Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor umum bantuan banjir RM1 juta kepada P.Pinang

PULAU PINANG 5 NOV: Kerajaan Selangor mengumumkan memberikan bantuan RM1 juta kepada Pulau Pinang sebagai bantuan banjir.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihak berkuasa tempatan di Selangor diarahkan bagi menggerakkan petugas bagi membantu kerja pembersihan selepas banjir.

“Ini adalah usaha kecil Selangor membantu Pulau Pinang pada waktu yang sukar begini, tetapi saya gembira melihat negeri ini, terutamanya di bahagian pulau, yang mula pulih,” katanya kepada wartawan di George Town.

Mohamed Azmin sebelum itu menziarahi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di pejabatnya di Komtar.

Beliau sebelum itu diberi taklimat mengenai perkembangan banjir di Pulau Pinang di bilik kawalan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Menurut beliau, Kerajaan Selangor akan memberikan sokongan penuh menyediakan bantuan kepada mangsa banjir.

“Sementara itu, saya telah meminta pasukan sukarelawan untuk segera bergerak ke Pulau Pinang dalam beberapa fasa mulai petang ini,” katanya.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow; Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin; Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri, Wong Hon Wai; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Farizan Darus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Ghazali Derahman dan Datuk Bandar MBPP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif.

Mohamed Azmin dalam pada itu turut memuji Ketua Menteri yang memberikan komitmen selama 48 jam dalam menangani isu banjir yang berlaku di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Guan Eng ketika berucap menyatakan rasa terharu kepada sokongan yang ditunjukkan oleh Mohamed Azmin bersama-sama rombongannya.

“Saya berasa terharu atas sokongan, simpati dan solidariti yang ditunjukkan oleh Azmin ke atas bencana yang berlaku di Pulau Pinang, dan apa yang berlaku dan diderita oleh rakyat di sini.

“Saya ucapkan terima kasih mewakili Kerajaan Negeri atas sokongan beliau (Azmin), sehingga beliau sendiri hadir ke Pulau Pinang, batalkan program-program lain untuk menunjukkan komitmen beliau,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

 

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kumpulan pertama sukarelawan Selangor bertolak ke Pulau Pinang

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 NOV: Kumpulan sukarelawan pertama Selangor yang terdiri daripada sukarelawan muda Selangorbertolak ke Pulau Pinang petang tadi untuk menjalankan misi kemanusiaan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau akan bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang malam ini bagi membincangkan bentuk bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Saya telah bercakap dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kami akan berbincang di Pulau Pinang jam 9.00 malam ini mengenai bantuan untuk mangsa banjir,” katanya dipetik laman sosial tweeter beliau lewat petang tadi.

Sementara itu dalam satu kenyataan media, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Selangor melahirkan rasa simpati kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas kejadian banjir kilat dan ribut taufan yang melanda negeri itu sehingga menyebabkan bencana besar.

“Kerajaan Negeri Selangor bersolidariti dengan rakyat Negeri Pulau Pinang dalam waktu sukar ini dan akan memberikan sokongan penuh menyediakan bantuan kepada mangsa banjir.

“Walaupun Kerajaan Negeri Selangor yakin Ketua Menteri, Lim Guan Eng sedang melakukan sedaya upaya untuk mengatasi masalah banjir di Negeri Pulau Pinang, kami memberi jaminan bahawa kami sedia menawarkan bantuan semampu yang mungkin,” katanya.

 

 

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Piala Emas Raja-Raja: Selangor, Pulau Pinang seri 0 – 0

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 OKT: Selangor sekadar seri 0 – 0 dengan Pulau Pinang dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, dekat sini, semalam.

Perlawanan diharap menjadi medan untuk mencipta kelebihan dengan catatan kemenangan jelas tidak memihak kepada skuad tuan rumah itu.

Pasukan bimbingan Azhar Mohd Shariff akan kembali membuat perhitungan dengan Pulau Pinang dalam separuh akhir kedua di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, 29 Oktober ini.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pertama semalam, Kelantan menewaskan Kuala Lumpur 2 – 0 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Kemenangan itu memberi laluan selesa kepada Kelantan yang akan dicabar Kuala Lumpur dalam aksi separuh akhir kedua di Kota Bharu nanti.

Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2017 anjuran Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia akan diadakan pada 4 dan 11 November depan.

Pada musim lalu, Pahang muncul juara mengalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6 – 2.

=EZY=

Categories
EKONOMI SELANGOR

MB: Pulau Pinang dan Johor saling melengkapi subur ekonomi negara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 OKT: Kerajaan Negeri tidak melihat negeri maju lain di Malaysia sebagai satu persaingan kepada Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, negeri seperti Pulau Pinang dan Johor sebaliknya berperanan membantu dan melengkapkan Selangor untuk terus merancak pembangunan.

Katanya, kemajuan di negeri berkenaan juga seharusnya diraikan kerana memberi kesan langsung kepada kesuburan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Saya tidak melihat Pulau Pinang dan Johor sebagai satu persaingan tetapi sebagai satu usaha bantu membantu dan melengkapi satu sama lain.

“Negeri termaju di Malaysia termasuk kedua negeri ini pastinya akan memberikan manfaat kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui sejurus selesai menyambut kunjungan ‘United Kingdom Mega Technology Mission’ ke Malaysia, di Istana Selangor, pada 10 Oktober lalu.

Pada 2016, Selangor berada satu tangga daripada Johor daripada jumlah pelaburan.

Berdasarkan jumlah projek diluluskan, Selangor bagaimanapun terus kekal di atas dengan 242 projek diikuti Johor dengan 165 projek.

Untuk rekod sehingga 2016, sebanyak 4,713 projek perkilangan diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan RM136 bilion.

Sejumlah RM70.3 bilion daripada jumlah itu adalah pelaburan tempatan sementara baki RM65.7 bilion pula pelaburan asing.

Pertumbuhan cemerlang itu menyaksikan Selangor berada pada tangga kedua selepas Johor yang memperoleh pelaburan tertinggi iaitu RM166 bilion, dalam tempoh sama.

Ia diikuti Sarawak dengan pelaburan bernilai RM101 bilion, Pulau Pinang (RM88.6 bilion) dan Kedah (RM58 bilion).

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jalin kerjasama dengan Pulau Pinang, perkukuh agenda Smart City

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 OGOS: Selangor dan Pulau Pinang bersetuju berkongsi pandangan dan pengalaman dalam usaha memantapkan lagi agenda pembangunan ‘Smart City’ di kedua negeri.

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya yang sudahpun memulakan inisiatif Penang Smart City juga berminat untuk belajar daripada Selangor tentang usaha dijalankan untuk memajukan agenda Smart Selangor.

“Mesyuarat ini merupakan persediaan awal kedua negeri untuk menjalinkan kerjasama secara rasmi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau dilapor berkata demikian ketika ucapan aluan pertemuan rasmi kedua Kerajaan Negeri di Pulau Mutiara itu, semalam.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad mengetuai delegasi Kerajaan Negeri ke Pulau Pinang dalam siri lawatan kerja, pada 14 dan 15 Ogos lalu.

dav

Nik Nazmi berkata, Kerajaan Negeri yakin perkongsian agenda ‘Smart City’ mampu mengeratkan lagi hubungan baik di antara kedua negeri.

“Selangor melancarkan Smart Selangor Blueprint pada akhir tahun lalu dan sudah menjalankan beberapa inisiatif termasuk pengurusan sisa pepejal, WiFi Smart Selangor, pembaikan jalan menerusi aplikasi Waze dan Smart Selangor Command Centre.

“Jadi, kedua pihak mempunyai beberapa asas perkongsian,” katanya.

Menerusi pertemuan sama, Ketua Jabatan Kerajaan Tempatan Kerajaan Pulau Pinang, K. Vishantini turut membentangkan berkenaan Penang Smart City, inisiatif dan perancangannya.

Sementara itu, Ketua Projek Pejabat Pengurusan Program Smart Selangor, Suhaimi Mohd Tahir menerangkan pengisian Smart Selangor Blueprint serta inisiatif yang sedang dilaksanakan.

Terdahulu, delegasi Kerajaan Negeri turut mengadakan lawatan ke CCTV Command Centre Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Penang Digital Library.

