospital pada 4 Sept dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Alhamdulillah, ibu saya semakin pulih dengan tiada lagi batuk dan dia juga boleh merasa makanan sekarang.

“Ibu tidak ditidurkan dan tidak dirawat di unit rawatan rapi,” katanya.

Firdaus berkata ibunya belum lagi dibenarkan keluar dari hospital dan masih dalam pemantauan berikutan keadaan buah pinggangnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan kesihatan atas dedikasi mereka dalam merawat pesakit Covid-19 termasuk sepanjang rawatan ibunya di HDOK itu.

“Mereka (hospital dan kakitangan kesihatan) wajar diiktiraf sepanjang masa. Perkhidmatan mereka melangkaui tugas yang bukan hanya perubatan tetapi juga kemanusiaan,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pesakit Covid-19 enggan terima rawatan tidak dibenar keluar hospital

GEORGE TOWN, 14 SEPT: Hospital Pulau Pinang (HPP) tidak membenarkan seorang pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) untuk pulang ke rumah kerana berisiko menyebarkan wabak tersebut sekiranya keluar dari hospital.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Ma’arof Sudin berkata pesakit itu, Affendy Mohd Yusof dimasukkan ke wad ICU di HPP selepas disahkan positif Covid-19 dan berada di tahap empat.

Katanya, hasil pemeriksaan awal menunjukkan penurunan kadar oksigen dalam darah pesakit pada tahap membimbangkan dan rawatan terapi oksigen sudah dijalankan.

Bagaimanapun, beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit bertambah kritikal dan perlu distabilkan dengan menggunakan alat bantuan pernafasan ventilator.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dan video yang ditularkan dalam media sosial Facebook semalam berkenaan isu Affendy yang mendakwa dirinya paksa ditahan di ICU dan menghubungi Gerakan Post-Mortem Covid-19 (GPMC) untuk meminta bantuan agar dapat keluar daripada hospital berkenaan.

GPMC adalah sekretariat gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa membantu mangsa atau waris mangsa yang mengalami kerugian dah kehilangan akibat pengambilan vaksin.

Dr Ma’arof, dalam kenyataan semalam berkata pegawai perubatan pakar rawatan rapi dan ICU telah memaklumkan dan memberi penjelasan tentang keadaan kritikal itu kepada pesakit dan ahli keluarganya.

Menurutnya, pihak hospital juga telah menjelaskan berulang kali akan keadaan kritikal itu kepada ahli keluarga dan pesakit sendiri tentang risiko yang boleh membahayakan nyawa pesakit sekiranya tidak membenarkan pihak hospital memberikan rawatan tersebut.

Katanya, namun pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan berkeras mahu pulang atas risiko sendiri.

Beliau berkata pihak hospital tidak dapat membenarkan pesakit berkenaan pulang ke rumah kerana bimbang akan risiko pesakit menyebarkan jangkitan Covid-19 kepada orang lain serta keadaan pesakit yang kritikal.

Mengenai dakwaan tidak dibenarkan makan selama empat hari ketika berada di ICU di hospital tersebut, Dr Ma’arof berkata pihak HPP menafikan perkara itu dan mengatakan pesakit di ICU diberikan makanan dalam bentuk cecair seperti susu untuk memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan komplikasi.

“Pihak hospital sentiasa prihatin dan meneruskan pemantauan terhadap pesakit itu dan akan berhubung untuk memberi maklumat berkala dengan ahli keluarga pesakit,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Asingkan diri di rumah, CAC maya pantau pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 9 SEPT: Individu sekitar Lembah Klang yang dijangkiti Covid-19 disaran membuat isolasi di rumah dengan pemantauan pusat penilaian (CAC) secara maya.

Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebut pengasingan diri secara serta-merta daripada penghuni lain perlu dibuat dalam tempoh 10 hari.

“Laporkan keputusan ujian Covid-19 di aplikasi MySejahtera (klik ikon ‘Helpdesk’ dan seterusnya klik pada bahagian F atau G). Perintah pengawasan dan pemerhatian akan diberikan secara digital melalui aplikasi MySejahtera,” kata kementerian itu di Facebook.

KKM juga meminta golongan terbabit membuat pemantauan kendiri menggunakan kit penilaian di rumah menerusi paparan ‘things to do’ dalam aplikasi MySejahtera.

