Categories
NASIONAL

Laman sesawang HEAP bantu pelajar kemasukan IPTA

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 15 OGOS: Setiap tahun masalah sama berulang apabila terdapat ramai pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf yang berkelayakan gagal mendapat tempat ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata masalah itu membuktikan UPU Kementerian Pendidikan gagal menjalankan proses pemilihan ke IPTA secara cekap dan telus.

universitiBeliau berkata, Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada prinsip ‘Keadilan untuk Semua’ dalam soal pendidikan.

“Manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU13 menjanjikan peluang pendidikan tinggi kepada semua yang layak dan pendidikan percuma.

“Maka, kami menubuhkan satu pasukan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR muda yang disertai oleh sekumpulan anak muda untuk memantau proses kemasukan ke IPTA.

“Semua pelajar yang tidak puas hati dengan sistem UPU digalakkan menghantarkan aduan kepada kami dan akan meneliti semua kes,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Sim Tze TzinKatanya, Ahli Parlimen dan ADUN PKR muda sudah menyediakan laman sesawang ‘Higher Education Complaint and Appeal Portal’ (HEAP) bagi membantu pelajar yang ingin membuat sebarang aduan.

“Sejurus selepas menerima aduan, kami akan mengumpulkan data yang diterima untuk dianalisis. Harus diingatkan juga, pelajar wajib merayu kepada UPU sebelum 22 Ogos ini melalui laman sesawang UPU http://upu.moe.gov.my/web/pendaratan.php.

“Rayuan kepada HEAP adalah kaedah tambahan sahaja bagi membantu permohonan pelajar yang ditolak,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Laksana siasatan profesional jika benar ada salah guna kuasa

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 OGOS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya terburu-buru menukar posisi Menteri Besar sebelum pilihan raya parti itu.

Setiausaha Agung, Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berpendapat adalah lebih baik jika PKR menunggu keputusan penuh pilihan raya parti seterusnya melantik calon jawatan itu melalui keputusan kongres atau proses lain.

Katanya, penukaran jawatan dan menyatakan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terbabit dalam korupsi, salah guna kuasa dan agen Umno boleh disimpulkan hanya sebagai isu perebutan kuasa.

PAKATAN RAKYAT“Ini adalah pandangan peribadi yang meminta menyatakan pandangan saya dan PSM dalam isu ini.

“Daripada tinjauan saya juga, ramai ahli parti yang memberikan hujah bahawa MB perlu ditukar, manakala ramai rakyat yang merasakan MB sudah menjalankan tugas dengan baik, maka ramai yang muak dengan isu ini.

“Oleh itu, Pakatan Rakyat (PR) juga perlu menanggung risiko sebagai parti yang membuat keputusan jika rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka,” katanya melalui laman sosial Facebook.

Arulchelvan berkata, PSM juga berpendirian harus menggunakan kuasa rakyat bagi memastikan calon pilihan parti diterima semua pihak jika pihak istana tidak menerima cadangan calon MB.

arutchelvan-psm“Dalam isu ini, saya menyokong penuh kenyataan Dr Kua Kia Soong yang mahukan siasatan dijalankan secara profesional jika benar terdapat salah guna kuasa.

“Satu siasatan yang bebas dan adil harus dilaksanakan dan siasatan harus dikendalikan bukan oleh pihak parti kerana ia mungkin membabitkan ‘conflict of interest’,” katanya.

Mengulas lanjut dakwaan sesetengah pihak bahawa banyak isu tidak selesai di negeri itu, Arul berkata, ia bukan kesalahan peribadi Abdul Khalid tetapi Kerajaan Negeri.

Katanya, hal itu kerana Kerajaan Negeri tidak dapat berfungsi kerana krisis dalaman yang berlaku.

“Selagi krisis dalaman tidak diselesaikan, maka isu pentadbiran dan semuanya akan memberi impak,” katanya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rapatkan saf, cari jalan penyelesaian terbaik

Oleh: DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Saya mengikuti perkembangan isu-isu politik terkini. Nada dan ritma perbincangan di kalangan ahli-ahli keluarga Pakatan Rakyat pada kala ini seakan menampakkan emosi yang tidak begitu positif. Namun saya percaya, kita semua mahukan yang terbaik buat bukan sahaja rakyat di Selangor malah yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia.

Kita semua perlu ingat dan sedar, Pakatan Rakyat yang telah wujud sejak 2008 adalah manifestasi dan penzahiran harapan rakyat. Jika ini tidak benar, masakan kita mampu meraih 52% undi popular sewaktu PRU-13?

