Categories
NASIONAL

S. Manikavasagam (PKR) – Fokus Calon PRU 13

Sinopsis:

S Manikavasagam (PKR) – N10 Bukit Melawati

Beliau dikenali dikalangan para wartawan sebagai Mike adalah penyandang Ahli Parlimen Kapar yang kini bertanding di Dun N10 Bukit Melawati.”Saya bukan turun pangkat dari Parlimen ke Dun tetapi dikawasan Dun akan memberi lebih banyak masa untuk saya bertemu rakyat” – Mike

PRU13, Mike akan menentang calon BN, Jakiran Jacomah di Dun yang mempunyai 16,153 pengundi berdaftar. Mike juga pernah mendedahkan beliau pernah ditawarkan RM 10 juta untuk meninggalkan Pakatan Rakyat ketika menjadi MP Kapar. Bukit melawati mengandungi 57.63% (Melayu), 12.07% (Cina), 29.86% (India) dan 0.25% lain-lain.

manikavasagam

Categories
NASIONAL SELANGOR

Teng Chang Kim (PKR) – Fokus Calon PRU 13

yb teng

Categories
NASIONAL

Dr Rani Osman (PKR) – Fokus Calon PRU 13

Sinopsis:

Dr Abdul Rani Osman (PAS) – N42 Meru

Dr Rani merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan seorang Doktor perubatan yang banyak menceburkan diri dalam NGO sebelum mencebur diri dalam bidang politik.

Beliau juga penyandang Dun Meru yang dimenangi pada 2008 dengan majoriti 5,513. Dun Meru mempunyai jumlah pengundi berdaftar 39,508. Kali ini beliau ditentang satu lawan satu dengan calon BN, Sukiman Ahmad. N42 mempunyai pola pengundi melayu (60.3%), Cina (27.5%), India (12.0%) dan lain-lain (0.2%).

rani

Categories
NASIONAL

Dr Daroyah Alwi (PKR) – Fokus Calon PRU 13

Sinopsis:

Dr Daroyah Alwi (PKR) – N43 Sementa

Pada 2008, Dun Sementa calon BN, Datuk Rahman Palil menang tanpa bertanding. Pada PRU13 Calon PKR, Doktor gigi, Dr Daroyah Ali akan bertanding dalam pertemuan tiga penjuru bersama Md Ghazali Md Amin (BN) dan S.Thuraisingam (Bebas) N43 Sementa mempunyai 40,508 pengundi berdaftar dengan pola pengundi melayu (48.5%), Cina ( 27%), India ( 24.3% ) dan lain-lain (0.2%). “Penglibatan kaum wanita yang diberi amanah oleh pakatan rakyat menjadi calon membuktikan peranan wanita amat dihargai dalam menyumbang kepada pembangunan negara,”- Dr Daroyah

daroyah

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hee Loy Sian (PKR) – Fokus Calon PRU 13

Sinopsis:

Hee Loy Sian (PKR) – P105 Petaling Jaya Selatan

Beliau adalah penyandang parlimen P105 yang dimenangi pada PRU 12 lalu. Beliau memperolah majoriti 5,706 undi. Hee adalah seorang jurutera lulusan universiti luar negara sebelum menceburi bidang politik. P105 mempunyai jumlah pengundi berdaftar 79,699 dengan pola 40.23 % melayu, 41.51% Cina, 14.49% India, Sabah & Swk 0.14% dan lain-lain 1.48%. PRU13 beliau akan bertanding dalam pertembungan tiga penjuru dengan Siah Kok Fah (BN) dan Ibrahim Khatib (Bebas)

untitled 1

Categories
NASIONAL

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR) – Fokus Calon PRU 13

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR) – P112 Kuala Langat

Abdullah Sani merupakan seorang pemimpin kesatuan sekerja sebelum menyertai politik pada 2008. Beliau adalah penyandang Parlimen P112 sebelum ini dengan memperoleh majoriti 989 undi.Parlimen Kuala Langat mempunyai peratusan pengundi melayu 55.25%, Cina 26.09%, India 18.49% dan laian-lain 0.17 %. PRU 13 menemukan pertembungan tiga penjuru di P112 bersama Sharudin Omar (BN) dan S Kottappan (Bebas).

abdullah sani

Categories
NASIONAL

Hj Hasnol Baharuddin (PKR) – Fokus Calon PRU 13

Sinopsis:

Hj Hasnol Baharudin (PAS) – N53 Morib

Hasnol merupakan seorang pegawai Farmasi dan kini mempunyai klinik farmasinya sendiri. Pada PRU 12, Morib di menangi calon BN, Hasiman Sidom dengan majoriti 286 undi. Dun Morib mempunyai 33,600 pengundi berdaftar dengan pecahan melayu 61.0%, Cina 22.7%, India 16.2% dan lain-lain 0.2%. Dun N53 Morib berada dalam parlimen P112 Kuala Langat.

untitled

Categories
NASIONAL

G.Manivannam (PKR) – Fokus Calon PRU 13

Sinopsis:

G Manivannam (PKR) – P109 Kapar

Beliau merupakan anak muda yang diketengahkan untuk mewakili kaum muda dalam PRU-13. Beliau berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang guaman. Kerusi P109 sebelum ini dimenangi calon PKR Manikavasagam yang akan bertanding Di Dun Bukit Melawati. Mike memperoleh majotiti 12,297. Kapar mempunyai bilangan pengundi paling ramai di malaysia dengan jumlah 144,369 pengundi berdaftar. Peratus pengundinya melayu 51.35%, Cina 13.5%, India 12.97% dan lain-lain 0.3%. G.Manivannam akan bertembung dalam pertembungan enam penjuru bersama calon BN dan empat calon bebas.

manivannam

Mat Suhaimi Shafiei (PKR) – Fokus Calon PRU 13

Sinopsis

Mat Suhaimi Shafiei – N50 Sri Muda

Beliau adalah penyandang N50 berada dalam parlimen Kota Raja. Suhaimi juga merupakan Ketua Penerngan PKR Selangor.
Beliau memenangi Dun Sri Setia pada PRU 2008 dengan memperoleh majoriti 5,964 undi.Dalam PRU13, Dun N50 mempunyai bilangan pengundi berdaftar seramai 49,189. Dari Jumlah tersebut 53.5% (melayu), 23% (Cina), 22.7 % (India) dan 0.8% (lain-lain).Suhaimi akan menghadapi pertembungan tiga penjuru bersama Mohd Abd Raof Mokhtar (BN) dan Datuk D. Ramesree (Bebas).

shuhaimie

Categories
NASIONAL

Sokongan Orang Melayu Di Dusun Tua Mula Beranjak Ke PR

 

Dusun Tua Mula Beranjak Ke PR 01

HULU LANGAT, 2 MEI: Calon PAS DUN Dusun Tua, Razaly Hassan melahirkan rasa teruja apabila mendapati orang Melayu di sini yang disifatkan sebagai penyokong tegar Umno-BN sudah mula menunjukkan angin perubahan.

Mengulas mengenai peluang Pakatan Rakyat, Razaly berkata, kesedaran terhadap pembangunan dan isu-isu politik bakal mengubah wajah politik di Dusun Tua kali ini.

“Kalau ikut pertemuan kita dengan pengundi-pengundi di seluruh kawasan Dusun Tua, kaum Cina dan kaum India hampir 90 peratus memberikan komitmen.

“Orang Melayu sudah mula ada kesedaran. Untuk sementara, pengundi atas pagar dan ahli Umno, mereka menjadi pengundi senyap.

“Jika ini berlaku, InsyaAllah kita akan lakukan perubahan seperti yang mereka mahukan,” tambahnya lagi.

Selaku Yang Dipertua PAS Hulu Langat, Razaly akan mencabar penyandang daripada BN, Ismail Sani dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kali ini(PRU-13).

Ditebak dengan soalan apa yang akan dilakukan jika dipilih menjadi wakil rakyat.

Razaly akan memberikan tumpuan menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan ini memandangkan tiada penyelesaian sejak sekian lama daripada pimpinan Umno-BN.

“Terdapat beberapa kawasan memerlukan longkang yang besar serta mendalamkan sungai.

“Sebagai contoh Sungai Serai, Batu 18 dan Pangsun selalu terlibat banjir,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama pengundi.

Selain itu, terdapat beberapa kampung yang masih bergantung kepada air bukit tanpa sistem paip yang sempurna.

Meskipun dipanjangkan kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) namun tiada sebarang tindakan meskipun Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan.

“Masalah asas adalah ada beberapa kampung masih lagi ketinggalan dari segi air bersih. Ini tidak sepatutnya berlaku.

“Contohnya yang berlaku di Kampung Sungai Tekali, sampai sekarang mereka menggunakan air bukit,” katanya lagi.

Dusun Tua Mula Beranjak Ke PR 02

Categories
NASIONAL

Najib Dolak-dalik, Tidak Ikhlas Selesai Projek CAR

Rampas Tanah di Kampung Sungai Terentang 01

SELAYANG, 30 APRIL : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berdolak-dalik berhubung penyelesaian isu projek pemasangan kabel bervoltan tinggi di Kampung Sungai Terentang di sini.