“Status kesihatan anda akan sentiasa dipantau melalui CAC maya. Anda akan dihubungi pihak KKM jika anda memerlukan perhatian,” katanya menambah CAC Helpline boleh dihubungi di talian 03-77239299.

Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM1.25 juta bagi menyediakan kit penilaian untuk pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Inisiatif itu bagi membendung kes jenazah dibawa ke hospital (brought in dead) yang kian membimbangkan kebelakangan ini.

Categories
EXCO SELANGOR

EXCO: Caj krematorium negeri berpatutan banding swasta

SHAH ALAM, 4 SEPT: Caj perkhidmatan krematorium bagi mayat pesakit Covid-19 yang dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini dianggap berpatutan berbanding syarikat swasta.

EXCO kerajaan prihatin berkata waris hanya perlu membayar antara RM150 hingga RM180 manakala kos utiliti, lesen dan pegawai pengurusan ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri.

“Secara jujur, bukan masalah mampu atau tidak (tetapi) saya nampak kos pembakaran mayat di syarikat swasta lebih kurang RM600. Mereka tidak buat keuntungan kerana itu kos paling minimum.

“Kalau tanya sesetengah syarikat swasta, bolehkah mereka buat RM150? Memang tak boleh sebab mereka tak mampu dan perlu jalankan pentadbiran. Jadi, kos yang dikenakan sekarang bukan sebenar tetapi subsidi PBT,” kata V Ganabatirau.

Beliau bercakap pada program bual bicara bertajuk Usaha Selangor Atasi Kesesakan Krematorium melalui Facebook Media Selangor malam tadi.

Sementara itu, Pengurus Operasi Kanan Fairy Park Group mencadangkan kerajaan menambah tempoh kerja pegawai pengurusan dengan memberi bayaran lebih masa bagi mengurangkan lambakan mayat di hospital.

“Sekarang mayat terlalu banyak dan ia menyebabkan urusan pembakaran tertangguh dua hingga tiga jam di hospital. Jika boleh atasi situasi ini, banyak mayat boleh diproses pada hari sama,” kata Koh Kian Siang.

Sebanyak lima PBT memiliki krematorium iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Sepang.

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar guna katil hospital di Selangor rawat pesakit wabak turun

SHAH ALAM, 2 SEPT: Penggunaan katil di tiga hospital penuh merawat pesakit Covid-19 di Selangor kini kurang di bawah kapasitinya.

Sebelum ini kesesakan dilapor di Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang dan Hospital Selayang yang ditukar status daripada hospital hibrid Covid-19 kepada sepenuhnya merawat wabak.

Berdasar data dikongsi Kementerian Kesihatan di Facebook, sebanyak 66 peratus daripada 4,247 katil di wad bukan unit rawatan rapi (ICU) diguna.

Penggunaan 350 katil di ICU tiga hospital itu pula pada kadar 99 peratus bagi merawat pesakit kategori kritikal.

Pada 20 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata penggunaan katil bagi merawat pesakit wabak berkurangan 20 peratus dalam tempoh 1 hingga 17 Ogos.

Beliau berkata golongan berusia 60 tahun ke atas semakin berkurangan di ICU selepas kumpulan itu menerima vaksin.

Bagi statistik hospital Covid-19 di seluruh negara pula, 78 peratus daripada 18,672 katil di wad bukan ICU digunakan manakala penggunaan 1,608 katil di ICU sebanyak 90 peratus.

Sabah, Kedah dan Perak, antara negeri mencatat pemberian vaksin terendah merekodkan penggunaan katil di ICU melebihi kapasiti.

Sabah mencatatkan penggunaan 126 peratus, Kedah dengan 121 peratus manakala Perak pula 107 peratus.

Setakat semalam, 40.8 peratus golongan dewasa di Sabah lengkap vaksin manakala Kedah (47.1 peratus) dan Perak (48.4 peratus).

Categories
AGENDA NASIONAL

CAC hibrid manfaat sistem IT urus pesakit Covid-19

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Pengoperasian Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) hibrid memanfaatkan sistem teknologi maklumat dengan memaksimumkan penggunaan sistem e-Covid yang dibangunkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pengurusan kes Covid-19 sejak permulaan pandemik ini tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata justeru inisiatif CAC hibrid yang pertama seumpamanya dilaksanakan di CAC Bandar Tun Razak, Cheras akan diperluaskan terutamanya CAC negeri-negeri di luar Lembah Klang agar dapat dimanfaatkan seluruh rakyat.