Rakyat mengharapkan suasana politik yang lebih positif, yang lebih progresif, yang lebih berasaskan nilai dan aqliah – yakni rakyat mengidamkan sebuah politik yang matang dan mampu memenuhi harapan Malaysia yang setelah lima dekad masih ditadbir kelompok yang sama.

Oleh itu, saya menggesa semua ahli keluarga Pakatan Rakyat dari semua parti – bersatulah kita, rapatkan saf kita, dan marilah bersama mencari jalan penyelesaian yang terbaik bukan sahaja untuk sebuah negeri yang kita tadbir, tetapi untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

# Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR

Categories
SELANGOR

PR Selangor tambah majoriti PRU-13, tak sama dengan Kedah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 JULAI: Kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah tidak boleh dijadikan ukuran kepada kejatuhan PR Selangor jika negeri itu tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Hal ini berikutan PR Selangor berjaya memperoleh majoriti lebih besar pada PRU-13 berbanding sebelumnya.

PAKATAN RAKYATSetiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata Kerajaan PR Kedah pula hilang kuasa pada PRU sama.

“Kedah dan Selangor sudah tentu tak sama kerana Kedah hilang dalam PRU-13, sedangkan Selangor masih kekal dengan majoriti lebih besar dalam PRU-13.

“Rakyat menghargai peranan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Khairuddin berkata, kemenangan atau kemerosotan prestasi PR dalam PRU-14 bergantung sepenuhnya kepada kestabilan negeri dan kebajikan yang diturunkan kepada rakyat.

khairuddin othmanPada PRU-12, PR berjaya merampas Selangor, Kedah dan Perak daripada Barisan Nasional (BN), namun BN kemudiannya berjaya merampas Perak melalui satu rampasan kuasa kira-kira setahun selepas itu dan turut berjaya merampas kembali Kedah, pada PRU-13 lalu.

Bagaimanapun, Selangor yang diterajui Abdul Khalid berjaya melebarkan penguasaan PR dengan menambah lapan lagi kerusi kepada 44 iaitu kemenangan dua pertiga di Dewan Negeri Selangor.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pertukaran jawatan MB perlu surat persetujuan 3 pimpinan parti PR

Oleh: AFIX REDZUAN

KAJANG, 25 JULAI: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pertukaran beliau dari jawatan Menteri Besar memerlukan surat persetujuan daripada tiga pemimpin tertinggi parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan perlu dikemukakan kepada DYMM Sultan Selangor.

Katanya, perkara itu pernah dilakukan ketika beliau dilantik menjadi Menteri Besar buat pertama kali pada tahun 2008 dan 2013.

“Ketika dicadangkan untuk dilantik menjadi Menteri Besar pada 2008, saya diminta Tuanku Sultan untuk membawa tiga surat dari PR bukan satu surat.

Abdul Khalid“Setiap surat itu ditandatangani oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Presiden PAS dan Setiausaha Agung DAP.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), saya juga mengadap Tuanku Sultan dan baginda menerima pelantikan yang dibuat apabila menerima tiga surat yang berasingan iaitu surat daripada Presiden PAS, Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP.

“Apa yang saya ingin tunjukkan bahawa pelantikan Menteri Besar bukan dibuat satu parti sahaja tetapi tiga parti dari PR. Apabila disatukan maka menjadi PR dan menguasai Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya.

Abdul Khalid Ibrahim turut mengulangi kenyataan beliau bahawa penggantian dan pelantikan Menteri Besar perlu mematuhi undang-undang tubuh Kerajaan Negeri.

pakatan selangorMajlis Pimpinan PR menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada 23 Julai lalu.

Perkara terbabit diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata PAS dan DAP masing-masing akan bermesyuarat berkenaan perkara itu selepas Hari Raya Aidilfitri.

-NFN-

Categories
NASIONAL

MH17: Adakan inkuiri antarabangsa segera untuk cari punca nahas

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 JULAI: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) melahirkan simpati dan takziah berhubung isu pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas lewat malam semalam.

Dalam laman Twitter, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan keselamatan semua penumpang pesawat.

photo 2“MH17, Ya Allah. Another tragedy. Awaiting details, pray for safety,” kata Anwar.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mengajak masyarakat antarabangsa mengambil peranan untuk memberikan tekanan kepada pihak yang terbabit dalam konflik supaya tidak membabitkan orang awam yang tidak berdosa dalam pertikaian mereka.