Calon PKR DUN Rawang, Gan Pei Nei berkata, janji yang dibuat Najib semasa mengadakan lawatan ke kampung itu disifatkan tidak ikhlas malah berbentuk ugutan.

Ini kerana dakwanya, Najib meletakkan syarat berbaur paksaan kepada rakyat di kawasan itu supaya mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13(PRU13) kali ini sebelum projek itu dapat diselesaikan.

“Kita telah hantar memo dan surat berulang kali kepada Perdana Menteri dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk membuat rundingan bagi menyelesaikan kes ini tetapi tiada respon yang diberikan sehingga sekarang.

“Lawatan Najib ke Kampung Sungai Terentang tidak menunjukkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah ini. Rakyat perlu ubah kerajaan, itu sahaja caranya,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Selayang, di sini.

Sementara itu, calon PKR Parlimen Selayang, William Leong kesal terhadap tindakan pimpinan BN yang menjadikan isu ini sebagai medan politik untuk meraih undi.

Tegasnya, masalah itu boleh diselesaikan dengan segera memandangkan Najib mempunyai kuasa untuk mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan prrojek pemasangan kabel itu mengikut laluan alternatif yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, penduduk membantah projek itu kerana laluan bagi pencawang kabel voltan tinggi akan merentasi kampung mereka dan dikatakan akan menyebabkan penduduk berdepan risiko penyakit kanser, keukimia dan masalah kandungan.

Rumah penduduk, padang, dewan orang ramai, rumah ibadat dan premis perniagaan bakal dirobohkan jika TNB mengikut laluan asal CAR.

Bagaimanapun, pelan asal itu dihalang oleh Kerajaan Negeri Selangor yang berunding dengan TNB untuk mencari laluan alternatif yang tidak akan menjejaskan kampung tersebut

Categories
NASIONAL SELANGOR

Cadang Tubuh Panel Bebas Untuk Rujukan Penduduk Bukit Botak

Penduduk Bukit Botak 01

SELAYANG, 29 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) Selangor bercadang menubuhkan sebuah panel bebas bagi menyelesaikan sebarang kemusykilan yang dihadapi penduduk berhubung hak milik kediaman di Bukit Botak.

Penduduk Bukit Botak 02

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi bayangan bahawa barisan panel itu akan terdiri daripada orang besar daerah dan beberapa pegawai kerajaan yang dilantik.

Bagaimanapun katanya, ia hanya dapat dilaksanakan sekiranya PR diberi mandat sekali lagi untuk mentadbir Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

“Penduduk yang tidak berpuas hati kerana tidak diberikan kediaman boleh merujuk kepada panel bebas yang akan kita lantik nanti. Kalau penduduk rasa mereka benar-benar layak (memiliki kediaman) dan patut dapat keadilan, rujuklah pada panel ini.

“Saya hanya mencadangkan sahaja, belum mendapat persetujuan daripada pegawai kerajaan lagi. Kita akan laksanakan selepas pilihan raya,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan notis penyerahan kunci rumah berkembar satu tingkat Bukit Botak, di sini.

Hadir sama, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Dalam majlis itu, seramai 232 orang penduduk menerima kunci kediaman masing-masing.

Penduduk Bukit Botak 04

Projek rumah berkembar di Bukit Botak mula dilaksanakan pada September 2010 selepas Kerajaan Negeri mengambil alih projek terbengkalai itu yang sepatutnya dilaksanakan sebuah syarikat pemaju.

Projek yang menempatkan sebanyak 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat di atas tanah seluas 165 ekar ini dijangka mula diduduki pada pertengahan bulan hadapan.

Kediaman ini dijual pada harga RM99,000 seunit bagi unit standard.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut berkata, kediaman yang dibina di bawah pentadbiran PR Selangor mempunyai nilai hartanah tinggi yang akan menguntungkan rakyat dalam jangka masa panjang.

Tambahnya, sejak 2008, Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan lebih 30 peratus projek terbengkalai dan Bukit Botak menjadi pemangkin kepada penyelesaian projek seterusnya di negeri ini.

“Kebanyakan rumah kos rendah yang dibina oleh pemaju tidak berkualiti tinggi kerana hendak menjimatkan kos dan tidak mengambil kira kepentingan penduduk.

Penduduk Bukit Botak 04

“Apa ertinya kalau hendak menolong rakyat dengan menyediakan kediaman yang tidak menguntungkan mereka? Kerajaan PR komited untuk menyediakan kediaman yang mana nilainya boleh dipertahankan,” katanya lagi.