Delegasi turut berkesempatan mendengar pembentangan Aspen Group berkenaan Aspen Vision City yang bakal dibina di Batu Kawan yang menjadikan solusi pintar sebagai asas pembangunan.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Guan Eng: Tiada persetujuan Pulau Pinang jadi Wilayah Persekutuan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 FEB: Kerajaan Pulau Pinang menafikan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adenan Tengku Mansor kononnya menyokong usaha menjadikan negeri itu di bawah bidang kuasa Wilayah Persekutuan.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebaliknya menyifatkan cadangan Menteri Umno itu sebagai tidak masuk akal dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Apa yang dikatakan (Ku Nan) itu dibuat tanpa sebarang rundingan dan mengancam perpaduan serta Persekutuan Malaysia.

mahkamah-syariah-pinang-guan-eng“Ini boleh dianggap sebagai hasutan. Sebab anda mengancam perpaduan Persekutuan Malaysia.

“Saya terkejut dengan kenyataan bahawa kita akan gembira (jika serah negeri jadi Wilayah Persekutuan). Bagaimana kita boleh gembira, runding pun tidak?” katanya dalam sidang medianya, semalam.

Guan Eng berkata, cadangan Ku Nan itu jelas mempunyai helah tertentu dan dianggap sebagai idea tidak munasabah kerana mengancam intergriti dan hak rakyat Pulau Pinang.

“Ku Nan seperti seorang penakluk. Menakluk wilayah untuk menambah empayarnya iaitu Wilayah Persekutuan. Ini satu tipu helah. Saya tidak boleh ‘jual’ Pulau Pinang,” tegasnya.

Idea bagi menjadikan Pulau Pinang di bawah pentabdiran Wilayah Persekutuan itu dibuat Tengku Adenan sempena sambutan Hari Wilayah, pada 1 Februari lalu.

Selain Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka juga didakwa diletakkan di bawah cadangan itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tidak adakan PRN Pulau Pinang dialu-alukan, serlah ketokohan Guan Eng

SHAH ALAM 31 JULAI: Keputusan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Negeri tergempar di Pulau Pinang dialu-alukan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan ini memperlihatkan ketokohan Lim Guan Eng sebagai pemimpin nasional yang memiliki sikap keterbukaan dan semangat toleransi tinggi sehingga mencapai keputusan sebegini yang menyerlahkan semangat muafakat Pakatan Harapan.

“Saya memahami ia adalah satu keputusan yang sukar. Namun, dengan mengutamakan semangat muafakat ini, Lim Guan Eng memberikan kepimpinan amat diperlukan bagi membangun semula kesatuan dan perpaduan parti pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14.

AZMIN-500x357“Saya yakin keputusan ini diterima baik bukan saja rakyat PulauPinang, tetapi juga oleh srakyat Malaysia kerana ia merupakan satu detik baharu ke arah perpaduan seluruh rakyat yang dahagakan perubahan,” kata Mohamed Azmin dalam kenyataan media.

Beliau berkata Malaysia kini berhadapan dengan kemelut dahsyat akibat daripada kedurjanaan tatakelola kewangan yang menghasilkan musibah sebesar 1MDB.
“KEADILAN dan Pakatan Harapan terus berganding bahu dengan parti politik progresif, masyarakat sivil dan individu komited dengan agenda perubahan untuk menjana gelombang baru dan melakar hala tuju nasional demi mengembalikan maruah negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.

EZY

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tiada signifikan PRN Pulau Pinang, Kerajaan Negeri terima sokongan Melayu

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 JULAI: Tiada sebarang keperluan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang diadakan susulan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar, berkata cadangan terbabit bukan memberi gambaran sebenar terhadap sokongan rakyat negeri itu terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

Sebaliknya, beliau berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah gabungan Pakatan tetap utuh melibatkan sokongan semua kaum terutama kaum Melayu.

“Untuk apa diadakan PRN? Kerajaan Pulau Pinang tidak tergugat dan rakyat masih berdiri di belakang.

Jambatan-Pulau-Pinang-Lim-Guan-Eng“Dalam DUN hari ini DAP masih mempunyai 19 kerusi, manakala KEADILAN 10 kerusi. BN pula hanya 9 kerusi sementara PAS 1 kerusi. Kerajaan masih kekal menguasai majoriti 2/3,” katanya.