“CAC Hibrid ini memanfaatkan sistem teknologi maklumat tanpa mengabaikan perawatan perubatan secara bersemuka yang amat penting dalam penyampaian kesihatan yang efektif.

Pesakit yang disahkan positif Covid-19 akan diminta hadir ke CAC hibrid ini bagi urusan pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan awal secara virtual (maya) dan fizikal oleh petugas kesihatan di sini,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook rasminya malam tadi.

Beliau berkata setelah diberikan arahan kuarantin di rumah, pesakit akan dipantau di kediaman masing-masing secara telepersidangan video oleh petugas kesihatan yang terlatih.

Menerusi hantaran itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan beliau berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke CAC Bandar Tun Razak petang tadi bagi meninjau sendiri pengoperasian di sebalik tabir CAC hibrid.

Beliau berkata inisiatif ini juga memudahkan petugas kesihatan untuk memantau pesakit dengan lebih dekat seterusnya mengenal pasti dengan lebih pantas pesakit yang memerlukan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan di Lembah Klang seterusnya dapat mengurangkan kes mati ketika dibawa (BID) dalam kalangan pesakit Covid-19.

“Selain daripada memangkin penyampaian perkhidmatan perubatan kepada pesakit Covid-19, pengoperasian CAC hibrid ini juga memastikan kemudahan akses kepada pesakit-pesakit dari sudut pendaftaran, saringan, pemeriksaan, pemantauan serta pemberian dan penamatan HSO (perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata pengoperasian secara hibrid ini juga dapat mengurangkan bahan buangan klinikal dan menjimatkan penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) sekali gus membantu memastikan kelestarian alam sekitar.

“CAC hibrid ini dapat membantu KKM dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang efektif terutamanya apabila berdepan dengan krisis kesihatan awam yang terburuk abad ini…inisiatif CAC hibrid ini akan sentiasa ditambah baik.

Saya juga berharap agar inisiatif ini akan dijadikan batu loncatan di masa hadapan terutamanya di dalam pengurusan wabak dan bencana serta pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCDs) seterusnya meneruskan usaha pemodenan sistem kesihatan negara,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Pesakit Covid-19 hospital Klang berkurangan 70 peratus sejak minggu lalu

KLANG, 19 OGOS: Kemasukan pesakit Covid-19 ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini berkurangan lebih 70 peratus sejak seminggu lalu.

Pengarahnya Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata kira-kira 400 pesakit sedemikian diterima sepanjang Julai tetapi bilangannya turun kepada bawah 100 individu sahaja sejak awal bulan ini.

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Dr Zulkarnain Mohd Rawi

“Kebanyakan pesakit yang diterima minggu ini merupakan individu berusia 50 tahun ke atas yang belum divaksin.

“Jadi, kita galakkan orang ramai supaya mengambil imunisasi ini bagi mencegah jangkitan termasuk ibu mengandung,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima kontena menyimpan mayat pesakit Covid-19 sumbangan Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri dengan kerjasama beberapa pihak.

Kadar vaksinasi di Selangor terus meningkat yang mana setakat semalam lebih 54 peratus melibatkan 2.61 juta rakyat negeri ini lengkap divaksin manakala 3.81 juta individu pula mendapat suntikan dos pertama.

Pada Jun, Program Vaksin Selangor (Selvax) dilancarkan bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian penduduk negeri ini.

Usaha melibatkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

LZS tanggung kos ubat mualaf dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 19 OGOS: Seorang mualaf yang juga asnaf fakir yang dijangkiti Covid-19 disantuni Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan menanggung kos ubat yang diperlukan untuk merawatnya.

Agensi berkata lelaki terbabit yang kini dirawat di Hospital Serdang memerlukan ubat tersebut bagi mencegah pembekuan darah akibat kepekatan yang melampau dan merawat trombosis urat dalam.

“Tindakan pantas diambil dengan kaedah mencari ubat tersebut di kedai farmasi swasta. Keluarga beliau yang bukan beragama Islam juga membantu dalam mencari ubat ini.

“Alhamdulillah akhirnya ubat tersebut berjaya diperolehi walaupun harganya agak mahal dan ubat terus dihantarkan ke hospital untuk kegunaannya,” katanya menerusi Facebook.

LZS menjelaskan Skuad Saidina Umar (SSU) terpaksa mendapatkan ubat khas jenis “rivaroxaban” di farmasi luar kerana farmasi hospital kehabisan stok.