“Jika benar ia adalah serangan sebagaimana dilaporkan, ia wajib dikutuk dan diambil tindakan,” kata Nik Aziz dalam Facebooknya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata pihak yang terbabit dalam krisis wilayah Ukraine-Russia perlu bertanggungjawab jika benar laporan berkenaan.

“Kita bersedih di atas tragedi ini. Jika benar MH17 ditembak, Ukraine, Rusia, Eropah dan Amerika Syarikat mesti bertanggungjawab,” katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan tragedi itu.

photo 1“Terkejut dan sedih dengan tragedi MH17. Doa buat penumpang, anak kapal dan keluarga mereka,” katanya.

Selain itu, beberapa pemimpin PR lain juga tidak berhenti berkongsi status di akaun Twitter dan Facebook.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga terkejut dengan tragedi kedua menimpa negara serta mendesak inkuiri antarabangsa diadakan serta-merta bagi mencari punca insiden terbabit.

“Dunia mesti kecam/desak inkuiri antarabangsa ke atas jenayah menembak pesawat awam MH17 dengan 295 penumpang, sama ada pemisah Rusia atau Ukraine,” kata Lim dalam akaun Twitternya.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali pula berharap orang ramai tabah jika benar laporan pesawat negara itu ditembak.

“Pray for MH17, May Allah help us all,” katanya.

MH17 aPesawat MH17 dilaporkan mungkin ditembak ketika terbang di kawasan yang sedang bergolak dengan konflik ketenteraan antara Ukraine-Rusia.

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum mengesahkan sama ada pesawat itu ditembak atau sebaliknya dan menuntut keadilan jika perkara itu benar.

Berita berkenaan pesawat MH17 terhempas tersebar selepas agensi berita antarabangsa melaporkan insiden yang berlaku di sempadan Ukraine-Rusia.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jangan beri peluru hidup kepada BN, boleh sebabkan kematian PR

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 JULAI: Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) digesa untuk tidak ‘menonjolkan’ perbalahan seterusnya memberi bola tanggung kepada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengintai peluang untuk merampas kembali negeri itu.

Exco Negeri yang juga Yang Di Pertua PAS Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata dengan kekalahan Teknikal Knock Out (TKO) BN pada pilihan raya umum lepas, BN kini sentiasa mengawasi dan mencari sebarang peluang terluang.

Katanya, BN akan menggunakan peluang yang terhidang untuk mencemar imej PR yang kini mula sebati dengan rakyat Selangor.

Grafik-Selangor-Pakatan“Oleh itu kepimpinan PR Selangor janganlah pula cuba untuk bermurah hati dengan memberikan senjata dan peluru hidup kepada pihak musuh untuk menembak secara tepat ke jantung sehingga boleh menyebabkan kematian yang sangat ngeri.

“Kepimpinan PR perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba untuk memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Yunus yang juga ADUN Sijangkang mengingatkan semua pimpinan PR khususnya di Selangor untuk tidak mengtuhankan agenda peribadi termasuk ketaksuban perebutan jawatan yang sebelum ini sebati dengan BN.

Katanya, keadaan itu akan memberikan stigma negatif kepada rakyat yang meletakkan harapan tinggi kepada PR dalam usaha membela perjuangan rakyat yang sejak dahulu dinafikan BN.

“Janganlah kerana hasutan musuh dan matlamat peribadi insan bertopengkan haiwan menyebabkan kekalutan yang berterusan sehingga menyimpangkan perjuangan hakiki PR Selangor selama ini.

Yunus-Hairi“Tidakkah disedari oleh kepimpinan PR Selangor keributan permasalahan dalaman ini secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat yang akan menyamakan kepimpinan kini tidak ubah seperti BNl yang cukup suka berbalah dengan agenda perebutan jawatan,” katanya.

“Rakyat Selangor perlu diyakinkan bahawa polisi dan agenda PR di dalam mengutamakan rakyat adalah sangat jelas dan tidak berubah.

“Tampuk kepimpinan boleh berubah tetapi agenda mengagihkan keuntungan dan laba Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor tetap akan berterusan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

US sokong kekejaman Israel, Malaysia harus boikot perjanjian TPPA

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 JULAI: Pakatan Rakyat (PR) mendesak Kerajaan Pusat menghentikan serta-merta semua perbincangan berkenaan isu Atrans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan tidak menandatangani perjanjian itu sebagai protes ekoran Amerika Syarikat menyokong kekejaman Israel.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata kekejaman Israel berlaku dengan sokongan pada Amerika Syarikat.