Beliau berkata, walaupun wujudnya anasir negatif membabitkan sokongan masyarakat Melayu seperti didakwa Umno dan perkara itu hanya bersifat retorik bertujuan memecahbelahkan sokongan kaum itu.

Membidas dakwaan itu, Sayuti mengaitkan kejayaan pentadbiran Guan Eng yang terus konsisten memastikan kebajikan kaum Melayu terpelihara.

“Orang Melayu Pulau Pinang menyenangi Guan Eng. Beliau tidak ‘kupik’ dalam membelanjakan wang untuk pembangunan Islam di negeri itu.

“Inilah denak dan umpan Guan Eng kepada orang Melayu yang liberal. Penerimaan rakyat (Melayu) ini menyebabkan pelan Umno untuk merosakkan imej Guan Eng tidak berjaya.

Sebelum ini, pergerakan Pemuda Umno mendakwa komponen Barisan Nasional itu memberi tumpuan penuh kepada 15 kerusi Melayu di Pulau Pinang jika Kerajaan Negeri memutuskan untuk mengadakan pilihan raya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

KEADILAN nyata pendirian bubar DUN Pulau Pinang minggu depan

OLEH LIZAWATI MADFA

KAJANG, 23 JULAI: KEADILAN dijangka memutuskan pendirian berhubung cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang oleh DAP minggu hadapan.

Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN berbincang mengenainya pada Selasa ini.

“Isnin ini, saya akan berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekali lagi dalam satu program bersama.

PKR“Saya akan maklumkan kepada MPP alasan dan hujah cadangan berkenaan untuk diteliti dan diputuskan,” katanya kepada pemberita.

Pada 19 Julai lalu, Mohamed Azmin bersama Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihanraya Saifuddin Nasution menemui Guan Eng di Pulau Pinang.

Sebelum ini, KEADILAN berpendirian bahawa tujuan dan matlamat pilihan raya tergempar itu belum cukup diyakini.

Bagaimanapun, KEADILAN terbuka untuk meneruskan perbincangan dengan parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng menafikan rancangan membubarkan DUN adalah bagi menyelamatkan dirinya daripada dakwaan rasuah, sebaliknya mahu memberi kuasa kepada rakyat memilih kerajaan.

EZY

Penjualan vape di P.Pinang dibenarkan


Pulau Pinang benarkan vape dan masih cari jalan penyelesaian. Majlis Fatwa Sabah menyertai senarai negeri lain memutuskan vape adalah haram.

Categories
SELANGOR

Kejayaan pentadbiran Selangor dan Pulau Pinang inspirasi tumbang BN

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 NOV: Kejayaan pentadbiran Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang diyakini bakal menjadi faktor terpenting gabungan terbabit mencipta kejayaan menumbangkan Umno-Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke14 (PRU14) akan datang.

Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, berkata pentadbiran cemerlang Pakatan di kedua-dua negeri itu sentiasa menjadi buah mulut banyak pihak serta rakyat yang mengkaguminya.

suk“Kejayaan Kerajaan Negeri di Selangor dan Pulau Pinang adalah faktor penting ke arah kejayaan dalam PRU14 nanti.

“Kejayaan Pakatan bergantung kepada kedua-dua negeri terbabit,” katanya dalam ucapan di Kongres Nasional Tahunan Ke-11 KEADILAN di sini, semalam.

Beliau berkata, Pakatan perlu mengekalkan tradisi dan pencapaian diraih kini supaya mampu mempengaruhi rakyat bagi membuat pilihan tepat dalam PRU kelak.

Katanya, usaha gigih perlu diteruskan semua pihak dalam Pakatan demi membina tanggapan kukuh di kalangan rakyat bagi memilih gabungan terbabit.

“Saya menyeru Menteri Besar (Selangor) dan Ketua Menteri (Pulau Pinang) termasuk Exco, Adun serta ahli majlis bertungkus lumus bekerja supaya Selangor dan Pulau Pinang terus menjadi berita kejayaaan kepada kita semua,” katanya.

EZY

Urus air Pulau Pinang lebih baik dari Johor, tarif lebih rendah

Kenaikan tarif air Pulau Pinang diimbangi pengurusan sistem yang lebih profesional berbanding situasi di Johor dengan kadar tarif yang lebih tinggi.