Tegasnya, bersabit dengan perkembangan berkenaan, PR turut mendesak satu sidang Parlimen khas.

photo 2“PR mendesak supaya satu sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan ke atas Palestin seperti yang dibuat pada Januari 2009 demi mendengar suara rakyat tentang isu ini,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau menambah, Kerajaan Malaysia juga perlu memanggil semula Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat sebagai tanda protes yang paling jelas berkenaan isu berkenaan.

Serangan Israel ke atas Palestin yang bermula awal Ramadan setakat ini mengakibatkan pembunuhan lebih 150 warga Palestin termasuk orang awam dan kanak-kanak.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Anwar: “Kontroversi berlarutan jawatan MB jejas pembangunan negeri”

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sebarang bentuk pertukaran Menteri Besar Selangor perlu dibuat melalui konsensus bersama PAS dan DAP walaupun jawatan itu bukan milik peribadi.

Katanya, jawatan tersebut adalah mandat daripada rakyat yang diberikan melalui parti yang turut membabitkan proses pemilihan parti.

“Ini bukan soal memilih untuk menerima tuntutan orang tertentu atau mengekalkan kedudukan ini kerana ia bukan kerusi peribadi bagi sesiapa. Kerusi ini adalah mandat daripada rakyat melalui parti dan melalui proses pilihan raya parti.

khalid anwar raya 01“Dalam konteks Pakatan Rakyat, walaupun ini kerusi Menteri Besar PKR, kita harus runding dan capai kata sepakat dengan DAP dan PAS baru kita boleh pertahankan semangat muafakat ini,” katanya di Kelab Diraja Selangor semalam.

Beliau mengakui kontroversi yang berlarutan itu boleh memberikan kesan kepada pentadbiran dan pembangunan negeri.

Katanya, jasa dan pengorbanan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengangkat martabat Selangor perlu dilihat kerana tatakelola yang diamalkan selama ini tidak pernah dilakukan menteri besar lain termasuk daripada Barisan Nasional (BN).

“Saya juga tidak setuju cara Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membuat serangan.

anwar“Bila serangan jadi polemik politik, itu tidak memberi keadilan kepada isu terbabit dan sumbangan Khalid khususnya kepada Selangor. Pengorbanan dia yang besar untuk mengangkat martabat negeri,” katanya.

Pada masa sama, bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang turut hadir menyatakan kebimbangan dengan perkembangan yang berlaku di Selangor dan berharap kemelut itu dapat diselesaikan segera.

Sejak kebelakangan ini, wujud desakan supaya ADUN Pelabuhan Klang itu meletakkan jawatan supaya digantikan dengan ‘individu yang lebih layak’.

Namun, Abdul Khalid tetap dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang spekulasi termasuk dakwaan beliau bakal digantikan melalui usul tidak percaya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tidak relevan gesa tukar MB, kehabisan idea

SHAH ALAM, 6 JUL: Sikap segelintir pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali menggesa supaya jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor digugurkan dianggap sebagai kehabisan idea.

Sambil menyifatkan ia tidak relevan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata Abdul Khalid juga dilihat seperti dijadikan mangsa dalam semua masalah di Selangor seakan segalanya berpunca daripada beliau.

“Macam sudah habis idea sangat sampai bila timbul masalah sahaja, perlu tukar menteri besar, ini tidak relevan.

YB Iskandar 1“Daripada sekecil-kecil masalah, sampaisebesar-besar masalah, semuanya mahu salahkan Abdul Khalid. Tak bolehlah begitu,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Kenyataan Iskandar itu senada dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman sebelum ini yang turut menempelak sikap segelintir pemimpin PR yang melahirkan hasrat supaya Abdul Khalid berundur sebagai menteri besar terutama selepas beliau tewas dalam pemilihan parti.

Pada masa, Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar berpendirian untuk terus menyokong kepimpinan Abdul Khalid walaupun ramai yang mendesaknya supaya melepaskan jawatan nombor satu negeri itu.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLBeliau berkata, PAS Selangor masih bersama dan tetap menyokong penuh Abdul Khalid.

“Bagi kami sebarang masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri masih boleh diselesaikan, bukan dengan cara tukar menteri besar. Lebih baik masa yang kita ada ini digunakan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi,” katanya.

Categories
NASIONAL

Jangan beban pelajar, Najib perlu kaji konsesi berat sebelah UiTM

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 23 JUN: Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu telus dalam isu pembinaan 10 kampus baru Universiti Teknologi MARA (UITM) seperti yang didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, berkata pembinaan melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) itu akan menyebabkan UITM dan pelajar terbeban dengan kos sewaan itu.

Katanya, melalui jawapan Perdana Menteri di Parlimen, kos sebenar pembinaan UITM Pasir Gudang antara RM280 juta sehingga RM315 juta.

uitm-puncak-alam-1Namun, keputusan Barisan Nasional (BN) akan mengakitbatkan satu projek terikat dengan sewa sekitar RM56 hingga RM69 juta selama 23 tahun.

“Secara tidak langsung, kosnya sekitar empat kali ganda lebih besar dan dikhuatiri membebankan UITM,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Afif berkata, beliau menggesa Najib mengkaji semula konsesi berat sebelah demi kelangsungan UITM.

“Dengan perbelanjaan menggunakan dana awam, kami mahu satu reformasi akademik dan pentadbiran dilakukan. Rasuah dan amalan korup ini tidak membantu warga UITM untuk maju, bahkan menghancurkan masa depan universiti berkenaan,” katanya.

yb-amiruddin-saaricroplg2Sementara itu, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari, berkata isu terbabit akan berlaku seperti pembinaan institut pengajian di Selangor dan akhirnya pelajar terbeban dengan kos sewaan asrama daripada tindakan terbabit.

“Oleh itu, apa yang berlaku perlu dijadikan pengajaran. Kita tidak mahu pelajar dibebankan,” katanya.

Bekas calon Ahli Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya pula menyifatkan tindakan itu satu pengkhianatan kepada golongan Bumiputera.

“Umno sering kali melaungkan diri mereka sebagai pejuang melayu tetapi hakikatnya hanya sandiwara.

“Kami selaku alumni UITM berasa sedih dan kecewa serta gusar dengan masa depan UITM kerana dengan bentuk penswastaan ini bakal merugikan kerajaan, bahkan kos penyelenggaraan terpaksa ditanggung universiti itu seterusnya kos lebihan pula membabitkan pelajar,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Negeri PR perlu terus semangat reformasi, elak jadi versi BN

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MEI: Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) harus terus membawa semangat reformasi yang menjadi identiti PR bagi menarik sokongan majoriti rakyat Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata selepas setahun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlaku, PR tidak boleh menjadi versi negeri Barisan Nasional (BN).

Katanya, negeri PR harus membawa model yang berbeza sama sekali dengan apa yang diketengahkan BN.

“Kita mesti terus fokus pada isu kesenjangan ekonom yang akan menjadi semakin lebar dengan pengenalan GST dan penarikan balik subsidi untuk rakyat.

niknazmi“Salah urus ekonomi, kronisme dan rasuah yang berleluasa, peningkatan kadar jenayah serta pencabulan hak asasi.

“Ini termasuk tekanan berterusan terhadap pimpinan PR dan contoh utama adalah kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada masa sama, kita harus sensitif di dalam berurusan dengan masyarakat Malaysia yang majmuk dan kompleks,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Nik Nazmi berkata, jika PR tidak menyedari perkara itu sama ada di peringkat PR atau Kerajaan Negeri, maka gabungan itu akan hilang sokongan rakyat.

“Kita tidak boleh mengambil mudah sokongan mereka. Itu yang terjadi kepada UMNO dan BN, bahkan mereka sudah dihukum rakyat.

“Setahun sudah berlalu sejak PRU-13 yang bersejarah. Di sebalik pelbagai halangan dan tekanan yang dihadapi PR, namun kita mendapat hampir 51 peratus undi popular.

PAKATAN RAKYAT“Namun, akibat persempadanan yang tidak adil, PR hanya mendapat 40 peratus kerusi Parlimen,” katanya.

Sehubungan itu, Nik Nazmi berkata, perjuangan menuntut perubahan di Malaysia harus diteruskan dan PR perlu belajar daripada sejarah bahawa kekuatan muncul apabila PKR, PAS dan DAP menumpukan untuk bekerjasama antara satu sama lain serta berada di jalur tengah politik.

“Rakyat khususnya anak muda yang menyokong PR pada PRU lalu meletakkan harapan mereka di atas bahu kita,” katanya.

-NFN-